Khamis, 6 Oktober 2011

GENAPNYER TRAGEDI 7 OKTOBER..

Okey.. kita lupakan sementara kisah politik ataupun lawak gilo babi orang-orang politik separuh masak yang telah berjaya menyerabutkan kepalo kita sejak kebelakangan ni.. sehingga otak kita pun turut jadi beku dan berkarat... silap-silap klau budak tadika tanya sifir 2 pun kita jadi terkulat-kulat nak menjawab.. dan gua pun tak nak memeningkan kepalo korang dengan mengulas cerita cincin AS$24 juta yang terpaksa dipulangkan semula kepada pakcik Jacob setelah gagal dijual di pasar-pasar malam dan pasar ikan di sekitar Selayang....

Dan untuk entri kali ni gua nak menulis cerita yang agak lebih santai dan relaks sikit.. tapi ikutkan kira penting gak la.. iaitu gua nak mengajak korang mengimbas kembali tragedi 7 Oktober yang akan genap 10 tahun besok.... mungkin ada diantara korang yang terpinga-pinga memikirkan apo kebondonyer tragedi 7 Okt ni yer tak.. haa gitu la korang.. klau tragedi 9/11 bukan main lagi korang ingat.. siap bersedih sampai tak lalu makan.. (kalau ikutkan 11/9 sebab berlaku bulan Sept.)

Sebenarnyer apa yang gua nak ceritakan ni memang ada kena mengena pun dengan 9/11.. dan kalau tak kerana angkara 11 Sept tu.. tragedi 7 Okt ni pun tak mungkin akan berlaku.. dan disebabkan tragedi tersebut.. gua nak bawa korang merayau-rayau ke Afghanistan.. dan mungkin korang tertanya-tanya.. apsal plak Afghanistan?.. kenapa tak ke Hawaii ataupun paling tidak ke Bali sambil mengusya awek-awek cun kat sana.. haa itu yang gua nak cerita ni... ..

Kalau korang nak tau.. 7hb Okt adalah tarikh malang bagi umat Islam dimana hari tersebut ler berlakunyer serangan pertama Operatian Enduring Freedom dari tentera salib yang diketuai oleh Amerika dan sekutunyer keatas Afghanistan pada 7hb Okt 2001.. iaitu tak sampai sebulan selepas berlakunya tragedi 11 Sept di WTC New York.. dengan alasan memerangai pengganas maka dengan licik.. akhirnyer Afghanistan pun berjaya di kambing hitamkan oleh si Amerika.. dan disitu ler bermulanya titik kehancuran serta konflik berpanjangan umat Islam di seluruh dunia seperti yang kita lihat sekarang ni..

Dan di masa itu jugak kita dapat melihat bagaimana lagak dan poyonyer pemimpin-pemimpin Islam yang begitu mudah dibeli oleh si Amerika.. bahkan ada plak yang sanggup merelakan diri menjadi balaci si dajjal lahanat tersebut.. malah diorang plak yang lebih Amerika dari Amerika.. pantang silap sikit.. akan melebel pangganas kepada siapa saja yang menentang.. itu sebabnyer gua menganggap perkara malang ini sebagai satu tragedi…

Maka sempena genapnya 10 tahun perang di Afghanistan yang masih tiada tanda-tanda berkesudahan ni.. gua berharap ia dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua.. terutama orang-orang politik separuh masak yang sentiasa berceramok sepanjang masa di negara ni.. agar diorang dapat berpolitik dengan cara yang lebih bijak dan matang serta sentiasa berlapang dada dan otak.. gua berkata demikian kerana bleh dikatakan semua kehancuran negara Islam kat dunia ni adalah bermula dengan angkara orang-orang politik sengal yang tak habis bercakar berebut kuasa.. diorang dok sebok mengajak umat Islam supaya bersatu.. sedangkan diri sendiri tak habis-habis bergusti..

Khamis, 29 September 2011

'UNDILAH'.. MARI SINI GUA PANGKAH LU..

KUALA LUMPUR, 24 Sept - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana pengumuman khidmat awam (PKA) tersebut masih belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM hari ini, arahan tersebut dibuat hasil pemantauan pematuhan secara rutin mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang dijalankan SKMM ke atas video karya pemuzik Pete Teo itu.. - Bernama

Gua pun tak nak ler komen lelebih.. sebab gua pun tak tengok lagi video ‘Undilah” yang di kecoh-kecohkan tu.. gua rasa mungkin terlalu banyak sangat unsur-unsur ganas kut.. seperti tembak-menembak.. siku-menyiku atau jugak penuh dengan keseksian terlampau seperti video Datuk T yang boleh mengganggu-gugat kejantanan para penonton.. sehingga membuatkan pihak SKMM terpaksa bekerja keras bagi menggagalkan tayangan video tersebut kepada umum.. jadi nampaknyer terpaksa ler gua carik cd pirate cerito tu kat pasar malam... tapi bila gua terbaca berita kat bawah ni..


Penerbit video siaran pengumuman khidmat awam, 'Undilah' - Pete Teo - menyifatkan dakwaan klip video itu mempunyai mesej tersirat yang yang memihak kepada pembangkang sebagai "mengarut dan tidak masuk akal".

Semalam, ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam tweeter menulis video yang diarahkan tidak disiarkan di stesen televisyen di seluruh negara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, minggu lalu kerana "penuh dengan mesej separa sedar.”

"Ia mengandungi nada anti kerajaan tanpa disedari oleh penonton."

Abdul Rahman juga menulis bahawa perkara pokok yang dibincangkan boleh diterima tetapi video itu condong kepada mesej-mesej yang cuba dibawa oleh pembangkang.

Ketika dihubungi, Teo memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak tahu bahawa Abdul Rahman, dalam laporan berita, mendakwa video itu turut memaparkan akhbar organ rasmi PAS, Harakah sehingga perkara itu dibangkitkan. Katanya, pihak penerbitan telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan bahawa video berkenaan memaparkan kedua-dua pihak kerajaan dan pemimpin pembangkang secara adil.

Bagaimanapun, menurut Teo, jika Abdul Rahman mahu menjadikan babak yang membabitkan Harakah sebagai isu, terdapat juga babak dalam video itu di mana seorang lelaki membaca akhbar Malaysia Nanban, milik milik MIC. Soalnya, dengan babak sedemikian, adakah ini bermakna video berkenaan juga mempunyai mesej pro-BN.

"Betapa mengarut dan tidak masuk akal perkara ini? Jadi adakah ini bermakna kita menyokong MIC? Babak membabitkan Nanban jauh lebih lama daripada babak Harakah," katanya… - M’siaKini

Haahahaahahhaaa!!! hampeh betul berita ni.. belum pun sempat lagi gua habis baca.. kira baru jer nak masuk rangkap ke tiga.. entah kenapa tanpa dipaksa-paksa gua terus tergelak berguling-guling hingga lima kali pengsan dan dua kali gua koma.. punya ler lawak.. gua ingatkan apa ler bondo kisahnyer cerita video Undilah ni.. cerita perang-perang ker.. dan gua pun nak tengok cun sangat tahap cipan ker heroinnyer macam Pasha Sandar.. sampai gua pun tak jadi keja asyik dok memikirkan inti pati video tersebut.. rupa-rupanyer cerita pasal kempen nak suruh orang mengundi.. cehh!! buang karan betul..

Tapi yang tak bestnya bila gua tengah ghairah nak tengok.. tetiba plak pihak SKMM suruh tarik balik penayangan video tersebut.. potong stim betul ler lu SKMM.. apa yang sensitif pun gua tak tau ler.. sorry la SKMM.. klau lu cerita kat budak-budak tadika mungkin ler diorang percaya.. tapi klau lu nak kelentong gua pun beragak ler.. cuba korang pikir.. mana ada orang dapat kontrak kerajaan.. macam buat projek video tentang kempen ni tanpa ada sebarang penapisan.. tak kan la dapat jer job terus buat.. dah siap terus siar... mana ada.. ikutkan kena ler ikut step by step.. mula-mula buat skrip.. takan la lu tak chek dulu dia punye skrip..

Ikutkan berurusan dengan pihak kerajaan ler proses yang paling rumit sekali.. banyak sangat birokrasi.. bukan apa.. bila dah ramai sangat boss tu.. macam-macam la perangai dan idea.. walapun ideanya tak berapa nak lalu.. korang tengok RTM dengan TV3 pun korang dapat tau perbezaannyer.. dan gua rasa masa nak buat skrip video ni pun terpaksa melalui beberapa lapisan serta tapisan.. entah berapa kali plak meeting.. itu tak masuk lagi mee eating..

Dah settle jer skrip.. buat plak story board.. meeating lagi dua tiga kali.. tak puas hati.. ubah lagi skrip.. meeting lagi.. ada plak yang tak kena dengan story board.. ubah lagi.. begitu ler sehingga projek tu selesai.. tapi yang gua heran mengapa bila benda tu dah siap.. tetiba semua bising.. pot pet.. pot pet.. tetiba plak itu tak boleh.. yang ini sensitif.... yang itu anti kerajaan... apsal tak bising dalam bilik meeting semasa benda tu diperingkat awal lagi.. takkan tak perasan yang skrip tu ada unsur-unsur condong ke pembangkang.. last-last benda yang dibuat tak bleh nak disiar.. duit dah habis beratus ribu.. tak ker membazir.. yang kenyang korang melantak bihun goreng dengan karipap pusing masa meeating.. ciss!!

Selasa, 27 September 2011

BRUTALNYER LU PAK POLISI..

JITRA, 26 Sept - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang dekat sini pada 11.30 pagi Sabtu lepas.

Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.

"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut. Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.

"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul. Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis,"... - Bernama

Umang aiii!!.. ganas betul lu ni pak polisi.. pasal sampah pun sampai nak pukul-memukul.. banting-membanting.. siap panggil gang lagi tu.. gua rasa klau Mat Indera ngan Cin Peng tengok.. dia pun tabik spring 20 kali sama lu.. tapi lu kira bernasib baik jugak sebab Abang Ajib dah mansuhkan si ISA.. klau tak mau sekarang ni jugak gua call Abang Ajib kasi sumbatkan lu dengan lu punya gang hamlau tu dalam ISA.. haa baru padan dengan lu punya muko.. menghabiskan duit rakyat jer bayar gaji korang..

Dan bila baca berita ni.. tetiba gua teringat zaman gua bebudak dulu.. waktu tu gua dalam perjalanan kesekolah.. dan ia berlaku didepan mata gua sendiri bagaimana sorang pak polisi menahan dan melempang budak sekolah yang sedang naik basikal berdua.... kira membonceng member kat belakang ler kiranyer.. masa tu gua tengok pak polisi tu tetiba menjerit menyuruh budak tu berenti.. apalagi sebaik jer budak tu berenti.. malaon tu terus melepaskan sedas dua pelempang sambil memaki budak tu… lalu menyuruh budak yang membonceng kat belakang tu turun dan menapak kesekolah..

Gua dan budak-budak lain yang menonton drama tersebut turut terperanjat cipan bila melihat kejadian ngeri tersebut... korang pikir la dia punya sakit satu hal... dah tu dapat pelempang free kat depan member-member satu hal.. kesian siut.. bayangkan ler betapa malunyer budak tu.. kira package tu.. bagi gua stakat kes macam tu tak payah ler nak tunjuk samseng.. dah tu tunjuk handal kat budak sekolah plak tu.. apa lagi gua terus memaki polis lahanat tu (tapi dalam hati jer ler… gua pun tak berani.. nanti tak pasal-pasal gua plak yang tumpang tui makan pelempang free.. ceh!! cilakaknyer pak polisi..)

Walaupun pak polisi dan budak berdua tu gua tak kenal.. tapi peristiwa tu masih segar di ingatan gua.. dan kalau ikutkan pak polisi tu boleh menggunakan budi bicara ataupun menasihatkan budak tu secara berhemah tentang bahayanya naik basikal berdua ni.. lagi pun mungkin budak tu pun ada alasannyer jugak sebab naik basikal berdua.. tau jer ler budak kampung zaman dulu mana ler semewah macam bebudak sekarang.. dan jugak bukan semuanya budak-budak tu dari keluarga senang yang mampu nak beli basikal.. apatah lagi nak beli motor atau naik bas kesekolah..

Maka dengan ihsan member-member yang simpati.. ada la yang sanggup memberi tompang.. membonceng kat belakang ataupun paling tidak menjadi driver diorang.. aii takan ler dah bagi tumpang tokey plak nak mengayuh.. banyak cantikkk.. kalau dekat tak per ler jugak… tapi klau dah lima enam kilometer mau tak menggigil kepala lutut mengayuh.. perghhh!!! naik pitam siut nak sampai sekolah..!!. dah tu bila dah tolong tumpangkan member.. tak pasal-pasal dapat sarapan pelempang free.. ceh!! hampeh punyer pak polisi.

Rabu, 21 September 2011

SELAMAT TINGGAL ISA..

Caya la Abang Ajib.. walaupun sebelum ni gua begitu berangin dengan lu.. bila tengok kenaikan kos sara hidup yang begitu menghimpit dan mencekik leher gua.. kena plak pasal cukai si telco lahanat sebanyak 6% tu.. lagi gua hati panas.. tapi camno pun akhirnyer kali ni gua terpaksa jugak bersetuju dengan lu.. diatas tindakan berani lu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun nama glamornyer iaitu Internal Security Act (ISA)... dan dikhabarkan akan diganti dengan akta yang lain plak.. gua takda hal.. ada ker tak si ISA ni sama ajer.. hidup gua cam ni gak.. kais pagi makan pagi..

Bagi gua.. kalau dulu mungkin la ISA ni perlu berdasarkan keadaan dan suasana politik pada masa tu.. tapi sekarang lu pun tau.. zaman dah berubah.. rakyat pun dah bijak berfikir dan menilai… dan polis sekarang ni pun dah bertambah ramai terutama FRU.. jadi dah sampai ler masanyer kalau ISA ni ditamatkan perkhidmatannyer.. dan kalau gua jadi PM pun memang dah lama si ISA tu gua hapus dari muka bumi ni.. tak kisah ler walau bagaimana sedap nasik dan gulai kawah kat kem situ.. bukan apo.. buat menyemak fail jer..

Namun begitu gua tau.. ada jugak suara-suara sumbang dari kaki bodek dan penyokong taksub pro ISA.. yang tak puashati dengan tindakan lu tu.. yang dilihat seperti telah mengaku kalah kepada pembangkang yang dah lama mendesak agar ISA ni dimansuhkan.. kira seperti memberi bola tanggung kat parti pembangkang mendapatkan mata mudah... alaa.. Abang Ajib.. stakat kaki bodek macam lalang seperti diorang tu bukan bleh buat apo pun.. satakat cakap berdegar-degar kat belakang... bila dapat gula-gula terus senyap..

Bagi gua diorang semua ni hanya stakat mengikut jer.. kalau PM kata ISA ni penting dan harus dikekalkan.. mula la kaki bodek ni keluar dari sarang mempertahan dan menyokong bagai nak rak.. dan berdegar-degar ler bercerita tentang kebaikan si ISA ni.. malah mendesak kerajaan meng ISA kan sapa sajer yang menentang atau berbeza pandangan dengan mereka.. dan mula ler kluar perkataan pembangkang.. agen asing.. komunis.. pengganas ler.. serta stategi menakut-nakutkan rakyat bahawa kalau ISA ni dihapuskan.. negara ni akan jadi huru hara.. adoii!! sapa yang mengajar diorang ni pun gua tak tau la.. nenek diorang kut..

Dan sekarang ni bila PM memansuhkan ISA.. kita tengok.. apasal diorang ni terus senyap sunyi dan tak bising-bising mempertahankan ISA yang kononnyer begitu baik untuk kesihatan rakyat negara ni.. apasal tak desak Abang Ajib tu ditahan ISA kerana menghapuskan ISA… bukan ker kerana kalau takda ISA ni nanti negara ni akan huru-hara.. tapi yang bestnyer.. tetiba jer diorang ni terus berpusing 180 darjah.. kena plak bila kena interview kat TV.. terus kluar ayat bodek.. dan berdegar-degar plak menyokong tindakan PM tu.. cheh!!..

Sebenarnyer diorang ni tau.. ISA ni lebih banyak buruk dari baik.. terutama dari segi sifat-sifat kemanusiaan.. yang kononnyer untuk tindakan mencegah.. apa!.. diorang ingat ISA tu hebat sangat ker dari mahkamah dan undang-undang yang sedia ada.. tapi klau betul ler ISA tu hebat dan mampu membasmi jenayah yang ada melambak-lambak sekarang seperti rompak.. ragut.. rogol.. bunuh. rasuah.. rempit dan sebagainyer.. no hal.. gua akan menyokong dan mendesak agar ISA ni dikekalkan.. tak boleh tidak..

Tapi gua tengok unsur-unsur pencegahan yang pada ISA tidak begitu meyakinkan gua... sebagai contoh.. katakan la gua tengok korang melepak kat tepi kereta Ferrari gua.. oleh kerana curiga dan takut kereta gua tu korang curik.. apa lagi gua pun panggil ler polis suruh tangkap korang dengan alasan sebagai pencegahan.. agaknyer apa ler perasaan korang masa tu.. yang ditangkap atas suatu kesalahan yang belum korang lakukan.. malah tidak dibenarkan plak mempertahankan diri diatas dakwaan tersebut.. gua berani potong ayam la yang diorang pasti akan rasa tak puashati.. hanya yang bangang jer sanggup buat kenduri kesyukuran..

Gua berandaian begini kerana kebanyakan pesalah yang ditahan ISA adalah atas dasar disyaki.. dan tidak diterangkan sejelas-jelasnyer akan kesalahan mereka dengan bukti-bukti yang nyata kepada rakyat.. dan rakyat hanya mendapatkan maklumat pun hanya berdasarkan spekulasi dan persepsi.. yang dimainkan oleh media kerajaan yang berlagak seperti hakim dengan menghukum pesalah dengan-berita berita yang belum tentu ada kebenarnyer.. tanpa memberi peluang kepada pesalah ISA untuk mempertahankan diri..

Bagi gua.. mana yang tak puas hati.. dan beria-ia sangat nak ISA tu dikekalkan.. haa cuba plak masukkan diorang ni dalam tahanan ISA.. tak payah lama sampai bertahun.. stakat seminggu pun dah cukup.. bila dah kena dera siang malam sampai mamai.. berguling atau jalan itik keliling padang tengah panas.. haa masa tu baru diorang ni tau.. gua rasa mau tak sampai sehari diorang dah meraung panggil mak.. menangis merayu nak balik rumah.. dan entah-entah lepas tu diorang plak yang menjerit dan mendesak pihak kerajaan agar menghapuskan ISA.. silap-silap nama Isa pun diorang suruh haramkan..

Khamis, 15 September 2011

MAT BOO.. KITO DIJAJAH KER TAK NI?..

SERDANG - Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu. Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini. Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir.

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat. Perdana menteri keempat ini bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Perdana di sini hari ini.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British... - TheM'sianInsider

Siapa sangka.. hanya dengan lawak sendu Mat Boo tentang Mat Indera.. membuatkan kita kat M’sia ni terutama sekali orang-orang politik separuh masak.. tak pasal-pasal jadi huruhara dan gila meroyan.. melatah macam orang hilang akal... sehingga kepalo otak gua pun tumpang serabut bila melihatkan perkara ni dipolemik dan dipolitikkan tanpa batas di media-media hampir setiap hari... sehingga dah semakin merapu dan lari dari tajuk asal..

Dan lawak Mat Indera itu jugak membuatkan nama Mat Boo yang tak berapa dikenali ramai sebelum ni tetiba meletop-letop.. mengalahkan superstar.. klau la Mat Boo buat album rock.. gua pasti akan laris macam pisang goreng.. dan klau Mat Boo berlakon filem walaupun stakat pak pacak pegang tombak pun gua yakin filem tu akan box office.. mengalahkan filem Hantu Bonceng.. begitu ler hebatnyer penangan si Mat Boo yang berbadan gempal ni.. malah disebabkan Mat Boo ni jugaklah.. idea merapu gua pun semakin ligat.. dan tangan gua pun semakin menggatal nak menulis…

Seperti yang kita semua tahu.. Mat Boo ni memang sorang kaki gebang.. dan angkara gebang Mat Boo ni jugak telah berjaya membuat rakyat 1M’sia tetiba menjadi celik sejarah.. malah gebang Mat Boo turut membuatkan para profesor gaji bulan di Majlis Profesor Negara terpaksa bekerja overtime semata-mata untuk menepis segala gebang songsang dari Mat Boo.. dan yang yang paling best.. gebang Mat Boo telah berjaya membantu menyelesaikan masalah makcik Aminah.. balu seorang anggota polis.. untuk mendapatkan pencen suami beliau yang bertahun-tahun itu hanya selesai dalam masa seminggu..

Selain itu.. gebang Mat Boo turut berjaya membongkarkan satu rahsia sejarah yang amat menggemparkan rakyat 1M’sia.. yang selama ini tersimpan rapi dalam peti besi tanpa pengetahuan kita semua.. siapa yang tak gempar.. sedangkan gua yang sedang syok melepak dibawah pokok pisang sambil main dam ular di depan rumah turut sama terperanjat berok.. bila mengetahui fakta terbaru yang didedahkan oleh para profesor gaji bulan tersebut.. bahawa selama ini kita tidak pernah dijajah oleh sesiapa pun.. cuma si British poyo tu sajer datang makan angin kesini.. sambil jalan-jalan carik awek..

Macamana ler gua tak terperanjat... korang bayangkan la.. buat penat jer gua membazirkan masa selama bertahun-tahun... terpekik terlolong berarak tengah panas terik memikul bendera setiap tahun sambil berkumpul kat Dataran Merdeka melihat bunga api.. semata-mata untuk menyambut hari merdeka.. tapi rupa-rupanyer selama ni gua telah ditipu oleh sejarah.. hampeh betul ler.. korang ni sajer jer nak buat kepalo otak gua kompius..

Bagi menenangkan keadaan.. gua pun terus menghubungi Profesor Jenal Kleng.. sorang profesor gaji bulan yang terkenal dari Chongkau Universiti bagi mendapatkan penjelasan dari beliau.. sama ada benarkah atau pun tidak fakta terbaru itu yang menyatakan kita ini benar-benar dijajah oleh si British poyo.. atau cuma khabar angin yang dimainkan oleh pihak komunis untuk menggugat keharmonian rakyat 1M’sia..

Menurut Profesor Jenal.. berdasarkan dari catatan buku 555 peninggalan Johnny English.. iaitu seorang pegawai kastam Inggeris yang bertugas di Melaka pada tahun 1876.. pada muka surat 179.. peringgan ke tiga rangkap ke lapan.. dengan tegas ada menyatakan bahawa pihak British sebenarnyer tidak pernah sekalipun menjajah negara ini... malah kedatangan diorang ke sini pun diatas jemputan khas sebagai penasihat Raja-Raja bagi melindungi Tanah Melayu serta membantu Optimus Prime menentang Transfomer Megatron yang begitu ganas.. yang sering menyerang serta mencurik getah sekerap penduduk kampung Geduhum Hilir..

Setelah mendapat penjelasan mantap dari Profesor Jenal itu.. baru ler denyutan nadi gua kembali normal.. namun begitu ada beberapo persoalan serta kemusykilan yang masih berlegar dikepalo otak gua.. kalau betul ler si British poyo tu datang sebagai pelindung bagi melindungi rakyat negara ni.. apasal plak dia lari mencicit lintang pukang tak cukup tanah bila diserang hendap oleh tentera Jepun dulu.. aduihh!! sejarah ni betul-betul ler buat otak gua kompius.. itu sebabnyer masa SPM dulu.. subjek sejarah gua dapat 10/100… ini yang buat gua hangin ni.. jaga lu Mat Boo... ini semua salah lu...

* Horeeyy!! besok cuti... Hari M'sia katanyer.. ado chan la pegi Dataran tengok bungo api..

Selasa, 13 September 2011

TU DIA.. AKHIRNYER HERO PUN DATANG..

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri... - UtusanM'sia

Hahahaha.. akhirnyer apa yang gua ramalkan menjadi kenyataan.. ketika disaat-saat genting melihat rakyat semakin berangin.. maka sang hero pun muncul dari celah semak bagi menyelamatkan keadaan.. dan tanpa berlengah para pengampu pun turut sama keluar dari sarang masing-masing.. terus bersuara dan memuji kehebatan tindakan pak menteri yang sanggup menangguh kenaikan cukai perkhidmatan telco sebanyak 6% itu.. semata-mata kerana begitu prihatin dan simpati terhadap kesusahan rakyat di negara ini..

Seperti dirancang-rancang.. maka si media ampu pun turut sama menjadi pak sebok.. terus memuji kaw-kaw tindakan berani si pak menteri.. dan si media pun buat la tinjauan.. meminta pendapat orang ramai di atas penangguhan cukai tersebut.. maka apo lagi.. orang ramai pun dengan gembira terus memuji tanpa had dan mengucapkan ribuan terimakasih tak terhingga kepada pak menteri yang dilihat begitu perihatin dan begitu berjiwa rakyat.. dan pak menteri pun tersenyum lebar kerana melihatkan strateginyer telah berjaya dengan cemerlang.. dan secara tak langsung saham beliau serta nama Parti Tapai Pulut pun turut sama melambung di mata rakyat..

Kalau dibaca berita tu betul-betul.. kita sebenarnyer masih pun belum selamat.. ini adalah kerana semua itu hanyalah satu penangguhan sementara jer.. sehingga ler satu kajian selesai.. gua pun tak paham apo ke bondo yang nak dikaji.. dah macam saintis ler plak... apo korang ingat rakyat M'sia ni tikus putih ker nak ni buat ujikaji.. atau adakah diorang nak kaji bila agaknyer masa atau peratus kenaikan yang sesuai.. atau mungkin nak kaji berapo banyak turbo atau gasket yang nak dipasang pada cukai telco itu nanti..

Cuma gua harap.. klau dapat pak menteri yang kacak bergaya tu.. naikkan la cukai tu tinggi-tinggi sikit.. klau setakat 2-3% tu rendah sangat ler plak... tak berbaloi langsung.. terasa macam nak menghina rakyat negara ni jer.. bagi gua.. memandang ekonomi negara kita sekarang ni sedang berkembang pesat.. apakata pak menteri naikan la cukai perkhidmatan tu hingga 25%.. klau dapat lagi tinggi lagi cantek.. gua pasti rakyat 1M'sia akan gembira dan tersenyum riang.. dan kena plak dianyer time selang beberapa hari nak pilihanraya.. perghh!! memang best.. memang cepat korang melingkup!!..

Jumaat, 9 September 2011

HOREYYY!!... ADIK KOMUNIS DATANG...

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini. Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memperuntukkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar semasa untuk perkhidmatan telekomunikasi termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Cukai itu sama dengan levi cukai perkhidmatan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.. - Utusan M'sia

Tengah gua syok relaks sambil mengusya beberapa orang awek cun yang dok lalu lalang.. tetiba gua dikejutkan dengan satu sms... RM0. EFFECTIVE 15/9/2011, prepaid reloads and prepaid SIM packs will be charge 6% sevice tax. Please visit digi.com.my for more info.. apolagi tanpa berlengah terus badan gua menggigil menahan marah.. nasib baik gua tak bertukar jadi hulk.. klau tak mau habis lori pickup ada kat tepi ni gua karate....

Nahh!! hambik kao... padan muko kita semua.. termasuk ler dengan gua sekali yang pakai prepaid ni haa... tu la dok sebok bertekak bertegang urat dan banting sana banting sini.. bercakar pasal komunis siang malam sampai lupa diri.. hinggakan adik komunis si kapitalis tu datang menyerang menaikkan cukai perkhidmatan telekom pun kita tak perasan...

Ini la rupanyer hasilnyer Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dok dibanggakan tu.. rupanyer ETP penipu saja nak mencekik darah rakyat dan dah mengalahkan komunis lahanat... nasib baik besok tak mengundi.. klau tak mau pagi-pagi lagi gua dah tercongok kat peti undi nak memangkah parti tapai pulut.. nak mengharapkan parti pisau getah bersilang.. hadooo... talak untung.. klau stakat nak jadi pemimpin.. bermesyuarat sana-sini siang malam.. semata-mata nak menaikan cukai dan harga barang.. atok gua pun bleh pemimpin..

Tapi entah-entah diorang ni sajer kut dah berpakat dengan tokey talipon.. sajer nak menggertak menaikkan cukai perkhidmatan.. bila orang ramai bising-bising memekak.. lalu hero pun datang mencelah kasi settle serta membatalkan kenaikan cukai tersebut dan tetiba para pengampu dan kaki bodek pun kluar dari sarang.. dan terus mengucapkan ribuan terimakasih kat hero yang begitu perihatin dengan kesusahan rakyat.. kerana sanggup membatalkan kenaikkan cukai terebut.. dan kita pun tersenyum hingga pangkal telinga dan terus bertekak dan bertegang leher untuk isu yang lain plak..

Khamis, 8 September 2011

BENGAP DAH MACAM KOMUNIS...

KUANTAN 6 Sept. - Masyarakat tidak seharusnya terpedaya dengan 'bukti' yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung kenyataan dalam ceramahnya yang mengangkat Mat Indera sebagai hero.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diharap tidak memesongkan fakta dengan merujuk sebuah buku bertajuk Pengukir Nama Johor dengan memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang tokoh.

"Kita tidak perlu terpedaya dengan bukti tersebut kerana dalam al-Quran sendiri ada menceritakan mengenai Firaun dan adakah bererti Allah mengiktiraf Firaun sebagai pejuang? - Utusan M'sia

Ini la dia klau jadi pemimpin pakai orang dalam.. orang nak bagi komen dia pun sebok gak nak bagi komen.. walaupun pun stakat komen bebudak sekolah darjah 2 jingga.. itu la klau gua cakap bangang nanti tau plak marah.. macam mana lu bleh jadi ADUN pun gua tak tau.. klau Mat Sabu baca komen lu ni gua rasa mesti dia pun tergelak terguling-guling.. dan tak pasal-pasal lu pun jadi bahan lawak dalam ceramah Mat Sabu..

Gua tau la yang lu beria-ia sangat nak membodek.. itu gua paham.. tapi bila lu membandingkan antara buku Pengukir Nama Johor dengan kitab suci al-Quran.. antara Mat Indera dengan Firaun.. kepalo otak gua jadi musykil.. adakah buku Pengukir Nama Johor tu setaraf dengan kitab suci al-Quran dan kezaliman Firaun sebanding dengan kejahatan Mat Indera..

Kita semua tau.. al-Quran tu adalah kata-kata Allah.. kebenarannyer jelas terbukti.. takda akkk takda ekkk… klau tak percaya bleh gugur iman tu.. manakala buku Pengukir Nama Johor tu adalah tulisan dan pandangan dari seorang yang bernama manusia.. yang kebenaranyer belum tentu lagi 100% benar atau tulin.. nak percaya atau tidak tulisan dalam buku tu tak terjejas pun iman.. dan adakah penulis tu interview Mat Indera secara one by one.. kalau tak siapa perawinyer.. atau hanya stakat dengar cakap orang..

Dan sebagai pemimpin Melayu merangkap ADUN terhebat.. gua nak tanya lu.. apa maknanyer perkataan PENGUKIR.. adik-beradik UKIR atau MENGUKIR tu… biasernyer pengukir tu mengubah sesuatu benda yang tak cantik menjadi lebih cantik dan hebat.. dan ini sebagai contoh ayat..

1. Nuar Mastika yang sedang MENGUKIR nama di persada dunia hiburan dilihat begitu gembira sekali apabila beliau berjaya merangkul 24 award.. termasuk sebagai pelawak paling slapstik di dunia serta anugerah pemandu bas kilang terbaik dalam Pesta Menuai di kampung Titi Gantung semalam..

2. Bekerja sebagai PENGUKIR membuatkan Leman tiada masa untuk berpoya-poya di kelab malam.. malah dengan ketekunan bekerja sebagai PENGUKIR itu.. akhirnyer beliau berjaya MENGUKIR tunggul pokok ketapang di depan rumah beliau menjadi sebuah kapal selam..

dan seterusnyer ayat yang ini plak..

3. Si Ambo telah berjaya MENGUKIR nama sebagai pengganas paling kejam di Kampung Sireh.. apabila beliau dengan begitu cemerlang berjaya membakar reban ayam Pak Bakar.. err!! cuba korang perati.. pelik dan sesuai tak ayat tu..

Itu sebabnyer gua nak tanya lu.. kalau betul ler Mat Indera tu pengganas zalim macam Firaun.. apasal plak dia dipanggil sebagai PENGUKIR.. sepatutnyer beliau tu di masukkan dalam buku PENCONTENG atau PERUNTUH NAMA JOHOR ker.. haa baru ler betul.. dan adakah mamat yang menulis buku Pengukir Nama Johor tu sama sengal dengan si Syed Ibrahim ni… tak tau la gua.. tapi apakata klau gua masukkan nama Mat Komando.. Botak Cin dan Kalimuthu sebaris dengan nama Dr. Mahathir dan Tun Razak dalam buku gua Pengukir Nama Malaysia.. rasa-rasa ada tak yang melenting..