Selasa, 31 Mei 2011

MESSI.. DULU SAKIT KINI RAJA..

Hambik kau MU… gua dah agak dah yang korang mesti kena punyer.. dan korang dikira bernasib baik sebab Messi pun main ala kadar jer pada malam tu dan Barca pun hanya stakat menurunkan team simpanan sukarela diorang jer.. kalau la diorang turunkan team utama yang diketuai oleh bapak si Messi yang bergandingan plak dengan atuk si Messi.... tak tau la berapa yang korang kena.. gua rasa bukan stakat 3-1 jer korang kena lanyak.. rasa-rasa mau beratus kut....

Menurut Lionel Andres Messi yang sempat gua call beberasa saat sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara bermula menceritakan bagaimana kisah perjalanan hidup beliau sehingga menjadi lagenda pada hari ni.. menurut Messi beliau dilahirkan di Rosario kira-kira 300 km dari Buenes Aires.. dan mula bermain bola sewaktu sewaktu berumur lima tahun dengan kelab Grandoli.. sebuah kelab kampung yang dilatih oleh seorang pekerja kilang besi merangkap bapak beliau sendiri iaitu Jorge Horacio Messi.. sebelum beralih ke Newell's Old Boy’s sebuah kelab yang di kira top di bandar Rosario..

Lebih kurang pada usia 11 tahun.. beliau didapati mengidap penyakit gangguan hormon yang mengganggu sitem pembesaran serta turut menyebabkan masalah pada kulit beliau.. tak tau ler samada panau.. kurap atau pun kayap ular.. penyakit itu jugak membuatkan perjalan hidup beliau untuk menjadi pemain bolasepak seakan terhenti.. malah kelab River Plate turut membatalkan niat mereka untuk mendapatkan Messi kerana tidak sanggup untuk membayar kos rawatan beliau kira-kira 900 dolar sebulan.. yang dianggap terlalu tinggi.. malah team perubatan kelab tersebut menganggarkan kadar pertumbuhan Messi pun tak lebih dari 140 cm jer.. kira bantut ler tu..

Sewaktu berusia 12 tahun.. salah sorang keluarga Messi di Catalonia mendaftarkan beliau untuk diuji bakat untuk kelab Barcelona.. melihatkan kehebatan serta bakat Messi membuatkan pengarah sukan Barcelona pada masa tu Carlos Rexach tanpa membuang masa terus terbang ke Argentina.. tanpa membawa sebarang surat tawaran rasmi beliau hanya meminta Messi menandatangi kontrak diatas kertas kosong.. tak tau ler kertas tisu atau kertas suratkhabar.. serta bersetuju membiayai segala kos rawatan Messi..

Di Barcelona sewaktu berumur 13 tahun.. beliau diserap ke pasukan remaja bawah 14 tahun dan pada perlawanan pertama.. Messi berjaya menjaringkan lima gol.. dan beliau diserap ke pasukan utama Barca pada usia 16 tahun dengan perlawanan pertama menentang Porto FC dalam satu perlawanan persahabatan..

"Walaupun gua dah kayo dengan pendapatan 20 juta pound dan penyakit gua pun dak hilang tapi gua hidup sederhana jer.. dan gua masih menjadi seorang budak yang lahir di Rosirio, Santa Fe, Argentina.. malah dengan duit tu jugak gua berjaya menubuhkan yayasan amal untuk kesihatan dan pendidikan kanak-kanak iaitu The Leo Messi Foundation.... haa amacam hebat tak gua.."

"Spy Penanggah.. klau lu nak tau tinggi gua skarang dah 169 cm kira-kira 5' 7''.. walaupun tak berapo tinggi bagi sorang pemain bolasepak tapi kira oley ler tu..” ujar Messi bersungguh-sungguh di talipon sambil mengelecek beberapo orang pemain MU...

Itu la River Plate.. dulu jual mahal.. lu kata gua bantut ler... haa skrang lu tengok gua dapek piala bukan main besau..

Rabu, 25 Mei 2011

AWEK-AWEK JANGAN RISAU.. GUA ADA!!..

KUCHING – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang. - Utusan M'sia

Bila terbaca berita ni.. tetiba jer perasaan gua menjadi hiba.. sedih dan terharu.. punya ler simpati.. sampai hilang selera makan.. yer ler.. kesian gua tengok nasib orang pompuan sekarang ni... susah sangat nak carik jodoh… nak kata miskin tak jugak.. gua tengok ada gak yang berjaya.. nak kata tak cantik pun tak bleh jugak.. sebab ada yang cun melecun mengalahkan model ubat nyamok.. tapi masih gak membujang sampai kesudah..

Tapi nak salahkan orang pompuan pun tak bleh jugak.. takan la diorang plak yang terhegeh-hegeh nak mengurat orang jantan.. jatuh ler reputasi diorang.. biasernyer klau bab ngurat-mengurat ni kerja orang jantan.. itu yang gua heran tu.. mana peginyer orang jantan yang ramai-ramai kat M’sia ni.. takkan nak harapkan gua sorang jer.. mungkin diorang menyorok dalam almari kut.. segan!! biaser ler orang jantan ni kan pemalu!!… macam gua jugak ler..

Kekadang tu gua hangin gak bila tengok ada orang pompuan yang jual mahal ni.. bila ngurat sikit mula la tarik muka.. muncung jadi panjang lapan inci.. klau dah muka macam tu.. takut ler orang jantan nak ngurat.. silap haribulan tapak kasut plak yang naik kemuka.. tak ker haru.. awek tak dapat.. malu yang dapat… itu yang buat orang jantan ni jadi fedup.. dan ada yang dah beralih arah dengan mengorat kaum sendiri…. itu lagi tak bleh blah.. (gua tengok ramai dah spesis ni kat M’sia.. tapi nasib baik gua tak macam tu… gua tulin okey..)

Kepada orang pompuan.. korang jangan ler risau sampai tak tidor malam memikirkan bab-bab jodoh ni.. sebenarnyer ada jodoh korang.. cuma cepat dan lambat jer.. dan klau ada orang jantan muka tebal mengurat korang tu.. jangan ler malu-malu.. rembat jer ler.. bukan aper.. sebenarnyer zaman skarang nak carik orang lelaki memang ramai.. ada berjuta-juta kat M’sia ni tapi klau nak carik orang jantan terutama yang tahap sasa macam gua ni memang susah.. korang pusing ler satu Malaya ni pun.. blum tentu lagi terjumpa..

Pssttt!!.. untuk awek-awek yang tengah pening kepala memikirkan jodoh tu.. klau korang rasa nak cepat.. malas nak bersusah payah.. korang jangan ler sesegan... alaa!!.. gua kan ada.. apa gunanyer gua ada kat dunia ni klau tak bleh nak tolong korang.. korang tak payah nak bersusah payah menari zapin atau berbalas pantun semata-mata nak ambik hati gua ni.. korang hantar jer resume kat gua.. tau ler gua macamana nak bertindak balas..

Sebenarnyer gua ni no hal.. dan gua pun tak memilih.. korang bagi motor kapcai gua terima.. nak bagi duit lima nam juta gua rela.. dan klau nak bagi Skyline GTR pun gua rembat.... senang jer nak tackle gua ni.. betulll gua tak bohong… ramai dah awek-awek gua cakap macam tu..

Rabu, 18 Mei 2011

NAK BERJIHAD?!!.. JOM LER..

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan jihad yang dibuatnya adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili keseluruhan masyarakat Melayu di negara ini. Beliau berkata, kenyataan jihad itu merupakan satu mesej daripadanya kepada pihak yang selama ini mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.... - UtusanM'sia


“Boring ler ler plak hari ni.. tak tau nak buat apo.. jom spy Penanggah.. ikut gua..”

“Nak ke mana bang Ali.. klau stakat pegi pusing-pusing kat pasar malam Bangi.. tak mau ler gua.. buang maso jer.. tapi klau ajak gua pegi lepak Bukit Bintang usya awek.. haa!!.. mau ler gua ikut..”

“Lu ni gitu ler spy Penanggah.. takda benda lain.. dunia dah nak terbalik pun masih lagi sebok nak usya awek.. gua tau ler lu hensem.. macho tahap gaban.. sebenarnyer gua nak ajak lu pegi berjihad laa..”

“Aii hujan tidak.. ribut pun tidak.. tetiba plak nak berjihad.. jihad kebondonyer petang-petang ni bang Ali... entah-entah bang Ali ni bermimpi kut atau pun deman tersampuk dek hantu Mek Aww..”

“Hantu Mek Aww?!!.. umang aii.. gerun plak gua dengar nama tu.. tu la lu tak tau spy Penanggah.. diorang sekarang ni dah makin melampau.. makin besar kepalo.. “

“Sapa bang Ali.. hantu Mek Aww ker..?”

“Mek Aww?!!.. Mek Aww tengkorak lu.. sapa dia Mek Aww ni??!!.. ni la.. pihak pembangkang dengan gang kristian.. tadi gua baca Utusan yang skrang ni diorang dah nak ubah negara ni jadi negara kristian.. ni yang buat gua hangin dengan diorang ni..”

“Biar betul apa yang bang Ali baco tu,… camno pun kita siasat la dulu betul ker tidak berita tu… paper skarang ni bukan bleh percaya sangat pun..”

“Ahh.. lantak la.. betul ker.. tak betul ker berita tu.. itu semua tak penting.. dan gua pun tak kisah.. yang penting kita kena berjihad.. kita kasi ajau sikit orang-orang macam tu..”

“Perghh!! caya la bang Ali.. okey la.. memandangkan bang Ali dah begitu bersemangat.. sampai menggigil-gigil urat belikat nak berjihad.. jadi gua ikut jer ler.. err!! bang Ali.. ni nak pegi berjihad ni tak ada dapat elaun ker.. klau ada elaun baru ler semangat sikit nak berjihad...

“Elaun tengkorak lu.. sapa nak bagi elaun.. hantu Mek Aww.. gua ni sendiri nak makan pun pinjam duit bini.. elaun kebondo.. haa klau macam tu.. nanti lu tunggu gua kat simpang jalan.. depan kedai mamak Kasim.. tepat pukul 8.00 malam kita gerak.. lu jangan lambat plak.. kita kasi ajau sikit diorang..”

Tepat pada malam yang dijanjikan bayang bang Ali tak muncul-muncul.. spy Penanggah dah mula hangin... dia pun terus menalipon si abang Ali..

“Helo bang Ali.. apsal la susah sangat nak contact bang Ali ni.. dari tadi gua call tak dapat-dapat.. ni yang buat gua hangin ni.. err!! ni jadi ker tidak projek kita nak berjihad malam ni.. dah pukul berapa dah ni.. tadi janji pukul 8.00.. ni dah nak masuk pukul 9.00.. gua dah tak sabar-sabar dah ni…”

“Alamakk!! sorry ler spy Penanggah.. nampaknyer operasi kita terbantut.. jihad kita terpaksa dibatalkan.. susah la nak cakap.. tetiba jer bini gua Kak Leha kau tu ajak pegi temankan dia pegi pasar malam kat Bangi.. adoii!! nanti klau tak di ikutkan mau bebirat badan gua ni kena cakar..”

“Apa laaa… petang tadi bukan main lagi berkobar-kobar semangat nak berjihad.. tetiba malam ni kensel.. potong stim betul.. jangan memain bang Ali.. gua dah siapkankan semua kelengkapan ni.. pistol sembilan.. meriam lima.. bom tangan 10 kotak.. kereta kebal 12 bijik sekali dengan kapal selam 3 pasang…“

“Sorry la spy Penanggah.. lain kali jer la kita pegi berjihad yo.. sementara tu lu training la dulu dengan hantu Mek Aww....

“Errr!! habih tu apo nak dibuek dengan bom tangan bebanyak ni..”

“Hahaa.. susah-susah ekau kunyah jer ler bom tangan tu spy Penanggah.. okey la gua terpaksa pegi dulu.. Kak Leha kau pun dah menjeling-menjeling dah tu.. tak pasal-pasal nanti gua plak yang kena banting kat sini...”

‘Hello bang Ali..!! heloo..!! hello bang Ali.!!. cilakak nyer bang Ali.. sajer nak main-mainkan gua… nak berjihad kebondo.. dengan bini sendiri pun takut.. hampeh betull.. nampaknyer terpaksa la gua pegi berjihad dengan hantu Mek Aww..”

Selasa, 10 Mei 2011

OH! GULA.. CUACA PANAS.. HATI PUN PANAS..

Dalam seminggu dua ni cuaca begitu tak menentu.. pagi tengok okey jer.. tapi bila time petang hujan turun bukan main lebat.. dan adakalanyer cuaca panas bukan main hingga ler ke petang... sampai kesudah hujan tak turun-turun.. malam lagi ler haru.. gua nak tidor pun tak tenang.. bahang semacam.. rasa macam duduk kat dalam oven.. ramalan cuaca kat dalam TV pun dah tak bleh nak diguna pakai.. dan pagi tadi gua tengok kat langit semua dah memutih.. mulanyer gua ingatkan awan ker.. laa.. rupa-rupernyer si jerebu...

Oleh kerana cuaca yang tak menentu.. kesihatan gua pun ikut sama jadi tak menentu.. tekak menjadi perit.. nak telan nasik dua tiga pinggan pun azab.. suara pun dah jadi garau.. mengalahkan suara itik serati.. kalau batuk tu jangan cerita ler azabnyer.. kungkang.. kungkang.. sampai nak tidur pun tak bleh.. rasanyer kalau dirakam boleh buat lima album kompilasi ler agaknyer.. dan kat opis pun gua peratikan dah macam pesta berbalas batuk.. saling berbalas dan bersahut-sahutan.. mengalahkan pertandingan suara burung terkukur..

Bila kesihatan tak menentu.. mood gua untuk bekerja pun turut terjejas.. semua menjadi serba tak kena dan diluar kawalan.. sampaikan harga gula naik 20 sen sekilo pun gua dah tak ambik kisah.. lantak korang ler.. nak naik ker.. nak turun ker.. nak pelingkop ker.. gua dah tak nak ambik pot.. padan muka korang lantik muka macam ni jadi pemimpin.. stakat jadi menteri nak naikkan harga barang gua pun bleh.. jangankan 20 sen.. 18 juta hinggit pun gua bleh kasi naik..

Pagi tadi sewaktu tengah syok tidor sambil melayan batuk yang semakin hari semakin nyaring.. tetiba gua dikejutkan dengan satu deringan sms... dengan kepayahan yang tak seberapo.. gua pun capai ler handpone tercanggih gua tu.. dan gua tengok ada message dari si blogger manhassan.blogspot... lalu gua pun baco la.. mana la tau kut dia message sebab nak blanjer gua sarapan pagi ni.... tapi bila gua baca.. PANDI KUTTY TUL.. GULA NAIK 2 KUPANG..

Walaupun gua tak paham apo ker bondo nyer pandi kutty tu.. gua tetap tersenyum sambil melepaskan beberapo das batuk tahap tinggi dari dalam rongga kerongkong sebagai tanda setuju.. dan gitu ler lu gula.. dah ler cuaca panas.. lu plak bikin hati rakyat 1M'sia lagi panas.. huhuuhuuu!!!

Jumaat, 6 Mei 2011

OSAMA.. DARI KACA MATA PAKCIK KARIM..

Sapa yang tak kenal Usamah atau lebih dikenali sebagai Osama bin Laden.. anak pakcik Mohammed bin Awad bin Laden serta isteri beliau makcik Alia Ghanem.. diangkat dari nama salah seorang sahabat Nabi Mohammad S.A.W bernama Usamah yang bererti singa.. satu susuk nama yang begitu kontroversi.... mamat yang berjwa brutal.. sadis.. hamlau serta hampeh... dianggap pengganas nombor satu yang paling dikehendaki.. manakala dari sisi lain beliau dianggap wira.. simbol penentangan tehadap kezaliman Amerika dan sekutu serta balaci-balaci kaum kapitalis terhadap dunia Islam.. kira macam pejuang revolusi Che Guevara ler gamaknyer..

Mengutip dari kenyataan Sayyid Qutb mengenai perlunya pembaharuan dalam gerakan Islam Antarabangsa dengan dasar (‘qaida’ atau kaedah) yang baru. Dan dengan kata dasar atau kaedah itu jugak ler asal muasal nama Al-Qaeda itu diangkat.. seterusnya membesarkan nama Osama bin Laden ni sehingga menggerunkan tangkai jantung Abang Bush dan Pakcik Obama siang malam....

Bahang politik yang berlaku si sekitar negara Arab membuatkan Osama yang ketika itu berumur 14 tahun tetiba berubah.. berubah menjadi remaja yang warak serta peka terhadap perkembangan politik sekitar.. ada yang kata mamat ni dipengaruhi oleh guru sukan beliau berasal dari Mesir yang juga pengikut gerakan Ikhwanul Muslimin.. dan selepas berkahwin pada tahun 1974 semasa berumur 17 tahun dengan sorang awek cun si Najwa yang ketika itu berumur 14 tahun.. baru ler si Osama ni bergiat secara aktif dalam Ikhwanul Muslimin..

Semangat pejuang Osama bangkit sewaktu melihat tentera Russia menceroboh dan melanyak rakyat Afghanistan tahun 1979.... beliau yang pada masa kecilnye suka menonton cerita koboi siri Bonanza kat TV ni turut sama membantu mengumpul dana dari pemimpin dan orang-orang kaya di Arab Saudi dan beliau juga menjadi perantara yang membawa dana tersebut ke Afghanistan... masa inilah juga beliau bertemu Abdullah bin Azzam yang ketika tu mengajar di Pakistan.. dan dengan dana itu juga mereka membuka kem latihan bagi melatih para pejuang di sana..

Pemergian Osama ke Afghanistan juga tersangat rahsia.. (itu sebabnyer kita tak pernah dengar pun nama Osama sebelum ni... hingga ler selepas tragedi 11 Sept baru ler nama mamat ni muncul..) ini disebabkan kerajan Arab Saudi tidak mahu rahsia mereka terbongkar serta mengaitkankan mereka dalam membantu perjuangan Osama dengan mujahiddin.. ini memandangkan mereka tersangat rapat dengan keluarga si Laden yang kaya raya tu..

Tahun 1986 keadaan di Afghanistan semakin kacau.. Aiman al-Zawahiri yang telah berpindah ke Penshawar.. (sempadan antara Pakistan dan Afghanistan) bagi membantu nasib pelarian... dan disini jugak ler Osama.. Aiman al- Zawahiri seorang doktor bedah dan Abdullah bin Azzam bertemu... dengan mengutip kata Sayyid Qutb mengenai kata dasar atau qaida'.. pengalaman Abdullah bin Azzam yang terlibat dalam penubuhan Hamas di Palestine itu ler akhirnyer al-Qaeda pun wujud dengan anggota pertama seramai 314 orang.. dan dana dari Arab Saudi serta Amerika mula mencurah.. kena plak Abdullah bin Azzam ni rapat dengan CIA.. lagi ler masyukkk..

Di awal penubuhan al-Qaeda ini.. wujud satu pendekatan yang berbeza antara Osama dan Abdullah bin Azzam.. pendekatan Osama dilihat lebih lembut hanya ingin menegakkan Islam di bumi yang ditindas seperti yang berlaku di Afghanistan.. manakala Abdullah bin Azzam menggariskan satu gerakan jihad yang lebih global keseluruh dunia Islam.. antara negara yang termasuk dalam matlamat beliau adalah negara Islam di selatan Soviet.. Kashmir.. Filipina.. Somalia.. Sepanyol dan beberapa negara lagi ler.. itu sebabnyer kerajaan Arab Saudi dan Amerika lebih menyokong Osama sebagai pemimpin Al-Qaeda berbanding Abdullah bin Azzam yang dilihat condong kearah Ikhwanul Muslimin dan agak lebih radikal dengan semangat jihad..

Abdullah bin Azzam ni juga dianggap sebagai mentor bagi pergerakan jihad kaum muda di Afghanistan malah seruan jihad beliau turut meresap ke pemikiran umat Islam di seluruh dunia.. dan tak tau ler gua.. mungkin Amerika atau agen CIA melihat tindak tanduk Abdulah bin Azzam ni agak merbahaya dan bakal menggugat kedudukan mereka.. maka pada tahun 1989 satu letupan bom telah mengorbankan Abdullah bersama dua orang anak beliau ketika sedang meletakkan kenderaan untuk sembahyang Jumaat di Penshawar...

Ketika pulang pulang dari Afghanistan dan disambut sebagai wira pada tahun 1989 dengan meninggalkan para mujahiddin dan gerakan al-Qaeda yang sudah bertapak disana.. jiwa memberontak si Osama kembali panas bila melihatkan perangai para pemimpin Dinasti Saud yang semakin hamlau.. rasuah sana sini.. suka berpoya-poya. berjoli katak.. serta berjudi siang malam.. kena plak bila tengok orang Islam kat Palestin kena tibai dek Yahudi keparat.. lagi ler Osama hangin satu badan.. beliau pun bergerak ke beberapa masjid dan mula berkhutbah mengenai kezaliman zionis dan Amerika..

Osama yang sebelum ini begitu rapat dengan Amerika tetiba terus berpusing 187 darjah.. bilamana melihat Amerika memberi lampu hijau kepada Israel untuk menyerang Lubnan.. dan beliau mula menghentam Amerika melalui khutbah di masjid-masjid.. melihat Osama dah berpaling arah membuatkan Amerika bertambah bebulu.. geram dan dendam.. mereka menganggap si Osama ni sorang manusia yang tidak mengenang budi serta boleh mendatangkan bahaya pada masa depan..

Seperti yang sering kira dengar menyatakan bahawa Osama ini adalah ciptaan Amerika dan CIA.. betul ker..? memang betul Osama dilatih oleh Amerika dan CIA tapi hanya untuk melatih para mujahiddin menentang Soviet.... lagi pun semangat pejuang Osama menentang kezaliman Soviet di Afghanistan bermula sebelum beliau betemu dengan Amerika dan CIA lagi.. mungkin jugak la ada muslihat dari Amerika ingin memerangkap si Osama supaya masuk dalam perangkap CIA.. tapi usaha mereka gagal.. bila Osama tetiba berpaling arah melihat tindakan double standard Amerika dalam isu Israel Palestin....

Alaa samalah seperti tentera dan polis kita di latih oleh Inggeris sewaktu menentang Jepun dan kominis dulu.. tapi bukan bermakna tentera dan polis kita dicipta untuk menjadi agen dan talibarut Inggeris.. tak tau la gua klau ada gak yang hamlau jadi talibarut Inggeris.. tapi kalau diikutkan diantara mereka bertiga ni.. pada mulanyer Abdulah bin Azzam inilah yang dilihat paling rapat dengan Amerika dan CIA.. beliau ini sering berulang alik dari Pakistan ke Amerika dan Arab Saudi....

Hari ni walaupun satu dunia mengecam tindakan Amerika yang diangap melanggar hak asasi manusia dalam menyelesaikan kes serbuan di Abbotabad Pakistan yang membunuh pemimpin al-Qaeda tersebut.. tapi itu hanyalah kecaman dari makhluk yang anti Amerika serta mereka yang terdiri dari pakar undang-undang dan peguam hak asasi.. dan tak ketinggalan dari bekas-bekas pemimpin yang dah takda kuasa.. kira pemimpin yang dah tamat tempoh....

Sedangkan sebaik saja berita kematian tersebut boleh kata semua media memetik kata-kata pujian dari para pemimpin dunia serta kaki ampu dan kaki bodek Amerika termasuk ler PM kita yang taknak ketinggalan memuji tindakan Amerika tersebut... malah beliau berharap dengan kematian Osama akan membuatkan dunia menjadi lebih aman.. begitu la marah serta geramnya para pengampu serta kaki bodek seluruh dunia bila mengulas tentang kematian Osama tersebut....

Walaupun dengan gaya yang bersahaja.. itu sudah cukup menggerunkan Amerika..

Wajah-wajah penting dalam penubuhan al-Qaeda.. Abang Osama.. Pakcik Aiman al-Zawahiri dan Uncle Abdullah bin Azzam..

Gambar yang didakwa gambar anak-anak Pakcik Laden sewaktu di Sweden 1971.. yang bulatan merah tu takda orang lain ler tu.. sape lagi klau bukan si Osama..


* Ehemm.. sebahagian dari isi kisah si Osama ni gua petik dari Republika.co.id yang mengambil bahan tersebut dari buku pemenang Pullitzer 2007, The Looming Tower karangan Lawrence Right... sorry gua pun tak kenal saper ler Lawrence Right tu.. pandai-pandai ler korang carik buku tu yer.. entah betul atau tidak kisah yang dia tulis tu tak dapek la plak gua nak pastikan sebab pada masa tu gua pun sedang berjuang menetang tranfomers Megatron di dalam kebun getah kat kampung gua..