Isnin, 31 Mei 2010

PING PONG YANG HAMPEH..


NAMPAKNYA cerita judi bola pun dah makin senyap.. orang ramai pun dah tak ambik port sangat dan gua pun dah malas nak ulas lagi tentang isu ni..  lagi pun Benson Tan dan pihak kerajaan dah masak dengan perangai rakyat 1M’sia ni.. biasa la orang M’sia.. dianyer  bising dan paneh sekejap jer.. tapi elok gak tu.. bukan apo nanti kalau bising-bising.. takut pihak kerajaan tetiba plak berubah fikiran tarik balik lesen judi bola halal tu langsung melopong tak dapat nak berjudi.. kan dah rugi..


Namun hari Sabtu lepas spy Penanggah telah di paksa untuk menyertai satu pertandingan judi halal bola ping pong 8 sebelah yang begitu berat sebelah di satu tempat yang dirahsiakan di area Bangi.. menurut pihak penganjur pertandingan tersebut iaitu Abang Dolah Karan.. pertandingan ping pong tersebut diadakan untuk melihat sejauh mana keberkesanan sistem XCOPOT.. iaitu satu sistem judi terbaru yang di import dari Jamaica dalam pengiraan mata bola ping pong yang lebih mantap dalam menghadapi judi bola sepak halal Piala Dunia minggu depan.. 


Walaupun team kitorang telah dikelirukan oleh Nuek Haikal seorang broker judi bola haram dari Cheras berkenaan pertukaran tempat pertandingan disaat akhir.. namun diatas kecekapan John Kimbo seorang broker judi ayam katik dari kampung Sireh telah dapat menghidu niat serong Nek Haikal dengan lebih awal.. ini membuatkan Nuek Haikal bertambah geram diatas kegagalan beliau untuk mensabotaj pasukan kitorang.. lalu beliau pun melarikan diri ke JB untuk beristirehat kerana malu..


Perlawanan sengit yang berlangsung hingga ke petang tersebut nampaknya telah berjaya menghiburkan para tetamu dan setiap team yang bertanding.. malah stategi serta perancangan pasukan kitorang untuk dikalahkan dengan begitu mudah telah berjalan dengan begitu lancar tanpa sebarang bantahan..  sehingga berjaya mengelirukan pihak lawan dengan begitu cemerlang dan jitu sekali.. tanpa dapat dikesan oleh sistem XCOPOT.. 


Perkara ini turut diakui oleh Udin seorang broker judi suara burung terkukur separuh haram dari Jubakar Tumpat yang turut menyertai pertanding ping pong tersebut..  malah beliau yang turut bertaruh sebanyak RM25.70sen diatas kemenangan spy Penanggah begitu terkejut dan hampir tidak percaya di atas kekalahan mengejut spy Penanggah dengan Vell Pari seorang pemandu lari ayam dari Perak.. dalam satu perlawanan yang berlangsung dengan begitu ceria dan harmoni.. 


Udin yang ditemui ketika sedang bergayut diatas pokok di belakang dewan pertandingan turut melahirkan rasa kecewa diatas kekalahan pertaruhan beliau tersebut dan berjanji akan mencari Vell Pari hingga ke lubang cacing bagi membalas dendam dan menuntut bela diatas kekalahan spy Penanggah tanpa sebarang kompromi... malah beliau turut mengkarate beberapa ekor burung terkukur kesayang beliau sebagai tanda protes diatas kekalahan spy Penanggah tersebut..

Selasa, 25 Mei 2010

NAK BERJUDI... BAGI JER LAA..


KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group..  - Mingguan M’sia..


Alamakkk potong stim betul laa!!!! baru jer minggu lepas gua puji korang tinggi melangit sampai lubang hidung korang kembang dua inci.. tapi minggu ni dah jadi lain plak.. apa la korang ni suka buat keputusan flip flop.. sekejap nak bagi rakyat berjudi sekejap nak kaji.. skejap nak teliti.. apa korang ingat rakyat  1M'sia ni sengkek sangat ker takdo duit ko nak berjudi.... kalau korang nak tau.. walaupun gaji gua ciput tapi gua awal-awal lagi dah asingkan duit gaji gua bulan lepas untuk nak buat modal berjudi bulan depan.. mano la tau silap-silap haribulan gua bleh jadi jutawan.. haa!! maso tu Bensen Tan tak bleh la nak berlagak dengan gua lagi.. banyak cakap Berjoyo Group dengan dia-dia skali gua beli.. 


Gua pun tak paham.. apa hal la korang susah-susah nak kaji atau nak tengok dulu reaksi orang ramai tentang benda ni.. apsal masa bagi kelulusan lesen dulu korang tak nak kaji dan fikir masak-masak.. alaa gua tau la korang semua pun ado hati nak bejudi gak tapi segan nak bagi tau kat rakyat 1M’sia ni yang korang pun taik judi cam gua... alaaa apa laa yang korang takut sangat dengan parti pembangkang.. diorang protes atau bising bising-bising tu pasal diorang takdo duit nak berjudi.. takpo nanti korang buat la satu tabung atau skim pinjaman untuk kaki-kaki judi tegar sebagai satu kemudahan untuk rakyat yang tak da duit nak berjudi macam gua ni haa.. haa baru la gempak..


Tapi camno pun gua tak kisah laa ado ko tidak judi bola halal ni.. sebab guanyer member si Nuek Haikal seorang pakar bookie judi bola haram yang begitu ganas dan licik di sekitar Cheras yang turut dibantu oleh Mat Bro dari syarikat judi Teka Kacang Sdn.Bhd akan memberikan perkhidmatan 24 jam kepada gua serta penduduk sekitar yang ingin berjudi bola haram tanpa ragu-ragu dan was-was.. hadiah pun bleh kira lumayan gak..


Malah mereka berdua turut berharap agar pihak kerajaan dapat menarik balik lesen judi bola halal tersebut seberapa cepat yang boleh.. agar perniagaan judi  bola haram mereka dapat berkembang dengan lebih pesat dan seterusnya dapat melingkupkan syarikat judi Benson Tan dari Berjoyo Group.. pemilik kedai rangkaian judi Semput Toto tersebut dengan lebih cepat lagi.. 

Selasa, 18 Mei 2010

BERJUDI LA PLAK HAA...


KUALA LUMPUR  - Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.. - Utusan M'sia

Cayaalahhh!!!.. mungkin belum terlambat lagi untuk gua ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan 1'Msia kerana begitu peka dan prihatin diatas desakan dan impian rakyat di negara ini untuk berjudi bola di sepanjang kejohanan Piala Dunia di Afrika bulan depan.. diatas keprihatinan tanpa pilih kasih itu juga pihak kerajaan dengan gembiranya telah menubuhkan satu badan bertindak  bagi meluluskan lesen judi bola kepada Benson Tan dari syarikat Berjoyo Group bagi merialisasikan impian rakyat 1M'sia untuk berjudi secara halal dengan lebih tenang dan gembira..

Keprihatinan pihak kerajaan 1Msia terhadap rakyat di akar umbi untuk berjudi juga semakin terserlah kerana diberitakan mereka turut meluluskan acara judi bola pingpong.. bola ragbi serta bola tenis bagi memudahkan rakyat 1Msia untuk berjudi dengan lebih meriah tanpa ragu-ragu dan dijamin halal.. dan jika tiada halangan dan bantahan dari parti pembangkang mungkin judi bola takraw akan turut tersenarai didalam pesta judi Piala Dunia yang hanya berlangsung tidak lama lagi itu..

Seorang kaki judi tegar yang tidak ingin dikenali berasal dari Sungkai yang sempat ditemui oleh spy Penanggah ketika sedang asyik menyabung ayam katik menyatakan beliau begitu terharu dan berterima kasih kepada pihak kerajaan 1M'sia diatas kelulusan judi bola tersebut dan berharap pihak kerajaan dapat memasukkan acara laga ayam katik kedalam senarai judi halal tersebut bagi memudahkan beliau bersama penduduk kampung untuk berjudi dengan lebih ganas tanpa gangguan pak polisi.. 

Spy Penanggah turut berjaya menemubual seorang bookie judi bola haram yang begitu berjaya disaat ini iaitu Nuek Haikal (psstt.. bukan nama sebenar..) bagi mendapatkan pandangan beliau diatas kelulusan judi bola sepak halal tersebut.. menurut Nuek Haikal.. beliau tidak terasa tercabar diatas kewujudan judi bola halal tersebut dan menganggap itu adalah satu persaingan sihat dalam dunia perjudian.. 

Malah beliau awal-awal lagi telah mengatur satu strategi yang agak gempak bagi menghadapi persaingan dengan judi bola halal tersebut iaitu dengan mengadakan satu judi haram yang lebih mencabar dengan mengadakan peraduan teka kacang dalam botol.. teka umur kambing gurun.. teka berat pengadil dan teka sapa yang kena kad merah pertama dengan hadiah yang begitu lumayan..  iaitu enam ekor tapir jantan.. menurut Nuek Haikal lagi beliau sekarang ini sedang berusaha dengan gigih untuk mencapai tahap ISO40000 bagi memudahkan beliau memohon lesen halal...

Sabtu, 8 Mei 2010

IBU.. KAULAH SEGALANYA..


HELLLOOOOOO.. apa khabar semuooo!!.. haa amcam sehat.. dah makan.. dah mandi.. dah bersenam.. dah berleter.. dah bergaduh.. dah bertumbuk.. dah merempit.. dah mengumpat.. dah melancong.. dah mengurat.. errr dah anu.. dan bermacam-macam dah lagi laaa.. kalau dah.. kira korang ni mempunyai hati.. akal dan body yang sehat macam Iron Man 2.. kira bleh la masuk acara tarik tali kat SUKMA di Melako nanti..

Kali ni gua tak nak merapu lebih-lebih atau over acting seperti selalu.. untuk sekian kalinya gua nak bagi korang hidup aman sentosa serta tenteram bila baca dan mentelaah blog gua ni.. gua dah nekad.. apa nak jadi.. jadilah..  bukan apo.. gua taknak bagi korang punya migrain dan kayap ular naik mendadak sampai 99 darjah celsius.. sehingga boleh mengganggu gugat perjalanan urusan di bursa saham Tokyo dan New York..

Apo lagi gua nak tulis ni.. haaa ok laaa.. kat sini gua nak ucapkan 'SELAMAT HARI IBU' terutama kat ibu gua di kampung.. serta kepada semuo ibu-ibu kat dunio ni.. baik ibu mithali mahupun ibu tunggal.. ibu angkat mahupun ibu roti.. bagi gua korang laa permata hati gua di dunia sampailah akhirat.. 

Disini gua mengaku.. dengan gaji yang begitu ciput ni.. memang gua tidak mampu untuk mambayar harga sebuah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu dan juga diharap dengan ucapan 'TERIMA KASIH' yang tulus dari hati gua ini.. sekurang-kurangnya dapatlah ia menghapuskan sedikit lelah dan mengesat setitis air mata seorang ibu.. dalam jarak masa beliau membesarkan hidup gua ni..

Akhir sekali.. khas untuk ibu gua serta semuo ibu-ibu kat dunia ni.. tiada apa lagi yang mampu gua coretkan kat sini hanya dengan ucapan TERIMA KASIH dan SELAMAT HARI IBU.. I LOVE U ALL..!! Kebabommm!!

Selasa, 4 Mei 2010

DEDAH JER LER!!..


KOTA BHARU - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat...  - Utusan M'sia..

Berikutan pendedahan sensasi dari Mat Blogger tentang satu operasi sulit gerak saraf blog beliau untuk menjatuhkan kerajaan Tok Lah telah membuatkan kerajaan Tok Nik tidak tidor lena… Mat Blogger yang turut mengaku mempunyai penyakit saraf kelas F turut mendakwa ado pihak yang telah memberi beliau RM 4 juta 80 sen secara ansuran bagi menjalankan operasi sulit tesebut yang turut di taja oleh sebuah syarikat judi laga ayam katik dari kampung Sireh.. dengan pendedahan sensasi Mat Blogger tersebut.. membuatkan ranking blog beliau telah naik secara mendadak hingga ketahap bahaya.. 

Baru-baru ini gua telah mendapat maklumat dari Mamud Security.. di mana beliau mendedahkan bahawa John Dempong seorang tokey minyak gamat dari Sudan telah memperuntukan RM26 juta kepada blog Penanggah untuk menjalankan satu operasi sulit bagi menguruskan urusan jual beli telaga minyak gamat blok N dan O kepada Zimbabwe.. ini adalah salah satu tindakan susulan setelah usaha beliau untuk mendapatkani telaga minyak urut di blok L dan M telah gagal kerana telaga tersebut terlebih dahulu telah dirembat oleh kerajaan Brunei…

Dan juga berdasarkan intipan selama seminggu di sebuah gudang belacan di Balik Pulau minggu lepas.. GPS gua telah berjaya mengesan satu operasi sulit.. dimana blog Penanggah juga telah diupah oleh abang Jimon dari syarikat apam balik Keramat untuk menjatuhkan kerajaan Obama di Amerika..  abang Jimon turut meminta bantuan dari blog Penanggah untuk menjalankan satu operasi gerak saraf bagi membantu pakcik Usin Romeo mengurat Akak Leha tokey kosmetik terkenal Makcik Dara... beliau turut berjanji akan menanggung segala kos rawatan termasuk duti kastam serta makan minum dan awek dangdut yang dianggarkan lebih kurang RM80 juta..

Dengan pendedahan gua ini diharap pihak SPRM dari syarikat Mamud Security dapat menjalankan satu siasatan secara rambang dan sambil lewa.. agar pihak yang tidak bersalah dapat di di bawa kemuka pengadilan serta disabitkan dengan kesalahan dan dihukum dengan hukuman yang berat dan tidak setimpal agar perkara ini akan menjadi pengajaran kepada blogger-blogger yang lain agar tidak melakukan kesalahan yang boleh menggugat kejituan semangat 1M’sia.. dengah pendedahan gua ini juga telah membuatkan ranking blog Penanggah yang entah apo-apo itu telah naik mendadak sehingga ketahap cipan dan berjaya menduduki top ten carta Billbord dan carta Hit 1 dari RTM 1..

*  Alamakkkk!!! Sorry la SPRM.. disini gua ingin menarik balik pendedahan ini kerana terdapat kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.. bukan apo.. sebab gua tak perasan yang blog Penanggah ni adalah blog gua sendiri… takan gua nak lu siasat gua.. mati la gua.. kalau lu nak siasat lu siasat la blog manhassan.blospot ker.. blog kampung gua kampungbatangrokan.blogspot ker.. dengar-dengar diorang pun banyak gak dapat job pasal saraf-saraf ni termasuk job operasi urat saraf dan sampah sarap..