Khamis, 30 Disember 2010

HARIMAU.. GARUDA DAN SELAMAT TAHUN BARU..

Lagi sekali gua ucapkan tahniah kat team M’sia yang berjaya menjuarai Piala Suzuki Kapcai dengan mengalahkan team Indon dengan agriget 4-2 pada perlawanan malam semalam.. walaupun kita tewas 2-1 pada perlawanan tersebut.. namun itu semua tidak menjadi penghalang kepada kita untuk memikul piala tersebut buat kali pertama..

Buat team Indon@GARUdaa... yang bersusah payah berlari kehulu kehilir mengejar bola.. gua harap korang jangan la bersedih.. menangis meraung sampai tak lalu makan.. banyak lagi pertandingan dan piala yang menanti korang.. kalau korang tak dapat piala Suzuki ni.. korang cuba la plak pada Piala Honda Cup pada minggu depan kat padang Majlis Perbandaran Ampang atau Piala Yamaha 125Z pada hujung bulan depan kalau tak silap gua kat padang Sekolah Palong 8..

Tapi camno pun silap korang jugak.. gua dah cakap awal-awal jangan dilawan team Harimau Malaya tu.. tapi korang degil.. nak lawan jugak.. haa kan dah kena tapau.. nasib baik agreget 4-2 jer.. kalau gua main tak tau ler berapo yang korang kena.. silap-silap haribulan kena panggil juru audit.. sebab nak mintak tolong kira guanyer jaringan yang beribu tu..

Okey ler.. gua pun dah nak blah.. akhir sekali gua nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kat korang semua terutama pembaca blog ni.. buat team Harimau kalau tengah kira duit tu ingat-ingat ler gua kat sini.. gua pun sokong korang jugak.. pada team Indon@GARUdaa.. korang jangan lupa.. nanti kita jumpa kat Piala Tempe Garing kat Golok bulan depan.. dengan ucapan Selamat Menggaru.. hahahhaaa!!

Isnin, 27 Disember 2010

AKHIRNYA GARUDA TERKULAI DI KAKI HARIMAU..

Tahniah dari gua untuk team M’sia kerana berjaya mengalahkan pasukan Indon 3-0 pada perlawanan Piala Suzuki Cupchai malam tadi.. perlawanan yang begitu sengit dan hangit membuatkan gua yang tengok depan TV pun tak senang duduk.. apatah lagi perlawanan tersebut turut dimeriahkan dengan dentuman bom.. mercun serta percikan bunga api.. membuatkan penjaga gol pasukan Indon telah beberapa kali diserang ghout kerana terlalu terperanjat dengan bunyi letupan mercun yang sungguh kuat itu....

Malah pasukan Garuda tersebut turut melahirkan rasa tak puas hati dengan mendakwa bahawa team diorang telah diserang hendap dengan cahaya leser yang dipancarkan oleh segelintir penyokong M’sia.. menurut diorang lagi cahaya leser tersebut telah membantutkan pergerakan barisan penyerang mereka yang dibarisi oleh beberapa orang pekerja kontrek dan pekerja ladang sawit disekitar Felda Palong 1 yang diupah untuk melakukan asakan ke kubu pasukan M’sia..

Malah sistem 6-6-8-4 yang mereka gunakan pada perlawaan malam tersebut dilihat gagal untuk mengekang asakan team Harimau Malaya yang rata-rata dibarisi pemain muda yang dilihat lebih selesa menggunakan sistem 9-9-8-2 yang baru diimport dari Korea Utara.. namun begitu team M’sia diharap tidak terlalu leka diatas kemenangan malam tadi kerana perlawaan kedua akan diadakan minggu depan di Jakarta.. keputusan seri sudah cukup untuk kita dinobatkan sebagai juara mutlak bagi kejohanan musim ini..

Dengan gaya yang sungguh bersahaja.. Spy Penanggah sedang menembak penjaga gol Indon dengan menggunakan cahaya leser menerusi screen TV rumah beliau malam tadi tanpa dapat dikesan oleh penjaga pintu stadium.. kesilauan cahaya laser tersebut juga telah membuatkan penjaga gol pasukan Indon tersebut hampir koma beberapa kali...

Jumaat, 24 Disember 2010

TETIBA JER.. NAK MEMANCING LA PLAK..


Bagi pembaca semua.. kalau korang nak tau untuk sementara waktu ni.. gua skarang dah tak ada pun kat bumi M'sia ni.. sabauu.. jangan ler terperanjat... bukan ler membawa diri sebab merajuk atau terasa sentap sebab dibebel dan dimaki hamun oleh berjuta-juta pembaca blog ni sempena menyambut Minggu Membebel Bersama Rakyat... kalau korang nak tau sebenarnyer gua pergi bercuti sambil memancing di lautan hindi selatan sempadan lautan pasifik utara selama 3 tahun..

Kalau cerita bab pancing memancing ni.. memang gua minat separuh taksub dengan hobi ni.. kira memancing dengan hidup gua tu bagai aur dengan tebing la ibaratnyer.. tapi disebab terlalu sebok dengan tugas hakiki sebagai driver kapal solam.. membuatkan gua tiada masa dan kesempatan.. tapi dulu masa gua jadi posmen memang selalu la pegi memancing ni.. pantang jumpa anak air atau sungai.. nak memancing sajer.. itu yang buat orang kampung merungut dan maki hamun gua tu sebab diorang lambat dapat surat..

Tapi kalau dah minat tu nak buat cammana yer tak.. lantak diorang la nak membebel ker aper.. dan klau stakat pertandingan memancing ni.. korang cakap jer ler pertandingan mana yang gua tak masuk.. dah penuh enam almari kat rumah gua dengan hadiah dan piala.. sampai gua terpaksa simpan dalam tanah..

Berbalik kepada percutian gua kat sini.. rupa-rupanyer kat lautan hindi selatan skarang ni musim ikan tengah banyak.. sampai gua tak menang tangan nak melayan ikan-ikan kat sini.. korang bayangkan ler.. tak sampai dua jam gua memancing kat sini.. dah lapan ekor ikan paus gua dapat.. itu tak masuk lagi ikan lumba-lumba.. ikan emas dan ikan talapia..

Haa camno pun.. sementara gua pergi bercuti tu.. korang pandai-pandai la jaga diri.. jangan nakal-nakal.. mana yang belum membebel tu korang teruskan la bebelan korang bagi melepaskan rasa tak puashati korang kat blog Penanggah ni tanpa rasa was-was.. alaaa jangan la segan-segan..


Ini adalah gambar hari ke lapan gua memancing kat sini.. walaupun bontot dah naik krem sebab berhari-hari duduk kat atas kayu tu.. tapi memandangkan dah minat terpaksa ler ditahankan jugak.. Nak tau yang mana satu spy Penanggah.. haa yang kat belakang sekali tu.. kira nombor 52 dari kanan.. alaa kalau dah hensem tu takda orang lain laa.. kira gua la tu..

Selasa, 21 Disember 2010

NAK LEPASKAN GERAM. SILAKAN..


Hari ni gua tak nak bercerita panjang.. sempena menyambut pesta menuai pada hari Selasa yang mulia ni.. gua sebagai moderator merangkap CEO blog ini dengan rela hati nak bagi peluang kat korang semua untuk meluahkan segala rasa tak puas hati.. sakit hati.. geram.. marah.. malu.. segan.. rindu dan segala macam tok nenek lagi laa yang terbuku kat dalam hati korang pada blog Penanggah ni..

Gua ingat blogger lain pun tak berani dan sanggup menanggung risiko bagi memberi ruang dan peluang untuk dimaki hamun atau dikritik oleh para pembaca blog diorang... semuanyer hanya di blog Penanggah..

Untuk permulaan.. gua tanpa rasa kesal akan memberi peluang kat tiga orang pembaca tegar blog Penanggah ni untuk memulakan acara maki hamun beliau kat blog yang entah apo-apo ni bagi meluahkan rasa geram.. sakit hati diorang dan sebagainyer ler.. okey dipersilakan dengan hormatnyer..

"Cilakak lu Penanggah.. berani lu bom guanyer reban ayam.. lu tau tak.. abis guanyer ayam katik cedera parah.. gua ingat.. gua sorang jer kat dalam dunia ni yang kejam.. zalim dan sadis.. ruper-rupernyer lu lagi kejam dari gua.. walaupun gua masih lagi koma.. gua tetap tak puas hati.. lu tunggu.. lepas jer gua sedar dari koma ni.. gua nak ajak lu fight one bye one.. okey ler gua nak sambung balik guanyer koma ni.. okey byee".. - Ariel Sharon (bekas PM Israel)

"Woi spy Penanggah.. paking u men.. @#^%^ %@$& la lu.. apo ekau ingat ekau sorang jer kat dalam dunia hensem macho tahap cipan.. gua yang hensem tahap tapir ni pun tak riak macam lu.. dah la lu rembat awek gua.. ini moto kapcai gua pun lu rembat sekali.. terpaksa ler gua pegi menoreh jalan kaki.. lengoh kaki gua menapak tau tak.. hampeh betul le lu.. jaga lu spy Penanggah.. nanti kalau gua jumpa lu kat pasar malam Dangi memang gua baling lu dengan telur tembelang.." - Johnny Deep

"Ohh spy Penanggah yang macho.. I love U.. tolonggg laaa.. I sanggup bayar berapo juta dollar asalkan U membalas cinta ku ini...
- Martina Sharkova (top model dari Slovakia)"

Haaa.. itu baru sikit jer gua dedahkan segala komen dan maki hamun para pembaca tu.. sedangkan masih ada lagi 2juta komen yang masih tersimpan kat dalam laci almari gua.. nanti kalau gua dedahkan semua.. boring plak korang nak baco.. kalah plak WikiLeaks..

Dan untuk seterusnyer.. kalau korang rasa nak maki-hamun atau nak membebel bagi meluahkan rasa geram korang kat blog ni atau kat sesape la kat dalam dunia ni.. tak kisah la kat tokey pasar malam ker.. kat bekas awek atau balak korang ker.. apa lagi korang boleh ler luahkan ruangan komen kat bawah tu yerr.. haa silakan ler jangan malu-malu.. jangan takut.. segala komen dan maki hamun korang adalah bebas dari sebarang tindakan undang-undang jalan raya..

Jumaat, 17 Disember 2010

CAYA LA LU WIKILEAKS..


LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang dibebaskan dengan ikat jamin, awal hari ini mahu membersihkan namanya daripada dakwaan kesalahan seksual yang dihadapinya serta meneruskan operasi laman pembocor maklumat itu.

“Saya berharap untuk meneruskan kerja saya dan mempertahankan diri saya (daripada tuduhan). Saya akan dedahkan apa yang kami ada dan apa yang belum kami dapat," katanya sebaik keluar dari Mahkamah Tinggi London... - Berita Harian..


"Dan untuk pengetahuan korang jugak.. saya juga akan cuba mendedahkan tentang skandal terbaru spy Penanggah dengan Paris Hilton yang skrang ni tengah hot dengan filem terbaru beliau 'Aku Pun Ada Dara Tau' iaitu filem ke 100 arahan sutratakdadara pakcik John Wyne Al Habsie.." jelas Julian kepada pihak media sewaktu hendak menaiki bas untuk pulang kerumah setelah bebas dari tahanan pihak polis..

"Malah pakar-pakar internet kami di WikiLeaks dan WakaLeaks sekarang ni sedang bertungkus-lumus siang dan malam bagi mengumpulkan segala bukti dan dokumen serta butir-butir peribadi beliau yang sempat kami rembat dari pejabat pendaftaran negara malam semalam.. kami cuma menunggu masa yang sesuai je untuk mendedahkan skandal terbesar ni... padan dengan muko kau Penanggah.." jelas beliau lagi yang masih tak puas hati diatas kekalahan beliau dengan spy Penanggah dalam pertandingan dam ular 3 sebelah minggu lepas..

"Cuma kami harap korang pihak media semua dapat bersabar menunggu pendedahan kami ni.. tapi kalau korang tak bleh nak sabar.. korang semuo bleh blah.. korang semua boleh terjun lombong.. hahaahaaaa!!!".. jerit Julian Assange sambil ketawa dari dalam bas sambil menunjukkan penumbuk kearah pihak media yang masih berkumpul di situ.. tanpa berlengah beliau terus memandu bas tersebut dan memecut laju meninggalkan pihak media terpinga-pinga..

Khamis, 16 Disember 2010

MAKCIK UNSTOPPABLE..


Alahaii makcik Kumari.. what are u doing at the celah keretapi tu.. kalau tak nak beli tiket pun jangan ler lepak kat situ.. kan ker bahayo tu makcik oii.. kalau terjatuh atau tetiba jer gerabak tu terputus tak ker naya.. satu sen pun tak guno.. mau berkocai tulang rusuk tu kena lenyek dek tayar keretapi tu... dan satu hal plak nak mengutip daging ngan tulang-tulang makcik tu... nak kata makcik Kumari ni berlakon filem Unstoppable tak nampak plak kat dalam filem tu..

Tapi camno pun gua respek tengok makcik Kumari ni.. relaks jer macam takda masalah.. tapi kalau dah duduk kat atas tu dua tiga jam.. mau naik kematu jugak.. silap-silap bontot pun bleh jadi krem.. tapi memandangkan mungkin makcik ni nak pegi bershopping sakan kat Mumbai.. jadi terpaksa ler ditahankan jugak.. yang penting duit dah selamat.. tak payah nak berebut-rebut beli tiket.. haa korang pun kalau dah terdesak sangat tak berduit nak balik beraya kat kampung tahun depan... pun boleh ikut jugak idea makcik Kumari ni
..

Isnin, 13 Disember 2010

CUKUP-CUKUP LER TU BERPOLITIK..


Boring betul ler.. bila layan berita kat TV semua cerita pasal politik.. bila beli paper pun samer gak.. hampir separuh bercerita bab politik.. politik.. politik.. politik.. tu ler sebab nyer sekarang ni gua dah semakin kurang beli paper.. menyampah plak gua bila baca bab-bab politik ni.. takda kerja lain.. asyik cerita orang ni tak betul.. orang pengkhianat.. yang parti ni cerita yang parti tu penyamun.. yang parti ni plak crita yang parti tu plak kaki rasuah.. dan macam-macam lagi la.. kalau ikutkan semuanyer sama jer hamlau..

Lalu kali ni gua nak luahkan parasaan tak puaskati gua kat orang-orang politik yang separuh masak ni.. masa kamcing dulu bukan main lagi puji melambung.. walau buruk tetap disanjung.. tapi bila dah bergaduh ada jer benda yang tak kena.. cerita zaman tok nenek abih nak di bongkar.. woiii orang politik.. korang buat ler keja.. pikirkan macamana nak majukan negara ni.. rakyat undi korang dulu bukan suruh jadi pelawak..

Bila la lagi orang politik ni nak celik..
Perangai diorang gua tengok dah semakin pelik..
Macam dah takda keja lain asyik merapu meraban..
Habis nak dibongkar semua cerita dalam jambam..
Ada sajer benda nak dihentam..
Walaupun dunia sendiri pun lebih kurang sama hitam..

Siang malam sebok carik salah orang..
Kalau bercakap.. kasi perangat dah macam nak berperang..
Yang penting benda kecik dibesarkan..
Yang tak ada diadakan.. agar sapa yang mendengar boleh termakan..

Media pun sama kasi panas.
Kasi kipas agar api yang nak padam makin menyala dan mengganas
Media camni lebih kurang macam nasik tambah..
Dio tak tau orang politik camni hanya layak kat pelimbah..
Dan kaki ampu pun sama menyelit..
Mana ler tau.. kok ada projek-projek yang terselit..

Wahai orang politik.. cukup-cukup la tu..
Sebab orang ramai dah naik menyampah..
Jangan hinakan diri tu macam sampah.
Baik korang memikirkan masalah rakyat..
Mana ler tau kok ada yang masih melarat..

Ketahuilah oleh mu.. kuasa tu cuma sementaro..
Bukan untuk mengayokan sedaro maro..
Oleh tu jangan la dirisau..
Kuasa tu cuma dibagi pinjam dan Tuhan sajer nak tengok
Setakat mano ekau memimpin sampai tak tersasau..

Khamis, 9 Disember 2010

ALAHAI SERVER... LU BUAT HAL LER PLAK..


Ari ni gua betul-betul tension.. satu kerja hapa pun gua tak bleh nak buat.. entah apa hal plak tetiba server kat opis gua ni meragam tak tentu pasal.. time-time deadline ni ler dia buat hal.. hangin jer gua.. nasib baik ler line internet tak ikut meragam sama.. klau tak.. mau satu opis ni meroyan kena angin senggugut.. tau jer ler zaman skarang ni.. selain dari air dan letrik.. internet pun dah termasuk dalam salah satu keperluu.. aaiikkkk!!

Oooppss!!! sorry ada gangguan skit.. tetiba plak ada awek manisss datang kat meja gua bagi kad kawin haa.. potong stim betul ler.. ok la gua baca jap.. jemputan ke majlis perkahwinan Huda & Azam.. kat mano plak tu.. umang aiii jauhnyer... kat Kangar Perlis tu.. Tmn Sena Indah.. 25hb ni rupernyer.. kira skali krismas ler tu.. haaa klau ada sesaper pembaca blog ni yang duduk kat area tu.. korang jangan ler segan2 atau malu2 kucing.. jemput ler kasi perabih nasik minyak si Huda tu yer..

Haa ok ler.. berbalik kepada masalah server yang tengah meragam kat opis gua ni.. sampai gua pun tak bleh nak buat keja.. mengikut dari siasatan rambang yang sempat gua lakukan pagi tadi.. berkemungkinan server kat opis gua ni menjadi mangsa serangan penggodam oleh para penyokong WikiLeaks yang mengamuk.. kerana tidak berpuas hati diatas dakwaan jenayah seksual yang dikenakan keatas pengasas laman web tersebut iaitu pakcik Julian Assange kerana mencabul seekor ayam katik jiran beliau di Sweeden minggu lepas..

Diberitakan penyokong WikiLeaks sebelum ini turut menyerang laman-laman web PayPal dan bank Pejabat Pos Switzerland.. p
atut ler gua nak keluarkan duit pagi tadi tak dapat.. akaun gua di bank Swiss turut menjadi mangsa diorang ni rupernyer... semua mesin ATM yang gua pegi out of service.. woiii!! penggodam.. yang korang dengki sangat sampai server kat opis gua ni pun korang godam skali apa hal.. korang kalau nak duit cakap jer ler berapa juta yang korang nak.. stakat 60juta tu gua bleh bagi ler.. korang tau tak.. tangan gua ni menggigil-gigil dari pagi sampai ke petang sebab tak dapat nak buat keja.. lagi pun gua tak biasa makan gaji buta ni tau tak.. (huhuu!! ayat ada unsur2 bodek syarikat tu..)

Ahad, 5 Disember 2010

ADUIHHH... SAKITTT!!!!

Dua tiga hari ni gua betul-betul tension.. hidup gua tetiba menjadi tak tenteram.. semuanya menjadi serba tak kena.. sampaikan si Ayu.. awek cun yang baru je gua kenal di pasar malam Keramat minggu lepas ajak kluar tengok wayang pun terpaksa gua tolak dengan hati yang begitu berat.. gua harap Ayu dapat memahami situasi genting yang sedang melanda hidup gua sekarang ni..

Seumur hidup.. ini ler pengalaman pertama kali dalam sejarah.. gua mengalami benda ni... gua pun tak tau apsal benda ni bleh singgah kat dalam hidup gua... biasa selalunya gua tengok member-member jer yang kena.. dan bila tengok keadaan diorang memang begitu mengharukan jiwa.. kesian pun ada.. lawak pun ada.. apa tidaknya bila gua buat lawak bodoh pun diorang boleh suruh berenti sebab tak boleh nak tergelak dengan selesa..

Tu ler.. sebelum ni gelakkan orang.. kali ni gua sendiri plak yang rasa.. padan dengan muka gua.. tapi yang pelik gua tengok takda plak yang berlubang.. gua tengok ok jer.. klau berlubang bleh jugak ditampal.. itu yang bikin gua musykil tu.. tak tau ler apa puncanyer.. nak kata piston jem tak jugak.. nak kata gasket bocor.. gua tengok ok jer.. nampaknyer terpaksa ler gua tukar baru.. pakai gigi besi ler plak lepas ni..

Aduihhhh!!! gigi.. apsal ler lu buat perangai mengganggu keharmonian hidup gua.. cuba ler lu carik orang lain jadi mangsa lu.. mat rempit ker.. mat ragut ker.. penyamun ker.. paling tidak aman skit dunia ni..

Khamis, 2 Disember 2010

HANTU KAK LIMAH DATANG..


ITU hari gua ada bagi tau korang.. jika tiada hal yang mengganggu emosi.. mungkin gua akan cuba menghuraikan kisah Hantu Kak Limah yang dikatakan bakal menggegarkan tiang rumah korang.. bagi mengelakan korang semua ternanti-nanti sampai tak tidur malam... maka dengan berat hati terpaksa ler jugak gua huraikan kisah Kak Hantu Limah ni.. walaupun gua sekarang ni tengah sebok untuk menyelesaikan masalah perang di Semenanjung Korea yang tercetus beberapa hari lepas..

Kalau korang nak tau.. gua ni bukan la suka sangat dengan kisah hantu-hantu ni.. dan tujuan gua nak bercerita pasal Hantu Kak Limah yang gua jumpa ini pun bukanlah untuk menakut-nakut atau mengerikan hidup korang .. walaupun kengerian Hantu Kak Limah tu masih lagi meremangkan bulu hidung gua sampai ke hari ni .. tapi tujuan sebenarnyer gua adalah untuk membantu Kak Limah yang kini berada di persimpangan dilema... dalam membuat keputusan maha sukar.. samada ingin menjadi hantu kopek atau menjadi seekor zombie katak pisang..

Kisah ni bermula.. apabila seorang wartawan majalah hiburan tiba-tiba memaksa gua untuk mengikuti beliau pergi menonton preview Hantu Kak Limah Balik Rumah beberapa hari lepas di Wangsa Maju.. setelah dibisikan dengan janji-janji manis.. maka dengan berat hati gua ikutkan jugak laa.. walaupun perasaan takut dan gusar sentiasa membayangi hidup gua.. mana la tau.. kut-kut disampuk oleh hantu Kak Limah semasa di perjalanan..

Namun begitu.. perasaan gusar dan takut tersampuk hantu Kak Limah.. tiba-tiba hilang lenyap apabila kami dihidangkan dengan jamuan nasik berlauk daging masak lomak dan ayam goreng serta beberapa jenis lauk pauk dan makanan yang begitu meruntun jiwa.. gua pun apa lagi... tanpa rasa takut atau dipaksa-paksa.. terus meluru mencapai beberapa ketul ayam goreng lalu melahap dengan begitu kemas.. tanpa meninggalkan dikesan..

Menurut Mamat Khalid.. iaitu sutradara yang membela hantu Kak Limah ini.. menerangkan bahawa cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ni adalah sebuah kisah anti tahyul tahap tinggi dalam dunia Melayu.. itu sebabnyer beliau menugaskan Budin seorang pemuda kampung berbadan sasa serta berfikiran moden untuk mengubah sikap perangai hamlau segelintir penduduk Kampung Pisang.. yang sebelum ini baru saja selesai berperang dengan sekumpulan zombie yang agak ganas.. malah kedai Pak Jabit turut menjadi mangsa.. apabila tiang kedai beliau didapati patah enam akibat dikarate oleh zombie-zombie yang ganas itu.

Budin juga turut meniupkan semangat bersatu padu kepada penduduk kampung.. agar mereka sentiasa bersangka baik serta membuang perasaan takut lagi ngeri dengan hantu Kak Limah dan jugak hantu-hantu yang lain.. agar semangat 1M’sia dapat diselaraskan.. malah semangat Hantu Kak Limah turut meresap kedalam jiwa pak ustaz yang membaca doa pada majlis tersebut.. apabila beliau beberapa kali tersasul menyebut Hantu Kak Limah Balik Kampung.. ini membuatkan terdapat segelintir hadirin yang tersenyum menahan gelak..

Melihat dari reaksi penonton serta kejituan semangat ayam goreng yang sempat gua bedal di majlis tersebut tempohari.. gua rasa film seram-seram takut arahan Mamat Khalid ni mampu menggegarkan tiang panggung dan tiang rumah korang.. serta dapat memecahkan rekod pungutan 40 juta yang sebelum ini di pegang oleh 2 Alam dengan mudah sekali.. kalau korang tak percaya korang bawak ler family atau orang kampung korang.. pegi ler tonton sendiri filem ni pawagam yang berjauhan.. yang kalau tak silap akan ditayangkan pada 9 Dis10 ini... gua pasti bulu ketiak korang akan meremang selama seminggu..


* Blog Penanggah kali ni agak berlainan.. terpaksa memasukkan unsur-unsur promosi dengan sedikit gaya mengampu dan memuji dengan agak bersahaja... ini bukan apa.. kalau dah melantak nasik dua tiga pinggan kat majlis orang tu.. takkan tak paham-paham lagi.. hehehee

Khamis, 25 November 2010

TAHNIAH.. AKHIRNYER DAPAT GAK 9 EMAS..


Setelah beberapa hari berhempas pulas membanting diri… golek sana golek sini.. lompat sana lompat sini.. terguling sana terguling sini.. sampai ada yang terkehel urat keting .. akhirnyer target untuk mencapai 9 pingat emas tercapai jugak rupanyer.. walaupun pada mulanyer ramai peminat sukan kat negara kita tak berapa yakin yang atlet kita akan dapat mencapai target tersebut apatah lagi bila melihat sorang-sorang atlet emas kita terkulai di pertengahan jalan apabila diserang hangin kus-kus..

Sebenarnyer bukan diorang jer.. gua sendiri pun mengaku hilang keyakinan kepada kemampuan atlet kita.. bila mana gua tengok acara sukan pebret gua iaitu sukan laga siku yang diuwar-uwarkan akan menyapu 6 pingat emas.. 8 perak. 4 gangsa dan 5 tembaga telah tewas mengejut dengan pasukan dari Bangladesh pada peringkat suku akhir awal pagi semalam..

Akibat dari ketewasan tersebut.. badan gua yang gagah perkasa macam king kong ini telah susut 20kg secara serta-merta.. akibat tak lalu makan dan akhirnyer gua terpaksa dimandi limaukan oleh dukun Karim Boer dari Senaling untuk memulihkan semangat gua yang telah terbang dibawa angin bayu.. mungkin ini juga akibat disampok oleh Hantu Kak Limah Balik Rumah yang gua jumpa dua hari lepas..

Dan mungkin juga dengan bantuan Hantu Kak Limah Balik Rumah telah membuatkan para atlet kita secara tiba-tiba telah naik hantu dan akhirnyer berjaya merampas dan mencurik beberapa pingat emas dari laci almari pasukan lawan pada saat-saat akhir acara Sukan Asia di Guangzhou ini.. malah acara kenyit mata yang tidak diletakan dalam sasaran pingat.. turut berjaya menyapu licin 3 pingat emas pada perlawanan akhir kalah mati petang semalam dengan pasukan Jepun dengan kiraan stright set 28-27 dan 25-18 dalam masa 4 jam 60 minit..

Sebagai tanda terimakasih di atas kecemerlangan atlet negara.. sehingga berjaya mencapai target 9 pingat emas tersebut.. maka dengan bangganyer gua bersama Hantu Kak Limah Balik Rumah telah meluluskan cuti 4 bulan beserta bonus 6 bulan.. buat semua atlet yang terlibat dalam menjayakan pesta Sukan Asia Guangzhou kali ini.. akhir kata dengan ucapan selamat bergumbira..


* Pssstt!!.. nanti kalau takda hal spy Penanggah akan cuba menghuraikan permasaalahan tentang Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dikatakan bakal menggegarkan tiang rumah korang..

Isnin, 22 November 2010

PANTUN HUJUNG MINGGU..


Apa la lu Chong Wei.. dengan itu Lin Dan pun lu tak bleh kasi hantam.. masuk jer set ketiga gua tengok lu main lagi hampeh.. gua tengok pun sakit jiwa.. tiba-tiba jer penyakit sengal tulang gua datang menyerang… ikutkan hati mau jer gua beli tiket kapalterbang pegi sana Guangzhou.. kasi ganti lu lawan sama itu Lin Dan.. gua bukan cakap besar maa.. tapi kalau sama itu Lin Dan... skali gua bagi gua punya jurus pukau sapunden tahap 3.. gua ingat itu Lin Dan mesti rebah kena penyakit usus tersumbat dan terus sujud mintak pingat gangsa sama gua....

Bagi mengelakan penyakit sengal tulang gua bertambah kronik bila menengokkan diorang bertarung... tanpa berlengah gua pun terus tutup TV.. dan bagi mengimbangi denyutan jantung dan saluran darah gua yang tidak berapo stabil.. gua pun cipta la pantun ni.. dan kalau korang berasa diri korang handal.. cuba la korang layan pantun gua ni.. tapi korang kena la baca dengan penuh perasaan.. sebab kalau silap baca.. nanti korang plak yang terkena penyakit usus tersumbat..

Hujung minggu yang penuh bosan..
Gua melopong dari pagi sampailah ke petang
Tak tau nak buat aper.. sekadar dok layan perasaan
Mintak-mintak agar kayo datanglah bertandang..

Nak merayau tak tau nak kemana…
Kalau gua ada kapal bleh la pegi belayar..
Memang la gua duit tak ada.. tapi tak la sampai papa kedana..
Kalau ada awek ajak kluar.. gua on jer janji smuo dio yang bayar..

Bosar kerak dari periok..
Makin banyak lagi tak cukup..
Maso dapat gaji semua nak di taruk..
Baru ler hujung bulan gigit jari.. duit semua dah lingkup..

Chong Wei dan Lin Dan memburu kerang..
Kerang diburu di pantai Chikicimini..
Baru ler padan dengan muko korang..
Sia-sia jer buang maso baca pantun gua ni.. hahaahaa!!!!

Khamis, 18 November 2010

SESEKALI LAYAN PLAK BLOG ORANG LAIN..


HARI ni gua jadi mati kutu.. tak tau nak buat apa... kena plak hari ni opis pun lengang semacam kerana ramai staff yang ambik cuti panjang balik kampung.. dan mood keja gua pun masih di awang-awangan.. .. (sebenarnyer bukan ada keja pun.. sebab boss gua pun sama cuti panjang gak.. memang yippieee ler gua duduk kat opis ni...)

Last skali dari takda benda nak buat apa tu.. gua pun mula la melayan bosan dengan meronda di alam cyber.. melayan sambil menjengok-jengok blog orang lain.. menyelinap dari satu blog ke satu blog.. kira macam melancong ler.. banyak gak la blog yang gua terjah.. ada blog yang berbentuk peribadi.. politik.. bisnes.. hobi.. blog jiwang karat pun ada gak.. dan macam2 lagi laa blog yang wujud skarang ni..
dengan bermacam-macam nama..

Mana yang kaki melukis tu.. diorang buat la blog pasal lukisan macam member gua apiz dengan comixside.blogspot.. (blog ni pun bleh tahan gak merapunyer.. woii apiz bila lagi nak bagi lu punya Langkamaya kat gua hah...lu jangan bikin gua marah.. nanti tak pasal-pasal gua plak yang bertukar jadi Langkamaya 8).. kalau blog si poyo tu tak payah cakap la.. dah tentu dengan cerita si abang bachok beliau.. jejaka yang paling hot in town.. hahaha!!

Dan gua pun tak nak la komen pasal blog orang lain.... tapi apa yang gua perati... kebanyakan diorang ni memang kreatif.. banyak idea.. ada jer benda yang diorang tulis dan masukkan dalam blog masing-masing.. memang gua respek dengan orang2 yang camni.. sampai kekadang gua sendiri pun mengaku blur.. otak jadi jem. tak tau apa yang gua nak tuliskan dalam blog gua yang entah apo-apo ni.. ha!! lagi satu apa yang gua tengok.. kebanyakan yang aktif berblog ni adalah orang pompuan.. perghh!! cun-cun plak tu.. hehehee!!.. lelaki tu ada gak la.. tapi tak ramai dan gua tengok blog diorang ni lebih kepada isu yang agak serius..

Dalam melayan bosan tu.. kira banyak gak la blog-blog yang gua redah hari ni.. mana blog yang okey tu gua stay la lama skit.. baca la apa yang diorang dok tulis dalam blog masing-masing.. mana yang ala-ala tu.. gua layan gak la.. tapi secara sambil lalu jer ler. . ada separuh blog tu gua tengok dia punyer follower bleh tahan gak ramai.. sampai beratus malah beribu pun ada.. sesuatu yang yang gua tak terpikir dan angankan selama ni pun.. mungkin gua buat blog ni pun untuk suka-suka jer.. lagi pun saper ler yang sanggup melayan blog gua yang merapu tak tentu arah ni.. nanti tak pasal-pasal otak pun bleh jadi jem.. langsung mereng.. hahaa!!

Isnin, 15 November 2010

JOM KITA GODA MENGGODA..


MENGGODA amat baik untuk kesihatan, Bagaimana plak tu? Menurut penelitian membuktikan individu yang suka manggoda memiliki jumlah sel darah putih yang tinggi sehingga mampu meningkatkan kekebalan tubuh dan kesihatan. Kajian juga mendapati menggoda seseorang merupakan cara efektif untuk menjana tenaga positif dalam diri..

Itulah sebagian dari artikel yang gua terbaca ketika sedang membelek-belek sebuah majalah tempatan petang semalam.. aii betul ker ni… ahh!! mungkin orang yang buat kajian tu sajer jer nak propa kut.. tapi apa salahnya kalau nak cuba yer tak?.. lagi pun hari ni kat kampung gua ada pasar malam.. memang cantek laa.. dah tentu ramai awek-awek kat situ.. dan tanpa berlengah gua pun terus bergegas untuk mempraktikkan apa yang gua baca tu..

Kebetulan sebaik saja gua melangkah kluar kat pintu pagar.. gua tengok ada sorang awek sedang lalu.. kira cun gak la macam si Kathy awek gua nombor 5.. mungkin dia pun nak pegi ke pasar malam kut.. dan tanpa membuang masa gua pun terus ler melambai-lambaikan tangan sambil mengenyitkan mata untuk menggoda awek tu.. setelah hampir setengah jam melambai dan mengenyit mata.. sehingga mata gua pun dan hampir krem.. dan gua tengok awek tu masih buat tak tau jer.. dan terus blah meninggalkan gua terkebil-kebil kat pintu pagar..

Melihat tiada respon positif dari awek tersebut.. membuatkan sel darah hijau gua mengalir laju.. tenaga negatif dalam diri gua naik mendadak.. lalu dengan pantas gua terus mencapai sebuah tong sampah yang berada ditepi pintu pagar… lalu melibaskan tong sampah tersebut ke sebuah lori pickup yang sedang lalu sebagai tanda protes.. nampak sangat artikel yang gua baca dalam majalah tu menipu..

Namun begitu gua masih tak puas hati dan terus menuju ke pasar malam kat hujung kampung.. sampai jer gua tengok orang kampung dan awek-awek dah ramai kat situ.. sedang mata gua asyik melilau memerhatikan awek-awek yang sedang membeli-belah kat pasar malam tu.. tetiba terasa bahu gua di tepuk dari belakang..

“Haii... abang macho.. awak ni handsome ler.. bleh kita berkenalan..” tetiba satu suara awek terpacul dari arah belakang.. dan tanpa berlengah gua terus berpaling..

“Ehh! awak ni Paris Hilton kan.. artis terkenal tu..” balas gua hampir terperanjat sambil menahan macho bila melihat sorang selebriti hollywood tetiba menegur gua.. dan gua tengok awek selebriti tu tersenyum malu-malu..

“Errr!! camno awak bleh tegur saya ni.. awak kenal saya ke?”.. tanya gua lagi untuk kepastian.. mana ler tau kut salah orang plak ker..

“Alaaa sapo yang tak kenal spy Penanggah.. dah la handsome.. kayo plak tu..” buat balas si Paris Hilton memuji.. dan tetiba gua plak jadi malu-malu kucing.. terasa tenaga negatif gua tadi bertukar menjadi positif gred A++ dan sel darah hijau pun kembali normal.. manakala saraf tunjang gua tetiba bertukar menjadi lebih efektif seperti dah pekena kopi tongkat ali 8 gelas...

Setelah berbual mesra beberapa minit dan saling menggoda antara satu sama lain… tiba-tiba Paris Hilton memegang dan menarik tangan gua.. dengan mesra beliau terus memimpin tangan gua menuju ke sebuah gerai menjual aksesori wanita yang tidak berapa jauh dari tempat kami berbual.. seperti bulan jatuh ke riba gua pun terus mengekori beliau.. dan tetiba jer badan gua ni terasa segar dan penyakit sengal tulang belikat gua pun terus sembuh secara drastik.. akhirnyer gua akur.. betul ler kata orang yang kajian tu…

Rabu, 10 November 2010

MELAYU ATAU INGGERIS.. GUA NO HAL..


KUALA LUMPUR - Hanya bahasa Melayu boleh diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara ini. Tokoh akademik, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak di negara ini tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua. - Utusan M'sia


Ello Datuk.. u dont main2 la.. u tell me skrang.. who tell u bahasa Ingeris can not jadi bahasa resmi kedua.. . if u nak tau.. in my kampung at N9 ado five bahaso rasmi.. no body bising-bising.. my jiran pun guna bahasa Tagalog when they speaking sesamo mereko.. walaupun i dont understand sepatah haram but i see diorang tergolak is very big.. maybe the story yang diorang borak tu is very kelakar..

My ketuo kampung pun i look steady jer speaking london plus bahaso N9 and campur2 skit bahaso rojak like bahaso urdu and jawa.. walaupun ada somebody poning kepalo went dio berborak with the ketuo kampung.. but the sambutan is very luarbiasa.. i dont know la dio paham ker tidak... itu lantak diorang la..

Maybe ado gak sorang dua the kmpung people not to puashati and want to make bantahan.. tapi they are very takut with the ketuo kampung.. my ketuo kampung body is very bosar.. like hulk.. u know hulk?.. alaa cerito yang dalam tv tu.. the hero alway bertukar like green pucuk pisang when dio marah.. his baju pun koyak rabak but his sluar dalam is very strong and can not koyak...

Ok la Datuk.. I want to blah dulu.. my friend want to ajak me go to makan-makan.. if u nak join please la coming here at my opis.. bleh la kita borak-borak and talking in bahasa 'chikichit'.. iatu bahasa rasmi yang ke enam.. bahasa 'chikichit' is burung tempua language plus bahasa cipan.. i think u will very happy when speak this bahasa.. this bahasa in very simple like orang bersiul.. if u can bersiul u boleh la speaking this bahasa...

*Klau orang paham apa yang gua tulis ni bermakna korang bersetuju bahasa inggeris menjadi bahasa rasmi kedua.. klau tak paham walau sepatah haram.. bermakno korang menyokong bahasa chikichit menjadi bahasa rasmi pertama menggantikan bahasa M'sia..

Jumaat, 5 November 2010

SAJER MELAYAN BOSAN..


Bosan ler plak malam ni.. gua pun tak tau apa yang nak ditulis.. mata gua pun merayau tanpa arah... kejap pandang ke kiri.. kejap ke kanan.. kejap ke atas.. kejap ke bawah.. sambil memerhati tanpa tujuan tu.. kepala otak gua berputar-putar.. memikirkan apa aktiviti yang gua nak buat besok ni.. nak kata pegi beraya menyambut depavali.. rumah saper plak yang gua nak tuju.. takkan nak beraya kat rumah pakcik Karim jiran gua.. silap-silap mau kena hambat dengan tong gas..
dah la gua dengan dia tu jarang bertegur sapa..

Lagi pun kalau lepak rumah sambil layan tv pun boring gak.. dah tentu semua tv pasang cerita tamil.. baik rtm mahupun tv3.. kalau layan dari pagi sampai malam..
silap-silap mahu gua fasih cakap tamil..

Lagi pun cuti-cuti ni.. duduk KL gua pun tak tau nak buat aper.. semua awek gua awal-awal lagi dah blah balik kampung..
si Sarah awek gua yang nombor enam.. minggu lepas lagi dah start cuti balik Kluang.. Siti Kurus awek gua nombor empat.. pagi tadi dah naik bas balik Kelantan.. bercuti mengalahkan orang nak menyambut raya.. tak per korang bercuti ler.. sampai raya haji pun lagi bagus.. gua pun tak serabut nak melayan korang..

Ahh!! dari gua pening kepala memikirkan apa yang nak dibuat esok pagi.. baik gua masuk tidor.. mata pun dah naik mengantuk.. boring-boring besok.. kemas apa yang patut.. bawak ler baju dua tiga helai terus blah.. balik kampung lagi bagus.. aman sikit.. lagi pun Ayu Montel awek gua nombor tujuh pun ada kat kampung... tu yang tak sabau nak berdesupp menyelinap nak balik kampung tu.. hehehe..

Rabu, 3 November 2010

MPAJ.. TOLONG REPAIR MESIN TU YE..


"Hampeh punya mesin.. jahanam la plak.. gua dah la nak cepat.. ekau plak buat hal".. sambil tangan gua menekan-nekan punat yang ada kat mesin tu.. bila gua tekan nombor kereta skyline gua 789 yang kluar hanya 89.. yang nombor 7 dah gaib entah kemana.. sambil menyumpah dalam hati.. mata gua melilau memerhatikan sekeliling.. dan gua nampak kat sebelah hujung depan kedai mamak tu ada lagi satu..

"Mintak-mintak yang tu ok ler.." doa gua dalam hati.. sambil menuju kat mesin yang lagi satu kira-kira dalam jarak seratus meter...

"Cilakak walhampehi.. ini pun sama gak jahanam..." darah gua tetiba naik mendidih.. ini lagi hawau.. tekan-tekan entah apa yang kluar.. nasib baik tak masuk duit lagi.. kalau tak sia-sia jer duit 50 sen gua dapat kat MPAJ.. klau ikutkan hati gua yang paneh membara ni.. mau jer gua cabut mesin tiket parking tu dan baling kat bangunan MPAJ kat seberang jalan tu.. biar diorang tau..

"Menyusahkan orang jer.. takan diorang tak chek mesin ni ok ker tak.. ni datang stakat nak kutip duit.. cilakak!!.. klau nak menyaman tu bukan main laju jer.." bebel gua dalam hati.. takan gua nak merayau satu Pandah Indah ni mencarik mesin tiket parking.. gua dah la nak cepat...

Lalu gua pun blah menuju ke bangunan MPAJ kat seberang jalan.. meninggalkan kereta gua tanpa tiket parking.. "Ahhh..!! mapusss la.. saman pun saman laa.." bebel gua sambil berserah dalam hati..

Sampai kat kaunter.. gua pun ambik nombor.. orang pun tak ramai.. tak sampai seminit nombor gua pun muncul.. lalu gua pun terus tunjukkan resit saman parking gua kat kerani pompuan di kaunter tu..

"50 hinggit.." jelas pompuan tu setelah membelek nama gua kat dalam komputer.. lagi pun saman ni gua dapat dua tahun lepas.. sajer malas nak bayar.. tu yang jadi 50 hinggit tu.. dan puncanyer pun sebab mesin cilakak jahanam gak.. malas nak terpusing-pusing mencarik mesin tiket parking.. last-last bila balik kat kereta tau-tau terselit saman kat cermin depan.. mak oii cepat jer diorang buat keja..

"Nak bagi tau laa.. mesin kat depan restoran cina dan kedai mamak kat seberang jalan tu dah rosak laa.." kata gua kat kerani pompuan tu sambil menghulur duit 50 hinggit..

"Itu kena pegi kat tingkat tujuh.. sini hanya tempat buat pembayaran jer.." jelas pompuan tu sambil mengambil duit gua dengan wajah selamba..

"Yer ker.. tak larat la.. nanti kalau lama-lama tak pasal-pasal kereta saya kena saman lagi.. tadi tu pun saya main tinggal jer.." balas gua kat kerani tu sambil mengambil resit pembayaran dan blah meninggalkan Menara MPAJ dengan hangin satu badan.. HAMPEHH BETULL!!! sia-sia jer duit gua terbang 50 hinggit hari tu..

Khamis, 28 Oktober 2010

HOBEN JANG.. JANGAN TAK HOBEN.!!


TAHNIAH!!.. tahniah!!.. tahniah!!.. bravo!!.. kebaaboorrr!!... buat team N9 yang berjaya mengekalkan kejayaan dua tahun berturut-turut masuk ke final Piala M'sia.. dan sebagai juara bertahan gua pun dah agak dah.. yang pasukan N9 akan berjaya gak masuk ke final tahun ni.. walaupun team Lebah Johor FC cuba nak bermanja-manja menyengat team Rusa pada perlawanan separuh akhir minggu lepas.. namun itu semuo tidak memberi kesan kat pasukan Hoben Jang Hoben untuk bangkit dan berentap dengan team anak Kijang pada final Piala M'sia minggu ni..

Buat team Rusa korang jangan takut lagi gentar dengan team Kijang tu.. diorang tu tak ado apo pun.. kecoh yo lobih.. dan jugak melalui satu sumber perisikan yang boleh la dipercayai.. tu pun kalau korang nak percaya.. bahawa team Kijang akan menggunakan taktik 'Calladen' sejenis tektik terbaru yang dicipta oleh abang Bachok merangkap ketua pasukan sorak pasukan Kijang untuk memerangkap segala asakan dan pergerakan pemain serta bas penyokong team N9 pada perlawanan akhir itu nanti..

Menurut pakar.. untuk menghayati tektik 'calladen' ini.. setiap pemain team Kijang akan diberikan sebuah handphone serta prepaid percuma bagi memudahkan para pemain berhubung antara satu sama lain serta berSMS dengan para penonton dan ahli keluarga masing-masing pada malam tersebut.. malah mereka berharap tektik ini akan dapat mengeliru dan membantutkan pergerakan team Rusa untuk bertindak balas kerana diganggu dengan panggilan misteri serta bunyi nada dering yang beraneka bunyi..

Disini spy Penanggah menasihatkan agar team Rusa tidak berasa panik diatas strategi yang atur oleh pasukan Kijang tersebut.. ini adalah kerana tektik 'calladen' tersebut hanya sesuai untuk padang yang berbukit bukau dan berpaya.. serta tidak sesuai untuk padang yang rata dan berumput seperti Stadium Bukit Jalil.. malah jurulatih pasukan Kijang iaitu abang Sathia dilaporkan akan menggunakan sistem 8-8-2.. iaitu hanya menggunakan dua orang penyerang termasuk seorang penyerang simpanan dan lapan pemain pertahanan tidak termasuk pasukan pertahanan awam bagi mengasak penjaga garisan team Rusa..

Disini gua nasihatkan agar jurulatih pasukan N9 lebih berhati-hati di atas strategi pasukan Kijang tersebut.. dan berharap beliau akan dapat menggunakan sistem 7-7-9 bagi mengelirukan pergerakan team KIjang pada malam tersebut.. lagi pun gua tengok sistem ni lebih sistematik.. dimana pemain pertahanan akan cuba mengajak pemain lawan untuk berbual mesra sebelum pemain penyerang membuat satu serangan hendap secara mengejut dari arah kanan tiang gol lawan ketika pihak lawan berada dalam keadaan leka dan terlena kerana asyik berSMS..

Dan camno pun pada team Rusa.. diharapkan korang akan berlawan bersungguh-sungguh dan gua cuma doakan korang akan berjaya dengan bergaya
pada malam final itu nanti.. pada penyokong pun sama gak.. jangan la sebok nak berembat.. banting sana.. banting sini.. jangan buek malu samo orang kampung... dan kalau korang kalah gak pada malam tu nanti.. samo-samo la jalan kaki balik Seremban.. hahahaa!!

Rabu, 27 Oktober 2010

ANTARA KURITA.. FAM DAN RUSA


KUALA LUMPUR - Kontroversi penggantungan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan, reda seketika apabila Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 'berlembut hati' menangguhkan hukuman enam bulan yang dikenakan terhadap beliau, semalam.
Keputusan itu bermakna Sathianathan, yang sebelum ini terpaksa memberi arahan dari tempat duduk penonton melalui walkie-talkie pada perlawanan separuh akhir berdepan Kedah, boleh berada di bangku simpanan pemain pada perlawanan akhir Piala Malaysia.... - Utusan M'sia

Berita kematian mengejut Paul si sotong kurita serta keputusan FAM untuk menangguhkan hukuman penggantungan enam bulan Sathianathan nampaknyer masih gagal untuk menggentarkan semangat para penyokong tegar serta pemain pasukan N9 yang sedang berkobar-kobar untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya tahun lepas.. malah semangat juang mereka semakin jitu.. seiring dengan kenaikan harga getah dan sawit dipasaran dunia..

"Tak da hal laa FAM.. kalau korang nak tarik sepenuhnyer hukuman penggantungan tu pun kitorang tak kisah.. tak memberi sebarang kesan langsung kat pasukan pebret gua N9.." luah seorang penyokong tegar team Rusa yang lebih dikenali sebagai Rocky Din yang sempat ditemuramah oleh spy Penanggah ketika sedang mengutip getah sekerap di kebun beliau pagi tadi..


"Lagi pun awal-awal lagi gua dah jangka tentang keputusan flip flop korang ni.. baru dua tiga kerat penyokong Kijang buat demo kat depan pintu stadium.. korang semua dah ketar kepala lutut.. keputusan pun turut berubah.. tak po la FAM gua paham.. korang pun sebok.. mano nak jago bola lagi.. mano nak menoreh getah dan petik buah sawit lagi.. kena plak harga getah dan sawit tengah naik skarang ni...." jelas Abang Rocky lagi sambil menggaru kepala beliau yang separuh botak dengan pisau getah yang baru dibeli dari pasar malam Tampin petang semalam....


"Abih tu.. bro tak pegi ker stadium malam minggu ni.. kata penyokong tegar N9.. takan tak pegi.." tanya spy Penanggah kepada Rocky Din yang dilihat begitu bersemangat..


"Cukup la sekali tahun lepas gua pegi stadium.. gua rasa serik.. tak larat nak melayan perangai hamlau penyokong diorang tu.. ekau tengok la rambut gua ni haa!!... seelok-elok lebat macam rambut Brad Pit sekarang dah tinggal secoit.. ini semuo angkara penyokong Kijang la ni.. ado ko bungo api dibalingnyer kat atas kepalo gua ni haa.. hampeh betul.. habis rambut afro gua terbakar.. nasib baik tak botak...." luah Rocky Din tak puashati.. sambil mengunyah sekeping getah sekerap yang masih segar dengan penuh kegeraman diatas peristiwa ngeri tersebut....


"Tapi tak apo.. korang jangan risau.. minggu lepas gua sempat jumpa Paul si sotong kurita.. dan beberapo minit sebelum mati... dia sempat sms gua yang dia meramalkan yang pasukan N9 akan monang dengan penuh bergayo.. dan pasukan Kijang akan pulang sambil melayan selekoh di Merapoh dengan penuh kehampaan.." jelas Rocky Din lagi sebelum meninggalkan spy Penanggah bersendirian dicelah-celah pokok getah tua milik beliau..

Khamis, 21 Oktober 2010

PENTING SANGAT KER MENARA WARISAN TU..


KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjelaskan projek Warisan Merdeka yang merangkumi menara 100 tingkat yang akan dibangunkan di ibu negara, tidak menggunakan wang kerajaan atau dana pelaburan saham amanah yang diuruskannya. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan membangunkan projek itu menggunakan dananya sendiri atau mendapatkan pinjaman bank jika kadar faedah menarik, selain menjana dana di pasaran modal. - Berita Harian


Woii PNB.. kat sini gua nak bagi tau sama lu... lu jangan nak main-main sama gua.. duit RM50 juta yang gua simpan dalam unit saham PNB tu sebenarnyer untuk korang buat modal pelaburan tau tak.. bukan untuk buat bangunan atau menara tok nenek korang.. banyak cantik lu punya muko.. pantang ada duit sikit ada jer kerja jahat yang korang rancang.. (dalam nada yang sungguh bengis sambil melepaskan beberapo tumbukan dan tendangan yang begitu kencang dan padu ke kiri dan ke kanan.. membuatkan si Tompok kucing jantan gua terkejut dan bertempiaran melarikan diri..)

Gua pun tak tau apo yang dok korang pikir.. cubo korang bagi tau.. apo alasan korang sebenarnyer yang beria-ia sangat nak buat benda tu.. penting sangat ke menara Warisan Merdeka 100 tingkat tu sampai kalau tak ada menara tu.. bisnes korang boleh lingkup dan awek-awek korang akan cabut lari ikut balak lain... haaa!! cubo korang bagi tau gua skarang sebelum gua naik hangin dan cabut pokok ketapang kat sebelah gua ni... (tanpa segan silu terus melakukan tekan tubi 200 kali sambil mengunyah apam balik..)

Lagi satu gua tak paham.. korang bagi tau yang menara Warisan Merdeka yang korang sebok sangat nak bina tu langsung tak pakai duit kerajaan mahupun duit gua dan pelabur yang lain.. tapi apsal projek tu termasuk dalam Bajet 2011.. bukan ko Bajet 2011 tu adalah duit rakyat yang akan digunakan oleh kerajaan untuk rakyat tahun ni.. nampak sangat korang nak menipu gua.. pandai betul korang.. bilo orang dah bising-bising korang pun pusing cerito.. nasihat gua daripada korang sebok-sebok nak buat menara tu baik korang naikkan bonus dan dividen kat semua pelabur tahun ni.. ado gak faedah.. ini asyik 8% jer.. mano gua tak hangin... (sambil melepaskan satu pukulan karate ke leher si Tompok dan terus melompat keatas bumbung rumah jiran sebelah dan mencabut beberapo keping atap sebagai tanda protes..)

Isnin, 18 Oktober 2010

KAMI PENUMPANG BAS.. BUKAN PENUMPANG NAHAS..


KUALA LUMPUR - Nahas bas ekspres meragut 13 nyawa di Lebuh Raya Utara Selatan di Rembau, berdekatan susur keluar Simpang Ampat pada Ahad lalu langsung tidak memberi pengajaran kepada sebahagian pemandu bas ekspres lain. Pemandu bas-bas ekspres seolah-olah tidak mengambil peduli tentang kemalangan ngeri tersebut walaupun pihak polis mengaitkan nahas itu dengan faktor kenderaan dipandu laju... - Utusan M'sia

Sekalung tahniah gua ucapkan kepada pemandu bas Lintang Ekpres iaitu pakcik Leman Kasau yang berjaya mengekalkan kelajuan tahap tinggi iaitu 235kmj sewaktu memandu bas 3 tingkat beliau dari Teriang ke Tapah untuk bersarapan pagi dan pergi pula ke Pagoh untuk menghantar sahabat baik beliau pakcik Usin sekeluarga pulang ke kampung dan balik semula ke Tapah untuk makan tengah hari dan terus meluncur laju ketahap maksima sewaktu pulang ke Teriang untuk bermanja dengan ahli keluarga tanpa dapat dikesan oleh radar tentara Nato di Afghanistan..

Kehebatan beliau memandu bas terutama sewaktu melayan selekoh di Merapoh dan Bukit Putus amat dikagumi pihak JPJ.. dan dengan mengekalkan nombor pendaftaran palsu WXX 0x26xx.. beliau telah berjaya mengekalkan rekod pecutan tahap gigil untuk tujuh tahun berturut-turut tanpa dapat diganggu-gugat oleh pemandu bas lain pada pertandingan lumba bas sekolah 5 sebelah sewaktu Sukan Komenwel di New Delhi minggu lepas..

Malah beliau hampir saja menggondol pingat emas dalam acara 4X400 meter berganti-ganti lumba teksi pada temasya sukan tersebut namun dibatalkan saat akhir akibat gagal dalam ujian dadah.. dan pihak juri terpaksa menyerahkan kemenangan tersebut kepada Selvadurai a/l Maniam seorang pemandu kereta api dari India yang dilihat agak berdisplin dan bersopan santun dalam acara tersebut lebih-lebih lagi melihat kejayaan beliau memenangi ujian saringan lumba kereta api 7 sebelah sewaktu pesta menuai di Madras bulan lepas...

Kerana tidak puas hati diatas tindakan pihak juri tersebut.. Leman Kasau secara bersendirian telah membuat satu demontrasi besar-besaran dengan berguling di lereng Bukit Putus sebagai tanda protes .. melihat tindakan Leman Kasau yang begitu berani dan tegas.. membuatkan pihak juri berasa bersalah yang teramat sangat.. dan mereka terus berjumpa Leman Kasau untuk meminta maaf diatas kesilapan teknikal tersebut.. setelah mereka saling bermaaf-maafan.. pihak juri dan Leman Kasau dilihat turut bersama-sama menggulingkan diri sambil melayan selekoh di Bukit Putus sambil bergelak ketawa dalam suasana harmoni..

Selasa, 12 Oktober 2010

HURA HUREY DI PENGHUJUNG SYAWAL..


PADA penghujung bulan Syawal lepas.. gua tengok orang ramai masih sebok membuat open house dan spy Penanggah pun turut tak ketinggalan mendapat berjuta-juta undangan kemajlis open house dari peminat blog yang entah apo-apo ni.. malah spy Penanggah turut mendapat satu undangan khas dari peminat misteri.. memandangkan tempat tersebut terlalu jauh di khutub selatan dan jetski spy Penanggah pun masih di bengkel akibat kerosakan pada piston dan timing belt yang telah terputus.. maka terpaksa ler spy Penanggah abaikan sajer jemputan ajak-ajak ayam tersebut..

Namun pada 17hb Okt lepas spy Penanggah telah mendapat satu undangan open house dari sebuah syarikat penerbitan yang agak hebat yang terletak di Bangi.. tanpa berpikir panjang dan malu-malu kucing terpaksa ler spy Penanggah menghadirkan diri bagi memenuhi jemputan tersebut.. nanti kalau spy Penanggah tak datang ramai plak yang terguris hati atau menghempas diri terutama awek-awek cun yang ada kat situ..

Seperti yang dijangka.. rupa-rupernyer para peminat blog ni.. terutama awek-awek dan artis-artis pompuan yang cun telah berbaris panjang selama hampir tiga jam semata-mata menunggu kedatangan spy Penanggah.. dalam pada diorang berasak-asak untuk bersalam tersebut.. spy Penanggah telah berjaya mencapai beberapa cucuk satay sebagai pembuka acara dimajlis tersebut… malah nasik beriyani kari kambing turut tidak ketinggalan menjadi mangsa kerakusan spy Penanggah yang tengah lapar..

Akhir sekali spy Penanggah ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas undangan ajak-ajak ayam dari syarikat penerbitan tersebut.. malah spy Penanggah berjanji akan menghadirkan diri pada majlis open house tersebut pada masa akan datang walaupun tiada undangan dari diorang..


Awek-awek yang setia menunggu kedatangan spy Penanggah..

Keadaan semakin tidak terkawal sebaik sajer diorang melihat kedatangan spy Penanggah..


Aizat turut hadir untuk menghiburkan spy Penanggah..


Kehadiran Mawi pada majlis tersebut membuatkan populariti spy Penanggah jatuh seketika..


Lawak 1M'sia secara bersahaja oleh Nuek wartawan Mangga dengan Ambo dari Mastika..

Control cun!!.. Sebahagian dari awek-awek yang cuba menarik perhatian spy Penanggah..

Cik Li editor Mangga Online, Habib bos Jamu Mak Dara, Farol dari Majalah Hai serta Nizam Kring2 dari Mstar turut tak ketinggalan bergaya dimajlis tersebut..

Para peminat terpaksa berasak-asak untuk sesi bergambar dengan spy Penanggah (no.287 dari kanan..)

Khamis, 7 Oktober 2010

RAJA TEKSI PUN ADA!!..


KUALA LUMPUR – ‘Kami raja di segi tiga emas, KL ini.’ Itu laungan angkuh sekelompok pemandu teksi yang menganggap segitiga emas seperti Bukit Bintang, KLCC, Kota Raya, Pudu dan Chow Kit adalah kawasan milik mereka untuk mencari rezeki ‘sumbang’. Dengan lagak ala gangster, kumpulan itu yang dianggarkan seramai 30 orang bertindak menguasai kawasan tersebut dengan menghalau pemandu-pemandu teksi lain yang ingin turut sama mengambil penumpang di tempat itu. - Kosmo


Ketua pemandu teksi yang ingin dikenali sebagai Dolah Greng itu diberitakan telah berpengalaman luas sebagai pemandu teksi sapu, jetski, lori, scrambler dan beca roda lima selama 67 tahun.. beliau juga dengan lantang dan angkuh turut mendakwa telah dilantik sebagai Raja Teksi Sapu yang gagah lagi perkasa diabad ini oleh Persatuan Penumpang Teksi Semenanjung… dimana beliau akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga semua jajahan takluk setiap laluan teksi sapu di lembah Kelang ini berkuat kuasa serta merta..

Diatas perlantikan itu juga.. beliau yang sebelum ini lebih dikenali sebagai John Dempong The Temenggung Kanan turut di anugerahkan pingat kebesaran PJX (Pingat Jasa X-tion) yang dibeli daripada kerabat diraja Sulu dengan harga RM794.25sen tidak termasuk duti kastam sebanyak 27 peratus yang membawa gelaran Datuk Sri Raja Pergh!!..  sebuah beca roda lapan turut dihadiahkan sebagai kenderaan rasmi bagi kegunaan beliau untuk merempit keliling kota..

Ditanya tentang pendapat beliau tentang perangai hamlau pemandu teksi yang suka mengganggu dan menipu penumpang.. Datuk Sri Raja Pergh! Dolah Greng tanpa segan silu terus memuji dan menyokong tindak tanduk pemandu teksi yang berperangai hamlau lagi kejam itu tanpa rasa gusar.. malah beliau serta pemandu teksi yang lain berjanji akan cuba betindak lebih kejam dengan menipu penumpang serta menaikkan harga tambang teksi pada kadar yang lebih tinggi dan tidak munasabah pada masa akan datang..  

Malah beberapa penumpang yang ditemui oleh spy Penanggah turut terharu dan gembira diatas keperihatinan Datuk Sri Raja Pergh! Dolah Greng tersebut dan mereka berharap agar pemandu teksi yang lain dapat berganding bahu untuk menipu penumpang seperti mereka dengan lebih berkesan lagi pada masa depan.. dan berharap agar tambang teksi dapat dinaikkan dengan seberapa segera yang mungkin pada kadar yang tidak masuk akal.. memandangkan harga tambang teksi di Lembah Kelang ini masih begitu murah berbanding dengan tambang kereta api di Tokyo..

Jumaat, 1 Oktober 2010

JUDI YANG MEMBANGANGKAN JIWA...


KEPALA BATAS – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian. Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini. - Utusan M'sia


Gua ingatkan dah habis dah kisah judi menjudi ni…yer ler setelah kisah judi bola halal Benson Tan yang begitu hangat sewaktu piala dunia lepas sampai gua pun turut terjebak dalam aktiviti judi teka kacang halal nampaknyer kini dah sunyi sepi hilang tanpa berita.. tiba-tiba meletop plak kisah pakcik Gong Eng guna duit judi lumba kuda untuk bagi orang miskin tegar seperti gua ni haa..

Gua pun tak paham dengan perangai orang poltik.. apa punyer sengal daa.. bising-bising pasal duit judi.. mungkin yang bising-bising tu pun nak gak duit tu kut.. tapi segan nak mintak.. yang gua kelakar tengok pakcik-pakcik yang tak tau apa-apa tergamak pulangkan duit yang diorang dapat.. kesian plak gua tengok diorang kena main-mainkan dek orang politik separuh masak.. mungkin pakcik-pakcik tu tak tau apa pun.. hanya orang politik yang sebok bising-bising.. itu pun tak tau dah berapa banyak plak yang diorang dah rembat sebelum ni.. itu la orang politik bila bab judi tau plak bising duit haram tapi bila bab rasuah nak dapat projek tau plak seyap..

Apa la yang diorang dok susah-susah.. kalau tak nak duit tu korang bagi jer kat gua ni haa.. tau ler gua nak buat camno.. orang miskin papa kedana macam gua ni tak pedulik dan takda masa nak tanya duit tu duit judi ker.. duit lombong bijih timah ker.. duit goreng pisang ker.. yang penting bila gua dapat duit tu bleh ler gua berjoli sakan belanja awek-awek gua atau paling tidak dapat gak bayar ansuran kereta skyline GTR34 gua.. kurang sikit beban..

Tapi bagi gua.. daripada orang politik pendek akal ni mengarut tak tentu pasal.. bergaduh sampai terkehel urat belikat pasal duit judi.. apsal diorang tak suruh jer kerajaan 1M'sia ni tutup semua pusat perjudian.. habis cerita.. tak payah nak bertekak sampai keluar anak tekak.. gua pun tak payah susah-susah pening kepala nak pikir nombor apa yang keluar minggu ni.. tapi gua pasti diorang ni takan tutup tempat judi tu.. sebab nanti tak pasal-pasal plak diorang pun tak dapat nak berjudi lagi.. baru ler melopong..


* Untuk permasaalahan duit judi ini cuba korang carik jawapan dari drmaza.com.. kepala pun tak pening.. otak pun tak bercelaru melayan kerenah orang politik sengap (sengal+benggap)..

Selasa, 21 September 2010

HABIS DAH RAYA..


SETELAH hampir dua minggu beraya sakan 24 jam tanpa henti sampai lupa diri.. akhirnya gua pun kembali bertugas seperti biasa walaupun dalam keadaan poket yang hampir nazak.. dan yang tak bestnya blog Penanggah ni pun turut sama menerima tempias.. apa tidaknya.. cadangan gua untuk memberi duit raya sorang RM2 juta kepada semua pembaca blog ini terpaksa dibatalkan saat-saat  akhir akibat dari kenazakan poket gua tersebut.. 


Tapi korang jangan risau sampai tak lalu makan..  untuk tidak menghampakan perasaan korang.. pihak pengurusan blog Penanggah dengan berat hati telah bersetuju sebulat suara untuk mengadakan satu majlis rumah terbuka disebuah lokasi dan tarikh yang dirahsiakan di Senegal Utara.. oleh itu dengan perasaan yang bercampur marah.. geram dan sakit hati.. pihak Penanggah ingin menjemput korang semua untuk hadir dimajlis tersebut untuk meraikan diri korang semua yang telah banyak membuang masa bagi mengikuti perkembangan blog Penanggah ini.. 


Sambil korang melayan lempeng pisang dengan air suam yang disediakan.. korang akan turut dihiburkan oleh kumpulan Royal Langkap Sarkas yang didatangkan khas dari pasar malam Dangi .. iaitu kumpulan sarkas yang begitu digeruni disekitar kawasan tersebut.. pihak Penanggah turut dimaklumkan bahawa satu pertarungan kalah mati antara ular sawa batik dengan tapir belang akan turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut..


Pihak Penanggah turut berharap korang semua dapat membawa makanan sendiri dari rumah masing-masing bagi mengelakkan kesesakan dan kecederaaan semasa berebut-rebut makanan dengan anggota kumpulan Royal Langkap Sarkas yang terdiri dari ahli gusti WWE.. beruang kutub.. tapir belang  dan ular sawa batik.. lagi pun kalau korang bawak makanan sendiri.. jimat ler sikit duit pihak penganjur yang tinggal suam-suam kuku ni....


Okey laa.. gua pun malas nak cerita lebih-lebih.. yang penting korang kenalah datang pada tarikh dan tempat yang dirahsiakan tersebut.. bagi rasai sendiri kekecohan dan kengerian majlis tersebut.. nanti kalau gua cerita lebih-lebih korang anggap gua riak sangat plak.. sajer nak propa korang dengan cerita-cerita sensasi masakini..



* Pssttt!!... klau korang pun ada hati nak buat open house tu.. jangan ler malu-malu atau segan nak pelawa spy Penanggah untuk menghabiskan mee goreng dngan air sirap korang.... gua janji.. yang gua pasti akan melingkupkan hidangan korang dengan begitu rakus sekali.. korang pasti tidak akan kecewa....

Isnin, 6 September 2010

JOM KITA BERPANTUN RAYA..


SELAMAT HARI RAYA gua ucapkan kepada semua pengikut tegar blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. dan juga sempena hari yang mulia ni sesambil korang menghabiskan lemang dan air sirap kat atas meja tu.. disini dengan suka hati dan perasaan riang gembira tanpa berbelah bagi dan pilih kasih gua ingin mencabar korang plak untuk berbalas pantun dengan gua.. 


Bagi memudahkan lagi korang mejawab.. disini gua akan memberi klu-klu pada setiap pantun yang gua ajukan... mana ler tau kalau otak korang tetiba menjadi jem kerana terlalu memikirkan maksud yang begitu mendalam disebalik pantun gua ni.. nanti langsung tak dapat nak beraya.. gua jugak yang korang salahkan.. okey ler.. tanpa berlengah lagi jom kita mulakan dengan pantun yang pertama..


Anak kucing duduk bergaya

Mati seekor kena bunuh

Aii macam sebok jer menyambut raya

Macam ler korang berpuasa penuh


Haa!! kalau berani jawab ler pantun pertama dari gua ni.. pantun ni bercerita tentang kisah sedih sekor kucing parsi yang berlagak macho.. tapi selalu kena bunuh oleh Kicap sekor kucing kurap yang berlagak samseng..


Wak Kimbo kerja kilang

Balik kampung jauh di Maran

Baru padan jari dah hilang

Itu lerrr.. main mercun tak ikut aturan..


Pantun ni pun bleh tahan gak dianyer ngeri.. kisah seorang pekerja kilang yang begitu dedikasi dan berjiwa sentimental.. telah kehilangan cinta 3 dimensi akibat satu letupan mercun buatan sendiri yang turut memusnahkan reban ayam jiran sebelah rumah beliau..


Budak Miera naik scrambler

Naik dengan abang Bachok

Patut ler gua tengok bukan main gumbira

Ruper-rupernyer gaji dah machok..


Satu berita gumbira dipagi raya yang cuba disampaikan oleh pantun ini dengan begitu bergaya dan bersahaja.. bagaimana gaji telah masuk dalam akaun scrambler tanpa pengetahuan abang Bachok..


TNB memang baik hati

Bagi hadiah berjuta-juta

Memang ler gua ni baik hati

Duit pun banyak berjuta-juta


Haa!!.. ini namanyer pantun bodek di hari raya.. sesuai bagi pengampu tahap tertinggi.. kisah TNB yang begitu baik hati sehingga Assan Skodeng pun jatuh hati dengan kerani akaun TNB yang begitu cun sekali.. (mintak-mintak TNB tak la saman gua macam si blogger Hassan Skodeng.. kalau kena saman gak sebab pantun bodek ni habis ler gua kena kitai)..


Pegi kedai nak beli baju

Baju dari pulau Jawa

Nanti balik kampung tu bawak ler motor laju-laju

Kalau nak rasa hilang nyawa


Kalau korang nak tau harga kain batik jawa sebenarnya hanya lima hinggit sekilo tapi bila time nak raya harga dia akan meningkat begitu mendadak hampir sama dengan harga asam jawa iaitu 27 hinggit sekilo.. pantun ini cuba mendedahkan tentang kelicikan peniaga kain baju yang suka menipu pembeli terutama yang suka bawak motor laju-laju…


Pakcik Kordi kacak bergaya

Carik buluh dalam rimba

Kalau bebudak datang nak duit raya

Korang buat tak tau dengan muka selamba..


Pantun ni bercerita tentang budak-budak yang datang berjalan semata-mata nak dapat duit raya.. biaser ler bebudak.. amacam tahun ni korang ubah tradisi.. jangan bagi diorang duit raya.. tahun ni korang bagi bebudak yang datang tu buluh lemang sorang satu.. kalau diorang banyak tanya.. korang jawab la.. “Banyak cantik muka korang.. suka hati gua ler nak bagi aper.. nasib baik gua bagi buluh lemang.. kalau gua bagi taik ayam.. lagi korang haru.. tapi kalau korang nak gak duit raya.. korang pegi jumpa pakcik Kordi..”



* Bagi gua cukup ler stakat ni dulu pantun yang dapat gua ketengahkan untuk korang jawab.. mungkin inti pati pantun ni agak sukar untuk ditafsir dengan mata kasar sehingga membuatkan denyutan jantung korang menjadi tidak keruan dan jugak bagi meraikan kejayaan gua berpuasa penuh sebulan maka dengan itu gua akan bercuti panjang lebih kurang dua tiga tahun bagi menyambut Hari Raya tahun ni..  Okey ler.. SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR BATIN dan jumpa lagi..

Jumaat, 3 September 2010

DAH NAK RAYA RUPERNYER..


PEJAM celik.. pejam celik.. alamakkk!! dah tiga minggu rupernyer kita berpuasa.. lagi seminggu jer lagi nak menyambut raya.. begitu ler masa bergerak sekarang ni.. semuanya berjalan serba pantas.. sampai kita pun tak sedar dah berapo hari kita posa.. 

Kalau cerita bab raya ni.. memang ler syok dan gua tau ler korang semua dah tak sabar-sabar nak beraya dan bergaya sakan kehulu kehilir dengan baju baru.. terutama yang berpuasa penuh sebulan.. tapi yang puasa ala-ala pun tak nak ketinggalan gak.. ada hati nak beraya jugak tu.. kekadang tu dia plak yang lebih dari orang yang puasa penuh.. shopping sampai tak hengat dunia.. kalau boleh kedai dengan tuan kedai tu nak diborong sekali.. punya ler semangat..

Gua tengok mana yang ada motor awal-awal lagi motor dah kasi operate.. makeup kasi mantap.. bunyi kasi nyaring sikit.. baru ler gempak.. walaupun stakat motor kapcai jer.. yang penting gaya.. sekali berjalan sepuluh dua puluh bijik .. haa kau.. dah macam lebah.... kalau masuk beraya kampung sebelah.. bebulu jer mata mat motor kampung tu menengok perangai memasing.. kalau pegi beraya pun semua rumah awek.. itu yang sekali datang tuan rumah jadi kelam kabut nak melayan tu.. yang kenal anak tuan rumah sorang jer.. yang escort plak bukan main ramai.. dah macam rombongan cik Kiah ler plak.. habis air sirap 10 baldi.. 

Mana yang awek-awek plak.. awal-awal lagi dah tempah baju.. stakat sepasang dua tu tak main ler.. itu baru basic jer tu.. klau boleh 6 pasang.. haa kau.. hari-hari test kat depan cermin baju baru.. kejap baju kurung biru.. sekejap baju kurung hijau.. tak puas hati.. test plak kebaya kelabu.. tak puas hati lagi yang kasut ni tak sesuai plak dengan kebaya ketat.. tukar plak baju lain nak serasikan dengan kasut.. begitu ler hari-hari hingga ler pagi raya.. sampai cermin pun dah naik bosan melayan diorang..

Camno pun gua ni.. sampai la ni sehelai baju pun gua tak beli lagi.. bukan tak ada duit ataupun gua kedekut dalam bab-bab bershopping ni.. duit banyak.. satakat 6 juta tu gua simpan bawah katil jer.. tapi memandangkan dah berjuta umat kat dalam shopping komplek tu gua jadi malas.. malas nak berebut dan bersesak sampai berlaga pipi.. bergesel hidung kehidung kat dalam tu.. kena plak bulan puasa.. lagi ler liat nak keluar.. tapi kalau awek gua yang ketujuh.. si Fasha Sandel ajak terpaksa ler jugak gua gagahkan hati ni pegi.. nanti merajuk aduhh!! satu hal ler plak nak memujuk.. dah laa ari tu si Linda awek gua yang ke empat dah hangin satu badan sebab gua tak layan dia nak bershopping.. habis bebirat badan gua kena libas.. cehh!!

Rabu, 1 September 2010

PANTUN MERDEKA RAYA..


SEMALAM.. masa gua tengah syok duduk kat rumah menghabiskan cuti Merdeka.. tetiba jiran gua datang nak mencabar gua untuk berbalas berpantun.. apa lagi gua yang pantang dicabar ni pun terus membakar mercun dan meriam buluh kira tanda setuju dan kitorang pun tanpa berlengah terus berbalas pantun sampai ke pagi.. kalau korang nak tau.. kerana pantun gua yang begitu simbolik dan sukar untuk ditafsirkan ini juga telah membuatkan jiran gua yang berbadan sasa dan berperut gendut itu telah dikejarkan ke hospital akibat diserang sesak nafas dan sengal kepala lutut.. 



Duduk melepak makan roti

Punyo la sodap sampai terleka

Patut la hari ni cuti

Rupa-rupanyer hari ni hari Merdeka


Pergi ke hutan memburu rusa

Sampai tersesat masuk sempadan

Sambutan tahun ni pun kurang terasa

Sebab sekali dengan Ramadan


Naik beca pegi Melaka

Singgah Linggi berenti makan

Walupun hari ni hari Merdeka

Ahh!! yang penting raya didahulukan


Buah mangga buah pauh

Dijual orang dalam pekan

Walaupun raya masih jauh

Marilah kita bershopping sakan..


Terasa pedas tergigit lado

Lado disimpan didalam cawan

Walaupun duit tengah tak ado

Pandai-pandai la pinjam kawan


Mamat Indon pergi bertapa

Duduk bertapa di diatas tikar

Kalau rasa-rasa tak tau nak buat apa

Mari la kita kira.. 1..2..3.. MERDEKAAAA!!


Budak-budak menjual nangka..

Nangka di kebas si anak gajah

Jangan jerit jer lebih.. MERDEKAAAA!!

Sedangkan minda masih dijajah..


Mari kita masak dadih..

Dadih di letak atas meja

Okey ler.. gua pun maleh nak cakap lebih..

Baik gua tido besok pun nak keja.. 


Haaa.. cukup ler setakat ni… memandangkan pantun yang gua cipta ni begitu panjang berjela kira-kira hampir 23jutaratus rangkap.. maka dengan itu cukup la stakat ni ajer pantun-pantun yang dapat gua muatkan dalam blog Penanggah ni.. nanti kalau gua letak semua dalam blog ni.. tak pasal-pasal nanti korang plak yang kena sesak nafas..

Jumaat, 27 Ogos 2010

MERDEKA YANG TAK MERDEKA..

BUNTUUU.. entah kenapa bulan puasa ni gua seperti kehilangan idea untuk menulis dalam blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. jiwa merapu gua tetibo jadi kelam.. mungkin juga disebabkan kerja yang bertimbun serta perlu disiapkan sebelum hari raya ni membuatkan masa gua menjadi terhad.. kalau tak siap gak terpaksa ler gua beraya kat opis atau pun tompang beraya kat rumah korang..

Kekadang tu timbul gak idea nak mengulas pasal politik negara kita yang dah semakin merapu tak tentu hala sekarang ni… tau jer ler orang politik sekarang ni banyak membuang masa berdebat tentang perkara remeh-temeh..  sampai masalah doa pun orang politik jadi kelam kabut.. masing-masing berlumba-lumba nak tunjuk warak lagi alim.. yang tak tau apa-apa pun tak nak ketinggalan.. sebok gak nak mengulas.. memang gila..

Sedangkan banyak lagi perkara atau isu masalah rakyat yang lebih besar.. seperti masalah kenaikan harga ayam.. kenaikan harga kapal tangki.. kenaikan mendadak harga kuih tepung pelita dan macam-macam kenaikan lagi ler..  sepatutnyer diorang ler yang memikirkan macam mana nak turunkankan harga ayam sampai RM1.50 sekilo.. paling tidak nak bagi free sorang sekor kat rakyat Malaysia ni.. baru ler betul tapi yang gua tengok satu idea pun tarak.. semua otak kosong..

Tapi nak buat macam mana.. itu lah realiti sebenar minda orang politik negara kita.. minda kelas ketiga..  kita dah merdeka 53 tahun.. tapi orang politik kita masih jugak tak merdeka.. masih mendebatkan masalah yang sama berulang-ulang seperti kita ni baru jer merdeka semalam.. bagi gua masalah pendidikan.. ekonomi dan politik apatah lagi masalah perkauman sepatutnyer dah lama selesai tapi orang politik yang sengal-sengal ni masih gak dimainkan isu tu untuk meraih simpati penyokong.. yang penyokong pun sama dua kali lima… sengap (sengal +bengap).. 

Yang gua tak bleh blah bila tengok diorang ni lepas sebok-sebok bergaduh pegi buat laporan polis.. tak puas hati sikit buat laporan polis.. dan yang paling gua kesian ialah dengan pak polisi ler.. gua tengok diorang ni dah macam takda keja lain.. asyik dok melayan perangai hamlau orang-orang politik yang takda keja ni.. sepatutnyer orang politik camni hantar kat zoo jer.. buat malu kaum..

Tak habis lagi masalah kat sini.. mat Indon kat Jakarta plak buat perangai hamlau.. klau satakat  tunjuk perasaan berguling keliling kampung.. atau jalan itik kat depan kedutaan kita tu gua tak heran ler.. lantak diorang ler takda keja.. tapi bila start dah bakar bendera dan baling taik kucing kat atas bumbung kedutaan kita.. memang guanyer kemarahan tetiba naik mendadak.. hampir ketahap super saiya.. sikit jer lagi gua nak betukar jadi Gouku Dragon Ball... eloknyer taik tu disumbat jer kat mulut diorang.. baru padan dengan dia punya muka.. 

Ok la tu.. makin lama gua komen benda ni.. makin naik plak kolestrol gua.. tak pasal-pasal habis pahala puasa gua hari ni.. dari gua membebel pasal orang politik dan mamat-mamat indon yang separuh masak baik gua pegi meronda kat pasar ramadan sambil mengusya kuih tepung pelita kesukaan hakiki gua.. sesambil tu dapat gak gua usya awek-awek cun kat situ.. ada gak faedahnyer.. hehehee.. MERRRDEKAAAA!!!


* Untuk masalah doa gua bersetuju dengan pendapat dan pandangan Dr. MAZA... trima kasih Dr....

Khamis, 19 Ogos 2010

SABAR WAK SABARR!!..


JAKARTA - Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran kumpulan penunjuk perasaan warga Indonesia sejak kejadian penahanan tujuh nelayan Malaysia dan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh pihak berkuasa dari kedua-dua negara di sempadan perairan Malaysia-Indonesia, utara Bintan, Kepulauan Riau, Jumaat lepas. - Utusan M'si


Kemarahan Wak Parjo kali ni memang tak boleh nak di bendung lagi.. sehinggakan hidung beliau yang tak berapa mancung tersebut telah mengeluarkan api yang kebiru-biruan akibat menahan marah yang teramat sangat.. berikutan tindakan Leman Kasau yang menceroboh dan menangkap ikan di laut dalam kepunyaan beliau di Selat Melaka tempoh hari telah membangkitkan kemarahan Wak Parjo yang terpendam selama ini ketahap maksima..


“Kalau gue jumpa sama ini bajingan.. mau aja gue kasi bikin tempe ini orang..  udah la tarian pendet gue di ciplak seenak nyer aje… ini lautan yang gue beli secara ansuran jugak mau di cerobohin.. lagi itu gue punya ikan jugak mau di curik.. kurang ajar ini anak.. brengsek!! jerit Wak Parjo secara tetiba sewaktu sidang media bersama spy Penanggah di balai raya kampung Terachi bagi merungkai permasaalahan tersebut.. lalu beliau pun tanpa segan silu terus berguling-guling di lantai balairaya tersebut sambil melakukan tarian pendet ala kung fu mabuk sebagai tanda protes..


Leman Kasau yang turut serta di sidang media tersebut turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Wak Parjo tersebut.. malah beliau mendakwa bahawa tuduhan Wak Parjo tersebut adalah bermotif politik yang turut didalangi oleh ejen CIA yang cuba mencemarkan nama baik beliau serta berniat untuk memecah belahkan perpaduan bangsa serumpun…


"Fitnah.. fitnah!! ini semua fitnah", jerit Leman Kasau secara tiba-tiba dari celah pintu balai raya sambil menunjukkan isyarat penumbuk kepada Wak Parjo.. sehingga mengejutkan semua tetamu yang hadir..


“Wahh!!.. bukan main sedap lagi mulut ekau Wak Parjo yer tuduh gua curik lu punya ikan.. kasi ceroboh lu punya laut dalam.. apa lu ingat lu sorang jer ker yang ada laut.. gua nyer Laut Leman Selatan yang 49 hektar sebelah Laut China Selatan tu pun gua tak habis ronda lagi..", tambah beliau lagi sambil berpusing-pusing ke kiri dan ke kanan seperti penari tarian zapin..


“Ahh!! sudah laa Leman.. lu jangan nak temberang sama gue.. abis yang gambar rakaman CCTV tu sapa punya muka.. kalau bukan muka lu.. takkan lu nak manafikan lagi..” balas Wak Parjo lalu mengkarate tayar beca pakcik Karim yang kebetulan berada di tepi balairaya tersebut sebagai menunjukkan kemarahan beliau yang berada di kemuncak....


“Gua mengaku memang gua ada lalu kat lu punya laut.. tapi gua tak curik lu punya ikan..” jelas Leman Kasau sambil melompat keatas bumbung kereta spy Penanggah sambil menggayakan aksi seekor kambing meragut rumput..


"Gua cuma tumpang lalu jer.. takan itu pun lu nak kecoh".. tambah Leman separuh menjerit dari atas bumbung kereta..


"Lalu aja nggak salah.. cuma gue rasa curiga ngape lu lalu dekat gue punya laut.. mengape lu nggak lalu dekat Lautan Hashim ka.. Lautan Mei Chew Utara ka.. itu Lautan Doraisamy pun lu boleh lalu..'' ujar Wak Parjo masih tak puas hati..


"Ceritanyer gini Wak.. masa gua pegi tangkap ikan dekat gua punya laut.. tiba-tiba gua punya ikan tenggiri sudah terlepas lari masuk dalam Wak punya laut...  sebab itu la gua terpaksa masuk dalam Wak punya laut sebab mau kejar dan bawak balik gua punya ikan tenggiri yang berada dalam Wak punya laut dan ikan tenggiri gua pun berpakat dengan Wak punya laut untuk menjual Wak punya laut pada tokey judi Bensen Tan," jelas Leman Kasau dengan bangganya sehingga menyebabkan hadirin yang hadir menjadi pening kepala bila mendengar penjelasan belaiu yang berpusing-pusing itu..


"Ooooo!!!.. begitu ceritanya yaa.. baru la Wak paham.. segala masalah ini berpunca dari lu punya ikan tenggiri... tapi mengapa tak bagai tau Wak awal-awal.. cilakak punya ikan tenggiri ada hati mau jual gue punya laut.. kurang ajarr ini ikan.. angkara lu nasib baik gue tak berperang sama ini Lemana Kasau.." luah Wak Parjo separuh menyesal diatas tindakan membuta tuli beliau menuduh Leman Kasau menceroboh laut dalam beliau.. lalu masing-masing pun bersalaman dan berpelukan riang sebagai tanda perdamaian di ikuti tepukan gemuruh oleh para tetamu yang hadir..