Friday, April 30, 2010

4 JUTA PUN MAU KECOH!!..


KOTA BHARU - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan. Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya .... - Utusan M'sia.

APA la lu Kickdefella... baru dapat 4 juta pun lu nak bising ker... lu jangan buat malu dengan persatuan blogger 1M'sia.. blogger lain dapat 16 juta pun tak bising.. ini baru dapat 4 juta lu dah sasau separuh koma.. cubo lu tengok blogger manhassan.blogspot.. tahun ni jer blog beliau dapat peruntukan 8 juta rupee dari kartunis Maro untuk menjalankan satu operasi sulit bagi menjatuh serta melingkupkan perniagaan Mamak Cyber di Pandan Indah..

Untuk blogger Kickdefella.. kat sini gua nak nasihatkan lu .. kalau lu jumpa orang yang upah lu 4 juta tu.. lu tarik jer telinga mamat tu.. ado ker patut dio bagi lu 4 juta.. itu dah kira menghina persatuan blogger sedunia tu.. sekarang ni register namo pun dah kena bayar 3 juta tau.. kalau masuk servis charge ngan duti kastam pun mau jejak 5 juta.. sah-sah la lu dah kena tipu.. padan la dengan muka lu..

Tapi camno pun gua sedih gak.. blog Penanggah tahun ni dapat skit jer peruntukan.. ado la 10 juta..  tak macam tahun-tahun sebelum ni..  tahun lepas jer gua kira-kira dekat-dekat gak 28 juta.. tapi maso tu banyak job masuk.. paling mencabar ialah bilo blog Penanggah di upah oleh Pakpong Kamprong ketuo kampung Mat Insun untuk menjatuhkan Thaksin.. kalau ikutkan maso tu dio nak bagi 12 juta jer.. tapi bilo gua kilas tengkuk mamat tu dan dia tengok pakej yang kitorang tawarkan baru ler dio setuju bagi 28 juta.. perghhhh!!! kayo pakcik sekojap..

Tahun ni projek blog Penanggah agak slow skit.. ado la dapat job kecik-kecik kelas F.. alaa stakat diorang upah merembat tiang gol kat padang sekolah.. pegi mengecohkan majlis cukur jambul anak ketuo kampung Langkap.. paling hebat tahun ni pun blog Penanggah dengan cemerlangnyer telah berjaya membuatkan duo orang calon bebas di pilihanraya Hulu Selangor baru-baru ni menarik diri.. itu pun setelah spy Penanggah ugut diorang ... kalau diorang tak tarik diri ..spy Penanggah sendiri yang akan masuk bertanding... setelah mendengar ugutan tersebut baru la diorang setuju menarik diri dari bertanding.. tu yang buat Kamalanothing monang tu..

Monday, April 26, 2010

TAK RAMAI PUNNNN!!!...


SUBANG JAYA - Kira-kira 150 orang termasuk sekumpulan rakyat Iraq di negara ini, berhimpun bagi membantah kehadiran bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair sebagai penceramah undangan ke satu persidangan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, hari ini. Perhimpunan diketuai oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa)... - Mingguan M'sia..

PERARAKAN basikal berhias yang di sertai hampir 150 peserta geng Perkasam di depan kilang getah keping Chong Rubber di Sentul semalam dilihat gagal untuk menggerun dan menakut-nakutkan Tony Blur yang sedang melakukan lawatan mengejut kekilang getah keping tersebut.. ketua Pekasam merangkap jurulatih perarakan iaitu abang Braim Oly yang dilihat turut sama berarak tanpa rasa gerun lagi gundah melahirkan rasa kesal kerana usaha geng beliau tersebut turut gagal untuk menarik perhatian pelancong serta pekerja dikilang tersebut bagi meraih simpati masyarakat setempat dan antarabangsa...


Beliau juga turut melahirkan kekesalan kerana kalau diikutkan pada jangkaan awal dianggarkan hampir 50 ribu peserta akan mengambil bahagian didalam perarakan tersebut dimana beliau sediri akan mengalongkan selipar jepun ke tengkuk Tony Blur.. sebagai hadiah diatas kekejaman malaon tersebut terhadap penduduk Iraq.. namum pada saat akhir hanya 150 peserta sahaja yang dapat hadir itu pun setelah beliau memaksa sekumpulan penumpang bas ekspress supaya berhenti sebentar dan turut sama memeriahkan majlis perarakan tersebut.. 


Terdapat juga peserta perarakan yang tidak berpuashati kerana pihak penganjur gagal untuk menyediakan meehon goreng dan sirap bandung seperti yang dijanjikan pada mesyuarat persatuan minggu lepas... ini membuatkan ada peserta perarakan yang terpaksa membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah masing-masing sebagai tanda protes.. malah Tony Blur turut melahirkan rasa simpati diatas kegagalan pihak penganjur tersebut dan beliau berjanji akan memanjangkan masalah tersebut kepada sahabat karib beliau iaitu George Bushuk.. 


Abang Braim Oly yang ditanya kemana semua selipar jepun tersebut akan di buang setelah gagal untuk dikalungkan ke leher Tony Blur menyatakan dengan gembiranya bahawa selipar tersebut akan dikalungkan keleher semua peserta yang mengambil bahagian sebagai satu hadiah misteri yang boleh digunakan sebagai eksesori tambahan dan ia turut dibahagi sama rata supaya semua peserta dapat bergaya dengan penuh rasa ego dan bersemangat 1M’sia… katanya dengan penuh bersemangat sambil mengalungkan sepasang selipar jepun ke leher beliau sendiri untuk dibawa meronda-ronda di pasar malam Keramat malam ini..

Thursday, April 22, 2010

ALAA.. GUA PUN ADO KUDA GAK..


HULU SELANGOR – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang kini menjadi sasaran penulis-penulis blog mengakui memiliki seekor kuda lumba. Zaid bagaimanapun menolak dakwaan yang menyatakan dirinya seorang kaki judi hanya kerana memiliki seekor kuda lumba kerana beliau tidak pernah bertaruh dalam perlumbaan kuda. - Utusan M’sia

Apo la Zaid.. lu ingat lu sorang jer ko ado kudo.. gua pun ado gak.. tapi kudo kepang jer laa.. kuda kepang tu gua beli duo hari lepas setelah gua terserempak dengan kuda tersebut sedang bermain guli di depan sebuah kedai barangan lusuh di Pandan Indah.. puas gak gua kelentong dan bertekak dengan tokey kedai tu mintak dia jual kat gua.. tapi tak jalan gak.. camno pun lepas gua cekik dan karate cuping telinga dia.. baru la tokey tu jual kat gua dengan harga siling RM450.75.. termasuk 25% duti kastam.. terus gua bagi namo Klentong kat kuda gua tu...

Kalau ikutkan gua pegi kedai tu untuk nak jual surat khabar lamo jer dan ada la guanyer jiran punya pintu pagar besi yang sempat gua rembat minggu lepas.. gua tengok pintu pagar tu cantik jer berkilat dan masa tu plak guanyer jiran takda kat rumah balik kampung.. apo lagi memang atas lori ler jawabnyer.. hehehee… kalau jiran gua tau mau mati gua dengan kuda kepang gua si Klentong tu kono hambat.. itu pun ado lagi satu tiang bendera kat depan balairaya yang gua tengah usya skarang ni.. kalau dapat cantik gak tu..

Berbalik kepada kisah kudo ni.. kalau lu nak tau kudo kepang gua ni memang jenis kuda lumba yang begitu power dan jitu.. dio punya bulu.. umang aii lebat mengalahkan bulu babun.. tapi rambut dio agak kerinting skit la.. kalau nak sikat tu kono la taruk minyak rambut.. camno pun si Klentong ni memang jinak.. ringan tulang plak tu.. dan mudah mesra pelanggan.. kira sonang la kalau nak diajak berborak..

Lagi satu si Klentong kuda kepang kesayangan gua ni memang minat bersukan.. pantang ado acara sukan memang tak bagi chan.. baik acara lompat pagar sampai la acara merentas desa.. tapi acara yang dio paling suka skali acara 2x200 meter jalan itik berganti-ganti.. stakat ni blum ado pencabar yang berani bertaruh.. pagi tadi jer dah empat pingat emas dio sapu maso sukaneka antara tadika di Pandan Jaya.. nanti bleh la gua ajak si Klentong ni join sukan antara jabatan kat opis gua bulan depan dan kalau ado maso nanti bleh la kita berlumba plak kat highway Kesas....

Camno pun gua tak puas hati dengan dakyah pembangkang yang menyatakan gua ni kaki judi tegar..  tergamak menggunakan si Klentong untuk berjudi... sampai si Klentong masuk acara lari dalam guni pun gua sempat bertaruh lagi.. hangin jer gua dengan parti Lepat Pisang yang berani memfitnah gua ni.. kalau nak tau.. seumur hidup gua ni tak pernah lagi la bertaruh apotah lagi berjudi.. tapi kali ni gua nak cabar parti Lepat Pisang.. kalau diorang berani jom la kita lumba lari dalam guni dari KL sampai Seremban.. sapo kalah dio kena bayar RM2juta.. haa kalau berani apo lagi.. jom laaa…

Tuesday, April 20, 2010

BEBAS YANG TERBABAS..


HULU SELANGOR - Kurang tiga jam sebelum tempoh akhir menarik diri tamat, persaingan merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, menjadi dua penjuru apabila calon Bebas, V.S Chandran dan Johan Md. Diah menarik diri. Mereka menyerahkan borang penarikan diri kepada Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor... - Utusan M'sia


KETIKA yang sedang syok membuat liputan secara langsung pilihanraya di sebuah balairaya Ulu Selangor Duan dan Ecah wartawan dari suratkhabar 1M’sia telah didatangi oleh sekumpulan penduduk kampung yang diketuai oleh pakcik Akob bersama pengikut beliau yang menggelarkan diri mereka kumpulan baju merah.. kedatangan mereka yang agak ramai tersebut membuatkan Duan dan Ecah terasa agak gementar.. ngeri dan sedikit malu-malu kerana terdapat diantara mereka awek-awek yang agak cun dan balak yang boleh dikira kacak bergaya juga..


“Jadi apa hal pakcik datang ramai-ramai jumpo kitorang ni?.. kitorang bukan ada buat majlis kenduri makan free pun..” tanya Duan kepada pakcik Akob dengan suara yang agak gementar..


 “Apo ekau ingat kitorang datang ramai-ramai ni saja datang nak makan free ko.. sebenarnya tujuan kitorang datang ni nak buat satu protes tentang pilihanraya ni..” jelas pakcik Akob..


“Protes kebondo pakcik.. kitorang ni wartawan ekskutif jer.. kalau nak protes pergi ler jumpo pegawai SPR…’’ celah Ecah secara tiba-tiba yang menyorok di celah pokok pisang tepi balai raya kerana takut..


“Sebab korang wartawan la yang kitorang datang ramai-ramai ni.. kalau kitorang jumpa SPR bukan kluar pun muka kitorang ni dalam suratkhabar.. balik-balik muko pegawai SPR tu jer yang terpampang.. kalau hensem macam muka pakcik ni tak apo la jugak..” luah pakcik Akob sambil disambut dengan tepukan gemuruh dari pengikut-pengikut beliau..


“Haa.. cuba pakcik cerito satu persatu.. apo yang pakcik tak puas hati tentang pilihanraya kat Ulu Selangor ni.. nak kata tempat ni tak maju.. kami tengok tempat ni tak kalah dengan Tokyo dan New York.. dan bleh dikatakan setiap rumah kerajaan dah bagi sorang satu kapal solam dan apo lagi yang pakcik tak puashati.. tadi pun semasa dalam perjalanan datang sini pun kami terserempak dengan enam bijik kapal solam sedang beracing kat selekoh depan tu..” tanya Duan dengan agak panjang lebar sehingga membuatkan terdapat pengikut pakcik Akob yang menguap-nguap bosan dibelakang..


“Alaa.. stakat kapal solam apa laa sangat.. kat rumah pakcik tu pun dah ado lapan bijik.. sebenarnyer pakcik nak bagi tau yang kitorang ni tak puas hati dengan calon kitorang dari parti bebas tu…” luah pakcik Akob..


“Maksud pakcik si Naib Johan bin Usin dengan M.G Chandra tu ko?.. kami tengok okey jer.. hensem pun hensem.. bleh tahan gak dionyer sasa”.. celah Ecah lagi yang masih menyorok di celah-celah pokok pisang..


“Alaaa stakat hemsem nak buek apo.. tapi perangi hampeh.. cuba laa korang berdua pikir.. dah penat-penat kitorang ni berkempen siang malam sampai kematu kaki kitorang panjat pokok ngan tiang letrik nak gantung poster.. tau-tau petang tadi dio dah tarik diri dari bertanding… nak sambung belajar ambik PMR la katanyer.. sapo yang tak marah..” jelah pakcik Akob separuh marah..


“Iyo ko? jangan kan pakcik.. kitorang yang dengar ni pun hangin gak.. hampehnyer Naib Johan dengan si Chandra.. sampai hati ekau memperkotak-katikkan pakcik ni..” getus Duan agak marah lalu mencabut tiang balairaya di tepi beliau..


“Kalau camtu sapo plak pakcik nak undi lepas ni..” sampuk Ecah yang masih jugak lagi menyorok di celah pokok pisang ditepi balairaya..


“Nak undi kebondo.. pakcik bukan orang sini.. pakcik orang Kualo Pilah mano bleh mengundi kat sini.. sebonarnyer pakcik datang ramai-ramai ni sajo jer nak mengecohkan keadaaan.. sesambil tu bleh gak mengusya awek-awek cun kat sini..” akui pakcik Akob sambil di sokong oleh pengikut-pengikut tegar beliau..


“Huhh!!.. buang maso kitorang betul la pakcik ni.. becerita bagai nak rak macam la nak mengundi.. memang padan la muko pakcik kono tipu dek malaon duo orang tu.. orang sini yang mengundi pun relaks jer lepak kat rumah.. pakcik yang takda kena mengena plak yang lebih-lebih.. sanggup buang maso datang jauh-jauh bersusah payah berhimpit-himpit ke sini.. tak ko bangang namanyer tu..” leter si Duan..


“Aiii lebih nampak ekau ni Duan.. kang si Naib Johan ngan si Chandra tak apo-apo.. muko ekau plak yang kluar suratkhabar muko depan besok pagi..” luah pakcik Akob agak marah dan terus pergi meninggalkan Duan sambil melakukan aksi jalan itik bersama pengikut beliau..


“Heheheee.. sorryy la pakcik.. teremosi la plak.. ehh!! senyap jer Ecah.. mano ekau pegi haa..?”


“Ado haa kat celah pokok pisang kat tepi balai raya ni haaa.. saje jer gua nyorok kat sini.. maleh nak melayan pakcik Akob yang poyo tu..”


“Laaaaaa… patut laa dengar suara jer dari tadi.. kat situ rupanyer ekau lepak.. kalau camtu gua pun nak join nyorok sekali laa..”


*Buat si Duan yang dah berhijrah ke Harian Metro dan si Ecah yang bakal ke The Star smoga korang happpy kat tempat baru.. biaso la tempat baru.. susana pun baru.. yang paling penting gaji pun baru.. hehehee..

Tuesday, April 13, 2010

TAK LAA HEBAT TAPI MONANG GAK...


SEPERTI yang di ramalkan oleh persatuan bomoh-bomoh sedunia.. akhirnya pasukan N9 dengan gaya cemerlang telah berjaya untuk menjuarai piala F.A liga 1M’sia malam kelmarin.. ini adalah kemenangan yang ke-2 buat pasukan N9.. bilamana pasukan hoben jang hoben tersebut dengan selamba telah menewaskan pasukan sang Kenari  dengan jaringan agak besar 26 berbalas 12.. termasuk 6 gol penalti dan 8 gol sendiri pada perlawanan akhir malam kelmarin... kejuaran ini juga tidak termasuk 4 kali juara F.A dam aji dan 12 kali juara F.A lari dalam guni sedunia peringkat daerah Tampin..


Menurut intipan spy Penanggah dari luar stadium menyatakan perlawanan tersebut telah berjalan dalam suasan begitu ceria.. mesra dan romantik bilamana keduo-duo pasukan dilihat begitu malu-malu untuk menyerang diantara satu samo lain bagi mengekalkan keharmonian perlawanan akhir tersebut.. sehinggalah pengadil perlawanan terpaksa masuk campur dengan memaksa dan merayu kedua-dua pasukan agar menjaringkan gol seberapo banyak gol yang mungkin.. agar perlawanan tersebut menjadi lebih rancak..


Ketika pasukan N9 sedang leka mengusya awek cun ditepi padang.. satu hantaran lingtang yang begitu misteri dari pemain sayap belakang yang tidak dapat dikenal pasti telah disambut kemas oleh Badul Berikhtiar lalu mengais bola tersebut ke pintu gol N9 yang terbuka luas dan gagal diselamatkan oleh abang Sony penjaga gol jemputan N9 yang diterbangkan khas dari kilang Sony Bangi..


Melihat jaringan mudah oleh Badul tersebut.. anak-anak buah Wak Jemak pun terus bermesyuarat ditepi padang bagi mengatur strategi untuk menyamakan kedudukan… walaupun ketinggalan 1-0 namun itu tidak mematahkan semangat pasukan Rusa untuk menyerang balas dan akhirnya pasukan N9 berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apa bila satu larian solo oleh Thakur Adam dari luar stadium berjaya mengelecek 24 pemain Kedah tidak termasuk pemain simpanan lalu menghantar ke kaki Trafik Ramon yang berada di bangku simpanan.. dan tanpa segan silu Trafik Ramon pun merembat dengan tumit kanan beliau bagi menyamakan kedudukan..


Dan kedudukan seri tersebut berkekalan sehingga ke minit 185.. membuatkan para juri profesional terpaksa menambah masa perlawanan ke masa tambahan sebanyak 2 jam lagi.. setelah tiada jaringan yang berjaya dilakukan dalam masa tambahan tersebut akhirnya juru audit pertandingan terpaksa menentukan pemenang melalui sepakan penalti.. akhirnya sepakan lemau oleh pemain Kenari berjaya ditepis dengan begitu mesra oleh abang Sony penjaga gol jemputan N9.. dengan berat hati pengadil perlawanan terpaksa memberi kemenangan kepada pasukan hoben jang hoben dengan agreget 5-4..

Friday, April 9, 2010

BESTNYER STEM NAIK HARGA..

KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya. Ini adalah kali pertama Pos Malaysia menyemak harga (setem) sejak pengkorporatannya pada 1992, menurut kenyataan syarikat itu di sini hari ini. - Utusan M'sia..


Diatas kehendak dan desakan rakyat 1M'sia.. akhirnya pihak kerajaan terpaksa akur untuk menaikkan harga stem di pasaran getah lantun New York berkuatkuasa serta merta anggaran dua tiga bulan lagi..  seiring dengan kenaikan gaji posmen di Uganda Utara sebanyak RM65.35.. kenaikan harga stem ini juga berkait rapat dengan kenaikan mendadak harga sawit di pasaran saham Palong 1 minggu lepas...


Menurut Sudin Gagap yang juga presiden Apco cawangan Bahau mengatakan kenaikan harga stem ini adalah sebagai tanda terimakasih kerajaan terhadap rakyat 1M'sia yang telah memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pihak pemerintah sejak tahun 1780 hinggalah ke tahun depan dan beliau jua berharap rakyat 1M'sia dapat bersama-sama menikmati kenaikan harga stem dengan perasaan gembira dan senang hati.. mano la tau tahun depan boleh naik lagi...


Menurut tinjauan rambang spy Penanggah.. harga stem cap sampan masih tetap mendapat sambutan hangat walaupun telah naik sehingga 200 peratus.. yang mana sebelum ini dijual dengan harga siling sebanyak RM250.75 sekilo.. dan mengekori rapat dalah stem cap babun yang ditutup dengan harga RM225.45 sekilo... manakala stem cap musang jebat ketinggalan agak jauh kerana tidak mampu mengejar stem cap sampan dan stem cap babun yang mempunyai enjin dan cc yang agak power..


Menurut posmen Usin merangkap jurucakap pejabat pos kampung Sireh menyatakan pihak kerajaan dan Apco sedang merancang untuk melancarkan satu lagi stem terbaru bersaiz MPV yang lebih macho dan gagah perkasa secara rahsia.. dengan harga yang lebih mahal sesuai dengan pendapatan perkapita rakyat 1M'sia iaitu USD40,000 setahun.. pihak Apco juga secara rahsia turut menempah beberapa ketul karipap pusing dan meehun goreng beserta air sirap dari gerai makcik Leha untuk jamuan para tetamu.. agar majlis pelancaran tersebut berjalan dengan lebih meriah dan gemilang..