Wednesday, June 25, 2014

KEPELBAGAIAN BIO TENGKORAK LU..




BENTONG - Bagaikan langsung tiada kawalan. Demikian gambaran yang dapat disimpulkan mengenai aktiviti penerokaan hutan di Pahang sama ada ia dilakukan secara sah atau haram ekoran banyak hutan telah digondol khususnya di daerah Bentong, Raub dan Cameron Highlands.

Apa yang membimbangkan ialah penerokaan hutan secara tidak terkawal itu akan memberi ancaman serius terhadap sumber bekalan air mentah di negeri ini dan menjejaskan sumber air berjuta-juta penduduk Lembah Klang pada masa depan.


Semalam Kosmo! melaporkan mengenai kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengenai kemungkinan krisis air di Lembah Klang bakal berulang jika penerokaan hutan yang menjadi tempat tadahan hujan di Selangor dan Pahang tidak diurus secara lestari... – Kosmo


Yaaa.. teruskan Pak Menteri.. jangan malu-malu... buat la hutan belantara tu macam harta mak bapak lu sendiri... lu jangan risau gua serta seluruh rakyat jelata akan tetap memberi sokongan moral tahap padu yang tak berbelah bagi terhadap kerakusan lu tu.. dan kami semua mendoakan agar usaha murni lu untuk melingkupkan hutan belantara tu dapat dilakukan dengan cemerlang dan terbilang..

Dan kalau lu rasa masih jugak tak cukup dengan hutan yang ada tu... lu jangan ler malu dan segan.. lu datang jer ker negeri gua.. gua peratikan negeri gua pun masih ada gak kawasan hutan yang belum dikelokaikan lagi.. gua rasa kalau ler lu dapat bergabung tenaga dengan Pak Menteri negeri gua.. gua pasti hutan belantara sekangkang kera yang ada kat negeri gua tu dapat dilingkupkan dengan lebih pantas dan jitu..

* Sedang gua syok-syok menulis entri ni.. tetiba  kluar plak iklan Biodiversiti kat TV.. katanyer kerajaan Malaysia begitu komited dalam memelihara kepelbagaian bio… dan semua makhluk bergantung kepada kepelbagaian bio… dengan itu marilah kita sama-sama memelihara kepelbagaian bio.. blaa.. blaa.. blaa.. dan dalam hati gua berkata.. PEGI JAHANAM DENGAN LU PUNYA KEPELBAGAIAN BIO.. KEPELBAGAIAN BIO TENGKORAK LUU..

Monday, June 16, 2014

RIO DI BRAZIL'14.. DEMAM PUN BERMULA..


Nampaknyer Piala Dunia 2014 di Rio Brazil dah pun bermula... gua tengok ramai diantara kita yang termamai-mamai macam cicak tertelan kapor kat tempat kerja akibat menahan ngantuk.. ini semua angkara dirasuk oleh hantu bola yang sedang mengganas sekarang ni... alaaa bukan korang jer.. gua pun sama gak menyibuk... lagi pun bukannyer selalu.. empat tahun sekali.. dan gua macam biasa ler.. tetap dengan team pilihan gua..  German.. Argentina dan Brazil.. Sepanyol dan England tu hanya nak cukup syarat jer.. team yang lain tu lantak pi laa diorang..

Memang tak boleh nak dinafikan.. penangan bolasepak Piala Dunia ni tidak mengenal sempadan.. walaupun dengan muka tak malu terpaksa memilih negara orang untuk disokong.. itu semua tidak mematahkan semangat kita semua untuk tumpang sekaki berpesta dan bercerita pasal bola... memasing dari pagi sampai ke malam takda cerita lain.. bola.. bola.. bola... tenggelam ler sekejap cerita GST..

Tapi yang pasti dalam bab bola ni mamak jugak yang kayo.. gua tengok penuh sesajer.. apa taknyer bola punya pasal.. ada tu subuh-subuh pagi lagi dah pegi ke kedai mamak semata-mata nak melayan bola.. adooii memang gilo.. sedangkan gua yang taksub bola tahan enam ni pun tak sanggup nak buat kerja gilo camtu.. dari gua menapak ke kedai mamak melayan bola.. baik gua pegi menoreh.. ado gak pekdah..

Tuesday, June 3, 2014

KEJAP HALAL KEJAP HARAM.. KESIAN BABI..


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh. Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim. Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak... - TheM'sianInsider



Apa ni Pak Menteri.. kejap kata halal.. kejap kata haram... tak pepasal gua yang dengar pun jadi kompius dan naik geram.. lu tau tak.. angkara babi ni membuatkan rakyat Malaysia jadi tak tenteram.. sampai ado yang meracau mengigau hingga ke tengah malam.. maunyer tidak.. dah berkilo-kilo coklat cadbury tu diorang taram.. lagi pun lu bukan tak tau.. orang kita kalau bab babi ni jangan dibuat main.. bukan pak lebai jer.. malah kaki mabuk.. kaki judi dan kaki rasuah boleh naik hangin.. katanyer makan babi ni boleh membuatkan kita bertukar jadi hantu penunggu pokok beringin..

Yang kesiannyer tu ada yang sampai nak samak mulut.. perut dan usus.. kerana diorang rasa ngeri.. takut benda yang haram tu membuatkan badan diorang yang montel jadi kurus.. malah yang lebih parah ada jugak umat berakal senteng yang sanggup nak tukar darah.. tak tau ler gua.. malaon mana yang bijak pandai yang dah bagi diorang tazkirah.. hingga membuatkan hidup dan pikiran diorang jadi tak tentu arah..

Tapi setelah beberapa hari hidup rakyat negara ni menderita dan rasa tertekan.. dok menahan sengsara kerana terlalu rindu nak makan coklet yang diidamkan.. akhirnyer terlerai le jugak segala kekusutan yang datang mencongkam.. bilamana pak menteri dah pegi siasat dan dapati coklat yang haram tu dan jadi halal dan boleh dimakan.. maka dengan itu jangan ler korang merasa malu dan segan.. makan le korang coklat tu sepuas hati walau pun berapo tan... cuma babi je terasa malu sebab dipermainkan dan lari masuk hutan..