Jumaat, 30 Disember 2011

BEST KER KAWIN MUSIM HUJAN?...

Musim cuti sekolah hujung-hujung tahun ni gua tengok ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan… malah makin nak masuk tahun baru 2012 ni makin meriah plak gua tengok.. dan gua sendiri pun sampai tak menang tangan nak melayan undangan yang terlalu banyak.. kekadang tu satu hari sampai lima enam jemputan.. bukan stakat jemputan dari dalam negeri jer... dari luar negara pun ada.. yang ni tadi baru jer gua terima satu kad jemputan dari John Dempong.. seorang penari zapin yang terkenal dari Tanzania yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Maria Mabute.. seorang anak tokey lembu fidlot terkenal di sana pada minggu depan...

Sebenarnyer gua memang suka bab-bab kawin ni.. cuma yang buat gua tak puas hati ialah apsal la korang ni suka sangat buat majlis perkahwinan ketika musim-musim tengkujuh.. korang yang kawin syok la sejuk-sejuk tu.. bleh la tidor lama sikit.. kena plak musim banjir lagi la tak turun katil.. masalahnyer gua la yang terpaksa menanggung azabnyer.. terpaksa meredah hujan dan jalan berlecak semata-mata nak memenuhi para jemputan korang.. yang kesian tu bila gua tengok ada yang terpaksa menolak kereta angkara tayar kereta dah terbenam dalam lumpur.. habis badan berselut siot..

Korang jangan salah paham.. gua bukan merungut.. cuma kok iya pun korang pilih la tarikh yang okey sikit.. pilih la musim bunga ker.. musim menuai ker taupun musim luruh.. haa musim salji pun kira okey per.. lepas bersanding bleh la korang main ski ataupun baling-baling salji berdua.. baru ler romantik.. yang ini korang pegi pilih musim hujan.. adoii.. nanti kalau gua tak datang korang bising plak.. kata gua ni sombong la.. berlagak la.. tak campur masyarakat akar umbi la.. agen asing la.. dah macam-macam tuduhan liar lagi yang korang lemparkan kat gua....

Tapi korang perasan tak.. dalam bab-bab perkahwinan ni kalau kita peratikan banyak berlaku hal yang pelik-pelik.. bukan la pelik maksud gua seperti pasangan pengantin berjalan itik keliling rumah.. atau pun pengantin dibawak naik jet ski.. beca.. sampan ataupun dengan kereta sorong.. sambil diarak beramai-ramai keliling kampung... bagi gua kalau stakat cerita macam tu dah selalu sangat kluar kat TV ataupun kat surat khabar.. dah tak sensasi sangat..

Maksud gua kes-kes pelik ialah seperti majlis perkahwinan yang terpaksa dikensel last minit walaupun semuanyer telah siap sedia... atau pun kes pengantin lari rumah dan ada tu kes bercinta tujuh lapan tahun tapi kawin tak sampai pun seminggu.. dan ada tu plak pasangan yang dah kawin berpuluh tahun.. anak cucu pun dah besau-besau.. tetiba bila dah tua-tua sebok plak nak tambah bini.. ada tu lagi gila.. time bercinta dengan orang lain bertunang plak dengan orang lain.. kad kawin nama orang lain dan yang paling best time kawin plak dengan orang yang lain.. tapi yang paling haru bila time majlis berlangsung si katering plak tak muncul-muncul sampai kesudah.. habis tetamu tak makan termasuk dengan tuan-tuan rumah sekali kebulur..

Itu tak masuk lagi kes-kes pelik yang lain.. yang jantan kawin ngan jantan dan yang pompuan kawin ngan pompuan.. lagi pelik ada yang sanggup kawin ngan mayat.. yang kahwin dengan kereta dan binatang pun ada gak.. tak tahu la plak gua klau ada yang sanggup kawin dengan serangga seperti lalat... lipas ataupun lipan.. cuma yang kawin dengan cangkul atau getah sekerap jer yang gua belum dengar lagi.. klau la ada nak gak gua tengok muka si pengantin tu..

Malah gua sendiri pun pernah menghadiri satu majlis perkahwinan yang agak pelik.. ikutkan majlis tu tak ler pelik pun... cuma bila pengantin tu buat perangai pelik maka secara tak langsung majlis tu pun ikut sama la jadi pelik.. dan tetamu yang datang pun turut menumpang jadi pelik.. apa taknyer majlis perkahwinan yang dirancang akhirnyer bertukar menjadi majlis doa selamat.. bayangkan la kad jemputan dah diedar.. lembu ayam dah dibeli.. sedara-mara dan jiran-jiran semua dah dijemput tapi masalahnyer pengantin pompuan plak yang tak muncul-muncul.. lesap entah kemana.. dah satu hal plak jenuh sedara-mara merayau mencarik serata alam...

Nak tak nak terpaksa ler jugak majlis tersebut diteruskan walaupun stakat majlis doa selamat.. sebenarnyer gua pun tak tau apa masalahnyer pengantin perempuan tu... cuma masa tu gua tengok para tetamu terutama makcik-makcik (biaso la orang pompuan) dok sebok bergosip dan berspekulasi.. ada yang kata pengantin pompuan tu kena colek dek UFO la.. ada yang kata ikut jantan lain pegi melancong ke Lombok la... ada yang kata kena sorok dek bunian la.. dan macam-macam lagi andaian yang kluar.. hinggakan ada menggeleng-gelengkan kepala sampai terangkat-rangkat kening.. punya la bersemangat nak bergosip.. tapi gua tak la ambik port sangat pun.. yang penting tujuan gua datang nak makan... lepas tu gua pun terus blah..

Khamis, 22 Disember 2011

MANA NEGERI GUA PUNYA PERUNTUKAN HAH..!!..

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM2.71 bilion untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi manfaat rakyat di Selangor sepanjang tahun ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, peruntukan itu telah dilulus dan dibelanjakan di negeri ini meliputi projek di bawah Rancangan Malaysia kesepuloh (RMK10) dan projek-projek khas yang merupakan tambahan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Beliau berkata, peruntukan tersebut turut melibatkan pelaksanaan projek yang diluluskan secara terus daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hasil lawatan kerja ke negeri ini yang dimohon oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membabitkan jumlah keseluruhan RM16.95 juta.. - UtusanM'sia

Caya la Selangor.. beruntung betul korang.. walaupun negeri korang kaya-raya malah dah pun mencapai tahap negeri maju.. tapi masih lagi dibelai manja oleh abang Ajib bagaikan menatang minyak sawit yang penuh.. tengok.. senang-senang jer korang dapat peruntukan RM2.71 bilion.. memang tak sia-sia korang pangkah pembangkang masa pilihanraya dulu.. begitu jugak gua tengok kat Penang.. bertalu-talu peruntukan disalurkan oleh abang Ajib ke sana.. sampaikan diorang terpaksa menolak.. tak larat nak mengira duit katanyer...

Cuba korang tengok negeri lain yang beria-ia mengampu serta mengundi abang Ajib dulu.. tanya diorang apa yang diorang dapat dan berapa banyak peruntukan yang diorang terima.. kalau hanya setakat dapat dua tiga billion sama seperti Selangor negeri pembangkang... gua rasa memang tak tak berbaloi.. dan kalau kurang lagi daripada tu.. lagi la hina.. buat letih tangan jer mengipas abang Ajib siang malam...

Untuk negeri gua plak.. gua pun tak tau berapa banyak peruntukan yang abang Ajib bagi.. dan gua memang berharap sangat peruntukan yang lebih besar dari abang Ajib untuk negeri gua tu.. nak harapkan tokey lembu fidlot yang bagi lagi tak payah.. kena kelepet lagi ada... korang tau jer ler negeri gua tu.. nak kata kaya-raya tu memang tak da la.. dan nak kata sampai ketahap negeri maju pun gua tak nampak lagi dia punya kelibat.. tapi tahap pemimpin kaya-raya mengumpul harta gua tengok dianyer KPI dan NKRA memang dah lama tercapai..

Mungkin agaknyer penduduk di negeri gua tu perlu mengundi pambangkang dulu kut.. baru la abang Ajib nak bukak mato dan terhegeh-hegeh nak menyalurkan peruntukan berbillion ringgit... atau pun mungkin negeri gua ni kena diperintah oleh pembangkang dulu baru ler jalan-jalan yang menyesakkan nafas penduduk kampung terutama di musim cuti iaitu dari Serembam ke Pilah dan Bahau hingga ler ke sempadan Pahang dan jugak jalan Seremban ke Tampin hingga ke Gemas akan menjadi empat lorong..

Atau pun setelah negeri gua jatuh ketangan pembangkang baru ler pak menteri serta geng Aduan Rakyat dan Titik Sentuhan akan berlumba-lumba mencarik orang kampung untuk menyelesaikan masalah diorang.. atau pun setelah negeri gua diperintah dengan baik oleh pembangkang baru ler pak menteri dan media-media pengampu akan terpekik terlolong hendak bercerita tentang kemiskinan dan pembangunan.. kalau gitu ler caranyer.. memang hampehhh!! dan cuba korang baca berita kat bawah ni..

JEMPOL 21 Dis. – Ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba.! Itulah situasi dialami penduduk Felda Lui Selatan, dekat sini, yang masih tidak mendapat kemudahan lampu jalan walaupun sudah lama menunggu.

Lebih mengecewakan, mereka mendakwa permohonan untuk mendapatkan kemudahan tersebut seperti tidak diendahkan kerana tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun telah mengemukakan masalah itu sejak empat tahun lalu. - UtusanM'sia

Betul tak gua cakap.. negeri gua tu memang miskin.. tengok sampai nak beli lampu jalan pun tak berduit.. tapi kalau gua jadi abang Ajib senang jer.. gua suruh jer orang Felda Lui tu pasang pelita raya bebanyak kat tepi jalan tu.... settle masalah.. jimat pun jimat.. cantik pun cantik.. gua rasa tak sampai pun RM100 juta..

Isnin, 19 Disember 2011

JUTAWAN LEMBU YANG BERJIWA LEMBU..

Minggu lepas gua meronda la secara solo keliling kampung untuk mengambil angin petang.. dan sesambil tu ikutkan hati nak la singgah kejap rumah Sarah.. awek nombor empat gua yang tinggal kat hujung kampung... biasa la dah lama tak jumpa.. rindu ler plak.. sambil berbual mesra tu bleh gak la gua suruh Sarah masak mee goreng ker.. buat cekodok pisang ker dan kena plak dengan kopi o sambil melihat matahari terbenam kat celah-celah pucuk sawit.. perghh romantik siut.. mintak-mintak Sarah ada la kat rumah.. dan ikutkan pun gua memang nak ajak Sarah kluar layan filem Ombak Sendu hujung minggu ni..

Dan ketika tengah syok berangankan kemesraan gua dengan si Sarah pekena mee goreng tetiba gua dikejutkan dengan segerombolan lembu yang tetiba meluru keluar dari celah-celah semak dan terus melintas didepan gua tanpa memberi salam.. apa lagi terkejut beruk ler gua.. dengan pantas gua pun terus menekan brek kecemasan sekuat hati… dan motor kapcai kesayangan yang gua beli secara ansuran itu hampir-hampir terbabas kedalam longkang.. fuhh!! nasib baik gua sempat brek.. klau tidak Sarah kemana.. mee goreng pun kemana.. silap-silap mau gua terpelanting kat atas badan lembu.. cilakak punya lembu.. potong stim betul..

Melihat perangai lembu yang takda disiplin itu telah membuatkan gua teringatkan kisah lembu fidlot kak Izat… dan cerita yang dah hampir sejuk itu tetiba kembali panas di ingatan gua.. sepanas hati gua bila melihat perangai lembu-lembu yang melintas jalan sesuka hati tok nenek diorang di depan gua tempohari.. yang mana kerenah liar lembu-lembu yang tak berdisplin tu telah mengganggu perjalanan solo gua ke rumah Sarah serta merencatkan jiwa romantik gua pada petang tu..

Sebenarnyer gua malas nak ambik pot pasal isu lembu fidlot ni.. dan kalau gua bising-bising sampai tercabut kerongkong pun bukan dapat untung apa pun.. lain la klau dapat lembu pawah duo tigo ekor.. okey la jugak.. bagi gua kalau stakat cerita lembu.. apa la sangat..
Tapi bila tengok si tokey lembu ni berpesta sakan dengan duit projek 250 juta yang turut melibatkan duit rakyat termasuk duit potongan cukai berjadual gua setiap bulan dengan membeli kondo selain membeli tanah kat Putrajaya serta membahagikan elaun kat anak-beranak berpuluh ribu.. dah tu berjoli katak plak dengan membeli kereta mewah.. tak masuk lagi pegi bersuka ria melancong kesana-sini.. dan itu yang buatkan guanyer hormon protesteron jatuh mendadak hingga ketahap kritikal.. maka untuk menstabilkan keadaan terpaksa la gua menonjolkan diri bersuara memprotes...

Dan jugak disebabkan atas kepentingan politik sebagai calon winnable candidate parti Tapai Pulut pada pilihanraya akan datang.. takan la gua nak bermati-matian memuji dan mempertahankan projek gilo ni macam ketua pemuda parti Pisau Bersilang.. yang mana gua tengok hari tu bukan main lagi berdegar-degar nak berdebat untuk mempertahankan lembu fidlot kak Izat.. tapi gua tengok dah senyap jer mamat ni... mungkin tengah sebok jaga lembu ataupun dok tengah membahagikan petak fidlot memasing kut..

Sebenarnyer gua bukan dengki dengan kak Izat.. malah gua cukup bangga bila melihat beliau yang tiada berpengalaman dalam dunia lembu melembu ni sanggup berpanas dan berhujan semata-mata untuk menjadi penternak lembu yang berjaya.. dan gua tau kerja sebagai pengembala lembu ni bukan kerja senang.. memang mencabar serta menguji mental dan fizikal... cuma yang gua tak puas hati bila melihat anak-beranak kak Izat berpesta sakan dengan duit pinjaman mudah 250 juta dari duit rakyat.. itu ajer.. dan 250 juta tu pun bukan sikit-sikit anak.. silap-silap jin Ahmad Albab pun takda duit sebanyak tu..

Kalau la anak-beranak kak Izat menggunakan duit pinjaman bank.. tak kira ler bank mana.. samada dari Bank Dunia atau IMF sekali pun untuk mengusahakan projek lembu fidlot ni.. gua rasa orang ramai tak la panas hati.. dan lantak la kak Izat nak gunakan duit tu untuk beli kondo atau kapal selam sekali pun.. dan kalau kak Izat anak-beranak nak melancung sebulan ke planet Marikh pun orang ramai tak heran....

Cuma kak Izat kira bernasib baik.. klau la kak Izat ni dari parti pembangkang.. gua rasa mau rancangan Titik Sentuhan dan Aduan Rakyat akan bersiaran selama 24 jam untuk menibai kak Izat anak-beranak.. tapi okey gak isu kak Izat ni meletop.. kerana secara tak langsung ia turut sama mempomosikan negeri dan tempat gua secara percuma.. walaupun orang kampung gua tak dapat apa-apa keuntungan pun diatas projek gilo ni.. ataupun paling tidak dapat daging murah setahun sekali.. tapi dapat jadi tukang tengok orang luar mengaut kekayaan di tempat diorang pun dah kira okey....

Khamis, 8 Disember 2011

JOM BERGOSIP UNTUK KESIHATAN....

Hasil penelitian menunjukkan perempuan lebih bahagia dan sehat karena kebiasaan ngobrol dan bergosip mengenai berbagai hal yang menyenangkan. Aktivitas kumpul bareng teman perempuan, dan terbawa dalam obrolan hangat dan santai, meningkatkan level hormon progesteron. Artinya, dengan meningkatnya hormon ini, level kecemasan dan stres perempuan berkurang.

Peneliti dari Universitas Michigan, menjelaskan hormon progestetron memainkan peranan penting bagi perempuan. Terutama dalam ikatan sosial dan mendorong perempuan lebih bersemangat membantu orang lain yang berada dalam masalah, meski menimbulkan risiko bagi.. - Kompas.com

Mungkin korang pernah terpikir mengapa la orang pompuan ni suka sangat bergosip... pantang berkumpul mula la nak bergosip.. kekadang tu bukan ada isu besar pun.. setakat cerita jiran sebelah beli perabot baru.. kisah si polan ada boyfriend baru... cerita pelakon drama putus cinta.. pasal orang itu.. pasal orang ini.. dan klau dah terdesak sangat kisah kucing melintas pun sangup dijadikan bahan gosip.. kekadang tu gua tengok sampai berkerut-kerut kening diorang ni bergosip.. entah apa yang digosipkan pun gua tak tau la...

Malah satu kaji selidik terhadap 3 ribu orang pompuan mendapati 1 dari 10 antara mereka ni mengaku tidak mampu untuk menyimpan rahsia.. dan klau mampu pun hanya mampu bertahan hanya setakat 35 minit jer dan 85% diantara mereka mengaku begitu seronok dan teruja ketika bergosip.. pendek kata bergosip itu kira dah menjadi aktiviti harian diorang.. kiranyer kalau sehari tu tak bergosip mau pengsan silap-silap bleh mati..

Berdasarkan kajian Prof. Leman Kasau dari Universiti of Chongkau dalam buku terbaru beliau yang berjudul Bergosip Dari Sudut Sains dan Sejarah Uganda.. menyatakan bahawa orang pompuan adalah penggosip terbesar iaitu mewakili 85%.. dan 99% perkara yang digosipkan adalah mengenai kisah kehidupan orang lain walaupun bercerita isu yang agak remeh... dan kalau yang ada kena mengena dengan diri sendiri pun hanya stakat 1% jer.. lagi pun tak best la gosip pasal hal sendiri.. tak mencabar minda langsung..

Menurut Prof. Leman lagi.. mereka yang berborak tentang gosip-gosip santai walaupun isu yang agak panas dikatakan akan meningkatkan level hormon progesteron seseorang pompuan hingga ketahap 180 darjah celcius.. maksudnya peningkatan hormon ini dilihat mampu mengurangkan tahap perasaan cemas dan stress seseorang.. itu sebabnyer ada orang pompuan yang sanggup bergayut berjam-jam berborak kat talipon.. malah ada yang sanggup mengetuk pintu rumah jiran semata-mata nak ajak bergosip.. tapi masalahnyer si suami plak yang stress bila tengok si bini tak habis-habis bergosip sampai lupa nak masak nasik..

Manakala bagi mereka yang bergosip tentang perkara yang agak serius seperti bergosip tentang kambing jiran.. kisah lembu fidlot.. perang di Somalia.. ataupun bergosip hal politik dan juga bisnes seperti harga saham tempe yang jatuh menjunam dipasaran Jepun dan sebagainyer.. mereka ni dilihat akan mengalami penurunan hormon progesteron yang agak drastik.. penurunan hormon ni akan membuatkan jantung menjadi tidak stabil.. dan perasan cemas serta stess akan turut meningkat.. itu sebabnyer ramai bisnessman dan ahli politik yang meninggal akibat diserang sakit jantung..

Tapi jangan anggap bergosip ni adalah hakcipta untuk orang pompuan jer.. ada gak orang lelaki yang suka bab-bab bergosip ni.. kekadang tu diorang ni plak yang lebih mengalahkan orang pompuan.. pot pet!! pot pet!!.. walaupun tak ramai dan kalau ada pun kebanyakannyer adalah jantan ala-ala.. kalau ada jantan tulin pun hanya stakat tukang sampuk ataupun menjadi pendengar.. paling tidak pun untuk memanaskan keadaan jer.. bagi diorang itu semua hanya membuang maso.. dari bergosip perkara remeh memeningkan kepalo otak baik cerita pasal awek atau pun paling tidak pasal bola.. lagi best.. jiwa tenang otak pun sehat.. kok iyo!!....

Isnin, 5 Disember 2011

SUMPAH SETIA YANG MEMBOSANKAN..

Menghabiskan masa sepanjang hari Sabtu lalu begitu membosankan.. apatah lagi bila menonton siaran TV.. terutamanyer siaran berita.. baik berita di TV1 hingga ler ke TV9.. semuanya menyesakkan nafas gua.. bukan tu jer.. surat khabar pun lebih kurang sama.. dari mula sampai ke penghujung semuanyer cerita politik.. sampai guanyer kolestrol pun tak ketinggalan naik mendadak hingga ketahap maksima.. tapi nasib baiklah ada cerita kartun yang disiarkan disebelah pagi.. kurang ler sikit tension..

Tapi nak buek camno.. memandangkan di rumah gua tiada saluran TV berbayar.. maka nak tak nak terpaksa ler jugak gua menabahkan hati serta menguatkan mental dan fizikal untuk turut sama menonton siaran langsung perhimpunan agong sebuah parti politik yang terkenal dengan kepakaran menghasilkan lembu fidlot yang berkualiti… ikutkan gua nak tutup jer TV bila tengok ramai sangat makcik-makcik obes serta pakcik-pakcik otai kat situ.. tapi bila tengok ada dua tiga kerat awek-awek cun.. maka gua pun layan gak la..

Sebenarnyer gua pun tak tau apa agenda Melayu yang cuba dibawa oleh parti ni... yang gua nampak hanya stakat mengulang-ulang cerita dan isu lama.. seperti kisah IMF.. hudud.. perpaduan.. pengkhianat.. pembangkang itu.. pembangkang ini.. yang dia ni nak tunjuk tarian.. yang dia ni nak bersyair.. yang ni nak berpantun.. yang ni plak nak berlawak.. yang ni plak nak membebel.. yang ni pun tak ketinggalan nak membodek.. memang bosan.. bila dah semakin merapu.. tekak gua mula la jadi mual.. dan tetiba mata gua menjadi kuyu dan ucapan lawak pun terus sayup-sayup hilang dari pendengaran gua..

Sebenarnyer gua tak kisah pun kalau diorang ni nak bersidang dan berbahas sampai dua tiga bulan.. klau nak hemtam pembangkang sampai terkeluar anak tekak pun gua takda hal.. dah itu kerjaya dan punca pendapatan diorang untuk terus berkuasa.. tapi jangan la memaksa gua untuk turut sama ketawa dan bergembira meihat aksi slapstik diorang mendendangkan ucapan mengampu yang penuh dengan propaganda tu.. bukan apo.. serius gua cakap.. memang gua tak minat..

* Apa la lu.. dah tuo-tuo pun perangai macam bebudak sampai kena berbai’ah dan berikrar untuk terus taat setia dengan parti sendiri... yang kononnyer untuk mengelakkan perebutan kuasa sesama sendiri.. bukankah ini secara tak langsung menunjukkan kelemahan dan kenazakan parti itu sendiri.. tapi jangan sampai kena makan dek sumpah dah ler.. sebenarnyer kalau korang tak tau pembangkang tu bukan hebat sangat pun.. tapi perangai hamlau korang tu sendiri yang buat korang hilang kuasa.. fikir-fikirkan lah!!..

Rabu, 30 November 2011

MASIH LAGI CERITA BOLA..

KEKALAHAN 2-3 pasukan Harimau Muda kepada Bahrain dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia pada Ahad lepas ternyata mengecewakan banyak pihak. Lebih kecewa, skuad negara yang mendahului dua gol menerusi ‘arkitek’ muda, Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli terpaksa akur dengan kebangkitan pasukan pelawat yang meledak tiga gol pada lewat permainan menerusi penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna.

Paling teruk, ‘malapetaka’ itu berlaku semasa Bahrain terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua. Ekoran daripada itu, timbul nada-nada ‘sumbang’ dari luar padang yang mempersoalkan integriti skuad kendalian Ong Kim Swee serta mengaitkannya dengan isu rasuah seperti mana yang pernah... - Kosmo

Ikutkan gua malas nak komen lelebih perlawan antara M'sia dan Bahrain yang berlangsung dalam suasan yang sengit lagi hangit hari Ahad lalu tu... ini bukan apa... takut nanti ada plak yang sentap.. mau tak pasal-pasal pecah berderai kepala gua kena tibai dengan Abang Ong… tapi camno pun gua mengaku.. menonton perlawanan tersebut begitu meletihkan kepalo otak gua.. sama seperti letih dan sengalnyer tulang belikat gua ketika melihat diorang dibuli oleh Syria 2-0 dengan begitu selamba pada perlawanan sebelum itu..

Cuma yang buat gua kompius ialah melihatkan aksi team kita mengekang asakan lemah-gemalai team Bahrain yang hanya bermain dengan 10 orang.. dah tu tanpa segan silu membenarkan plak diorang menjaringkan 3 bijik gol mudah hanya dalam masa 10 minit sebelum permainan tamat.. sedangkan masa tu kita telah mendahului diorang 2-0.. mana la gua tak hangin.. gua rasa klau team kita saja melambat-lambatkan masa dengan berlakon sakit perut atau buat-buat pengsan atau paling tidak mintak kebenaran kat pengadil nak pegi tandas pun kira okey gak.. silap-silap boleh dapat seri..

Dan seperti biasa ler.. bila tewas jer kita semua akan dihidangkankan dengan berbagai jenis cerita.. alasan dan masalah.... seperti masalah keletihan.. masalah kencing tak lawas... masalah kecederaan.. masalah tak cukup orang.. tak cukup duit.. masalah sengal tulang.. tumit krem.. awek merajuk.. masalah beskal pancit.. ada gangguan misteri.. masalah pengadil sengal dan macam-macam lagi la alasan mudah yang dah boleh kita jangka..

Yang penting kita tak boleh nak mengkritik.. bagi diorang mengkritik tu adalah satu kesalahan yang begitu besar.. takut menjejaskan mental pemain katanyer.. bagi gua team yang kita tubuhkan ni adalah team Olimpik.. manakala perlawanan itu hari itu pun adalah untuk Olimpik.. dan yang kita hantar diorang training berbulan-bulan di Slovakia tu pun untuk Olimpik.. sorry!! bukan untuk sukan SEA yer.. jadi gua tak nak dengar lagi tentang sukan SEA.. buku pun dah ditutup.. bonus 30 ribu pun dah dapat..

Maka alasan kecederaan atau keletihan adalah alasan lapok.. takan hanya itu jer dua tiga kerat pemain yang kita ada.. mana lagi yang lain.. kita andaikan la yang team Olimpik kita tu seperti kereta ferrari... nak kata power tu memang dah cukup power dah.. tapi kalau itu la yang nak dibawak berlumba.. itu la kereta nak pegi kedai.. itu la nak dibawak pegi kerja... itu ler kereta nak ambik anak sekolah.. sampai nak masuk kebun pun itu ler keretanyer.. gua rasa.. klau dah dilanyak siang malam mau tak tercabut tayar... silap-silap enjin ferrari tu pun bleh terbarai..

Bagi gua menang dan kalah adalah adat permainan.. Brazil yang handal tu pun pernah kalah dan gua pun biasa gak kalah ketika main gasing pangkah masa bebudak dulu.. cuma cara kalah dan pengurusan tu jer yang menjadi persoalan.. dan kalau dua tiga kerat pemain tu yang kita hambakan berlari mengejar bola.. mau tak tercabut buah pinggang.. maka disitu ler perlunyer plan A.. B.. C.. hingga ler plan Z.. sedangkankan team ferrari yang handal tu pun ada dua tiga bijik kereta buat spare..

Isnin, 21 November 2011

GARUDA.. JANGAN BAKAR STADIUM PLAK..

JAKARTA - Suporter Indonesia kembali berulah. Karena kehabisan tiket untuk menonton final Indonesia melawan Malaysia yang akan berlangsung Senin (21/11/2011) besok, mereka nekat membakar loket karcis. Arya, salah satu suporter yang turut dalam antrean, Minggu (20/11/2011), membenarkan peristiwa tersebut. "Banyak yang udah ngantre sejak pagi pukul 07.00 WIB, mungkin mereka kesel juga," ujarnya.

Arya mengatakan, peristiwa tersebut berawal dari tindakan semena-mena petugas loket yang tanpa pemberitahuan apa-apa langsung menutup loket sekitar pukul 16.00 WIB. "Tahu-tahu loket ditutup tiba-tiba. Udah gitu petugasnya cuma ngomong, 'Maaf Mas besok aja ya',".... Kompas.com

Apa la lu Garuda.. blum apa-apa lagi lu sudah bikin kacau.. bakar sana.. bakar sini.. klau kalah nanti tak tau la apa plak yang yang korang nak bakar.. gua harap korang jangan bakar stadium tu sudah ler.. nanti tak pasal-pasal lagi satu keja plak si Baracuda tu nak menyelamat team Harimau.. apa korang ingat si Baracuda tu takda keja lain ker nak di buat.. lama-lama nanti si Baracuda pun bertukar jadi bas mini..

Buat team Harimau.. gua pun tak nak cakap banyak dan masa pun dah suntuk... hanya tinggal beberapa jam jer lagi korang nak bertarung dengan si Garuda bagi merebut pingat emas sukan SEA.. cuma gua doakan agar korang semua dapat bermain dengan cemerlang dan bertarung habis-habisan tanpa segan silu malam nanti.. dan seterusnyer mengilas leher si Garuda dengan rakus tanpa belas kasihan.. kalau bleh bukan hanya si Garuda tu jer lu lipat.. tapi dengan si Baracuda tu sekali lu kasi libas.. sampai tercabut tayar..

Okey la.. sambil korang menunggu si Bracuda tu sampai.. apa kata korang baca dulu komen-komen panas para pembaca Kompas.com mengenai perlawan akhir pada malam ni.. mana la tau dengan komen-komen panas diorang ni akan membuatkan semangat Harimau dan Baracuda akan bersatu.. dan meresap kedalam jiwa korang.. dan secara tak langsung akan membangkitkan semangat juang korang ketahap maksima...

Ah, biasalah itu... Klo gak rusuh, bukan Indonesia namanya... Nah, sekarang siap-siap deh buat petugas keamanan nti klo Indonesia kalah....!? Pasti bakal tambah ramai....

intinya adalah kita sendiri telah menjadi musuh satu sama lain. musuh kita siapa sih? tapi kok sesama anak bangsa saling menipu?

penjaga loket salah.. pembeli tiket salah..polisix kayak polisi2 di film india... wkwkwk

Kapan Negeri ini mau maju...!! Bangga yaa... kalo bisa merusak fasilitas yang ada !!

mental bobrok, bodoh,, untuk even spt ini hrsnya ada plan a, b, c dst, semua dipersiapkan, kecenderungan kolusi sm calo jelas ada d negri ini, korup,, masyarakat kt jg skrg tlh terbiasa dgn anarkis bl kecewa,, tegakan hukum bg oknum panitia-calo jg org2 yg merusak,,,

Boleh kalah dengan team lain...kalah dari Malaysia.. makin jatuh harga diri bangsa

Malaysia itu musuh kita bung ! Sedikit saja mreka tdk prnh mnghargai bngsa kita, sombong dan arogan, bsembunyi dbalik topeng "serumpun"! Ganyang malaysia di arena maupun diluar arena. U r our enemy,4ever!

Kali ini Indonesia terpaksa mengimport rakyat Papua untuk mengimbangi kekuatan Malysia esok. Pasti perlawanan manarik MALAYSIA vs PAPUA

hati2 sama komntr2 yg berbau provokasi...yakinlah yg komen bukn org Indonesia. Barvo Indonesia

kenapa orang malaysia senang mbikin gara2? kenapa mereka tidak beri komentar di koran malaysia saja?

hanya 1 orang Malas-sia yg bisa jadi warga negara Indonesia ... Siti Nurhaliza ... yang lainnya pembual dan perompak ...

secara pikiran maling emang begitu.. secara pikiran normal bukan maling ya.. upin-ipin gampang di cakar2 garuda

GARUDA-ku pasti akan membuat maling2sia terperangah kagum atas permainan cantik yang akan ditampilkan nanti. Para maling2sia akan pulang dengan kekalahan telak 3-1, anda butuh bukti, silahkan lihat nanti.........

selamat deh menuju ke final.... nanti paling2 ketemu indonesia juga... ya liat saja entar, sapa yg bermain tenang..dia yg JUARA...s apapun juaranya.... Saya ucapkan SELAMAT !!! walau saya org indo, saya berusaha bersikap netral karna BANGSA SAYA BANGSA BERBUDAYA... bukan bangsa yg suka MEMPROVOKASI...

Jumaat, 18 November 2011

TEAM M'SIA PATUT KENA BELI BARACUDA..

JAKARTA - Tim nasional Malaysia U-23 harus pulang dengan kendaraan antihuru-hara (Baracuda) milik aparat setelah sukses mengalahkan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam laga terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI-2011 cabang sepak bola di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Kamis (17/11/2011).

Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan "Harimau Malaya Muda" di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia. Teriakan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya" dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu.

Demi menghindari hal yang tidak diinginkan, pihak keamanan bersama panitia memutuskan untuk menggunakan Baracuda demi mengamankan pasukan Ong Kim Swee tersebut... - Kompas.com


Tahniah gua ucapkan pada team Harimau yang berjaya melibas tengkuk si Garuda 1-0 pada perlawanan bolasepak sukan SEA malam tadi.. walaupun ada beberapo orang pemain yang begitu menyesakkan nafas para penyokong M'sia dengan gerakan-gerakan yang haru-biru.. terutama sipanjang.. penyerang yang sering terkehel kepala lutut bila berada di depan pintu gol lawan.. tapi keseluruhannyer gua tengok kira okey laa diorang main.. buat sipanjang.. lain kali lu minum minyak kuda bebanyak sikit yo.. biar power skit lari tu.. dan klau lu tak main masa lawan Myanmar nanti pun gua rasa lagi okey per..

Dan seperti yang dijangka nampaknyer team Harimau terpaksa diusung keluar oleh si Baracuda dan ini la kali kedua diorang terpaksa menaiki kenderaan tersebut untuk keluar dari stadium.. dulu masa piala Suzuki kat Indon pun diorang terpaksa gak naik benda ni.. klau tak.. mau habis lunyai kena ganyang dek penyokong fanatik diorang.. dan nasib baik pertandingan piala Honda serta piala Kubota dan piala Yamaha terpaksa bubarkan.. klau tak nampaknyer terpaksa lagi la diorang naik benda ni..

Gua yang menonton perlawanan malam tadi pun turut sama tak ketinggalan hangin satu badan melihat gelagat penyokong diorang ni... dah macam orang gila pun ada gua tengok.. dan gua pun tak paham apa yang diorang dok hangin dan dengki sangat dengan orang M'sia ni... dah memang ditakdirkan yang kita rakyat M'sia ni macho-macho dan cun-cun tahap gaban.. terima jer la hakikat..

Nampaknyer lepas ni pihak FAM kena la beli sebijik dua Baracuda ni.. gua tau kerajaan banyak duit.. klau tak pun mintak la tokey lembu fidlot sponsor sebjik.. ini pun kira satu pelaburan yang bijak gak untuk kemudahan dan keselamatan para pemain kita jika ada perlawan kat sana nanti.. tak payah la kita susah nak pinjam-pinjam kat tentera diorang lagi..

Dan sesambil tu gua sempat jugak membaca beberapa komen dari para pembaca Kompas.com mengenai perlawan malam tadi.. biaso bila dah reramai tu tentula ada yang memuji dan ada yang mengeji.. dan gua tengok ada gak beberapo komen dari pembaca M'sia yang turut tak ketinggalan nak memanaskan suasana.. ini la diantara komen-komen yang sempat gua ciplak dan maling dari Kompas.com untuk dikongsi bersama..

Sebelum pertandingan dimulai, tadi saya mendengar 2 lagu Indonesia: 1) Indonesia Raya (anthem of Indonesia) 2) Instrumennya Terang Bulan (anthem of Malaysia) Oh iya lupa, kan dijiplak sama malon ya hahaha. Dasar... bisanya jiplak dan maling..

Supporter sehat gimana??? lagu kebangsaan negara lawan aja g di hormati.... kalau menang, lawannya di malu2 kan.. kalau kalah, Alasan terus... yang g bisa menerima kekalahan itu suporter Indonesia.. buktinya, Liga super Indonesia ribut terus...

final indonesia vs malingsial 5-0. maju terus garudaku..

Muslihatnya RD turunkan lapis kedua kerna udah ketahuan result nantinya.. Mujurnya turun lapis kedua, kalau lapis pertama, bisa2 aja dipecat RD. Terus supportiesnya kebanyakkan bisa2 aja jadi kayak monyet kena cabei rawet. udah kalah lagi punya banyak alasan. itulah Indonesia.. Mentaliti zaman purba!

ini adalah acara sukan. pendukung timnas indonesia terlalu fanatik sehingga melampaui batas. anehnya negara yahudi kecil yang di banggakan.. cape ah.. pemain timnas indonesia emang bagus cuman suppoeternya ga bagus2.. mentalitas nya dunia kelas ke 10. mentalitas memalukan bangsa sendiri..

Kalah dicerca, Menang dipuja. yahh bigitulah penonton .. yang tanpa menghargai kerja para pemain.. tapi kita hrus tetap optimis INDONESIA BISA!

kalah sama malaysia, ini semua karena kesalahan nt pelatih, vietnam lebh kuat dari malaysia, tau nga lu,,,,,,, mundur aja dah nt dari pada gara2 nt jadi malu nih semua rakyat indonesia.... mundur dah..

Oom RD, tadi malem kita cuma main 10 orang, abis Yongki cuma jogging sambil jatuh-jatuhan doang....

Males deh nonton Timnas, gak jelas knpa kok mudah sekali kehilangan bola dan smua pemain malas untuk mengejar bola saat kehilangan.

Ane nggak peduli mau dapat medali emas atau tidak... yang jadi masalah adalah jangan sampai kalah sama negara sebelah.... malam ini kita kalah... BAAAAABIIIIIIIIIIIIII!

Pelatih Malaysia Diganjar kartu merah, harga diri yg memalukan. tapi tetap mmberi intruksi ke teamnya lewat walkie talkie dari tribun penonton, padahal hal semacam ini dilarang di eropa. pelarangan menggunakan alat komunikasi ketika sdh diusir oleh wasit. inilah kebusukan malaysia selain menggunakan laser oleh pendukungnya...

Supporter malaysia ga usah menghina indonesialah. Malaysia jg blm tentu bisa menang saat melawan myanmar nanti. Permainan tim malaysia saat ada pelatih aja tidak impressif, apalagi saat nanti bermain tanpa pelatih. Kalau para supporter indonesia tdk menghormati malaysia wajarlah. Mana ada orang yang menghormati negara pencuri (maling)!! Indonesia kalah dr malaysia kemarin tu karena masalah politik... secara kualitas indonesia jauh di atas malaysia.

Jadilah bangsa yang terhormat. Banyak negara yang ga mau Malaysia baik sm Indonesia kerana jika bergabung bakal menjadi rumpun yang kuat. Jangan memalukan bangsa sendiri.. mau maju mentalitas harus maju juga.. awas sm yahudi kecil yg deket dgn kita..

Jumaat, 11 November 2011

SUSAHNYER JADI AHLI PARLIMEN NI...

KUALA LUMPUR, 9 Nov - Persidangan Dewan Rakyat yang berlarutan sehingga lewat malam sejak tirai dibuka pada 3 Okt lepas akhirnya menimbulkan rasa gelisah di kalangan anggota Parlimen. Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata anggota Parlimen seolah-olah dikerah bekerja lebih masa dan tidak mengikut waktu pejabat seperti orang lain.

"Kita masuk dewan 10.00 pagi, balik 10.30 malam. Orang lain ikut waktu pejabat, kita tidak ikut. Elaun tidak juga naik. Ini yang masalah," katanya selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop mengusulkan peraturan mesyuarat agar persidangan hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bertindak selaku speaker pada ketika itu berkata bukan sahaja anggota Parlimen yang pulang lewat malah beliau dan dua orang timbalan speaker lain turut terlibat. Katanya persidangan tidak akan berlarutan sehingga lewat malam sekiranya wakil-wakil rakyat boleh berhujah dengan penuh disiplin dan tidak 'mencuri' masa lebih dari yang ditetapkan. - Bernama

Fuhh!!.. susah jugak jadi ahli parlimen ni yer.. bukan stakat banyak dan berat tanggungjawab yang nak dipikul.. modal dan stamina pun memainkan peranan gak.. kalau stakat modal ciput dan stamina tak berapo nak ado.. baik lupakan jer ler angan-angan korang nak jadi wakil rakyat.. memang tak berbaloi.. gaji dah la ciput.. overtime takdo.. nak klaim socso pun susah.. makan minum pun kena tanggung sendiri.... dah tu kena kerah plak berkerja sampai tengah malam.. yang paling hampeh kena bertekak bertegang urat dengan gang pembangkang kat parlimen.. lagi la serabut!!..

Lagi satu yang tak bleh blah.. jadi orang politik ni memang sebok siang malam.. sampai takda masa nak mengadap muka anak dan bini-bini serta awek-awek kesayangan.. sebab mengadap muko pengundi yang tak berapo macho tu lagi penting.. sebab diorang ni la yang jadi penentu masa depan bagi kerjaya seseorang ahli politik... itu yang membuatkan kekadang otak wakil rakyat kita jadi tension.. silap-silap bleh jadi mereng bila menengokkan perangai para pengundi yang mengado-ngado.. apa taknyer.. kambing hilang mengadu kat wakil rakyat.. beskal pancit pun nak report kat wakil rakyat.. sampaikan masalah getah sekerap kena kebas pun nak mengadu kat wakil rakyat.. mano la otak wakil rakyat kita tak jem…

Dan memang patut pun pak cik Bung tu tension.. klau gua jadi ahli parlimen pun gua hangin satu badan bila dok lama sangat melopong dalam dewan tu sampai tengah malam... siapo la agaknyer wakil rakyat yang beria-ia sangat berhujah sampai dua tiga jam hingga masuk masa tambahan tu... eloo pak cik Bung!!.. cuba lu bagi tau gua siapa dia mamat poyo yang berdebat tak ikut aturan tu.. tapi ikutkan firasat gua.. ini mesti kerja wakil rakyat pembangkang ni..

“Oii pembangkang.. korang kalau nak berhujah tu pun beragak-agak la.. sikit-sikit sudah la.. bagi la chan kat wakil rakyat lain nak berehat.. diorang pun ada perasaan gak nak kluar huhahuha dengan kawan-kawan.. melepak sambil usya-usya awek.. apa la lu.. itu pun tak paham ko?..”

Pada si wakil-wakil rakyat poyo yang berlagak bagus tu.. tak usah la korang beria-ia sangat berdebatkan tu sampai tengah malam... bukannyer ada hasil pun.. kalau korang berdebat tiga hari lapan malam kat dalam parlimen tu bukannyer bleh turun pun harga ayam 4 hinggit sekilo.. dan kalau berdebat sampai tercabut anak tekak pun takkan turunnyer harga tol tu tau tak.. tak payah la korang susah-susah.. berdebat jer ler stakat ala kadar.. rakyat pun dah tak nak ambik tau apa yang korang dok buat dalam parlimen tu.. jangan risau.. kalau korang dok berkumpul tengok TV atau main dam ular dalam parlimen tu pun rakyat tak kisah.. sebab diorang tau kerja wakil rakyat ni memang susah…

Khamis, 3 November 2011

GUA PUN NAK JADI SENATOR GAK!!..

KUALA LUMPUR, 2 Nov -- Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S. Nalakaruppan adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, di sini hari ini.

Nalakaruppan, 65, dilantik buat pertama kali bersama Bendahari MIC Datuk Jaspal Singh, 49, dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chiew Lian Keng, 47. Ditemui pemberita kemudian, Nalakaruppan berkata amanah yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya bagi memastikan hak dan kebajikan rakyat di negara ini... - Bernama

Cuba korang baca ni..

KUALA LUMPUR 12 Ogos 1998 - Seorang Pengarah Magnum Corporation Berhad, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan memiliki 125 butir peluru hidup tanpa kebenaran. Nallakaruppan, 52, dituduh memiliki peluru Fiocchi 6.35 milimeter kira-kira pada pukul 8 malam, 31 Julai lalu di rumahnya No. 1-1, Selekoh Tunku, Bukit Tunku di sini. - UtusanM'sia

Dan baca yang ni plak..

KUALA LUMPUR 3 Sept 1998. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah meliwat seorang lelaki sebanyak 15 kali, melakukan hubungan seks dengan wanita pelbagai bangsa dan cuba memikat isteri orang. Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam satu afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Afidavit itu juga mendakwa Anwar menerima RM60 juta daripada Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam, Magnum Corporation Berhad, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai atau Nalla pada pilihan raya umum 1995. Selain itu, Nallakaruppan sering mengikutinya ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat bagi mengancam keselamatan negara.. - UtusanM'sia


Ini semua kerja bangang.. yang dilantik dah tentu ler sengal dan yang melantik lagi plak 25 kali sangap.. apa?!!.. dah abis ker orang bijak pandai kat majlis profesor negara dan pakar-pakar ekonomi kat M'sia ni.. sampai dah takda muka lain lagi yang korang nak lantik jadi senator.. gua memang tak paham apasal la korang suka sangat dengan si Nalla ni.. hebat dan besar sangat ker jasa mamat ni.. cuba lu bagi tau gua apa kelebihan si Nalla yang dulu tu bukan main lagi korang kutuk-kutuk...

Gua memang tak dapat nak bayangkan tahap IQ orang yang melantik si Nalla ni.. klau macam ni la tahap muka-muka yang dirasakan hebat tahap cipan yang layak di lantik jadi senator.. tak tau la gua tahap senator dan pak-pak menteri lain yang ada dalam parlimen tu.. klau tak hebat pun.. gua kira lebih sikit dari budak darjah 4 anggur.. dan okey jugak tu.. bukan apo.. nampaknyer lagi cepat ler diorang ni melingkup..

Dan klau stakat muka tokey judi macam ni yang korang bangga-banggakan.. gua rasa ramai lagi tokey-tokey judi kat luar sana... jangankan tokey judi Mangnium ataupun Semport Toto.. tokey judi teka kacang dalam botol.. tokey judi laga ayam.. tokey judi belangkas dan tokey judi siber pun ada.. gua rasa diorang ni lagi hebat dan lagi layak dilantik jadi senator.. lagi pun diorang ni tak memeningkan kepalo otak gua dan paling tidak bleh gak rakyat 1M'sia berjudi dengan tenang dan aman..

* Cilakak lu Nuar Braim.. lu memang haram jadah.. pengkhianat negara.. komunis.. kaki bangku.. kaki klepet.. yahudi.. zionis.. liwat.. kaki cina doll.. dah la tak hensem perut plak buncit.. busuk punya kaki.. pencurik sawit.. kaki rembat getah sekerap orang kampung.. kaki kacau anak dara orang.. kaki judi teka kacang... hampeh.. penipu... penyangak dan lain-lain lagi.. errr!! amcam Pak Menteri.. hebat tak gua.. rasa-rasa gua ni layak tak jadi senator..

Jumaat, 28 Oktober 2011

TEAM N9.. SELAMAT BERJUANG LA YER..

SEREMBAN - Kelab E-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM) melancarkan kempen supaya penyokong pasukan itu hanya bersorak dari luar stadium pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini, sebagai bantahan kenaikan harga tinggi sehingga RM50. Kempen tersebut dinamakan 'Sokongan Padu Tidak Berbelah Bahagi Dari Luar Stadium Kepada Skuad Hobin Jang Hobin'. - UtusanM'sia

Sedang gua dok syok melepak kat depan rumah sambil mengusya beberapo orang awek cun lalu lalang.. tetiba.. Takdo duit jangan poie stadium.. Suruh Mat Asan sponsor.. Tulis skit dalam blog.. Apo nak demo-demo..

Itu ler antara sms ringkas yang gua terima dari sdara Kembara.. iaitu blogger manhassan.blogspot.. seorang penyokong tegar team Hijau Kuning yang telah gagal untuk mara ke final tahun ni.. beliau yang turut tidak ketinggalan untuk turut sama hangin satu badan melihat gelagat penyokong bolasepak di negara ini yang begitu berang diatas tindakan FAM menaikkan harga tiket final Piala M’sia pada malam esok yang dikira agak tinggi berbanding kenaikan harga saham belacan di bursa saham Tokyo.. turut menyatakan sokong padu kepada kepada jurulatih N9 iaitu Khor Sek Leng.. atau pun Mohd. Azraai Khor Abdullah yang juga berasal dari Kedah...

Gua pun malas la nak komen lebih.. takut ada plak nanti yang kecik hati... tapi korang kena paham... sebenarnya bukannya senang nak tengok team hebat seperti N9 beraksi pada final Piala M’sia.. ini semua memerlukan persiapan yang rapi dan bajet yang agak besar.. kena plak team N9 dah tiga tahun berturut-turut masuk final.. lagi la banyak nak pakai duit.. mana nak bayar jaga stadium.. driver bas lagi.. itu tak masuk lagi makan minum.. upah tok bomoh hujan.. sound sistem serta lighting stadium dan elaun pegawai FAM pun nak dikira gak.. tau jer ler sekarang ni kos sara hidup pun dah semakin meningkat...

Bagi gua kenaikan harga tiket sebanyak 75 paratus iaitu dari 30 hinggit tahun lepas kepada 50 hinggit pada tahun ni tak la tinggi sangat.. kira amat wajar dan tepat pada masanyer seiring dengan kenaikan harga getah dan sawit sekarang ni.. dan anggap ler kenaikan tersebut sebagai satu hadiah bonus dari pihak FAM untuk korang yang selama ini begitu setia menyokong diorang.. dan korang pun kira bernasib baik sebab yang jadi presiden FAM tu bukan gua.. klau tak mau gua naikkan harga tiket tu sampai 500 peratus.. kira-kira 4 juta hinggit sekeping.. haa baru padan dengan muka korang..

Dan sekarang ni korang kena ler terima hakikat.. bahawa tak mustahil satu hari nanti sukan bolasepak di negara ni hanya untuk tontonan golongan kaya sahaja.. macam sukan berkuda.. golf.. atau tenis.. seperti yang sedang berlaku di Amerika atau di Eropah sekarang ni.. sabar.. sabar.. jangan panik.. gua bukan la nak menakut-nakutkan korang.. tapi tanda-tandanyer dah semakin nyata dan ia sudah pun berlaku seperti yang kita tengok skarang ni..

Di Eropah.. untuk menonton perlawanan bolasepak di stadium.. korang hendak ler betul-betul sorang manusia yang berduit.. apatah lagi untuk menonton aksi pemain-pemain hebat dan kelab-kelab terkenal.. korang perlu menghabiskan beratus-ratus hinggit untuk membeli tiket bagi menonton satu perlawanan.. klau beli tiket bermusim lagi ler mahal.. silap-silap mau beribu hinggit.. bagi tokey kelab diorang senang jer.. siapa yang tak berduit sila duduk diam-diam.. korang tengok jer kat TV.. itu pun melalui siaran berbayar..

Oleh itu gua nak nasihatkan korang sebelum terlambat.. korang cepat-cepat ler beralih untuk menyokong sukan lain yang berbajet agak rendah.. serta tidak memerlukan wang yang banyak untuk membeli tiket ke stadium seperti sukan tarik tali.. tarik upih.. lari dalam guni.. dam ular ataupun sukan gasing pangkah.. gua dengar ada desas-desus yang menyatakan bahawa abang Leman Kasau iaitu Presiden Persatuan Tarik Upih SeM'sia sedang merancang untuk menaikkan harga tiket tahun depan..

* Gua walaupun diturunkan harga tiket sehingga RM2.50 sen.. gua tetap setia menonton kat TV jer di rumah.. sambil pekena biskut kering dicicah kopi o panas... perghh!!! layan siutt... dan untuk pemain team N9.. korang semua jangan risau.. gua akan tetap memberi sokongan yang paling padu dalam sejarah di muka bumi untuk korang dengan slogan 'Sokongan Padu Tidak Berbelah Bahagi Dari Pucuk Pelepah Sawit Kepada Skuad Hobin Jang Hobin'… okey selamat bergasak la yer..

Khamis, 20 Oktober 2011

NAK BERDEBAT PUN ADA SYARAT KER!!..

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari mengingatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin supaya tidak meletakkan sebarang syarat dalam menyahut cabaran untuk berdebat dengannya.

Katanya, tindakan Zulkifli yang mendesaknya memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan komennya ke atas titah baginda berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara (DUMC) adalah tidak masuk akal.

"Siapa pukul dulu, siapa lanyak dulu. Dia yang kutuk saya di Parlimen jadi ini tiada kena-mengena dengan memohon maaf kepada sultan, jangan heret sultan dan jangan cemar kedudukan Tuanku... - UtusanM'sia

Ya tuan-tuan dan puan-puan semua.. gua ialah spy Penanggah merangkap pengerusi majlis debat pada hari ini akan membawa anda semua menyaksikan satu lagi pertandingan debat terbuka antara Prof. Amit Jambul dari Universiti Ontahkekmano yang akan bertindak sebagai pencadang.. manakala bagi menghangatkan suasana.. pihak kami terpaksa mengimport Datuk Usin Cendol yang juga seorang ahli politik bebas yang terkenal dengan kepakaran beliau melompat parti sebagai pihak pembangkang....

Dan untuk tidak melengahkan masa.. saya serahkan kepada Prof. Amit Jambul untuk mengemukakan hujah beliau yang pertama bagi memulakan acara debat pada hari ini.. tapi dengan syarat Prof. Amit kena berguling dua tiga round dulu kat atas dewan yang mulia ni.. okey dipersilakan Prof. bagi memulakan acara....

Prof. Amit: Testing.. testing.. one... two.. three.. ehemm.. ehemm... bukan aper penonton semua.. gua sajer jer nak test vokal.. kasi Datuk Usin Cendol ni gerun sikit.. alaaa stakat berguling dua tiga round apa la sangat.. tak mencabar langsung.. klau lu suruh gua berguling sampai kat pekan Senawang pun gua no hal nyer ler.. tapi dengan syarat pengerusi majlis ni pun kena ler buat skali.. klau bleh berguling sambil makan karipap.. haa baru ler gempak..

Spy Penanggah: Ciss Amit Jambul!! berani lu mencabar gua pengerusi majlis ni.. jangankan berguling sambil makan karipap.. berguling sambil naik beskal pun gua sanggup ler.. tapi dengan syarat Datuk Usin Cendol kena ler berguling sambil peluk tong gas..

Datuk Usin: Apa hal gua plak.. gua datang sini nak berdebat bukan nak berguling.. lagi pun gua ni bukan pakar bab guling-mengguling ni.. klau suruh gua melompat katak tu memang la bidang gua... tapi dengan syarat penonton kat dewan ni pun kena melompat sekali sambil pikul kambing boer..

Penonton: Horeyyyyy!! bestnyerrr... kitorang tak kisah pun.. jangankan suruh kitorang ni pikul kambing.. pikul lori pikup kat depan tu pun kitorang sanggup.. tapi dengan syarat.. naikkan pangkat kitorang dan bagi bonus 18 bulan....

Prof. Amit: Woiii.. apa yang korang semua merapu ni haa.. nak berguling laa.. melompat katak la.. pikul lori pikup la.. bonus la.. gua datang sini nak berdebat bukan nak buat lawak bodoh..

Datuk Usin: Sabar Prof. Amit sabar!!.. betul la apo yang dikatakan oleh si Prof. Amit tu tuan pengerusi.. kitorang ni datang nak berdebat bukan nak berlawak.. dan sampai skarang ni pun kitorang masih lagi tak tau apa ke tajuk dan tema debat ni.. nanti kalau kitorang berdua ni main hentam jer berdebat tanpa tajuk tau plak lu marah..

Spy Penanggah: Amboi!! banyak cantik muko nak berdebat tanpa tajuk.. apo korang ingat tugas gua jadi pengerusi majlis debat ni percuma ker.. gua dibayar gaji bulan tau tak.. tapi tak per.. gua boleh benarkan korang berdebat tanpa tajuk dan berdebat mengikut selera tekak korang.. tapi dengan syarat sewaktu berdebat Prof. Amit kena berdebat sambil berbaring kat atas almari kat hujung dewan sana.. manakala Datuk Usin plak kena berdebat sambil mencangkung kat bawah meja depan gua ni..

Prof. Amit: Woii!!! spy Penanggah macamana lu bleh jadi pengerusi majlis ni hah.. lu pakai orang dalam ker.. ini apa punya debat sampai banyak sangat syarat-menyarat.. dah macam nak mintak kerja.. gua tak kisah la nak berdebat sambil berbaring ker.. nak melompat ker.. tapi bagi la tau apo ker tajuk debat ni cepat.. gua dah tak sabar nak berdebat ni.. lu jangan bagi gua marah.. nanti tak pasal-pasal ado yang masuk wad enam krang ni..

Spy Penanggah: Wahh!! garang semacam nampaknyer le lu ni Amit Jambul.. siap nak hentak gua sampai masuk wad.. tapi klau lu anak jantan.. gua nak cabar lu.. jom la kita plak yang berdebat... kita tengok siapa handal..

Prof. Amit: Gua no hal spy Penanggah.. debat-mendebat ni memang makanan gua.. dan gua sanggup terima cabaran lu... tapi dengan syarat lu kena mintak maaf dengan Lobai Kidam sebab lu ngorat anak dara dia semalam..

Spy Penanggah: Okey.. gua bleh mintak maap dengan Lobai Kidam.. tapi dengan syarat Lobai Kidam kena berdebat sambil berenang dengan gua dulu..

Datuk Usin: Aii!!.. korang berdua jer ker nak berdebat.. abih tu yang gua duduk tercongok mencangkung dari tadi nak berdebat dengan saper plak... cepat la sikit mulakan acara berdebat ni.. krem siut lutut gua duduk lama sangat bawah meja ni...

Penonton: Woii!! bosan giler ler korang ni.. apa punyer jenis debat ni pun kitorang semua tak tau la.. korang ni betul ler buang maso kitorang.. dah la masuk kena beli tiket tapi ni jer hasilnyer... pening.. pening.. baik kitorang semua ni blah.. daripada tengok korang ni berdebat sampai tak masuk akal.. baik kitorang tengok ayam berlaga.. tenang sikit jiwa kitorang...

Spy Penanggah, Datuk Usin & Prof. Amit: Ciss!! berani korang semua nak meninggalkan dewan yang mulia ni sebelum kitorang habis berdebat.. okey kitorang bleh benarkan korang semua blah.. tapi dengan syarat korang semua kena berdebat dengan kitorang dulu.. one bye one..

Penonton: @%&8*$#@.. gilooo!!!

* Perhatian: Entri kali ni agak ganas dan slapstik.. pihak kami sedia bertanggungjawab dan akan membayar ganti rugi jika terdapat mana-mana pembaca yang mengalami sengal-sengal usus sewaktu membaca entri ini.. tapi dengan syarat pembaca tersebut hendaklah menyerahkan geran tanah diorang kepada pihak kami dan jugak sanggup berdebat dengan Prof. Amit Jambul selama 8 jam tanpa henti...

Jumaat, 14 Oktober 2011

GANYANG PAK!.. JANGAN TAK GANYANG..

JAKARTA - Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di sini pada Rabu sehingga merosakkan cermin pos pengawal.

Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan.

Ini menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ. Para penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram.. - Bernama

Nampaknyer isu ganyang-mengganyang kembali panas.. dulu kecoh pasal pembantu rumah kena dera.. sebok nak ganyang.. pasal kuda kepang tercabut skru pun nak ganyang.. lagi lepas tu pasal tarian pendet.. pun panas nak ganyang.. lepas tu pasal kain batik plak.. pun nak ganyang.. pasal lagu Negaraku ciplak lagu Terang Bulan pun nak gak ganyang.. paling panas pasal kes ambalat nyaris-nyaris nak ganyang.. tak reda lepas tu nelayan diorang plak kena tangkap.. pun berapi-rapi nak ganyang.. sekarang ni plak pasal isu sempadan.. apo lagi diorang pun mula la kumpulkan geng ganyang..

Ingat tak masa perlawanan bola Piala Suzuki kat Indon dulu.. nyaris-nyaris pemain kita tak kena ganyang.. pelancong kita pun tak berani nak kesana sebab takut kena ganyang.. kalau ler diorang dapat tangkap mau lunyai rakyat kita kena ganyang.. lagi pun polis diorang pun tak dapat nak buat apa sebab diorang sendiri pun takut kena ganyang..

Tapi diorang semua tu kira bernasib baik sebab gua takda kat sana.. klau tak teruk diorang semua tu gua ganyang.. tak kira ler Mak Lampir atau si Jaka Sembung memang habis gua ganyang.. tapi mana yang cun macam Julia Perez dan Dewi Persik tu takan la gua nak ganyang.. dan klau betul awek berdua tu marah sangat pun tak per ler.. gua sanggup tunggu kat situ sambil merelakan diri gua sendiri diganyang.. atau pun paling tidak sama-sama ganyang-mengganyang..

Gua agak-agak ler sukan SEA kali ni mau teruk pasukan dan atlit kita kena ganyang.. sebab diorang kat sana sekarang ni tengah berapi-rapi nak mengganyang.. gua nasihatkan tahun ni tak payah ler kita hantar pasukan bola sepak yang bakal kena ganyang.. dan kalau kita pegi pun dah sah-sah ler kena ganyang.. tapi macamana pun kita dah ada alasan.. dengan keadaan yang tak selamat itu sebabnyer kita tak bleh nak main dengan baik sebab takut kena ganyang.. tapi kalau korang main bola macam bebudak sekolah tadika.. jangankan diorang.. gua tengok pun hati panas silap-silap gua plak yang pegi sana mengganyang..

* Entri kali ni agak memeningkan kerana terlalu banyak perkataan ganyang.. ini adalah disebabkan sewaktu gua menulis entri ni gua sedang mengganyang beberapa ketul ayam goreng dengan agak rakus dan bengis.. maka dengan itu segala kesulitan sewaktu korang membaca entri ni amat dikesali..

Khamis, 13 Oktober 2011

ORANG JANTAN JANGAN BIKIN MALU..

KOTA BHARU - Hasrat kerajaan Kelantan membantu wanita bujang mencari pasangan melalui penubuhan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah', kurang mendapat sambutan di kalangan lelaki apabila tidak ramai yang berminat untuk mendaftar. Sambutan dingin daripada kaum Adam itu menyebabkan unit berkenaan menghadapi masalah untuk mencarikan pasangan sesuai bagi wanita yang berdaftar.

Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, unit ‘Mahligai Sakinah’ yang diwujudkan sejak 2007 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan… - UtusanM'sia

Apa ler korang ni tak bagi tau gua awal-awal yang adanya unit mencari jodoh bernama Mahligai Sakinah.. yang katanyer ditubuhkan semata-mata untuk menolong para jejaka mahupun si duda yang tengah pening kepala untuk mencari penyeri rumah.. alaa bukan aper.. gua pun nak gak mencelah.. mana ler tau dapat yang cun melecun macam si Milah.. anak tok penghulu dikampung sebelah.. dan sebenarnyer gua ni tak ler memilih sangat.. tapi harap-harap dapat ler yang masih hangat.. pasal wajah tu tak kisah ler cantik ataupun tidak.. yang pinggang ramping atau bebody bulat macam badak.. kalau dah jodoh tu gua terima ler jugak..

Rupanyer unit mencarik jodoh ni terbuka kepada semua.. tak kira yang muda mahu pun orang tua.. malah atok bercucu lima pun boleh jugak nak mencuba.. itu pun klau muka tak malu dan sanggup ketengah.. walaupun tau tenaga tu tak seberapa dan selalu mengah.. atau pun pada siapa jugak la yang berani nak mencuba menambah orang rumah.. tapi awas.. yang penting berbincang dulu secara berhemah.. bukan apa gua takut nanti tak pasal-pasal korang kena hambat keliling kampung sampai tak cukup tanah..

Yang gua heran tu apsal la unit cari jodoh Mahligai Sakinah ni tak mendapat sambutan.. gua tengok aweknyer bukan ler main ramai.. tapi masalahnyer susah sangat plak nak carik si jantan.. tak kira ler yang muda atau pun yang dah layak dijadikan santan.. takan semua malu nak kawin sampai sanggup menyorok dalam hutan..

Buat awek-awek tu gua harap korang semua bersabar yer.. sebenarnyer jodoh korang tu ada cuma cepat dan lambat jer.. klau korang nak tau jantan sekarang ni nilainyer dah macam emas.. walaupun stakat keja kilang papan kat pekan Gemas… mungkin bilangan diorang ni dah semakin kurang.. sebab ramai yang dah tergelincir ke jurang.. masa di kampung dulu tengok body tu elok-elok jer sekeras kayu perabot.. tetiba sekarang ni bila jumpa tengok-tengok dah bertukar plak menjadi ayu dan lembut....

Dan untuk si jantan plak.. cuba-cuba ler korang jadi lelaki sejati... dah elok-elok berjalan jangan la ditukarkan langkah tu macam lenggang itik serati.. mak kat kampung klau tau mau pengsan setengah mati bila tengoknyer anak jantan diorang dah bertukar jadi anak mami... takkan la korang nak harapkan gua sorang jer yang nak jaga awek-awek ni.. setakat sorang dua tu bleh ler gua beranikan diri.. tapi klau dah berpuluh tu.. silap-silap gua pun cabut lari..

Sebenarnyer gua bukan apa.. gua kesian tengok awek-awek tu.. menanti jodoh yang masih lagi tak tentu.. ikutkan memang la gua nak bantu stakat yang mampu.. agar diorang dapatkan jodoh sorang satu... dan mungkin ini salah satu cara yang mampu dibuat.. itu pun kalau ada yang sanggup nak penuhkan kuota gua yang empat.... hehehe.. siapa yang tak suka dikelilingi bidadari cantik berbody lentik.. tak kisah jer walaupun hari-hari kena jentik dan makan nasik berlaukkan betik.. yang penting gua happy jiwa dan raga.. tak kisah ler walaupun hidup sentiasa dikunci dan dimangga..

Selasa, 11 Oktober 2011

OOO!!.. ADA HATI NAK NAIK GAJI YER..!!

KUALA LUMPUR: Kerajaan menarik balik cadangan untuk menaikkan gaji dan elaun 222 Ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012, Jumaat lalu, selepas mendapat bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012.

Beliau berkata, empat pemimpin pembangkang membantah kenaikan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub...... - BHarian

Kekadang tu gua terpikir.. apa la yang susah sangatnyer jadi ahli parlimen ni.. kalau setakat sebok dengan isu PKFZ.. cerita Beng Hock.. Ahmad Sarbini.. SPRM.. kes liwat.. komisen kapal selam… Altantuya.. cincin Rosmah.. video Datuk T.. isu hina Raja... isu malaon lompat parti.. cerita Bersih 2.0… pasal si Ambiga.. isu gereja dan kristian.. hudud.. komunis.. cerita Mat Indera.. penjajah... isu kemerdekaan yang memeningkan.. sekejap kata dijajah.. sekejap kata tak pernah dijajah.. baik tak payah.. bosan siut..

Dan yang paling hebat diorang buat untuk rakyat pun hanya stakat menaikkan harga minyak,.. naikkan harga ayam.. harga gas masak.. naikkan bil elektrik.. tol.. gula.. minyak masak.. tayar beskal.. minyak 2T dan macam benda yang nak dinaikkan.. senangnyer kerja.. dan kalau itu jer ler kejanyer memang gua tak berapa setuju untuk menaikkan gaji diorang ni.. bukan ler gua dengki.. tapi klau stakat nak menaikkan harga barang dan merapu pasal isu remeh-temeh.. gua rasa ramai lagi yang bersepah kat tepi jalan yang bleh jadi ahli parlimen..

Kalau ada markah tentang kerja pun hanya takat 4/10 jer... yang lebih tu gua tengok diorang ni lebih suka merapu tak tentu arah.. sebok bertelagah.. bertekak dan memaki-hamun sesama sendiri.. bergaduh pasal benda yang tak memberi manfaat langsung kepada rakyat.. dah tu sebok ajak gang berkumpul beramai-ramai pegi buat laporan polis... kawasan dan pengundi sendiri tak terjaga.. ada ka patut..

Sebenarnyer gua tak kisah kalau korang nak naik gaji sampai dua tiga juta sekali pun.. korang nak tidur 3 hari 2 malam dalam parlimen tu pun gua tak marah.. dipersilakan.. tapi korang kena ler berusaha dan pikir macam mana nak mengurangkan kos kehidupan yang semakin menghimpit leher rakyat 1'M'sia macam gua ni.. baru ler betul.. ini keja tak seberapa dah tu ada hati nak naik gaji.. banyak cantik.. apa korang ingat semua rakyat 1M'sia ni hidup senang-lenang macam korang ker.. nasib baik ada yang sedar diri membantah.. klau tak lingkup!!..

Jumaat, 7 Oktober 2011

SUDAH LA LU GADDAFI..

TRIPOLI: Bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi menyeru rakyat Libya mengadakan demonstrasi bagi menentang kerajaan baru negara itu. Beliau berkata demikian dalam satu temubual oleh stesen televisyen Arrai yang berpangkalan di Syria.

"Saya menyeru berjuta-juta rakyat Libya, lelaki dan wanita, untuk bangun (tunjuk perasaan) di dataran dan jalanan serta seluruh bandar menolak Majlis Peralihan Kebangsaan," katanya dalam satu rakaman suara berkualiti rendah yang disiarkan stesen televisyen berkenaan hari ini. - BHarian

Banyak cantik lu punya muka Gaddafi.. bila dah tersepit tau plak lu takut.. tau plak lu merayu mintak nyawa.. haa baru sekarang lu tau langit tu tinggi atau rendah.. dah tu suruh plak rakyat bangun buat demo.. lu ingat rakyat lu semua tu takda keja ker.. daripada diorang menjerit berdemo sampai keluar anak tekak baik diorang pegi menoreh atau pegi petik sawit.. dapat gak duit..

Alaa.. lagi pun ini semua salah lu.. cuba lu ingat balik masa lu dengan lu anak beranak tengah berkuasa dulu.. masa lu tengah lupa diri.. ada lu pikir tentang nasib rakyat lu.. tapi apa yang gua tengok bukan main lagi lu bengkeng dengan diorang.. pantang silap sikit nak menembak sajer.. kritik sikit tangkap.. jeling sikit penjara.. tak puas hati sikit masuk ISA.. dan sapa yang berani buat demo.. memang lunyai diorang lu lanyak.. silap-silap bleh jadi arwah..

Itu la Gaddafi.. sebenarnyer lu lupa satu hadis Nabi iaitu.. Dari Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah bersabda: “Artinya: Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)”. - Shahih Muslim.. dan gua ulang lagi sekali.. Artinya: Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)..

Dan untuk pengetahuan lu Gaddafi.. ini la yang dikatakan kehidupan.. putaran rodanya sentiasa berputar.. sekejap diatas sekejap dibawah.. dan bukan selamanyer lu boleh mendabik dada menongkat langit.. dan sekarang dah masa lu plak untuk berada kat bawah.. dan doa rakyat yang lu zalimi tu pun dah dimakbulkan Tuhan.. jadi lu rasakan la plak.. bagaimana pedihnyer hati bila seluruh rakyat lu memaki hamun serta merampas harta lu sekeluarga.. padan dengan muka lu..

Khamis, 6 Oktober 2011

GENAPNYER TRAGEDI 7 OKTOBER..

Okey.. kita lupakan sementara kisah politik ataupun lawak gilo babi orang-orang politik separuh masak yang telah berjaya menyerabutkan kepalo kita sejak kebelakangan ni.. sehingga otak kita pun turut jadi beku dan berkarat... silap-silap klau budak tadika tanya sifir 2 pun kita jadi terkulat-kulat nak menjawab.. dan gua pun tak nak memeningkan kepalo korang dengan mengulas cerita cincin AS$24 juta yang terpaksa dipulangkan semula kepada pakcik Jacob setelah gagal dijual di pasar-pasar malam dan pasar ikan di sekitar Selayang....

Dan untuk entri kali ni gua nak menulis cerita yang agak lebih santai dan relaks sikit.. tapi ikutkan kira penting gak la.. iaitu gua nak mengajak korang mengimbas kembali tragedi 7 Oktober yang akan genap 10 tahun besok.... mungkin ada diantara korang yang terpinga-pinga memikirkan apo kebondonyer tragedi 7 Okt ni yer tak.. haa gitu la korang.. klau tragedi 9/11 bukan main lagi korang ingat.. siap bersedih sampai tak lalu makan.. (kalau ikutkan 11/9 sebab berlaku bulan Sept.)

Sebenarnyer apa yang gua nak ceritakan ni memang ada kena mengena pun dengan 9/11.. dan kalau tak kerana angkara 11 Sept tu.. tragedi 7 Okt ni pun tak mungkin akan berlaku.. dan disebabkan tragedi tersebut.. gua nak bawa korang merayau-rayau ke Afghanistan.. dan mungkin korang tertanya-tanya.. apsal plak Afghanistan?.. kenapa tak ke Hawaii ataupun paling tidak ke Bali sambil mengusya awek-awek cun kat sana.. haa itu yang gua nak cerita ni... ..

Kalau korang nak tau.. 7hb Okt adalah tarikh malang bagi umat Islam dimana hari tersebut ler berlakunyer serangan pertama Operatian Enduring Freedom dari tentera salib yang diketuai oleh Amerika dan sekutunyer keatas Afghanistan pada 7hb Okt 2001.. iaitu tak sampai sebulan selepas berlakunya tragedi 11 Sept di WTC New York.. dengan alasan memerangai pengganas maka dengan licik.. akhirnyer Afghanistan pun berjaya di kambing hitamkan oleh si Amerika.. dan disitu ler bermulanya titik kehancuran serta konflik berpanjangan umat Islam di seluruh dunia seperti yang kita lihat sekarang ni..

Dan di masa itu jugak kita dapat melihat bagaimana lagak dan poyonyer pemimpin-pemimpin Islam yang begitu mudah dibeli oleh si Amerika.. bahkan ada plak yang sanggup merelakan diri menjadi balaci si dajjal lahanat tersebut.. malah diorang plak yang lebih Amerika dari Amerika.. pantang silap sikit.. akan melebel pangganas kepada siapa saja yang menentang.. itu sebabnyer gua menganggap perkara malang ini sebagai satu tragedi…

Maka sempena genapnya 10 tahun perang di Afghanistan yang masih tiada tanda-tanda berkesudahan ni.. gua berharap ia dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua.. terutama orang-orang politik separuh masak yang sentiasa berceramok sepanjang masa di negara ni.. agar diorang dapat berpolitik dengan cara yang lebih bijak dan matang serta sentiasa berlapang dada dan otak.. gua berkata demikian kerana bleh dikatakan semua kehancuran negara Islam kat dunia ni adalah bermula dengan angkara orang-orang politik sengal yang tak habis bercakar berebut kuasa.. diorang dok sebok mengajak umat Islam supaya bersatu.. sedangkan diri sendiri tak habis-habis bergusti..

Khamis, 29 September 2011

'UNDILAH'.. MARI SINI GUA PANGKAH LU..

KUALA LUMPUR, 24 Sept - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana pengumuman khidmat awam (PKA) tersebut masih belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM hari ini, arahan tersebut dibuat hasil pemantauan pematuhan secara rutin mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang dijalankan SKMM ke atas video karya pemuzik Pete Teo itu.. - Bernama

Gua pun tak nak ler komen lelebih.. sebab gua pun tak tengok lagi video ‘Undilah” yang di kecoh-kecohkan tu.. gua rasa mungkin terlalu banyak sangat unsur-unsur ganas kut.. seperti tembak-menembak.. siku-menyiku atau jugak penuh dengan keseksian terlampau seperti video Datuk T yang boleh mengganggu-gugat kejantanan para penonton.. sehingga membuatkan pihak SKMM terpaksa bekerja keras bagi menggagalkan tayangan video tersebut kepada umum.. jadi nampaknyer terpaksa ler gua carik cd pirate cerito tu kat pasar malam... tapi bila gua terbaca berita kat bawah ni..


Penerbit video siaran pengumuman khidmat awam, 'Undilah' - Pete Teo - menyifatkan dakwaan klip video itu mempunyai mesej tersirat yang yang memihak kepada pembangkang sebagai "mengarut dan tidak masuk akal".

Semalam, ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam tweeter menulis video yang diarahkan tidak disiarkan di stesen televisyen di seluruh negara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, minggu lalu kerana "penuh dengan mesej separa sedar.”

"Ia mengandungi nada anti kerajaan tanpa disedari oleh penonton."

Abdul Rahman juga menulis bahawa perkara pokok yang dibincangkan boleh diterima tetapi video itu condong kepada mesej-mesej yang cuba dibawa oleh pembangkang.

Ketika dihubungi, Teo memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak tahu bahawa Abdul Rahman, dalam laporan berita, mendakwa video itu turut memaparkan akhbar organ rasmi PAS, Harakah sehingga perkara itu dibangkitkan. Katanya, pihak penerbitan telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan bahawa video berkenaan memaparkan kedua-dua pihak kerajaan dan pemimpin pembangkang secara adil.

Bagaimanapun, menurut Teo, jika Abdul Rahman mahu menjadikan babak yang membabitkan Harakah sebagai isu, terdapat juga babak dalam video itu di mana seorang lelaki membaca akhbar Malaysia Nanban, milik milik MIC. Soalnya, dengan babak sedemikian, adakah ini bermakna video berkenaan juga mempunyai mesej pro-BN.

"Betapa mengarut dan tidak masuk akal perkara ini? Jadi adakah ini bermakna kita menyokong MIC? Babak membabitkan Nanban jauh lebih lama daripada babak Harakah," katanya… - M’siaKini

Haahahaahahhaaa!!! hampeh betul berita ni.. belum pun sempat lagi gua habis baca.. kira baru jer nak masuk rangkap ke tiga.. entah kenapa tanpa dipaksa-paksa gua terus tergelak berguling-guling hingga lima kali pengsan dan dua kali gua koma.. punya ler lawak.. gua ingatkan apa ler bondo kisahnyer cerita video Undilah ni.. cerita perang-perang ker.. dan gua pun nak tengok cun sangat tahap cipan ker heroinnyer macam Pasha Sandar.. sampai gua pun tak jadi keja asyik dok memikirkan inti pati video tersebut.. rupa-rupanyer cerita pasal kempen nak suruh orang mengundi.. cehh!! buang karan betul..

Tapi yang tak bestnya bila gua tengah ghairah nak tengok.. tetiba plak pihak SKMM suruh tarik balik penayangan video tersebut.. potong stim betul ler lu SKMM.. apa yang sensitif pun gua tak tau ler.. sorry la SKMM.. klau lu cerita kat budak-budak tadika mungkin ler diorang percaya.. tapi klau lu nak kelentong gua pun beragak ler.. cuba korang pikir.. mana ada orang dapat kontrak kerajaan.. macam buat projek video tentang kempen ni tanpa ada sebarang penapisan.. tak kan la dapat jer job terus buat.. dah siap terus siar... mana ada.. ikutkan kena ler ikut step by step.. mula-mula buat skrip.. takan la lu tak chek dulu dia punye skrip..

Ikutkan berurusan dengan pihak kerajaan ler proses yang paling rumit sekali.. banyak sangat birokrasi.. bukan apa.. bila dah ramai sangat boss tu.. macam-macam la perangai dan idea.. walapun ideanya tak berapa nak lalu.. korang tengok RTM dengan TV3 pun korang dapat tau perbezaannyer.. dan gua rasa masa nak buat skrip video ni pun terpaksa melalui beberapa lapisan serta tapisan.. entah berapa kali plak meeting.. itu tak masuk lagi mee eating..

Dah settle jer skrip.. buat plak story board.. meeating lagi dua tiga kali.. tak puas hati.. ubah lagi skrip.. meeting lagi.. ada plak yang tak kena dengan story board.. ubah lagi.. begitu ler sehingga projek tu selesai.. tapi yang gua heran mengapa bila benda tu dah siap.. tetiba semua bising.. pot pet.. pot pet.. tetiba plak itu tak boleh.. yang ini sensitif.... yang itu anti kerajaan... apsal tak bising dalam bilik meeting semasa benda tu diperingkat awal lagi.. takkan tak perasan yang skrip tu ada unsur-unsur condong ke pembangkang.. last-last benda yang dibuat tak bleh nak disiar.. duit dah habis beratus ribu.. tak ker membazir.. yang kenyang korang melantak bihun goreng dengan karipap pusing masa meeating.. ciss!!

Selasa, 27 September 2011

BRUTALNYER LU PAK POLISI..

JITRA, 26 Sept - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang dekat sini pada 11.30 pagi Sabtu lepas.

Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.

"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut. Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.

"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul. Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis,"... - Bernama

Umang aiii!!.. ganas betul lu ni pak polisi.. pasal sampah pun sampai nak pukul-memukul.. banting-membanting.. siap panggil gang lagi tu.. gua rasa klau Mat Indera ngan Cin Peng tengok.. dia pun tabik spring 20 kali sama lu.. tapi lu kira bernasib baik jugak sebab Abang Ajib dah mansuhkan si ISA.. klau tak mau sekarang ni jugak gua call Abang Ajib kasi sumbatkan lu dengan lu punya gang hamlau tu dalam ISA.. haa baru padan dengan lu punya muko.. menghabiskan duit rakyat jer bayar gaji korang..

Dan bila baca berita ni.. tetiba gua teringat zaman gua bebudak dulu.. waktu tu gua dalam perjalanan kesekolah.. dan ia berlaku didepan mata gua sendiri bagaimana sorang pak polisi menahan dan melempang budak sekolah yang sedang naik basikal berdua.... kira membonceng member kat belakang ler kiranyer.. masa tu gua tengok pak polisi tu tetiba menjerit menyuruh budak tu berenti.. apalagi sebaik jer budak tu berenti.. malaon tu terus melepaskan sedas dua pelempang sambil memaki budak tu… lalu menyuruh budak yang membonceng kat belakang tu turun dan menapak kesekolah..

Gua dan budak-budak lain yang menonton drama tersebut turut terperanjat cipan bila melihat kejadian ngeri tersebut... korang pikir la dia punya sakit satu hal... dah tu dapat pelempang free kat depan member-member satu hal.. kesian siut.. bayangkan ler betapa malunyer budak tu.. kira package tu.. bagi gua stakat kes macam tu tak payah ler nak tunjuk samseng.. dah tu tunjuk handal kat budak sekolah plak tu.. apa lagi gua terus memaki polis lahanat tu (tapi dalam hati jer ler… gua pun tak berani.. nanti tak pasal-pasal gua plak yang tumpang tui makan pelempang free.. ceh!! cilakaknyer pak polisi..)

Walaupun pak polisi dan budak berdua tu gua tak kenal.. tapi peristiwa tu masih segar di ingatan gua.. dan kalau ikutkan pak polisi tu boleh menggunakan budi bicara ataupun menasihatkan budak tu secara berhemah tentang bahayanya naik basikal berdua ni.. lagi pun mungkin budak tu pun ada alasannyer jugak sebab naik basikal berdua.. tau jer ler budak kampung zaman dulu mana ler semewah macam bebudak sekarang.. dan jugak bukan semuanya budak-budak tu dari keluarga senang yang mampu nak beli basikal.. apatah lagi nak beli motor atau naik bas kesekolah..

Maka dengan ihsan member-member yang simpati.. ada la yang sanggup memberi tompang.. membonceng kat belakang ataupun paling tidak menjadi driver diorang.. aii takan ler dah bagi tumpang tokey plak nak mengayuh.. banyak cantikkk.. kalau dekat tak per ler jugak… tapi klau dah lima enam kilometer mau tak menggigil kepala lutut mengayuh.. perghhh!!! naik pitam siut nak sampai sekolah..!!. dah tu bila dah tolong tumpangkan member.. tak pasal-pasal dapat sarapan pelempang free.. ceh!! hampeh punyer pak polisi.

Rabu, 21 September 2011

SELAMAT TINGGAL ISA..

Caya la Abang Ajib.. walaupun sebelum ni gua begitu berangin dengan lu.. bila tengok kenaikan kos sara hidup yang begitu menghimpit dan mencekik leher gua.. kena plak pasal cukai si telco lahanat sebanyak 6% tu.. lagi gua hati panas.. tapi camno pun akhirnyer kali ni gua terpaksa jugak bersetuju dengan lu.. diatas tindakan berani lu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun nama glamornyer iaitu Internal Security Act (ISA)... dan dikhabarkan akan diganti dengan akta yang lain plak.. gua takda hal.. ada ker tak si ISA ni sama ajer.. hidup gua cam ni gak.. kais pagi makan pagi..

Bagi gua.. kalau dulu mungkin la ISA ni perlu berdasarkan keadaan dan suasana politik pada masa tu.. tapi sekarang lu pun tau.. zaman dah berubah.. rakyat pun dah bijak berfikir dan menilai… dan polis sekarang ni pun dah bertambah ramai terutama FRU.. jadi dah sampai ler masanyer kalau ISA ni ditamatkan perkhidmatannyer.. dan kalau gua jadi PM pun memang dah lama si ISA tu gua hapus dari muka bumi ni.. tak kisah ler walau bagaimana sedap nasik dan gulai kawah kat kem situ.. bukan apo.. buat menyemak fail jer..

Namun begitu gua tau.. ada jugak suara-suara sumbang dari kaki bodek dan penyokong taksub pro ISA.. yang tak puashati dengan tindakan lu tu.. yang dilihat seperti telah mengaku kalah kepada pembangkang yang dah lama mendesak agar ISA ni dimansuhkan.. kira seperti memberi bola tanggung kat parti pembangkang mendapatkan mata mudah... alaa.. Abang Ajib.. stakat kaki bodek macam lalang seperti diorang tu bukan bleh buat apo pun.. satakat cakap berdegar-degar kat belakang... bila dapat gula-gula terus senyap..

Bagi gua diorang semua ni hanya stakat mengikut jer.. kalau PM kata ISA ni penting dan harus dikekalkan.. mula la kaki bodek ni keluar dari sarang mempertahan dan menyokong bagai nak rak.. dan berdegar-degar ler bercerita tentang kebaikan si ISA ni.. malah mendesak kerajaan meng ISA kan sapa sajer yang menentang atau berbeza pandangan dengan mereka.. dan mula ler kluar perkataan pembangkang.. agen asing.. komunis.. pengganas ler.. serta stategi menakut-nakutkan rakyat bahawa kalau ISA ni dihapuskan.. negara ni akan jadi huru hara.. adoii!! sapa yang mengajar diorang ni pun gua tak tau la.. nenek diorang kut..

Dan sekarang ni bila PM memansuhkan ISA.. kita tengok.. apasal diorang ni terus senyap sunyi dan tak bising-bising mempertahankan ISA yang kononnyer begitu baik untuk kesihatan rakyat negara ni.. apasal tak desak Abang Ajib tu ditahan ISA kerana menghapuskan ISA… bukan ker kerana kalau takda ISA ni nanti negara ni akan huru-hara.. tapi yang bestnyer.. tetiba jer diorang ni terus berpusing 180 darjah.. kena plak bila kena interview kat TV.. terus kluar ayat bodek.. dan berdegar-degar plak menyokong tindakan PM tu.. cheh!!..

Sebenarnyer diorang ni tau.. ISA ni lebih banyak buruk dari baik.. terutama dari segi sifat-sifat kemanusiaan.. yang kononnyer untuk tindakan mencegah.. apa!.. diorang ingat ISA tu hebat sangat ker dari mahkamah dan undang-undang yang sedia ada.. tapi klau betul ler ISA tu hebat dan mampu membasmi jenayah yang ada melambak-lambak sekarang seperti rompak.. ragut.. rogol.. bunuh. rasuah.. rempit dan sebagainyer.. no hal.. gua akan menyokong dan mendesak agar ISA ni dikekalkan.. tak boleh tidak..

Tapi gua tengok unsur-unsur pencegahan yang pada ISA tidak begitu meyakinkan gua... sebagai contoh.. katakan la gua tengok korang melepak kat tepi kereta Ferrari gua.. oleh kerana curiga dan takut kereta gua tu korang curik.. apa lagi gua pun panggil ler polis suruh tangkap korang dengan alasan sebagai pencegahan.. agaknyer apa ler perasaan korang masa tu.. yang ditangkap atas suatu kesalahan yang belum korang lakukan.. malah tidak dibenarkan plak mempertahankan diri diatas dakwaan tersebut.. gua berani potong ayam la yang diorang pasti akan rasa tak puashati.. hanya yang bangang jer sanggup buat kenduri kesyukuran..

Gua berandaian begini kerana kebanyakan pesalah yang ditahan ISA adalah atas dasar disyaki.. dan tidak diterangkan sejelas-jelasnyer akan kesalahan mereka dengan bukti-bukti yang nyata kepada rakyat.. dan rakyat hanya mendapatkan maklumat pun hanya berdasarkan spekulasi dan persepsi.. yang dimainkan oleh media kerajaan yang berlagak seperti hakim dengan menghukum pesalah dengan-berita berita yang belum tentu ada kebenarnyer.. tanpa memberi peluang kepada pesalah ISA untuk mempertahankan diri..

Bagi gua.. mana yang tak puas hati.. dan beria-ia sangat nak ISA tu dikekalkan.. haa cuba plak masukkan diorang ni dalam tahanan ISA.. tak payah lama sampai bertahun.. stakat seminggu pun dah cukup.. bila dah kena dera siang malam sampai mamai.. berguling atau jalan itik keliling padang tengah panas.. haa masa tu baru diorang ni tau.. gua rasa mau tak sampai sehari diorang dah meraung panggil mak.. menangis merayu nak balik rumah.. dan entah-entah lepas tu diorang plak yang menjerit dan mendesak pihak kerajaan agar menghapuskan ISA.. silap-silap nama Isa pun diorang suruh haramkan..

Khamis, 15 September 2011

MAT BOO.. KITO DIJAJAH KER TAK NI?..

SERDANG - Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu. Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini. Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir.

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat. Perdana menteri keempat ini bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Perdana di sini hari ini.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British... - TheM'sianInsider

Siapa sangka.. hanya dengan lawak sendu Mat Boo tentang Mat Indera.. membuatkan kita kat M’sia ni terutama sekali orang-orang politik separuh masak.. tak pasal-pasal jadi huruhara dan gila meroyan.. melatah macam orang hilang akal... sehingga kepalo otak gua pun tumpang serabut bila melihatkan perkara ni dipolemik dan dipolitikkan tanpa batas di media-media hampir setiap hari... sehingga dah semakin merapu dan lari dari tajuk asal..

Dan lawak Mat Indera itu jugak membuatkan nama Mat Boo yang tak berapa dikenali ramai sebelum ni tetiba meletop-letop.. mengalahkan superstar.. klau la Mat Boo buat album rock.. gua pasti akan laris macam pisang goreng.. dan klau Mat Boo berlakon filem walaupun stakat pak pacak pegang tombak pun gua yakin filem tu akan box office.. mengalahkan filem Hantu Bonceng.. begitu ler hebatnyer penangan si Mat Boo yang berbadan gempal ni.. malah disebabkan Mat Boo ni jugaklah.. idea merapu gua pun semakin ligat.. dan tangan gua pun semakin menggatal nak menulis…

Seperti yang kita semua tahu.. Mat Boo ni memang sorang kaki gebang.. dan angkara gebang Mat Boo ni jugak telah berjaya membuat rakyat 1M’sia tetiba menjadi celik sejarah.. malah gebang Mat Boo turut membuatkan para profesor gaji bulan di Majlis Profesor Negara terpaksa bekerja overtime semata-mata untuk menepis segala gebang songsang dari Mat Boo.. dan yang yang paling best.. gebang Mat Boo telah berjaya membantu menyelesaikan masalah makcik Aminah.. balu seorang anggota polis.. untuk mendapatkan pencen suami beliau yang bertahun-tahun itu hanya selesai dalam masa seminggu..

Selain itu.. gebang Mat Boo turut berjaya membongkarkan satu rahsia sejarah yang amat menggemparkan rakyat 1M’sia.. yang selama ini tersimpan rapi dalam peti besi tanpa pengetahuan kita semua.. siapa yang tak gempar.. sedangkan gua yang sedang syok melepak dibawah pokok pisang sambil main dam ular di depan rumah turut sama terperanjat berok.. bila mengetahui fakta terbaru yang didedahkan oleh para profesor gaji bulan tersebut.. bahawa selama ini kita tidak pernah dijajah oleh sesiapa pun.. cuma si British poyo tu sajer datang makan angin kesini.. sambil jalan-jalan carik awek..

Macamana ler gua tak terperanjat... korang bayangkan la.. buat penat jer gua membazirkan masa selama bertahun-tahun... terpekik terlolong berarak tengah panas terik memikul bendera setiap tahun sambil berkumpul kat Dataran Merdeka melihat bunga api.. semata-mata untuk menyambut hari merdeka.. tapi rupa-rupanyer selama ni gua telah ditipu oleh sejarah.. hampeh betul ler.. korang ni sajer jer nak buat kepalo otak gua kompius..

Bagi menenangkan keadaan.. gua pun terus menghubungi Profesor Jenal Kleng.. sorang profesor gaji bulan yang terkenal dari Chongkau Universiti bagi mendapatkan penjelasan dari beliau.. sama ada benarkah atau pun tidak fakta terbaru itu yang menyatakan kita ini benar-benar dijajah oleh si British poyo.. atau cuma khabar angin yang dimainkan oleh pihak komunis untuk menggugat keharmonian rakyat 1M’sia..

Menurut Profesor Jenal.. berdasarkan dari catatan buku 555 peninggalan Johnny English.. iaitu seorang pegawai kastam Inggeris yang bertugas di Melaka pada tahun 1876.. pada muka surat 179.. peringgan ke tiga rangkap ke lapan.. dengan tegas ada menyatakan bahawa pihak British sebenarnyer tidak pernah sekalipun menjajah negara ini... malah kedatangan diorang ke sini pun diatas jemputan khas sebagai penasihat Raja-Raja bagi melindungi Tanah Melayu serta membantu Optimus Prime menentang Transfomer Megatron yang begitu ganas.. yang sering menyerang serta mencurik getah sekerap penduduk kampung Geduhum Hilir..

Setelah mendapat penjelasan mantap dari Profesor Jenal itu.. baru ler denyutan nadi gua kembali normal.. namun begitu ada beberapo persoalan serta kemusykilan yang masih berlegar dikepalo otak gua.. kalau betul ler si British poyo tu datang sebagai pelindung bagi melindungi rakyat negara ni.. apasal plak dia lari mencicit lintang pukang tak cukup tanah bila diserang hendap oleh tentera Jepun dulu.. aduihh!! sejarah ni betul-betul ler buat otak gua kompius.. itu sebabnyer masa SPM dulu.. subjek sejarah gua dapat 10/100… ini yang buat gua hangin ni.. jaga lu Mat Boo... ini semua salah lu...

* Horeeyy!! besok cuti... Hari M'sia katanyer.. ado chan la pegi Dataran tengok bungo api..

Selasa, 13 September 2011

TU DIA.. AKHIRNYER HERO PUN DATANG..

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri... - UtusanM'sia

Hahahaha.. akhirnyer apa yang gua ramalkan menjadi kenyataan.. ketika disaat-saat genting melihat rakyat semakin berangin.. maka sang hero pun muncul dari celah semak bagi menyelamatkan keadaan.. dan tanpa berlengah para pengampu pun turut sama keluar dari sarang masing-masing.. terus bersuara dan memuji kehebatan tindakan pak menteri yang sanggup menangguh kenaikan cukai perkhidmatan telco sebanyak 6% itu.. semata-mata kerana begitu prihatin dan simpati terhadap kesusahan rakyat di negara ini..

Seperti dirancang-rancang.. maka si media ampu pun turut sama menjadi pak sebok.. terus memuji kaw-kaw tindakan berani si pak menteri.. dan si media pun buat la tinjauan.. meminta pendapat orang ramai di atas penangguhan cukai tersebut.. maka apo lagi.. orang ramai pun dengan gembira terus memuji tanpa had dan mengucapkan ribuan terimakasih tak terhingga kepada pak menteri yang dilihat begitu perihatin dan begitu berjiwa rakyat.. dan pak menteri pun tersenyum lebar kerana melihatkan strateginyer telah berjaya dengan cemerlang.. dan secara tak langsung saham beliau serta nama Parti Tapai Pulut pun turut sama melambung di mata rakyat..

Kalau dibaca berita tu betul-betul.. kita sebenarnyer masih pun belum selamat.. ini adalah kerana semua itu hanyalah satu penangguhan sementara jer.. sehingga ler satu kajian selesai.. gua pun tak paham apo ke bondo yang nak dikaji.. dah macam saintis ler plak... apo korang ingat rakyat M'sia ni tikus putih ker nak ni buat ujikaji.. atau adakah diorang nak kaji bila agaknyer masa atau peratus kenaikan yang sesuai.. atau mungkin nak kaji berapo banyak turbo atau gasket yang nak dipasang pada cukai telco itu nanti..

Cuma gua harap.. klau dapat pak menteri yang kacak bergaya tu.. naikkan la cukai tu tinggi-tinggi sikit.. klau setakat 2-3% tu rendah sangat ler plak... tak berbaloi langsung.. terasa macam nak menghina rakyat negara ni jer.. bagi gua.. memandang ekonomi negara kita sekarang ni sedang berkembang pesat.. apakata pak menteri naikan la cukai perkhidmatan tu hingga 25%.. klau dapat lagi tinggi lagi cantek.. gua pasti rakyat 1M'sia akan gembira dan tersenyum riang.. dan kena plak dianyer time selang beberapa hari nak pilihanraya.. perghh!! memang best.. memang cepat korang melingkup!!..

Jumaat, 9 September 2011

HOREYYY!!... ADIK KOMUNIS DATANG...

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini. Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memperuntukkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar semasa untuk perkhidmatan telekomunikasi termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Cukai itu sama dengan levi cukai perkhidmatan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.. - Utusan M'sia

Tengah gua syok relaks sambil mengusya beberapa orang awek cun yang dok lalu lalang.. tetiba gua dikejutkan dengan satu sms... RM0. EFFECTIVE 15/9/2011, prepaid reloads and prepaid SIM packs will be charge 6% sevice tax. Please visit digi.com.my for more info.. apolagi tanpa berlengah terus badan gua menggigil menahan marah.. nasib baik gua tak bertukar jadi hulk.. klau tak mau habis lori pickup ada kat tepi ni gua karate....

Nahh!! hambik kao... padan muko kita semua.. termasuk ler dengan gua sekali yang pakai prepaid ni haa... tu la dok sebok bertekak bertegang urat dan banting sana banting sini.. bercakar pasal komunis siang malam sampai lupa diri.. hinggakan adik komunis si kapitalis tu datang menyerang menaikkan cukai perkhidmatan telekom pun kita tak perasan...

Ini la rupanyer hasilnyer Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dok dibanggakan tu.. rupanyer ETP penipu saja nak mencekik darah rakyat dan dah mengalahkan komunis lahanat... nasib baik besok tak mengundi.. klau tak mau pagi-pagi lagi gua dah tercongok kat peti undi nak memangkah parti tapai pulut.. nak mengharapkan parti pisau getah bersilang.. hadooo... talak untung.. klau stakat nak jadi pemimpin.. bermesyuarat sana-sini siang malam.. semata-mata nak menaikan cukai dan harga barang.. atok gua pun bleh pemimpin..

Tapi entah-entah diorang ni sajer kut dah berpakat dengan tokey talipon.. sajer nak menggertak menaikkan cukai perkhidmatan.. bila orang ramai bising-bising memekak.. lalu hero pun datang mencelah kasi settle serta membatalkan kenaikan cukai tersebut dan tetiba para pengampu dan kaki bodek pun kluar dari sarang.. dan terus mengucapkan ribuan terimakasih kat hero yang begitu perihatin dengan kesusahan rakyat.. kerana sanggup membatalkan kenaikkan cukai terebut.. dan kita pun tersenyum hingga pangkal telinga dan terus bertekak dan bertegang leher untuk isu yang lain plak..

Khamis, 8 September 2011

BENGAP DAH MACAM KOMUNIS...

KUANTAN 6 Sept. - Masyarakat tidak seharusnya terpedaya dengan 'bukti' yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung kenyataan dalam ceramahnya yang mengangkat Mat Indera sebagai hero.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diharap tidak memesongkan fakta dengan merujuk sebuah buku bertajuk Pengukir Nama Johor dengan memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang tokoh.

"Kita tidak perlu terpedaya dengan bukti tersebut kerana dalam al-Quran sendiri ada menceritakan mengenai Firaun dan adakah bererti Allah mengiktiraf Firaun sebagai pejuang? - Utusan M'sia

Ini la dia klau jadi pemimpin pakai orang dalam.. orang nak bagi komen dia pun sebok gak nak bagi komen.. walaupun pun stakat komen bebudak sekolah darjah 2 jingga.. itu la klau gua cakap bangang nanti tau plak marah.. macam mana lu bleh jadi ADUN pun gua tak tau.. klau Mat Sabu baca komen lu ni gua rasa mesti dia pun tergelak terguling-guling.. dan tak pasal-pasal lu pun jadi bahan lawak dalam ceramah Mat Sabu..

Gua tau la yang lu beria-ia sangat nak membodek.. itu gua paham.. tapi bila lu membandingkan antara buku Pengukir Nama Johor dengan kitab suci al-Quran.. antara Mat Indera dengan Firaun.. kepalo otak gua jadi musykil.. adakah buku Pengukir Nama Johor tu setaraf dengan kitab suci al-Quran dan kezaliman Firaun sebanding dengan kejahatan Mat Indera..

Kita semua tau.. al-Quran tu adalah kata-kata Allah.. kebenarannyer jelas terbukti.. takda akkk takda ekkk… klau tak percaya bleh gugur iman tu.. manakala buku Pengukir Nama Johor tu adalah tulisan dan pandangan dari seorang yang bernama manusia.. yang kebenaranyer belum tentu lagi 100% benar atau tulin.. nak percaya atau tidak tulisan dalam buku tu tak terjejas pun iman.. dan adakah penulis tu interview Mat Indera secara one by one.. kalau tak siapa perawinyer.. atau hanya stakat dengar cakap orang..

Dan sebagai pemimpin Melayu merangkap ADUN terhebat.. gua nak tanya lu.. apa maknanyer perkataan PENGUKIR.. adik-beradik UKIR atau MENGUKIR tu… biasernyer pengukir tu mengubah sesuatu benda yang tak cantik menjadi lebih cantik dan hebat.. dan ini sebagai contoh ayat..

1. Nuar Mastika yang sedang MENGUKIR nama di persada dunia hiburan dilihat begitu gembira sekali apabila beliau berjaya merangkul 24 award.. termasuk sebagai pelawak paling slapstik di dunia serta anugerah pemandu bas kilang terbaik dalam Pesta Menuai di kampung Titi Gantung semalam..

2. Bekerja sebagai PENGUKIR membuatkan Leman tiada masa untuk berpoya-poya di kelab malam.. malah dengan ketekunan bekerja sebagai PENGUKIR itu.. akhirnyer beliau berjaya MENGUKIR tunggul pokok ketapang di depan rumah beliau menjadi sebuah kapal selam..

dan seterusnyer ayat yang ini plak..

3. Si Ambo telah berjaya MENGUKIR nama sebagai pengganas paling kejam di Kampung Sireh.. apabila beliau dengan begitu cemerlang berjaya membakar reban ayam Pak Bakar.. err!! cuba korang perati.. pelik dan sesuai tak ayat tu..

Itu sebabnyer gua nak tanya lu.. kalau betul ler Mat Indera tu pengganas zalim macam Firaun.. apasal plak dia dipanggil sebagai PENGUKIR.. sepatutnyer beliau tu di masukkan dalam buku PENCONTENG atau PERUNTUH NAMA JOHOR ker.. haa baru ler betul.. dan adakah mamat yang menulis buku Pengukir Nama Johor tu sama sengal dengan si Syed Ibrahim ni… tak tau la gua.. tapi apakata klau gua masukkan nama Mat Komando.. Botak Cin dan Kalimuthu sebaris dengan nama Dr. Mahathir dan Tun Razak dalam buku gua Pengukir Nama Malaysia.. rasa-rasa ada tak yang melenting..