Wednesday, March 30, 2011

BOSAN.. GUA DAH JOIN PAP LER...

Apa lagi ni woii orang-orang politik!!.. cukup-cukup ler korang buat gua benci.. bosan.. meluat.. menyampah dengan kerenah korang yang separuh masak tu.. yang membuatkan jiwa gua menjadi kacau bilau bila menengokkan perangai hamlau korang yang macam budak-budak.. kena plak tengok muka kaki-kaki ampu tahap cipan kat TV yang dok sama menyebok nak beri komen.. lagi ler gua hangin satu badan.. mau jer gua karate TV 14 inci gua tu..

Bayangkan ler setiap hari kita dihidangkan dengan cerita-cerita skandal orang politik yang seperti tiada berpenghujung.. media pun sama ambik kesempatan.. sajer mau kasi bikin panas.. dan buatkan kita semua ni macam orang bangang tak pernah sekolah.. dibodoh-bodohkan untuk menerima sajer bulat-bulat segala berita yang dihidangkan...

Dah cukup-cukup ler tu korang nak bergaduh.. jangan ler korang nak libatkan sekali rakyat negara ni... segala yang korang dedahkan tu.. satu pun tak ada yang memberi manfaat untuk rakyat serta kemajuan negara.. itu semua taktik untuk menyelamatkan jangka hayat politik korang jer.. kena plak pilihanraya dah dekat.. semua sebok ler nak tunjuk handal.... gaji gua yang ciput serta harga barang naik melambung-lambung.. taknak plak korang pikir.. ini kisah skandal seks yang korang dok sebokkan siang malam.. macam ler korang semua tu baik sangat… pegii dahhh!!

Dan dengan ini.. gua spy Penanggah mengistiharkan yang gua dah join PAP (Parti Atas Pagar) dan gua pun dah tak nak dengar lagi kisah permainan politik merapu korang.. gua rasa cukup-cukup ler gua mengundi korang dulu.. dan kalau ada PRU tahun ni mungkin gua nak boikot untuk mengundi.. duduk kat rumah layan Doremon lagi bagus dari menengokkan muka orang-orang politik.. sesak napas siottt..

* Dalam entri gua bulan Desember tahun lepas... Cukup-Cukup Ler Tu Berpolitik.. gua dah hangin dah kat orang politik macam ni... kali ni lagi skali diorang buat gua hangin satu badan tahap 3.. kira masuk tahap berjaga-jaga tu...

Thursday, March 24, 2011

GUA PUN DATUK T GAK..


Berita tentang pendedahan video sex yang mengaitkan seorang pemimpin yang disiarkan melalui siaran berita petang tadi telah menyentap gua dari tidor yang lena.. gua yang tak tau apa-apa tanpa membuang masa terus mencapai motor kapcai yang gua parking di tepi pokok manggis di hujung laman rumah.. dengan pantas lalu terus menuju ke rumah abang Rohim untuk menemubual beliau dengan lebih eksklusif lagi..

"Eloo abang Rohim.. boleh tak abang cerita dengan lebih detail lagi tentang Datuk T yang dihehoh-hebohkan tu..? tanya gua sebaik sajer memasuki laman rumah beliau..

"Woii spy Penanggah.. kok iya nak bertanya pun parking le dulu moto tu.." balas abang Rohim dari atas pokok kelapa..

"Iya la abang Rohim.. abang pun takkan tak reti-reti nak turun dari pokok tu.. takan nak jadi tarzan plak.. banyak soalan panas yang gua nak tanya kat abang Rohim ni...."

"Wokey no hal.. tanya ler jangan segan-segan.." balas abang Rohim dari atas pokok sambil terjun ke bawah dengan gaya terjun tiruk dan landing betul-betul di tepi motor kapcai gua..

"Sebenarnyer abang Rohim.. tujuan gua datang ni nak tanya pasal Datuk T yang dikecoh-kecohkan kat dalam berita tadi.." tanya gua sekali lagi..

"Oooo.. pasal Datuk T.. begini kisahnyer.. pada mulanyer kitorang nak gunakan nama Datuk C jer berdasarkan nama cipan peliharaan kitorang.. tapi bila ditengokkan nama tu tak berapa nak mencongkam.. lalu kitorang pun terpaksa ler carik nama lain yang lebih brutal serta menggerunkan pihak lawan.. “ ujar Abang Rohim sambil berpusing-pusing ke kiri dan ke kanan....

“Dan setelah kitorang bermesyuarat selama 8 jam tanpa henti serta berjaya menghabiskan beberapa pingan mee goreng akhirnyer kitorang pun mengambil keputusan untuk menggunakan nama Datuk T jer.. mudah dan ringkas.." tambah beliau lagi

“Apa maknanyer Datuk T tu abang Rohim.. adakah sejenis tupai ataupun tenggiling.. pelik gak gua dengar nama tu..” tanya spy Penanggah..

“Lu jangan main-main spy Penanggah.. penat tau kitorang nak pilih nama tu… sampai tak tidor malam.. kalau lu nak tau nama T tu adalah sempana perkataan team atau trio.. lagi pun kitorang ni pun memang kaki temberang.. jadi kena ler dengan nama tu.. Team Temberang…” jelas Abang Rohim sambil menari-nari mengikut rentak tarian poco-poco..

"Errr!! boleh saya tau.. video tu ada lagi tak kat Abang Rohim.. klau boleh saya nak pinjam la seminggu dua..bleh gak layan kat rumah.. bukan apo abang Rohim sajer jer untuk kepastian.. betul ker mamat tu yang berlakon atau diorang ni nak mereka-reka cerito.." tanya gua mengumpan..

"Video apo plak tu.. setakat video Upin Ipin ada la.. tak payah la pinjam-pinjam Penanggah.. ekau ambik jer la buat harta.."

"Bukan ker dalam berita tadi bagi tau abang Rohim la Datuk T.. orang yang terlibat menyimpan serta mengedarkan video lucah tu.." tanya gua lagi tak puashati..

"Tengkorak lu spy Penanggah.. cilakak lu.. memang la nama kumpulan kitorang namanyer Datuk T.. The Team Temberang.. dan kitorang ambik nama tu untuk masuk raja lawak tahun depan.." terang abang Rohim separuh marah..

"Dan kalau lu nak tau spy Penanggah oii.. Datuk T orang yang simpan cd blue yang kluar kat berita tadi tu adalah si Rahim Tamby.. bukan gua.. apo lu ingat gua ni kaki blue ko.." jerit abang Rohim tak puashati sambil membuka langkah silat kuntau yang di adun dengan tarian zapin sambil mengkarate beberapa bijik buah kelapa..

"Jadi kira gua ni dah salah orang la kut.. gua ingatkan abang Rohh..." bila melihatkan silat kuntau abang Rohim semakin mengganas.. gua pun tanpa membuang masa terus membuka langkah seribu tanpa sempat menyelamatkan motor kapcai yang gua parkingkan ditepi laman rumah abang Rohim....

"Abis ler motor gua patah lapan kena karate dek abang Rohim.." kata gua dalam hati sambil memecut laju tanpa sempat menoleh kebelakang lagi..

Friday, March 11, 2011

DI MANA UNIVERSITI KITA DAA!!

Times Higher Education melancarkan senarai 100 universiti paling top di dunia. Ia berdasarkan survei terhadap 13,388 pusat pengajian tinggi di 131 negara. Universiti di AS menempatkan 45 universitinya di ranking ini. Di ikuti oleh UK yang menempatkan 12 wakil.



Ikutkan dari data Times tersebut, memang sah tidak ada satu pun wakil universiti dari Malaysia yang termasuk dalam senarai. Satu-satunya wakil dari Asia Tenggara hanyalah Singapura, iaitu National University of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University. Itupun NUS berada di posisi 27 dan Nanyang di tangga 91 terbaik di dunia.. dan yang mengejutkan adalah masuknya Jepun ke ranking 10 terbaik mengalahkan universiti terhebat dari Kanada, Australia dan Jerman...

Berikut adalah urutan 1-10 universiti terbaik di dunia:
1. Universiti Harvard- AS (1)

2. Massachusetts Institute of Technology- AS (3)

3. Universiti Cambridge- UK (7)

4. Universiti California Berkeley- AS (8)

5. Universiti Stanford- AS (4)

6. Universiti Oxford- AS (7)

7. Universiti Princeton- AS (5)

8. Universiti Tokyo- Jepun (27)

9. Universiti Yale- AS (10)

10. California Institute of Technology- AS (2)

* yang didalam kurung tu adalah ranking tahun lepas

Tak tau ler bila la agaknyer kita dapat tengok universiti kita kat Malaysia ni yang akan termasuk dalam senarai.. tak dapat 10 terbaik.. dapat dalam antara 100 terbaik pun dah boleh jalan mengepak per.. dan kalau diperatikan boleh dikatakan semua yang tersenarai adalah universiti dari negara-negara maju.. dan kita hanya tinggal beberapa tahun jer lagi nak mencapai ketahap itu..

Diharap pak menteri dan para pensyarah serta pelajar U kita kena ler ambil serius benda ni.. tapi kalau kita dok sebok ngan benda remeh-temeh.. asyik sebok ngan cintan cintun.. merempit tak tentu hala... serta dok kecoh dengan politik yang tak tentu arah macam yang berlaku masa pilihan raya kampus baru-baru ni.. gua rasa memang jangan mimpi ler nak masuk senarai.. dan jangan nanti universiti-universiti kita hanya layak bersaing dengan kolej komuniti kat kampung-kampung..

Lagi satu kalau nak ambik pelajar asing tu ambik ler yang ada kelas sikit.... yang awek tu pilih ler yang cun-cun dan yang balak tu pun ambik ler yang macho-macho tahap cipan.. jangan main tangkap muat jer.. semata-mata nak menunjukkan universiti kita hebat.. sekali tengok yang dari Afrika.. dah ler tak hensem.. sebok plak dengan kes black money.. yang amoi dari China datang kat sini tetiba jadi GRO plak.. memang frust.. tapi gua lagi frust sebab guanyer universiti iaitu Universiti OntahApoKeNamo turut sama tersingkir dari carta..

* Senarai lengkap bleh di layari di.. http://www.guardian.co.uk/news/datablog/2011/mar/10/world-top-100-universities-reputation-rankings-reputation-times-higher-education

Thursday, March 10, 2011

THE MEMOIRS: YANG SADIS LAGI KEJAM..

Memandangkan Dr. M baru jer melancarkan buku memoir beliau bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.. maka gua pun taknak jugak ketingalan akan turut sama melancarkan memoir gua yang berjudul Spy Penanggah Memoirs: One Day In The Kebun Pisang.. yang akan dilancarkan dari pusat pelancaran kapal angkasa di Mexico petang besok..

Buku memoir setebal 2,549 muka surat ini telah mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan.. dan ia adalah mengenai pengalaman pahit manis spy Penanggah sewaktu tersesat di sebuah kebun pisang di Bidor dua hari lepas.. bagi mengelakkan kepala otak pembaca menjadi krem.. maka memoir dwi bahasa ini akan di sampaikan dalam beberapa fasa dan bab yang mudah difahami..

The cipan have to plan mencurik buah pisang in the kebun pisang Pak Karim.. entah macam mana Pak Karim tersee the cipan sedang tercangak-cangak in the semak... apa lagi Pak Karim the macho man from Kampung Rungkup not wasted the time dan terus menghambat the cipan around the pokok pisang and tarik telinga kiri of the cipan.. and give one free flying kick at the cipan kerongkong…

Kalau di perhatikan pada fasa ke-2.. bab ke-5 .. peringgan ke-72 rangkap ke-8.. memoir ini mendedahkan bagaimana Pak Karim telah bertarung dengan seekor cipan yang cuba mencurik setandan pisang di kebun tersebut… namun dengan tindakan pantas beliau itu telah membuatkan si cipan yang jahat tersebut terpaksa ditahan reman serta meringkuk di dalam lokap..

Kengerian memoir ini diteruskan lagi.. kalau diperhatikan pada fasa ke-3.. bab ke-22.. peringgan ke-7 dan rangkap ke-90 memoir ini menceritakan bagaimana Leman Kuntau pemandu lori pisang cuba melanggar Limah Ramping anak tokey kerepet pisang dari Tapah kerana menolak cinta beliau..

Leman Kuntau love Limah Ramping half of dead.. but Limah Ramping not love him.. because Limah Ramping syok plak kat Nuar Mastika tapi Nuar Mastika have not love and layan Limah Ramping very much because Nuar Mastika dah bertunang already with somebody.. Leman Kuntau is very angry when Limah not membalas cinta beliau.. oh my God.. tetiba Leman terus memecut the lorry pisang very fast like the thunder.. he want to langgar the Limah Ramping but Limah Ramping sempat mengelak and the lorry Leman Kuntau pun terus terbabas in the semak..

Itu ler seba sedikit antara intipati memoir yang penuh dengan adegan suspen.. ngeri.. kejam serta diselang-selikan dengan nyanyian merdu oleh beberapa penyanyi terkenal ini yang sempat gua ulas secara ringkas.. klau korang nak tau lebih lanjut korang kena ler dapatkan memoir yang berharga RM2.50 yang turut diedarkan oleh tokey-tokey cd cetak rompak di pasar borong yang berdekatan sebelum kehabisan..

Dan seperti Dr. M.. gua pun turut bersedia menghadapi sebarang kemungkinan disaman oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati di atas pendedahan berani mati memoir gua ini.. terutama Pak Karim penjaga kebun pisang dan Leman Kuntau pemandu lori pisang serta Limah Ramping anak tokey kerepet pisang.. atau pun si cipan pencurik pisang yang jahat itu..

Tuesday, March 8, 2011

SUDAH-SUDAH LER TU GADDAFI..


Wahai memberku Gaddafi yang sengal lagi hampeh.. apa la hal lu tetiba meroyan tak tentu hala ni.... dan jadi bengkeng semacam.. habis semua orang lu hambat.... diorang nak berehat pun tak senang duduk.. sudah-sudah le tu.. gua tengok pun dah naik rimas.. sampai si Ringgo lembu kesayangan Pak Jabar pun mengadu kat gua yang dia dah makin taruma asyik kena hambat dua puluh empat jam dengan lu punya balaci.... nak pegi ragut rumput pun jadi takut katanyer.. apa ler lu Gaddafi.. relaks ler.. lu kalau tak cukup duit cakap ler.. nanti gua bagi ler buat beli aiskrim..

Cuba tengok Hosni Mubarak.. lu punyer member kamceng pun dah serender.. dah balik kampung tanam jagung.. dah tak larat nak fight ngan orang kampung.. yang lu plak dah macam orang kena sawan babi.. jadi sengal semacam.. tak habis-habis nak gila kuasa.. dah nak mati pun masih gak lupa diri.. bagi la plak kat orang lain jadi Presiden…

Wahai memberku Gaddafi yang jauh di mata namun dekat di hati.. susah-susah lu bagi jer kat gua jadi Presiden.. tau ler gua nak buat camno.. aper lu ingat lu sorang jer ker yang reti nak melingkupkan negara.. lu jangan tak tau.. gua kalau bab lingkup melingkupkan ni bagi ler kat gua.. bukan stakat Libya.. reban ayam orang kampung kat Libya tu pun gua bleh lingkupkan..

Sekali lagi wahai Gaddafi sahabatku yang hamlau... di sini gua berjanji.. kalau lu lantik jer gua jadi Presiden.. gua akan pastikan semua telaga minyak kat Libya tu gua akan jual kat pasar borong Selayang.. kira timbang kati.. alaa nanti duit tu kita bagi ler berdua.. bleh ler kita pegi enjoy kat Bali sebulan dua atau kita buat modal meniaga karipap pusing kat pasar malam Dangi.. dan baki yang sikit-sikit tu apa lagi.. kita buat ler modal untuk bejudi teka kacang...

Korang yang kat hujung sana tu apsal tak tepuk tangan.. dah naik krem mulut gua berucap kat depan ni korang langsung buat tak tau.. mengabihkan mee goreng gua jer.. lain kali kalau nampak gua berucapkan depan ni korang tepuk ler tangan tu kuat-kuat sikit..

Bom ni kalau kena reban ayam Gaddafi mau berkecai..

Woii!! relaks sakan nampak.. korang nak berperang ker nak berkelah.. ini ada yang kena baling dengan bom tangan karang ni..

Woii!! Gaddafi tegok ler kasut baru gua.. lu ada..

Thursday, March 3, 2011

FUTSAL.. ANTARA REALITI DAN FANTASI..

Fuhh!!!.. dah lama rasanyer gua tak main futsal ni.. kalau tak silap gua kali terakhir gua main futsal ni pertengahan tahun lepas.. masa tu gua mewakili team Togo pada kejohanan piala dunia futsal 30 sebelah di Australia Barat.. tapi selepas team kitorang tewas mengejut dengan pasukan kampung Merapoh 123 berbalas 0.. ketaksuban gua terhadap futsal tiba-tiba jatuh merudum.. gua menjadi trauma.. dengar jer perkataan futsal badan gua pasti akan menggigil seperti terkena renjatan letrik 367.98 megawatt..

Dan entah macamana hari Ahad lepas team kitorang telah dipaksa hadir ke majlis pecah tanah pada kejohanan futsal jemputan antara media sempena Hari Wilayah kat Bandar Baru Sentul.. dan dengan persiapan yang begitu rapi serta berbekalkan senjata berat seperti pelancar roket dan bom tangan serta kereta kebal 24 tayar.. team kitorang pun tanpa ragu-ragu dan pilih kasih terus menerima undangan ajak-ajak ayam tersebut dengan penuh riak..

Pada perlawanan pembukaan.. team kitorang telah dipaksa untuk menentang team Astro.. walaupun team Astro ni tidak hadir pada kejohanan tersebut.... perlawanan tetap diteruskan bagi menghiburkan para penonton yang sanggup beratur dari awal pagi semata-mata untuk menonton perlawanan kitorang.... dan belum sempat pengadil perlawanan meniup wisel permulaan.. team kitorang dengan wajah yang agak garang dan bengis tanpa segan silu terus meluru.. menyerang dan mengasak bertubi-tubi ke kubu pasukan Astro..

Dan pada minit ke 74.. setelah berhempas pulas menyerang ke kubu team Astro dari kiri dan kanan.. atas dan bawah gelanggang.. akhirnyer gol yang dinanti-nanti pun menjelma.. apabila Apis Sakmi yang tidak dikawal telah melakukan satu larian solo dari tempat letak kereta.. lalu melakukan satu rembatan kencang dari luar gelanggang dan bola plastik itu pun terus menerjah kegawang team Astro yang tidak dikawal..

Manakala pada minit ke 86 pada puluh masa kedua.. sewaktu pengadil sedang leka berbual dengan penonton.. gua pun secara senyap-senyap terus melakukan satu sepakan lencong.. namun rembatan gua tersebut telah tersasar lalu terkena palang gol team Astro.. ini membuatkan gua begitu frust macam nak gila.. lalu gua pun menyalakan api untuk membakar tiang gol team Astro tersebut sebagai tanda protes.. namun seorang pak polisi berpangkat kopral tiba-tiba muncul dengan motorsikal hondacup beliau di tepi gelanggang futsal tersebut dan ini membuatkan niat jahat gua pun terus terbantut..

Selang beberapa jam.. sekali lagi Apis Sakmi yang turut dibantu oleh Rizal Minggo dan Nuek Haikal secara senyap-senyap telah melakukan satu serangan hendap ke kubu team Astro.. dan tanpa rasa bersalah diorang telah berjaya melakukan beberapa lagi jaringan hatrik ke pintu gol team Astro.. dan jaringan 20 - 0 tersebut kekal hingga ke masa tambahan.. sebelum pengadil menamatkan perlawan yang begitu sengit tersebut dengan wajah yang berseri-seri...

Tanpa sempat berehat.. seterusnyer team kitorang kena lawan plak dengan team Karangkraf.. gua ingatkan team ni takut jugak nak datang macam team Astro... rupa-rupanyer team ni rajin ler plak.. last-last minit tetiba terpacul jer.. apa lagi memang tak sempat ler kitorang mengatur strategi.. pada minit awal perlawanan memang team kitorang diasak bertubi-tubi namun dengan berkat tangkal tok bomoh Usin Cendol.. gerakan merbahaya team Karangkraf dapat kami patahkan dengan begitu mudah dan bersahaja..

Setelah bertarung selama beberapa jam.. dan sewaktu kami sedang syok mengusya beberapa orang awek cun kat tepi gelanggang.. tanpa disedari team Karangkraf secara rahsia telah berjaya menjaringkan 10 bijik gol dalam masa beberapa minit.. walaupun team kitorang cuba memprotes diatas penipuan team musuh tersebut namun aduan kami tidak diendahkan oleh pengadil perlawaan yang turut sama mengusya awek-awek cun disekitar gelanggan tersebut...

Kecewa dengan kekalahan mengejut tersebut.. team kitorang pun meninggalkan gelanggang futsal tersebut dengan seribu kepedihan.. malah Nuek Haikal serta Rizal Minggo yang begitu frust diatas keputusan itu juga dilihat meluru keluar gelanggang untuk merebut air tin 100 plus yang diberikan oleh pihak penganjur dan gua yang turut sama kecewa terus mengistiharkan untuk bersara wajib dari arena futsal ni... dan beralih kepada permainan tarik upih yang dilihat agak lebih mencabar fizikal dan mental..