Khamis, 29 Mac 2012

NASIB KAU LA IRAN..

WASHINGTON 22 Mac - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), semalam menyiarkan senarai 12 negara termasuk Malaysia yang membeli minyak mentah Iran dan boleh dikenakan sekatan kewangan oleh AS jika mereka tidak mengurangkan pembelian minyak itu dengan banyak.

Jabatan Negara AS, kelmarin menyiarkan bilangan negara terlibat tanpa menyebut nama mereka, selepas mengumumkan bahawa Washington akan mengecualikan Jepun dan 10 negara Kesatuan Eropah (EU) daripada sekatan kewangan kerana telah banyak mengurangkan pembelian minyak dari Iran.. - UtusanM'sia

Dab berita ni plak..

KUALA LUMPUR, 24 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran. Beliau mengesahkan laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat. Menurut laporan itu, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.... - Bernama

Apa laaa!!!.. lu kata lu hebat.. itu semua pemimpin dunia ketiga termasuk itu gang OIC dengar cakap lu.. lagi satu klau lu sembang bab zionis memang gempak.. bukan main lagi berdegar-degar dan berapi-api... kalau itu Benjamin Netanyahu dengar dah tentu diorang ketaq kepala lutut.. punyer ler takut.. tapi skarang apa dah jadi.. itu zionis Amerika baru bersin sikit lu dah kecut telur macam nampak harimau.. diorang baru gertak sikit lu punya tulang belikat terus jadi lomah gemalai..

Betul tak cakap gua.. cuba korang baca betul-betul berita tu... klau tak paham korang baca lagi sekali.. klau tak paham gak korang baca lagi dua tiga kali.. dan klau masih tak paham korang baca la lagi dua tiga ratus kali.. tapi klau masih gak tak paham-paham tak tau la apo lagi gua nak cakap.. mungkin korang bleh sambung blajar kat mano-mano kelas tadika kemas..

Korang perasan tak.. klau di ikutkan dari berita tu.. si zionis Amerika tu tak suruh pun kita menghentikan pembelian minyak Iran.. diorang hanya stakat menyuruh kita mengurangkan pembelian jer.. tapi yang sengalnyer mungkin kerana terlalu takut atau nak membodek ataupun mungkin saja nak jaga hati sahabat si zionis Amerika lahabau tu.. pemimpin kesayangan kita ni dengan selambanyer terus jer memberhentikan pembelian minyak tersebut tanpa banyak soal.. gua rasa Obama anak-beranak mau pecah perut tergelak sakan bila menengokkan perangai pemimpin kita yang menggigil-gigil sampai senak perut ketakutan kena gertak..

Sebenarnyer gua bukan ler nak suruh korang menyinsing lengan berperang dengan si zionis Amerika lahanat tu.. tapi sekurang-kurangnyer korang tunjukkan la sikit ketegasan korang sebagai pemimpin hebat.. paling tidak pun berikan penjelasan bagaiman korang tidak berapo nak bersetuju diatas tindakan tersebut.. sekurang-kurangnyer tak la nampak sangat yang korang ni penakut dan mudah dibuli..

Dan sekarang ni baru ler padan dengan muka si Iran.. carik lagi kawan yang perangan macam ni... bila dah tersepit semua cabut lari.. skarang ni baru ler lu tau saper kawan dan saper lawan.. hambikk kao!!..

Jumaat, 23 Mac 2012

TRANSFORMASI PENERBANGAN KATANYER..

KUALA LUMPUR 19 Mac - Seorang penyokong kerajaan mahu kerjasama antara Malaysian Airlines System (MAS) dengan AirAsia ditamatkan segera kerana ia hanya merugikan syarikat penerbangan nasional itu.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, sehingga kini, kerjasama itu dilihat tidak memihak kepada MAS, sebaliknya ia memberi banyak kelebihan kepada AirAsia dalam konteks mencatatkan keuntungan. Berdasarkan laporan, beliau berkata, MAS rugi sebanyak RM2 bilion manakala AirAsia pula mencatatkan keuntungan sebanyak RM500 juta.

‘‘Apa yang pasti kerjasama ini adalah hasil daripada cadangan serta tindakan daripada pihak Khazanah Nasional yang diterajui oleh Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar. Oleh itu saya minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pihak Khazanah berhubung isu kerjasama MAS dengan AirAsia kerana kerjasama yang dibuat ini hanya merugikan MAS.

"Saya juga ada senarai bagaimana jawatan-jawatan penting di dalam MAS kini dipegang oleh pegawai-pegawai kanan daripada AirAsia.. - UtusanM'sia

Gua tak bleh nak bayangkan tahap KPI kesengalan korang ni.. sendiri yang mencadang.. sendiri yang meluluskan projek pertukaran saham antara Mas AirAsia tu.. tapi akhirnyer puak-puak korang sendiri yang membantah dan mintak ditamatkan kerjasama tersebut.. gila ker tak gila.. bangang ker tak bangang..

Tapi apa nak diherankan.. klau kita peratikan betul-betul pun.. memang ramai orang bangang yang berlagak pandai yang berkeliaran disekeliling kita sekarang ni.. dan yang bahayonya ialah bilamana ada segelintir daripada diorang ni berjaya menyelinap ker gudang-gudang emas milik syarikat kerajaan ataupun GLC dengan menyamar sebagai Kasim Pentelon si tuan penasihat 25 persen.. dan yang paling haru ialah bilamana ada dua tiga kerat muka malaon ni yang turut berjaya menjadi pemimpin di negara ni..

Modus operandinyer cukup mudah.. malaon ini hanya perlu membuat kertas kerja atau kertas cadangan dan membentangkanya depan pak menteri.. dan bila saja pak menteri mendengarkan keuntungan berbillion-billion ringgit yang bakal diperolehi maka pak menteri yang IQ tahap darjah lima anggur itu pun mula la meleleh air liur memikirkan keuntung yang bakal mereka kaut..

Dan dengan idea-idea sampah dari malaon-malaon ini la yang membuatkan abang Ajib terpaksa menebalkan muka membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah luluskan dengan terpaksa wal asil balik asal semula ke skim lama.. iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM).. malah idea-idea sampah dari para malaon inilah yang menyebabkan timbulnya masalah pada perjanjian Mas dan AirAsia seperti yang berlaku sekarang ni.. setelah dikaji baru ler tersedar bahawa perjanjian tersebut dilihat berat sebelah..

Dan idea-idea sampah itu la yang membuatkan MAS yang nazak semakin bertambah nazak (tapi dianyer CEO semakin montel).. walaupun sebelum ini idea penggabungan tersebut telah mendapat pujian tinggi melangit dari kaki ampu dan kaki bodek termasuk dari media perdana serta dari ahli-ahli kabinet abang Ajib sendiri.. transformasi penerbangan katanyer.. tapi bila dah tersedar kena tipu maka dengan pantas semua kaki-kaki bodek dan kaki ampu itu pun cabut lari diam seribu bahasa..hampeh btul!! dan korang bayangkan la kalau idea-idea sampah si Kasim Pentelon ni diterima pakai oleh Felda Global Ventures Holding (FGVH).. tak ker habis semua terlingkup..

Jumaat, 16 Mac 2012

HOREYYY!! CUKAI PREPAID PLAK DAH.....

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.

Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.

Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna. - UtusanM'sia

Bijak betul kepalo otak korang yer.. dalam korang dok sebok bercerita pasal tranformasi.. NKRA.. KPI.. BR1M.. MR1M.. KR1M dan entah apa lagi 1M.. lepas tu korang ajak plak kitorang ni menenggokkan gelagat korang bertekak.. cerita agen asing.. zonis.. yahudi.. gay.. lesbian.. liberalisme.. itu tak masuk lagi cerita lembu fidlot kak Ijat serta kisah Pak Asan Ali yang tengah berangin satu badan dan macam-macam lagi masalah tok nenek.. hinggakan kepalo otak rakyat 1M'sia ni jadi pening lalat...

Tapi tak sangka.. dalam kitorang dok pening sampai naik pitam menengokkan sandiwara politik korang tu.. rupa-rupanyer dalam diam-diam korang dah mengatur langkah berpakat dengan tokey prepaid nak menaikkan cukai perkhidmatan.. amboi bijak betul korang yer.. dan ini yang buatkan kepalo otak kitorang rakyat 1M'sia ni bertambah buntu dan berserabut.. sedangkan kitorang baru jer beria-ia nak menyokong korang..

Cuma gua mengharapkan berita ini tak betul dan jugak bukan satu sandiwara atau drama bersiri terbaru dari korang.. biasa la.. nanti bila rakyat 1M'sia dah memekak siang malam tak puashati maka muncul ler sang Hero muncul dari celah pokok untuk menenangkan keadaan.. dan dengan semangat 1M'sia yang menebal lalu si Hero pun membatalkan kenaikan cukai tersebut.. dan tanpa berlengah-lengah dan dipaksa-paksa maka keluarlah beramai-ramai si kaki ampu dan si muka bodek dari celah belukar memuji-muji tindakan si Hero.... hampeh btul!!..

Jumaat, 9 Mac 2012

GAJI KORANG DAH NAIK.. GUA BILA LAGI..

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dibatalkan berikutan kritikan yang ia hanya memberi kelebihan kepada pegawai atasan kerajaan sedangkan kakitangan bawahan menerima kenaikan yang rendah. Perdana Menteri turut mengumumkan sistem sedia ada, Sistem Saraan Malaysia (SSM), akan ditambah baik.

Najib turut memberitahu penjawat awam ketika pertemuan bersama mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini bahawa Ketua Setiausaha Negara hanya akan menerima kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, berbanding sistem SBPA yang menyaksikan pendapatan ketua penjawat awam itu mencecah RM60,000 sebulan.

Kadar bayaran terhadap KSU itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja gred bawahan yang hanya diberi kenaikan serendah RM1.70, dan menerima bantahan daripada 1.4 juta kakitangan awam yang merupakan “lubuk undi” untuk Barisan Nasional (BN), memandangkan pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.. - TheM'sianInsider

Ketika sedang syok melepak kat depan rumah sambil pekena kuih apam balik yang gua beli dari kedai Midun pagi tadi.. tetiba dari jauh gua nampak Usin Cendol dalam keadaan tergopoh-gapah seperti dikejar anjng gila mengayuh basikal BMX kesayang beliau menuju ke arah rumah gua.. belum pun sempat basikal tersebut berhenti secara tertib.. beliau dengan gaya seorang pelagak ngeri terus melompat dan berguling betul-betul didepan gua seperti orang hendak bersilat...

"Gua betul-betul tak puas hati la spy Penanggah.." jerkah nampak Usin Cendol tetiba sambil tercungap-cungap keletihan..

"Apa lagi lu ni Usin.. tak habis-habis dengan masalah.." tanya gua dalam keadaan terkejut melihat aksi Usin Cendol tadi sambil menelan dua ketul apam balik dengan selamba..

"Bukan apo spy Penanggah.. sebenarnyer gua geram dan tak puashati dengan skim SBPA yang diorang dok bangga-banggakan tu.. terutama dengan tangga gaji baru gua ni.." balas Usin Cendol sambil mengkarate tayar basikal BMX beliau sehingga putus lapan...

"Ekau ni betul la Usin.. naik gaji susah.. tak naik pun susah.. cuba la belajar bersyukur.."

"Itu gua tau la.. tapi lu bayangkan la gaji gua naik ciput sangat.. stakat dua tiga puluh hinggit sedangkan orang baru ada yang naik sampai beratus malah ada yang beribu juta dan dah nak sama dengan gaji gua yang dah bekerja lebih 10 tahun ni.. silap-silap dua tiga tahun lagi gaji diorang dah bleh potong gaji gua.. macam mana la hati gua tak panas.."

"Gua pun tak tau mamat bangang mana la yang merangka skim SBPA ni.. dah tu tak bleh tidak sebok plak mendesak gua menyain borang projek gilo diorang tu.. rupa-rupanyer gaji diorang yang naik mencanak-mencanak.. hampeh betul.." bebel Leman lagi tak puashati sambil merampas kuih apam balik dari tangan gua dan terus mengunyah kuih tersebut dengan rakus..

Mendengar kata-kata Usin Cendol itu gua terus terdiam... memang betul pun ramai orang bangang berlagak pandai yang berkeliaran sekarang ni.. lalu gua pun membiarkan si Leman membebel sendirian dan menghabiskan saki-baki kuih apam balik yang ada.. gua tak tau nak komen apa.. lagi pun gua ni bukan la orang kerajaan.. tapi kalau nak diikutkan gaji gua yang bekerja separuh mati dengan syarikat swasta lagi azab.. bukan ciput lagi dah tapi dah masuk tahap semput.. talak untung..

* Gua harap Usin Cendol bleh tidor lena kerana skim SBPA yang menghantui hidup beliau selama ini telah dibatalkan dengan jayanyer… itu pun setelah mendapat kritikan dan bantahan dari orang ramai.. kalau tidak tak tau la gua.. mungkin ada boss yang frust gila sebab angan-angan diorang nak merasa gaji 60 ribu telah berkecai ditengah jalan.. cehh!!.. potong stim berul lerr.!!

Jumaat, 2 Mac 2012

APO KEBONDONYER NADIR BUMI NI HAH?

Nampaknyer isu projek nadir bumi si Lynas masih lagi membahang.. seperti tiada tanda-tanda akan surut walaupun isu ni dah berlarutan kira agak lama... sehinggalah tercetusnya Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan baru-baru ini.. dan gua pun tak nak la komen lelebih kerana gua ni bukan la pakar nadir bumi atau pun pakar radioaktif yang bertauliah.. apatah lagi untuk mengulas atau memberi komen terhadap isu ni.. sedang apo kebondonyer nadir bumi tu pun gua tak tau separah haram.. jangankan makan nadir bumi... tengok benda tu pun gua tak pernah.... tapi stakat tanah liat tu tau la gua...

Tapi menurut member gua iaitu Prof. Leman Kasau dari Universiti Ontahkekmano mengatakan.. nadir bumi ni bukanlah sejenis makanan seperti karipap atau apam balik tapi sejenis galian atau logam yang mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite... apo kebondonyer monazite ni korang jangan tanya gua.. betulll!!.. gua tak tau apa dia binatang monazite ni.. kalau lagu Potret Monalisa dari kumpulan Wings tu tau la gua..

Bila si Prof. Leman ni menceritakan tentang pengalaman beliau melombong nadir bumi dibelakang rumah setiap hujung minggu.. gua bleh paham lagi.. tapi bila beliau melalut hingga ke bab lanthanoids... scandium.. yttrium.. cerium.. promethium.. europium.. thulium.. ytterbium... lutetium dan berbagai-bagai lagi tok nenek ium dan trium… tetiba kepalo otak gua jadi pening lalat... haa itu pun korang jangan tanya gua apa kebondonyer thulium.. cerium dan lanthanoids tu.. memang gua tak tau.. kalau korang tanya gua pasal tiub beskal atau pun kuih apam balik memang gua bleh jawab dengan selamba..

Malah menurut dari kajian rambang profesor kangkung itu jugak menyatakan bahawa monazite ini begitu kaya dengan thorium... dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang agak ganas dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.... malah tenaga nuklear ini jika diletakkan pada basikal ia mampu meningkatkan daya pecutan sehingga 85 peratus.. serta mampu memanjangkan jangka hayat basikal tersebut selama 200 tahun.. malah dari kajian itu juga mendapati uranium ini juga amat sesuai untuk melembutkan lempeng pisang dan roti canai..

Mintak maap la yoo.. lagi sekali gua serender.. memang gua tak tau apo kebondonyer uranium tu.. mungkin gabungan dari perkataan 'urat maniam' kut.. dan gua pun tak kisah sangat dengan si uranium tu… tapi bila dah masuk bab nuklear.. haa ni yang buat tulang keting gua jadi menggigil dan urat belikat gua terus jadi lomah gemalai.. takut siutt!! mana takyer katakan la kalau meletop atau bocor la loji tu macam yang berlaku kat Jepun atau Chernobyl tu.. mau tak tercabut gusi orang kampung...

Dan gua tak nak la tragedi industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah oleh Mitsubishi Chemical lebih kurang 20 tahun lalu yang mengakibatkan beberapa kes leukimia dan kematian akan berulang kembali... walaupun syarikat tu dah melingkup tapi kerja-kerja pembersihan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit duit rakyat masih berjalan dengan rancak sehingga ke hari ini.. itu yang dipanggil takdo kojo carik kojo..

Gua bukan la menentang projek gilo ni.. tapi yang gua risau dan inginkan kepastian ialah sapa yang akan bertanggung jawab andaikata jika dua tiga puluh tahun atau seratus tahun akan datang tetiba berlaku sesuatu kemalangan seperti kebocoran radiasi di loji tersebut.. adakah Perdana Menteri serta anak bini beliau.. Menteri Kesihatan.. Menteri Sain dan Teknologi.. Menteri Tenaga Teknologi Hijau.. senator Nalakarupan.. Pegawai Daerah.. abang Braim Ali.. pengawal keselamatan kilang.. ketuo kampung Gebeng atau pun yahudi zionis Israel akan sanggup ke depan bagi memikul tanggung jawab tersebut..

Disebabkan projek ni adalah projek berisiko tinggi.. maka ia memerlukan pekerja yang beretika dan berdisplin tinggi serta kualiti kontrol yang begitu ketat.. dan itu yang merisaukan gua bila melihatkan tahap etika pekerja kita kat M'sia ni... korang tau-tau jer ler..... sedangkan buat jalan dan bangunan pun retak.. bocor dan berlubang sana-sini... dan terbaru korang baco berita ni..

Melaka 1 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan untuk mengenal pasti punca bangunan baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di Crystal Bay dekat sini bernilai RM23.4 juta diserang kulat.

Menteri Kerjaraya Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, kulat itu dikesan di beberapa bahagian bangunan tersebut yang masih belum digunakan sejak ia mula diduduki kakitangan SPRM pada Mac 2011. - UtusanM'sia..

Dan gua begitu yakin jika berlaku masalah suatu hari nanti masing-masing akan cuba melepaskan diri.. yang dia ni salahkan orang ni.. yang ni salahkan orang ni... sama seperti kes kejadian tanah.. bangunan serta bumbung stadium runtuh sebelum ni... sedangkan orang yang melulus serta kaki bodek yang bermatian-matian mempertahankan projek ni pun dah pencen dan mungkin ada yang dah ke alam barzah.. maka orang yang orang tinggal ler yang akan terkulat-kulat menanggung azab.. tak percayo kita tunggu jer ler nanti..