Thursday, May 24, 2012

BETUL JUGAK TU PAK BRAHIM..

Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu cubaan untuk mensabotaj PERKASA dan Umno, kata Datuk Ibrahim Ali. 

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu memberitahu Malaysiakini, ia mungkin usaha sesetengah pihak memburukkan imej PERKASA yang tidak akan sesekali melakukan tindakan ganas itu.

"Kadang-kadang ada orang beli baju-T PERKASA atau uniform dan pakai. Kemudian, apabila sesuatu terjadi, orang ramai terus menyalahkan PERKASA," kata Ibrahim selepas sidang media di Kuala Lumpur hari ini. - M'siaKini


Biaser ler!! nama pun dah pesta... bila dah ramai-ramai berkumpul tu mula la muncul sorang dua Sarip Dol samseng Kampung Dusun yang terlebih lagak nak jadi hero.. yang datang semata-mata nak tunjuk handal walaupun tak padan dengan badan yang kurus kerempeng dan tenaga pun tak berapo nak lalu... bila ramai-ramai dia ler yang paling gagah.. tapi kalau sesorang tau plak kecut menikus.. sampaikan dengan lipas pun takut separuh mati..

Tapi kalau dipikir-pikir.. diulas dan dikupas.. ada jugak kebenaran serta kelogikan akan teori Pak Brahim kita ni.. biaso laa dalam suasana politik negara kita yang tak berapa nak waras sekarang ni.. mungkin jugak ada pihak musuh yang mengambil kesempatan dengan mengupah spy-spy diorang seperti KGB atau CIA menyusup masuk dengan menyamar sebagai tetamu jemputan bagi membuat onar untuk mensabotaj kemeriahan serta kegemilangan majlis bantahan buat si Ambiga tersebut..

Dan kalau berdasarkan pengalaman luas Pak Brahim kita ni yang dah begitu masak dengan sepak terajang dunia politik.. mungkin ada jugak betulnyer dakwaan beliau tu... lagi pun dalam politik ni tidak ada apa yang mustahil..  segalanyer mungkin.. tapi kalau la dakwaan itu betul.. maka betul jugak ler dengan dakwan gang Bersih sewaktu pesta Bersih 3.0 yang lalu dimana ada dua tiga kerat samseng kampung Dusun yang turut sama menyelinap masuk serta menyamar sebagai tukang jahit dan driver lori pikap semata-mata nak membuat onar bagi menjejaskan kemeriahan pesta Bersih tersebut..  adoiii! tetiba plak gua jadi kompiusss!!..

Wednesday, May 16, 2012

MARI BERDEMO UNTUK KESIHATAN...

Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara. Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga. Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu. - M'siaKini


Memang betul pun senaman ni kira agak aneh sikit.. kalau diperhatikan dengan teliti terutama dari pandangan sisi.. langkah dan gerakan satu dua pada senaman ni memang pelik.. ini kerana pergerakan pada senaman tonggeng ni agak rumit kerana ia banyak menggunakan tumit kanan dan lutut kiri sewaktu menggoyangkan punggung.. dan diselang-selikan dengan aksi gulingan badan.. tidak seperti senaman Hawaii yang lebih banyak menggunakan goyangan siku dan kenyitan mata..

Kalau dikaji betul-betul senaman tonggeng ni jugak ada sedikit persamaan dengan senaman Harimau Berantai Tahap Tiga.. cuma yang membezakannyer ialah senaman ni dilakukan agak santai iaitu para peserta dikehendaki memakan aiskrim sambil merangkak atas tembok.. manakala senaman Harimau Berantai melakukan satu ritual yang lebih ngeri iaitu makan lempeng pisang sambil melompat ataupun melakukan tekan tubi sambil makan nasik..

Dan sebagai menyahut seruan demokrasi.. gua ingin ucapkan jutaan tahniah diatas keberanian pakcik-pakcik kita ni.. yang telah berjaya melakukan aksi senaman aneh tersebut di depan rumah si Ambiga dengan begitu cemerlang sekali.. menurut para pemerhati antarabangsa.. orang ramai tidak perlu gusar dengan senaman tonggeng ini kerana ia telah mendapat sijil halal serta mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh tok siak dan ajk surau di dikawasan tersebut....

Cuma pada hari kejadian tersebut pakcik-pakcik kita ni memang cukup bernasib baik kerana pada masa tu para pak polisi kita dilaporkan tiada di balai kerana terlalu sebok mencarik para demontrasi bersih 3.0 lepas yang dah lari entah kemano.. kalau tidak.. tak tau la apa nasib para pakcik kita ni.. dah tentu lintang pukang dihambat oleh pak polisi dan FRU dengan bom asap dan pancutan air asid..

Hampeh btul!!.. Sapo la punyer idea buat gerakan senaman yang rumit macam ni.. pakcik rasa kalau lagi lamo sikit ni silap-silap bleh kono buasir..

Friday, May 11, 2012

UNTUNGNYER JADI ORANG FELDA..


JERANTUT - Kira-kira 112,000 warga peneroka Felda hari ini mendapat khabar gembira yang membolehkan mereka tersenyum lebar apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga melibatkan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion. Perdana Menteri berkata, pemberian durian runtuh itu melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama, setiap ketua keluarga akan menerima RM5,000 seorang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM563.715 juta.

Untuk pemberian fasa kedua, katanya, sebanyak RM5,000 lagi akan diagihkan kepada isteri peneroka sebagai mengiktiraf peranan yang diberikan oleh golongan tersebut. Bagi fasa ketiga pula, menurutnya, sebanyak RM5,000 lagi akan diberikan kepada generasi kedua Felda bagi membolehkan bukan sahaja suami malah isteri dan anak warga peneroka juga menerima durian runtuh tersebut... - UtusanM'sia


Beruntungnyer jadi orang Felda.. apa taknyer..  siang malam ditatang bagai menatang minyak sawit yang penuh.. dah tu plak asyik dibelai dengan penuh mesra macam membelai awek baru.. pendek kata mintak ler apa pun pasti dapat.. kira dah macam diorang ni ada lampu aladin sorang sebijik ler gamaknyer.. dah tu bukan tu jer..  hari-hari plak kluar TV.. glamor siut mengalahkan artis.... masing-masing berposing sakan sambil bercerita akan kehebatan Felda dan kisah durian runtuh yang bakal menjelma.. malah penonton yang takda kena mengena pun turut sama meleh air liur mendengar cerita diorang...

Korang bayangkan la walaupun diorang ni duit dah bertimbum sampai tak abis makan.. pendapatan pun beribu-ribu sebulan tapi tetap jugak dapat BR1M.. dan belum pun sempat duit RM500 tu habis.. diorang dapat plak lagi duit durian runtuh RM15 ribu.. itu tak masuk lagi pink form saham yang bakal diorang dapat.. bayangkan la kalau sorang dapat dua tiga juta lot saham.. perghh!! kayo siutt!!.. nampaknyer ramai la orang Felda yang jadi jutawan lepas ni..

Tapi itu semua untuk orang Felda.. bagi korang yang bukan orang Felda (termasuk ler gua).. stakat pekebun kecil ada ladang getah dua tiga ekar jangan nak menyebok dan berangan.. korang bleh pegi main jauh-jauh.. korang cuma bleh tengok dan dengar jer.. lagi satu jangan plak nak memandai-mandai mintak durian runtuh ataupun pink form bagai kat abang Ajib.. memang tak kena layan la.. lagipun kerajaan mana la ada duit.. dan korang pun bukannyer orang susah macam orang Felda yang sebelum ni terpaksa kais pagi makan pagi.. dan yang banyak bersusah payah mengundi abang Ajib selama ni pun hanya orang Felda jer tau tak..

* Sorry laa.. walaupun entri gua kali ni terdapat unsur-unsur jealous tahap dua.. tapi kira masih lagi terkawal.. dan nampaknyer lepas ni gua kena ler mengatur langkah drastik mencarik awek Felda plak bagi menggantikan awek-awek lama gua si Kathy dan si Mona.. hehehee!!

Friday, May 4, 2012

RELAKS LER PAK POLISI..

KUALA LUMPUR,  Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia atau National Union of Journalists (NUJ) meminta kerajaan supaya menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat insiden serangan yang didakwa melibatkan anggota polis terhadap wartawan dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong pembangkang Sabtu lepas.

Kesatuan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata jawatankuasa bebas itu harus mengambil alih siasatan kerana serangan itu melibatkan polis yang dituduh melakukan keganasan terhadap anggota media.

"Wartawan, termasuk dari media asing dipukul semasa bertugas merupakan satu tuduhan yang serius dan ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta hak wartawan untuk melakukan tugas dalam suasana dan persekitaran yang aman," katanya. - Bernama


Hello pak polisi.. gua takda hal klau lu nak belasah si Ambiga.. si Nuar.. si Guan Eng.. si Tok Nik atau si Azmin separuh mati sebab diorang tu memang jahat dan gua pun tau yang lu memang handal sebab lu ada pistol.. lu ada bom asap kalau diorang banyak songeh lu bleh kasi hambat dengan air asid.. dan gua pun tak kisah kalu lu nak lanyak atau nak sepak terajang orang ramai macam kobau sebab diorang memang ganas dan gua pun tau yang lu memang hebat sebab lu ada kuasa.. klau bawak mahkamah pun dah tentu lu akan menang dengan begitu bergaya sekali..

Dan gua pun tak kisah klau lu nak lipat atau kilas keting pakcik-pakcik serta makcik-makcik yang datang menyokong Bersih 3.0 tu.. sebab diorang tu semua pengganas yang mungkin telah mendapat latihan asas dari gang-gang Taliban atau al-Qaeda di Afghanistan.. dimana tindakan ganas mereka itu mungkin boleh mengancam keselamatan negara kita yang aman ni.. serta mengganggu gugat kedudukan selesa kuasa para pemimpin negara yang kita sayangi..

Namun begitu cuma satu jer yang gua tak puashati dengan lu.. iaitu lu dengan perasaan angkuh telah menunjukkan kuasa lu dengan melanyak para wartawan dengan begitu bersahaja.. mengangap diorang seperti kambing boer yang boleh dibelasah dan disepak terajang sesuka hati.. malah kamera diorang pun lu kasi rampas dan jahanamkan.. semata-mata takut gambar lu yang sedang naik hantu seperti Hulk tu tersebar keserata dunia.. hello pak polisi.. lu kena ingat diorang tu pun manusia makan nasik macam lu jugak..

Dan sempena Hari Kebebasan Media Sedunia ni gua harap semua yang terlibat dalam keganasan tu dapat dibawa kemuka pengadilan tanpa mengira bulu.. jika pak menteri boleh meminta para pemimpin pembangkang dipertanggungjawabkan diatas tindakan ganas para pengikut mereka.. maka pak menterii keselamatan dalam negeri serta ketua polis negara pun perlu turut sama bertanggungjawab diatas tindakan ganas anak buah mereka yang terlebih lagak yang membelasah para wartawan pada hari tersebut.. kalau tidak.. bagi gua tiada bezanya perangai para demonstrasi dengan pak polisi.. sama jer 2x5.. sama SENGAL.. sama GANAS...

* Ingat.. mata pena itu lebih tajam dari mata pedang serta lebih ganas dari peluru pistol.... sejarah telah membuktikan ramai pemimpin yang naik dan jatuh tersembam disebabkan pena wartawan.. maka dengan itu gua sebagai ahli kesatuan menyokong penuh gesaan pihak NUJ tersebut... hidup NUJ!!!..