Isnin, 24 November 2014

KEPELBAGAIAN BIO PUN KENA REMBAT.. HAMPEHHH!!


MUKADIMAH: LANJUTAN daripada pendedahan Utusan Malaysia berhubung situasi kemusnahan alam sekitar di Cameron Highlands, pihak kami menerima aduan beberapa lagi lokasi yang turut menuntut perhatian ramai. Menerusi Laporan Khas hari ini, wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia mengetengahkan realiti terkini Tasik Chini, Pahang merupakan sebuah tasik yang diiktiraf agensi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) kerana kekayaan rizab biosfera.

Namun, tasik air tawar semula jadi kedua terbesar di negara ini dilihat semakin bergelut untuk mengekalkan keaslian semula jadi akibat dihambat aktiviti manusia di sekelilingnya terutama perlombongan dan pembalakan hinggakan jangka hayat tasik ini turut menimbulkan perdebatan. Sedangkan dahulu, permata pelancongan Pahang ini sentiasa menggamit pelawat dari seluruh dunia tetapi kini, tasik yang sarat dengan kisah legenda itu menuntut komitmen semua pihak bagi menyelamatkannya agar Orang Asli yang tinggal di tebing Tasik Chini dapat terus bergantung hidup kepada tasik tersebut. - UtusanM'sia


Adoiii.. cakap banyak pun tak guna.... buat sakit hati.. kalau bebudak tu bleh la dinasihatkan.. tapi ni dah besar panjang.. dah tua bangka.. kira nasihat pakai pelempang jer.. tapi nak buek camno.. dah itu jer tahap pemimpin yang tinggal kat negara kita sekarang ni.. jadi korang tahan jer ler..

Dan kalau nak di ikutkan masalah ni bukan setakat kat Chini jer.. tapi berlaku dimana-mana.. malah kat kampung gua pun sama gak.. gua tengok dah habis segala tok nenek hutan dan bukit bukau kena tibai.. buat ladang katanyer.. sedangkan orang kampung nak mintak tanah punya ler susah.. ada jer syarat dan alasannyer.. tapi diorang sedap-sedap jer merembat.. macam harta pusaka tok nenek diorang dibuatnyer .. puiii..

Tapi kat dalam TV bukan main lagi bercerita.. Malaysia ni bertuah ler sebab kaya dengan kepelbagaian bio.. Malaysia ni komited ler terhadap pemuliharaan ekosistem bagi generasi yang akan datang.. gua yang tengok iklan kepelbagaian bio kat TV tu pun hangin satu badan.. ikutkan hati mau jer gua karate TV 14 inci gua tu.. biar bersepai..

Dan bagi menenangkan jiwa dan kepalo otak kita dengan masalah alam sekitar ni..apakata kita ingati dan hayati sikit bait-bait iklan yang kluar kat TV tu.. biasanyer iklan ni kluar time tengah-tengah malam.. time tokey balak.. tokey lombong dan pihak berkuasa termasuk pak-pak menteri dah tidor.. 

Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara paling kaya dari segi kepelbagaian bio.. blaa..blaa..blaaa

Bagi memastikan generasi akan datang dapat terus menikmati dan memperolehi faedah daripada kepelbagaian bio, usaha yang menyeluruh perlu dilaksanakan bagi melindungi sumber kepelbagaian bio ini.


Malaysia komited terhadap pemuliharaan ekosistem, kepelbagaian spesis dan genetik. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan menyediakan arah tuju pengurusan kepelbagaian bio di Malaysia. Selaras dengan dasar ini, kerajaan Malaysia telah mengguna pakai wawasan bersama mengenai kepelbagaian bio yang terdiri daripada 3 pendekatan utama. blaa..blaa..blaa


Perlindungan terhadap kepelbagaian bio adalah penting bagi generasi sekarang dan generasi akan datang. Marilah kita bersatu bagi mencapai wawasan bersama mengenai kepelbagaian bio dengan hidup secara harmoni bersama alam semulajadi. Kepelbagaian bio tanggungjawab kita bersama.


Aperrr!!!! kepelbagaian bio tanggungjawab kita bersama.. KEPELBAGAIAN BIO TENGKORAK LUUUU...

Isnin, 10 November 2014

TIADA MAAF BAGIMU.. IYO KE TU PAK MENTERI?..


PUTRAJAYA 9 Nov.. - “Tiada maaf bagimu”, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pendatang tanpa izin (PATI) yang menceroboh, termasuk ahli politik yang terlibat melin­dungi pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands sehingga menyebabkan bencana banjir lumpur dan tanah runtuh Rabu lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi membanteras gejala yang berleluasa itu, kerajaan akan menggerakkan operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan bagi memastikan pihak terlibat segera dikenakan tindakan tegas.


“Satu daripada sebab kenapa perkara ini (kejadian banjir dan tanah runtuh) berlaku adalah tidak ada ke­tegasan dari segi pelaksanaan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggarnya.


“Jadi, kita telah putuskan bahawa kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan saya telah arahkan satu operasi besar-besaran dilaksanakan bagi memastikan hal ini dihentikan segera,” katanya.... - UtusanM'sia


Nampaknyer kita masih tak berubah-ubah.. walaupun dah berapa kali ditimpa bala bencana dan musibah.. dan kita pun nampaknyer masih jugak tak serik-serik.. walaupun dah ramai yang cedera hingga ada nyawa yang kena tarik.. malah kita tetap degil masih jugak menarah tebing dan tanah.. hingga banyak hutan dan rimba yang ada dah habis punah.. kononnyer semua tu untuk pembangunan dan ekonomi negeri bagi kesejahteraan umah..

Ini la masalahnyer bila dilantik orang bangang jadi pemimpin serta penguasa.. hanya pandai bercakap tapi tak reti bahasa.. bila cakap bukan main lagi berdegar-degar seperti dia ler yang paling bijak serta mempunyai IQ luar biasa... sedangkan itu semua wayang dan lakonan yang sia-sia.. apataknyer baru kena dikritik sikit dah tersinggung dan terasa..

Tapi bila dah berlaku bencana.. dimana tebing dan tanah runtuh di sini-sana.. tau plak memasing menunjukkan kuasa.. tau plak yang tanah tu dah diteroka dan digondolkan semau rasa.. tau plak itu yang pendatang haram dah semakin berleluasa.. dan bila dah berlaku bencana dimana habis rumah dan kereta dipukul rata.. tau plak memasing membebel bercerita tentang segala tok nenek undang-undang dan akta..

Apa yang gua cakap ni bukan la nak mengata.. tapi itu la realitinyer masalah yang melanda negara kita.. bila kebanyakan pemimpin dan penguasa yang ada semuanyer kaki auta.. tak bleh pakai.. hanya setakat makan gaji buta.. sedangkan masalah yang berlaku betul-betul di depan mata.. dan bila dah kena sembur.. baru ler memasing menggelupur.. dan terus jer para pendatang dan peneroka haram tu diburu dan gempur..