Jumaat, 27 Januari 2012

BAHAYA RUPANYER JADI ORANG KAYO..

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan. Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.... - M'siaKini

Ini yang susahnya bila hidup menjadi hamba kepada harta.. masa takda harta sebok mencari harta.. berdoa siang malam semoga dilimpahkan harta berimbun-timbun.. dan sepatutnyer bila doa tu dah dimakbulkan Tuhan dengan melimpahkan harta yang berjuta-juta hidup kita bertambah bahagia.. tapi masalah lain plak yang timbul.. harta yang dicarik siang malam tu plak yang membuatkan hidup kita diselubungi bahaya dan ketakutan.. tak ker giler..

Dan itulah masalah yang sering menghantui ramai orang-orang kaya kat dunia ni.. dah la siang malam dok sebok memikirkan bagaimana nak menambahkan harta.. tapi bila dah kayo.. duit dah berkarung-karung tetiba plak hidup menjadi tak keruan.. sebok plak memikirkan sampai tak tidor malam bagaimana nak menjaga dan menyelamatkan harta yang ada dari dicurik.. tapi yang paling spoil bila ada plak malaon yang muncul menyuruh mengistihar segala harta yang bertimbun tu kat SPRM.. adoii!! potong stim betul ler..

Cuba kita tengok bagaimana selambernyer pakcik Robert Kuok Si Raja Gula yang memiliki rangkaian hotel Shangri-La dengan harta bertimbum-timbun lebih kurang US$12.5 billion mengisytiharkan harta beliau.. itu tak masuk lagi si Ananda Krishnan tokey Maxis termasuk ler Astro.. syarikat judi Pan Malaysian Pool serta Tanjung Golden Village (TGV) tempat korang melepak tengok wayang.. harta dia pun dah US$9.5 billion..

Kita tengok plak uncle Quek Leng Chan tokey Hong Leong Bank.. harta dia pun ada US$4.8 billion manakala harta pakcik Teh Hong Piow towkey Public Bank.. harta dia jer dah US$4.7 billion tak masuk lagi si Yeoh Tiong Lay boss YTL Group ada US$2.7 billion.. manakala pakcik Syed Mokhtar Al-Bukhary antara orang Melayu terkaya kat M'sia.. tak silap gua dia pun ada US$2.5 billion... dan kalaulah semua kepalo otak jutawan-jutawan tu berpikir macam si Nazri.. gua rasa dah lama majalah Forbes tu melingkup kena saman..

Untuk semua ahli-ahli politik termasuk la pak-pak menteri kat M'sia ni.. korang jangan risau la.. gua ni bukan nak pun harta dan duit korang yang bertimbun tu.. harta gua kat Kenya pun tak habis makan.. itu belum kira lagi hartanah gua yang berbillion kat Uganda.. tu yang gua malas tu.. nanti klau gua cakap lelebih korang kata gua ni riak plak..

Alaa gua pun tak heran la kalau semua pak menteri dan ahli politik kat M’sia ni ada duit berjuta-juta kat dalam bank.. gua paham sebab tugas-tugas mengumpulkan harta sebanyak mungkin tu dah termasuk dalam pakej tugas-tugas sorang menteri dan ahli politik... kalau tidak takan la diorang sanggup bergaduh dan bertegang urat.. banting sana.. banting sini.. malah ada yang sanggup membunuh dan menggunakan wang semata-mata nak mendapatkan kuasa.. kalau bukan kerana nak rebutkan benda ni.. iaitu HARTA...

Rabu, 18 Januari 2012

KAT TEMPAT GUA PUN ADA MASALAH GAK...

Shah Alam - Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji segala masalah penduduk di Selangor akan selesai sekiranya rakyat memilih perikatan tersebut untuk memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 depan. Perdana Menteri berkata demikian ketika Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini.

“Segala masalah penduduk di Selangor termasuk masalah sampah sarap, air dan sebagainya akan selesai sekiranya kerajaan BN memerintah negeri ini,” katanya yang sudah melakukan tiga lawatan dalam sebulan ke Selangor dalam usaha yang dilihat sebagai usaha menawan kembali kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum itu, Najib mengadakan lawatan “walkabout” ke Kompleks PKNS Shah Alam bagi mendengar keluhan peniaga-peniaga yang menghadapi masalah tekanan kenaikan kadar sewa sebanyak seratus peratus...- TheM'sianInsider

Begitu ler beruntungnyer orang Selangor ni.. walaupun diperintah oleh pakatan pembangkang tapi kita tengok sendiri bagaimana beria-ianyer abang Ajib sanggup terhegeh-hegeh dengan muka selamba datang menghulurkan bantuan.. dari sekocik-kocik hingga ler sebesar-besar masalah.. bukan main lagi gua tengok abang Ajib.. tanpa banyak soal terus jer berdesup meluru untuk menyelesaikan masalah diorang.. habis tu sapa cakap rugi besar kalau mengundi pembangkang ni..

Tapi yang frust ialah orang kampung gua ler.. dari dulu sampai ler skarang ni tak habis-habis dengan masalah lalat.. dulu kampung gua tak ler macam ni.. semua orang kampung hidup dalam suasana happy lagi ceria.. tapi episod duka ni bermula apabila tetiba terpacul tokey cina datang membuka ladang ayam kat kampung gua.. dan disitu ler bermulanyer era tranformasi kampung gua dari kampung ceria menjadi kampung si pening lalat... dan KPI nyer pun semakin meningkat dari tahun ke setahun..

Mungkin klau stakat sebijik tu kira okey lagi ler.. tapi bila dah ada dua tiga bijik.. mula ler orang kampung hangin satu badan.. mana taknyer siang malam asyik dok bergaduh dengan si lalat.. bukan setakat time nak makan jer kena ganggu.. malah time nak tidur pun diorang terpaksa bertarung dulu dengan serangga perosak mayarakat ni..

Dan saat yang paling menyeksakan orang kampung gua ialah ketika ada kenduri kendara lebih-lebih lagi time kenduri kahwin.. memang sengsara.. letih siut gua tengok diorang dan para jemputan bersilat dengan si lalat.. sampai orang kampung pun naik segan bila ada orang luar datang.. mana taknyer.. bila tengok si lalat dok sama menyebok dan bermaharajalela kat atas meja mau tak hilang selera makan...

Gua rasa dah naik berbuih mulut orang kampung mengadu masalah lalat ni.. baik ke majlis daerah hingga ler TV dan suratkhabar serta kat orang-orang politik keris bersilang.. satu pun tak jalan... semua lepas tangan.. tak silap gua alasannyer ialah projek tersebut didirikan di tanah persendirian.. yang gua heran mamat sengal yang meluluskan projek ni dulu tu tak terpikir ker masalah yang bakal dihadapi oleh orang kampung.. agaknyer kat kepalo otak diorang ni semuanyer dok sebok pikirkan pasal duit kut.. hampehh betulll!!

Mungkin negeri gua ni kena jatuh kat tangan pembangkang dulu kut.. baru ler abang Ajib bukak mato dan terhegeh-hegeh nak datang membantu.. nak harapkan Mat Asan datang menolong.. memang takdo la.. itu ler masalahnyer bila dapat pemimpin yang takda wawasan.. hanya stakat cakap berdegar-degar.. tapi klau kat negeri pembangkang bukan main lagi memasing tunjuk handal.. itu la daripada mengayakan anak-beranak kak Jat buat projek lembu fitlod.. baik dikumpulkan segala tok nenek reban ayam yang bersepah tu kat satu kawasan.. baru ler lalat tu dapat berkumpul dan bermain dengan tenang..

Itu sebabnyer kekadang tu gua tak percaya kalau mengundi pembangkang tu adalah satu kerugian.. sebab gua tak nampak dimana untungnyer mengundi parti abang Ajib.. sedangkan gua tengok negeri pembangkang lebih ditatang dan dibelai dibandingkan negeri gua.. tapi nak buek camno.. kalau dah masalah lampu jalan kat Felda Lui Selatan pun diorang tak dapat nak diselesaikan.. nak harapkan diorang ni selesaikan masalah lalat kat kampung gua.. memang takdo la.. mungkin orang kampung gua kena tunggu dapat MB baru dulu kut....

Khamis, 5 Januari 2012

PAK POLISI.. AMBIK LA GUANYER SELIPAR NI..

Di sela berita soal mulai panasnya politik Amerika Serikat menjelang pemilihan presiden, menyeruak berita yang 'menyegarkan', kasus pencurian sandal jepit di Indonesia. Dalam tulisannya, media sohor AS, Wahington Post mengangkat sandal jepit yang mereka tulis sebagai 'simbol baru untuk frustrasi mereka akan keadilan'.

"Ini gila," kata Titis Anissa, seorang guru sekolah menengah di ibukota, Jakarta, yang dikutip sebagai narasumber dalam tulisan itu. Ia mencatat bahwa pejabat pemerintah yang jelas-jelas bersalah menjarah kas negara masih dibiarkan 'melenggang' jalan-jalan ke luar negeri. "Ini seorang anak, muda miskin mengambil sepasang sandal seharga $ 3? Cukup sudah!"

Media ini menuliskan kronologi pencurian sandal jepit yang dilakukan AAL sepulang dari sekolah di Palu, ibukota Provinsi Sulawesi Tengah, pada November lalu. Ia kemudian diinterogasi dan dipukuli oleh tiga petugas, dan dihadapkan pada hukuman hingga lima tahun penjara jika terbukti bersalah, hukuman yang sama yang diberikan kepada banyak teroris, pengedar narkoba, dan pemerkosa.... - Republika.co.id..


Memang la.. sapo yang tak hangin bila tengok barang diorang kena curik.. kena plak selipar jepun bertatahkan berlian 24 karat.. lagi la mamat pak polisi tu hangin semacam.. gua pun sama.. kalau selipar jepun biru metalik kesayangan gua ni kena kebas pun gua hangin satu badan.. silap-silap ado yang kena panampar jepun buatan German dari gua... dan budak tu pun satu hal.. dah tau keja mencurik tu salah.. apsal nak jugak carik penyakit..

Alaa tak kira la curik selipar ker.. curik kasut kat masjid ker.. curik buah sawit ker.. getah sekerap orang kampung ker atau pun mencurik duit bank berjuta-juta sekali pun.. curi tetap curi.. salah tetap salah.. dan siapa pun yang mencurik memang patut dihukum.. tak kira la anak tukang kebun atau pun anak pak menteri sekali pun.. hukum tetap hukum.. tapi camno pun hukuman itu biar ler setimpal dengan kesalahan yang dibuat..

Janganlah stakat mencurik selipar jepun berharga 9 hinggit dihukuman sampai lima tahun penjara.. lebih kurang sama dengan hukuman pada si Tommy anak Soeharto yang merembat berjuta-juta hinggit serta terlibat dengan kes pembunuhan seorang hakim.. iaitu dipenjara lima nam tahun gak.. dah tu dapat bilik spesial.. siap dengan TV besar plak tu.. bayangkan la kalau budak tu curik tong gas.. mau rasanyer 20 tahun budak tu lepak dalam lokap.. ini pun orang ramai dah bising.. baru ler budak tu di lepaskan.. kalau tak mati kering ler...

Sebenarnyer orang ramai bukan mempertahankan budak yang mencurik tu.. tapi yang membuatkan diorang bangun memprotes ialah bila melihat undang-undang itu tidak berjalan mengikut jalur-jalur keadilan seperti yang diharapkan.. kena plak melihat perangai pak polisi yang berlagak bagus.. menjatuhkan hukuman mengikut selera tok nenek diorang.. apa taknyer.. ada ker nak tunjuk handal dengan bebudak.. alaa pak polisi.. tak payah ler nak bengkeng sangat dengan bebudak.... buat malu kaum siut..

Mengikut pengalaman gua la sewaktu berborak-borak dengan orang Indon ni.. diorang menyatakan bahawa untuk menjadi pak polisi jer diorang perlu menyediakan 12 hingga 16 ribu.. sorry!! bukan 16 ribu rupiah yer.. 16 ribu hinggit tau tak.. itu baru stakat nak jadi konstable jer.. kalau inspektor tu lagi mahal la dianyer bayaran.. begitu jugak untuk menjadi sorang tantara (tentera).. semuanya nak pakai modal.. itu pun belum tentu dapat.. kalau gagal hanya separuh jer yang akan dipulangkan.. yang lain tu kira hangus kat tengah jalan..

Dan bukan stakat nak jadi pak polisi dan tantara jer yang nak pakai modal.. nak jadi satpam (kira kat sini pengawal keselamatan ler) itu pun nak hulur gak.. tapi kita kat M’sia ni siap import lagi mat gurkha untuk jadi pengawal keselamatan.. itu sebabnyer di Indon kerjaya beruniform ni dipandang tinggi.. lebih-lebih lagi pak polisi dengan tantara.. perghh jalan berkepak siutt!!.

Bagi diorang kerjaya tersebut bukan untuk calang-calang orang.. jawatan tu hanya untuk anak orang-orang yang berduit.. mana yang tak berduit korang bleh main jauh-jauh.. belajar ler setinggi mana pun.. malah yang ada yang sanggup bergolok-bergadai semata-mata nak jadi pak polisi ataupun tantara.. tapi bila dah dapat pakai uniform.. korang tunggu jer ler.. masing-masing mula la nak tunjuk handal...

Dan gua sendiri pernah tengok bagaimana pak polisi yang membuat roadblock di sana tanpa segan silu.. tanpa rasa bersalah dengan selamba jer memungut duit dari pengguna jalanraya.. kita kat sini pun ada gak pak polisi yang perangai macam tu.. tapi tak la secara terang-terangan.. dan baru ler gua paham.. begitu ler caranyer diorang mengambil balik duit modal 16 ribu hinggit yang telah dilaburkan sebelum ni.. dan itu ler sebabnyer masalah rasuah di Indonesia memang susah nak dibenteras.. sebab dah berakar umbi..

Korang bayangkan la kalau nak jadi pak polisi untuk menjaga keamanan orang ramai pun kena hulur.. tak tau la kalau yang nak jadi hakim.. dan begitu ler masalahnyer bila semua urusan memerlukan modal... dan bila jurang ekonomi antara yang kaya dan yang miskin semakin melebar.. bilo yang kayo semakin kayo dan yang miskin semakin miskin.. dan bila ramai kaki korup dilantik jadi pemimpin... maka kita tunggu.. tak mustahil apa yang sedang berlaku di Indonesia.. seperti yang kita lihat sekarang ni akan berlaku pada kita disini suatu hari nanti.. cuma masa yang menentukan cepat atau lambat....

Ini sandal jepit (alaa selipar jepun ler) bertatahkan berlian yang dok dikecohkan tu.. dilaporkan bahawa selipar kalis air ini mampu bertukar menjadi kapal selam bila si pemakainya mengenyitkan mata kanan tiga kali sambil menjunjung tayar lori pikup..