Rabu, 23 Januari 2013

MARI KITA KE FIESTA...


Kalau ikutkan gua memang malas nak masukan sebarang iklan dalam blog gua yang entah apo-apo ni... tapi kawan punya pasal.. maka nak tak nak terpaksa ler jugak gua ikutkan kehendak diorang..  bukan apo nanti kalau tak diikutkan ada plak kata gua ni berlagak ler.. poyo ler.. sombong ler dan macam-macam lagi ler tuduhan liar yang diorang lemparkan.. korang paham-paham jer ler perangai wartawan ni..

Okey lerr.. andaikata kalau dalam sehari dua ni korang tiada apa-apa perancangan nak kemana atau tiada sebarang aktiviti yang nak dibuat.. apakata korang luangkan sedikit masa korang.. untuk hadir bagi memeriah serta mengecohkan keadaan di karnival Jom Fiesta diorang di Seri Utusan kat Bandar Baru Bangi yang akan bermula besok pagi hingga ler hari Ahad ni..

Kata member gua tu banyak aktivit-aktiviti berpaedah yang boleh korang join kat sana nanti.. antaranyer mencari hantu dengan Mastika.. bermanja dengan Huzz dan URTV.. masak dengan Saji.. bersolek sakan dengan Harmoni.. pertandingan tiup belon serta berfesyen dengan Wanita.. ceramah Al-Islam pun ada dan banyak lagi ler...

Kata member gua tu lagi.. selain hadiah yang begitu banyak yang boleh korang menangi.. awek-awek cun pun bleh tahan gak ramai.. rugi korang tak datang katanyer... haa apa lagi jemput ler datang.... kalau boleh bawak ler semua ahli keluarga korang nanti yer..

Jumaat, 18 Januari 2013

ADAKAH SALAH KERAJAAN KALAU...

AMPANG - Protes terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang gagal mengatasi isu krisis air di Lembah Kelang berterusan apabila siri bantahan sama berlangsung pula di Taman Dagang, Ampang semalam. Lebih 50 penduduk di Pangsapuri PKNS Taman Dagang melakukan demonstrasi aman mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan kerana didakwa gagal mentadbir negeri ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang yang juga Ketua Umno Bahagian itu, Datuk Ismail Kijo berkata, kesan dari kegagalan kerajaan negeri menguruskan pengurusan air dengan cekap telah mengakibatkan hampir seluruh penduduk Ampang menderita ketiadaan sumber air.. - SinarHarian


Betul tu Pak Mail... baru ler kitorang paham dan sedar.. rupa-rupanyer semua ni bukan salah tokey air tapi salah kerajaan... Pak Mail lepas ni kitorang janji akan salahkan kerajaan KALAU..

Surat lambat sampai hingga berminggu-minggu.. kitorang tak salahkan pak posman.. tapi salahkan kerajaan..

Keretapi tu lewat sejam dua.. kitorang tak salahkan KTM.. tapi salahkan kerajaan..

Letrik terputus berjam-jam atau berhari-hari kat kampung.. kitorang pasti tak salahkan TNB.. tapi salahkan kerajaan..

Kapal terbang MAS lewat pun.. kitorang janji tak salahkan tokey MAS.. tapi salahkan kerajaan..

Tempat kitorang gula tak cukup atau naik harga.. tetap kitorang tak salahkan raja gula.. tapi salahkan kerajaan..

Minyak masak tak cukup atau naik harga.. kitorang tak salahkan tokey minyak.. tapi akan salahkan kerajaan..

Tol naik pun kitorang tetap tak salahkan tokey tol.. tapi tetap salahkan kerajaan..

Jalan kampung kitorang berlubang sana-sini.. kitorang janji tak salahkan kontraktor JKR.. tapi akan salahkan kerajaan..

Talipon kitorang terputus-putus pun kitorang tak salahkan tokey Telekom.. tapi salahkan kerajaan..

Kampung atau negeri kitorang takda air berhari-hari atau berminggu-minggu macam yang berlaku kat Selangor sekarang ni.. kitorang berjanji tak akan menyalahkan tokey air.. tapi akan salahkan kerajaan..

Kambing boer si Leman Kasau menceroboh kebun kitorang pun pasti kitorang tak salahkan si Leman tapi akan salahkan kerajaan.. pendek katanyer semua salah kerajaan ler.. bukan salah tokey swasta.. tak gitu Pak Mail..

Selasa, 15 Januari 2013

ANTARA ALLAH DAN DEWA JANUS..

ALOR SETAR 14 Jan. - Dua tokoh agama menasihatkan agar Pas berhati-hati dan bertindak lebih matang dalam menangani isu berkaitan agama seperti kalimah Allah demi menjaga akidah umat Islam di negara ini. Salah seorang tokoh terbabit iaitu pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah menyifatkan cara Pas menangani isu kalimah Allah menggambarkan kedangkalan parti itu dalam hal berkaitan agama.

Katanya, walaupun Majlis Syura Ulama semalam memutuskan kalimah Allah hanya untuk agama Islam namun pendirian Pas sebelum ini yang membenarkan bukan Islam menggunakannya mengundang kecelaruan. - UtusanM'sia


Gua ingatkan dah selesai dah isu nama Allah ni.. rupanyer tidak.. ni ler jadinyer bila ramai sangat yang bijak pandai..  semua nak bercakap.. itu sebab ler kita nak marah pun tak boleh.. kerana perangai kita sendiri yang tak berenti-henti bertelagah itu yang membuatkan orang bukan Islam makin hilang rasa hormat dengan kita.. cuba kita pikir.. tok paderi yang dok mengecohkan benda ni syok-syok tidor lena kat rumah.. yang kita plak dah berminggu-minggu masih lagi tak habis-habis berceramok.. bergaduhkan perkara ni.. tak ker gila.. sedangkan majlis fatwa dah pun keluarkan kenyataan..

SHAH ALAM - Pendirian membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu satu langkah seolah-olah merelakan ALLAH Yang Esa dalam ajaran Islam itu disekutukan, kata Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid. Oleh yang demikian katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh penganut agama Islam supaya ia tidak menimbulkan sebarang keraguan di kemudian hari.

"Jika kalimah ALLAH itu digunakan dalam Bible menggantikan 'God' sedangkan 'God' dalam Bible itu adalah 'Trinity', Tuhan yang ada anak, Tuhan yang ada bapa, Tuhan yang ada isteri,  jadi beerti, andai kata kita redha kalimah ALLAH digunakan dalam Bible, maknanya kita telah pun merelakan ALLAH itu bukan lagi Esa," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pakatan Rakyat berhubung penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam.

Meskipun begitu katanya, penggunaan kalimah ALLAH dalam keadaan-keadaan tertentu misalnya dibolehkan kepada penganut agama lain selain Islam.. -  SinarHarian


Gua yakin semua orang Islam di negara ni sayang dan cintakan Allah.. tapi bila Tuhan suruh kita semua berbuat baik.. jangan rasuah… jangan memfitnah orang.. jangan naya orang.. jangan mengkafirkan orang.. jangan minum arak.. jangan hisap dadah.. berjudi.. jangan kelepet harta rakyat... hidup berbaik bersangka.. sayangi mak bapak.. jaga alam sekitar termasuk hutan belantara dan macam-macam lagi.. tak plak kita ikut.. makin teruk lagi ada.. jenayah dan buang bayi makin menjadi-jadi.. habis kayu balak dah tanah kena rembat.. hinggakan ketua gangster si Cheng Poh pun bleh jadi member kamcing..

Dah tu kalau hari raya diorang.. kita pun sama sebok nak tompang semangkuk.. kekadang tu kita plak yang lebih-lebih.. sebok berbaris kat open house 1M’sia diorang.. siap anjurkan lagi.. untuk pelancong katanyer.. dah tu ada plak kongsi raya ler.. deparaya ler.. yang hamlaunyer ialah bukan stakat Valentine's Day diorang jer kita sama menyebok beli hadiah.. malah sambutan Tahun Baru Dewa Janus diorang pun orang kita tak nak ketinggalan.. sebok gak nak berkongsi dan raikan bersama.. jadi sekarang ni jangan la marah kalau diorang plak sebok nak berkongsi Tuhan kita..

Rabu, 9 Januari 2013

AIR.. AZABNYER TAKDA AIR..

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Krisis air di Lembah Klang terutamanya di Ampang dan Cheras dijangka berterusan sehingga sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Situasi air di kedua-dua kawasan itu akan dipantau rapi dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan memaklumkan kepada penduduk mengenai kedudukan terkini setiap hari. Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata berikutan itu, Syabas menempatkan petugas teknikal dan bukan teknikal dari pelbagai jabatan untuk membantu.. blaa..blaa..blaaa...

"Menjadi tanggungjawab kita untuk membekalkan air bersih kepada penduduk, dan memandangkan kita tidak boleh berbuat demikian melalui saluran paip, kita akan mengagihkan air menggunakan lori dan tangki. Kita akan membantu membawa air ke kediaman mereka," katanya.. blaa..blaa..blaaa...
 

Rozali berkata sekiranya ada sukarelawan yang ingin membantu penduduk yang terjejas akibat krisis air ini, mereka diminta menghubungi ibu pejabat Syabas untuk mendaftar sebagai sukarelawan... - Bernama

Nasib baik ler rumah gua tak termasuk dalam kawasan bencana masalah air ni.. kalau tak azab siut gua nak mengangkat air... kalau stakat tingkat satu atau tingkat dua tu boleh ler gua tersenyum manja lagi... tapi kalau dah tingkat empat dengan lifnyer pun takda.. korang paham-paham jer ler.. gua rasa bukan stakat urat keting jer boleh putus.. silap-silap body gua yang sasa ni pun bleh senget dibuatnyer...

Untuk pengetahuan Abang Rozali si tokey air yang bergaji besau.. takda air tu memang ler satu hal.. tapi nak mengangkat air tu yang azab skit tu.. dah tu terpaksa plak menunggu lori air pukul tiga empat pagi.. dengan letih setengah mati serta mata yang mengantuknyer lagi.. lepas tu kena plak bangun awal bersiap nak pegi keja atau hantar anak kesekolah... memang azab.. gua rasa jangankan sukarelawan hanturaya pun boleh cabut lari siut!!.. dan kalau kena kat Abang Rozali gua rasa Abang Rozali pun akan demam seminggu...

Dan sebenarnyer diorang pun dah tak larat nak dengar cerita Langat-Langat ni.. dan tak payah ler dijaja lagi kisah ni.. sekarang ni diorang hanya nak kan rumah diorang berair.. itu jer.. cuma yang pelik sekejap kata empangan tak berapo nak berair.. tapi bila sekarang ni musim hujan dan air empangan dah penuh.. tetiba kata injin rumah pam plak jahanam.. tercabut skru ler.. timing belt putus lapan ler sebab tak larat nak pam air.. aiii panjang boto aka ekau ni yo....

Yang penting sekarang ni repair atau ganti dulu injin kat rumah pam tu dengan injin supercharger yang lebih power.. kalau dapat injin kapal solam lagi bagus.. atau ditambah lagi rumah pam tu dua tiga ribu bijik... dan bila air tu dah okey.. dah pulih seperti sediakala.. haa baru ler Abang Rozali yang bergaji besau boleh cerita balik pasal Langat ni.. dan bukan stakat empangan Langat 2 jer.. nak buat empangan New York 6 pun bleh...

* Kalau gua ler.. biar takda letrik jangan takda air.. azab siut.. klau takda letrik bleh lagi pakai lilin.. tapi kalau takda air hapak badan tak mandi..

Jumaat, 4 Januari 2013

JALAN BERLUBANG MEMANG BAHAYO..

ALOR GAJAH - Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, cedera selepas motosikal Modenas CT100 yang ditunggang terbabas sebelum dia tercampak di Jalan Perindustrian Kelemak, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa, Wahida Abd Rashid, 18, dari Sungai Petai ke sebuah taman di Lendu sebelum terbabas melanggar lopak lalu tercampak ke tengah jalan... – SinarHarian


Mungkin ada diantara kita yang pernah alami.. bagaimana ketika tengah syok memandu sambil layan top speed tetiba kita dikejutkan dengan beberapo lubang di kiri dan kanan jalan.. dah tu bukan main besar plak tu mengalahkan kawah gunung berapi.. dah tentu kita jadi kelam-kabut menekan brek.. kalau sempat boleh ler di elak... kalau tak sempat.. sendiri mau ingat ler.. silap-silap tayar pun bleh tercabut siutt!!.. dan bayangkan kalau la kalau kita drive waktu malam atau tengah hujan lebat.. dengan satu haram papan tanda pun takda.. tak ker ngeri..

Gua rasa sesapa pun akan hangin satu badan kalau bawak kereta.. lori.. bas.. jengkaut.. motor.. beskal atau apa saja kenderaan kat jalan yang rosak.. berlubang-lubang dan berlopak sana-sini.. mengalahkan jalan lori balak.. ado lopak yang besar macam kolam renang.. dan ado yang dalam mengalahkan perigi buta.. dan kita anak-beranak yang kat dalam kereta tu turut sama melambung-lambung macam orang menari gangnam.. bukan tu jer.. kaki tangan pun turut sama lengoh kerana asyik menekan brek serta memutar stering ke kiri dan ke kanan..

Dan kengerian inilah yang gua alami sekarang ni setiap kali gua balik ke kampung melalui jalan Bahau Dangi..  gua rasa jalan tu baru jer setahun dua ni di baik pulih.. tapi gua tengok dah makin jahanam... banyak yang dah rosak dan berlubang sana sini.. walaupun sebelum ni ada gak gua tengok orang merepair.. tapi tak tahan lama.. ia akan tetap berkawah dan berlubang semula.. mano punyer kontraktor kelas X yang buat jalan tu pun gua tak tau ler..

Kekadang tu sambil mengelakkan lubang disepanjang jalan.. mula ler hati gua memaki kontraktor serta mamat yang meluluskan tender merepair jalan tu.. kok ya pun carik ler kontraktor kelas X yang okey sikit... yang paling gua kesian ialah bila menengokan pakcik-pakcik bawak motor yang terpaksa melilau mengelak lubang.. bukan apo.. takut nanti dok sebok nak mengelakkan lubang lori simen pun sampai.. tak ker naya.. nasib baik gua ni hanya sesekali jer gunakan jalan tu.. kalau hari-hari tak tau la.. gua rasa bukan stakat skru dan bumbung kereta gua jer bleh longgar... silap-silap tulang belikat gua pun bleh tercabut siuttt!!..