Jumaat, 27 Julai 2012

SELAMAT BERPESTA DENGAN SI MATO SATU..


Nampaknyer pagi ni (kira waktu kita kat M'sia) bermula ler pesta sukan Olimpik di London.. pesta yang korang semua dok tunggu-tunggu selama ni sampai termimpi-mimpi.. menurut khabar angin yang bertiup kencang mengatakan bahawa sukan ini dijangka akan mengatasi kemeriahan sukan rakyat dikampung gua bulan lepas dari segi jualan tiket serta kehadiran awek-awek cun.

Cuma gua kali ni harap para atlet kita kat sana nanti dapat la menunjukkan kehandalan memasing sehingga ketahap maksima supaya setiap gerakan dan jelingan korang nanti dapat menggerunkan pihak lawan termasuk dengan para penonton sekali..

Bagi gua tak kisah la acara sukan apa pun yang korang masuk.. baik acara lari dalam guni.. acara sepak tiang.. galah panjang.. tiup belon ataupun acara baling botol.. yang penting korang kena ler tunjukkan semangat kesukanan korang ditahap super gigil.. tapi kalau rasa dah nak kalah tu boleh ler korang main kasar sikit... yang penting korang jangan kantoi dengan doping (ujian air kencing) sudah.. ini bahayo silap-silap pingat yang korang dapat tu pun bleh hilang sekelip mato.. buat penat jer nanti korang belari kat sana..

Akhir sekali.. kalau korang jumpa si Wenlock dan si Mandeville.. mamat moskot bermata satu tu.. korang siku jer dia punyer kerongkong.. gua tengok si mamat maskot tu dah makin melampau... cuba nak berlagak jadi dajal bermata satu konon.. pegi dahh!!

 
Blah la lu si Wenlock dan si Mandeville dajal mato satu.. klau gua jumpa lu kat pasar malam Keramat nanti tau la nasib lu..


 
Patut ler korang pilih bulan Ramadan..

Isnin, 23 Julai 2012

SALAM RAMADAN.. REHAT LA KEJAP..

PUTRAJAYA  - Pakatan pembangkang perlu mengotakan janji mereka untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, dalam hal tersebut pihak pembangkang perlu melaksanakan apa yang mereka maksudkan dan bukan sekadar memberi janji manis semata-mata.

"Saya harap mereka akan buat seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita pada Program Berbuka Puasa Maidatul Al-Rahman di sini malam tadi... - UtusanM'sia


Walaupun dah agak terlewat tapi camno pun gua tetap gak nak ucapkan Salam Ramadan kepada semua pembaca blog yang entah apo-apo ni.. walaupun cuaca tak berapa nak menentu.. tapi itu semua tak menjadi halangan untuk kita semua meneruskan ibadat puasa.. dan gua tengok pasar-pasar Ramadan di seluruh negara termasuk kat tempat gua pun bleh tahan gak dia punya meriah.. sampaikan ada yang tak menang tangan nak menjinjing makananan... biaso la kalau dah ada kat situ semuanyer nak dibeli.. klau boleh dengan tokey-tokey pasar tu nak diangkut sekali..

Memandangkan 1 Ramadan kali ni jatuh pada hari Sabtu.. maka dengan gumbiranyer dapat la gua meluangkan masa menyambut puasa bersama keluarga di kampung.. biaso kalau kat N9 sebelum puasa tu diorang akan menyambut mantai puaso.. ikutkan dulu maso gua bebudak klau time nak menyambut puasa ni dia punyo meriah mengalahkan macam nak sambut raya.. siap ada yang sembelih lembu.. buat lomang dan rendang sekali.. cumo takda bunga api ngan mercun jer.. tapi sekarang dah kurang la sikit dia punya meriah.. mungkin yang tingal kat kampung pun orang-orang tua jer kut.... kalau masak beria-ia pun sapa la yang nak makan..

Tapi yang tak bestnyer gua tengok orang-orang politk di negara kita ni nampaknya seperti tidak mengenal Ramadan.. masih ada jer yang tak kena.. cuma harapan gua di sepanjang Ramadan ni diharap diorang semua dapat melakukan GENCATAN POLITIK buat sementara waktu.. bagi la peluang rakyat negara ni beribadat dengan tenang serta merehatkan kepalo otak diorang semua dari cerita-cerita politik yang semakin merapu meraban tahap enam di sepanjang bulan yang mulia ni..  lepas tu kalau nak bergasak.. banting sana.. banting sini sampai pengsan pun gua tak kisah.. lantak korang la nak melingkup!!!..

Jumaat, 6 Julai 2012

DAH MACAM FILEM TAMIL LER PLAK..

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung... dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di ibunegara hari ini.

Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi perdana menteri... blablaa.. blablaablaa.. blablablaa.. blablaa.. blablaablaa.. blablablaa..

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

"Kita buat dua jawatan perdana menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya. - M'siaKini


Gua rasa okey gak idea Dr. M ni.. dah macam cerita tamil yang pernah gua tengok kat TV dulu plak rasanyer.. sorry la gua lupa plak tajuk tamilnyer.. tapi klau versi hindustan nama filem tu Nayak dan heronya si Anil Kapor..  kisahnyer ialah bagaimana si hero yang juga sorang wartawan tv dengan berani telah membongkarkan skandal salah tadbir sorang ketua menteri yang terlibat dengan salah guna kuasa.. rasuah.. gangster dan macam-macam skandal lagi ler termasuk mencurik kambing dan basikal orang kampung..

Lalu ketua menteri jahat yang tak puas hati dengan si hero yang berlagak berani tu terus mencabar si hero supaya menjadi ketua menteri selama sehari.. supaya hero yang banyak songeh tu rasa sendiri macamana susahnyer menjadi sorang menteri yang terpaksa bersengkang mata semata-mata nak menjaga kebajikan rakyat.. lain kali jangan tau mengkritik jer....

Apa lagi si hero tu pun dengan selamba terus menyahut cabaran tersebut untuk menjadi menteri sehari.. satu kerja yang tak pernah dibuat dek orang.. walaupun kerja tak bergaji tapi dengan kuasa menteri sehari yang beliau ada.. si hero sendiri yang pergi menangkap dan melanyak semua kaki-kaki rasuah yang ada dalam kerajaan termasuk si ketua menteri sendiri..

Korang bayangkan la itu baru sehari jer hero dapat jadi menteri.. kalau lima hari tak tau la berapa ramai yang beliau hambat.. melihat perangai hero yang berlagak poyo tu membuatkan si ketua menteri jahat tu rasa tak puas hati.. lalu membunuh kedua ibu bapa si hero dengan meletopkan rumah beliau hingga tinggal rangka...

Ini membuatkan si hero menjadi marah.. lalu beliau pun mengatur gerak untuk membalas dendam terhadap si ketua menteri yang jahat tu.. maka berlaku ler satu pertarungan one by one yang sungguh dasyat sehinga sukar  hendak digambarkan dengan kata kata.. cerita tu memang sadis sampai gua pun hampir-hampir jer nak menghempaskan tv 14 inci gua tu akibat terlalu geram dengan perangai hamlau menteri jahat tu.. ceh!! sebenarnyer gua bukan nak menghasut.. tapi untuk tau lebih lanjut cerita tu korang tengok ler sendiri filem tu..

Nak buat macamana... politik M'sia pun dah macam filem tamil.. kecoh tak habis-habis.. banting sana.. banting sini.. yang sana nak tunjuk tarian.. yang sana nak tunjuk lawak.. last-last rakyat yang pening..