Jumaat, 29 Januari 2010

TAK LAA LAJU PUN..


KUALA LUMPUR  - Kita sering melihat di bahagian belakang badan bas ekspres tertera had kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya iaitu 90 kilometer sejam. Tetapi apa yang disaksikan oleh wartawan Utusan Malaysia ketika menyertai operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Lebuh Raya Utara Selatan kelmarin, amat mengejutkan. Ia kerana dalam operasi itu, JPJ mengesan seorang pemandu 'pelesit' ke Johor Bahru memandu dengan kelajuan 170 kilometer sejam. - Utusan M'sia

DENGAN penahanan sebuah bas ekspres Seri Punai yang sedang asyik berlumba di Highway Kajang awal malam tadi.. akhirnya pak polisi telah berjaya dengan cemerlangnya menyelesaikan kes kehilangan enjin jet F-5EX5 2500bhp 87.6mghz yang telah hilang dari stor simpanan tempoh hari.. apabila mereka mendapati enjin jet tersebut telah dipasang secara rahsia pada bas ekpres tersebut bagi menambahkan kuasa pecutan sehingga mencapai tahap kelajuan cahaya bersamaan 9.5 skali ricter yang boleh membawa tsunami..

Menurut Sarjan Buncit yang mengetuai operasi tersebut yang turut dibantu oleh Rizal Minggo ketua pertubuhan rukun tetangga Taman Tanming Jaya menyatakan sewaktu operasi tersebut dilakukan mereka telah terserempak dengan sebuah bas yang dipandu terlalu laju sehinga sukar dilihat dengan mata kasar dan tanpa berlengah lagi beliau bersama Rizal Minggo terus mencapai motor kapcai masing-masing lalu terus menghambat bas ekspres tersebut tanpa rasa malu.. 

Tambah beliau lagi.. sewaktu mereka sampai di pekan Kajang.. mereka lihat meter motor kapcai mereka telah mencecah hampir 257km/j dan bas ekspres yang mereka hambat masih mengungguli di hadapan kira-kira 2 km lalu mereka pun dengan pantas terus menukar giar 1 kepada giar 8 bagi menambahkan kuasa pecutan.. ini membuatkan bas ekspres yang menyedari mereka telah diekori terus menukar giar 12 lalu meninggalkan sarjan Buncit dan Rizal Minggo jauh dibelakang.. 

"Pada mulanya kami telah kehilangan jejak tetapi sebaik saja kami lalu di depan sebuah kedai satay Kajang yang terkenal tu.. kami terserempak pemandu bas tersebut sedang asyik melanyak satay tanpa menyedari kehadiran kami.. apo lagi gua pun naik hangin laa.. dah la bawak bas bukan main laju sampai nak tercabut gua punyer spoket nak mengejar.. dah tu makan satay pun tak nak ajak kitorang... tak bleh jadi ni.. apo lagi gua ngan Sarjan Buncit pun oder ler satay 200 cucuk.. sajer jer gua makan kat sebelah driver tu.. dio ingat dio sorang jer mampu makan satay.." luah Rizal Minggo tak puas hati lalu mengeluarkan beberapo cucuk satay yang sempat dirembat dari kedai satay tersebut dari poket beliau..

"Abis tu apsal korang tak tahan jer driver bas tu maso dio tengah syok makan satay kat situ.." tanya spy Penanggah..

"Maso tu mana la nak ingat.. kepalo tengah ingat satay jer..." terang si Rizal Minggo sambil mengunyah satay dengan lahapnyer...

"Abis tu macamano plak yang korang bleh tangkap si driver bas tu" tanya spy Penanggah lagi ingin tahu..

"Perrghhh!!.. kalau ikutkan panjang crito dio ni.. abis jer kitorang makan satay.. kitorang pun sambung balik la adegan kejar mengejar separuh ngeri tu.. masuk jer highway Kesas gua tengok bas ekspres tu dah berdesup.. gua agak-agak pun mau 370km/j.. apo lagi gua ngan sarjan Buncit pun tak bagi can laa.. gua terus masuk giar 21.. zaassssss.. gua terus buat aksi superman dan gua tengok Sarjan Buncit kat belakang plak buat aksi spiderman.. keadaan makin ngeri.. sampai kat simpang Gombak gua dapat tangkap ekor bas tu.. gua pun apo lagi.. terus jer gua karate tayar belakang bas tu dan sarjan Buncit plak tak bagi can terus jer menyiku lampu brake.." cerita rizal Minggo dengan penuh perasaan..

"Suspen gak cerito korang ni.. abis tu apo yang berlaku.." tanya spy Penanggah tak sabar-sabar..

"Mula-mula bas tu tak nak berenti.. masih lagi nak ajak race.. gua yang dah naik hangin ni apo lagi.. dapat jer gua himpit bas tu.. gua terus gigit dionyer sport rim 14 inci tu.. tu yang buat dionyer diver hilang kewarasan terus terbabas masuk dalam sungai Gombak... chek punyo chek patut la bas ni laju semacam.. dio pakai enjin jet F5-E Skyhawk ruponyer.. tapi tu smuo tak menjadi masalah kat gua sebab guanyer motor kapcai pun pakai enjin kapal solam..'' cerito Rizal Minggo beria-ia separuh bangga..

"Apo la lu ni.. asyik lu jer nak becerito.. bagi la can kat gua nak cerito plak.." Sarjan Buncit tetiba mencelah..

"Tak mau la.. crito ekau tak best.. banyak sangat iklan.." jelas spy Penanggah lalu terus meninggalkan Sarjan buncit terkebil-kebil..

"Kurang ajau luuu Penanggah"..

Selasa, 19 Januari 2010

JOM 'CAH KETING'KAN MEREKA..


BATU PAHAT - Kewujudan budaya 'cah keting' dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini. Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia nyata serius sehingga memaksa Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa khusus memohon perlindungan - Utusan 'Msia

Pergeseran yang berlaku antara geng Pok Nik dengan geng Kolenal Mat yang telah berlarutan hampir 100 tahun itu.. yang sebelum ini dilihat semakin sejuk.. tiba-tiba menjadi semakin panas semula sejak seminggu dua ini apabila terdapat penyokong Pok Nik yang tidak berpuas hati.. apabila ada segelintir penyokong Kolenal Mat yang cuba men’cah keting’kan mereka dari memasuki pertandingan ayam katik cun 9 sebelah.. bagi merebut piala pusingan YB Dato’ Mat Yeh peringkat suku akhir zon Machang baru-baru ini.. 

Bibit-bibit permusuhan ini mula tercetus apabila terdapat beberapo pemain import dari geng Kolenal Mat dilihat cuba menipu sewaktu sewaktu pertandingan tersebut… apabila mereka menggunakan tabung ayam dan sardin cap ayam bagi menentang ayam katik dari kumpulan Pok Nik yang sebelum ini adalah juara bagi kategori ayam katik kacak bergaya di daerah tersebut selama 12 tahun berturut-turut... 

Namun usaha penipuan tersebut telah dapat dihidu dengan begitu kemas oleh pengadil import perlawanan iaitu Pak Braim dari persatuan Abang Perkasa Semenanjung yang ketika itu sedang syok bermain dam ular bersama-sama penyokong Pok Nik di tepi pintu stadium bagi mengadili pertandingan tersebut dengan lebih jelas.. jitu dan tanpa cah keting.... 

Malah Pok Nik turut mendakwa terdapat segelintir penyokong Kolenal Mat cuba  memfitnah beliau dengan menyatakan bahawa ayam katik yang beliau beli secara tunai di bazar Tok Guru tersebut bukanlah ayam katik yang original tapi adalah ayam katik yang kaburetornya telah diubah suai.. malah dengan fitnah tersebutlah menyebabkan ayam katik Pok Nik gagal untuk memasuki pertandingan ayam katik cun kategori 75kg keatas.. dan lebih mengecewakan lagi ayam katik beliau hanya mampu mendapat tempat ketiga bagi acara ayam katik kurang cun kategori 25kg kebawah..

Melihatkan kekalahan mengejut tersebut.. membuatkan penyokong Pok Nik begitu kecewa.. malah hampir-hampir saja berlaku adegan jeling-menjeling yang agak ganas antara kedua penyokong.. dan ini menyebabkan Pak Braim selaku pengadil perlawanan terpaksa memberhentikan perlawanan tersebut pada minit ke 30 waktu kecederaan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah..

Bagi meredakan keadaan.. Pak Braim meminta Pok Nik agar bertenang dan berdoa agar mereka yang men’cah keting'kan beliau mendapat balasan yang setimpal.. lalu Pok Nik pun berdoa… dengan tiba-tiba semua ayam katik dari kumpulan Kolenal Mat telah bertukar menjadi katak puru.. ini membuatkan Pak Braim terkejut beruk dan hampir sawan.. setelah waras semula Pak Braim pun meneruskan semula pertandingan tersebut tetapi dengan menukar acara pertandingan ayam katik cun tersebut kepada acara katak katik cun 5 sebelah secara sistem kalah mati..

Ini membuatkan Pok Nik serta penyokong beliau bertambah kecewa kerana mereka tidak mempunyai katak puru untuk menyertai pertanding tersebut.. berasakan diri beliau seperti telah di tipu dan di 'cah keting'kan oleh Pak Braim.. maka Pok Nik pun berdoa.. dengan tiba-tiba Pah Brahim pun bertukar menjadi katak puru albino yang agak keputih-putihan.. melihat kejadian ngeri tersebut membuatkan semua penonton bertempiaran meninggalkan stadium.. malah para penyokong dan peserta dari kedua-dua pasukan turut meninggalkan stadium untuk mencari pengadil yang baru bagi menggantikan Pak Braim yang telah bertukar menjadi katak puru tersebut..

Sabtu, 16 Januari 2010

VOA YANG SENGAL..


MELIHATKAN terlalu ramai pelancong asing terutama dari India, China dan Afrika yang menyalah gunakan VOA sesuka hati sehingga ada yang tak nak balik ke negara asal akibat terlalu taksub dengan awek-awek cun kat sini... telah membuatkan Abang Mat Perkasa seorang guru silat lompat katak kapunden hilang sabar.. 

Beliau yang juga presiden kelab rekreasi Abang Perkasa Semenanjung selama 50 tahun menang tanpa bertanding telah menunjukkan kemarahan beliau yang begitu jitu dengan mengamok di depan KLCC pada awal pagi tadi.. sehingga telah berjaya menakutkan beberapo orang pelacong asing yang sedang melepak-lepak disitu.. malah kemarahan beliau yang bersahaja tersebut juga turut berjaya menaikkan tahap kolestrol dalam darah beliau hingga ke tahap 10.25 meterpadu... iaitu tahap amaran bahaya..

Beberapo orang penduduk Kampung Baru yang kebetulan berada disitu yang turut tidak mempunyai visa-maso-sampai (VOA) dilaporkan telah berjayo cabut lari sehelai sepinggang.. sebelum sempat dihambat oleh Abang Mat Perkasa yang tiba-tiba naik hangain sebelum bertukar menjadi Ben Ten.. lalu mencabut beberapo batang pokok ketapang yang turut berada disitu..

Sebaik saja menerima berita tersebut.. Spy Penanggah yang kebetulan sedang berjoging dikawasan berhampiran bagi mengurangkankan kolestrol dalam badan.. terus meluru ketempat kejadian untuk melihat sendiri amokan Pak Mat Perkasa yang dikatakan begitu hebat sehingga boleh bertukar menjadi Sinchan dan Doremon tersebut..

"Sabar pakcik.. sabarrr.. bawak betenang.. ingatkan tuhan.. takan pasal visa ni  pakcik nak mengamok tak tentu pasal.. pakcik tak malu ko bilo orang semuo berkumpul tengok pakcik mengamok.. besilat tak tentu hujung pangkal.. sebonarnyer VOA tu penting pakcik.. kalau takdo bondo tu kito semuo tak boleh nak balik berayo kat kampung.." ujar spy Penanggah separuh berleter sebaik sahaja bertemu Pak Mat Perkasa yang tidak berapo macho tersebut yang dilihat sedang mundar- mandir ditempat kejadian..

“Sabar.. sabar... betenang apo ni..? VOA laa.. visa laa.. apo kebondo ni haa.. sepatah haram pakcik tak reti apo yang ekau cakap.. visa apo pulak ni haa.. tapi kalau lagu Dalam Gerimis kumpulan Visa tu tau la pakcik.. biaso pakcik nyanyi lagu ni kat karaoke rumah orang kawin.. kalau ekau nak dongar boleh la pakcik tarik se chorus duo..” ujar pakcik tersebut separuh heran lalu menyanyikan lagu tersebut dengan penuh kesumbangan..

“Dahh.. dahhh cukup-cukup la tu pakcik.. lagi lamo pakcik nyanyi mau ado yang mati kono sakit jantuk plak nanti.. dah la suara macam tapir..  aiii.. bukankah pakcik ni Pak Mat Perkasa yang bukan main marah tentang VOA duo tigo hari ni dalam surat khabar.. takkan pakcik tak tau apo kebondonyer VOA tu..

“Ekau dah salah orang dah ni.. malu la sikit datang ramai-ramai ganggu kito sorang.. eden ni bukanlah Pak Mat Perkasa yang boleh bertukar jadi Ben Ten yang ekau banggo-banggokan tu.. eden ni sebonarnyer Pak Mat Perkasam.. tokey ikan perkasam.. yang ekau memokak pasal visa la.. VOA laa ni apo hal.. nak boli ikan pekasam pakcik ni tak payah nak bervisa visa bagai.... aiiii geram jer pakcik.. kang ado plak yang kono libas ngan jurus telapia pekasam pakcik ni haa.."

"Laaa salah orang rupernyer.. sorry la pakcik pekasam.. jangan la nak mengamok plak kat sini.. anggap la ini semuo cuma kesilapan teknikal jer pakcik." balas spy Penaggah terus blah meninggalkan pakcik pekasam membebel sendirian untuk mencari Pak Mat Perkasa yang sebenar..

Isnin, 11 Januari 2010

BUMBUNG PUNYER HAL DAA..


RAWANG - "Kami juga mahu pangsapuri kami dibaiki." Demikian rintihan dan rayuan penduduk pangsapuri kos rendah Bandar Bukit Beruntung dekat sini yang menyifatkan kediaman mereka lebih teruk jika dibandingkan dengan pangsapuri di Bandar Bukit Sentosa. Bumbung bangunan pangsapuri yang tercabut dan rosak, cat bangunan yang tertanggal dan ditumbuhi cendawan menyebabkan semakin ramai penghuni di situ terpaksa meninggalkan rumah mereka dan tinggal di tempat lain. - Kosmo

WALAUPUN dah berbuih mulut bercakap.. dah berbagai surat aduan dihantar namun hingga kini masih tiada lawapan balas yang diterima dari Achong Kuntau Enterprise.. wakil dari pihak pemaju yang membina pangsapuri tersebut... semua seakan ingin melepas tangan.. bumbung atap rumbia yang dah tercabut tinggal rangka masih tidak direpair-repair oleh pihak pemaju sejak 60 tahun dulu.. segala janji-janji waktu pilihanraya hanya tinggal kenangan buat penduduk di pangsapuri pangsapuri Seri Albino tersebut..

"Mentang-mentang laa pangsapuri kami ni tiada awek-awek cun.. yang tinggal pun awek-awek otai jer.. tu yang diorang ambik endah tak endah jer tentang aduan kami ni.. cuba kalau kat sini ramai awek-awek cun ala artis bollywood.. gua ingat tak sampai 10 minit datang ler diorang meripair bumbung yang dah jahanam ni.." luah pakcik Karim separuh geram.. sorang penjual roti canai yang dah menetap di pangsapuri tersebut sejak 78 tahun dulu.. ..

"Dulu ado gak kitorang berhajat nak meripair sendiri bumbung yang dah tercabut terebang dibawak dek angin ribut Katrina ni.. tapi bilo pakcik naik jer kat atas tu.. umang iaiii.. tinggi bona plak raso nyer.. tak larat plak pakcik nak duduk lamo-lamo kat atas tu.. gayat plak rasonyer pakcik yang macho ni.. pakcik ingat kalau la pakcik terjatuh mau jadi arwah pakcik.. habis ler awek pakcik kono rembat dek orang lain.. bilo pakcik pikir-pikir lantak la.. apo nak jadi.. jadi la.. duduk jer ler kat rumah yang tak berbumbung ni.." sampuk pakcik Usin Kubota yang kebetulan sedang lalu di kawasan tersebut..

"Abis tu kalau hari hujan camno plak pakcik berteduh.." tanya spy Penanggah lebih mendalam..

"Nak berteduh kebondo.. bumbung pun dah gaib di bawak dek ribut.. duduk jer ler dalam hujan sambil layan astro.. tapi skali-skali tidor dalam hujan pun best gak.. sejuk sikit badan macam tidor dalam aircond.. tapi kecut ler sikit kulit tu kono air hujan.." ujar beliau lagi..

"Boleh tanyo sikit..dah berapo lamo pakcik duduk kat sini.." tanya spy Penanggah..

"Baru jer lagi.. kalau tak silap ado la duo minggu.. rumah yang pakcik duduk ni pun.. pakcik tak tau sapo yang punyo.. lagi pun tuan dio pun dah blah kat tempat lain.. apo lagi pakcik main rembat jer duduk kat situ.. 

"Laa patut la macam tak kisah jer.. rumah rembat rupernyer.. chehhhh!! buang karan punyo pakcik.."

Rabu, 6 Januari 2010

MANUSIA SEMAKIN KEJAM..


ENTAH di mana silapnya, empat sekeluarga menemui ajal dalam keadaan yang sangat mengerikan di tangan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan semalam.  Bagi yang sempurna akal tentunya tidak terfikir bagaimana penderitaan keempat-empat mangsa yang ditinggalkan oleh pembunuh mereka dalam keadaan cukup terseksa - putus kepala, putus tangan dan pisau tercacak di dada. - Utusan M'sia

Petang semalam sewaktu gua tengah syok bekerja kat opis.. tiba-tiba gua terima satu sms yang menyentap perasaan yang berbunyi… ‘Tok Imam.. orang rumah dia.. Amau dan adiknyer dah meninggal dunia’.. “Aii.. apa hal la plak ni.. ahh!! tak mungkin laa empat orang skali.. ..” getus hati gua membaca sms yang menjadi tandatanya tersebut.. sebab tidak memberitau punca kejadian...  dan tak lamo kemudian satu panggilan menyusul dari seseorang untuk memberitahu berita yang samo.. memang sah laa kes bunuh..

Hati gua tetiba menjadi berbaur-baur.. berdebar pun ado.. sedih.. geram.. marah… takut pun adok gak.. ini bukan apo sebab semuo mangsa tersebut adalah wajah-wajah yang gua kenali kira agak rapat jugak la.. kira keluarga mangsa dan keluarga gua dah boleh dianggap macam sedaro sendiri.. dan arwah yang kitorang satu kampung panggil Tok Imam atau Atok Atan tu adalah bekas ketuo kampung merangkap bekas imam kitorang satu waktu dulu.. hati gua turut tertanyo-tanyo.. siapakah yang punya angkaro ni.. 

"Entah-entah ni mesti kojo mat pet.. nak menyamun.." gua cuba berspekulasi..

Untuk mendapatkan lebih kepastian apo yang berlaku.. gua pun talipon adik gua kat kampung.. kebetulan dio pun sedang berada kat tempat kejadian..

“Ehh!! betul ko apo yang berlaku tu..?” tanyo gua..

“Betul laa.. diorang kena bunuh.. Atok Atan ngan nenek kena tikam kat dalam rumah dio dan yang Amau ngan adik pompuan dio meninggal kat dalam rumah mak dio kat sebelah tu.. polis pun masih ramai kat dalam sebab ado mangso yang kena tetak sampai putus tangan dan kepalo..” jelas adik gua serba ringkas.. 

Mendengar cerito tersebut... hati gua menjadi sayu.. tak sangka begini akhirnya  kisah perjalanan kehidupan mereka kat dunia ni.. berakhir dengan tragedi yang menyayat hati.. akhirnyer malam tu pihak polis telah mengenal pasti yang salah sorang mangsa yang terputus kepala tersebut bukanlah si Amau seperti yang di khabarkan tetapi ayah beliau yang kitorang panggil Acik Mail..  manakala si Amau telah gaib entah kemano.. hilang bersamo kepalo mangso..

Untuk perkaro ni.. gua tak nak la bercerito atau berspekulasi tentang kes yang sedang berlaku.. biar la polis yang siasat.. tapi yang gua pikir.. apo la yang nak jadi dengan dunia kito sekarang ni.. nyawa dah menjadi begitu murah seperti dah tak ado nilai.. pembunuhan dan bermacam-macam jenayah yang lain dah jadi macam perkara main-main.. sifat-sifat kemanusian dah semakin jauh dari hati..

Bagi gua.. tiada siapa pun skarang ni boleh mengatakan beliau berada dalam keadaan selamat kerana perkara ni bila-bila boleh berlaku kepada kita dan keluarga kita dimana sahaja tanpa disangka.. walau kat dalam rumah kita sendiri.. ini adalah  kerana setan dah semakin ramai dan kemanusiaan dah semakin pupus hati manusia.. 

Untuk keluarga mangsa terutama sahabat gua Jebat yang telah kehilangan ayah.. adik.. atok dan nenek dalam tragedi tersebut.. disini gua ucapkan salam takziah.. anggap la ini semua takdir dan dugaan dari Allah.. dan ini jugak adalah peringatan untuk kito semuo.. al-Fatihah..

Isnin, 4 Januari 2010

GUA BUKAN ANTI-CRIST.. TAPI...


PANEH.. terbakar.. geram.. marah.. dan macam-macam lagi la.. aiiii!! hangin jer gua.. kalau ikutkan hati gua yang paneh macam api gunung berapi ni mau jer gua kilas tengkuk hakim yang membuat keputusan paling sengal dalam sejarah 1M'sia ni.. gua bukan anti-crist.. tapi gua tak puas hati... ada ke dah tau yang agama Islam adalah agama resmi negara kita tetiba dia boleh plak membenarkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan islam dalam menyebarkan agama mereka kat sini..  gua ingat siapo pun yang mengikuti perkembangan kes ni pasti hangin satu badan.. kalau ada yang tak tersentuh hati tu tak tau la apo punyo orang.... 

Yang gua takut bukan apo.. takut geng-geng fahaman pluralisme atau libralisme yang semakin subur kat negara kita ni akan kedepan memainkan peranan untuk menyokong gerakan pihak-pihak gereja ni... pahaman ini la sebenarnya yang akan mengelirukan kita semuo.. kalau ikutkan fahaman liberal.. sekular dan plural yang mentafsirkan agama mengikut logik akal ni.. bagi diorang semuo agamo adalah samo.. baik Islam.. Kristian.. Buddha.. Hindu.. Ahmadiah Qadiani dan apo saja.. semuo tu milik Allah.. tiada sapo pun boleh mengclaim yang agamo diorang saja yang benar.. dan tiada siapo pun yang boleh menyatakan sesuatu agama itu sesat.. cehh!! gua bukan anti-crist.. tapi gua tak puas hati... 

Fahaman liberal dan plural ni berkait dengan hak asasi manusia.. itu la sebabnyer semaso berlaku tunjuk perasaan anti Ahmadiah di Jakarta dulu.. sewaktu para pendemo menggesa pihak pemerintah mengharamkan ajaran sesat tersebut yang juga turut diharamkan oleh MUI tu.. lalu datang pulak geng-geng liberalisme dan pluralisme ni berdemo bagi membela pihak Ahmadiah (antara penyokong geng ni ialah arwah Gus Dur).. geng-geng ni jugak turut membela Lia Aminuddin atau Lia Eden sorang pompuan yang tak cun mengaku sebagai Jibril Ruhul Kudus.. kat M'sia ni pun ado gak geng-geng cam ni..  tengok la maso kes Lina Joy dulu.. geng-geng ni la yang datang menyokong si Lina Joy ni atas nama hak asasi.. cehh!!.. gua bukan anti-crist.. tapi gua tak puas hati... 

Kira kalau kat sini penganut pluralisme ni akan membenarkan ajaran Ayah Pin.. bagi diorang Ayah Pin berhak menjalankan kepercayaan mereka berdasarkan hak-hak asasi manusia kebebasan beragama.. sebab semuo agama ni milik Allah.. dan Allah tu adalah milik semuo orang.. bukan milik orang Islam saja.. (ini lah yang digunakan oleh hakim tu.. perkataan Allah bukan milik mutlak orang islam.. kira lain kali kono register la namo Allah tu.. kira hakcipta terpelihara... kira macam kes Mc Dolah lawan Mc Chikun.. perkataan Mc tu adalah milik semuo orang bukan milik individu tertentu..)

Apo yang gua peratikan.. ado kemungkinan pengaruh gerakan gereja ni datang dari negara jiran serumpun kito..  gua cakap camni bukan apo.. di Indonesia diorang menganut berfahaman sekular.. mengasingkan politik dan sosial dari agamo.. dan kat situ jugak la tumbuhnya fahaman liberalisme dan pluralisme.. hubungan mereka dengan pihak gereja pun kira agak rapat..  itu la sebabnya pihak kristian kat sini banyak membandingkan kebebasan beragama di sini dengan kat Indon... sebab kat sana mereka boleh menggunakan perkataan Allah dalam kitab mereka.. dan kitab injil bahasa Melayu Indon pun dicetak kat sana.. ciss!!!.. gua bukan anti-crist.. tapi gua tak puas hati... 

Begitulah bahayonya gerakan ni dan antara pendukung kuat fahaman ni sapo lagi kalau bukan Abdurrahman Wahid atau lebih kita kenali sebagai Gus Dur yang telah meninggal dunia baru-baru ni.. itu sebabnya beliau di gelar sebagai Bapak Pluralisme sebagai menghargai jasa-jasa beliau memperjuangkan pahaman liberalisme dan pluralisme di republik tersebut.. (tak cayo korang layan la islamlib.com.. Dengan nama Allah.. Tuhan Pengasih.. Tuhan Penyayang.. Tuhan Segala Agama..) cehh!! gua bukan anti-crist.. tapi gua tak puas hati...