Thursday, August 25, 2011

SALAM MERDEKA DAN SELAMAT HARI RAYA..


Horeyyyy!!.. tinggal beberapo hari jer lagi kita nak beraya.. dan gua tau la korang mesti dah tak sabar-sabar nak bergaya sakan dengan baju baru.. betul tak?.. alaa jangan tipu lerr.. klau tak buat aper korang sanggup behimpit-himpit dan berasak-asak sampai sesak nafas bershopping sakan kat Masjid India tu.. semata-mata nak beli kain baju dan tudung baru serta kuih raya.. sampai lengoh tangan menjinjing barang.. takan la korang beli semata-mata nak simpan dalam almari.... tak logik la plak..

Ahh!! tak kisah ler klau korang nak bergaya dengan baju baru sambil berbaring tepi jalan ker.. nak melompat katak keliling kampung ker atau nak shopping dua hari tiga malam ke.. dan klau tercabut tangan menjinjing barang pun gua tak berapo nak heran sangat la.. lagi pun itu semua kan duit korang.. kalau korang shopping pakai duit gua tu.. haa baru ler gua heran....

Dan bagi gua yang paling penting tahun ni kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri kira sekali dengan sambutan Hari Kemerdekaan.. tapi tak perasan la plak gua.. ulangtahun kemerdekaan untuk kali yang keberapo tu.. mungkin kali yang ke-5 ker atau yang ke-90.. ahh!! tak ingat plak gua.. itu pandai-pandai la korang kira sendiri.. cuma yang gua tau raya tahun ni kita akan bercuti panjang.. kira seminggu jugak la… fuhh!! lagi lama cuti.. lagi banyak la duit terbang tu....

Dan pada kesempatan ni gua ingin memohon ribuan maaf kepada semua pembaca.. serta tak ketinggalan tukang-tukang komen kat blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. samada yang gua kenal secara langsung atau pun tidak.. tak kira la yang berada nun jauh di luar negara mahupun yang ada pusing-pusing sekitar sini.. tau jer ler kekadang tu mungkin ada tulisan gua yang terbabas dari lingkungan kepalo otak dan secara tak langsung telah mengguris serta mendera mental korang semua secara tidak sengaja..

Dan gua jugak nak mengucapkan ribuan terima kasih kat korang semua.. kerana mempunyai jiwa yang begitu kental dan tabah.. kerana sanggup merapu meraban bersama-sama gua di blog ni.. dan tak ketinggalan jugak pihak SKMM yang sentiasa bersengkang mato siang malam semata-mata nak memantau blog gua ni.. tak per nanti gua bagi arahan kat Abang Ajib supaya bagi korang semua cuti 2 bulan gaji jalan..

Okey laa nampaknyer otak gua semakin melalut dan lawak pun dah semakin slapstik.. dan sebelum makin kronik baik gua blah dulu la yer.. dan dengan itu gua ucapkan SALAM MERDEKAA dan SELAMAT HARI RAYA.. jangan nakal-nakal... dan kalau rasa nak tambah lagi cuti tu.. haa bawak ler kereta tu laju-laju macam dikejar hantu raya...

Monday, August 22, 2011

PEMUTIHAN YANG KELABU..


Sabtu lepas gua telah diajak-ajak ayam untuk berbuka puasa di rumah seorang rakan.. ketika berjalan menuju ke rumah beliau dari tempat parking kereta.. tiba-tiba telinga gua disentap dengan suara nyanyian dari hujung laman rumah.. “Saya Anak Indonesia.. Saya Anak Indonesia…” itulah bait-bait lagu yang dinyanyikan berulang-ulang oleh dua orang budak perempuan sambil menyiram bunga di depan rumah mereka.. yang juga selang beberapa pintu dari rumah rakan gua itu.. mungkin kerana terlalu menghayati lagu tersebut.. membuatkan mereka tidak menyedari yang gua sedang memerhatikan gelagat mereka dari jauh..

Dan bila gua teringatkan gelagat dua orang budak perempuan yang dalam anggaran umur 9 atau 10 tahun itu menyanyikan lagu Saya Anak Indonesia yang berasal dari lagu Saya Anak Malaysia nyanyian Dr. Sam itu membuatkan gua tersenyum sendirian… tapi gua tersenyum bukan ler kerana suara budak perempuan tu tak sedap atau sengau macam suara itik serati.. tapi gua tersenyum memikirkan bagaimana kuatnyer semangat patriotik keIndonesian yang telah ditanam ke jiwa kanak-kanak tersebut....

Dan tetiba jugak gua teringatkan kempen pemutihan PATI atau Pendatang Asing Tanpa Izin yang juga dikenali sebagai Program 6P yang sedang giat dijalankan sekarang ni.. yang juga dikhabarkan telah mencapai lebih kurang 2 juta orang.. dimana pendatang Indon dikhabarkan sedang mendahului carta dan mungkin akan bertambah dari masa kesemasa.. ini berdasarkan masih ramai lagi yang segan untuk keluar dari ladang-ladang teh di Cameron Highlands untuk diambil rekod pengenalan beserta cap jari diorang..

Dan dikhabarkan.. PATI yang mendaftar untuk pemutihan ni bukan semuanya akan dihantar pulang.. ia hanya melibatkan PATI yang tiada majikan jer.. manakala yang ada majkan diorang boleh tetap terus tinggal di sini.. cuma pihak majikan mereka perlu mengikut prosidur biasa… iaitu membayar levi serta melakukan medical check up untuk para pekerja mereka.. sama seperti mengambil pekerja baru... bayangkan jika pihak majikan diwajibkan membayar levi sebanyak RM500 bagi seorang pekerja asing.. dan dikalikan dengan 2 juta orang.. perghh!! mau tak kaya.. bonus lagi ler nampaknyer..

Gua bukan ler nak memperkecilkan usaha pihak kerajaan.. tapi kalau di ikutkan ramalan nujum pak belalang gua ler.. berdasarkan kempen-kempen serta penguatkuasaan yang lemau pada kempen pemutihan sebelum ini.. gua dapat rasakan pemutihan ini juga akan mengalami nasib sama.. iaitu gagal.. maksud gua.. klau dah niat diorang ni datang untuk menjadi pendatang haram.. diorang pedulik apa klau nama atau cap jari tu ada dalam komputer.. klau letak gambar diorang sebesar poster wayang sekali pun diorang tak heran...

Malah ada diantara mereka yang sanggup datang secara halal ke sini semata mata untuk menjadi pendatang haram.. mungkin agak pelik tapi begitu ler realitinyer.. mungkin korang pernah dengar kes pembantu rumah lari tak sampai seminggu bekerja.. atau yang datang dari China sebagai pelancong.. tapi jadi pelancong seumur hidup.. dah tak nak balik-balik.. sebenarnyer bukan apo.. dah itu tujuan diorang untuk datang ke sini untuk jadi GRO atau chinadoll.. dan klau nak balik kampung pun takda masalah.. diorang bleh menumpang bot barang atau bot sayur..

Dan kalau kita masih ingat waktu kempen pemutihan yang lalu... ada pak menteri kita dengan begitu tegas macam hero filem Tamil menyatakan bahawa tiada lagi pemutihan selepas ini.. tapi sekarang cuba kita lihat.. mengapa masih ada lagi kempen pemutihan.. dan sudah tentu PATI yang dihantar pulang itu akan tetap akan datang semula.. ini kerana mereka yakin akan ada lagi pemutihan seterusnyer selepas ni.. jadi sampai bila pun masalah PATI ni tak boleh selesai.... dan kempen pemutihan itu pun akan jadi kelabu..

Cuma yang nampak ada sedikt kesan pada pemutihan sebelum ni bila hukuman sebat hendak dikuatkuasakan.. masa tu gua tengok ramai orang Indon serta mat Bangla menggelupur bertempiaran lari balik kampung.. tau plak diorang takut badan tu bebirat kena libas dengan rotan... tapi bila kempen dah sejuk mereka pun berduyun-duyun datang menyelinap semula.. malah semakin bertambah ramai.. sampai kita tak jadi kerja.. dan otak kita pun jadi pening kerana asyik dok sebok nak menguruskan diorang ni siang malam...

Thursday, August 18, 2011

MEMANG SUSAH KLAU OTAK DAH BERKARAT..


Entri kali ni dilihat agak ganas.. dan hanya sesuai untuk mereka yang berumur 30 tahun keatas.. bagi pembaca berumur 30 tahun kebawah.. mereka perlu mendapatkan bimbingan dan kawalan ketat dari ibubapa atau keluarga masing-masing... manakala yang masih bujang mereka perlu mendapatkan surat aku janji dari Tok Batin Langkap..

KUALA LUMPUR - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam... – UtusanM’sia

Memang susah bila kepala otak dah berkarat.. siang malam takda fikir benda lain.. balik-balik politik!! politik!! politik!!.. sampaikan semua benda nak dilihat dari sudut politik.. bukan setakat pokok tumbang jer nak dipolitikkan.. malah hukum-hakam agama pun tetap jugak nak dipolitikkan.. itu yang buat gua sedih dengan nasib orang Melayu kita ni bila si bengap disanjung jadi pemimpin.. dan gua ingatkan sorang jer.. rupernyer ada lagi sorang.. tak caya baca kat bawah ni..

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar tidak lagi berceramah menggunakan pembesar suara selepas ini, kerana kata-katanya sejak kebelakangan ini banyak menyakitkan hati dan perasaan orang lain. Cabaran tersebut dibuat bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip, rentetan tindakan Menteri Besar Kelantan itu menyokong keputusan larangan penggunaan pembesar suara ketika membaca al-Quran di Pulau Pinang.

Menurut Mohd. Zahid, tindakan Nik Abdul Aziz menyokong keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang walaupun ia mengguris hati umat Islam lain dibuat berdasarkan kepentingan politik semata-mata, bukan soal menegakkan ajaran Islam yang menekankan kesederhanaan. ... – UtusanM’sia


Betul tak gua cakap.. klau dah bengap tu tetap jugak bengap.. makan ler kismis dua tiga kontena.. memang tak bleh nak buat aper dah.. kira kepala otak tu dah tepu.. elloo.. Mad Zahid.. gua tak kisah ler klau lu dengan bang Braim tu nak bersilat ker.. nak bertomoi ker dengan pakcik Nik Ajiz.. nak banting sana banting sini.. lantak korang la nak berpolitik.. tapi bila ada orang Melayu bengap berangan nak jadi pemimpin.. memang gua hangin satu badan..

Jika korang berdua ni pemimpin hebat yang berangan nak jadi pejuang Islam.. korang sepatutnyer berhujah dengan ilmu.. bukannyer melalut-lalut seperti mengatakan klau baca Quran pepagi subuh tak pakai pembesar suara.. tradisi orang Melayu akan tergadai... dan lepas tu plak suruh orang lain berceramah jangan pakai pembesar suara.. tak ker gila punya hujah..

Sepatutnyer korang buka ler hadis ker atau ayat-ayat al-Quran yang membenarkan orang Islam membaca Quran di pagi subuh.. bagi mematahkan hujah pakcik Nik Ajiz tu.. serta mendedahkan tindakan pak mufti tu satu kesilapan besar.. haa baru ler betul.. nasib baik la lu Mad Zahid hanya stakat bekas pemimpin.. kalau ler ditakdirkan lu dengan Bang Braim jadi PM.. tak tau la nasib rakyat M’sia ni... mau semua jadi gila.. termasuk ler gua skali..

GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata, larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih. Katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu. Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni,” ... – UtusanM’sia

Betul tak Bang Braim ngan Mad Zahid.. ini bukannyer isu politik yang ada sangkut-paut dengan kerajaan negeri.. yang boleh dicanang kesana sini buat modal menghentam orang itu.. memaki orang ni.. tolong yer.. klau korang berdua nak bangang tolong bangang sesorang.. jangan ajak orang lain jadi bangang sama.. klau nak tau ini adalah hukum agama.. pak mufti tu hanya menyampaikan apa yang sepatutnyer berdasarkan ilmu diorang... dan klau dah kita ni tak paham pasal bab agama.. tolong ler duduk diam-diam...

KUALA LUMPUR - Larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara di masjid atau surau dikuatkuasakan di Perlis sejak 2007, kata Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya, Majlis Fatwa Negeri itu jelasnya, mengeluarkan arahan sama seperti dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang baru-baru ini...

"Apa yang kita amalkan adalah melaungkan dua kali azan Subuh iaitu 30 minit sebelum masuk waktu.... - UtusanM’sia.

Dan kalau betul la korang berdua ni beria-ia sangat nak jadi pejuang Islam paling suci lagi tulen.. apakata lepas ni gua nak tengok korang hentam plak Mufti Perlis ni kerana menggadaikan tradisi umat Melayu Islam.. kerana suka-suka hati dia jer melarang orang baca Quran gunakan pembesar suara pepagi subuh.. tapi kalau gua tengok korang berdua ni senyap menikus tak berani.. memang betul ler korang ni memang super bangang tahap sengal lagi bengap.. kesian gua tengok kat pengikut korang dapat pemimpin macam ni..

Monday, August 15, 2011

ITU LA.. HUTANG PANDAI.. BAYAR TAK MAU..


Bayangkan la.. kalau kita ada duit sebanyak US$14.3 trilion dollar.... dan kalau dikalikan plak dengan ringgit.. iaitu 1 dollar lebih kurang 3 hinggit duit kita.. berapo la agaknyer tu.. aper?? banyakkkk!! haa.. memang banyak pun.. sampai gua punya mesin kalkulator ni pun tak larat nak mengira.. dan kalau di bawak berenjoy siang malam sampai lupa diri.. makan dan beli apa yang terlintas di kepalo... dan bawak plak semua sedaro mara serta orang kampung melancong ke serata alam.. gua rasa duit tu tak akan habis sampai ke anak cucu..

Tapi bagaimana plak kalau kita ada hutang yang jugak sebegitu punya banyak... dan terpikir tak korang macam mana la cara nak melangsaikan hutang tersebut... dah tentu memang tak terpikir punyer.. sedangkan nak bayar hutang rumah dengan payment kereta setiap bulan pun hidup kita jadi lintang pukang.. apatah lagi nak bayar hutang bertrillion dollar.. kalau dijual separuh M’sia ni sekali dengan semua china doll yang ada.. pun belum tentu cukup.. dan kalau ada hantu raya yang bleh tarik duit pun akan cabut lari.. tak larat nak tarik duit sebegitu punya banyak....

Sebenarnyer itulah masalah yang sedang dihadapi oleh Amerika skarang ni.. menghadapi krisis hutang yang sebegitu besar iaitu lebih kurang US$14.3 trilion.. sehingga dianggap mustahil untuk di lunaskan.. klau nak settle pun Amerika kena berenti makan selama setahun.. dan krisis hutang itu juga membuatkan saham dan ekonomi dunia termasuk ler saham gua di Wall Steet jatuh terpelecok.. malah pakcik Carlos Slim orang terkaya di dunia pun turut mengeluh dan mengadu kat gua bahawa wang beliau telah susut sebanyak $6 - $7 juta dollar dalam masa seminggu.. dan cuma gua sempat membisikkan kepada pakcik Carlos.. “Haa..padan dengan muko kau..”

Dan yang penting.. krisis hutang dan kejatuhan ekonomi yang sedang melanda Amerika dan Eropah skarang ni telah memberi satu pengajaran yang amat berguna kepada kita semua.. iaitu pertama sekali hidup ni jangan terlalu boros.. tau jer ler bila tengah kaya semua lupa diri.. ada duit sikit semua nak dibeli.. hidup penuh lagak.. sombong lagi angkuh.. sehingga membuatkan kita jadi manja.. seperti di Amerika.. penganggur pun ditanggung kerajaan.. iaitu diorang boleh memohon foodstamp.. kira macam duit kebajikan masyarakat untuk membeli makanan.. habis tu mana la tak lingkup..

Yang kedua.. kita hidup ni jangan terlalu suka berhutang... tak mampu buat cara tak mampu.. kalau stakat hutang rumah dengan kereta tu standard ler.. gua pun berhutang gak.. tapi klau berhutang pun pandai-pandai ler bayar.. jangan plak senyap jer buat tak tau.. akhirnyer bila tak mampu nak bayar.. terpaksa plak berhutang untuk membayat hutang.. macam gali lubang tutup lubang.. hutang yang lama tak settle hutang yang baru plak dijemput.. haa lama-lama kita pun mati kering kerana asyik memikirkan hutang....

Antara punca lain masalah ini adalah disebabkan peningkatan kos sara hidup yang begitu tinggi.. walaupun Amerika telah menetapkan gaji minimum antara $7 hingga $8 dollar sejam... tapi itu semua tidak memadai.. klau setakat gaji $2,000 dollar sebulan tu jangan la nak berlagak.. ini kerana sewa apartment jer dah $1,200 dollar.. tak masuk lagi ansuran kesihatan.. cukai pendapatan.. duit belanja makan dan untuk anak sekolah.. mau tak perit.. tetapi bagi golongan profesional.. diorang tidak begitu terjejas sangat.. ini kerana gaji-gaji diorang ni besar malah antara yang tertinggi di dunia.. termasuk ler gaji bapak Presiden… dan ini telah mewujudkan jurang ekonomi yang begitu besar.. yang mana si kaya semakin kaya... dan yang miskin plak semakin miskin..

Sebenarnyer gua nak tengok jugak negara Uncle SamDol yang dikatakan hebat ni terlingkup.. tapi susah jugak selagi negara-negara kat dunia ni terlalu bergantung kepada diorang.. kira klau Amerika tu sakit.. satu dunia akan turut sakit.. dan Federal Reserve pun bila-bila jer bleh mencetak dollar selagi diperlukan oleh dunia.. tapi klau China yang jugak pemberi hutang terbesar.. kira-kira $1.15 trillion dollar daripada $4.5 trillion dollar hutang pihak asing kepada Amerika.. sepakat dengan semua negara2 kat dunia ni untuk menggunakan matawang lain menggantikan dollar.... haa masa tu baru ler kita akan melihat bagaiman Amerika jatuh tersungkur didepan mata kita..

Dan jugak mungkin.. ini adalah sebahagian dari balasan terhadap dosa-dosa Amerika yang suka membuli dan menganiaya negara-negara lemah.. dan terlalu banyak membazir dalam membiayai kos peperangan yang sia-sia.. seperti perang di Iraq.. Afghanistan.. Pakistan dan terbaru di Libya.. tapi andainyer negara super power ni terlingkup.. maka sudah pasti dengan bangganyer negara China plak yang akan mengambil alih peranan kuasa besar dunia selepas ini.. dan secara tak langsung Iran akan turut sama jalan mengepak..

Dan adakah era kejaguhan Amerika sudah sampai kepenghujung atau akan turut terkena sumpahan seperti mana yang dialami oleh Soviet Union.. yang akhirnyer hancur lebur dan berpecah belah setelah kalah berperang di Afghanistan... kita tengokkan jer ler.. - sumber Kompas.com

Wednesday, August 10, 2011

AISHAH FELICIA.. DIMANA KAU SEKARANG?


Nampaknyer dalam bulan Ramadan ni kerja orang politik kita semakin bertambah.. kena plak isu yang sedang memanas serta menyerabutkan kepala otak mengenai penerjahan geng JAIS ke sebuah gereja.. yang mana gang JAIS mendapat maklumat terdapat usaha-usaha pihak gereja untuk memurtadkan orang Melayu.. malah semasa operasi terjahan tu berlaku.. memang ada pun orang Melayu yang turut sama menyambut kenduri kesyukuran 1M’sia di gereja tersebut.. lagi ler orang politik kita takda masa nak berehat.. (bila sebut jer 1M’sia tetiba tekak gua jadi kembang nak muntah..)

Dan kepala otak gua semakin bertambah serabut bila muculnyer pelawak-pelawak politik kita yang turut sama nak menyebok.. bercakap dan berhujah.. yang bodoh-bodoh alang pun sama tak nak ketinggalan.. nak jugak bercakap.. walaupun dengan hujah tahap darjah 3.. yang penting bercakap.. bercakap bukan untuk meyelesaikan masalah tapi untuk menambahkan masalah.. serta menyerabutkan keadaan.. yang penting isu tu mampu memberi keuntungan politik...

Dan drama pun diteruskan bilamana masing-masing mula menuding antara satu sama lain.. yang ini salahkan parti sana.. yang parti sana salahkan parti sini.. yang parti satu ni pun tak nak ketingalan.. tetiba muncul mencelah… salahkan yang parti ni plak.. yang ini salahkan gang zakat.. sebok bertanya mana peginyer duit zakat yang berjuta-juta tu.. masalah tak jugak selesai.. dan setelah letih bercakap...gua yakin isu ni akan jadi sejuk terus senyap...

Ahhh.. gua pun malas la nak ulas lelebih.. bukan apo.. lagi pun dah hari-hari suratkhabar kluarkan cerita ni dan gua pun tak nak menyerabutkan lagi kepala otak korang bila baca blog gua yang entah apo-apo ni.. cuma entah mengapa bila kes murtad ni kembali panas.. tetiba plak gua nak bernostalgia.. nak ajak korang mengimbas kembali kes Noraishah Bokhari tahun 1997 dulu.. lagi pun kes tu berlaku betul-betul dalam bulan Ramadan yang mulia ni.. kira-kira 14 tahun lalu..

Bila teringatkan kes tu… tetiba perasaan geram gua kat orang politik tahap sengal kembali membuak… dan semasa kes tu meletop gua tengok pemimpin kita lagi 10 kali sengal.. 30 kali super sangap dari makcik Ambiga kerana gagal melakukan sesuatu.. membantu keluarga si Aishah apatah lagi menghalang anak Melayu si Aishah Felicia Bokhari tu murtad.. mungkin korang bleh cakap... kita bukan bleh halang pun klau orang nak murtad.. lagi pun diorang bercinta buat apa nak dihalang.. yang gua tau ini melibatkan soal akidah..

Tapi sekarang ni.. tetiba plak muka-muka ni muncul nak jadi hero kes murtad.... sedangkan pada masa kes Aishah tu berlaku.. gang-gang ni la yang berkuasa.. tapi tak nak plak bising macam ni.. takda pun suara propa yang sanggup nak berjihad.. sanggup berarak tunjuk perasaan mintak pihak kerajaan tolong membantu selesaikan kes tersebut.. dan gua tengok suratkhabar dan TV pun tak berani nak mainkan isu tu.. sensitif katanyer..

Dan yang paling gua kesian ialah dengan keluarga pakcik Bokhari Md. Tahir.. bapak si Aishah.. balik jer rumah setelah mengimamkan orang sembahyang tarawih tengok anak dara dah lesap… tetiba si anak tu talipon bagi tau yang dia dah masuk kristian.. mau tak pakcik tu sedih dah panik.. tak tau nak mintak tolong kat saper..

Nasib baik ada peguam Zul Nordin serta segelintir gang NGO dan pembangkang yang sanggup bersuara dan menolong.. tapi stakat mana.. nak mintak tolong kat orang politik.. semua kecut telur.. sedangkan masa tu diorang ni la yang berkuasa.. dan ikutkan dengan kuasa tu diorang boleh menggunakan berbagai jenis tok nenek akta atau seksyen yang dapat menghalang orang bukan Islam dari menyebarkan agama diorang kepada orang Islam.. tapi hadoo..

Malah peguam Aishah.. Leonard Teoh Hooi Leong tu pun di tahan reman atas tuduhan menculik hanya selepas 11 tahun kes ni berlaku.. dan si Aishah Felicia Bokhari pun dah tak tau hilang ke mano… itu baru kes Aishah.. belum lagi kita mengimbas kes Hartina Haji Kamarudin anak tokey satay yang berjaya di hindukan oleh Mat Gelap.. dan itu ler yang membuatkan gua geram kat orang politik kita yang ada kuasa tapi simpan dalam almari.. tapi klau benda-benda lain pandai plak gunakan kuasa.. mungkin ini ler sebabnyer kut Tuhan tu tarik sikit-sikit kuasa orang-orang politik sengal macam ni..

Thursday, August 4, 2011

SIAPA INI MISMAH HAH?

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar. Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

“Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238). Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru. Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru... - M'siaKini

Gua ingatkan dalam bulan Ramadan yang mulia ni bleh ler kepalo otak gua relaks dan berehat dengan tenang.. jauh dari masalah negara yang remeh-temeh.. tapi bila gua baca berita ni tak pasal-pasal suhu badan gua meningkat secara mendadak.. perut gua kembali berkeroncong menahan lapar..

Sebenarnyer gua pun kompius gak.. sapo la insan bertuah yang bernama Mismah ni.. hebat sangat ker empunya nama ni.. adakah beliau seorang doktor.. lawyer.. atau pun ahlil muzik yang terkenal.. sehinggakan dengan begitu mudah beliau diberikan kerakyatan negara ni.. malah bleh mengundi plak lagi tu.. bertuah betul la lu Mismah... klau bleh gua pun nak tengok gak paras rupa si Mismah ni.. cun sangat ker macam Luna Maya..

Terpikir gak gua.. dalam tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, Pak Menteri kita telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan negara ni.. dan dalam tempoh tu jugak pak menteri dalam negeri kita iaitu Pak Cik Ishamdin telah berjaya dengan begitu cemerlang meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.. dan dalam maso 2 tahun ni jer hampir 30 ribu Mismah akan menjadi pengundi baru.. klau tak sampai 30 ribu pun.. 10 ribu tu dah tentu dalam tangan punya la..

Bagi gua.. cukup-cukup la dengan masalah 28 juta penduduk negara ni.. takkan nak ditambah masalah lagi.. dulu korang marah kat orang putih kerana bawak masuk orang Cina ngan India sampai habis tanah orang Melayu kena rembat... sekarang ni dah terbalik.. orang Melayu sendiri plak yang nak tunjuk handal bawak masuk orang luar semata-mata nak disuruh mengundi.. memang perangai korang dengan perangai orang putih tu lebih kurang jer ler..

Cuba korang tengok di Singapore.. korang ingat senang ker nak dapatkan taraf warganegara kat sana.. melainkan kalau korang ada duit lima nam juta dalam bank.. dan ada kelulusan tinggi macam doktor ker.. profesor ker.. saintis ker.. haa baru kerajaan diorang bukak mata.. tapi kalau stakat keja kilang.. sapu sampah... korang duduk bertahun-tahun kat sana.. tak kisah la 20 tahun sekali pun.. kawin la sampai beranak-pinak.. belum tentu lagi korang akan diberi taraf warganegara...

Ini bukan apa.. sebab kerajaan diorang hendakkan rakyat yang berkualiti... dan yang datang pun ada kualiti... paling tidak pun yang datang tu berduit.. ada ilmu yang di bawak.. bukan main rembat tepi jalan macam kita kat sini.. kalau stakat datang nak jadi black money.. pecah rumah seludup dadah.. baik toksah.. kat sini pun dah ramai..

Untuk pengetahuan Pak Menteri.. kalau ia pun dah terdesak sangat nak menambah pengundi kat negara ni.. korang pastikan la dulu kebajikan rakyat yang ada kat negara ni betul-betul terjaga.. dan subsidi yang ada ni korang agihkan betul-betul.. ini tak pasal-pasal kitorang plak yang kena berebut dengan 30 ribu lagi Mismah.. dan tidak ker benda ni akan menyerabutkan lagi kepalo otak rakyat negara ni yang dah semakin serabut.. dan kalau terdesak sangat pun.. ambik ler yang hebat-hebat.. kaya raya.. paling tidak pun yang cun melecun macam china doll.. baru ler meriah!!