Wednesday, September 30, 2009

N9 KENDURI BOSAR..


KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kedah tersungkur buat kali pertama manakala Negeri Sembilan berkenduri gol dengan membelasah Sarawak 8-0 dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2009, semalam. Utusan..


Gerakan solo dari pemain tengah N9 Usin Bolt sejak dari awal pagi hingga ke tamat permainan telah berjayo menamatkan jangka hayat pasukan Sarawak yang turun sebagai underdog pado perlawan bolasepak 9 sebelah liga Langkap lewat malam tadi.. dimana beliau telah berjayo menjaringkan 17 gol tanpa henti pada separuh masa pertama dan turut menjaringkan 10 gol lagi pada maso tambahan selama 2 jam yang diberikan oleh pengadil perlawanan  akibat dari kesilapan penjaga garisan yang menjatuhkan penyerang Serawak dalam kotak penalti N9 pada separuh maso ke enam..


Pasukan Sarawak  yang bermain dengan 16 pemain nampaknyer masih terkial-kilal mencari rentak dan sesekali cuba menyerang ke kubu pasukan N9 yang bermain dengan 7 orang namun masih gagal untuk memocah benteng pertahanan.. malah usaha tersebut dapat dipatahkan dengan mudah oleh pemain pertahanan N9 yang diketuai oleh sarjan Dolah Kampit yang bermain agak ganas sehingga hampir mencederakan beberapo orang penyokong pasukan Sarawak yang berkumpul di tepi tiang gol pasukan N9..


Namun pada maso keduo pengurus pasukan Sarawak Jessy Manjun dilihat cuba menukar strategi dengan memanggil beberapo orang bomoh hujan bagi mengaburi pandangan penjaga gol N9 iaitu Maro Kombo.. namun niat jahat beliau dapat dihidu dengan kemas oleh sorang pemandu bas pasukan N9 iaitu pakcik ManHasan lalu beliau pun terus memanggil Mask Rider Kobota untuk mematahkan serangan bomoh hujan tersebut.. lalu berlakulah satu perlawan yang separuh ngeri antara bomoh hujan dan Mask Rider Kobota sehingga membuatkan pengadil perlawanan Ali Lantun masuk campur.. lalu beliau pun tanpa teragak-agak terus menamatkan perlawan tersebut walaupun dibantah keras oleh Usin Bolt dan Mask Rider Kobota...


Keputusan yang pada mulonyer memihak kepada pasukan Sarawak dengan 28 gol berbalas 27.. namum setelah pengadil bermesyuarat selama duo jam dan turut mengambil kira pandang penyokong keduo-duo pasukan dan juga setelah ditolak kos pengangkutan.. penginapan serta sarapan maka pengadil pun sebulat suara memberi kemenangan 8-0 yang berpihak kepada pasukan N9 walaupun dibantah oleh penyokong N9 sendiri namun keputusan pengadil adalah muktamad..

Monday, September 28, 2009

MASIH DALAM MOOD RAYA LER..


SORRY laa gua masih dalam mood raya.. idea nak merapu pun agak terbantut... masih teringat lomang dan ketupat yang gua lanyak sampai duo tiga batang.. sampai buluh lomang tu gua kunyah-kunyah macam makan tebu semato-mato nak menunjukkan yang gua ni peminat lomang no. 2.. sebab yang no. 1 jatuh kepado member gua Kimbo al-Bab... dio ni bukan buluh lomang lagi yang dio kunyah tapi dengan kayu bakar lomang.. sekali ngan baro api tu dio tibai.. bukan apo.. sajo nak menunjukkan kehebatan ngan ketuo kampung betapo taksub dio ngan lomang ni.. ibarat aur ngan tobing..


Yang tak best hari ni gua dah start kojo.. boring laa plak.. mungkin lamo sangat cuti kut.. tu yang kono ambik dionyer feel nak start kojo ni.. kalau ikutkan mau jer gua ambik cuti sebulan tapi takut plak kalu lamo sangat nanti mau plak gua dapat surat berenti.. lagi laa haru.. mano plak gua nak carik kojo.. nak jadi menteri dah penuh plak.. mintak jadi ketuo rela tak reti nak menembak.. nak jadi ketuo kampung masih bawah umur lagi.. abih tu camno stakat ni yang kosong cumo jadi ultraman dyna jer yang tinggal.. tu pun tinggal duo kekosongan jer lagi.. kalau ado orang dalam bleh la dapat.. kalau tak melopong... 


Ok laa gua blah dulu.. makin lamo makin marapu plak kepalo otak gua ni.... sampai dah tersasar dari landasan yang sebonar sorang blogger.. silap-silap boleh kono tindakan tatatertib mengikut akta blogger 1963 (4c) kanun jenayah ringan tempatan yang tidak membenatkan para blogger merapu lebih dari tiga perkataan atau dikenakan tindakan buang daerah ke pekan Temiang selamo 4 hari 7 malam..

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA & 5 TIP SEMPOI


TUP TAP.. tup tap.. dah nak habis pun bulan Ramadan.. dah nak beraya pun kita.. begitulah sekarang masa begitu pantas bergerak dan sempena smangat raya yang dah meresapi jiwa spy Penanggah.. maka kali ni spy Penanggah cuba ler nak merapu panjang skit.. lagi pun nanti lambat lagi la korang nak baca kisah merapu dari blog Penanggah ni.. bukan apo spy Penanggah pun nak beraya jugak.. tau jer ler kampung pun jauh.. sedara mara smuo duduk luar negara.. yang duduk kat London pun dah 13 orang.. blum lg yang kat USA.. Perancis  ngan Tokyo… mano yang duduk kat Uganda dan Kenya tu spy Penanggah buat tak kenal jer la.. apo kelas berayo kat situ… stakat nak tengok kudo belang ngan dubuk.. kat zoo sini pun ado.. tapi camno pun rayo pertamo spy Penanggh akan berayo di N9..  dan di harap korang selamat letih membaca artikel yang panjang lebar entah apo-apo ni..



5 Tip sempoi berjimat dimusim raya


Korang pun paham jer ler.. nak raya ni duit mengalir dah macam air.. kalau mengalir masuk poket takper ler jugak.. ni mengalir bukan lagi laju nak kluar.. ader jer benda nak dibeli dari persiapan kain baju sampai ler bab kuih-muih.. smuo nak di di beli.. dah tentu ler nak pakai duit.. kalau boleh pakai daun pisang tak per ler.. kat sini gua nak bagi korang tip sempoi cara nak berjimat musim raya ni..


1. Masak ala kadar - Masa pegi shopping raya kat pasar tu jangan ler beli barang banyak2..  ayam tu beli le sekor dan daging tu sekilo.. maso masak kari tu buat ler kuah banyak-banyak dua tiga periuk.. masa diorang datang beraya tu buat ler cucur kodok makan ngan kuah kari.. kan dah jimat.. ataupun tetamu yang datang tu korang hadkan kepada sorang dua ketul kuih dan setengah gelas air sirap.. bayangkan berapo banyak yang korang boleh jimatkan kuih raya dan air sirap korang..


2. Hadkan tetamu - Kalau rasa bajet raya korang tahun ni ciput tak mampu nak buat besar2an apakata korang hadkan kedatangan para tetamu.. sebelum raya tu cuba ler korang bagi2kan kupon kat saper yang korang ajak datang rumah.. mana yang datang takda kupon apo lagi korang perambat jer ler.. kalau nak cantik lagi.. apo kata korang jual ler tiket masuk kat pintu pagar.. saper yang nak masuk beraya tu kena ler beli tiket dulu.. dengan camni korang pun boleh dapat duit sampingan..


3. Tiada duit raya - Amacam tahun ni korang buat satu perubahan drastik.. budak2 yang datang beraya tu korang tak payah nak bagi duit raya.. apakata tahun ni budak2 yang datang tu korang bagi kuih raya ngan air sirap.. bungkuskan dalam plastik dan bagi sorang satu.. dengan camni takda ler pembaziran kuih raya yang korang beli berlambak2 tu..


4. Rumah tertutup - Kat pintu pagar tu buat ler signbord anjing garang ker.. awas penceroboh akan ditembak atau aper saja yang menunjukkan korang takda kat rumah.. bila diorang baca signbord tu dah tentu diorang rasa gerun nak singgah beraya.. jimat ler air sirap ngan lomang korang.. 


5. Ceriakan suasana - Semasa tetamu sedang asyik menjamu selera dengan rakus tu pasang ler lagu-lagu raya supaya majlis menjadi lebih meriah dan ceria.. tapi jangan ler pasang pelahan sangat.. kalau pasang lagu tu pasang ler kuat-kuat.. habiskan volume tu sampai bergegar tiang rumah.. sampai nak berborak pun tak dengar.. dan untuk nak tambah lagi kemeriahan korang bakar ler mercun atau meriam buluh dalam rumah tu.. lama kelamaan tetamu pun jadi tension dan cabut lari.. selamat ler kuih raya dan ketupat korang.. 


* Haaa amcam bernas tak idea gua ni macam padi bernas.. tapi awas jangan ler sampai mak bapak atau mentua datang pun korang buat cam ni.. memang nahas ler jawabnyer.. jangan harap ler korang nak dapat harta pusaka..



Selamat Beraya Sakan


Akhir sekali disini seblum kita smuo bercuti panjang dan meraikan hari yang mulia ni.. kat sini gua nak sampaikan duo tiga rangkap pantun raya yang mencongkan jiwo.. pantun ni dicipta ketika gua sedang merayau-rayau di Masjid India minggu lepas sambil mengusya awek.. sambil korang melayan tetamu atau tengah melayan lemang atau ketupat rendang tu boleh ler korang menghayati pantun gua ni.. kalau korang nak bagi meriah lagi.. boleh ler korang berbalas pantun ngan para tetamu yang datang kerumah korang tu.. silakanlah 1..2..3.. mulaa…


Chef Kimbo menyiang ikan

Nak masak lomak sambal berlado

Slamat rayo Penanggah ucapkan

Buat smuo pembaco dimano berado


Masak lomak sambal berlado

Campur dengan cili api

Kalau tetamu dah mengado-ngado

Jangan ditunggu.. hambat ngan kayu api..


Dapek duit rayo betimbun-timbun

Hendak disimpan didalam poti

Ribuan maap minta diampun

Andai ado yang teraso hati..


* Haaa.. apo lagi jawab laaa kalau berani.. kalau tak tau mano nak dijawab.. korang letak jer tanda soal kat ujung pantun tu..

Wednesday, September 16, 2009

BERBUKA DI SUNGAI RASAU...BESTNYER..


WALAUPUN sejak kebelakangan ni spy Penanggah begitu sebuk menguruskan masalah perebutan hakcipta tarian pendet.. kudo kepang dan tempe goreng yang begitu menegangkan hubungan yang tak tentu hala antara KL-Jakarta dan Jakarta-Bangladesh.. sehingga hampir-hampir berlakunyer adegan siku-menyiku antara penyokong tegar kedua-dua  pihak.. namum itu semua tidak menghalang atau memberi kesan kepada pihak spy Penanggah untuk turut menghadiri majlis berbuko puaso bersamo penduduk kampung Orang Asli Sg. Rasau Hilir/Hulu yang terletak di Puchong baru-baru ini.. sebenarnyer spy Penanggah pun tak tau kat tengah-tengah bandar ni tetiba ado plak kampung Orang Asli..


Spy Penanggah yang hadir bersama Ambo.. wartawan Mastika atas undangan karpet biru belang kuning dari majalah Wanita terbitan Utusan Karya untuk bersamo-samo menyerikan majlis tersebut.. turut tidak mensia-siakan harapan diorang dengan menunjukkan skill-skill terbaru kepada penduduk kampung cara-cara mengacau bubur lambuk yang sebenar.. keangkuhan spy Penanggah makin menjadi-jadi bila beliau mengacau bubur lambuk dengan menggunakan siku… ini membuatkan penduduk kampung dan beberapo wartawan yang hadir begitu terpukau dan terpegun diatas skill spy Penanggah yang berada ditahap tinggi serta tidak terjangkau oleh akal itu…


Walaupun jemputan tersebut hanya jemputan ajak-ajak ayam.. namum itu tidak menjadi hal kepada spy Penanggah untuk melanyak tiga ketul ayam goreng dan melipat duo pinggan nasi berlauk daging.. serta beberapo jenis makanan lagi yang tidak dapat dikenal pasti sebaik sahaja masuk waktu berbuka.. spy Penanggah turut berjaya menghabiskan  beberapo gelas air sirap tanpa sebarang halangan…


Yang kesian ialah sahabat spy Penanggah iaitu Ambo yang begitu taksub untuk menari sewang.. dimana beliau yang telah berlatih serta berguru dengan pakcik Nuek ketuo tok batin Tapah sejak minggu lepas untuk menunjukkan skill beliau sebagai penari sewang yang handal nampak tidak kesampaian kerana acara tersebut terpaksa dibatalkan memandangkan bulan ramadan.. namun kekecewaan beliau terubat apabila pihak penganjur dengan berat hati telah menghadiahkan belaiu kain batik serta kuih raya..


Disini spy Penanggah ingin mengucapkan ribuan trimo kasih diatas jemputan team majalah Wanita tersebut. andai kata di lain kali kalau ado pesta makan-makan tu jangan ler malu-malu nak ajak spy Penanggah untuk datang menghabiskan makanan yang ado.. pasti tdak akan menghampakan..

Monday, September 14, 2009

PROTES BANTAH OBAMA


WASHINGTON - Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan dari seluruh Amerika Syarikat (AS) membanjiri ibu negara ini semalam untuk mengutuk Presiden Barack Obama kerana perbelanjaan kerajaan beliau yang mereka anggap sebagai terlalu besar. - Utusan..


"Poningg.. poningg.. kepalo den..!!" begitulah luahan presiden Barack Obama sewaktu bertemu spy Penanggah sedang sebok membeli-belah di Masjid India duo hari lepas.. beliau memberitahu bahawa kehidupan beliau dan kaum keluarganya sekarang ini begitu tertekan berpunca dari tunjuk perasan penduduk New York yang tidak berpuas hati diatas tindakan beliau menggunakan bajet yang sungguh besar untuk belajar tarian pendet.. lalu mereka mendesak beliau menghentikan kerja mengarut tersebut dengan menukar kepada tarian lain yang lebih jimat..


Tunjuk perasaan yang turut di sertai oleh sekumpulan penari pendet yang didatangkan khas dari Indon dan bergandingan bersama kumpulan buluh lomang yang di ketuai oleh Deddy Dores sebagai mewakili Markiman Santoso yang tidak dapat hadir kerana disebabkan masalah sembelit beliau yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini..


"Nak buek camno.. dah memang gua seorang peminat fanatik tarian pendet sejak lahir lagi.. sehari tak menari lagu ni gua raso macam nak mati.. silap-silap bleh kono  ghout.." begitulah luah beliau sambil menggoyang-goyangkan pinggang mengikut rentak lagu berirama pendet ciptaan komposer Wak Kang yang terkenal di Bali..


"Apo laa lu Obama.. apokata lu try plak tarian sewang.. tarian sewang ni gua rasa lebih up to date.. lebih mudah dan murah lagi satu dio boleh ditarikan bilo-bilo maso.. tak macam tarian pendet dionyer kos menang tinggi.. tiap-tiap hari kena tambah minyak 2T.. duo hari sekali kena servis kaburetor dah tu nak menari pun bukan boleh sebarang maso.. kena tunggu majlis pecah tanah baru bleh menari tarian ni.. kan susah tu.." terang spy Penanggah dengan agak detail sehingga mato Obama hampir terbeliak..


"Lagi pun orang Indon tak suko kalau lu menarikan tarian ni.. nanti tak pasal-pasal lu plak yang kono tikam dengan buluh runcing.. mau bocor perut lu yang buncit tu kono tikam.. haahaha.. baru padan muko ekau tak dapat beraya.." terang spy Penanggah lagi sambil menunjukkan gerak asas tarian sewang tahap 2..


"Alaaa... kalau stakat tarian sewang ni Penanggah oii.. dalam poket gua jer tu.. barapo lamo plak gua training tarian ni dulu maso gua lepak kat kampung orang asli Sungai Rasau Puchong.. kalau stakat gerak asas tahap 2 lu ni sampil pejam mato pun gua bleh bikin.. skarang lu tengok dan ikut plak gua tunjuk kat lu gerak asas sewang tahap 8.."


"Umanggg aiiii.. terbelit kaki gua.. ni kalau lagi lamo ni mau tercabut urat kentut gua ni.. perghh..!! terer ler lu Obama.. caya la.. gua tengok tarian sewang lu ni banyak sangat gunakan siku dan lutut kanan.. gua raso ni dah bukan sewang lagi ni.." spy Penanggah cuba memuji dan menguji.


"Dah separuh mati gua pikul pokok sawit ni kekiri dan kekanan lu cakap bukan tarian sewang.. kalau dah bukan sewang tarian apo plak yang gua buat ni.." jerit Obama tak puas hati..


"Gua rasa ni bukan tarian sewang la ngok.. ni dah jadi tarian sewel.. tak tau la gua..  macam mano la orang Amerika boleh lantik lu ni jadi presiden diorang.. ni mesti pakai politik wang maso berkempen dulu ni.."


"Cilakak lu Penanggah.. berani lu panggil gua ngok.. nak terimolah tarian sewang tahap 10 dengan menggunakan tumit kaki gua.."


"Alamakkk.. jurus tumit ado taik ayam... cabutttt...."

Friday, September 11, 2009

LU JANGAN PROVOKASI SAMA GUE..


BANGI - Semua pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan perkara yang mencetuskan provokasi sehingga mengundang bahaya pada diri sendiri. - Kosmo.


Seorang bakal penghulu mukim Langat bernamo Mail Kargo.. merangkap ketuo Tok Batin Bukit Ibam tanpa rasa segan silu telah menasihat para pelajar Malaysia di Indonesia agar tidak mencetuskan sebarang provokasi yang boleh mengganggu menggugat atau memecah belahkan keakraban persatuan pekerja Indon di kilang tempe Wak John.. sewaktu beliau merasmikan majlis pecah tanah bagi menggali sebuah perigi selepas waktu berbuka di kampung Langkap lewat malam tadi.... 


Beliau yang di jemput khas bagi menjalankan upacara menggali tersebut turut menasihatkan semua pelajar agar tidak memakan tempe atau mi bakso di khalayak ramai atau pun berkuda kepang sewaktu menghadiri kuliah.. ini adalah untuk mengelakkan para pelajar tersebut dituduh sebagai pencuri tempe atau kudo kepang.. dan beliau turut menasihatkan sekumpulan peserta demontrasi yang diketuai oleh Markiman Santoso yang bersenjatakan buluh lomang agar tidak menebang buluh lemang sesuka hati kerana ini akan mengganggu kenaikan saham lomang di Bursa Saham Tokyo yang didagangkan dalam dagangan lengang yang ditutup bercampur-campur..


Markiman Santoso yang sempat spy Penanggah temui ketika sedang bersiar-siar bersama-sama kudo kepang kesayangan beliau yang bernamo Chiko turut akur diatas nasihat Mail Kargo yang bakal bertanding sebagai ketuo penghulu mukim dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang bulan depan.. menurut Markiman lagi..sebenarnyer beliau tidak mengunakan buluh lomang sewaktu berdemontrasi seperti yang digembar gemburkan oleh media barat tetapi menggunakan pokok enau dan batang sawit.. kerana pokok ini kelihatan lebih sadis dan menggerunkan penonton demo..


Bagi mengelakkan menyinggung perasaan penduduk Malaysia.. beliau turut berjanji akan lebih bersopan santun sewaktu berdemontrasi pada masa akan datang.. dengan mengadakan berbagai acara sampingan seperti lari dalam guni.. laga ayam katik.. pertandingan batu serembat.. perlawanan teka kacang lima penjuru dan bermacam-macam lagi acara  yang akan diadakan kelak bagi memeriahkan suasan dan dengan itu juga diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan intim antara dua jiran serumpum.. jelas beliau sebelum memecut laju meninggalkan spy Penanggah dengan si Chiko.. kuda kepang kesayangan beliau ..

Wednesday, September 9, 2009

MAT INDON DAN BULUH RUNCING..


JAKARTA - Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping Malaysia' (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia. - Utusan..


Perarakan sekumpulan mat Indon yang terdiri dari bekas penari pendet yang bersenjatakan buluh runcing dan buluh lemang dihadapan kedai nasik lomak Pak Dolah Kampit bagi menunjukkan rasa tidak puashati diatas kempen nasik lemak beliau yang menggunakan penari pendet sebagai pelaris kedai.. dilihat telah berjaya menakut-nakutkan sekumpuan makcik-makcik penjual jamu nyonya mener di tepi jalan Dapurnegoroku menuju ke arah jalan Dapurnegoromu di Jakarta Pusat semalam.. tepat pada pukul 2.00 petang waktu jawa timur barat.. yang turut mendapat liputan meluas dari media Indonesia seperti Getik.com dam Kempis.com..


Kumpulan tersebut yang diketuai oleh Wak John ini menggelarkan diri mereka The Sapu Pendet The Movie.. yang turut membariskan beberapo pengikut kamcing yang terdiri dari Wak Karto Al-Bab yang ditugaskan sebagai pencarik buluh runcing... Kimbo Karno pula sebagai pengumpul buluh lomang manakala Minggo Shahputra ditugaskan mencarik buluh meriam atau buluh betung dan kumpulan ini juga turut mendapat sokongan padu dari Persatuan Penari Pendet Pencen yang berpengkalan di jeti penambang kampung Lampung Ulu yang ditugaskan sebagai tukang jerit disepanjang majlis perarakan itu diadakan..


Spy Penanggah yang kebetulan berada ditepat kejadian terus melakukan siasatan dengan menemubual salah sorang peserta Karto Santoso.. yang di beritakan sebagai peserta yang menjerit paling bingit dimajlis perarakan tersebut..


Penanggah: Kabare wak..?

Karto Santoso: Nggak waras pak..

Penaggah: Kenapa wak kurang waras..?

Karto: Kalau saya waras pak.. nggak mungkin saya akan menjerit seperti tarzan disini pak..

Penanggah: Kalau begitu mengapo wak memandai-mandai datang kesini untuk berdemontrasi..?

Karto: Sebenarnya pak saya nggak ada kerja pak.. dari duduk melepak di rumah baik saya kemari menjerit-jerit.. selain dapat upah sambil tu boleh jugak mengusya awek disini... lagi pun awek-awek disini lumayan banget pak..

Penaggah: Boleh gua tau sapo yang mengupah wak membuat kerja tak masuk akal ni..?

Karto: Waduhh!!. itu rahsia pak..  ngak boleh di bilang sama sapa-sapa".. terang wak Karto sambil memandang kekiri dan kekanan.. dan lalu melompat keatas bumbung bas yang berada berhampiran..


Penanggah: Banyak la ekau punyo rahsia.. baik wak bagi tau.. kalau tak nanti gua libas tengkuk tu baru tau.. langsung tak dapat nak berayo..

Karto: Sabar pak.. ini semua angkara bapak Dolah... aaaa.. itu Pak Dolah Kampit tokey nasik lemak.. dia yang menyuruh kami berkumpul didepan warung nasik lemak beliau.. kami semua ikut arahan saja pak..

Penanggah: Apo plak motif si Dolah Kampit buat camtu..?

Karto: Kalau ikutkan strategi asal Pak Dolah.. ini adalah untuk meramaikan pengunjung di warung nasik lemak beliau pak.. bila orang ramai lihat.. ramai orang berkumpul.. ini pasti akan menarik ramai pengunjung untuk mampir di warungnya pak.." cerita Karto lagi dengan penuh penghayatan lalu mengaru-garu ketiak beliau yang dibasahi peluh..


Penanggah: Hampehnyer Pak Dolah... angkara dio rupernyer.. lagi satu apsal sampai ado yang bawak buluh runcing.. nak bunuh orang ko..?

Karto: Mereka semua perserta pertunjukan yang dijemput istimewa oleh Pak Dolah.. untuk memeriahkan majlis dan menghiburkan pengunjung warung beliau pak.. ini semua salah sangka pak..

Penanggah: Iyoooo kooo.. hampeh betul laa.. tapi bilo gua baco surakkhabar Kempis.com.. dah lapan orang yang senak perut masuk wad enam..

Karto: Itu semua bohong.. lagipun pak.. media Indon disini saja membesar-besarkan perkara ini.. supaya Pak Dolah anggak bisa berniaga di sini pak..

Penanggah: Ekau pun satu.. apsal tak bagi tau gua awal-awal.. buang maso gua jer interview lu..

Karto: Nak buek camno.. lu pun samo sengal..copek sangat percayo suratkhabar Indon ni buek apo.. lain kali siasat la dulu... 

Penanggah: Laa.. ekau orang N9 ko.. kampung mano tu.. apsal boleh terjebak dalam perarakan ni..

Karto: Gua orang sini laa.. tapi dulu gua pernah kojo kat ladang sawit kat Palong 8 di N9.. lamo gak ado la 6 tahun..

Penanggah: Okey la camtu Karto.. selamat hari rayo.. gua pun nak blah ni.. ado hal sikit nak jumpo Pak Dolah Kampit.. mano la tau ado lagi dionyer balance nasik lomak.. bleh laa gua sebat.. 

Tuesday, September 8, 2009

WOII TEKSI.. BANYAK TIPU PUNYA OLANG..


KUALA LUMPUR - Kadar baru tambang teksi sudah pun dinaikkan namun masih ramai di kalangan pemandu teksi di ibu kota didapati tetap berdegil menipu penumpang mereka dengan beroperasi tanpa menggunakan meter. - Kosmo..


Apo lagi yang diorang tak puas hati pun gua tak tau laa.. dulu cakap harga tambang rendah sangat laa.. macam mano nak untung.. kalau camni bilo bleh jadi kayo cam Bill Gates .. lagi masalah minyak naik laa.. piston bocor laa.. timing belt putus laa dan macam-macam lagi la alasan yang geng teksi ni bagi tau.. sampai pak menteri pun terpedayo dengan rintihan palsu diorang.. diorang tak tau yang untung besar tetap syarikat teksi.. sewa teksi satu hari tetap 45 hinggit... cubo kalau di kurangkan sewa teksi jadi 20 hingggit kan sonang..


Ni bila tambang dah naik.. lain plak perangai diorang ni.. dah tak nak plak pakai meter.. mungkin diorang tak puas hati lagi kut.. sebab tambang tu naik sikit sangat atau pun meter tu kocik sangat.. mungkin jugak diorang nak pakai meter air atau meter letrik.. baru ler diorang puas hati kut.. itu yang diorang suka-suka jer nak menipu tu..


Dulu maso gua jadi tokey teksi.. buka pintu baru 2 hinggit.. buka bumbung pun baru 20 dan bonet baru 6 hinggit.. skarang jangan cakap la.. dah jadi 3 hinggit dan buka bumbung ngan bonet kalau tak silap gua dah naik jadi 2 ratus lebih dah tu setiap 20 saat naik plak duo tigo puluh sen.. korang pikir laa kalau jalan tu jem.. mau tak jadi duo tigo puluh ribu hinggit sekilometer.. dulu kalau dari HKL ke Pekeliling baru 3 hinggit skarang dah 4 hinggit tak kira lagi tu kalau jalan tu jem.. jarak pun gua agak baru 2 km jer.. dan bayangkan laa kalau korang naik dari Cheras ke Ulu Kelang tak tau ler berapo juta plak yang korang kono bayar.. memang cekik darah...


Menurut sorang driver teksi yang agak terkenal.. Yub Chikan sewaktu ditemuramah dalam hujan lebat bersulam ribut petir di Masjid India tahun lepas mengadu kepada spy Penanggah bahawa dia pun terasa gak tempias akibat kenaikan tambang teksi ni.. masalahnyer bukan penumpang yang bertambah ramai tapi semakin kurang.. sebab tambang mahal sangat.. sapo yang mampu.. lain laa kalau gaji tu sebulan tujuh lapan ribu..


Haa ni gua nak bagi tau.. korang kalau rasa nak balik keja tu naik teksi.. baik korang padamkan jer ler niat suci korang tu.. tak payah ler memandai-mandai nak naik teksi.. baik korang bagi jer duit tu percumo kat driver teksi tu.. kalau dah setiap 20 saat meter naik macam roket tak ker nayo.. baik korang naik bas atau LRT.. berhimpit-himpit sampai berlaga hidung pun janji puas hati.. sesambil tu dapat gak usya awek-awek dalam bas tu dari korang melayan driver teksi yang separuh masak tu..


Okey laa.. gua nak membebel lebih-lebih pun dah malas dahh.. nanti tak pasal-pasal batal plak posa gua ni.. gua pun nak blah dah ni.. lagipun guanyer teksi pun dah sampai...

Friday, September 4, 2009

PALA YANG BALA..


GEORGE TOWN - Sebahagian penduduk Kampung Buah Pala di sini, naik angin dan bertindak menjadi 'perisai manusia' menghalang kerja-kerja merobohkan rumah oleh pemaju sekali lagi di sini semalam. Kosmo..


MAJLIS pecah rumah yang sepatutnyer dilakukan dengan penuh gilang-gemilang.. cemerlang dan terbilang.. akhir tidak kesampaian apabila terdapat segelintir penduduk Buah Bala yang naik angin.. kerana kandang kambing jamnapari yang mereka sayangi turut menjadi mangsa kekejaman.. apabila dilibas oleh jengkaut pihak pemaju lewat pagi semalam....


Majlis yang dijangka bermula dengan tenang.. tiba-tiba menjadi panas dan ganas sebaik sahaja wisel permulaan ditiup oleh pakcik Karupan a/l Batumalai.. iaitu bekas ketuo kampung Buah Bala yang sedang balik bercuti.. dan maka berlakulah sesi banting-membanting.. tolak-menolak dan kilas-mengias antara wakil pihak pemaju iaitu Wong Fei Hong dari Wang Lipat Sdn.Bhd.. dengan penduduk kampung yang turut mendapat sokongan moral dari sekumpulan lembu pawah dan kambing jamnapari yang turut tidak berpuas hati diatas kehancuran kandang mereka.. 


Keadaan tiba-tiba menjadi lebih gempak seketika.. apabila M. Muniandy ketua pemuda parti Nira Kelapa yang kebetulan lalu dikawasan tersebut telah menunjukkan kehebatan beliau dengan mengangkat sebuah jengkaut.. lalu beliau mencampakkannyer le dalam perigi yang berhampiran sebagai tanda protes.. ini membuatkan penduduk kampung serta beberapo ekor lembu brahma dan lembu pawah turut campur tangan dengan cuba mengangkat beberapo jentolak namun usaha mereka gagal kerana terlalu berat sehingga hampir memutuskan urat belikat mereka..


Melihat keadaan menjadi tidak terkawal.. maka pak polisi yang dibantu oleh beberapo buah kereta perisai cuba meleraikan keadaan.. namun usaha giat mereka telah di tentang dengan begitu sengit oleh penduduk yang berganding bahu bersama sekumpulan lembu brahma dan lembu pawah yang turut sama melakukan perisai manusia dengan berbaris sepanjang 60 kilometer mengelilingi kampung tersebut.. 


Manakala kambing jamnapari di lihat mengambil sikap berkecuali kerana pihak pemaju telah berjanji akan membina kandang tiga bilik yang serba baru.. lebih mewah dengan berlantaikan marmar... ini membuatkan penduduk kampung bertambah marah kerana menganggap pihak pemaju lebih mengutamakan kambing dari penduduk kampung sendiri.. manakala kambing jamnapari mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak pemaju kerana begitu perihatin terhadap masalah mereka.. dan sikap pemaju ini menepati dengan nilai dan konsep Rakyat Didahulukan Kambing Diutamakan...

Wednesday, September 2, 2009

"Malam Puisi Tolak Malaysia"


JAKARTA, - Puluhan penyair, musisi dan seniman Semarang, Selasa malam pukul 20.15 ini akan menggelar “Malam Puisi Tolak Malaysia” di halaman Taman Budaya Raden Saleh Semarang. Mereka akan membacakan puisi, berorasi budaya dan menyanyikan lagu-lagu cinta tanah air, dan menolak berbagai sikap tidak simpati Malaysia terhadap Indonesia. - Kompas


Apa yang membuatkan Wak Karto begitu membenci M'sia sehingga sanggup membakar bendera jalur gemilang tidaklah dapat dikenal pasti.. namun menurut satu sumber yang tidak boleh dipakai menyatakan semuo ini adalah berpunca dari satu spekulasi melulu oleh sekumpulan penari jaipong tentang penciplakan tarian pendet oleh Nordin Tip Top dua hari lepas.. dan juga masalah kesamsengan Nordin dan Si Pitung dalam perebutan perairan Ambulat sejak beberapa tahun yang lalu..


Dikhabarkan juga sebagai tanda protes.. satu majlis malam puisi telah diadakan di padang bola kampung Tempewangi kabupaten Solokbakso malam tadi.. yang turut dihadiri hampir 12 orang penduduk kampung yang kebanyakannyer mengaku telah dipaksa hadir oleh Wak Mustarjoko.. tuan tanah kedawung yang berwajah agak ganas tapi mudah melatah jika buah pinggang beliau digeletek..


Majlis yang dimulai dengan bacaan puisi bertajuk Waduh Pak Nordin oleh Raden Markiman Santoyo telah mendapat sambutan yang begitu hangat dari persatuan anak-anak penjual tempe bandung.. sajak yang berkisar tentang perhubungan yang akrab antara Nordin Tip Top dengan sekumpulan tenuk liar yang berakhir dengan satu trajedi.. bila mana tenuk liar tersebut telah meninggal dunia akibat sesak nafas kerana terlebih makan.. ini membuatkan terdapat segelintir penonton yang tidak dapat mengawal emosi.. lalu berjalan itik mengelilingi padang bola tersebut sebagai tanda simpati terhadap kematian tenuk liar tersebut..


Manaka sajak Ku Curi Sawitmu juga oleh Raden Markiman Santoyo pula mengenai sekumpulan pencuri sawit yang cuba menyeludup beberapo tandan sawit ke Medan.. namun usaha tersebut telah dapat dipatahkan oleh pasukan rela kampung Solok Duku dengan bantuan Ultraman Dyna dengan menggunakan kuasa api berantai... dan majlis sekali lagi di hiburkan dengan sebuah puisi Mak Lampir & Abang Bachok... juga disampaikan oleh Raden Markiman Santoyo dengan penuh perasan sedih.. puisi yang menceritakan tentang pertempuran gusti lengan antara Mak Lampir dan Abang Bachok telah dibatalkan oleh Mira Karno merangkap pengadil perlawanan.. kerana Mak Lampir didapati telah offside ketika cuba mengilas lengan Abang Bachok pada pusingan ke duo puluh.. 


Penduduk kampung yang merasa bosan dan tertipu kerana majlis tersebut seperti telah dikuasai oleh Raden Markiman Santoyo sejak dari petang hingga lewat malam telah melakukan satu demontrasi secara aman sebagai satu protes.. Raden Markiman Santoyo yang melihat perarakan protes tersebut pun turut berarak bersama penduduk kampung.. dan semasa berarak beliau sekali lagi sempat mendeklamasikan sebuah puisi bertajuk Berarak Menuju Gemilang.. dan ini membuatkan para peserta demontrasi bertempiaran lari meninggalkan Raden Markiman Santoyo bersajak seorang diri ditengah padang bola tersebut..

Tuesday, September 1, 2009

PIL KUDA DAN MAT REMPIT...


KUALA TERENGGANU - Sebanyak lapan motosikal disita dan enam remaja ditahan kerana positif dadah jenis pil kuda dalam Operasi Cegah Lumba Haram dan Menangani Samseng Jalanan yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara di sini semalam. Kosmo...


Dalam menyambut hari kemerdekaan didalam bulan ramadan ni.. ada jugak lagi terdapat segelintir manusia yang masih belum merdeka.. yang berperangai hampeh cuba menunjukkan kebebatan yang tidaklah berapo hebat walaupun tau diri tu hampeh.. ini smuo membuatkan suhu badan gua naik mendadak sehingga 52 darjah celsius.. hingga gua hampir-hampir melibas seketul karipap yang terhidang didepan meja kedalam mulut..


Dalam orang dok sebok menyambut ramadan ni la yang diorang pun dok sebok merempit ke hulu ke hilir.. sajer nak mengabiskan saki baki minyak Ron97.. dah tu melantak plak pil kudo belang cap tapir macho... tak ke hampeh namonyer tu...


Apo yang best sangat  pil kudo belang ni pun gua tak tau la.. tapi kalau pil cipan ngan pil itik angso tu.. tau la gua.. raso dia kelat-kelat masin sikit.. dionyer power... umang aiiii... nak menyondol sesajer.. pantang nampak ado benda kat depan.. semua nak disondol.. silap-silap lori balak lalu pun nak di sondol sekali.. kena plak layan lagu dangdut semut merah.. lagi la berpusing dunia ni.. memang layan pil cipan ni.. 


Kalau pil itik angso lagi la susah gua nak cakap dionyer power.. silap-silap bleh bertukar jadi doremon siutt.. jalan pun dah macam itik angso.. kelemahan pil ni dio tak bleh nampak air.. mulo la nak berenang.. nak menyelam laa.. dan macam-macam lagi la yang berkenaan dengan dunia keitikan ni.. namo pun pil itik angso.. hanya tak bleh bertelur je.. kalau tidak.. tak tak pasal2-pasal dengan gua-gua skali bertelur macam itik angso...


Tapi menurut member gua John Dempong.. yang pernah tibai pil kuda belang ni bagi tau.. yang pil ni pelik sikit dianyer power.. sapo yang makan pil ni takda maso nak menyudu macam pekena pil itik angso.. pil ni pelik sebab sapo yang kena pil ni.. kaki diorang asyik mengeletek jer tak reti nak duduk diam.. nak berjalan pun ado.. nak berlari pun iyo jugak..  tak tau mano dionyer stim.. 


Si John Dempong ni bagitau lagi kat gua.. satu hari tu dio ngan sorang lagi member Amat Kitoi ambik la benda ni atas pemberian sorang sahabat.. apo lagi.. dengan rasa riak dio pun ambik la sebijik dua sebab nak try.. yang member lagi sorang Amat Kitoi tamak la plak.. ambik sampai limo nam bijik.. bilo telan jer pil kudo belang tu apo lagi.. kaki diorang tetiba dah tak boleh duduk diam.. asyik mengeletek.. nak berjalan jer..


Bayangkan laa yang member gua si John Dempong ngan si Amat Kitoi berjalan kaki dari Central Market sampai Bukit Bintang kemudian patah balik ke Central Market.. rupa-rupanyer pil ni dionyer power hanya tak tau letih jer.. walaupun badan dah berpeluh bejalan kaki kehulu kehilir.. nak berehat tak bleh sebab kaki asyik mengeletar jer nak berjalan.. biasolah pil untuk kuda lumba.. nasib baik John Dempong ngan Amat Kitoi tak berlumba dari CM ker Bukit Bintang.. kalau tak.. tak tau laa apo nak jadi..


Korang pikir laa.. Kalau dah si John Dempong yang makan pil kuda belang dua tiga bijik pun dah berjalan camtu nyer jauh apotah lagi yang Amat Kitoi yang sembat sampai lima nam bijik.. tak tau la sampai mano dio berjalan... mau sampai Tanjung Malim kut...