Isnin, 31 Disember 2012

MENANTI DEWA JANUS 2013 DI DATARAN..

KUALA LUMPUR, 30 Dis  - Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya esok dan bagi mengalu-alukan kedatangan tahun baharu 2013 seperti lazimnya pelbagai acara diatur di seluruh negara bagi memeriahkan sambutan mengira detik 12 tengah malam.

Bagi warga ibu kota, beberapa lokasi terpilih bakal menyaksikan kemeriahan sambutan ambang tahun baharu seperti pertunjukan bunga api, konsert dan persembahan artis popular serta acara-acara menarik lain.

Dataran Merdeka pasti menjadi lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara apabila sambutan ambang tahun baharu diadakan serentak dengan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)... - Bernama


Kepada para penganut atau penyokong fahaman liberal.. sementara korang menunggu detik Tahun Baru 2013 atau terpanculnyer dewa Janus (Dewa Januari) pada malam ni.. apakata korang berkumpul dulu petang ni kat Dataran Mardeka bagi memeriahkan majlis Rumah Terbuka Krismas 1M'sia anjuran Kementerian Penerangan yang diketuai oleh Pak Rais.. korang jangan risau.. banyak makanan yang tengah menanti tu.. semua ada.. dari karipap pusing hingga ler ke air sirap....

Alaaa.. korang jangan plak berasa hati bila gua menggunakan perkaraan liberal atau mengecop korang sebagai penganut fahaman liberal..  memang pun.. hanya kepada yang berfahaman liberal jer yang beria-ia sanggup bersesak-sesak kat open house orang bukan Islam serta menyambut Tahun Baru Dewa Janus ni.. dan hanya penganut fahaman liberal jer yang lebih toleransi dengan penganut agama lain.. lebih-lebih lagi dalam menjayakan semangat 1M'sia ni.. walaupun kekadang tu nampak macam berlebih-lebih ler plak... (ada kita nampak pak-pak mufti kita berebut-rebut pegi open house orang bukan Islam.. adakah pak mufti kita tu kurang toleran dengan agama lain..)

Tengok ler.. kita jer sebok buat rumah terbuka diorang.. sedangkan orang kristian sendiri tidak mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada umat Islam.. ini kerana mengucapkan selamat Hari Raya Korban itu membuatkan diorang bertolak belakang dengan doktrin kristian... mereka menganggap bahwa putra Nabi Ibrahim a.s yang dikorbankan bukan Ismail.. tapi Ishaq...

Dan mungkin ada diantara korang tertanyo-tanyo siap dia gerangannyer Dewa Janus tu.. hensem sangat ker mamat tu.. sebenarnyer nak kata hensem tu tak la..  tapi menurut buku sejarah darjah enam epal.. kira termasuk dalam kategori boleh la tahan.. macho sikit jer dari muko babon.. stakat jadi model kicap dan ubat panau tu bleh la.. dan kalau nak berkenalan lebih lanjut lagi korang baco la kat bawah ni..

“The Roman ruler Julius Caesar established January 1 as New Year’s Day in 46 BC. The Romans dedicated this day to Janus , the god of gates, doors, and beginnings. The month of January was named after Janus, who had two faces – one looking forward and the other looking backward” (The World Book Encyclopedia, 1984, volume 14 hlm. 237).

(Penguasa Romawi Julius Caesar menetapkan 1 Januari sebagai hari permulaan tahun baru semenjak abad ke-46 SM. Orang Romawi mempersembahkan hari ini (1 Januari) kepada Janus, dewa segala gerbang, pintu-pintu, dan permulaan (waktu). Bulan Januari diambil dari nama Janus sendiri, yaitu dewa yang memiliki dua wajah – sebuah wajahnya menghadap ke (masa) depan dan sebuahnya lagi menghadap ke (masa) lalu).


Dalam mitologi Romawi, Dewa Janus adalah sembahan kaum Pagan Romawi. Bulan Januari (bulannya dewa Janus) ditetapkan setelah Disember kerana Disember adalah pusat Winter Soltice, aitu hari-hari di mana kaum pagan penyembah Matahari merayakan ritual mereka saat musim dingin. Pertengahan Winter Soltice jatuh pada tanggal 25 Desember, dan inilah salah satu dari banyaknya pengaruh Pagan pada tradisi Kristen. - voa-islam.com


Ala bukan korang jer.. gua sebelum ni pun ada gak menyibuk kat Dataran tu.. tapi bukannyer beria-ia sangat nak mengambut Tahun Baru pun.. tapi lebih kepada nak mengusya awek jer.. cuma tahun-tahun kebelakangan ni jer gua dah malas nak menyibuk.. bukan apo.. badan ado letih tapi hasil satu habuk pun tarak.. hampehnyer Janus..

Jumaat, 21 Disember 2012

NAK SANGAT PERPERANG.. SILAKAN..

SINTOK,  20 Dis – Penyebaran berita palsu mengenai rusuhan kaum di Sungai Petani baru-baru ini boleh mengundang ancaman kepada negara jika tidak dibendung, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata perbuatan menyebarkan berita palsu seumpama itu melalui laman sosial menyebabkan rakyat merasa takut dan bimbang.

Kejadian sebenar adalah kes pergaduhan yang telah dibesar-besarkan, katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 4,000 penjawat awam Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.


“Apabila ada insiden berlaku diterjemahkan seolah-olah ada pertembungan adalah amat tidak bertanggungjawab,” katanya.


Baru-baru ini tersebar berita mengenai rusuhan kaum dalam laman-laman sosial sehingga menimbulkan keresahan awam dan polis turut menafikan berita palsu itu..... - TheM'sianInsider


Amat malang dan menyedihkan.. setelah selama 55 tahun kita berkumpul dan terjerit-jerit sampai kluar anak tekak merdeka!!.. merdeka!!.. merdeka!!!.. pada setiap malam 31 Ogos di Dataran Merdeka.. rupanyer masih ada lagi sekerat dua manusia bengap yang tak merdeka… yang masih lagi hidup dalam dunia prasangka.. yang sentiasa dibayangi oleh kisah-kisah silam.. sehingga menjadikan tragedi 31 Mei tu sebagai satu beban yang harus dipikul dari jenerasi ke jenerasi..

Memang betul kita pun tak boleh nak menafi dan melupakan sejarah.. tapi jangan ler jadikan kisah kelam tu sebagai satu kongkongan untuk kita sama-sama bangun bagi menjadikan kehidupan kita menjadi lebih baik.. sepatutnyer kita jadikan sejarah tu sebagai satu pedoman atau penunjuk jalan supaya ianyer tak berulang.. dan bukannyer buat keja bangang mengapi-apikan orang ramai dengan isu perkauman yang sempit..

Tapi kalau korang dah beria-ia sangat nak berperang.. berasa diri tu dah handal sangat.. ada ilmu kebal.. ilmu silat.. kung fu mahupun silambam tahap tinggi mengalahkan Naruto Sipunden.. serta boleh menahan parang.. kayu dan bom... haaa itu tak dapek la gua nak cakap apo.. sila la ke dopan.. mana ler tau perjuangan jihad korang mempertahankan kesucian mat-mat rempit yang kalah berlumba tu akan diberkati Tuhan...

Tapi kalau stakat nak buat kecoh.. berani pun kerana ramai.. dan baru kena hambat sikit dengan bom asap FRU korang dah lari tak cukup tanah.. baik tak payah.. korang simpan jer ler korang punya silat.. kung fu ataupun silambam korang tu dalam almari..  bukan apo.. gua rasa bukan gua sorang jer tengok menyampah.. orang lain yang tengok pun sama tumpang sekaki sakit jiwo..

Rabu, 19 Disember 2012

AES.. MENGIAKAN KATA-KATA TOK DET..

Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung. Dalam satu kenyataan petang ini, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

"Bagaimanapun, ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain, maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga kebimbangan tersebut ditangani.

"Satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang mengenai isu berkenaan," tambahnya. - M'siaKini


Ni masalahnyer bila terlalu ramai sangat yang jadi tukang angguk macam burung belatuk dalam kabinet Abang Jib sekarang ni.. yang hanya tau mengiakan segala tok nenek projek tanpa mampu nak berpikir akan masalah yang bakal diterima pada kemudian hari.. selain dari team pembangkang.. yang gua perasan hanya pakcik Bong Mokhtar dan Khiry and The Gang jer yang mintak sistem AES ni dikaji semula... yang lain hadooo!! mungkin diorang takut kut.. nanti kalau dibangkang tak tersenarai plak nama dalam PRU nanti..

Kalau kita perasan.. sebenarnyer pemikir-pemikir ulung serta kaki-kaki bodek ni jugak dulu yang berapi-rapi memperjuangkan beberapa projek bangang oleh kerajaan yang akhirnyer bermasalah.. seperti projek lembu fidlot.. kotak hitam kat bas ekspres dan penggabungan Mas dan AirAsia.. yang akhirnyer jelas gagal tapi memberi keuntungan besar pada si tokey projek.. dan sekarang ni sistem AES plak yang bikin masalah... nak gak gua tengok reaksi diorang..

Cuma yang bikin gua kompius ialah dimanakah peginyer para pemikir ulung serta pak-pak menteri kita yang bijak pandai tu semasa nak meluluskan projek AES ni dulu.. mengapa tak dirujuk kepada peguam negara terlebih dahulu.. mana ler tau kalau ada undang-undang yang bercanggah dengan akta majilis perbandaran ker ataupun mungkin ada pihak yang tak puas hati ker.. bila Pak Polisi dan Pak JPJ berebut-rebut pelanggan dalam saman-menyaman nanti.. tapi tak tau ler gua kalau pak menteri kita ni awal-awal lagi dah berpakat nak buat untung semaksima yang boleh dengan si tokey AES tu..

Tapi dalam pada tu korang jangan happy sangat.. sebab penggantungan saman AES tu hanya sementara jer.. dan pemikir ulung tu pun tengah memerah kepalo otak bagi mencarik jalan macamana nak dapatkan jugak duit saman korang yang tiga ratus tu.. sampaikan sanggup tak tidor malam semata-mata nak mengkaji setiap undang-undang dan akta ada.. carik kat mana yang boleh diorang masuk bagi menghalalkan setiap tindakan diorang nanti.. korang ingat senang-senang ker diorang nak lepaskan korang.. duit tuuu!!

Tapi camno pun gua memang harap agar saman AES ni dibatakan terus.. tak payah ler nak gantung-gantung sangat.. buang maso jer.. dan mana yang dah bayar dulu tu kira anggap ler duit tu korang sedekah kat kerajaan.. buat pusingan modal BRIM.. alaa nanti korang dapat gak balik duit tu.. cuma yang buatkan kepalo otak gua jadi poning ialah bila menengokkan gelagak pak menteri serta pemikir-pemikir ulung yang ado dalam kabinet Abang Jib sekarang ni.. banyak yang tak bleh pakai.. dan bila dipikirkan balik apa yang pernah dikatakan oleh Tok Det dulu tu ado gak betulnyer..

MELAKA, 28 Mac - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global.... – Bernama

Khamis, 6 Disember 2012

PAK POLISI.. MENTERI DAN GANGSTER..

Kali ni gua ingin menampilkan sebuah drama bercorak kepolisian terhebat yang dikira bakal memecahkan semua panggung di negara kita tahun ni.. kisahnya ialah mengenai bagaimana Inspektor Musa.. seorang pak polisi yang telah pencen berasa tak puashati serta kecewa dengan tindakan poyo sorang pak menteri bernama Isham yang suka sangat menyebokkan diri di balai polis di tempat beliau bertugas dulu.... bukan tu jer pak menteri ni jugak turut mengganggu tugas-tugas serta siasatan beliau.. sampaikan nak pegi siasat kambing hilang pun dia nak join gak...

Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya. Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.. - M'siaKini


Tapi dalam pada tu.. tetiba muncul plak sorang lagi pak polisi yang dikenali sebagai Sarjan Ramli.. Sarjan Ramli ni plak tak puashati dengan Inspektor Musa.. kerana beliau mendakwa Inspektor Musa ni pernah berpakat dengan si Ghani.. sorang peguam yang kekwat lagi tak bleh pakai untuk menjatuhkan nama baik beliau sebagai pak polisi yang baik hati serta berhemah tinggi...

"Ahhh sudah ler Musa.. lu pun samo dua kali limo.. dulu lu dengan si peguam Ghani tu ler yang berpakat cover line si Cheng Poh.. dah tu ajak plak ketua mafia Tapai Pulut tu mengenakan gua...eee geramnyer gua.." ujar Sarjan Ramli separuh geram sambil mengunyah sekeping karipap dengan rakus..

KUALA LUMPUR  – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.

“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006. Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.... - The Malaysian Insider


Mendengar tuduhan melulu Sarjan Ramli yang berapi-rapi tu membuatkan Inspektor Musa tak senang duduk.... maka terpaksa ler beliau membuat sidang media bagi menafikan tuduhan tersebut..

"Mano ado Ramli.. gua orang baik ler.. tak cayo lu bleh tanyo jiran gua si Leman tu.. dan kalau lu masih lagi tak percayo lu bleh panggil si James Bond datang siasat gua... gua rela.."

KUALA LUMPUR – Tan Sri Musa Hassan mempertahankan beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.


“Saya tidak ada lakukan kesalahan,” kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, “Kalau ada salah, biar SPRM siasat.…  - The Malaysian Insider


Dan bila drama dah semakin merapu dan memanas.. tetiba muncul plak sorang kaki bodek si Uncle Rais dari celah semak.. yang juga merangkap sorang pelakon nasik tambah cuba nak jadi hero dengan turut sama masuk campur bagi mempertahankan member beliau si Isham.. tapi pak menteri Isham dan si peguam Ghani releks jer tak kata apa pun.. 

"Isham tu orang baik.. gua yakin member gua tu takan buat kerja gila macam tu.. lagi pun banyak lagi keja lain yang dia nak buat.. nak menebas ler.. nak berjoging ler.. sebenarnyer Inspektor Musa tu yang tak reti undang-undang.. camno dia bleh jadi polis pun gua tak tau la.. ni mesti pakai orang dalam.. kalau cam ni baik suruh jer member gua si Isham tu jadi polis.. lagi bagus.." ujar si Uncle Rais bersungguh-sungguh..


KUALA LUMPUR -  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menyelar pihak yang mempertikaikan dan mengkritik tugas serta tanggungjawab yang dilaksanakan oleh seseorang menteri.

Beliau memberi contoh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang baru-baru ini didakwa mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sedangkan Hishammuddin hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kata Rais, mereka yang membuat kritikan itu sebenarnya tidak arif dalam perihal undang-undang dan seharusnya menginsafi perbuatan itu.


"Berasaskan undang-undang negara, saya berpendapat Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab di bawah Akta Polis. Beliau adalah peneraju utama keselamatan di dalam negara dan beliau juga bertanggungjawab kepada PDRM. – SinarHarian


Tetiba gua jadi pening memikirkan mana satu ler yang betul dan dipihak yang benar.. masing-masing semua ada hujah.. tapi camno pun kenyataan serta dakwaan Inspektor Musa ini memang patut diberi perhatian.. sebenarnyer bukan beliau jer yang tidak suka dunia kepolisian di negara kita ni di perkotak-katikkan oleh orang politik .. gua rasa majoriti rakyat negara ni pun sama gak rasa begitu.. kalau nak sangat jadi pak polisi baik berenti jadi pak menteri.. ramai lagi kat luar sana yang bleh ganti...

KUALA LUMPUR -  Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak .

"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.

"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang... tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik... - SinarHarian


Gua ingatkan dalam politik jer ada team.. rupa-rupannyer dalam balai polis  pun wujud gak team-team.. mungkin dakwaan si Sarjan Ramli tentang Inspektor Musa tu ada gak benarnyer.. dan dakwaan si Inspektor Musa tentang perangai hamlau pak menteri tu pun mungkin ada betulnyer.. mungkin mereka berdua ni pun ada buat silap.. tapi dalam isu ni gua lebih pecaya akan kenyataan dari sorang pak polisi berbanding dari kenyataan orang politik.. dan lebih yakin akan integriti sorang pak polisi dari integriti orang politik…

Cuma yang tak bestnyer ialah bila pak polisi dan pak menteri bergaduh.. yang untung dan bertepuk tangan dah tentu ler si penyamun.. lebih-lebih lagi si Cheng Poh ketua mafia Tapai Pulut.. yang korang dok sebok banting sana.. banting sini.. dia kat rumah syok-syok melepak tengok TV sambil kira duit..

Rabu, 5 Disember 2012

LEPAS SI GARUDA... SI GAJAH PLAK...

Tahniah.. tahniah.. tahniah.. akhirnyer Harimau berjaya jugak menunjukkan taringnyer dengan melanyak si Garuda 2-0 untuk masuk ke sepatuh akhir Piala Suzuki 2012 dengan menentang si Gajah Putih pada minggu ni.. nampaknyer Harimau telah bangkit walaupun bermula dengan agak layu hingga berjaya dibelasah oleh si Singa dengan begitu cemerlang sekali pada perlawan pertama.. dan kalau ditengok permainan diorang yang kelam-kabut tanpa arah tujuan masa tu memang patut pun kena belasah sampai 3-0.. tu pun kira nasib baik tak kena sampai 10-0 kalau tak Pak Cik Raja bleh la bersiap-siap berkemas balik kampung…

Dan semasa perlawanan menentang Si Garuda malam minggu lalu.. gua adalah antara 75 ribu penonton yang berada di stadium Bukit Jalil malam tu bagi memberi sokongan padu kepada si Rimau.. dan gua tengok penyokong Garuda pun bleh tahan gak ramai.. agak-agak gua lebih la dari 10 ribu orang.. yang penting awek-awek Garuda yang datang bagi memeriahkan lagi majlis malam tu pun bleh tahan gak ramai..

Walupun begitu.. gua tengok takda la kejadian buruk yang berlaku.. cuma yang gua dapat tau hanya pada petang tu jer ada berlaku pergaduhan.. katanyer berpunca disebabkan berlaga bahu jer.. adoii!!.. memang sengal ler kalau stakat berlaga bahu pun nak bergaduh.. dah tentu ler kat situ orang punya ler ramai.. sampaikan nak berjalan dan menyelit kat celah-celah orang ramai pun terpaksa mengecikkan badan.. kalau ler stakat berlaga bahu pun nak bergaduh.. gua rasa gua pun tak larat nak bergaduh bila ramai sangat awek-awek cun Garuda yang berlaga bahu dengan gua..

Tapi yang bestnyer dalam suasana panas tu ada plak sorang mamat Malaysia ni yang handal bawak awek penyokong Garuda datang ke stadium.. dah tu duduk plak kat tempat penyokong Harimau… duduk betul-betul selang tiga barisan depan gua.. gua dah agak dah ni mesti awek Indon sebab ada nama Susi kat jersi minah tu.. orang kita mana ada nama Susi.. stakat Suzi tu ada la.. mulanyer mungkin orang tak perasan.. ingatkan minah tu pakai jersi Portugal kerana warnanyer lebih kurang sama jer dengan warna jersi Garuda..

Tapi bila awek tu bangun nak merehatkan diri pada separuh masa pertama baru ler orang ramai perasan.. apa lagi riuh-rendah ler area gua tu dengan suara-suara nasi tambah bersorak sakan kat awek Garuda yang gua kira termasuk dalam kategori manis gak ler.. cuma body jer agak mantap skit.. kesian pun ada gua tengok awek tu menahan malu.. dan si mamat balak si minah tu gua tengok hanya mampu tersengeh-sengeh sambil mengontrol macho.... nak buat camno.. dah cinta serumpun tahan jer ler telinga...

Dan pada pertembungan menentang Gajah Putih minggu ni nanti.. gua tetap mendoakan agar si Harimau akan menang dengan begitu bergaya sekali.. tak kisah ler berapa gol.. janji monang.. cuma gua harap pemain pertahanan Harimau tak ler menggelupur sangat.. lebih-lebih lagi pada minit-minit awal perlawanan seperti yang kita tengok ketika mereka menentang Garuda malam minggu lepas.. adoiii!! sakit jantung siuttt!!.. kalau ler takda pak polisi yang berkawal kat situ mau jer masuk ke padang tolong diorang..

Khamis, 29 November 2012

HARIMAU VS GARUDA.. MAKIN PANAS..

KUALA LUMPUR,  Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur menyesalkan tindak pemukulan terhadap warga negara Indonesia oleh suporter timnas Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Rabu (28/11) malam seusai pertandingan antara Timnas Indonesia melawan Timnas Singapura.
    

"Korban pemukulan adalah Ketua Badan Perwakilan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) wilayah Malaysia, Sagir Alva sewaktu berbicara dengan media di luar stadium," kata Kepada Bidang Penerangan, Sosial, Budaya KBRI KL, Suryana Sastradiredja di Kuala Lumpur, Kamis.
   


Menurut pengakuan korban, kata Suryana, saat berbincang dengan wartawan, terdengar ada orang ramai berteriak di belakangnya dan ternyata segerombolan suporter Malaysia. Salah seorang dari gerombolan tersebut mendekati korban dan langsung memukul wajah dan telinga. Karena kawatir mendapatkan perlakuan lebih buruk, korban pun menghindari dan berlari menjauh dari gerombolan tersebut. 
     


Dalam kejadian tersebut, korban tidak sempat mengidentifikasi pelakunya. Sedangkan kasus ini sudah dilaporkan kepada pihak kepolisian setempat. Sementara itu, korban pemukulan, Sagir Alva mengatakan dirinya dipukul di bagian hidung dan telinga oleh salah seorang dari gerombolan tersebut. Sagir menjelaskan dirinya sedang menghampiri reporter televisi dari Indonesia untuk mengundang mereka meliput pertandingan futsal persahabatan.... - Kompas.com

Adoiii... belum apa-apa lagi.. suasana nampaknyer dah makin panas.. dan kalau betul ler berita ni gua pun tak tau nak cakap apo.. nak dimarah dah tua bangko.. kalau budak kocik bleh gak gua siku urat ketingnyer.. agak-agaknyer sapa ler mamat yang handal sangat tu yer... apakata kalau penyokong Indon plak yang bertindak balas nanti bukan ker secara tak langsung ini akan membahayakan orang-orang lain yang akan kestadium malam minggu ni.. termasuk gua dan awek-awek gua..

Rasa-rasa kalau stakat datang stadium nak bergaduh.. nak tunjuk handal gua nasihatkan jangan ler layan bola.. layan ler gusti ker.. tinju ker.. silat ker.. walaupun dakwaan tu boleh dipertikaikan kerana kejadian tu berlaku sewaktu mamat tu sedang berbual mesra dengan media Indon.. dan dah tentu ada saksi yang melihat.. tapi memandangkan berita ni pun dah makin memanas di Indonesia.. apakata kita tompang semangkuk memanaskan hati sambil melayan komen-komen pembaca kompas ni...

kupikir malaysia labih baik daripada indonesia.. ternyata sama aja..

kekurang-ajaran orang Malaysia akibat kelemahan para pemimpin kita yg terlalu sibuk dg pencitraan dg menganggap Malaysia adalah saudara serumpun. Pdhl, pemerintah n orang Malaysia menganggap kita adalah musuh bersama......

pembaca kompas disini jg bnyk orang2 malaysia..entah itu mahasiswa atau pekerja..gimana kwn pendapat kalian tentang WN kami yg di pukuli oleh WN kalian..mohon jwb kawan malaysia..

Hati-hati buat supporter Malaysia,jangan membangkitkan amarah GARUDA.
Gak usah dendam terhadap suporter Malaysia karena mereka gak bakalan datang ke Indonesia jika tim mereka main disini. Karena mereka itu bangsa penakut dan pengecut !!

kok belum ada yg teriak ganyang yah ?

Tidakan yg tdk terpuji, seharusnya sebagai tuan rmh pemerintah malaysia lebih pro aktif dalam menjaga keamanan penonton baik dari Malaysia sendiri maupun dari nagera2 tetangga.

Coba gantian suporternya Malaysia dipukul di Indonesia,pasti la mencak2 press conference di media,lapor ke panitia AFF terus lapor ke FIFA

Pemerintah tidak tegas sih...stop lah kirim TKI , merendahkan martabat Bangsa...buka dong lapangan pekerjaan yang banyak..jangan lapangan korupsi yang dibanyakin..

Mengapa Malaysia akhir-akhir ini semakin berani dan berlaku sewenang-wenang thd Indonesia (terutama para pekerjanya)... karena Indonesia saat ini dipimpin oleh Presiden yg penakut, peragu dan tdk tegas. MALU GW PUNYA PRESIDEN MODEL GITU. Kapan lengser ya ???

tambah kasian TKI di sana.... hidup TKI!!!!!!! lohhh

sama tamu kok nggak sopan amat ...

Sporter Indonesia jangan sok bangga atas kemenangan atas Sinagapore. Penampilan biasa biasa sajalah jangan memancing orang lain bertindak (tahu dirilah)

wah,,, makin panas nih emosinya,,, Malaysia uda duluan menghajar... liat aja timnas kalian akan dihajar oleh timnas kami bsk minggu..

jangan cuma bisa komen doang....disini juga banyak kok wn malaysia, tunggu apa lagi!!!

saudara serumpun katanya? ah klise

Kalau sudah soal malaysia,pasti banyak yang kelewat emosi, gak masuk akal.Supporter malaysia main pukul itu lebih sopan dari bonek kita yang merusak kereta api, makan gak bayar dan nyopet. Supporter kita lebih bringas. Akui saja. Jangan sok patriotis, sedikit2 marah sama malaysia.Malu2in aja.

Pasti Media Malon bilang Media Kita yang Provokatif,.. dasar Bangsa Maling,..

Sampai saat ini belum saya jumpai media online malaysia yg ekspos masalah ini.. sepertinya media disana memang sengaja menutupi masalah yg akan jadi bom waktu

Nanti kita tunggu ya giliran kalau ada pertandingan di Senayan,...hati2 supporter Malaysia....


Selasa, 27 November 2012

KITA TUKAR JE DENGAN NAMA LAIN..

HANOI - Pihak berkuasa Vietnam dilaporkan enggan mengiktiraf pasport baharu China yang memaparkan peta pulau-pulau di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh beberapa buah negara, termasuk Malaysia. Vietnam sebaliknya mengeluarkan visa menggunakan sekeping kertas secara berasingan daripada pasport itu.

Ketua pemerintah pasukan pengawal sempadan Vietnam di wilayah utara Quang Ninh yang bersempadan dengan China berkata, pengawal sempadan telah diarah mengeluarkan visa khas kepada rakyat China yang mempunyai dokumen baharu tersebut.


Pihak berkuasa Vietnam bimbang tindakan memberikan cop kepada pasport baharu China itu secara tidak langsung memberi pengiktirafan kerajaan terhadap tuntutan Beijing ke atas wilayah yang menjadi pertikaian dalam kalangan beberapa buah negara. Filipina turut membantah... - UtusanM'sia


Amboi senangnyer keja.. mentang-mentang laut tu ada nama China jadi lu ingat semua khazanah termasuk air dan tanah yang ada kat area Laut China Selatan tu bapak lu yang punya...  apa lu ingat geran laut tu datuk lu yang pegang ke... banyak cantik lu punya muka..

Gua rasa.. sebelum si China tu klaim mengatakan yang Pulau Tioman.. Pulau Redang dan kawasan sekitarnyer datuk nenek diorang yang punya.. apa kata pak menteri kita tukar jer nama Laut China Selatan kat area negara kita ni dengan lain.. dengan nama yang lebih syahdu.. mencongkam serta menggegarkan.. mungkin nanti bila dah tukar nama lain.. takda ler peluang si China tu nak klaim  mengatakan yang semua benda termasuk batu karang dan ikan buntal yang ada kat dalam laut tu diorang yang punya..

Kalau ikutkan mau jer gua tukar nama Laut Cina Selatan tu dengan nama Laut Ultraman Selatan.. sempena nama member gua si Ultraman Taro dengan si Ultraman Ace.. haaa.. baru padan dengan muka si China tu.. baru ler buku bertemu ruas.. dan bleh ler kita tengok plak lepas ni bagaimana si China tu bergasak dengan dengan si Ultraman semata-mata berebutkan laut dan pulau..

Khamis, 22 November 2012

M75.. MEMANG POWER..

GAZA – Brigade Izuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas, menegaskan bahwa hijaratus sijjil (operasi serangan roket batu – batu sijjil) menang atas ‘amudus sahaab (operasi militer zionis Israel pilar awan). Brigade Izuddin menambahkan dalam pernyataan bahwasanya ia mampu mengguncang situs-situs musuh semenjak awal serangan dengan 1573 lontaran roket dan mortar dan menghantam pesawat tempur, kapal perang, dan kendaran – kendaraannya yang ia gunukan, pada awal dengan roket jarak jauh.

Sebagian memakai roket buatan lokal, yang dapat menjangkau hingga 80 km di Herzilya,  dan dapat mengguncang, untuk pertama kalinya dalam sejarah, Tel Aviv (spring hill) dan Yerusalem serta memaksa komandan penjajah untuk mengangkat bendera putih. Brigade Izuddin Al-Qassam mencatat telah menembakkan, selama pertempuran hijaratus sijjil, 6 roket M75 dan 6 roket Fajr 5... - voa-islam.com


Dalam kita mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang diasak dengan penuh kezaliman oleh tentera zionis sekarang ni.. gua tau ramai diantara kita yang begitu kagum dengan kehebatan roket M75 milik brigade Izuddin Al-Qassam.. iaitu sayap tentera puak Hamas ni yang dilaporkan telah berjaya menghuru-harakan bandar-bandar di Israel.. hinggakan sistem penangkis Iron Dome Israel pun tak menang tangan nak menangkis kehebatan roket ni..

Malah siren amaran di Tel Aviv dan Jerusalem yang dah 20 tahun tak berfungsi tu juga dikhabarkan terpaksa bekerja keras bagi melaungkan amaran akan bahayanyer roket ni.. bukan tu jer.. Perdana menteri Israel si Benyamin Netanyahu serta beberapa pemimpin zionis Israel lahabau itu juga dikatakan turut sama tanpa segan silu melarikan diri ke dalam bungker serta menyorok celah pintu bagi menyelamatkan diri dari terkena roket ni.. kalau tak mau bersepai diorang tu kena bom..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa ler agaknyer roket tu dinamakan M75... apa hubung kaitnyer huruf dan angka tu pada nama roket tersebut... mengapa tak diletakkan nama yang lebih ganas seperti Kayu Api ker.. Batu Petir ker.. Tapir Berantai ker.. sekurang-kurangnyer nama tersebut dapat jugak menggerunkan urat keting si yahudi zionis.. dan bagi mengelakkan korang bertambah kompius maka terpaksa ler brigade Izuddin mendedahkan akan rahsia nama pada roket M75 tu..

Menurut brigade Izuddin.. sebenarnyer huruf M yang berada pada nama itu adalah diambil dari nama Muqaddimah… ataupun Ibrahim Ahmad Al-Muqaddimah.. yang telah syahid pada Sabtu pagi 8 Mac tahun 2003.. apabila kereta beliau dibedil oleh helikopter Apache Israel.. beliau juga adalah salah seorang yang terlibat dalam menubuhkan gerakan brigade Izuddin Al-Qassam ni selain dari Ahmed Said Khalil al--Ja’bari… iaitu komander tertinggi pasukan ni yang juga telah syahid pada 14 November lepas.. sehari sebelum kita menyambut Maal Hijrah akibat dari serangan jet zionis haram jadah..

Dengan kematian al-Ja'bari ini jugak ler yang membuatkan brigade Izuddin tanpa berlengah terus melancarkan serangan roket kearah wilayah Israel tanpa batas dan membuatkan penduduk yahudi zionis menjadi panik dan kelam kabut.. dengan kekuatan serta semangat baru brigade Izuddin Al-Qassam ini jugak membuatkan tentera zionis terpaksa berpikir sepuluh kali untuk melakukan serangan darat..

Dan apa kena-mengenanyer plak dengan nombor 75 tu.. apasal tak letak nombor yang cantik sikit macam nombor 1 ker.. no 88.. nombor 123 atau paling tidak nombor 2020 ker.. haaa baru ler gempak… tapi camno pun untuk pengetahuan korang.. yang nombor 75 tu pula merupakan simbol dari kekuatan roket tersebut yang mampu menjangkau sasaran sejauh 75 hingga 80 km.. kalau letak nombor 1 korang pikir ler sendiri berapa jauh roket tu bleh pegi.. silap-silap jatuh kat atas kepala sendiri....

 Canggih tu.. roket ni la yang buatkan puak-puak zionis di Israel tak lena tidor.. apa taknyer.. kalau ler kena pintu pagar rumah si Netanyahu mau bersepai siutt..

 Ni baru sikit yang diorang tunjukkan.. sebenarnyer banyak lagi yang diorang simpan dalam stor..

Amender ler.. katanyer Iron Dome korang ni canggih tahap cipan.. tapi setakat mercun roket M75 pun lu tak bleh lawan..

Jumaat, 9 November 2012

KITA PATUT MALU KAT OBAMA..

WASHINGTON 7 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, kompromi diperlukan untuk memastikan negara ini terus bergerak ke hadapan. Beliau membuat kenyataan itu selepas menewaskan calon Parti Republikan Mitt Romney dan mengekalkan jawatannya untuk penggal yang kedua.

Dalam ucapan kepada penyokongnya di Chicago, Obama berikrar untuk bekerjasama dengan pemimpin Parti Demokrat dan Parti Republikan dalam usaha mengurangkan defisit persekutuan negara, mengekalkan kod cukai, membuat pembaharuan dalam imigresen dan mengurangkan kebergantungan negara kepada minyak asing.


Obama berkata, beliau juga akan berbincang dengan Romney 'bagi mencari ruang untuk bekerjasama membangunkan negara'.


''Kita sebagai satu keluarga, dan kita bangkit atau jatuh bersama sebagai satu bangsa dan negara,'' katanya. - UtusanM'sia


Inilah yang membezakan antara garis kasar sorang pemimpin berjiwa besar dengan garis kurus sorang pemimpin berjiwa halus dan bernafsu rakus.. walaupun dah menang bergaya dan dipuji berjela-jela.. namun tetap tak lupa yang dirinyer masih berpijak dibumi nyata.. malah seterunya masih lagi diajak bicara bagaikan sudah lama bersaudara..

Walaupun ada yang menggelarkan mereka ini kapir harbi.. yang menunyer setiap hari bercampur arak dan babi.. tapi mereka ni masih lagi mampu sama-sama berdiri dan berjanji untuk membina ibu pertiwi walaupun berlainan parti.. malah semasa berkempen pun rakyat tidak ditakut-takutkan.. jika parti tu menang teruk ler korang kena tekan dan diganyang.. silap-silap body korang yang montel tu jadi kurus kerana negara ni akan digadai oleh pemimpin boros kepada si yahudi bernama Soros..

Alangkah malunya pemimpin kita yang masing-masing menepuk dada mengaku merekalah yang paling mulia dan banyak berjasa.. tapi kenapa masih jugak tidak sekata walaupun duduk semeja dan mengaku saudara seagama.. bagi gua itu semua hanyalah lawak jenaka dari pemimpin kita bagi menghiburkan rakyat jelata yang semakin sengsara dan tersepit dengan kehidupan yang begitu menghimpit.. kononnyer mereka jer ler pemimpin bistari yang mampu mentadbir negeri dan negara ni.. haaa kalau tak kerana kami dah lama rakyat negara ni kurus melidi.. dan mungkin ada yang mengemis di negara sendiri..

Gua pun tak tau bila ler agaknyer konflik politik di negara kita ni akan tamat.. cuma yang gua nampak keadaan semakin tenat.. kecoh dan bertambah gamat.. masing-masing nak tunjuk handal walaupun kekadang nampak bebal kerana ilmu pun hanya stakat sejengkal.. sebenarnyer pemimpin-pemimpin politik kita ni yang tak sedar diri.. masih jugak lagi bergaduh siang dan malam tak henti-henti.. bertelagah semata-mata berebut nak membangunkan bumi pertiwi..

Agaknyer setelah Tuhan tu turunkan azab nanti.. baru ler semuanyer akan berhenti.. ataupun masih jugak lagi tuding-menuding jari.. Tuhan... ini bukannyer salah kami.. sebenarnyer mereka tu yang tak muhasabah diri..

Rabu, 7 November 2012

HARIMAU CEDERA.. PATUT LER KALAH..

Kuala Lumpur: Krisis benteng pertahanan melanda skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal apabila dua pemain tonggak, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Fadhli Shas cedera menjelang perlawanan persahabatan dengan Thailand di Bangkok malam ini.

Kecederaan dua pemain itu termasuk pemain tengah, Amar Rohidan dilihat menjejaskan persiapan skuad negara yang mempunyai misi besar mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang bermula 25 November ini. 


“Memang ramai yang mengkritik tindakan kami melakukan eksperimen dan menguji pemain sebelum ini, tetapi apabila berlaku kecederaan seperti ini, kita memang perlu mempunyai pemain yang cukup untuk menjadi... - BHarian

Adoii apa la korang ni.. time nak lawan masa tu ler ada yang sakit lutut.. time nak lawan masa tu ler ada yang kena sengal tulang..  time nak lawan masa tu ler ada yang krem bontot.. . time nak lawan masa tu ler ada yang kena pegi gotong royong.. ada jer alasan korang.. dah tu pandai plak bagi alasan awal.. kiranyer kalau kalah tak ler semua orang terkejut beruk sebab diorang dah tau ramai pemain kita cedera.. dan kalau kena kritik nanti bleh la kata.. kami ni tak risaukan sangat pun pasal ranking-ranking ni..

Tapi cuba kalau menang.. mau seminggu tak habis cerita.. haa hebat tak kitorang ni.. walaupun ramai pemain kita cedera sampai ada yang berpapah dan berkerusi roda tapi dengan semangat juang yang tinggi akhirnyer kami menang jugak dengan jayanyer...

Ingat.. sekarang ini bukan masanyer nak buat pendedahan.. menguji serta memilih pemain.. sebab dah tinggal berapa hari jer lagi Piala Suzuki tu nak start.. memandangkan korang pun dah kena tibai 2-0... dan gua tengok game tu pun turut sama sakit jiwa... sampai gua pun tak tau apa yang korang buat kat tengah padang tu.. berlari sana.. berlari sini.. apa kata kalau kita tukar jer jurulatih yang lain plak.. mungkin yang lebih power.. tapi kalau dah takda sangat.. jurulatih kompang pun bleh laa..

Khamis, 1 November 2012

UNTUNG LER LU... MONOPOLI...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menempelak tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mendakwa tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.
 

Zahrain memberitahu, sebagai seorang ahli UMNO yang berjuang untuk orang Melayu, Bung Mokhtar seharusnya bangga serta menyokong kejayaan yang telah dikecapi oleh anak Melayu seperti Syed Mokhtar dan bukan mengkritiknya. Sambil melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan itu, Zahrain berharap Bung Mokhtar akan segera menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap tokoh perniagaan negara berkenaan.. - UtusanM'sia

Sebelum kita bertekak lebih jauh lagi.. mari kita fahami dulu apa dia monopoli tu.. kalau ikutkan kamus dewan bahasa Uganda Selatan.. monopoli ni berasal daripada bahasa Greek.. iaitu MONOS bermakna sendiri atau tunggal dan POLEIN pula menjual.. maksudnyer satu penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan perdagangan atau perkhidmatan dalam pasaran tertentu oleh seseorang atau sesebuah syarikat... kira macam ejen tunggal ler lebih kurang..

Dan gua pun tak tau la apo yang best sangat dengan monopoli ni.. sampai ada yang sanggup bertegang leher mempertahankan sistem ni.. agaknyer diorang ni terpengaruh dengan permainan monopoly tu kut.. tapi terus terang gua cakap.. gua memang hangin dengan si monopoli ni.. bukan tu jer.. orang yang bagi lesen monopoli tu pun sama bikin gua paneh.. kalau stakat nak monopoli bisnes nangka madu atau jambu batu tepi jalan gua takda halnyer.. lantak korang ler..

Kita tengok Astro pun dah cukup.. dah berapo ramai orang yang hangin dengan si Astro ni.. sampai dalam parlimen pun dibincangkan masalah ni.. tapi ada tindakan yang dikenakan kat si Astro tu.. satu hapah pun tarak.. yang pak menteri paling handal bleh buat pun hanya stakat suruh orang ramai boikot jer.. tapi si tokey Astro langsung tak heran.. lu suka lu tengok.. tak suka lu sana duduk diam-diam sebab ini Astro gua yang punya..

Abang Bung.. cuba tanya pakcik Zahrain tu.. berapa ramai dah jutawan Melayu yang berjaya beliau lahirkan melalui sistem monopoli ni.. kalau ramai hingga beratus atau beribu orang.. haa itu memang gua sokong ler.. tapi kalau setakat Pak Syed sorang tu jer yang dia nak bangga-banggakan.. baik tak payah.. takan la berjuta-juta orang Melayu yang ada kat Malaysia ni.. hanya Pak Syed sorang tu jer yang pandai berniaga.. yang mampu serta layak memonopoli bisnes kat negara ni.. orang Melayu lain semua hampeh tak bleh pakai..

Apakata kalau ler sistem monopoli tu kita dipecahkan dan dibahagi kepada beberapa orang Melayu yang lain.. sebagai contoh bisnes tepung.. si Amit Jambul.. Dollah Sempoi dan Minah Karen kita berikan permit import tepung gandum.. si Luncai.. si Karim Kargo dan si Kudin Bulat import tepung ubi.. si Usin Ranggi dan Kathy Montel kita bagi dia lesen import tepung kanji.. si Dolmat Gebang dan si Ambo plak tukang import tepung beras.. manakala tepung keledek atau tepung keladi kita bagi kat Munah Murai.. Darus Koboi dan Kadir Sepet yang import..

Haa tengok.. berapa ramai bakal jutawan Melayu yang kita dapat lahirkan hanya dengan bisnes tepung jer.. itu tak masuk lagi bisnes minyak.. gula.. beras.. tayar beskal... sampan.. apam balik.. cendol atau karipap pusing..  bayangkan kalau sistem monopoli tu dipecahkan dan dibahagikan kepada 2 atau 3 ribu orang Melayu yang berkelayakan.. gua rasa sampai jer tahun 2020.. mau separuh orang Melayu kita jadi jutawan..

Selasa, 23 Oktober 2012

BAGI LER KITORANG BERDESUP...

Terbaca satu pandangan atau pendapat dari Sin Chew Daily mengenai sistem AES ni dalam ruangan Isu-isu Akhbar Cina di Utusan beberapa hari lalu membuatkan gua tersenyum sendirian.. artikel yang gua kira agak lawak bertajuk Jangan Pertikai AES itu diantaranyer berbunyi..

Dalam pada itu, ada Ahli Parlimen yang berkata, sepatutnya hak untuk memandu kenderaan mengikut kelajuan berbeza-beza itu diberikan berdasarkan prestasi enjin kenderaan.

Mungkin pada dasarnya, pandangan itu betul. Tetapi jika BMW dibenarkan memecut sehingga 130 km sejam manakala Kancil pula dihadkan hanya 90 km sejam kerana prestasi enjinnya yang kecil, ia sudah tentu akan menghina pemandu model kenderaan berkenaan. Ini akan menyebabkan berlaku budaya kasta dalam pemilikan kenderaan.


Pemandu kereta dengan kapasiti enjin rendah yang merasa terhina dengan peraturan itu sudah pasti akan mengadakan tunjuk perasaan di jalanan. Setiap hari, akan ada rakyat yang berkunjung ke Parlimen bagi mengemukakan memorandum bantahan. - UtusanM'sia


Haaa sekarang suratkhabar dari Chongkau Post plak nak jawab.. cubo korang pikir sendiri.. adakah kalau kerajaan dah tetapkan had kelajuan di lebuhraya sekarang ni 110kmj.. maka kita semua yang lalu kat situ pun kena bawak 110kmj jugak termasuk motor kapcai dan basikal.. dah tentu tidak bukan.. ada jugak yang bawak slow.. ada yang bawak sederhana slow.. mana yang nak cepat tu paham-paham jer ler dia punyer berdesup.. kekadang bila nak cepat gua pun sama gak berdesup.. entah-entah mamat yang tulis artikal ni pun sama gak satu lapan kat highway...

Sebenarnyer gua amat bersetuju kalau had kelajuan kat highway tu dinaikkan sikit.. tapi hanya kat highway jer ler.. kalau jalan kampung tu gua rasa tak payah ler kut sebab kalau tak dinaikkan pun diorang tetap gak berdesup.. lagipun stakat 110kmj tu apa la sangat.. purata kelajuan yang boleh dibuat pun hanya stakat 100 hingga 105kmj jer..  tapi tak tau ler gua kalau korang oleh kontrol pedal minyak tu.. maintain jer 110kmj tak lebih dan tak kurang sampai ke kampung..

Dan gua pun tak nampak dimana kastanyer.. sebab gua tengok ada gak Mercedes.. BMW dan Honda kapcai lampu bulat yang bawak slow jer kat highway.. tapi si Kancil plak yang berdesup-desup macam orang sakit perut.. jadi apa masalahnyer kalau had kelajuan tu ditambah sampai 260kmj sekali pun.. cuba kita pikir larat ker si Kancil tu nak berdesup sampai 260kmj.. silap-silap mau tercabut skru siutt.. lain la kalau sesiapa yang tak ikut tahap kelauan 260kmj tu.. maka diorang tu akan disaman.. haa memang masak ler saper yang bawak motor kapcai ataupun yang bawak basikal.. lengoh siut nak mengayuh..

Dan gua pernah tengok sendiri.. dia punyer kereta bukan main power lagi.. eksos besau.. sport rim 17.. skirting kiri kanan tapi punyer ler slow siut.. macam nak pegi makan angin.. dah tu ikut lorong tengah plak tu.. sedangkan had kelajuan yang diwajibkan adalah 110kmj.. gua pun potong ler nak tengok apa yang dibuatnyer si mamat kat dalam tu... laaaa tengah layan talipon rupernyer.. aiii!!.. rasanyer mau jer gua berdemo dan hantar memorandum bantahan kat parlimen mengadu pasal mamat tu.. chehh!!..

Jumaat, 19 Oktober 2012

MEMFRANCAISKAN AES!!.. OKEY GAK..

PUTRAJAYA, 17 Okt  -- Para pengguna jalan raya diminta supaya jangan memberi peluang kepada syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) membuat untung menerusi kesalahan-kesalahan di jalan raya. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata ia hanya dapat dilakukan sekiranya semua pengguna lebuh raya mematuhi had laju yang ditetapkan di atas jalan raya, dan tidak melanggar arahan lampu isyarat.

Katanya setakat ini, 14 kamera dipasang di seluruh negara di laluan yang dikenali oleh polis sebagai 'black spot' atau kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya sehingga membawa kematian. Beliau berkata hanya polis sahaja yang boleh mengenal pasti lokasi itu dan sistem ini sama sekali bukan ditampilkan untuk memberi keuntungan kepada syarikat konsesi AES.. - Bernama


Baru ler gua paham sekarang betapa pentingnyer sistem AES ni kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negara ni.. kalau ler gua tau.. awal-awal lagi gua dah berdemo.. desak pak Menteri supaya pasang benda ni kat seluruh pelusuk kampung.. termasuk kat kampung gua.. dan kalau boleh kat rumah pun gua nak pasang satu.. kira macam kempen Satu Kampung Satu AES ler..

Tapi camno pun pak Menterl.. lu jangan risau la.. gua dan rakyat M'sia yang lain akan cuba sedaya upaya untuk melingkup dan memufliskan tokey konsesi AES tu tanpa sikit pun membantutkan tahap kelajuan kenderaan kitorang.. termasuk la Skyline GTR dua tayar gua tu.... haa padan dengan muka tokey tu.. biar melingkup.. ada ker kereta power disuruhnyer bawak slow macam pegi makan angin.. chehh!!.. tapi gua tak la sampai hati nak suruh orang ramai supaya memboikot semua jalanraya kat negara ni.. kalau diboikot camno plak gua nak pegi kojo.. tak larat la plak hari-hari nak naik jet peribadi..

Sebenarnyer bukan susah pun nak melingkupkan diorang tu pak Menteri.. caranyer cukup mudah.. semudah memakan lempeng.. alaa bila nak sampai kat area kamera tu kitorang slowkan ler kereta.. motor ataupun beca kitorang tu.. kitorang ikut ler aturan tu macam pijak semut pun tak mati.. tapi bila lepas jer melintas kat kamera tu.. kitorang pun berdesup ler balik.. pecut macam orang hilang akal... haa amcam bijak tak kepalo otak gua ni.. tapi pak Menteri jangan plak bagi tau idea gua ni kat tokey konsesi AES tu yer.. bukan apo gua takut kocik hati plak tokey tu nanti..

Tapi kalau nak lagi cantik.. apakata pak Menteri suruh jer tokey konsesi AES tu supaya memfrancais sistem tu kat gua atau kepada sesiapa jer yang berminat.. nanti bleh ler gua pasang benda tu kat kampung gua.. tak dapat banyak dapat dua tiga bijik pun kira okey ler... bukan apo.. semenjak jalan kat kampung gua tu dah cantik.. gua tengok orang kampung bawak kereta pun bleh tahan gak desup-desup.. kalau dipasang mau rasanyer kamera tu tak menang tangan nak menangkap gambar.. apa susah.. nanti untung tu kita bagi la 50-50... samo kito kayo.. samo-samo la kito bergumbira..

Jumaat, 12 Oktober 2012

JANA PENDAPATAN DENGAN AES..

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta pembangkang hari ini bersetuju untuk meminta kerajaan menangguh dan mengkaji semula penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi tujuan mengurangkan kemalangan jalan raya. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) ketika mencelah dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 berkata, penangguhan AES adalah penting supaya peraturan berkenaan tidak membebankan rakyat.

"Kita berharap perkara ini ditangguhkan, jangan menganiaya rakyat kalau boleh kita harap kerajaan dapat turut mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya ketika mencelah perbahasan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).


Fasa pertama pelaksanaan AES mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini sama ada kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Terdahulu, Tong Him memberitahu, AES wajar dikaji semula kerana sistem penguatkuasaan itu masih dalam tempoh percubaan.


"Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya kerana kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap atau untuk mengaut keuntungan..-  Utusan M'sia


Memang sengal ler kalau ada yang mengatakan sistem AES ni mampu mengawal atau menurunkan kadar kemalangan.. entah malaon bangang mana la yang bagi idea merapu kat pak menteri kita buat benda ni pun gua tak tau la.. cuba ler bagi idea macamana nak kurangkan tol ker.. nak kasi turunkan harga petrol ker.. ini balik-balik bagi idea nak kasi melingkup.. nasib baik ada dua tiga kerat ahli parlimen yang berotak waras... kalau tak lagi jahanam.. daripada tu baik korang letakkan bumper atau bonggol jer sepanjang jalan kat negara ni.. dah tentu orang tak boleh nak bawak kereta laju..

Tapi kalau kata sistem AES tu mampu menjana pendapatan sampingan negara.. haa itu gua setuju.. cuba korang kira.. saman yang berjaya dikesan setakat ni lebih daripada 60 ribu.. dan satu saman dia punya denda lebih kurang RM350.. cuba korang kira berapa juta untung yang kerajaan dapat.. haa itu baru beberapa minggu dan berapo bijik mesin jer yang dipasang.. cuba bayangkan kalau mesin tu dipasang sampai berjuta-juta bijik.. kena setahun.... perghh!! mau tak kayo.. tapi yang tersenyum lebar sampai krem rahang dah tentu ler si mamat yang dapat tender pasang benda ni... 24 jam duit masyuk tu..  apa taknyer.. dikatakan mamat tu akan dapat komisen dari setiap saman.. lagi banyak dipasang lagi banyak masyuk.. kayo.. kayo. kayo..

Dan patut ler bila orang ramai suruh naikkan kadar kelajuan kat highway dari 110kmj kepada 120kmj bukan main liat lagi nak diluluskan.. bagi gua dalam keadaan sekarang ni had kelajuan 110kmj kat highway tu dah tak sesuai lagi dah.. ada ker kereta skyline GTR yang gua beli setengah juta bawak stakat 90-hingga 110kmj jer kat highway.. gilo ker tak gilo.. mamat kancil tengok pun tergelak pecah perut..

Sebenarnyer bukan gua  gua jer yang tak puashati.. malah ramai pak-pak menteri dan para VVIP tu pun sama tak sanggup nak bawak kereta slow motion macam makan angin kat hinghway tu.. dan gua pernah tengok sendiri macamana diorang tu berdesup laju kat highway macam pelesit.. malah siap ada pak polisi lagi tu kat depan..

Sebenarnyer semua ni bergantung pada sikap atau disiplin sipemandu bukannya sistem.. korang diletakkan la apa pun sistem.. AES ker.. AIS ker.. suruh ler pasang sepuluh seat belt pun dalam kereta tu dan gantungkan la kamera kat tengkok diorang.. lepas tu korang buat la segala macam tok nenek undang-undang.. tapi kalau dah bangsa bawak kereta macam setan cakap pun tak guna..

Bagi gua kalau jalan tu lengang.. lantak la kalau nak bawak kereta laju berdesup macam bawak jet peribadi.. gua takda halnyer.. tapi jangan bawak kereta macam orang hilang akal atau macam orang sakit perut masa jalan tengah sebok.. pancung kiri.. pancung kanan macam orang kena sawan.. siap bagi lampu lagi tu.. haa orang macam tu memang gua doakan terbalik masuk longkang jer....

Khamis, 4 Oktober 2012

ORANG KAYO.. BAGI LA GUA AIR..


SIMUNJAN – Lebih 3,000 penduduk di empat buah kampung, sebuah taman perumahan serta pekan Simunjan disini terputus bekalan air akibat tindakan seorang lelaki berusia 30-an yang bertindak mencurah racun rumpai ke dalam air di loji rawatan air Jabatan Kerja Raya (JKR) Simunjan semalam. Pekan Simunjan terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Kuching.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan mencurahkan kira-kira lima liter racun rumpai ke dalam saluran paip utama di loji tersebut di Jalan Nanas, Sekendu di sini.


Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Mohd. Zaini Morshidi berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Sageng itu dipercayai melakukan perbuatan khianat itu selepas tidak tahan menghadapi krisis air yang melanda kampungnya sejak Jun lalu. – Kosmo


Umang aiii.. ini betul punyer marah... kalau ler ada sesaper yang terminum air tu.. tak dapek la gua nak cakap apo.. mau ada yang mati keras terbeliak bijik mato.. apa taknyer air beracun tu!!.. adoii.. apasal la mamat tu tak curahkan jer air sirap ker.. air limau ker dalam loji tu.. haaa sedap ler sikit..

Laaa.. patut ler mamat tu mengamuk sakan.. dah berbulan rupernyer rumah tak berair.. mau tak hangin satu badan.. saper yang pernah alami pengalaman ni tau la macam mano dia punya azab.. bagi gua biar la takda letrik jangan takda air.. bayangkan la kalau duduk kat apartment lima enam tingkat yang takda lift.. dah tu anak plak ramai.. perghh!! cakap pun tak guno.. mau ada bersilat.. tak larat siut nak memikul air dua tiga tong.. silap-silap kena dua tiga round mau body tu berketul-ketul macam Hulk Hogan..

Cuma yang gua tak puas hati ialah selama ni mati-mati gua ingatkan hanya Kelantan dan Selangor jer yang kering kontang.. rupa-rupernyer ada gak negeri lain  yang tak berair.. kalau negeri miskin macam negeri gua tak heran sangat ler.. tapi ni negeri kayo.. minyak dan kayu balak melambak keliling pinggang.. dah tu bukan negeri jer yang kayo tapi dia punya pemimpin pun sama gak tak ketinggalan kaya-rayo.. beratus juta duit dalam bank.. sepuluh tahun pun tak habis kira.. tak percayo korang baca kat bawah ni..

Shahnaz dakwa Taib orang terkaya di Malaysia. Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara. Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.

Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta. Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.. - M'siaKini


Alaa.. gua tak terperanjat langsung la kalau harta anak-beranak pakcik Taib ni bertimbum mengalahkan Carlos Slim ataupun si Bill Gates.. tapi tak tau la gua kalau si Carlos Slim ataupun si Bill Gates plak yang terperanjat beruk bila tengokkan kekayaan pakcik ni dah mengalahkan diorang.. lagi pun apa nak diherankan.. memang patut pun pakcik Taib anak-beranak ni hidup kaya-raya tahap cipan dan mengaut segala harta yang ada.. takan korang tak tau.. bukan ke semuo tu dah termasuk dalam bidang tugas dia sebagai Pak Menteri..

Dan korang pun tak bleh la nak marah.. nak tuduh pakcik Taib tu kaki kelepet la.. kaki rasuah la.. bagi gua sebelum korang marahkan pakcik tu.. baik korang maki hamun diri korang dulu.. apa taknyer.. yang mencalonkan pakcik ni dah tentu ler bangang kelabu asap.. tak tau nak bezakan antara plastik dan kayu api… tapi masalahnyer korang sendiri yang sengal dan gatal tangan pegi mengundi pakcik tu buat apo.. kalau taksub sangat pun beragak ler.. ada ker disuruh musang jago reban.. mau tak melingkup..

Lagi pun cuba la korang pikir.. peluang dah depan mato.. lauk dah terhidang atas mejo.. pengampu dan penyokong pun sebok gak meraso.. jangankan pakcik Taib.. kalau gua jadi dia pun gua kelepet gak semua yang ado.. silap-silap dengan tayar-tayar beskal dan lampu kalimantang rumah korang pun gua rembat.. baru ler gua jadi Kasim Baba.. “Nasib baik kao panas.. kalau tak dengan kao-kao aku kebas”..

Jumaat, 28 September 2012

GUA PUN ADA GAK JET PERIBADI..


PETALING JAYA: Gambar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam sebuah jet peribadi menjadi satu isu yang kini diperkatakan di internet. Ketika beberapa blogger dan pemimpin Barisan Nasional mengkritik ‘gaya pengembaraan’ mereka, Anwar dan rakan-rakannya menegaskan bahawa tindakan menaiki jet peribadi itu bagi memudahkan perjalanan mereka ke Sarawak dan Sabah.

Gambar tersebut pada mulanya dimuat naik di laman Twitter, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pada 15 September lalu dan di turut dimuat naik di beberapa laman blog.… - MStar


Kalau satakat naik jet peribadi cabuk.. skru pun dah tercabut sana sini.. lampu brek pun takda.. tak payah ler korang nak memekak.. gua pun tak heran.... lain la kalau diorang tu naik roket peribadi pergi ke bulan atau ke planet Marikh balik hari.. haa itu memang gua ler gua heran dan jeles tahap gaban.... lagi pun yang korang  bising-bising tu sebab Pakcik Nuar tu tak ajak korang.. cuba kalau diajaknyer korang semua tumpang semangkuk naik jet tu pusing-pusing keliling kampung.. dah tu tentu korang semua sonyap....

Yang kompiusnyer bila gua tengok perangai korang yang pelik-pelik ni... apa taknyer.. stakat tengok jet peribadi Pakcik Nuar yang entah apo-apo tu korang dah menggelupor macam ayam kena sembelih.. rasanyer kalau ler korang tengok jet peribadi lampu bulat gua yang gua sorok kat belakang rumah gua tu.. rasanyer mau korang menggelupur separuh koma lima enam hari..

Kalau korang nak tau.. gua ni bukan setakat jet peribadi jer.. keretapi peribadi.. sampan peribadi.. beca peribadi.. kereta kebal peribadi.. lari sampah peribadi.. kapal korek peribadi.. besikal peribadi.. rakit peribadi malah kapal solam peribadi pun gua ada gak tau tak.. cuma gua malas nak cerita jer.. ini pun baru gua cerita sikit jer.. korang semua dah kagum sampai terbeliak bijik mato..

Okey kejap yer.. tetiba plak talipon gua ni berbunyi... ni mesti si Kathy awek gua yang nombor empat tu talipon nak ajak dating tengok wayang kat Alamanda..

"Hello... haa yer saya... err!!.. boleh gua tau sapo yang handal sangat bercakap kat sana tu.. apoooo??.. George Boros.. helikopter.. enam bijik.. power stering.. timing belt enam.. piston empat... okeyy.. okeyy no hal.. cantekkk!!.."

Korang tengok.... belum sempat gua habiskan entri gua ni.. George Boros saudagar duit siling tu dah talipon gua.. katanyer nak bagi gua helikopter peribadi.. buat ronda-ronda kat pasar malam katanyer.. tapi masalahnyer bukannyer sebijik.. ni sampai lima enam bijik.. apo yang gua nak buek dengan helikopter bebanyak tu George Boros oii.. adoii.. 

Biaso la helikopter peribadi 70cc.. naik pun tak bleh ramai-ramai.. tapi sementara gua nak panaskan enjin tu korang tengok ler puas-puas dulu yo..

Kapal solam scorpeng peribadi ni gua boli sekali dengan bodykit ada la dua tiga juta.. adoii!! patut la tak boleh menyolam.. mentol dah terbakar rupanyer.. chehh!!..

Selasa, 25 September 2012

CAYA LA LU JOSE MUJICA...


MONTEVIDEO: Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente mas pobre (Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu. Bercakap kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, semalam Mujica berkata dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.

“Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu,” katanya.

 


Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara. Pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo. Mereka memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000. 



Mantan pejuang gerila itu menyertai politik dengan bergabung bersama parti aliran kiri sebelum terpilih sebagai presiden pada 2010. Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan. Selain digelar Presiden Termiskin, Mujica juga mendapat penghormatan ramai kerana dikenali sebagai Presiden Paling Pemurah. Dia tidak memiliki akaun bank atau hutang, manakala sahabatnya yang paling baik ialah seekor anjing bernama Manuela..- Hmetro

Kenapa ler agaknyer Tuhan tak lahirkan orang macam pakcik Jose Mujica tu kat sini dan menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri kat negara kita ni.. mungkin beliau boleh gunakan nama Usup Majid ker.. gua cakap macam ni sebab gua memang teringin sangat nak dapatkan pemimpin yang baik macam tu.. mungkin korang pun harap macam tu jugak.... tapi tak tau ler gua.. kalau ada diantara korang yang berdoa kat Tuhan setiap hari mintak agar negara kita ni dipimpin oleh pemimpin kaki sebat.. pantang lepa habis semua nak dirembat..

Dan alangkah bertuahnyer kalau ler semua pemimpin kat negara kita berperangai mulia macam pakcik Jose Mujica tu.. pemimpin yang mendahulukan rakyat dari diri sendiri.. pemimpin yang tak mengumpul harta untuk anak bini serta kroni.. kalau ada la pemimpin macam ni.. gua rasa pak menteri kita pun dah tak perlu nak bersusah payah berkempen siang malam kehulu-kehilir sampai keluar anak tekak.. merayu sampai berguling-guling mintak simpati.. tolonglah undi kami untuk sepenggal lagi..

Gua tau.. itu semua hanyalah impian dan angan-angan.. sesuatu yang mustahil nak dicapai tangan.. sebab setakat ni tak nampak lagi bayangan pemimpin baik yang macam tu kat negara kita ni.. tapi tak tau ler kalau kat tempat korang ada plak pemimpin berjiwa rakyat macam pakcik Jose Mujica tu.. yang sanggup berikan 90 persen daripada gajinya kat korang sebagai buah tangan..

Tapi kalau pemimpin kaki belit.. kaki komisen.. kaki kelepet.. kaki ampu.. kaki gaduh.. kaki demo.. kaki bertekak.. kaki report.. kaki awek.. skandal tak habis-habis.. gua rasa tak payah cerita ler..  kedekut lagi ada.. jangankan potong gaji.. yang ada pun tak cukup.. mintak ditambah lagi ada.. walaupun harta pusaka banyaknyer luar biasa.. dan bila disuruh istiharkan harta ada jer alasan dan sekatan.. katanyer itu semua rahsia negara dan jugak untuk keselamatan..

Kalau tak percaya cuba korang mintak semua pemimpin kita tu potong diorang punya gaji.. tak kira ler diorang tu wakil rakyat ataupun Perdana Menteri..  okey la tak payah potong gaji.. cukup ler mintak potong diorang punya elaun.. tak payah banyak sampai 90 persen macam pakcik Jose Mujica tu.. takut nanti ada plak yang kena sakit jantung.. cukup ler 10 hingga 15 persen jer.. haa!! kita tengok macam mana pemimpin kesayangan kita tu melenting dan bersilat.. silap-silap bleh berperang tu..

Gua bukannyer tak nak kayo macam korang.. nak jet kehulu kehilir.. tapi nak buek apo harta bertimbum.. bukannyer bleh bawak ke lubang kubur..

 Nak jual tak laku.. maka terpaksa ler gua pakai kereta sampai lunyai...

Nampak jer buruk ni tapi dia punya enjin gua dah kasi upgrade tau tak.. gua pakai enjin jetski.. stakat satu lapan tu takda masalah ler.. Camno pun biar motor buruk jangan perangai buruk..

Apo korang ingat sonang ker nak jadi menjadi Presiden ni.. sebelum masuk opis kena pegi bajak sawah dulu.. lepas ni nak pegi menoreh getah plak..


Jumaat, 21 September 2012

CILAKAK LU NAKOULA...


California: Seorang aktivis Koptik Kristian Amerika Syarikat mendedahkan ditipu produser filem anti-Islam mengenai kandungan sebenar produksi berkenaan yang mencetuskan bantahan di seluruh dunia. Studio televisyen milik Joseph Nassralla di California digunakan Nakoula Basseley Nakoula membuat filem Innocence of Muslims.

Dalam kenyataan dalam blog, Nassralla, pengasas kumpulan Media for Christ, berkata beliau menjadi mangsa ketika ini selepas Nakoula mengubah kandungan filem itu. Nassralla berkata, dia dihubungi tahun lalu oleh Nakoula yang memberitahu rancangan membuat program penindasan Kristian di Mesir.

Dalam satu kenyataan, Nassralla berkata, dia diberitahu Nakoula, filem itu akan diberi nama Desert Warrior dan menceritakan budaya penduduk padang pasir..... - BHarian..


Cilakak lu Nakoula.. disebabkan lu punyer filem sampah Innocence of Muslims tu satu dunia jadi kecoh.. bukan stakat berdemo sambil bawak sepanduk jer.. tapi diorang siap merusuh sambil bakar bendera lagi.. ada yang baling bom.. ada yang baling batu.. baling cat.. bakar tayar.. bakar rumah... nasib baik diorang tak jumpa lu.. kalau tidak dengan basikal-basikal lu diorang bom.. tapi yang sedihnya ramai yang terkorban gara-gara terlalu marahkan perangai lu yang macam lahabau tu..

Memang betul ler lu ni manusia paling hampeh tahap cipan.... akai tarak.. tengok nama pun gua dah tau lu ni memang spesis haprak mengalahkan Drakula.. dah la nama pun lebih kurang sama.. perangai pun lebih kurang jer sengal mengalahkan babon.. sampaikan member kamcing lu si Nassralla tu pun lu kasi  kencing... dah la tu.. skrip filem tu pun sesuka hati je lu ubah suai.. memang dasar jantan tua kaki penipu..

Ikutkan lu pun tak bleh marah bila gua maki hamun lu macam ni.... cuba kalau Nabi dan Tuhan lu kitorang persendakan macam tu.. (tak tau la lu ni ada Tuhan ker tidak)...  gua rasa lu pun akan hangin satu badan macam ni jugak.. siap-siap mau lu ajak berperang...

Dan lu ni pun satu Nassralla.. dulu masa gua offer lu berlakon filem gua Cipan Berantai tu lu tak mau.. bukan main lagi jual mahal.. lu kata filem gua tak urban la.. heroin tak cun la.. bayar ciput la.. sedangkan masa tu lu dah sain kontrak dengan gua.. deposit pun lu dah rembat awal-awal..

Lu tau tak.. kalau ikutkan watak hero.. watak samseng.. watak bapak tiri samseng.. watak nenek angkat samseng.. watak driver lori tangki.. watak awek driver lori tangki.. watak mat rempit.. watak ayam katik serta watak kuda kepang dalam filem tu semuanyer gua nak bagi kat lu.. dan kalau boleh watak sampan dalam filem tu pun gua nak serahkan kat lu jugak... haa.. sekarang hambekk kao!!!.. padan dengan muko lu kena kencing dengan si Nakoula tu..

Rabu, 12 September 2012

SIASAT.. JANGAN TAK SIASAT..


Umang aii!!.. bukan main banyak lagi lu kelepet Sarip.. sampai beratus ribu.. ini macam tokey boleh domam.. dan bukan stakat domam jer silap-silap buah pinggang pun bleh krem bila baco berita kat bawah ni.. lain kali kalau nak klepet pun beragak ler sikit.. ingat ler gua kat sini..

Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing... - Bernama


Tapi camno pun Sarip lu jangan risau.. sebagai sahabat kamceng gua akan memberi sokongan paling ampuh buat lu.. bukan apo sebenarnyer diorang tu yang tak paham.. biaso la pembangkang diorang mano tau pasal bisnes-bisnes atas angin ni.. yang diorang tau nak membangkang jer.. diorang tak tau kalau ikutkan harga sebenar kereta sorong lapan tayar tu ialah RM3 juta sebijik tak termasuk komisen 30 persen.. tapi dengan kebijaksaan lu.. lu dapat beli dengan harga runtuh.. hanya RM600 ribu jer sebijik termasuk komisen 60 persen.. tak ker hebat tu.. banggonyer gua kat lu Sarip..

Alaa Sarip apa lu takut.. diorang tu cakap jer berbegar.. tapi hado.. memang la diorang tu dapat kereta sorong harga murah.. tapi tengok la spesifikasi macam mano.. kalau stakat kereta sorong tiga tayar..  rim 9 inci pakai plak injin bot sangkut 20bhp.. rantai pun dah berkarat.. timing belt pun dah tercabut.. emm!! gua rasa gua pun bleh dapat murah.. bukan setakat RM99.90 sebijik.... silap-silap bleh dapat lagi murah dari kodai dua hinggit.. siap dengan hadiah gores dan menang lagi..

Sarip.. kalau diorang bising-bising lagi.. lu tunjukkan kereta sorong yang lu beli tu kat diorang… biar diorang terpegun sampai krem rahang bila diorang tengok sendiri akan kehebatan kereta sorong yang lu beli tu.. apa diorang ingat senang ker nak dapatkan kereta sorong lapan tayar dengan harga murah macam tu.. ikutkan tayar sotong dengan rim 38 inci jer dah RM500 ribu.. itu tak masuk lagi injin Skyline GTR 675bhp.. piston sembilan.. aircond lapan.. timing belt tiga.. gearbox enam.. haa tak ker mencecah dua tiga juta hinggit tu..

Tapi kalau diorang masih gak lagi tak percayo.. masih lagi nak mempertikaikan kehebatan lu berniaga atas angin tu.. apakata lu suruh jer diorang panggil juruaudit.. biar diorang kiro sendiri skru tu satu-satu..

* Bagus pak menteri.. siasat jangan tak siasat.. tapi jangan plak yang kaki kelepet tak disiasat.. pemberi maklumat kat Sultan tu plak yang korang carik dan siasat.... atas sebab membocorkan rahsia kerajaan.. perghh!! kalau dapat memang masak ler mamat tu kena lipat..

Jumaat, 7 September 2012

MERDEKA YANG TAK MERDEKA...

Entah kenapa seminggu dua selepas raya ni kepalo otak gua jadi blur.. secara tak langsung membuatkan idea gua untuk menulis pun turut terbantut.. dah tak tau apa yang nak ditulis.. kekadang tu idea ada mood pulak kureng.. dan bila mood ada idea ada masa plak yang menghalang.. dan bukan tu jer.. semangat merdeka raya gua pun turut sama lesu dan mengendur angkara melihatkan perangai umat M'sia yang sekarang ni dah semakin kelam-kabut.. mengalahkan kapal karam..

Dan gua pun tak tau apa nak jadi dengan negara kita sekarang ni... baik dari bebudak sampai le ke orang tua.. masing-masing berlumba-lumba nak tunjuk lawak mega.. ada yang kibar bendera baru ler... ada yang pijak dan kencing gambar ler.. ada yang mengamok kat majlis open house ler... ada plak yang hampeh sanggup baling kasut kat dalam masjid.. tak ker gilo punya perangai..

Itu tak masuk lagi menengokkan perangai separuh masak orang-orang politik kita yang tak habis-habis berceramok siang malam.. kebanyakan yang kecoh-kecoh tu bukan la hebat sangat pun.. stakat ahli politik suam-suam kuku jer.. tapi bercakap mengalahkan pejuang kemerdekaan.. tapi walaupun gua menyampah dengan orang macam ni tapi tak sanggup plak rasanyer gua nak membuang masa memijak dan mengencing gambar diorang ni.. buat menghabiskan tenaga jer.. kaki ada sakit... daripada gua memijak gambar diorang ni baik gua menari gangnam.. kluar gak peluh..

Rabu, 15 Ogos 2012

GOOD BYE WENLOCK DAN MANDEVILLE


LONDON - Sukan Olimpik London ditutup dengan penuh warna-warni semalam selepas dua minggu menjadi tuan rumah kepada sukan terulung di dunia itu yang turut disaksikan jutaan penonton seluruh dunia. Presiden Olimpik, Jacques Rogge memuji temasya di London sebagai berjaya dianjurkan dalam suasana yang penuh meriah dan gemilang.

Sukan Olimpik 2012 menutup tirai dengan upacara persembahan selama tiga jam yang diserikan dengan persembahan kumpulan rock Britain, The Who di Stadium Olimpik London.


"Melalui komitmen fairplay, rasa hormat kepada lawan dan sanggup menerima kekalahan serta kemenangan, anda berhak untuk bergelar Olimpian.... - UtusanM'sia


Setelah puas bersukan.. berhempas pulas dari siang bawak ke malam... melompat sana .. berguling sini.. banting sana.. banting sini.. sampai ada yang terkehel urat keting.. akhirnyer pesta untuk si Mata Satu pun menutup tirai dengan jayanyer... Taniah la gua ucapkan pada yang menang.. perghh!!! kayo la korang lepas ni.. Dan tahniah jugak pada mereka yang tak monang termasuk para pegawai kerana berjaya melancong sakan selama dua minggu kat sana..

Ramai yang menggosipkan bahawa Olimpik London 2012  tahun ni  merupaka satu upacara kemuncak bagi menyambut kedatangan Dajjal Si Mata Satu. Ini kerana dikatakan terlalu banyak unsur-unsur atau simbol-simbol zionisme, satanisme, freemason, iluminati atau kabbalist yang tonjolkan dalam upacara pembukaan tersebut.. Hinggakan gua yang menonton siaran pembukaan tu kat rumah pagi tu pun jadi pening.. Itu sebabnyer gua tak minat nak menonton acara penutup tu.. Sorry la Wenlock dan Mandeville.. gua lebih rela melayan mimpi dari melayan lu berdua orang kat TV..

Tak tau la sama ada itu semua telah dirancang hanya kebetulan jer.. Tapi kalau ditengok betul-betul pada acara pembukaan tersebut, ada gak betulnyer dakwaan diorang tu. Dan gua pun tak paham dengan perangai si Wenlock dan si Mandeville ni.. Hebat sangat ker mamat dua ekor ni sampai ada hati nak menyebok masuk sukan olimpik tahun ni... Lagipun sukan apa plak malaon berdua tu nak masuk. stakat acara gasing pangkah dan acara lumba kuda kepang gua rasa bleh la kut...

Terus terang gua cakap.. gua memang boring tengok muka si Wenlock dan si Mandeville tu... dah la tak hensem berlagak plak tu.. kalau diikutkan sebenarnyer mamat dua ekor ni la yang digambarkan sebagai simbol Dajjal si Mata Satu tu.. Cuba korang peratikan nama si Wenlock dan Mandeville si Mata Satu yang menyamar sebagai maskot Olimpik tu betul-betul.. Kalau tengok sekali imbas memang takda apa-apa yang pelik pun.. Ini kerana nama dua ekor maskot itu diambil dari nama dua buah daerah di England.. iaitu Wenlock diambil dari nama kota Much Wenlock di Shropshire manakala  Mandeville diambil dari nama Stoke Mandevill di Buckinghamshire..

Sama seperti logo Olimpik London 2012..  dimana jika nombor 2012 itu di putar terbalikkan maka akan menjadi perkataan ZION.. begitu jugak dengan nama si Wenlock dan si Mandeville ni.. Tak percaya cuba nama kedua-dua maskot itu dipecahkan.. iaitu Wenlock = We Unlock manakala si Mandeville = Man Devil.. Dan yang uniknyer jika nama kedua-dua ekor malaon tu disatukan maka ia akan menjadi ‘WE UNLOCK MAN DEVIL '.. Itu sebabnyer gua terpikir dalam banyak-banyak tempat kat sana.. apsal nama itu jugak yang dipilih.. tentu ada muslihatnyer...

Camnopun gua mintak maap la yer.. gua ni bukan pandai sangat pun bahasa orang putih ni dan gua harap korang pandai-pandai la pikirkan maksudnyer yer.. tapi kalau ikutkan dari tafsiran Kamus Dewan Bahasa Planet Zuhal pada muka surat 207 peringgan ke-8 ia bermaksud ‘Kami Tak Kunci Lelaki Setan’ ataupun lebih kurang ‘Kami Membebaskan Si Dajjal’.. tak tau la gua betul ker tak.. tapi kalau kamus tu tipu kira gua pun tipu gak la..

Elloo.. Wenlock dan Mandeville.. gua cabar lu.. kalau lu hebat sangat jom la kita lumba lari dalam guni dari Perlis sampai JB.. kita tengok siapa champion..

 
 Simbol piramid yang terpacak megah kat atas stadium.. dah tu ada plak lagi segitiga kecik kat puncak piramid tu.. kira seakan itu adalah mata yang memerhatikan diorang sedang bersukan..

Ini bukan tarian tiang atau pun tarian tor-tor.. Ini la dia tarian yang dikatakan seakan dengan tarian Dewa Ra atau Dewa Matahari.. alaa Tuhannya kaum pagan yang berlagak macho tu..

Terimokasih la pokok Ghorqod kerana menyelamatkan kitorang.. tapi lu ni kalau gua buat perabot pun okey gak per..

Rabu, 8 Ogos 2012

UMANG AIII.. PANJANGNYER NAMO..

Apakata sementara korang dok melopong menunggu waktu berbuka tu.. korang baca ler dulu perkataan-perkataan kat bawah ni, tapi sebelum tu gua nak sihatkan korang agar memanaskan badan terlebih dahulu seperti lari setempat atau lompak katak sekeliling rumah.. ini bagi mengelakkan berlaku sebarang kecederaan seperti terkehel lidah atau kerongkong sewaktu membaca perkataan yang panjang berjela tersebut.. dan kalau korang dah ready.. apa lagi bleh ler mula.. okey tarik nafas panjang.. 1.. 2.. 3.. mula…

Red Wacky League Antlez Broke the Stereo Neon Tide Bring Back Honesty Coalition Feedback Hand of Aces Keep Going Captain Let's Pretend Lost State of Dance Paper Taxis Lunar Road Up Down Strange All and I Neon Sheep Eve Hornby Faye Bradley AJ Wilde Michael Rice Dion Watts Matthew Appleyard John Ashurst Lauren Swales Zoe Angus Jaspreet Singh Emma Matthews Nicola Brown Leanne Pickering Victoria Davies Rachel Burnside Gil Parker Freya Watson Alisha Watts James Pearson Jacob Sotheran Darley Beth Lowery Jasmine Hewitt Chloe Gibson Molly Farquhar Lewis Murphy Abbie Coulson Nick Davies Harvey Parker Kyran Williamson Michael Anderson Bethany Murray Sophie Hamilton Amy Wilkins Emma Simpson Liam Wales Jacob Bartram Alex Hooks Rebecca Miller Caitlin Miller Sean McCloskey Dominic Parker Abbey Sharpe Elena Larkin Rebecca Simpson Nick Dixon Abbie Farrelly Liam Grieves Casey Smith Liam Downing Ben Wignall Elizabeth Hann Danielle Walker Lauren Glen James Johnson Ben Ervine Kate Burton James Hudson Daniel Mayes Matthew Kitching Josh Bennett Evolution Dreams.

Amacam .. kalau rasa masih tak puashati boleh la korang ulang lagi dua tiga ratus kali.. dan sebenarnyer apa yang korang baca kat atas tu bukan la perkataan-perkataan berbentuk karangan.. apatah lagi cerpen, pantun dan sajak jauh sekali.. syair lagi ler bukan.. surat berantai atau surat ugutan tak mungkin ler plak.. kalau nak kata surat cinta takda plak kata-kata rindu.. tapi kalau tengok sekali imbas banyak plak nama-nama orang yang tersusun indah dalam senarai tu.. cuma nama Amit Jambul jer tak termasuk dalam senarai...

Haa.. kalau korang nak tau sebenarnyer perkataan-perkataan tersebut ialah nama sorang awek otai yang dah takda kerja saja nak menambahkan kerja.. yang dah elok-elok mak bapak bagi nama Dawn McManus masih jugak tak puashati... malah sanggup plak beratur panjang kat pejabat pendaftaran semata-mata nak menukar nama yang lebih panjang.. kejam dan agak mencongkam.. bagi gua kalau stakat nama tujuh lapan perkataan tu kira okey gak ler.. tapi bila dah sampai 161 perkataan... itu dah kira tahap melampau ler.. apa taknyer gua yang baca nama pompuan tu pun dua tiga kali tersasul dan hampir-hampir jer rahang gua terkehel..

Menurut kata John Dol sepupu kepada jiran beliau yang menetap di Buluh Kasap.. memberitau bahawa tujuan sebenar Dwan MacManus.. 41 tahun yang berasal dari Hartlepool England ni membuat rekod dengan membuat kerja gila ni adalah untuk mendapatkan dana bagi yayasan Red Dreams.. (gabungan nama awal dan nama hujung..) menurutnyer yayasan itu bertujuan membantu orang-orang yang mengejar impian mereka di bidang kesenian.. malah ada diantara159 nama-nama kat tengah tu adalah nama orang-orang yang telah dibantu oleh yayasan tersebut.

"Kalau ikutkan korang kono panggil namo gua Red jer.. sonang dan ringkas.. dan gua paham memang susah korang nak terimo namo baru gua ni.. sampai ado yang terkehel lidah.. tapi kalau korang rajin berlatih mungkin takda masalah kut nak sobut namo gua yang panjang berjela ni.. bukan korang jer.. suami gua pun samo.. kekadang tersasul gak panggil gua dengan namo lamo.. Dwan.. kekadang tu kalau nak nak copek dia pangil namo gua Kiah jer..'," ujar Dwan MacManus sambil mengoyangkan badan seperti penari tarian tor-tor...

Apakata lepas ni gua nak tukar plak nama lain yang lebih panjang.. yang mungkin ada kena mengena dengan kenderaan ker.. binatang ker.. haa baru ler gempak.. seperti Kathy Jetski Sampan Tapir Babun Beskal Motorbot Beca Roda Lima Ayam Katik Kobota Lori Tangki Cipan Dubuk Mawas blaa.. blaa.. blaa..

Jumaat, 27 Julai 2012

SELAMAT BERPESTA DENGAN SI MATO SATU..


Nampaknyer pagi ni (kira waktu kita kat M'sia) bermula ler pesta sukan Olimpik di London.. pesta yang korang semua dok tunggu-tunggu selama ni sampai termimpi-mimpi.. menurut khabar angin yang bertiup kencang mengatakan bahawa sukan ini dijangka akan mengatasi kemeriahan sukan rakyat dikampung gua bulan lepas dari segi jualan tiket serta kehadiran awek-awek cun.

Cuma gua kali ni harap para atlet kita kat sana nanti dapat la menunjukkan kehandalan memasing sehingga ketahap maksima supaya setiap gerakan dan jelingan korang nanti dapat menggerunkan pihak lawan termasuk dengan para penonton sekali..

Bagi gua tak kisah la acara sukan apa pun yang korang masuk.. baik acara lari dalam guni.. acara sepak tiang.. galah panjang.. tiup belon ataupun acara baling botol.. yang penting korang kena ler tunjukkan semangat kesukanan korang ditahap super gigil.. tapi kalau rasa dah nak kalah tu boleh ler korang main kasar sikit... yang penting korang jangan kantoi dengan doping (ujian air kencing) sudah.. ini bahayo silap-silap pingat yang korang dapat tu pun bleh hilang sekelip mato.. buat penat jer nanti korang belari kat sana..

Akhir sekali.. kalau korang jumpa si Wenlock dan si Mandeville.. mamat moskot bermata satu tu.. korang siku jer dia punyer kerongkong.. gua tengok si mamat maskot tu dah makin melampau... cuba nak berlagak jadi dajal bermata satu konon.. pegi dahh!!

 
Blah la lu si Wenlock dan si Mandeville dajal mato satu.. klau gua jumpa lu kat pasar malam Keramat nanti tau la nasib lu..


 
Patut ler korang pilih bulan Ramadan..

Isnin, 23 Julai 2012

SALAM RAMADAN.. REHAT LA KEJAP..

PUTRAJAYA  - Pakatan pembangkang perlu mengotakan janji mereka untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, dalam hal tersebut pihak pembangkang perlu melaksanakan apa yang mereka maksudkan dan bukan sekadar memberi janji manis semata-mata.

"Saya harap mereka akan buat seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita pada Program Berbuka Puasa Maidatul Al-Rahman di sini malam tadi... - UtusanM'sia


Walaupun dah agak terlewat tapi camno pun gua tetap gak nak ucapkan Salam Ramadan kepada semua pembaca blog yang entah apo-apo ni.. walaupun cuaca tak berapa nak menentu.. tapi itu semua tak menjadi halangan untuk kita semua meneruskan ibadat puasa.. dan gua tengok pasar-pasar Ramadan di seluruh negara termasuk kat tempat gua pun bleh tahan gak dia punya meriah.. sampaikan ada yang tak menang tangan nak menjinjing makananan... biaso la kalau dah ada kat situ semuanyer nak dibeli.. klau boleh dengan tokey-tokey pasar tu nak diangkut sekali..

Memandangkan 1 Ramadan kali ni jatuh pada hari Sabtu.. maka dengan gumbiranyer dapat la gua meluangkan masa menyambut puasa bersama keluarga di kampung.. biaso kalau kat N9 sebelum puasa tu diorang akan menyambut mantai puaso.. ikutkan dulu maso gua bebudak klau time nak menyambut puasa ni dia punyo meriah mengalahkan macam nak sambut raya.. siap ada yang sembelih lembu.. buat lomang dan rendang sekali.. cumo takda bunga api ngan mercun jer.. tapi sekarang dah kurang la sikit dia punya meriah.. mungkin yang tingal kat kampung pun orang-orang tua jer kut.... kalau masak beria-ia pun sapa la yang nak makan..

Tapi yang tak bestnyer gua tengok orang-orang politk di negara kita ni nampaknya seperti tidak mengenal Ramadan.. masih ada jer yang tak kena.. cuma harapan gua di sepanjang Ramadan ni diharap diorang semua dapat melakukan GENCATAN POLITIK buat sementara waktu.. bagi la peluang rakyat negara ni beribadat dengan tenang serta merehatkan kepalo otak diorang semua dari cerita-cerita politik yang semakin merapu meraban tahap enam di sepanjang bulan yang mulia ni..  lepas tu kalau nak bergasak.. banting sana.. banting sini sampai pengsan pun gua tak kisah.. lantak korang la nak melingkup!!!..

Jumaat, 6 Julai 2012

DAH MACAM FILEM TAMIL LER PLAK..

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung... dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di ibunegara hari ini.

Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi perdana menteri... blablaa.. blablaablaa.. blablablaa.. blablaa.. blablaablaa.. blablablaa..

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

"Kita buat dua jawatan perdana menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya. - M'siaKini


Gua rasa okey gak idea Dr. M ni.. dah macam cerita tamil yang pernah gua tengok kat TV dulu plak rasanyer.. sorry la gua lupa plak tajuk tamilnyer.. tapi klau versi hindustan nama filem tu Nayak dan heronya si Anil Kapor..  kisahnyer ialah bagaimana si hero yang juga sorang wartawan tv dengan berani telah membongkarkan skandal salah tadbir sorang ketua menteri yang terlibat dengan salah guna kuasa.. rasuah.. gangster dan macam-macam skandal lagi ler termasuk mencurik kambing dan basikal orang kampung..

Lalu ketua menteri jahat yang tak puas hati dengan si hero yang berlagak berani tu terus mencabar si hero supaya menjadi ketua menteri selama sehari.. supaya hero yang banyak songeh tu rasa sendiri macamana susahnyer menjadi sorang menteri yang terpaksa bersengkang mata semata-mata nak menjaga kebajikan rakyat.. lain kali jangan tau mengkritik jer....

Apa lagi si hero tu pun dengan selamba terus menyahut cabaran tersebut untuk menjadi menteri sehari.. satu kerja yang tak pernah dibuat dek orang.. walaupun kerja tak bergaji tapi dengan kuasa menteri sehari yang beliau ada.. si hero sendiri yang pergi menangkap dan melanyak semua kaki-kaki rasuah yang ada dalam kerajaan termasuk si ketua menteri sendiri..

Korang bayangkan la itu baru sehari jer hero dapat jadi menteri.. kalau lima hari tak tau la berapa ramai yang beliau hambat.. melihat perangai hero yang berlagak poyo tu membuatkan si ketua menteri jahat tu rasa tak puas hati.. lalu membunuh kedua ibu bapa si hero dengan meletopkan rumah beliau hingga tinggal rangka...

Ini membuatkan si hero menjadi marah.. lalu beliau pun mengatur gerak untuk membalas dendam terhadap si ketua menteri yang jahat tu.. maka berlaku ler satu pertarungan one by one yang sungguh dasyat sehinga sukar  hendak digambarkan dengan kata kata.. cerita tu memang sadis sampai gua pun hampir-hampir jer nak menghempaskan tv 14 inci gua tu akibat terlalu geram dengan perangai hamlau menteri jahat tu.. ceh!! sebenarnyer gua bukan nak menghasut.. tapi untuk tau lebih lanjut cerita tu korang tengok ler sendiri filem tu..

Nak buat macamana... politik M'sia pun dah macam filem tamil.. kecoh tak habis-habis.. banting sana.. banting sini.. yang sana nak tunjuk tarian.. yang sana nak tunjuk lawak.. last-last rakyat yang pening..