Isnin, 29 April 2013

HAMBA POLITIK VS MENGHAMBAKAN POLITIK..

Nampaknyer suasana pilihanraya ke-13 kali ni dah semakin panas… dan dari hari ke sehari suhunyer semakin meningkat dan adakalanyer tersasar dan agak ganas.. apa taknyer masing-masing berebut-rebur nak jadi calon.. walaupun diri tu tak mampu dan perangai pun mengalahkan malaon yang kerjanyer hanya tau nak membalon.. tapi masih jugak tak sedar diri… tetap jugak nak bermimpi.. mana ler tau bleh tercalon jadi pak menteri..

Gua tengok pasal nak jadi calon ni bukan orang muda jer yang berebut.. tapi orang tua pun ramai jugak yang menyibuk dan menambahkan lagi serabut.. walaupun ada sekerat dua yang dah bertahun duduk di kerusi empuk.. tetap jugak tak nak berundur dan bagi kat orang lain plak yang duduk… sedangkan selama ni idea nak memajukan kampung pun tak ada walau sebesar habuk..

Ada yang tak tersenarai sanggup merayu dan merajuk.. sebenar bukannyer apo sajer nak mengado-ngado mintak-mintak ada ler yang datang memujuk.. sekurang-kurang hati yang panas bleh jadi sejuk.. tapi yang kesiannyer ada plak yang sanggup bergaduh sesama sendiri disebabkan hanya berebutkan sebijik kerusi..gua yang tengok pun sakit hati.. ikutkan mau jer gua pelangkong kepala diorang tu dengan baldi..

Sebenarnya time pilihanraya inilah masanyer untuk kita melihat.. mengkaji dan menilai sendiri.. akan perangai sebenar orang-orang politik yang tak pernah berhenti berehat walaupun sehari.. sentiasa jer mengatur strategi dan muslihat tanpa mencermin diri.. sehingga fitnah dan maki hamun makin menjadi-jadi.. seolah-olah itu dah termasuk dalam senarai aku janji.. kalau dinasihatkan "Alaaa diorang pun lebih kurang sama macam kami.."..

Dan di saat inilah jugak kita akan dapat melihat muka sebenar orang-orang politik apabila masing-masing mula keluar dari karung... sanggup duduk melepak bertemu rakyat walaupun di warung.. sedangkan selama ni kalau jumpa pun bukan main lagi berlagak dan sombong.. tak pandang langsug muka para pengundi dan penyokong.. tapi kalau bercakap bukan main lagi bergegar sambil mendabik dado.. hanya dialah yang paling benar lagi mulia dari semua pemimpin yang ado.. sedangkan perangai sendiri pun entah apo-apo… dah tu tindakan pun sering jer terasar.. hingga orang tengok pun bertambah gusar..

Sepatutnyer zaman sekarang ni kita semua dah bertambah matang dan berfikiran terbuka.. sanggup berlapang dada mendengar hujah pihak lawan walaupun nadanya kita tak suka.. dan bukannyer menyalakan lagi api dan menambahkan sengketa.. bagi gua orang yang berfikiran matang dan terbuka tidak mudah diperbodohkan.. walaupun sepanjang hayatnya dapat duit bantuan.. sentiasa bebas berpikir dalam membuat keputusan tanpa sebarang ikatan.. dan tidak menjadikan politik sebagai batu loncatan..

Tapi mana yang taksub tahap dewata tu tak dapek la gua nak cakap apa.. kalau dicakap pun tak guno ada jer jawabnyer.. walaupun faktanyer seperti budak sekolah rendah berbicara.. dan menganggap kebenaran tu adalah hak mutlak mereka sekeluarga.. orang lain semua tak bleh pakai dan perangai macam celaka.. dan itulah yang susahnya bila kita berpikiran selorong.. benda yang betul dan baik pun tetap dipandang serong..

Dan mungkin inilah yang dikatakan politik.. satu permainan tipu helah yang sebenar.. tulin lagi licik.. dari jauh nampak begitu menawan dan cantik.. tapi bila dekat rupanyer hanyalah stakat bunga plastik… dan jugak inilah yang dikatakan oleh Pak Rendra dalam sajak Maskumambang yang gua minati.. menurut beliau politik tidak punya kepala.. tidak punya telinga.. tidak punya hati.. politik hanya mengenal kalah dan menang.. kawan dan lawan dalam peradaban yang dangkal.. meskipun hidup berbangsa perlu politik.. tetapi politik tidak boleh menjamah kemerdekaan iman dan akal...


* Oleh itu berpikirlah dengan matang.. sama ada nak jadi HAMBA POLITIK atau MENGHAMBAKAN POLITIK.... jika kita menghambakan politik.. membuatkan pemimpin politik tak lena tidur kerana terlalu memikirkan bagaimana nak membantu rakyat bagi mengekalkan kuasa yang ada..

Tapi kalau menjadi hamba kepada politik.. kita plak yang tak bleh duduk diam... sanggup bergaduh dan berparang semata-mata nak membantu pemimpin politik yang sedang syok tidor lena kat rumah supaya kekal dan berkuasa.. 

Khamis, 18 April 2013

DAH KECOH PASAL CALON LA PLAK..


Biaso laa.. sama seperti tahun-tahun sebelum ni.. sebaik jer parti-pari politik mengeluarkan senarai nama-nama calon pilihanraya.. maka dengan automatiknyer jugak akan terdengar suara-suara sumbang yang tak puashati.. marah.. kecewa.. merajuk dan macam-macam lagi cerita serta gossip yang kedengaran.. tapi mana yang tercalon tu korang tak payah tanyo ler… dah tentu ler bakal YB kita termasuk para penyokong diorang akan tersenyum sampai krem rahang..

Gua rasa bukan kat tempat korang jer yang kedengaran suara-suara yang tak puashati ni.. tapi boleh dikatakan seluruh M’sia sekarang ni... dan gua tengok kat suratkhabar dan kat dalam blog-blog politik seperti blog Paneh Miang pun turut sama paneh dengan isu ni... bukan tu jer..  kat opis gua pun tak ketinggalan terasa bahangnyer..

“Mad Asan ni dah gilo ko apo.. takdo muko lain lagi ko.. ni balik-balik muko yang bermasalah gak yang dipilih.. yang tak tau nak buek kojo.. silap-silap mau melingkup N9 kali ni.. tengok la,” rungut sorang akak yang duduk kat depan meja gua.. gua hanya mendengar jer beliau merungut sambil membaca senarai nama-nama calon dari N9.. gua tau akak yang berasal dari Kuala Pilah ni kira fanatik parti gak ni.. jangan cuba nak berdebat pasal politik dengan akak ni.. silap silap mau ada yang masuk wad ICU..

“Apo yang tak pueh hati lagi tu kak.. terimo jer la calon boleh monang yang berintegriti tinggi tahap dewa pilihan abang Jib tu, kak..” sampuk gua.. sajer nak memanaskan keadaan..

“Akak bukan cakap apo la.. kat tempat akak kek Pilah tu ado tigo orang YB.. tak jauh pun dari rumah akak.. tapi apo yang diorang buek.. (gua tak nak ler sebut nama-nama YB tu.. takut jatuh plak prestasi diorang nanti..) langsung takdo idea macamano nak majukan kampung.. bilo dimintak bantuan nak bersihkan longkang yang tersumbat dek banjir.. kato takdo peruntukan la.. itu laa.. ini laa.. ado yo alasan... adoii angkar badan akak bilo tengok muko tak semonggah macam ni yang dipilih lagi..” suara akak tu dah semakin tinggi.. gua dan Ady budak Palong Satu terkekeh-kekeh tergelak mendengar loghat Pilah edisi Sungai Jelutung Tengkek Batu Kikir yang begitu pekat..

Sebenarnyer gua pun malas nak ambik pot sapa calon boleh menang berintegriti tinggi pilihan abang Jib yang kat tempat lain.. lantak diorang ler nak telingkup ker.. nak terpelanting ker.. yang penting gua tengok calon kat Moncheh tempat gua kali ni adalah muka baru.. dan gua mintak-mintak calon ni boleh la diharapkan.. dan gua pun tengah pikir sama ada nak balik mengundi atau pun tidak kali ni.. tengok ler nanti..

Dan bila gua tengok akak tu dok seyap jer.. kira tengah khusyuk buat keja.. gua pun terus sound..”Kak.. Asan Malek panggil.. suruh akak balik mengundi..”..

“Ekau jangan nak buek hati akak paneh.. @#%$$*.. gilo.. blaa.. blaa.. &&\%$.. menembak.. #$@!..*% tak semonggah... blaa.. blaa.. $&#$&%#%.. skandal.. @&$#$&... dah tuo... blaa.. blaa..

* angkar -  panas macam nak demam
tak semonggah -  tak bleh harap


Khamis, 11 April 2013

ADUHH!! PELIK LER KORANG NI..

KUALA LUMPUR - Banyak pihak yang menaruh harapan dan teruja untuk mengetahui senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana diuar-uarkan media, menjadi hampa apabila ia tidak menjadi kenyataan hari ini.

Antiklimaks, begitu kesimpulan yang boleh digambarkan terhadap harapan mereka untuk mengetahui siapa yang akan ditampilkan BN sebagai calon-calonnya untuk pilihan para pengundi pada 5 Mei nanti. Bagi pihak berkepentingan, terutamanya bakal-bakal calon, penantian penuh debaran mereka nampaknya akan hanya berakhir dalam beberapa hari lagi..- SinarHarian


Itu ler peliknyer perangai orang kita.. sebelum ni sebok bertanya bila ler nak dibubarkan parlimen.. siang malam bertanya benda yang sama.. sampai keluar berbagai-bagai spekulasi lawak dari si bijak pandai.. ada yang kata tarikh sekian.. minggu sekian.. hari sekian.. dan macam-macam lagi ler andaian yang muncul.. sampai kita semua jadi pening.. tapi bila dah dibubarkan.. sebok plak menanya bila nak diadakan pilihanraya..

Sekarang ni bila dah ditentukan tarikh pilihanraya.. diorang masih lagi tak puashati.. sebok plak menanya.. siapa dia agaknyer calon boleh menang pilihan abang Ajib yang dikatakan hebat.. jujur dan berintegriti sangat tu... dan nanti bila dah menang tak tau la apa lagi yang diorang sebok nak tanya.. tak ker pelik..

Tapi kalau diikutkan sebenarnyer dunia politik ni memang sebuah dunia yang pelik... pelik bukan bermakna sesuatu yang tak masuk akal seperti ada orang politik yang berjalan dengan tangan ke bawah dan kaki ke atas.. atau pelik seperti dunia politik kat planet Marikh atau kat planet Zuhal tu.. dimana orang poltik kat sana kena berguling kat lereng bukit atau kena melompat katak terlebih dulu sebelum berkempen atau berceramah kat depan penonton.. pelik disini maksud gua adalah mengenai perangai yang entah apo-apo..

Kalau nak tau peliknyer cuba korang jadi pemimpin.. tak payah ler berangan jadi pemimpin tahap tinggi seperti menteri atau presiden.. cukup ler jadi pemimpin tahap rendah seperti jadi ketua kampung atau ketua rela.. korang buat ler baik macamana pun.. bagi ler macam-macam bantuan dan duit beratus ribu.. siap dengan air dan letrik free lagi... korang tengok… orang tetap jugak bercakap dan tak puashati.. itu baru buat baik.. kalau korang buat jahat atau merapu tak tentu arah.. skandal sana sini... lagi ler diorang akan bercakap dan maki hamun korang siang malam..

Dan korang percaya ler.. gua jamin makan satay 20 cucuk.. kalau korang duduk diam-diam pun.. buat jahat pun tidak.. buat baik pun tidak.. duduk jer melopong layan TV sesorang kat rumah.. sampai tak bercampur dengah masyarakat.. orang akan tetap jugak bercakap dan tak puashati.. tak ker pelik.. abih tu nak buek camno.. dibuat salah.. tak dibuat pun salah.. takkan ler korang nak belasah atau siku kerongkong diorang sorang tiga kali.. larat ker korang nak buat keja gilo camtu..

Bagi gua kepelikan ni wujud mungkin terhasil dari persekitaran dunia politik itu sendiri yang terlihat pelik.. dimana dalam politik sahabat yang dah kenal bertahun-tahun pun boleh menjadi musuh musibat.. dan musuh musibat yang dibenci sampai mati pun bila-bila masa jer boleh bertukar menjadi sahabat paling sejati.. tak ker pelik namanyer tu..

Isnin, 1 April 2013

ARTIS DAN POLITIK... SAMA JER..

SHAH ALAM - Sambil menegaskan artis dan politik merupakan komponen yang tidak boleh dipisahkan, pengarah filem kontroversi Tanda Putera, Datuk Paduka Shuhaimi Baba hari ini membidas dakwaan yang menyatakan "berlakon" itu haram. Menurutnya, semua ahli politik yang bukan bergelar seniman berada di Parlimen adalah pelakon dalam bidang mereka ceburi.



Beliau berkata, setiap pergerakkan dan perbuatan yang ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang atau kerajaan adalah lakonan di hadapan rakyat. Tambah beliau, oleh itu pekerjaan sebagai "pelakon" bukan sesuatu yang haram.

"...dulu semasa awal-awal Parlimen ditubuhkan, ramai yang cakap, kalau nak cari pelakon cari di sana.




"Semua pemimpin parti pembangkang atau kerajaan berlakon di sana, jadi berlakon atau pelakon itu haram, haramlah ahli politik di Parlimen yang menggunakan pendekatan itu.



"Mereka kena pandai berlakon dan sentiasa perlu berlakon, ikut ilmu fotografi lagi banyak pergerakkan yang dibuat lagi bagus," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-18 yang mengupas tajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf... – SinarHarian

Sebenarnyer kalau diperatikan pun.. dunia artis dan dunia politik ni lebih kurang sama jer.. baik perangai mahupun dia punya huru-hara.. memang sebijik.. kecoh 24 jam... dunia yang penuh dengan kepura-puraan.. kontroversi.. konflik..  gimmik.. ampu.. bodek.. berlagak.. kekwat... poyo.. angkuh.. sombong.. fitnah.. cakap tak serupa bikin.. kawan makan kawan.. skandal.. tipu-menipu.. saman-menyaman… gaduh sana-sini.. dan macam-macam lagi ler perangai yang memeningkan kepalo otak.. itu tak masuk lagi kisah moral yang tunggang langang.. cuma bezanyer dunia artis ni dipanggil gossip.. manakala dunia politik dipanggil spekulasi atau khabar angin..

Dan korang jangan ingat hanya dalam dunia artis jer ada pelawak.. sebenarnyer dalam dunia politik lagi ramai pelawak.. bahkan ada yang lebih hebat dan bagus mengalahkan maharaja lawak.. hinggakan penonton pun tak kering gusi sampai krem rahang kerana asyik dok tergelak mendengar gebang diorang.. baik di pentas-pentas ceramah mahupun kat dalam parlimen.. kalau ler TV kita ada membuat siaran langsung dari parlimen.. gua pasti majoriti rakyat negara ni akan berasa seronok kerana dapat menghiburkan hati hingga ketahap maksima..

Di dalam majalah atau TV.. kita selalu didedahkan bagaimana tunggang-langgangnyer moral artis kita.. seks.. disko.. arak dan dadah tu jangan cakap ler.. dah macam makan pil vitamin.. tapi kalau kat dalam drama atau filem bukan main poyo lagi kita tengok diorang berlakon.. macam bagus jer.. kena plak plak drama yang bercorak ketuhanan atau yang berunsur nasihat mengalahkan mata pelajaran sivik tingkatan 2 Jambu.. silap-sliap kita yang menonton pun bleh meleleh airmato..

Begitu jugak dalam dunia poltik.. baik dalam ceramah.. suratkhabar mahupun kat TV.. kita tengok bagaimana seboknya orang politik menasihatkan rakyat supaya cintakan negara.. hidup bersatu padu.. jangan berpecah-belah.. tapi hadoo.. sebenarnyer diorang sendiri pun tak bersatu.. tak habis-habis bergaduh siang malam.. kawan dalam parti sendiri pun jadi lawan.. tu tak kira lagi bab rasuah.. komisen.. rembat tanah sana-sini.. moral pun tunggang langgang dah tu dengan muka tak malu ada hati nak cerita pasal nasionalisma.. pegi dahh!!..

Memang betul.. bukan semua orang politik dan artis tu berperangai hampeh.. ada gak yang okey.. tapi masalahnyer yang merapu lagi ramai sehingga menenggelamkan yang okey.. dan tak pasal-pasak kita pun tompang semangkok kena migrain tahap 4..  apa taknyer yang satu sebok berebut nak kan kuasa dan yang satu lagi sebok nak glamor..  tapi kalau takda diorang ni bosan plak hidup kita ni.. mungkin ini ler yang dikatakan oleh Leman Kasau jiran gua.. menurut beliau politik adalah kerjaya yang kedua tertua didunia.. manakala artis mungkin yang ketiga... dan kedua-duanyer tak banyak berbeza dengan yang pertama..