Tuesday, September 15, 2015

MELAYU PEDULIK APA... LU MERAH KER.. KUNING KER..


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap Himpunan Maruah Melayu yang akan berlangsung esok sebenarnya tidak memperjuangkan orang Melayu.

Sebaliknya, himpunan itu katanya, hanya bertujuan mempamerkan perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini sebagai bersifat perkauman – satu persepsi yang sebenarnya tidak tepat.


"Dia adakan himpunan ini kerana dia kata himpunan Bersih dahulu rasis. Tetapi, perhimpunan Bersih dulu bukan rasis, semua bangsa ada bersama.


"Jadi, nak jadikan Bersih ini rasis, supaya kononnya mereka nak berjuang untuk orang Melayu. Mereka tak berjuang untuk orang Melayu, tak payahlah ada," katanya hari ini...-TheM'sianInsider


Dalam bab demo-demo ni gua sikit pun tak ambik pusing.. lantak korang ler nak berdemo ker.. nak berguling ker... nak berarak dan terjerit-jerit macam itik serati ker.. itu hak korang.. berdemo la korang kat situ sampai pengsan.. dan lantak la korang nak pakai baju apa.. nak pakai baju merah ker.. baju kuning ker.. baju kelabu asap ker.. nak pakai baju batik gambar cipan ker.. malah kalau taknak pakai baju sekali pun gua takda hal.. lantak la korang..

Dan gua pun takda hal kalau korang nak berdemo berbulan-bulan kat situ sampai reput... dipersilakan.. itu hak asasi korang untuk berdemo.. tapi bila korang nak berdemo dengan menjual nama Melayu.. itu gua tak bleh terima.. mulalah darah gua mendidih dan secara tak langsung buat kolestrol gua naik mendadak hingga ketahap berjaga-jaga..

Korang tau tak.. orang Melayu sekarang ni pun banyak masalah.. dengan masalah politik dan pemimpinnyer yang semakin kusut.. dengan masalah sosialnyer.. dengan masalah ekonomi.. kos sara hidup dan cukai gst yang mencekik lagi.. jadi jangan korang nak tambahkan lagi masalah orang Melayu.. 

Ketika orang Melayu tengah susah sebab harga getah dan sawit tak berapa nak lalu sekarang ni.. mana peginye perdana menteri Melayu.. ketika orang Melayu disembelih dan digasak oleh GST.. sampai bapak gua yang kais pagi makan pagi pun kena sekali.. mana peginyer pejuang Melayu.. sekarang ni tanah rezab Melayu pun dah semakin ciput dan orang Melayu nak mintak tanah buat tapak rumah pun punya la payah.. mana peginye menteri Melayu..

Dan ketika pemimpin Melayu dan tokey 1MDB dok sebok menyakau dan menyukat tanah kerajaan kat Sungai Besi dan Bukit Bintang.. mana lesapnyer suara Melayu... ketika bukit bukau dan hutan balak habis ditarah sampai menyusahkan orang Melayu.. sebab sungai pun jadi kuning.. mana menyoroknyer ketua Melayu.. ketika orang Melayu Felda Bukit Goh dianiaya dan dikelepet oleh tokey lombong bauksit.. sampai jalan tar pun bertukar jadi merah.. mana hilangnyer menteri besar Melayu..

Dengan itu.. jangan nak memandai cerita pasal Melayu dengan menjual nama Melayu.. sebab gua Melayu yang dah naik meluat tengok perangai pemimpin-pemimpin Melayu yang tak sedar diri dengan muka tak malu terjerit-jerit kononnyer pejuang Melayu tapi menindas dan membodohkan orang Melayu..

Suka hati jer rakyat ditindas dengan GST.. yang diorang dok sedap berjoli sakan naik jet ke hulu-ke hilir.. anak Melayu dikerah berdemo sambil menyedut jerebu.. yang pemimpin Melayu dok sebok menyakau tanah dan harta rakyat.. orang Melayu disuruh taat kat pemimpin.. yang diorang dok sedap-sedap lepak kat rumah sambil kira duit 2.6 billion.. phuii!!! buat malu Melayu..