Selasa, 25 Jun 2013

JEREBU!!.. JEREBU!!.. JEREBU!!...

Terdapat peningkatan pesakit asma serta penyakit berkaitan mendapatkan rawatan di hospital dan klinik di sekitar negeri Johor dan Melaka, sejak jerebu melanda kedua-dua negeri itu. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berlaku peningkatan melebihi seratus peratus bagi penyakit asma semenjak krisis jerebu.

"Di Johor pesakit asma meningkat kepada 122 peratus manakala di Melaka meningkat dengan ketara iaitu 127 peratus," katanya pada sidang media selepas melancarkan 'Kempen dan Seminar Keselamatan Pesakit Peringkat Kebangsaan' di sini hari ini.


Beliau berkata turut meningkat ialah jangkitan saluran pernafasan iaitu di Johor sebanyak 38.5 peratus dan Melaka 20.7 peratus. Peningkatan juga berlaku terhadap simptom konjunktivitis atau sakit mata dengan Melaka mencatat peningkatan 63.6 peratus manakala di Johor tiada peningkatan… -. TheM'sianInsider


Jerebu.. jerebu.. jerebu..  tengok kiri jerebu.. tengok kanan jerebu.. tengok belakang pun jerebut.. tengok atas pun sama gak jerebu.. hingga kepolo otak gua pun dah naik sebu.. bila menengokkan keadaan dunia yang dah semakin kelabu.. yang tak bestnnyer asap jerebu ni bukan stakat berkelaran hingga ke Jelebu… malah ada jugak yang tersesat masuk ke dalam kelambu hingga membuatkan tidur kita pun terganggu.. nak menahan memang la tak mampu.. walau pun ada sebungkal tangkal dari Gunung Semambu..

Dan gua pun tak tau bila agaknyer kisah jerebu ni akan tamat.. kerana hari-hari melayan jerebu memang penat.. azabnyer terasa seperti dunia ni nak kiamat.. dan lagi pun menyedut jerebu bukanlah satu nikmat.. yang patut disyukuri seperti mendapat rahmat.. tapi ini semua ujian dan peringatan dari Tuhan.. supaya kita menusia ni sedar diri jangan rakus mengalahkan haiwan..

Orang yang bakar hutan hingga tercetusnya jerebu ni memang manusia cilanat.. pasal diorang ni la buatkan dunia dan aktiviti kita semua jadi tersekat dan terpengap.. sampai nak menarik nafas pun bukan main susah hingga ada yang cungap-cungap.. dan kalau ada yang penyakit semput lagi ler payah silap-silap bertambah tenat.. yang untung klinik swasta ler bila tragedi ni tetiba menjadi rahmat.. apa taknyer orang ramai berpusu-pusu minta dirawat.. yang tuan doktor tersenyum jer mintak segera ditambahkan bekalan ubat..

Gua memang tak nak cakap banyak.. gua kalau jumpa la orang yang bakar hutan tu memang teruk gua lanyak.. bukan stakat kerongkong dan urat ketingnyer jer gua kasi henyak.. malah buah pinggang dan usus besarnyer pun sama gak gua kerat-kerat kasi banyak.. itu jer hukuman yang sesuai untuk orang macam ni..  berlagak poyo macam la dia pemilik bumi.. kita yang tengok pun sakit hati.. apa taknyer kita kat sini hidup setengah mati.. dia kat rumah syok-syok tergelak-ketawa mengira duit sepeti...

Isnin, 17 Jun 2013

TAK LARAT PLAK GUA NAK MENAPIS INTERNET....

KUALA LUMPUR 12 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bercadang mewujudkan peraturan kawalan kendiri bagi memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang disampaikan. Menurut Perdana Menteri, cadangan itu bertujuan mengelak wujudnya kumpulan penulis yang tidak diketahui atau 'anonymous' dalam kalangan pengamal-pengamal media sosial di negara ini.

Serentak itu, beliau turut menegaskan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik blog, portal serta media sosial yang didapati menyebarkan maklumat tidak sahih dan berbentuk fitnah.


"Walau apa pun kita akan memastikan cadangan ini tidak bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Rang Jaminan MSC Malaysia bahawa tiada tapisan terhadap internet," katanya. - UtusanM'sia


Bagi menyahut saranan pak menteri dalam membendung maklumat yang tidak tepat dan berbentuk fitnah.. apatah lagi berita yang auta.. poyo.. propa.. ampu bodek.. maki hamun serta sumpah seranah.. maka dengan berat hati nampaknyer terpaksa ler gua menapis segala komen-komen korang dalam blog gua ni.. termasuk ler jugak komen dari gua sendiri tanpa sebarang kompromi.. lebih-lebih lagi komen yang berunsur lawak slapstik tahap gaban.. yang mampu memutuskan urat saraf serta gatal-gatal seluruh badan.. hingga orang yang sihat baca pun tak pepasal bleh kena sawan..

Dan bagi membendung gejala ni dari makin menjadi-jadi.. nampaknyer terpaksa ler jugak gua membazirkam masa berkawal di depan komputer dan TV.. menapis segala berita yang gua terima setiap hari dari spy-spy Penanggah yang berada diseluruh dunia ni.. yang berkerja dari siang hingga ke pagi tanpa rehat dan cuti.. malah diorang ni juga tidak dibayar gaji.. kira sebijik ler macam hamba abdi.. yang penting beritanyer tulin.. suci lagi murni..

Oleh itu gua ingin menegaskan bahawa lepas ni setiap komen yang menggunakan nama misteri atau 'anonymous' adalah tidak dilayan.. walaupun korang merayu atau sanggup bayar dengan emas setempayan.. bukan apo gua takut komen korang tu nanti akan dikesan oleh perisik kerajaan.. haa nanti tak pepasal plak kosang kena masuk lokap dua tiga bulan..

Dan bagi mengelak korang ditangkap dan dikenakan tindakan.. serta menyelamatkan komen korang dari sebarang intipan.. apakata korang gunakan nama samaran lebih misteri serta di luar jangkaan.. seperti nama poyonymous ker.. beruknymous ker.. cipannymous ker.. apamnymous ker.. malah nangoinymous pun bleh jugak digunakan.. mana ler tau mungkin dengan menggunakan nama baru tersebut membuatkan kepalo otak si SKMM jadi keliru dan serabut.. akhirnyer diorang pun naik bosan dan terus cabut.. sebab tak larat nak layan kerenah korang yang huru-haranyer mengalahkan badut..

Jumaat, 7 Jun 2013

SAJA NAK MERAPU PASAL SUKAN..


Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mencadangkan ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan usul supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menyelesaikan isu berbangkit.

"Ahli gabungan harus berani bersuara. Saya cadangkan supaya ahli gabungan mengemukakan usul supaya satu EGM dipanggil mengikut peraturan sedia ada. Isu penting yang menjadi pertikaian dibawa ke EGM secara teratur dan ahli boleh putuskan segala dasar secara kolektif.

"Hanya dengan cara itu kita boleh menentukan agar FAM melaksanakan arahan EGM lagipun kongres FAM akan diadakan tidak lama lagi," katanya menerusi laman sosial Facebooknya, semalam.

Kewibawaan FAM sebagai badan induk bola sepak negara semakin tercalar selepas dikritik hebat beberapa pentadbir sukan termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, baru-baru ini. - BeritaHarian



Sebenarnyer kalau dikutkan hati banyak benda yang gua nak tulis dalam blog gua yang entah apo-apo ni.. yang dilihat agak sepi skit seminggu dua ni.. tapi apo kan daya masa tak begitu mengizinkan.. sebok memanjang.. lagi pun gua ni bukan ler blogger sepenuh maso.. menulis pun hanya stakat suka-suka jer.. itu pun sesambil mengusya awek lalu kat depan rumah atau sambil bermain gasing pangkah dengan rakan-rakan facebook....

Tapi yang tak bleh blahnyer ialah bila gua nak start jer menulis.. masa tu la secara otomatik kepalo otak gua jadi blur.. segala idea yang berimbun-timbun tu tetiba berdesup hilang lesap entah ke mano.. nak kata daya ingatan gua dah kendur.. rasa tak mungkin ler plak sebab dah berkilo-kilo kismis gua bedal..

Mula tu gua ingatkan nak merapu pasal politik.. sebab gua tengok suasana politik negara kita dari hari ke sehari ni pun bleh tahan gak meningkat tahap merapunyer.. gua ingatkan bila dah habis pilihanraya keadaan akan kembali normal.. tapi hadoo!!! malah semakin ramai plak pak lawak baru yang muncul untuk memeriahkan susasana.. gua rasa kalau dibuat drama bersiri enam puluh tahun pun tak bleh habis.. silap-silap pelakon pun cabut lari..

Tapi bila dipikirkan kalau stakat kisah Abang Nuar.. Pakcik Kepal Singh.. si Gong Eng.. Kak Mah ngan Abang Ajib gua rasa korang pun dah bosan nak membaca.. dah banyak sangat yang menulis kisah-kisah diorang ni.. sampai ada yang tak tercapai dek akal.. sebab terlalu banyak sangat unsur-unsur slapstik..

Dan lepas tu teringin plak nak cerita pasal sukan sebab gua tengok susana sukan kat negara kita ni pun bleh tahan gak meriahnyer.. sama jugak macam politik.. tak habis-habis berceramok.. dan lagi pun gua ni memang minat bersukan.. tak kisah ler sukan apa pun.. baik sukan lumba lari berganti-ganti dalam guni ker.. sukan lompat kangro ker.. sukan laga lutut ker.. sukan makan lempeng ker.. sukan kenyit mata kat awek ker.. janji sukan..

Dan sukan yang paling gua minat ialah sukan teka kacang dalam botol.. bagi gua selain mencabar minda serta menyehatkan badan.. sukan extrem ni jugak mampu membakar beratus-ratus ribu kalori dalam badan kita dalam berapa minit saja.. cuma sukan ni tak begitu sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit ghout.. ini kerana penyakit ghout amat pantang sekali dengan kacang..

Tapi bila time nak start merapu tentang bolasepak.. terus gua mati akal bila teringatkan team negeri gua Hobin Jang Hobin yang sekarang ni tengah asyik kena hobin.. dari mula startnyer Pesta Laut Dalam hinggga ler sekarang ni dah nak masuk Pesta Menuai.. kesian gua tengok diorang tu tak habis-habis kena lanyak.. sampai tesasak ke sudut tercorot liga.. adoii!! nak cerita lelebih pun segan siuttt!!.. kalau ikutkan hati mau jer gua masuk kat tengah padang tu tolong diorang jaringkan gol..

Agaknyer mungkin sistem 4+3+3 yang diorang gunakan skarang ni dah tak sesuai kut.. dah ketinggalan zaman.. apa kata pada perlawanan akan datang korang gunakan plak sistem 14+13+13.. haa!! sistem ni kalau kena dengan dia punyer timing.. bukan stakat pasukan lawan jer bleh menangis kat tepi padang... silap-silap refri pun bleh pengsan sebab tak larat nak mengira gol..