Selasa, 4 Oktober 2016

MARI MELINGKUPKAN HUTAN DENGAN CARA YANG LEBIH ISLAMIK..


Apa la korang ni dok kecoh-kecoh... gua nak berehat layan kartun doremon pun tak senang.. dah berbulan-bulan gua tak menulis dlam blog ni.. tetiba plak korang menaikkan amarah gua hingga ketahap luar kawalan.. gua ingatkan kat kampung gua jer hutan habis di pelingkup.. rupanyer pemimpin korang yang warak ni pun buat benda yang sama.. chehh!!

KOTA BHARU 3 Okt.- Kerajaan Pas Kelantan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung isu sekumpulan penduduk Orang Asli membina sekatan di Pos Tohoi, Gua Musang untuk menghalang kayu balak dibawa keluar dari kawasan tersebut sejak seminggu lalu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ini kerana kedua-dua syarikat yang diberikan hak untuk membalak di kawasan Hutan Simpan Balah itu mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
blaaa...blaaa..blaaa...


Kumpulan itu mengambil tindakan tersebut selepas mendakwa dua buah syarikat yang menjalankan kegiatan pembalakan di kawasan adat milik nenek moyang mereka di Hutan Simpan Balah berhampiran Pos Gob, Gua Musang.


Penduduk tersebut juga mendakwa kerja-kerja pembalakan telah menyebabkan berlaku pencemaran alam di kawasan hutan tersebut.- utusan.com.my


Korang boleh menjerit bagi tau yang tindakan Orang Asli tu semuanya salah.. langgar undang-undang.. hampeh tak bleh pakai.. hanya korang dan puak-puak korang termasuk tokey balak pujaan korang jer yang betul.. ikut prosedur.. ini kerana korang melihat dari kacamata kapitalis.. menilai dari sudut untung dan rugi..

Tapi kami anggap tindakan korang menjahanamkan hutan Orang Asli itu adalah salah.. ini kerana kami melihat dari kacamata insan dengan nilai-nilai kemanusiaan.. dan kami juga melihat Orang Asli itu sebagai seorang manusia..

Dan bila dah kena hentam korang pun cakap laa.. alaaa yang negeri lain pun buat benda yang sama gak.. kenapa tak kecoh.. memang yerr!! cuma bezanya korang berdegar-degar cakap pasal perjuangan dan undang-undang Islam.. sedangkan nak jaga alam milik Tuhan ni pun korang tak mampu.. pegiii dahh!!..

Rabu, 17 Februari 2016

3D KE.. 4D KER... GUA SETUJU JERR!!


SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar golongan belia seluruh negara menyertai sektor-sektor yang diceburi pekerja asing di Malaysia.

Menurutnya, ekonomi negara harus dibangunkan dan untuk tujuan itu, setiap sektor memerlukan tenaga kerja mahir dan separa mahir.


"Kita mahu secara idealnya semua bidang pekerjaan daripada atas hingga paling bawah termasuk 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous) (diberikan) kepada rakyat Malaysia.


"Tetapi berapa ramai yang sanggup? Berapa ramai yang sanggup menjadi tukang masak di restoran mamak, buat perabot?" katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor, di sini... - SinarHarian


"Wahai mat-mat belia serta awek-awek belia yang cun-cun semua.. hari ni saya dengan rasa bangga bercampur riak ingin cabar korang..” jerit Tok Menteri dari atas pentas secara tiba-tiba..

“Nak cabar aper tu Tok... nak cabar kitorang makan kambing panggang ker... ataupun nak cabar kitorang jalan itik keliling kampung..” sahut Sudin Senget merangkap ketua belia Kampung Sawah dari hujung dewan..

“Kambing panggang tengkorak lu.. makan jer yang korang tau.. ni haa saya nak cabar korang semua terutama mat-mat belia poyo yang dok kontrol macho kat depan saya ni.. kerana korang dok bising-bising pasal Mat Bangla dah rembat kerja korang.. apa kata lepas ni korang plak ambil alih semua kerja diorang tu... amacam setujuu..?” soal Tok Menteri penuh semangat..

"Setujuu..." sambut para belia serentak...

“Haa lepas ni korang plak la yang cuci longkang.. kutip buah.. bina bangunan.. bawak lori hantu.. pikul kontena.. gali bouksit.. toreh getah dan memacam lagi la kerja yang ganas.. kotor lagi ngeri.... setujuu? sambung Tok Menteri lagi..

Setujuuu sesangattttt!!," sambut para belia di dalam dewan.. termasuk sekali pengawal keselamatan serta beberapa Mat Bangla yang berada di tepi pintu dewan dengan sorakan yang penuh bersemangat lagi jitu...

"Tok Menteriiii!!".. tetiba terdengar satu suara garau menjerit memecah kebingitan dewan... dewan terus jadi sepi.. semua terdiam.. masing-masing tertanya suara siapakah itu..

"Sapa tu yang berani sangat potong stim gua tengah berucap ni..?".. tanya Tok Menteri kehairanan.. matanya melilau-lilau mencari arah suara.. tiba-tiba terpancul sorang budak yang gemok gedempol dari balik tiang..

"Saya ler... Leman Bulat.." balas budak tu memperkenalkan diri sambil mengunyah seketul ayam goreng..

“Apa lagi budak gemok yang ekau tak puashati.. bukan ker tadi korang yang terjerit-jerit macam kena sampok hantu raya kata setuju..”

“Memang la kitorang setuju Tok.. saya dan member semua pun dah berbincang.. dan kami semua setuju dengan cadangan bergeliga Tok tu.. mulai dari saat ni kami semua dah sepakat tak nak pegi sekolah.. dah tak nak sambung belajar lagi.. buku pun kami dah tak nak baca.. yer laaa Tok.. nanti kalau kami semua belia-belia macho ni jadi pandai macam profesor sapa plak yang nak buat semua kerja tu.. haa setujuu tak Tok..??!!"

“Setujuuuu..." jerit Tok Menteri dan para belia kat dalam dewan serentak... keadaan semakin gamat..  malah ada yang dilihat berjoget-joget kegembiraan..

Isnin, 1 Februari 2016

APA MASALAH AIR?!! HAA PADAN MUKA..


SEREMBAN, 29 Jan - Paras air di empangan Gemencheh, Tampin berada di bawah paras kritikal 94.75 meter, kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail.

Beliau berkata bagaimanapun, bacaan tersebut masih mampu bertahan untuk lebih 100 hari berikutan Sains telah mengurangkan pengeluaran dari Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh bagi menstabilkan paras empangan.

Selain itu, katanya Sains turut membuat pengalihan agihan bagi sebahagian kawasan di Rembau yang mendapat bekalan dari LRA Gemencheh melalui bekalan dari LRA Sawah Raja.

"Dijangkakan projek 'back pumping' dari Sungai Jelai akan siap pada bulan Mac 2016 bagi menangani kekurangan air di empangan Gemencheh," katanya di sini hari ini... .- BERNAMA


Beria-ia la gua ingatkan berita ni berita tahun lepas yang diulang tayang.. tapi setelah dikaji dan disiasat dengan mendalam dengan bantuan spy Penanggah rupanyer ini adalah kisah nyata yang berlaku di awal tahun 2016.. laaaa.. masih tak selesai lagi masalah air kat empangan tempat gua tu rupanyer... kalau diikutkan dah setahun lebih dah masalah tu berlaku..

Dan gua pun tak nak komen lelebih.. nanti tak pepasal darah jenis O gua naik mendidih.. cuma gua nak cakap.. haaa padan dengan muka kita semua.. dah tau air empangan makin surut ada hati nak tebang balak kat situ.. sedangkan hutan kat sebelah hulu empangan bleh dikatakan dah habis lingkup dibuat ladang sawit.. dan korang tau-tau jer ler bila balak dah habis licin kena tebang dah tentu la anak air yang mengalir ke empangan akan menjadi semakin sikit dan surut.. kena plak musim kemarau lagi ler bertambah teruk..

Bagi gua.. selagi tak diselamat dan dipulihkan kawasan hutan yang masih tersisa kat area empangan tu.. selagi tu la jangan mimpi nak tengok air empangan tu penuh... korang tunggu la tujuh lapan puluh tahun kat tepi empangan tu.. dan pam la air sungai kat belakang pekan Dangi tu sampai kering.. rasanya masalah tetap takan selesai.. silap-silap nanti loji air kat Dangi tu plak tak cukup air.. dah satu hal lagi masalah..

Tapi nak buek camno.. diorang sendiri yang cipta masalah lepas tu sendiri yang pening kepala.. dok memikirkan cara nak selesaikan masalah..  kalau dah nak sangat buat ladang sawit.. pendek kata kalau takda ladang sawit tu kita semua bleh mati kebulur apa kata korang keringkan jer air empangan tu dan buat la ladang sawit.. baru puashati.. nak minum pandai-pandai memasing gali perigi..

Rabu, 20 Januari 2016

HAMPEHNYER MALAON.. HABIS HUTAN LU NAK SAKAU..


TAMPIN 21 Jan. - Paras terkini Empangan Gemencheh di sini yang direkodkan sehingga kelmarin ialah 95.40 meter (m), menghampiri paras kritikal iaitu 95 m. Bekalan air mentah dari empangan itu hanya mampu bertahan selama 128 hari lagi berdasarkan kepada taburan hujan pada tahun lalu sebanyak 1,448 milimeter (mm) iaitu di bawah paras normal.

Pengurus Pengeluaran, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), No’man Haron berkata, bekalan air mentah yang disalurkan dari empangan berkenaan menjalani proses rawatan air di Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh... blaaa.. blaaa... blaaaa


“Kami telah mengambil beberapa tindakan jangka pendek dan panjang untuk menangani masalah ini iaitu pada masa sekarang kita telah membuat catuan air di beberapa kawasan di kedua-dua daerah ini,” katanya. - UtusanM'sia


Haaa.. itu kisah tahun lepas... beria-ia la kepalo otak gua berputar-putar siang malam... memikirkan apa la agaknyer tindakan jangka panjang dan jangka pendek yang diorang dok rancang bagi mengelakkan masalah air kat empangan tempat gua tu dari berulang.. gua agak tentu la ada sesuatu idea yang mencongkam.. tapi bila gua terbaca berita Sinar Harian kat bawah ni yang mana turut keluar kat TV3.. hati gua mula panas.. jiwa remaja gua mula tertekan melihatkan perangai pemimpin tahap malaon yang ada kat negeri gua..

TAMPIN - Lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Jerneh dan berdekatan berhimpun secara aman bagi mempersoalkan dan membantah aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air Empangan Gemencheh, di sini, petang tadi.


Perhimpunan yang bermula seawal jam 2.00 petang itu diketuai oleh Ketua Umno Cawangan Kampung Sungai Jerneh, Shamsudin Adam. Turut menyertai bantahan ialah jawatankuasa Gerakan Marah Perjuang Negara (GMPN) Negeri Sembilan.


Menurut Shamsudin, tindakannya itu mewakili suara hati 350 penduduk kampung yang mahu aktiviti pembalakan berkenaan dihentikan kerana merosakkan ekosistem dan alam sekitar. - SinarHarian


Kalau korang nak tau.. boleh dikatakan ini jer la satu-satunyer kawasan hutan yang masih wujud kat tempat gua.. Gemencheh.. yang lain banyak yang dah pupus.. terutama hutan kat kampung gua.. semua dah habis licin kena sakau.. ditebang dan tarah sesuka hati dibuat ladang sawit..

Dan korang paham-paham jer.. kalau dah hutan habis kena tebang.. sekali kena musim hujan.. habis la air sungai dan empangan keruh mengalahkan teh tarik.. dan lagi satu binatang-binatang yang ada terpaksa la cabut lari menumpang kat kampung-kampung.. dah satu hal plak orang kampung nak menanggung beban berperang dengan beruk… monyet.. cipan dan babi.. kalau musim buah memang tak merasa ler.. setakat dapat tengok putik jer ler.. jangankan buah.. telur ayam dan itik pun tak tersisa dikerjakan dek si monyet.. hampeh tul..

Tapi nak buek camno.. dah pemimpin yang kat atas semua pendek akal.. bangang mengalahkan cipan dan beruk.. tak dapat nak jadikan musibah yang lalu sebagai pengajaran.. semua mementingkan tempolok memasing.. dah la hutan tinggal sekangkang kera itu pun nak ditibaikan jugak.. apa punya manusia pun gua tak tau laaa.. nanti bila orang kampung bising dituduhnyer plak pembangkang.. tak ker gila..

Dalam bab ni gua pun tak tau apa fungsinyer menteri besar.. macam tak wujud.. tak ada langsung usaha nak menyelamatkan hutan yang masih tersisa.. cuma gua hanya mampu berdoa agar semua yang terbabit dalam melingkupkan hutan-hutan yang ada kat tempat dan negeri gua ni cepat-cepat melingkup.. ada pun menyusahkan orang.. dan jangan sesekali cuba nak bersyarah tentang Islam kat gua.. tentang perjuangan agama bangsa dan negara.. buat kembang tekak gua.. cakap berdegar nak jadi negara Islam contoh.. sedangkan nak jaga bumi Tuhan ni pun korang tak mampu.. phuii

* Tahniah buat semua penduduk kampung Sungai Jerneh serta yang terlibat.. gua turut tumpang bangga kerana masih ada lagi manusia yang berjiwa manusia.. sanggup mempertahankan hutan sekangkang kera yang masih tersisa dari tangan-tangan manusia yang berjiwa beruk dan cipan..