Selasa, 30 Disember 2014

BIARLAH DIORANG TU BERCUTI PAK JIB..


KUALA LIPIS 28 Dis. – Semua menteri Kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.

“Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, dekat sini hari ini... - UtusanM'sia


Jangan la dikacau diorang tu Pak Jib.. biarlah diorang tu bercuti dan berehat sakan sampai lupa diri.. lagi pun bukan selalu diorang tu dapat bercuti.. dan lu sebagai pemimpin kena ler paham yang diorang tu pun manusia biasa jugak yang memerlukan rehat selepas bekerja keras sepanjang tahun membantu lu menguruskan negara ni.. diorang pun nak main golf macam lu jugak..

Lu jangan risau la Pak jib.. walaupun diorang tu tengah syok bercuti dan bersukaria... diorang tu tetap memantau serta mengambil maklum mengenai perkembangan banjir yang makin mengganas sekarang ni bagi memastikan semua mangsa diberi bantuan... alaa macam lu jugak ler masa kat Hawaii itu hari... jadi adalah tidak adil jika ada pihak tertentu termasuk lu cuba mempersoal tindakan diorang tu bercuti sekarang ni..

Ok la.. gua pun malas nak cakap banyak.. cuma kepada semua mangsa-mangsa bencana banjir di seluruh negara.. gua harap agar korang semua bersabar atas segala dugaan.. dan juga sentiasa berada dalam lindungan Allah hendaknyer.. diharap segala kesukaran ini akan segera berakhir.. SELAMAT TAHUN BARU..

Selasa, 23 Disember 2014

HASUT LAGI.. HAMBEKK KAU QARDAWI..


KUALA LUMPUR: Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap terhadap sarjana Islam terkenal Dr Yusuf Al-Qaradawi selepas beliau dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan di Mesir.

Menurut laman web Interpol pada 5 Disember lalu, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan terhadap Al-Qaradawi selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir bagi pendakwaan dan sabitan hukuman kerana dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme dan kecurian.


Kerajaan Malaysia pernah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2009. - BHarian


Hambekkk kauu.. disebabkan tindakan lu yang secara terang-terangan meyokong Ikhwan dan Mursi.. telah menaikkan suhu kemarahan si malaon yang bernama al-Sisi.. khabarnyer ramai rakyat Mesir yang ditangkap.. dibunuh dan dihambat hingga tercabut gigi dan gusi.. hingga ada yang senget setengah badan bila dilibas dengan kayu dan besi..

Dan jugak disebabkan fatwa lu meniupkan semangat jihad.. membuatkan ramai pemuda Islam serata dunia berduyun-duyun ke Syria dan Iraq bagi mentang rejim Assad yang jahat... katanyer siapa yang melawan akan dihantar ke liang lahad tanpa notis dan surat.. dan disebabkan itulah ramai rakyat negara gua ditangkap dan di penjara.. kerana ingin pergi berperang ke sana kerana katanyer Islam itu bersaudara..

Mungkin agak kasar bunyinyer kalau gua cakap.. haa padan dengan muka lu Qardawi.. lain kali jangan dibuat lagi.. suka sangat menghasut.. hingga membuatkan kepalo otak para pemimpin Arab jadi kusut.. dan ketahuilah oleh mu Qardawi.. kita sekarang ni berada di dunia akhir zaman.. diperintah oleh orang-orang yang tak makan saman.. yang baik akan ditindas.. malah telinganya juga dipulas.. cakap lebih sikit akan dikilas dengan berbagai akta yang tak berapa jelas..

Lagipun apa yang kita boleh buat.. kita pun bukannyer kuat.. baru disergah sikit dah terkulat-kulat.. kalaulah menentang kezaliman sang penguasa dianggap pengganas.. ektrimis.. sesat serta keliru dalam menafsir agama.. lalu apa yang boleh kita harapkan dengan si bengong.. si munafik.. si liberal.. sekular.. pengampu Amerika.. kaki todi.. kaki judi.. kaki joli dan kaki rasuah dalam mempertahankan agama dan nasib kita semua.. gua memang tak harap sangat la.. kerana sekarang ni pun hidup kita dah dibuatnyer macam bola..

Khamis, 18 Disember 2014

MANCING KENA LESEN.. MENJALA TAK KENA KER..


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri hari ini membatalkan serta-merta cadangan Jabatan Perikanan untuk mengenakan lesen terhadap pemancing mulai tahun depan.

Beliau berkata walaupun peraturan itu selaras dengan garis panduan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan digunapakai di banyak negara, namun didapati belum masanya peraturan itu dikuatkuasakan di negara ini.


Katanya peraturan melesenkan pemancing diluluskan drafnya oleh Jabatan Peguam Negara pada 2012.. - TheM'sianInsider


Kalau bab pancing memancing ni gua mengaku yang gua ni bukan la sorang kaki pancing tahap tegar.. yang sanggup menghabiskan masa dan duit kerana pancing.. tapi sekali-sekala atau dua tiga tahun sekali tu boleh la gua layan.. itu pun tak bleh lama.. setakat sejam duo tu bleh la gua bertahan.. lepas tu pancing ke mano gua pun entah ke mano.. bukan apo gua ni memang jenis manusia cepat bosan.. tak sabar.. dengan awek pun sama gak..

Agaknyer sapa yang sanggup duduk duo tiga jam kat tepi sungai atau lombong yang belum tentu ado hasil.. ada tu dari pagi sampai ke potang malah ada yang bawak ke malam melepak menunggu joran sambil melayan nyamok.. umpan habis berkilo-kilo tapi satu hapah pun tak sangkut.. sampai terlelap-lelap nasib baik tak tergolek masuk sungai.. dah tu balik rumah kena leter plak lagi dengan bini.. potpet.. potpet!! itu sebabnyer gua cakap kaki pancing ni hanya untuk orang yang sabar jer.. yang jiwa kental…

Nasib baik la gua ni tak terkena badi pancing.. atau jadi taik pancing.. kalau tak dah tentu dunia gua sekarang hanya kat tepi sungai.. tepi laut.. tasik atau tepi lombong.. silap-silap hari raya pun gua beraya kat tepi sungai jer.. macam member gua si Dolah Karan.. orang raya sebok berjalan rumah sedaro maro.. yang dia sebok beraya dengan pancing kat tepi sungai.. tak ke gilo..

Itu sebabnyer gua tak kisah pun kalau Pak Menteri nak mengenakan lesen memancing pada semua pemancing tegar kat Malaysia ni.. bagi gua lagi mahal lagi bagus.. biar padan dengan muko diorang.. tapi mengikut kategori la macam lesen memandu.. dari lesen A untuk orang cacat hinggalah ke lesen kenderaan berantai.. tapi jangan plak lepas ni semua nak di lesenkan sampai nak main gasing pangkah.. main guli.. main konda kondi.. tangkap rama-rama dan usya awek pun kena lesen.. haaa itu baru gua marah.. hobi febret gua tu..

Rabu, 10 Disember 2014

KALAU TOK DET RISAU.. KITORANG LAGI PLAK BENGANG..


PUTRAJAYA 8 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangan mengenai langkah Malaysian Airlines (MAS) melantik rakyat asing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kerana masih terdapat rakyat tempatan yang layak memimpin syarikat penerbangan itu.

Beliau berkata, pelantikan rakyat asing ke jawatan tertinggi itu seolah-olah memberikan pengakuan bahawa rakyat tempatan tidak berpengetahuan mengendalikan syarikat penerbangan. Dr. Mahathir menegaskan, rakyat Malaysia tidak bodoh dan mempunyai banyak bakat untuk menjawat jawatan tertinggi dalam syarikat penerbangan itu.


“Saya khuatir jika kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri satu hari nanti mungkin kita hendak Perdana Menteri pun orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.


“Bagi saya orang Malaysia tidak bodoh, waktu zaman British dahulu kita merupakan sebuah negara yang cukup kolot dan miskin namun, dapat membangun selepas merdeka dengan dipimpin oleh orang Malaysia, kita ada banyak bakat dalam negara tetapi hendak panggil konsultan dan pengarah pun panggil orang asing, ini kita bagi pengakuan bahawa kami bodoh, tolonglah kami pimpinlah kami,” katanya.... - UtusaM'sia


Kalau Tok Det yang hebat pun risau.. kalau Tok Det yang bijak pun bengang.. kalau Tok Det yang pernah jadi PM bertahun-tahun pun kecewa.. bayangkan la kitorang rakyat marhaen yang tak ado apo-apo ni.. yang ada hanya setakat hutang bertimbun.. lagi la berjuta kali kecewa.. marah.. geram.. benci.. meluat.. bengang melihat kerenah pak-pak menteri yang ada sekarang ni.. lain la kalau kaki ampu atau penaksub tegar.. kerajaan belanja boros pun tetap dipuji melambung.. duit ringgit jatuh menjunam pun buat sujud syukur..

Itulah masalah negara kita sekarang ni Tok Det.. bila negara kita ni diperintah oleh orang-orang sengal.. banyak sangat kaki ampu.. penasihat pun sama gak bengong... jadi Tok De tak payah la nak bimbang sangat.. sabar jer la.. sama-sama ler kita melingkup.. kita tunggu dan tengok jer le bala apa plak yang datang lepas ni.. kalau dulu boleh la salahkan Pakcik Soros tapi sekarang ni nak salahkan sapa plak.. takan nak salahkan gua yang menyebabkan harga saham dan ringgit jatuh menjunam macam orang terjun tiruk.. banyak cantekk.. memang gua siku la kerongkong korang sorang limo kali..

Lagi pun apo yang kito ni bleh buat Tok Det.. harapkan menteri dan senator jer melambak-lambak tapi tak bleh pakai.. kalau setakat menaikkan harga minyak dan harga barang.. hapuskan subsidi.. kenakan cukai GST.. rembat hutan balak dan tanah sana-sini.. bawak anak-beranak pegi joli makan angin sambil bershopping sakan.. gua rasa ramai lagi yang layak jadi pemimpin.. kalau setakat nak melingkupkan negara.. gua pun bleh jadi PM.. gua yakin gua bleh lingkupkan dengan lebih pantas dan jitu lagi berbanding dengan Abang Ajib..