Friday, August 28, 2009

Lu Memang Teruk La.. Mat Connect..


KOTA BHARU - Baru sehari selepas dapat menyamun sebuah kereta Proton Waja, Mat Connect ditahan polis ketika tidur lena bertemankan kekasihnya di sebuah rumah di Kampung Kok Lanas di sini kelmarin. - Kosmo.. (* disebabkab beberapo masalah teknikal seperti tayar basikal penghantar suratkhabar kami yang pancit akibat letupan bom tepi jalan angkara Mat Konnect.. maka kami terpaksa mengulas berita yang agak terlewat kami terima tapi ganas yang berlaku lewat semalam....harap maaf.. MERDEKAAAA......!!!)


BEBERAPO hari sebelum berjaya di tangkap oleh pak polisi.. Mat Koneck yang bermisai tebal berwajah lawak.. telah dilaporkan cuma menyamun sekumpulan tapir di Hutan Melintang dengan menyamar sebagai seorang tukang paip.. namun niat busuk beliau telah dapat dihidu oleh Mat Nyet.. iaitu ketuo kumpulan tapir tersebut.. lalu mereka pun berpakat untuk melakukan satu serang hendap.. dengan menyerang Mat Konnect dari atas jambatan gantung Permatang Pasir.. 


Melihat dirinyer diserang bertalu-talu tanpa pilih kasih.. Mat Koneck pun membuka langkat seribu melarikan diri ke Bachok Kelantan utuk bertemu abang Bachok kampung Kedai Buluh dengan menaiki sebuah lori tanker yang disewa khas dari persatuan nelayan kampung Kok Lanas dengan harga yang masih lagi dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan...


Semaso dalam perjalanan ke Kelantan untuk bertemu abang Bachok sahabat lamo beliau.. Mat Koneck di beritakan telah sempat merembat beberapo buah bendera di kampung Batang Rokan yang telah siap di gantung oleh persatuan belio 4B kampung tersebut.. di beberapo tiang letrik dan pokok kelapo dalam usaha untuk menyambut bulan kemerdekaan... 


Ini membuatkan beberapo orang budak belio kampung yang agak skema diketuai oleh Balok begitu marah diatas kejadian tersebut lalu melakukan satu usaha mencari.. mengintai dan memburu Mat Koneck bagi membalas dendam dan menuntut gantirugi diatas kehilangan bendera tersebut yang dianggarkan hampir dua ratus ribu ringgit tunai...


Hasil dari intaian dan hendapan selamo beberapo jam di kampung Kedai Buluh oleh kumpulan belio 4B kampung Rokan yang turut dibantu oleh pak polisi akhirnyer Mat Koneck dapat ditangkap ketika sedang asyik bermain dam ular dengan abang Bachok di bawah rumah Mat Kimbo sorang penyeludup beras yang agak terkenal di kampung Sireh.. yang kebetulan sedang cuti sakit akibat cedera terkena mercun buatan beliau sendiri..


Sebelum Mat Koneck dibawa ke balai polis.. pak polisi.. Mat Koneck.. abang Bachok dan Mat Kimbo serta turut disertai oleh Balok dan semuo budak belio 4B yang terlibat dalam operasi tersebut terus menjeritkan MERDEEKAA.. MEERDEKAA.. MERRRDEKAAA..!! sempena menyambut bulan kemerdekaan..


"Tunggu..tungguu.. gua pun nak join gak.." tiba-tiba satu suara mencelah..

"Laaaa.. ekau rupernyer Mat Nyet.. ingat saper tadi yang potong stim kitorang" jerit semuo orang secara tidak serentak akibat terperanjat.. 

"Kalau camtu tak apo laa.. jom la lagi skali.." jelas pak polisi sambil mengoyang-goyangkan badan beliau ke kiri dan ke kanan... 

" Okey.. 1...2....3.... MERRRDEEEEKAAAAAAA..!!"

Wednesday, August 26, 2009

PENDET PUNYER PENANGAN...


JAKARTA - Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penerbitan klip video 30 saat yang sebahagian kecilnya memaparkan tarian Pendet, yang berasal dari Bali - Kosmo


Sekumpulan pakcik dangdut di Indonesia diberitakan tidak berpuas hati bila melihat sekumpulan kuda kepang melakukan aksi tarian pendet dalam satu klip video baru-baru ini.. kumpulan pakcik dangdut yang diketuai oleh Bumbung Nanonano dikatakan telah berguling-guling didepan bangunan Mangga Dua hingga ke Blok M yang mana turut dihadiri olah sekumpulan kambing boer... 


Menurut Bumbung Nanonano.. tindakan mereka tersebut adalah satu tanda protes terhadap kumpulan kuda kepang tersebut.. yang di anggap telah menghina persatuan penari pendet sedunia.. Bumbung Nanonano juga turut melahirkan kekecewaan beliau kena tidak dipanggil berlakon dalam klip video 30 saat tersebut yang turut dibintang oleh Jenifer Lopez yang memegang watak sebagai Kiah Murai.. 


Tarian Pendet.. satu nama yang agak pelik lagi asing bagi kita smua kat sini.. tetapi bagi penduduk di kampung Garapunden Wesmangan di kabupaten Wonderpet Bali Selatan.. tarian pendet adalah satu tarian tradisi turun temurun yang sentisa dihati mereka.. pendek kato bangun tidor jer diorang terus buat tarian pendet... nak naik bas atau makan nasik pun diorang layan dulu tarian ni.. begitu ler akrabnyer diorang dengan tarian pendet ni ibarat aur dengan tebing.. cubit peha kanan peha kiri terasa gatalnyer..


Menurut Nuek Boteng pakar tarian hip hop dari Kenya menyatakan bahawa asal-usul tari pendet ini bermula dari bawah kemah kahwin semaso majlis perkahwinan Abe Maro ketuo pemuda blok M di wakap Mek Jebab 200 tahun dahulu.. menurut beliau satu aksi yang tidak tersengaja semasa Abe Maro tersandung kaki tersepak kaki kerusi semaso melangkah ke pelamin.. ini membuatkan Abe Maro terhoyong-hayang sambil melompat ke kiri dan ke kanan menahan sakit..


Melihat kejadian tersebut.. beberapo pemuda termasuk ketuo kampung Mek Jenab.. iaitu Yub Cikan pun turut sama terhoyong hayang sambil menggoyangkan pinggul ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu paluan kompang dan gamelan.. melihat ketua mereka Yub Cikan naik syieh dan begitu asyik menarikan satu tarian yang agak misteri.. maka orang kampung pun turut sama melakukan aksi tersebut.. tanpa mengetahui yang Abe Maro melompat ke kiri dan ke kanan kerana sedang menahan sakit tersepak kaki kerusi..


Setelah majlis persandingan Abe Maro selesai maka orang kampung pun membuat satu mesyuarat tergempar bagi mencari satu nama yang sesuai bagi menamakan tarian tersebut yang dianggap begitu unik.. setelah berbingcang selamo sembilan jam tanpa henti mako orang kampung pun mencapai kata sepakat untuk menamakan tarian tersebut Pendet.. sempena ketuo kampung yang mereka sayangi iaitu Yub Cikan yang mempunyai fizikal yang agak pendek.. mereka turut mengemas kinikan tarian tersebut dengan meletakkan batu blok diatas kepala sewaktu menari.. bagi mendapat satu impak yang besar keatas buah pinggang sewaktu menarikan tarian pendet ini..

Monday, August 24, 2009

GULA KENA SERBU..


KUALA KANGSAR - Tidak sampai sejam setengah, dua metrik tan gula habis dijual kepada orang ramai. Itulah senario yang berlaku di Pasar Tani Lembah Sungai Perak di sini, selepas sebuah syarikat pemborong gula terbesar di Sungai Siput dekat sini mengadakan jualan gula terbuka pagi semalam. - Kosmo


Keadaan dilihat sungguh begitu sesak.. pengunjung dilihat berasak-asak  sehingga sampai ado yang berlago pipi dan hidung semato-mato berebut-rebut untuk mendapat bekalan gula pasir yang telah terputus sejak tahun lepas.. keadaan sesak di luar lingkungan tersebut juga telah memaksa pihak belia kampung Sireh yang di ketuai oleh John Kimbo masuk campur.. ini adalah untuk memarak serta menyesakkan lagi keadaan sehingga hampir-hampir berlaku rusuhan kaum..


Begitu ler hebatnyer sambutan terhadap jualan gula pasir oleh saudagar gula-gula iaitu pakcik Robert Kwok yang berlangsung sejak pagi hingga tengah malam di pasar tani Permatang Pasir malam tadi yang mana ia turut disaksikan oleh para pelancong dari luar negara dan domestik.. yang dilihat begitu kagum separuh koma bila menyaksikan kemeriahan pesta jualan gula pasir tersebut yang dianggap sebagai satu lagi produk pelancongan negara yang terbaru.....


Syed Musaddad selaku ketuo kampung Changkat Jering yang tak bertauliah dilihat sanggup mencemar duli merasmikan majlis gilang- gemilang tersebut yang juga turut di meriahkan oleh kumpulan pancaragam pakcik-pakcik Rela dari JKK kampung Sungai Siput serta dihiasi dengan percikan bunga api dan letupan bom C4 oleh budak-budak belia kampung Batu Gajah...


Robert Kwok selaku pemborong rasmi gula pasir yang sempat spy Penanggah temui sewaktu sedang terkial-kial mengangkat beberapo kampit gula turut mengakui akan sambutan hangat orang-orang kampung Permatang Pasir terhadap gula pasir beliau yang di import khas dari felda Cuping tersebut.. "Haiiyaaa.. talak mau celita laa kawan.. gua lotak saja habis.. lotak saja habis.. talak sampai duo minit.. lima lori kargo gula sudah habis kena borong.. sampai gua sama gua punyo lori pun dia olang mau borong wooo.." jelas beliau dengan penuh ghairah sebelum sempat ditanya oleh spy Penanggah...


"Apek.. kalau ini macam lu boleh lagi tambah kaya laa.. sepuluh lori pun talak cukup.. apa rahsia lu boleh bikin ini macam.." tanya spy Penanggah ingin meyiasat...


"Ini smua gua punya strategi.. mula-mula itu gula gua kasi sorok dalam itu semak.. bila olang kampung bising-bising gula talak cukup.. ini time la gua kasi jual.. apa macam gua punya otak.. ala bijak tak serupa itu Albert Einstein..??"


"Ini bukan bijak siolll.. ini penipu al-pembelit... hampehnyer apek.. patut ler gua nak beli gula habis memanjang.. rupenyer lu kasi sorok.. ini macam gua mau report sama itu polis.." jerit spy Penanggah separuh marah..


"Haiiyaa.. jangan marah-marah laa kawan.. ini macam laa.. lu kasi angkat ini gula dua tan... lu boleh balik bikin kuih ka.. lu mau makan sama itu nasik pun boleh.."


"Lu banyak baik hati laa apek.. ini macam gua talak jadi marah sama lu.. gua choww dulu laaa.. laalaa laallaa laaa llallaa.. ye yee dapat gula free.."

Friday, August 21, 2009

BILO RAMADAN TIBO...


PEJAM celik... pejam celik.. sedar-sedar dah masuk bulan Ramadan.. gua rasa macam baru jer lagi kito sambut Ramadan ni... alih-alih dah nak posa lagi skali dah.. begitulah cepatnyer maso bergerak skarang ni.. tapi tak tau la maso bergerak pantas atau kito yang sentiaso sibuk hinggo tak sodar maso berjalan berganti hari..


Kali ni gua bukan nak merapu pasal bulan Ramadan yang mulio ni... tapi kali ni gua sajer nak meracau pasal kisah time nak buka posa masa bulan ramadan ni.. gua raso2 korang pun paham maksud gua ni.. tau jer la la maso nak berbuka tu perut tengah lapau giler.. kalau boleh smuo nak di telan... kayu api tu kalau dipotong-potong macam lomang pun.. silap-silap habis kono telan.. 


Bagi gua tempat yang paling meriah pada bulan posa ni ialah pasar ramadan.. korang peratikanlah.. mano-mano jer pasar ramadan ni tak kiro besar kocik.. yang kat kampung atau bandar.. yang tersorok dalam somak pun penuh ngan orang ramai.. ado jer yang datang nak memboli.. sampai berasak-asak berlaga pipi.. dan lagi satu yang tak pernah meniago pun tetibo jer nak jadi usahawan..


Sebenarnyer gua pegi pasar ramadan ni bukan nak membeli sangat pun.. sajer jer nak mengusya makanan yang ado.. sesambil tu mato meliar gak mengusya awek-awek kat situ.. hahaha.. tapi bukan la sesajer datang nak mengurat.. melampau la plak kalau perangai camtu bulan-bulan Ramadan ni.. kiro sesambil jer laa.. manjo-manjo kato orang tuo2.. gua raso korang pun cam tu gak tapi segan nak mengaku.. hahaahaa


Lagi satu.. gua memang tak berapo suko nak memboli makanan kat pasar ramadan ni.. korang tau aje laa.. usahawan setahun sekali ni susah gua nak percayo.. dulu pernah la gua beli nasik campur maso tu kat Pandan Indah.. dionyer harga bleh tahan.. yang bestnyer bilo time berbuko ..gua pun apo lagi.. beriyo-iyo la nak makan.. tapi dionyer raso perghh.. nak cakap pun sogan.. memang tak sodap.. dah la gulai pucuk ubi keras semacam.. dah jadi gulai daun ketapang.. gua dah agak ni mesti usahawan segera... camno gua nak tolong peniago Melayu kalau camni nyer masak.. gua raso nenek gua masak lagi sodap.. nasib baik awek yang meniago tu bleh tahan...  


Tapi yang membazir pun ramai gak gua tengok.. ikutkan hati semuo nak di boli.. sampai payung pasar ramadan tu kalau boleh pun nak di boli.. jangankan payung..  makcik2 yang meniago tu kalau boleh di boli pun diorang nak boli.. camtu la semangat diorang kat pasar ramadan tu.. bila makanan tak habis.. apo lagi tong sampah jer ler yang makan..


Kat opis gua ni tiap2 tahun memang majikan siapkan makanan untuk kitorang berbuka.. biaso la nak rayo ni semuo keja kono siapkan awal..  dah tu tentu la syarikat kena siapkan makanan berbuka untuk smuo staff yang stay.. yang tak stay pun ado gak yang menompang berbuko.. termasuk laa gua skali.. hehehee.. tapi dalam pado makan free tu.. ader gak yang sempat pegi shopping kat pasar ramadan lagi tu.. sekali balik.. haa kauuu dengan murtabak laa.. air sirap bandung laa.. mi goreng laa.. roti pak john laa penuh semeja.. bilo time berbuka.. dah tak larat nak perabis.. apo lagi tu smuo rezeki gua ler tu.. hahahaa..


* Spy Penanggah mengucapkan SALAM RAMADAN dan SELAMAT BERPUASA kepada semuo pembaco tegar blog Penanggah yang entah apo-apo ni... hahahaaa..

Wednesday, August 19, 2009

HANTU RAYA DAN PERMATANG PASIR


WALAUPUN tidak pernah memenangi dalam semuo pilihanraya yang beliau tandingi.. dan yang terakhir di pilihan raya Manik Urai dimana sekali lagi beliau berjaya mengekalkan kekalahan tanpa bertanding dengan kiraan 28 mato berbalas 21 dengan musuh ketat beliau iaitu Apiz Sakmi dari parti Tapai Pulut.. namun itu smuo tidak menjadi penghalang kepada pakcik Maro dari parti Belacan Madu untuk mencabar kewibawan pakcik Bachok ketuo pemuda parti Apam Balik dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung di Permatang Pasir pada minggu depan.. 


Pertandingan tujuh penjuru yang dijangka sengit dan panas dengan isu-isu antarabangsa seperti kes rampasan sampan pakcik Akrun oleh sekumpulan lanun di lautan Hindi minggu lepas serta isu pergaduhan sekumpulan lombu penduduk kampung Buah Pala dengan Mantoya dari kumpulan HighCaparal... kecurian sekarung getah keping Ali Lantun dan kehilangan beberapo ekor kambing boer ManHassan dijangka akan menghangatkan lagi suasano berkempen yang akan berlangsung selama 24 jam tanpa rehat dan turut di siarkan secara langsung melalui radio klasik Bangladesh melalui gelombang panjang 2.97 Gghz 26 Bhp...


Walaupun parti Apam Balik mendakwa.. beliau telah digugurkan dari Majlis Loyar Buruk Sedunia kerana mempunyai kes salah laku seperti merembat basikal roda tiga Manhasan ketuo kampung Mat Insun... namun pakcik Maro menafikan dakwan tersebut sekeras-kerasnyer.. malah menganggap ini semuo adalah fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh pakcik Bachok dari parti lawan untuk menjatuhkan reputasi beliau sebagai pemimpin alaf baru.. dan beliau mengakui hanya merembat beberapo ekor ayam katik John Dempong dan bukannyer basikal roda tiga seperti yang didakwa oleh parti Apam Balik.. sambil menunjukkan beberapo kotak bahan bukti bagi membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah semato-mato...


Pakcik Maro turut melahirkan keyakinan beliau.. bahawa parti Belacan Madu akan memenangi pilihanraya kali ini dengan majoriti yang cukup besar kerana kali ini beliau akan dibantu oleh jentera parti yang begitu mantap serta mendapat sokongan padu dari pengundi-pengundi hantu raya yang beliau import dari kampung Manik Urai..


Beliau turut mendakwa bahawa parti Belacan Madu telah memeterai satu perjanjian usahasama dengan para pengundi hantu di Permatang Pasir untuk membina beberapo jambatan gantung bagi menghubungkan kampung tersebut dengan kampung Simpang Tiga di Gombak.. dengan adonyer jambatan gantung tersebut.. diharap akan dapat memudahkan perjalanan lori kargo berulang-alik bagi mengangkut para pengundi hantu ke Pematang Pasir.. serta dapat melumpuhkan gerakan jentera pilihanraya parti Apam Balik dari bawah jambatan gantung tersebut dengan mudah...

Monday, August 17, 2009

NORDIN.. DIMANA KAU??!!!..


DENSUS 88..  iaitu pasukan elite polis Indonesia dilihat begitu kecewa dan kebingungan kerana telah tersilap membunuh seekor kambing boer yang disangkakan Nordin Tip Top gengster kampung Dusun yang begitu terkenal dengan sikap ganas dan panas baran tersebut.. sehingga ada diantara mereka yang di lihat meraung-raung sambil bergoyang-goyang dangdut.. akibat terlalu kecewa kerana gagal menangkap Nordin yang telah gaib dalam sekelip mato semaso pasukan tersebut menyerbu pondok tempat persembunyian beliau ditepi sawah di kampung Solok.. semaso operasi menangkap dan menyelamat awal pagi tadi yang turut dirasmikan oleh pangeran Ady Wijoyo Wak Kimbo seorang pejual tempe yang begitu disegani di kabupaten gunung berapi Tangkuban.


Nordin yang sebelum itu dilihat berkeliaran di pasar tani di pekan Tapah dikatakan telah berjayo meloloskan diri dari kepongan pasukan polisi Densus 88 dengan menggunakan seekor kudo kepang yang telah beliau rembat dari rumah wak Karto.. ini membuatkan wak Karto begitu berang diatas kehilangan kudo kepang berwarna merah metalik yang beliau cintai itu.. lalu memerintahkan jin peliharaan beliau iaitu Jinggo dan Minggo untuk menyiasat dimanakah Nordin dan kudo kepang yang beliau sayangi itu berada dikala ini..


Tanpo membuang maso Jinggo dan Minggo pun bergabung dengan pasukan Densus 88 yang diketuai oleh kapten bersara Sarjan Kucai.. untuk mencari dan menyelamat kuda kepang merah metalik wak Karto yang telah dirembat oleh Nordin Tip Top tersebut.. namun semaso operasi mengintai tempat persembunyian Nordin.. mereka telah diserang hendap oleh sekumpulan geng Tarbus yang turut ingin merembat kudo kepang wak Karto dari tangan Nordin.. lalu berlakulah satu pertempuran empat penjuru yang sungguh sengit lagi ngeri antara pasukan Densus 88.. Nordin Tip Top.. penyamun Tarbus dan kudo kepang wak Karto..


Ketika gengTarbus hendak menghentak kudo kepang wak Karto dengan kayu beluti 4x4.. mereka telah di karate dari belakang oleh Jinggo dan Minggo.. ini membuatkan mereka tidak puas hati kerana Minggo dan Jinggo telah menggunokan tektik kotor.. lalu memanggil penduduk kampung Buah Pala untuk membantu mereka.. lalu pertempuran menjadi bertambah rancak apobila penduduk kampung buah Pala yang datang untuk membantu geng Tarbus turut diserang olah kudo kepang wak Karto dari berbagai penjuru ini membuatkan penduduk kampung cabut lari meninggalkan geng Tarbus terkapai-kapai di lanyak oleh Densus 88 dan Nordin Tip Top..


Nordin Tip Top turut membantu menyelamatkan Sarjan Kucai ketika beliau dan pasukan Densus 88 diserang oleh kudo kepang wak Karto dengan menggunakan bom atom.. namun kuda kepang wak Karto turut pula membantu Nordin ketika telinga beliau digigit oleh Jinggo dan MInggo.. yang tiba-tiba muncul dari dalam semak.. dari arah kanan pinggang geng Tarbus.. begitulah hebatnye pertarungan tersebut yang penuh dengan semangat  setiakawan .. saling bantu-membantu dan tolong-menolong.. yang turut disusuli dengan jeritan dan tawa riang.. para peserta pergaduhan...


Setelah bertempur selama beberapo hari.. akhirnyer para juri menganggap keputusan adalah seri... dan Nordin dikehendaki memulangkan semulo kuda kepang merah metalik yang beliau rembat ke pangkuan wak Karto.. dalam perjalanan pulang ke rumah Sarjan Kucai dan pasukan beliau Densus 88 tiba-tiba teringatkan Nordin Tip Top lalu mereka pun bergegas semulo ketempat kejadian untuk mencari si Nordin gengster yang paling dikehendaki tersebut.. 


Namun sampai sahaja di tempat tersebut.. alangkah kecewanyer mereka kerana Nordin telah tiada.. dan lagi sekali mereka merasa begitu kecewa teramat sangat hingga ado yang pengsan dua tigo jam.. bukan kecewa kerana gagal menangkap Nordin Tip Top.. tetapi kecewa kerana  tidak dapat meminta alamat dan nombor talipon si Nordin dan juga tidak sempat bertanyo di siapokah yang membayar gaji dan penyumbang dana bagi membiayai operasi ganas beliau tersebut...

Thursday, August 13, 2009

H1N1.. KES TERPENCIL DAN MASIH TERKAWAL...


WALAUPUN didesak bekali-kali oleh penduduk kampung dengan berbagai ugutan dan surat layang.. bagi mendesak pihak kerajaan melakukan perintah darurat kesihatan bagi mengelak bertambah merebaknyer penyakit virus H1N1.. namun John Tiong Lai menteri kesihatan kampung Kowloon masih tetap enggan melaksanakan perintah darurat tersebut... malah beliau turut mengugut untuk mengenakan tindakan ISA kepada penduduk kampung Kowloon jika terus mendesak beliau bagi mengenakan tindakan darurat tersebut..


Menurut Tiong Lai.. tindakan beliau ini adalah bertepatan dengan keputusan sebulat suara ahli-ahli parlimen kampung Kowloon beberapo bulan lepas.. semaso menandatangani satu deklerasi yang dinamakan Deklerasi Haru Biru iaitu dengan mengarahkan setiap pintu masuk ke kampung Kowloon di buka kepada smua pelancung tanpa sebarang sekatan dan pembawa virus tersebut hendaklah diberi berbagai hadiah dan penghargaan..


Menurut beliau lagi.. antara sebab lain yang menyebabkan pihak kementerian begitu liat untuk tidak mengistiharkan perintah berkurung di kampung tersebut adalah kerana jumlah pesakit serta kematian yang masih lagi begitu kecil.. mengikut perkiraan juru audit lori kargo dari syarikat Lingkup Enterprise menganggarkan hanya sekitar 60 ribu pesakit dengan 40 ribu kematian yang telah berlaku.. satu jumlah yang masih dianggap begitu kecil berbanding 28 juta penduduk kampung.. pihak kementerian juga mengharapkan jumlah kematian akan terus meningkat kepada 150 ribu dalam masa terdekat sebelum kementerian beliau dapat mengambil satu tindakan drastik dengan memanggil semua bomoh-bomoh kampung dan tukang urut untuk merawat para pesakit H1N1 tanpa bersikap rasis..


Ausan Kwik Mambo.. menteri kesihatan Burma semaso bertemu dengan spy Penanggah di pesta tarian kuda kepang turut mengakui akan perkara tersebut.. malah beliau berjanji akan membantu John Tiong Lai.. bagi memasti jumlah pesakit dan angka kematian terhadap jangkitan virus tersebut akan terus meningkat dari masa ke semasa.. dan satu mesyuarat tergempar diberitakan telah berlangsung dengan gembiranyer.. yang mana turut dihadiri oleh beberapo menteri.. artis dan pelawak terkenal.. malah beberapo ketul karipap pusing beritakan turut habis dalam beberapo minit sahaja sewaktu mesyuarat berlangsung.. dan spy Penanggah turut sama merembat beberapo ketul karipap pusing dari meja John Tiong Lai tanpa pengetahuan beliau... dan beliau di lihat terpusing-pusing sambil mencari-cari dimana hilangnyer karipap tersebut..



 * Semasa cerita merapu ni tulis angka kematian terhadap mangsa virus H1N1 di negara kita telah meningkat kepada 51 orang dengan 29 lagi telah dimasukkan ke wad icu.. smoga Allah menyelamat negara kita ini dari segala malapetaka yang sedang menyerang..

Tuesday, August 11, 2009

GULA HABIS LEEE...


KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan rasa amat kecewa berikutan ketiadaan gula di Lembah Klang walaupun dimaklumkan masalah tersebut sudah selesai. - Kosmo


Apo?? Gulo habis.. ni yang buat gua hangin ni.. bilo time nak raya jer.. mulo la itu la yang tak ado.. itu la yang tak cukup.. itu la yang abis.. itu la yang losap.. lepas ni apo lagi yang abis pun gua tak tau laa..  tapi bila lepas raya banyak plak gulo berkeliaran kat pasaran.. lagi satu.. camtu punyer luas ladang tebu kat Cuping tu.. takan gula bleh habis.. apo diorang makan gulo tu macam makan nasik ker..


Untuk mengetahui masalah gula ni lebih jelas lagi.. spy Penanggah pun tanpa belengah lagi terus menalipon Robert Kwok.. sorang tokey gulo merangkap Raja Gula-Gula Asia atau perkataan saintifiknyer King of Sugar Daddy untuk meminta penjelasan beliau dengan lebih lanjut lagi diatas kehilangan beberapo kampit gula di pasaran bebas sejak kebelakangan ni.... tanpa bersikap rasis spy Penanggah pun menalipon orang tuo ni..


"Hello pakcik Robert Kwok apa lu bikin skarang..?" tanya spy Penanggah..


"Haiiyaaa.. apo pasat pagi-pagi buta lu talipon sama gua.. lu sudah hilang akal ka..? olang mau titun pun talak senang.." getus beliau tak puas hati kerana diganggu..


"Bukan apo pakcik Robert.. gua nak tanyo sama lu pasal misteri kehilangan beberapo kampit gula dipasaran sejak duo tigo hari ni.. mentang-mentang ler raya dah dekat suka-suka jer lu kasi sorok itu gula.. ni smuo lu punyer taktik nak naik kan harga gula ler ni... bukan gua tak tau.. ini semuo taktik lamo.. gua pun pernah gak buat benda ni... maso gua nak naik kan harga getah keping dulu.. gua bikin ini macam laa.." 


"Haiyaaa.. lu sudah salah sangko sama gua la... itu smua fitnah dari parti pembangkang untuk menggugat keamanan negara wwooooo..." jelas Robert Kwok tak puas hati..


"Fitnah tengkorak lu la apek.. gua tengah marah ni.. gua punyer suhu badan dah meningkat naik mendadak dah ni.. dah hampir 70 darjah celcius.. tunggu maso jer nak bertukar jadi kelawar.. baik lu bagi tau sama gua.. sapo punyer angkara yang buat gula kampit hilang dipasaran skarang ni.." jerit spy Penanggah separuh geram..


"Betul la.. gua talak tipu.. ini smuo fitnah.. gua bukan Robert Kwok itu Raja Gula-Gula.. lu sudah silap olang wooo.. gua Robert Lam Raja Colok.. itu towkey kodai colok dekat Ampang.. apo lu bising-bising talipon samo gua.. lu mau beli itu colok kaa.. bikin sembahyang.." 


"Alamak.. iyooo koo... kiro gua dah silap orang ler ni.. hello apek.. gua mintak maaf laa.. gua silap orang laa.. gua ingat lu itu Robert Kwok Raja Gula-Gula.. lagi satu gua sembahyang tak pakai colok-colok ni.. lu makan la lu punyer colok bikin nasi goreng.. gua blah dulu.." getus spy Penanggah hampir malu kerana silap orang..


"Hello budak.. lu jangan main-main haaa.. lu jangan rasis sama gua nanti gua hantam sama lu.. helloo.. helloooo... budak... apa pasat lu diam.. sudah mati kaaa... heelllllloooooo...."

Monday, August 10, 2009

Kes Culik Palsu Makin Aktif..


KUALA LUMPUR - Biarpun media telah banyak melaporkan kejadian culik palsu yang didalangi pihak tertentu tetapi masih banyak laporan polis diterima daripada orang ramai yang terpedaya dengan tipu helah itu. - Kosmo


Satu kejadian culik-menculik telah berlaku di kampung Buluh Kasap malam tadi.. menurut sorang saksi memberitahu.. seorang nenek tua yang tinggal dihujung kampung telah diculik ketika sedang bermain dam ular bersama beberapo orang makcik dari felda Palong Satu di tepi dapur rumah beliau.. mangsa lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai Kiah J.Lo.. ini adalah kerana beliau sering dilihat bermain badminton dengan J.Lo didepan balai raya kampung tersebut.. 


Menurut John Dempong.. ketuo belia yang juga merangkap ketuo pengakap kampung Buluh Kasap memberitahu spy Penanggah bahawa dari siasatan beliau mendapati kejadian penculikan Kiah J.Lo adalah seperti telah dirancang.. ini adalah kerana terdapat beberapo kesan tayar basikal di belakang rumah beliau... malah pintu depan rumah beliau turut sama di culik.. menurut beliau lagi kejadian culik-menculik tersebut adalah kali yang ke 78 berlaku dikampung tersebut dalam bulan ini.. 


Menurut cerita temberang John Dempong lagi.. beliau pun hampir-hampir menjadi mangsa culik malam minggu lepas ketika sedang merempit di highway Segamat Kuantan.. namum beliau sempat memecut lajukan motor kapcai beliau sehingga mencapai tahap kelajuan cahaya dengan menggunakan gear satu.. sehingga sampai ke felda Keratong... ini membuatkan penculik yang menggunakan beca roda tiga tersebut ketinggalan begitu jauh dah tidak dapat menandingi kepantasan motor kapcai beliau..


Inspektor Shahab yang bertugas sebagai diver lori pick-up di balai polis Karachi.. yang telah diarahkan untuk melakukan siasatan bagi membongkar  kes penculikan Kiah J.Lo tersebut memberitahu spy Penanggah bahawa beliau hampir-hampir berjaya menangkap penculik tersebut malam tadi ketika melakukan rondaan bersama John Dempong..


"Pergghh..!! maso tu gua terserempak satu lembago sedang bergerak-gerak kat dalam semak.. sebalik pokok ketapang kat belakang surau.. gua dengan John apo lagi.. terus jer capai sebatang kayu.. tunggu maso jer kitorang nak hentak lembago misteri tu.. maso tu hati gua dah panas.. kiro naik la 58 darjah celcius..." ujar beliau begitu geram.. sambil menumbuk pokok sena disebelah spy Penanggah..


"Selepas tu apo yang terjadi.." tanya spy Penanggah tak sabar-sabar..


"Apo lagi kitorang pun merangkak-rangkak ler kat lembago tu... nak siasat lebih dekat lagi apo kebondonyer tu.. supaya senang nak tangkap penculik tu.." cerito Inspektor Shahab dengan penuh semangat..


"Bilo dah dekat kat semak tu.. apo lagi kitorang pun serbu ler penculik durjana tu.." ujar beliau lagi sambil melompat kepucuk pokok sena tersebut..


"Dapat ke tangkap penculik tu Inspektor.." tanya spy Penanggah lagi sambil turut samo melompat kepucuk pokok sena di tepi kanan beliau..


"Dapattt..!! tapi dapat susah ado laa.. rupo-rupernyer yang kitorang intip tu bukan penculik.. tapi babi hutan tengah menyondol ubi kayu.. apo lagi bilo dio tengok kitorang melompat.. dio pun samo melompat terperanjat.. kitorang pun samo terperanjat gak.. babi tu apo lagi terus la hambat kitorang berduo sampai kat pekan Senawang.. sial betul.." jerit beliau dari pucuk pokok sena..


"Apo tindakan Inspektor selepas ni.." tanya spy Penanggah ingin kepastian..


"Biar lantak ler diorang tu.. Kiah J.Lo ko.. nenek Kiah J.Lo ko.. nak kena culik ko... nak kono ragut ko.. lantak diorang ler.. gua rasa.. gua pun macam nak bersaro awal jer jadi Inspektor ni.. tak sanggup lagi gua nak handel kes ni.. Kiah J.Lo punyo hal tak pasal-pasal gua kono hambat ngan babi hutan.." jerit Inspektor Shahab tak puas hati sambil terbang keudara seperti superman meninggalkan spy Penanggah di pucuk pokok sena kehairanan...

Thursday, August 6, 2009

Mana Gua Punyer Ganti Rugi..


KUALA LUMPUR - Tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan haram gerakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas. - Kosmo


Pakcik tak puas hati.. pakcik nak jugak tuntut kerugian pakcik yang 3 juta tu.. kalau korang tak nak bayar.. pakcik terbalikkan bangunan korang ni.. korang jangan main-main dengan pakcik.. nampak jer pakcik ni kurus melidi macam cicak kubin.. tapi pakcik ado power.. sebelum pakcik bertukar jadi Cicakman baik korang bayar sekarang jugak.." luah Pakcik Akrun seorang penjual karipap pusing di Petaling Street dengan penuh kemarahan yang meluap-luap.. sehingga suhu badan beliau mencecah 49.53 darjah celcius.. sewaktu meminta ganti rugi diatas kerugian beliau dari Mat Kimbo.. akibat dari rusuhan anti ISO minggu lepas..


"Relaks la pakcik oii... yang pakcik memokak pepagi buto ni buek apo.. orang pun tak masuk opis lagi haa.. cubo la pakcik tengok jam.. baru pukul 6.00 pagi.. kok iyo pun tunggu la opis bukak dulu.. pakcik ingat pakcik jer ado power boleh bertukar jadi Cicakman.. gua pun ado power gak.. kalau gua tekan jer pusat gua ni.. bleh bertukar jadi Tapirman.. silap-silap nanti pakcik dengan Cicakman sekali gua gulung.." getus Mat Kimbo hampir marah sehingga suhu badan beliau meningkat secara tiba-tiba sehingga mencecah 56 darjah celcius..


"Cubolah pakcik bawak bertenang.. ceritokan apo masalah pakcik ni satu persatu.. kalau bleh tolong.. gua tolong.. kalau tak bleh.. lantak pakcik la pegi melingkup.." tambah beliau lagi sehingga suhu badan beliau turut bertambah 12 darjah celcius lagi..


"Macam ni.. pakcik datang ni nak buat tuntutan ganti rugi atas kerugian pakcik akibat rusuhan anti ISO depan Sogo minggu lepas.. pakcik dah kiro.. ada la 3 juta gak pakcik rugi.. kalau ikutkan banyak lagi tu.. 5 biji lori tanker pakcik yang hilang tu pakcik tak kiro tu.. kiro halal la tu..  pakcik klaim pun yang basic jer.." luah pakcik Akrun dengan wajah sayu sambil menari inang...


"Maso rusuhan tu pakcik sedang meniago apo tu pakcik.. cubo pakcik cerito sikit.." ujar Mat Kimbo meminta penjelasan dari pakcik Akrun..


"Sebenarnyer pakcik tak meniago apo pun.. maso rusuhan tu pakcik tengah melepak kat jalan Masjid India sambil mengusya awek-awek cun kat situ.. tapi bilo ado berito bagitau smuo orang bleh mintak ganti rugi.. tu yang pakcik datang nak mintak ganti rugi tu... itu pun kalau dapat." ujar beliau..


"Ciisss.. kurang ajau punyer pakcik.. nak buat tuntutan palsu rupernyer.. buang maso gua jer.. nah terimalah pukulan api berantai dan tendangan tanpa bayang dari gua.." jerit Mat Kimbo sambil melepaskan beberapo pukulan padu ke tumit kaki pakcik Akrun..


"Aduhhh.. tolongg..." jerit pakcik Akrun meminta tolong.. "Pakcik pun rugi gak.. sebab angkara korang merusuh ler... semuo awek-awek cabut lari.. tu yang pakcik tak puas hati tu.. " luah beliau sambil membuka langkah seribu apabila dilibas oleh Mat Kimbo..

Monday, August 3, 2009

RUGI BESAR OOO...


KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini kelmarin. - Kosmo


"Fuuhhhh..!!! banyak betul pakcik rugi kali ni.. tak pernah pakcik rugi macam ni punya banyak.." luah Pakcik Akrun seorang peniago karipap pusing di pasar malam Petaling Street.. yang ditemui oleh spy Penanggah ketika sedang melepak di depan Kota Raya..


"Apo yang rugi tu pakcik.. banyak ko.. berapo puluh juta.. setau gua perniagaan karipap pakcik ni pun bukan la laris sangat pun.. nak kato sodap tu jauh skali.." spy Penanggah cuba mengusik...


"Mau tak banyak.. pakcik kiro-kiro ado la tigo ratus ribu pakcik rugi.. ini semuo pasal perarakan kereta berhias menentang ISO petang semalam kat depan Sogo.. pakcik tengok orang bukan main ramai lagi kat situ.. pakcik kiro-kiro ado 250,374 orang.. tu yang kat dalam Sogo jer tu.. belum lagi yang kat depan dan dalam Lot 10..." cerito pakcik Akrun sambil berbaring dilantai kaki lima Kota Raya..


"Tu.. apo kono mengono plak dengan kerugian karipap pusing pakcik.." tanyo spy Penanggah tak puas hati..


"Sedang pakcik syok-syok meniago.. pakcik tengok orang bukan main ramai lagi datang berlari kat gerai pakcik ni.. apo lagi.. suko la hati pakcik.. tapi yang belari tu ruper-rupernyer tengah kono perambat dengan FRU.. hampeh betul.. tak pasal-pasal gerai pakcik pun turut kena perambat.. karipap pakcik pun turut lesap kena rembat.. dengan pakcik-pakcik ni pun turut kono bom asap.. hampehh betul.." sambung beliau lagi dengan geram sambil mencabut tiang Kota Raya tersebut..


"Lepas tu apo yang berlaku pakcik.." tanya spy Penanggah tak sabar..


"Entah laa.. pakcik pun tak tau.. apo yang berlaku lepas tu.. sebab pakcik pun dengar cerito orang jer.... yang lain tu pakcik reka-reka jer.. hahahaa.. best tak cerito pakcik.."


"Best kebondo.. hempeh betul pakcik ni.. buang maso gua jer bertanyo.."