Jumaat, 4 Disember 2015

KEAZABAN BERTAMBAH LAGI... TQ PAK MENTERI..


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Rata-rata pengguna terkejut dengan kenaikan tambang pengangkutan awam monorel, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mana kenaikannya hampir mencecah 100 peratus berkuat kuasa hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Stesen KL Sentral mendapati, majoriti pengguna meluahkan rasa kecewa dan berharap kerajaan mengkaji semula kenaikan tambang tersebut.


Kakitangan swasta, Azizan Mat Ariff, 55, berkata, pengangkutan awam yang pada awalnya disediakan untuk memberi kemudahan kepada rakyat, kini dilihat menjadi beban.


“Sekiranya dahulu orang ramai digesa menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kos hidup, namun apa yang berlaku sekarang tambang pengangkutan awam pula dinaikkan... - UtusanM'sia


KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus) Malaysia Bhd boleh menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus di semua lebuhraya laluannya mulai tahun 2016.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, syarikat itu juga berhak mengkaji semula kadar tol  setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038. . – SinarHarian


Nampaknye sekali lagi untuk sekian kali yang entah keberapa kali kita dipaksa menanggung azab bagi sepanjang hayat.. bilamana menteri yang menjadi wakil syarikat korporat dengan bangganya telah meluluskan kenaikan tambang keretapi.. ERL dan LRT ketahap setengah mati tanpa sebarang syarat.. kena plak tol naik tahun depan lagi la kesengsaraan kita bertambah berat.. yang pak menteri dan tokey korporat syok bergembira kita jugak yang terkulat-kulat..  nak bising takut nanti dichop pengkhianat kerana cuba menjatuhkan pemimpin hebat.. dan tak pepasal segala bantuan akan disekat dan disukat..

Begini la malangnyer nasib kita bila dapat pemimpin yang tak berjiwa rakyat.. hanya setakat berkokok dan bergaya di TV tapi otak kosong penuh karat.. seboknyer bukan main ke hulu ke hilir ke timur dan barat.. sajer nak menunjuk kat rakyat yang tanggungjawab jadi menteri ni amat la berat.. sampai takda masa nak berehat.. dan kalau dipikirkan memang tak larat.... tapi disebabkan rakyat.. kami perahkan jugak seluruh kudrat.. yang penting rakyat hidup bahagia tidak melarat..

Dan kerana sayangkan pemimpin.. walaupun dengan muka kelat kami sebagai rakyat tetap akaur dan percaya bulat-bulat.. kerana kami harap korang dapat memimpin kami di dunia dan di akhirat.. tapi rupa-rupanya itu semua sandiwara sang pemimpin keparat.. berlagak malaikat tapi rupanyer musibat dan ada maksud yang tersirat.. time pilihanraya dengan muka poyo mintak simpati agar sambungkan lagi sepengggal dua talian hayat..

"Tolong la bagi kami lagi peluang memimpin negara tercinta yang penuh daulat... bukan apo sebab banyak lagi harta rakyat yang belum sempat kami rembat..."..

Selasa, 3 November 2015

APA LAGI.. MARILAH KITA BERDEBAT..


KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad(1MDB), Arul Kanda dan Ahli Parlimen Petaling Jaya utara, Tony Pua perlu segera memberikan tarikh bagi pendebatan yang ingin diadakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ia perlu diadakan segera bagi memberikan penerangan khusus mengenai 1MDB kepada rakyat.

"Selain tarikh, kita juga minta mereka tentukan format debat dengan segera. Namun, format itu juga turut perlu dipersetujui RTM. Lebih cepat lebih bagus,"katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini. - SinarHarian


Wahai sahabat.. jangan kau takut dan ragu marilah kita berdebat.. agar dapat merungkai segala masalah yang tersumbat.. serta dibongkar segala rahsia yang tersendat.. walaupun segalanya seakan dah nak melingkup tapi masih lagi belum terlambat untuk diubat.. lagi pun rakyat nak tau gak berapa ramai agaknyer yang terlibat.. serta berapa billion harta 1MDB telah dirembat oleh si malaon yang bergelar musibat..

Mungkin dulu kita bleh la cakap debat tu bukan budaya kita.. sebab masa tu rakyat banyak yang buta.. dan boleh ditakut-takutkan dengan segala propaganda dalam  akhbar dan berita.. tentang adanyer segala tok nenek hukuman dan akta yang boleh dikenakan dalam sekelip mata pada mereka yang suka menjaja cerita.. walau kebenarannya jelas di depan mata namun tetap dikatakan auta serta memutarbelitkan fakta..

Dan akta-akta inilah yang membuatkan pemimpin kita terlalai dan leka.. kerana ingatkan rakyat boleh dibodohkan sepanjang masa dengan kenyatan dari para pak menteri yang pandai berjenaka.. memang la rakyat gelak terguling bila pak menteri buat lawak di luar jangka.. tapi dalam hati pergi jahanam kau celaka.. apa kau ingat semua rakyat melompat suka.. dan sebab korang la rakyat dan negara ni makin sengsara dan terluka... kerana dapat menteri yang otaknya kosong belaka.. memerintah pun bagaikan boneka.. sedangkan kita dah lama merdeka..

Selasa, 13 Oktober 2015

1MDB.. BILA MAU LINGKUP DAAA...


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat menyatakan sokongan terhadap Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerusi satu posting di laman Facebook beliau.

Asri menyifatkan tindakan tegas gabenor tersebut, yang tetap dengan keputusan pendakwaan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Devopment Berhad (1MD), satu jihad besar.


"Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara daripada para pengkhianat dan penjenayah.


"Itu adalah jihad yang besar," katanya di laman Facebooknya malam tadi.

Tindakan BNM membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953 untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion) mendapat pujian pelbagai pihak termasuk pembangkang dan rakyat... - TheM'sianInsider


Aiiiii.. tak habis-habis lagi ker kisah 1MDB.. sampai gua pun tompang pening sebab siang malam cerita ni berlegar kat suratkhabar.. radio.. facebook mahupun TV.. dan bukan gua jer yang hangin tapi ramai lagi yang tak puas hati dengan si bossnyer tu yang jugak sorang tambi.. dah la berniaga tak untung dah tu berlagak poyo kononnyer hebat dan tau serba-serbi..

Memang ramai yang berasa bimbang dan mengkritik benda ni.. bukan saja dari pembangkang malah juga rakan dalam parti diorang sendiri.. bukan apa diorang semua takut berlaku sesuatu perkara yang tidak dingini.. nanti rakyat jugak yang terpaksa memanggung beban angkara kesilapan pak menteri.. bila lingkup mula la bagi berbagai alasan untuk melepaskan diri.. tapi kalau muka pengampu diorang akan tetap memuji dan kata 1MDB ni amat hebat hasil buah fikiran pak menteri kerana ia membawa keuntungan yang tak terperi..

Sama la jugak kisah GST.. dimana rakyat jugak yang menanggung beban setengah mati.. sebelum tu bukan main lagi kata GST akan buat kita semua senang hati.. bahagianyer sampai ke dalam mimpi.. akhirnyer apa berlaku.. harga barang yang dikatakan turun tak jugak menjadi realiti.. hidup-hidup kena tipu.. tu yang buat rakyat jadi sakit hati.. nak buek camno.. dah nasib kita dapat menteri yang kononnyer berintegriti tapi janji tidak jugak ditepati.. malah kita semua digula-gula dan diuli-uli dibuatnyer macam capati..

Tak caya cuba la kita tengok sekarang ni... walaupun diperli dan berbagai hujah dan berkotak-kotak bukti diberi.. kerana dah terang-terang si malaon buat kerja macam pencuri.. namun si malaon and the gang tetap tak mengerti dan masih jugak teguh berdiri.. malah dikatanyer ini semua fitnah pembangkang untuk merampas kuasa dari pak menteri serta cuba menghuru-harakan negeri.. adoii!! nasib baik la pak polisi tu member diorang sendiri.. kalau tak dah lama ada yang kena gari..

Khamis, 8 Oktober 2015

JEREBU OH! JEREBU..


Tak tau la berapa lama lagi nak berakhirnya masalah jerebu.. rasa macam dah tak larat hari-hari dok menghirup asap bercampur debu.. sampai kepala otak pun naik tepu dan sebu...  dan gua yang dah biasa bawak kereta berdesup laju macam dikejar hantu sekarang dah kena drive slow sebab takut terbabas atau terlanggar lembu.. apa taknyer semua pandangan baik depan.. kiri dan kanan dah jadi kelabu.. dah rasa macam memandu dalam kelambu..

Tak tau la gua malaon mana yang buat keja gila dok membakar hutan dan belukar sesuka hati.. walaupun jauh diseberang tapi debunyer tetap sampai ke sini seperti tiada tanda untuk berhenti.. dan jugak hingga sekarang tiada sebarang tindakan dari pak menteri diorang yang hanya sekadar memantau dan memerhati.. sambil pekena kopi dan roti..

Dan masalahnyer kita kat sini la yang terpaksa menanggung azab sengsara setiap hari sambil menyedut jerebu berkati-kati.. yang kena selesama dan batuk pun ramai bersilih ganti.. jiwa terasa lemas dah macam duduk kat dalam peti... hingga rasa tak selesa dan geram membuak-buak kat dalam hati.. kalau macam ni la hari-hari.. rasanyer orang yang sehat segar bugar pun bleh mati... dan tak mustahil tahun depan masalah ni akan tetap berulang cuma diharap korang semua sabar menanti..

Selasa, 15 September 2015

MELAYU PEDULIK APA... LU MERAH KER.. KUNING KER..


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap Himpunan Maruah Melayu yang akan berlangsung esok sebenarnya tidak memperjuangkan orang Melayu.

Sebaliknya, himpunan itu katanya, hanya bertujuan mempamerkan perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini sebagai bersifat perkauman – satu persepsi yang sebenarnya tidak tepat.


"Dia adakan himpunan ini kerana dia kata himpunan Bersih dahulu rasis. Tetapi, perhimpunan Bersih dulu bukan rasis, semua bangsa ada bersama.


"Jadi, nak jadikan Bersih ini rasis, supaya kononnya mereka nak berjuang untuk orang Melayu. Mereka tak berjuang untuk orang Melayu, tak payahlah ada," katanya hari ini...-TheM'sianInsider


Dalam bab demo-demo ni gua sikit pun tak ambik pusing.. lantak korang ler nak berdemo ker.. nak berguling ker... nak berarak dan terjerit-jerit macam itik serati ker.. itu hak korang.. berdemo la korang kat situ sampai pengsan.. dan lantak la korang nak pakai baju apa.. nak pakai baju merah ker.. baju kuning ker.. baju kelabu asap ker.. nak pakai baju batik gambar cipan ker.. malah kalau taknak pakai baju sekali pun gua takda hal.. lantak la korang..

Dan gua pun takda hal kalau korang nak berdemo berbulan-bulan kat situ sampai reput... dipersilakan.. itu hak asasi korang untuk berdemo.. tapi bila korang nak berdemo dengan menjual nama Melayu.. itu gua tak bleh terima.. mulalah darah gua mendidih dan secara tak langsung buat kolestrol gua naik mendadak hingga ketahap berjaga-jaga..

Korang tau tak.. orang Melayu sekarang ni pun banyak masalah.. dengan masalah politik dan pemimpinnyer yang semakin kusut.. dengan masalah sosialnyer.. dengan masalah ekonomi.. kos sara hidup dan cukai gst yang mencekik lagi.. jadi jangan korang nak tambahkan lagi masalah orang Melayu.. 

Ketika orang Melayu tengah susah sebab harga getah dan sawit tak berapa nak lalu sekarang ni.. mana peginye perdana menteri Melayu.. ketika orang Melayu disembelih dan digasak oleh GST.. sampai bapak gua yang kais pagi makan pagi pun kena sekali.. mana peginyer pejuang Melayu.. sekarang ni tanah rezab Melayu pun dah semakin ciput dan orang Melayu nak mintak tanah buat tapak rumah pun punya la payah.. mana peginye menteri Melayu..

Dan ketika pemimpin Melayu dan tokey 1MDB dok sebok menyakau dan menyukat tanah kerajaan kat Sungai Besi dan Bukit Bintang.. mana lesapnyer suara Melayu... ketika bukit bukau dan hutan balak habis ditarah sampai menyusahkan orang Melayu.. sebab sungai pun jadi kuning.. mana menyoroknyer ketua Melayu.. ketika orang Melayu Felda Bukit Goh dianiaya dan dikelepet oleh tokey lombong bauksit.. sampai jalan tar pun bertukar jadi merah.. mana hilangnyer menteri besar Melayu..

Dengan itu.. jangan nak memandai cerita pasal Melayu dengan menjual nama Melayu.. sebab gua Melayu yang dah naik meluat tengok perangai pemimpin-pemimpin Melayu yang tak sedar diri dengan muka tak malu terjerit-jerit kononnyer pejuang Melayu tapi menindas dan membodohkan orang Melayu..

Suka hati jer rakyat ditindas dengan GST.. yang diorang dok sedap berjoli sakan naik jet ke hulu-ke hilir.. anak Melayu dikerah berdemo sambil menyedut jerebu.. yang pemimpin Melayu dok sebok menyakau tanah dan harta rakyat.. orang Melayu disuruh taat kat pemimpin.. yang diorang dok sedap-sedap lepak kat rumah sambil kira duit 2.6 billion.. phuii!!! buat malu Melayu..

Jumaat, 21 Ogos 2015

LU LAGI TAK RELEVAN..


Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini mempersoalkan sama ada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed masih relevan untuk memberi pandanganya.

"Adakah beliau (masih) relevan?" soal Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada pemberita dalam sidang media di bangunan Parlimen petang ini.


Beliau yang juga ahli parlimen Johor Bharu mengulas tindakan Dr Mahathir yang dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan sedia ada.


Menurut Shahir lagi, beliau percaya kritikan atau sokongan Dr Mahathir terhadap BN tidak membawa sebarang perbezaan terhadap prestasi parti itu baik semasa mahu pun selepas pilihan raya.. - M'siaKini


Memang betul.. memang pun Tok Det tu dah tak releven dengan suasana politik negara kita yang haru-biru sekarang ni.. tau jer ler orang tua banyak sangat songehnyer... dah tu suka plak membebel dan berleter 24 jam mengalahkan orang pompuan.. pendek kata ada jer yang tak kena.. gua yang berjiwa kental ni pun bleh jadi panas hati bila baca dia punya komen..

Tapiiiiiiii... kalau nak dibandingkan Tok Det dengan lu.. termasuk la pak-pak menteri kesayangan lu yang ada sekarang ni rasanyer korang lagi tak relevan... lagi hampeh tahap cipan.. ada pun menyusahkan rakyat.. tengok muka pun dah sakit hati.. silap-silap bleh kena ghout tahap empat.. pendek kata langsung tak bleh blah.. hanya setakat menghabiskan duit rakyat jer bayar gaji korang..

Sudah la pegi parlimen malas nak berbahas.. dah tu ada hati berdegar-degar nak bercakap pasal perjuangan untuk rakyat.. apa lu ingat semua rakyat Malaysia ni budak-budak tadika.. pegi dahhh!! sedangkan pak menteri lu nak settlekan masalah top up pun terkial-kial... phuiiiii!!!

KUALA LUMPUR, 23 Jun'15 - Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menegur anggota Dewan Negara yang dilihat kurang aktif dan tidak bersedia dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Beliau berkata, anggota Dewan Negara baik yang baharu atau telah lama dilantik, seharusnya patut bersedia dengan teks ucapan perbahasan berkaitan RMK11 yang melibatkan pelbagai isu dan tajuk semasa dan perancangan masa depan rakyat dan negara.

"Saya telah ingatkan banyak kali. Tapi masih lagi ada Yang Berhormat yang tidak bersedia dan kurang berminat dalam sesi perbahasan.

"Sepatutnya Yang Berhormat semua bersedia, berebut-rebut untuk berbahas," katanya sewaktu sesi soal jawab sebelum bermulanya sesi perbahasan di Dewan Negara Selasa.

Abu Zahar sebelum itu telah dua kali mengingatkan anggota Dewan Negara supaya bersedia dan memberikan nama untuk terlibat dalam sesi perbahasan namun kecewa kerana mendapati tidak ramai anggota Dewan Negara yang terlibat pada hari ini... - Bernama

Khamis, 6 Ogos 2015

DERMA KERR???!!.. PEGI DAH MUNAFIK!!..


Lebih baik bagi presiden Umno memegang aset dan wang parti dalam akaunnya sendiri daripada meletakkannya di bawah proksi, kata Ketua Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri perumahan, kerajaan tempatan dan kesejahteraan bandar itu berkata, beliau lebih "rela, selesa, dan yakin" dengan cara itu kerana ia lebih menjamin keselamatan dibandingkan jika wang itu diletakkan dalam simpanan proksi.


Katanya, sewaktu zaman presiden terdahulu, beliau lebih "risau" kerana duit dan harta Umno diletakkan dalam akaun proksi yang terdiri daripada individu seperti ahli perniagaan atau mereka yang tiada kaitan dengan parti.




"Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengatakan duit dan harta yang dia beri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi (sewaktu peralihan kuasa), sebanyak RM1.4 bilion, itu bukan semuanya..... - TheM'sianInsider

Perghhh!! ini la dia kenyataan paling bernas lagi meyakinkan dari sorang kaki ampu.. kaki kipas.. kaki bodek.. kaki nak melingkupkan parti.. kaki nak melingkupkan negara.. apo pun tak boleh..  jadi kita abaikan jer orang macam ni.. ada pun tak menguntungkan rakyat..

Oleh itu apakata sambil korang menikmati biskut raya atau sambil layan kartun Doremon kat rumah... cuba korang baca plak berita kat bawah ni.. ingat!!! berita ni bukan gua copy dari Serawak Report.. bukan dari WSJ.. bukan dari Berita Harian Zimbabwe.. bukan dari Uganda Daily.. dan jugak bukan gua ciplak dari Chongkau Post.. berita ni gua ambik dari akhbar lidah rasmi parti pak presiden sendiri..

Inisiatif GTP kawal pembiayaan politik..

PUTRAJAYA 27 Feb. - Kerajaan hari ini mengumumkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bertujuan mengawal pembiayaan politik demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu menekankan bahawa setiap sumbangan kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat mahu pun negeri hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.


Langkah itu, katanya, bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian.


''Bagi pihak kerajaan isu dana politik amat penting kerana jika tiada suatu dasar yang tepat, telus dan jelas mengenainya, maka ia boleh membuka ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah 2012 di sini hari ini... - UtusanM'sia - 28/02/2012


Hahahaha!!!.. amacam puashati.. haa!! ini la yang dikatakan cakap tak serupa bikin.. rasanyer kalau orang dari parti sebelah yang buat benda ni mau lima tahun tak habis cerita.. dan kalau macam ni la dia punya kira-kira.. lain kali tak payah ler bersusah payah sampai bergaduh-gaduh nak melantik bendahari parti.. serah jer semuanyer kat pak presiden.. cepat sikit melingkupnyer..

Dan sesambil pekena air sirap dan biskut raya tu cuba plak kita bayangkan... katakanlah tetiba plak si pak presiden parti tu meninggal dunia.. agak-agaknyer sapalah yang berhak atas semua duit kat dalam akaun peribadi tu.. adakah duit yang berbillion tu akan dipegang oleh si Amanah Raya.. rasanyer kalau si Amanah Raya dah masuk campur.. tau-tau jer ler.. susah ler sikit nak kluarnye..

Dan kalau ler gua yang jadi anak presiden parti.. sorry la gua nak pulangkan.. lagi pun bukan semua orang tau pasal duit tu.. sedangkan timbalan dengan naib presiden parti pun tak tau akan kewujudan duit yang berkepuk-kepuk tu.. apa lagi memang gua faraidkan la dengan kaum kerabat gua.. lantak la korang melopong sambil terkulat-kulat tengok gua berjoli sakan dengan duit bapak gua.. 2.6 bilion banyak tuuu!! dua tahun kira pun tak bleh habis siuttt.. 

Jumaat, 31 Julai 2015

MARAHHHH.. BENCIIIII... MELUATTT!!!..


Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya. 


“Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma… apa salahnya. - TheM'sianInsider


BOSAN.. MARAH... KELIRU.. BENCI.. MELUAT... MENYAMPAH.. BEBULU.. SEDIH.. PILU.. HANGIN.. GERAM.. SAKIT HATI.. DLL

Itulah perasan gua sekarang ni bila melihat keadaan politik negara kita yang semakin tunggang langang.. huru-hara.. haru-biru.. kelam kabut.. hingga ekonomi pun dah jatuh merudum hingga ke tahap hilang akal.. kena plak dipegang dan diuruskan oleh orang-orang bingai.. bangang.. poyo.. kaki ampu.. kaki bodek.. kaki kipas.. kaki belit.. kaki kelepet.. lagi la buat darah gua mendidih.. kalau gua tak sabar dah lama gua bertukar jadi hulk..

Gua rasa korang pun turut sama merasai apa yang gua rasakan sekarang ni.. tapi tak tau la gua kalau ada plak diantara korang yang berasa bangga dapat pemimpin yang huru-hara macam sekarang ni.. siap buat sujud syukur.. itu gua tak bleh nak cakap apo la..

* Bila rakyat dah hilang keyakinan dan kepercayaan.. korang lantik la sapa pun jadi menteri.. rakyat dah tak kisah pun.. hasilnyer tetap sama.. pusing-pusing rakyat jugak yang susah.. rakyat jugak yang kena.. rakyat jugak yang menderita.. yang pak menteri sedap-sedap tidor berkeruh kat rumah sambil bermimpi mengira untung.. phuiii!!

Jumaat, 5 Jun 2015

ANTARA HASAN DAN HUSEIN.. MENGAPA HUSEIN?..


Apa kata.. dari kita memeningkan kepalo otak pada hari Jumaat yang mulia ni dengan membaca kisah lawak jenaka politik yang menghuru-harakan minda.. rasanyer ada baiknyer kita hayati dan baca artikal tentang syiah ni.. sekurang-kurangnyer dapat jugak ilmu.. moga bermanfaat..

  

Mengapa Syi'ah sentiasa lebih mengalu-alukan Husein daripada Hasan? 


Oleh: Ustadz Syafruddin Ramly, Lc.

Arrahmah.com - Tahukah Anda, mengapa syiah senantiasa memuja dan menyembah Husein saja dan tidak mencintai anak-anak Fatimah yang lainnya?

Informasi berikut ini bisa jadi akan membuat Anda dan kaum muslimin sedunia kaget setengah mati, khususnya Syiah-syiah non Iran. Sebelum menjawab pertanyaan tersebut diatas mari kita lihat daftar anak kandung laki-laki Ali Bin Abi Thalib radhiyallahu anhu, sebagai berikut:
1.Hasan bin Ali bin Abi Thalib

2.Husein bin Ali bin Abi Thalib

3.Muhsin bin Ali bin Abi Thalib

4.Abbas bin Ali bin Abi Thalib

5.Hilal bin Ali bin Abi Thalib

6.Abdullah bin Ali bin Abi Thalib

7.Jakfar bin Ali bin Abi Thalib

8.Usman bin Ali bin Abi Thalib

9.Ubaidillah bin Ali bin Abi Thalib

10.Abu Bakar bin Ali bin Abi Thalib

11.Umar bin Ali bin Abi Thalib

Pernahkah Anda melihat bendera atau umbul-umbul Syiah yang bertulisan “Wahai Hasan…” atau يا حسن ?

Kenapa mereka hanya meminta kepada Husein saja, padahal Hasan juga anak kandung Ali bin Abi Thalib yang juga terlahir dari rahim Fatimah binti Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam, baik Hasan maupun Husein sama-sama Ahlu Bait.

Pernahkah anda wahai Syiah-syiah non Persia mempertanyakan hal ini?
Sebelum menjawab pertanyaan tersebut, ketahuilah informasi berikut ini:

Tahukah Anda bahwa 12 imam syiah seluruhnya berasal dari keturunan Husein saja?

Syiah hanya mensakralkan Husein saja, namun tidak mensakral Hasan dan tidak juga mensakralkan anak-anak Ali bin Abi Thalib yang lainnya yang semuanya diredhai Allah.

Jawabannya adalah: karena Husein menikahi wanita Persia Iran putri raja Yazdegerd yang bernama Shahrbanu atau yang dikenal dengan Syahzinan. Konon ketika Kekaisaran Persia ditaklukkan dan terbunuhnya Kaisar Yazdegerd maka putri-putrinya ditawan.

Saat itu Umar menghadiahkan putri sang Kaisar yang bernama Syahzinan kepada Husein bin Ali bin Abi Thalib dan Husein pun menikahinya. Oleh karena itulah Syiah begitu mensakralkan Husein dan para imam Syiah yang terlahir dari rahim Syahzinan berdarah Persia, dan bukan seperti klaim mereka bahwa mereka mencintai keluarga nabi Muhammad yang berasal dari Arab.

Hakikatnya, mereka sangat mencintai Ahlu Bait kaisar yang menjadi moyang 12 imam yang semuanya berasal dari ibu berdarah Persia, mereka sangat fanatis dalam mencitai dan memuja kakek anak-anak Husein sang kaisar Persia, bukan sang nabi yang berasal dari Arab.

Imam-imam yang mereka sakralkan dan mereka anggap maksum satu level dengan nabi-nabi itu hanyalah imam-imam yang berasal dari keturunan raja Persia Yazdegerd, tidak ada yg berasal dari Arab.

Mereka mencintai Husein dan para imam-imamnya karena mereka meyakini bahwa di dalam darah imam itu mengalir darah Persia keturunan kaisar.

Mereka hanya mencintai Ahlu Bait kaisar raja Persia, bukan Ahlu Bait nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam. - (adibahasan/ arrahmah.com)

Rabu, 20 Mei 2015

ADA LAGI RUPANYER MAT REMPIT NI..


SEREMBAN - Mat rempit adalah ‘spesies’ yang bahaya dan mereka boleh melakukan apa sahaja kepada pengguna jalan raya termasuklah pergaduhan dan merosakkan kenderaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Nazli Md. Taib berkata, mat rempit akan bertindak agresif apabila kegiatan itu dihalang malah ada kumpulan mat rempit yang pernah mengepung kenderaan JPJ jika satu atau dua kenderaan berada di lokasi kegiatan mereka.

“Mereka adalah kumpulan yang bahaya. Lebih-lebih lagi jika berada dalam pengaruh dadah dan alkohol,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas analisis akhbar ini yang antara lain menyatakan kebimbangan orang ramai terhadap mat rempit yang semakin ‘mengganas’ di lebuh raya sekitar negeri ini termasuklah dengan aksi baring (superman), willi dan berdiri, di mana mengancam.. - UtusanM'sia


Aiii!!! Pak JPJ.. baru tau ker yang mat rempit tu spesies hamlau yang tak reti bahasa dan amat bahaya.. baru tau ker perangai diorang yang suka berlumba tu membahayakan pengguna jalan raya.. sedangkan benda ni berlaku dah begitu lama sampai dah jadi macam satu budaya.. dan kat dalam berita pun ada bagitau dah ramai yang jadi mangsa.. tanpa mengira tempat dan masa.. baik orang tua mahupun yang muda belia.. yang miskin ataupun kaya.. rasanyer kalau dicerita satu persatu tentu Pak JPJ tak percaya.. bagaimana mat rempit ni boleh bawak motor selaju cahaya dengan hanya guna satu tayar..

Gua tengok diorang ni macam bangga plak bila dipanggil samseng jalan raya.. makin dibenteras makin diorang menggila dan bermaharalela... ke hulu ke hilir dengan motor cabuk konon nak tunjuk gaya.. dah la kerja malas tapi berlagak macam orang kaya.. bila tak berduit mula la mencuri dan meragut tanpa memilih mangsa termasuk la orang tua yang tak berdaya.. dan nak dilawan memang la tak berdaya.. kesian mak bapak diorang berdoa siang malam mintak anaknya jadi orang yang berjaya.. tapi hampeh rupanyer jadi hantu raya..

Gua memang berbulu dengan spesies mat rempit ni.. kerjanyer memekak sepanjang malam konon nak tunjuk berani.. sedangkan hanya mengusahkan penduduk bumi.. walaupun ditangkap dan dikurung.. diorang tak jugak serik malah Pak Polisi dan JPJ dicabarnyer ajak bertarung.. bila kena tahan tau plak buat muka murung macam mengkarung.. seeloknyer diorang ni dimasukkan jer dalam karung dan dihantar ketengah laut buat makanan si jerung..

Isnin, 11 Mei 2015

GST TU AWEK CUN.. PUIII!!!


NUSAJAYA 10 Mei - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini menarik perhatian dewan apabila menyifatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan sejak 1 April lalu seperti seorang 'perempuan cantik'.

Datuk Ir. Syed Sis Syed A. Rahman (BN - Tanjung Surat) menggunakan kiasan berkenaan kerana berpendapat  sistem cukai yang baharu itu cukup baik, elok dan telus. Malah katanya, disebabkan faktor itu juga lebih 160 negara di dunia sudah mengguna pakai sistem berkenaan dan kerana itu, adalah tidak wajar GST dijadikan isu.

"GST ini umpama perempuan cantik, bila dah cantik maka adalah orang yang suka dan suka. Malah, ada juga yang cemburu, yang cemburu itu mungkin kerana mereka tidak dapat mengurat.

"Macam itu juga tindakan sesetengah pihak... - UtusanM'sia


Hahahaaa!!!.. kelakar tak hingat la lawak abang Adun kita ni.. tiga jam gua tergelak bila baca dianyer hujah GST ala-ala kiasan gitu.. rasanya kalau masuk Maharaja Lawak mesti terus ke final ni.. alaa gua tau la ini semua statement bodek.. statement tahap mengampu.. tapi beragak la kalau yer pun nak buat perbandingan.. orang lain boleh la lu bodohkan .. tapi dengan gua sorry laaa..

Untuk pengetahuan abang Adun.. memang la GST tu awek cantek molek.. cun melecun mengalahkan model Uganda Barat.. tapi nak buek apo kalau stakat cantek tapi perangai hamlau.. mengalahkan penyamun tarbus.. jin afrit.. hantu raya.. toyol.. pelesit..  lintah darat.. geng palembang dan drakula.. yang takda kerjanyer lain.. hanya tau menyedut tenaga dan titik peluh rakyat..

Dan buat apa kalau setakat muka cantik jelita... body mantap mengalahkan ratu dunia planet marikh tapi perangai hampeh.. macam betina sundal.. mata duitan.. pisau cukur.. seperti yang kita alami sekarang dimana keja awek tu hanya mengikis duit rakyat siang malam.. sampaikan member gua yang dulu rambut ikal mayang sekarang dah jadi botak licin.... ingatt!!!.. hanya jantan keparat jer.. mungkin la termasuk abang Adun kita ni yang suka mengorat pompuan hamlau camtu.. gua pun tak hingin.. ambik laaa.. puii!!

Rabu, 22 April 2015

BURU HINGGA KE LUBANG CACING!!.. YER KE NI?..


KUALA LUMPUR 19 April - kumpulan samseng di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang dikenal pasti menjadi lokasi panas kepada aktiviti gengsterisme akan dipe­rangi habis-habisan.

Arahan serta-merta itu dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berikutan insiden ganas melibatkan kumpulan samseng di Bandar Bukit Mewah, Klang, Selangor.

Pada masa yang sama, beliau turut mengarahkan polis memburu hingga ke lubang cacing kumpulan samseng bertanggungjawab membunuh dan mencederakan enam yang lain di Bandar Bukit Mewah itu.

Ibarat tiada lagi maaf kepada kumpulan yang dipercayai berpusat di Klang itu, beliau berkata, perbuatan samseng tersebut benar-benar mencabar kewibawaan polis.. - UtusanM'sia


Ini macam la pak menteri.. baru la gua respek sama lu.. sebab gua tengok lu dah tak macam dulu.. dah makin berani dah tegas dalam menjalankan tugas.. kalau dulu hanya setakat berkicau macam burung dan unggas.. lemaunyer mengalahkan bateri yang dah lama tak dicas.. penyamun dengar lu punya amaran pun diorang langsung tak takut dan ngeri.. sebab diorang tau garang dan gertak lu hanya beberapa hari..

Sekarang ni baru samseng-samseng tu tau langit tu tinggi atau rendah.. baru la diorang takut sebab port diorang lu nak serbu dan geledah.. lu ngan pak polisi pun dah nekad nak buru diorang hingga ke lubang cacing.. sampai tiada lagi tempat selamat diorang nak sembunyi sekalipun menyorok dalam rumah kucing.. pak polisi pun hanya menunggu masa jer diorang tersilap langkah termakan pancing.. kalau terangkap mau ada yang terkencing-kencing hingga gigi dan gusi semua terkancing..

Tapi jangan plak jadi macam kes yang dulu.. cakap berdegar-degar tapi hampeh umpama gertakan diangin lalu.. tak tau la mana silapnyer kes tu sampai sekarang jadi sepi dan layu.. rasanyer memang ramai yang tak puashati dan rasa bebulu.. gua yang beria-ia menyokong pun sama gak tumpamg malu.. apa taknyer sia-sia jer dipermainkan oleh malon si buta kayu.. rasa macam jatuh terguling dalam kubang kerbau kat sawah.. tak percaya cuba baca berita kat bawah..

KUALA LUMPUR 28 Sept.- "Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun." Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.


"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UtusanM'sia


Tu la yang gua cakap.. cakap bukan main lagi bergegar nak buru hingga ke lubang cacing.. tapi akhirnyer sendiri jugak yang kena kencing.. si Alvin Chipmunk celaka tu pun dah lesap tanpa berita.. katanyer tengah bergembira sakan di Amerika.. yang kita kat sini terkulat-kulat dan hanya mampu berkata.. haaa!!.. padan dengan dia punya muka.. takpa kalau dia balik nanti kita tangkap dan libas dengan seterika.. hahaaa... itu semua hanya nak menyedapkan hati memasing yang terluka..

Jumaat, 17 April 2015

HIDUP TOK DET.. GOODBYE ABANG JIB..


Tan Sri Muhammad Muhd Taib meyakinkan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak keseorangan dalam mempersoalkan kecelaruan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kerana katanya, majoriti senyap rakyat tetap bersama bekas perdana menteri itu.

Bekas naib presiden Umno itu, yang kini ahli PAS, berkata banyak persoalan yang masih gagal dijawab Najib walaupun kesemua sayap parti Melayu itu menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan.


“Dr Mahathir bukan sendirian. Majoriti besar mengikuti, dan apa yang ditanya Dr Mahathir belum dijawab, malah perdana menteri mencari penyokong untuk menunjukkan kekuatannya... - The Malaysian Insider.


Sorry laa Abang Jib.. untuk pengetahuan lu.. dengan ini gua dengan bangganyer mengistiharkan untuk bersama CT dan Cik Ta untuk sama-sama menyokong Tok Det dalam usaha untuk melingkupkan lu.. saja jer nak beri lu bersara awal.. selamat jalan gua ucapkan dengan lu punyer 1MDB.. talak untung… banyak boros.. saja mau kasi orang susah..

Boros tu satu hal.. tapi yang gua tak bleh blah bila lu tindas gua serta orang kampung dengan lu punya GST.. lu kata nanti harga barang jadi murah.. phuiii..  bleh lu bagi tau barang apa yang turun sekarang ni.. dah tu menipu plak kata tiada lagi cukai perkhidmatan.. tapi tengok benda tu masih jugak wujud.. bila bising baru la nak dikaji.. kaji menda.. lu ingat kitorang ni tikus makmal ker.. lu dengan Sofi Jikan dan Abu Bakar Omar sama jer kaki kencing..

Untuk pengetahuan lu jugak.. gua ni bukan la peminat tegar tahap taksub ngan Tok Det.. masa beliau jadi PM dulu pun ada jugak dasar kepimpinan beliau yang bertentangan dengan naluri kemanusian gua.. banyak gak kes-kes hampeh yang membuat darah gua mendidih tahap empat... dari kisah Memali.. Semangat 46.. Perwaja.. Bank Bumi.. Tajudin MAS.. Renong dan banyak lagi.. ramai gak kaki-kaki ampu yang berkeliaran sekeliling beliau..

Dan diantara kisah-kisah tu.. kisah udang Kerpan la yang paling menusuk hati gua.. walaupun masa tu gua kocik lagi tapi gua masih ingat bagaimana kat dalam TV memaparkan para petani meronta merintih dalam sawah melihat padi diorang yang sedang menguning dimusnahkan tanpa belas kasihan.. sapa yang tak hangin bila tanahnyer dirampas oleh pak menteri yang bersekongkol dengan tokey udang.. ingat doa orang teraniaya tu tiada hijab.. sekarang pun kita bleh tengok bagaimana keadaannyer parti yang buat kerja gila tu.. tunggang langgang.. ada jer masalah..

Dan jugak gua ni bukan la anti tahap gaban ngan Tok Det.. dalam bab memajukan negara gua memang respek dengan beliau.. tiada sapa boleh menafikan.. memang la ada penyelewengan.. boros dan kaki-kaki sakau duit masa tu.. tu pun tak bleh nak dinafikan.. mana-mana kerajaan pun sama.. tiada sapa yang bleh mendabik dada mengatakan diorang yang paling bersih sesuci sabun cap kapak.. itu sendiri la tanggung dan menjawab dengan Tuhan nanti..

Tapi masalahnyer walaupun kepimpinan Tok Det tu nampak teruk.. tapi bila dibandingkan dengan kepimpinan wasatiyyah lu sekarang.. memang bagai langit dengan bumi.. lagi berganda teruknyer.. tak tau apa yang lu buat sepanjang lima enam tahun ni.. yang gua nampak hutang negara makin bertimbun.. hutan makin pupus.. jenayah macam tiada surut.. harga barang dan kos hidup makin meningkat dan rakyat bawahan termasuk gua makin sengsara..

Ingat tak masa lu nak kurang dan hapuskan subsidi gula dan minyak dulu.. lu termasuk pengampu lu kata kerajaan boleh jimat berbillion ringgit.. alasan lu tetap sama… dengan duit tu kerajaan bleh buat sekolah dan hospital… tapi kat mana lu hantar duit berbilion tu pun gua tak tau laa.. masih gak tak cukup.. masih lagi nak tindas rakyat dengan GST.. untuk pengetahuan lu jugak sebenarnyer penyokong taksub lu pun sama gak menderita dengan GST ni.. cuma diorang segan jer nak mengaku.. takut kena kutuk.. hahahahaaa

Jumaat, 10 April 2015

JANGAN LUPA.. HUTANG PUN KORANG TANGGUNG GAK..


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kepada pihak yang menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan sokongan mereka kepada syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah terkumpul hutang RM42 bilion.

Menurutnya, selain 1MBD pihak yang menyokong Najib juga perlu menyokong perlaksanaan pembelian tanah Kerajaan di Kuala Lumpur  yang  jauh di bawah harga pasaran.

“Hasil daripada pendedahan mengenai kes Altantuya  dan 1MDB, Najib kini mendapat ikrar sokongan daripada ketua-ketua Bahagian Umno, BN, MIC, Ahli Dewan Negara dan semua 'jenis' kumpulan ini sepertimana yang disiarkan media.

“Saya tidak meminta sesiapa pun untuk menyokong saya. Tetapi saya akan meminta semua orang-orang yang menyokong Najib supaya mereka mengisytiharkan mereka semua menyokong Najib terhadap pinjaman 1MDB dan ketidakupayaan untuk menjawab di mana wang itu,” katanya yang dipetik dari entri blog rasminya chedet.com...- SinarHarian


Lagi satu jangan lupa Tok Det.. suruh gak diorang para pengampu terutama pak menteri dan syarikat media bodek yang bermati-matian menyokong Tok Jib tu supaya mengisytiharkan untuk sama-sama menanggung dan membayar segala hutang piutang 1MDB yang berbilion tu.. jangan sesekali nak melibat dan menyusahkan rakyat yang dah makin sengsara dengan kenaikan harga barang dan masalah GST sekarang ni..

Bayangkan kalau ada 5 juta penyokong taksub Tok Jib yang sangup berkorban sorang RM1,000... perghh!! banyak tu.. jangankan hutang 1MDB hutang jet pun bleh settle tu.. kalau ler berjaya gua rasa Tok Det dan orang ramai termasuk gua pun tak bising la.. tapi masalahnyer sanggup ker semua pengampu Tok Jib yang cakap berdegar-degar tu menyerahkan tengkuk untuk disembelih bagi menyelamatkan 1MDB.. kalau ada la.. memang gua salute 1M'sia la kat korang..

Jumaat, 3 April 2015

GST.. SAKIT JER HATI...


KUALA LUMPUR 1 April - Tinjauan Utusan Malaysia di seluruh negara mendapati kebanyakan barangan utama pengguna yang tertakluk cukai barang dan perkhidmatan (GST) mengalami kenaikan harga kira-kira enam peratus selaras dengan pelaksanaan cukai itu berkuat kuasa hari ini.

Langkah menaikkan harga enam peratus dilihat menjadi `sifir mudah' kepada peniaga sedangkan barangan di premis mereka merupakan stok barangan bercukai mengikut cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


Sebab itu, sebagai inisiatif agar GST tidak dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang, kerajaan membenarkan peniaga membuat tuntutan SST sebanyak lima peratus dan 10 peratus sehingga September ini bagi barangan yang telah dibayar cukai jualan.


Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di setiap ibu negeri semalam dan hari ini, banyak barangan pengguna seperti minuman, makanan proses dan barangan penjagaan diri dinaikkan enam peratus. - UtusanM'sia


Kat stesen minyak pun sama.. gua tengok diorang pun berlumba-lumba menaikkan harga barang.. tadi gua singgah ler nak beli air.. tapi bila ditengokkan harga air botol dan air tin banyak yang dah naik.. biasa air botol pebret gua tu dua hinggit lebih jer.. tapi tadi dah naik jadi tiga hinggit lebih.. terus hilang gua punya dahaga.. 

Lepas ni kalau korang rasa dahaga dan terasa nak singgah kat stesen minyak beli air.. korang abaikan jer ler niat murni korang tu.. korang bedal jer ler air paip kat tempat pam tayar tu.. dah tentu free dan takda GST..

Aiii geram jer gua.. tapi nasib baik la kat bawah ni ada berita gumbira.. berita yang sikit sebanyak dapat melegakan urat saraf rakyat miskin macam gua yang dah terbelit dengan GST ni..

KUALA LUMPUR 2 April - Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap syarikat telekomunikasi di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya masih berdegil mengenakan caj tambahan cukai barang dan per­khidmatan (GST) pada perkhidmatan prabayarnya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, berdasarkan rekod, sebanyak 815 aduan diterima sejak GST dilaksanakan semalam yang meliputi 40 peratus daripadanya melibatkan soal kad prabayar.. - UtusanM'sia


Dan baca yang ni plak..

PUTRAJAYA - Syarikat telekomunikasi akan tetap mengenakan caj enam peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun, pelanggan akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar nilai melebihi cukai enam peratus.

Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk  T.Subromaniam berkata, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi, Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.. - SinarHarian


Mula nampak macam tegas.. sikit tak goyang.. kira pantang mundur kecuali bini call.. tapi hado.. rupa-rupanyer tokey telko lagi power dari pak menteri.. cakap jer bergegar tapi habok pun tarak.. ini semua saja jer nak bagi gua sakit hati.. saja nak menyusahkan rakyat.. tak ker hampeh namanyer..

Gua pedulik apa kalau lu nak tambah lapan jam kredit masa berborak atau nak tambah seminggu masa SMS sekali pun.. itu semua tak penting.. itu semua sandiwara merangkap teater muzikal murahan dan saja jer nak mengaburi mata gua yang dah rabun dekat ni... phuii!!..

Ok la.. gua pun malas nak cakap banyak.. cakap pun tak guna.. buat sakit hati.. yang penting sekarang ni sama-sama ler kita berdoa agar diorang semua tu pegi melingkup dan padan dengan muka kita semua.. hambekkkk!!!..

Rabu, 4 Mac 2015

APA LU INGAT NI NEGARA KOBOI..


PULAU PINANG 3 Mac - Seorang pekerja syarikat keselamatan mati selepas ditembak lebih lima das ketika memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran lampu isyarat di Jalan Scotland di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira- kira pukul 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 51 tahun maut setelah tembakan yang dilepaskan dua suspek yang menaiki motosikal mengenai kepala, tengkuk, badan dan lengan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah berkata, seorang lagi rakan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan terselamat selepas berjaya melarikan diri.. - UtusanM'sia


Nampaknyer negara kita sekarang ni macam dah tak berapa nak selamat.. jenayah berlaku di merata tempat dan hampir setiap saat.. nak merayau pun kita jadi takut sebab kalau silap haribulan bila-bila masa jer umur boleh tamat.. sampai nak tengok suratkhabar pun kita jadi meluat.. ada jer kes baru yang muncul hingga pak polisi pun takda masa nak rehat..

Gua pun tak tau la apa sebabnya negara kita sekarang ni makin ramai orang jahat.. bukan setakat bebudak.. orang tua bangka pun sama gak perangai musibat.. walaupun umur dah tinggal sejengkal nak ke liang lahad.. selamba jer membuat onar tanpa mengira masa dan tempat dan merembat apa yang sempat.. hingga habis periuk belanga.. kuali.. tong gas dan selipar buruk dirembat.. sapa melawan dah tentu la kena lipat.. kalau one by one tu boleh la dihambat.. tapi kalau datang tu lima enam orang.. mau tak melompat..

Inilah masalahnyer sekarang ni bila manusia dah hilang pertimbangan.. kasih sayang dan hormat menghomati hanya tinggal angan-angan.. sanggup mengganas.. merompak.. mencurik.. meragut.. merogol.. mencolek dan membunuh tanpa rasa belas kasihan.. malah ada yang sanggup menyeksa mak bapak sendiri tanpa batasan.. kononnyer dia la yang paling handal merangkap abang kawasan.. tapi baru kena sergah dengan pak polisi terus pengsan..

Selasa, 10 Februari 2015

BALAK MEMBALAK MEMBAWA BALA..


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa kegiatan pembalakan dikurangkan bagi mengelakkan bencana banjir besar berulang di Pantai Timur.

Menurut beliau, tindakan mencegah pembalakan haram sahaja tidak mencukupi malah kerajaan juga perlu mengawal pembalakan berlesen. Tegas beliau, negara mempunyai sumber kekayaan lain dan tidak perlu terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata.


“Antara salah satu sebab banjir berlaku di Kelantan, Pahang dan Terengganu adalah sebab pokok dipotong. - UtusanM'sia


Nak buat camno Tok Det.. Inilah bahana yang kita semua terpaksa tanggung bila alam dah naik darah.. bilamana segala bukit-bukau.. hutan dan paya habis lingkup kena tarah.. oleh si malaon yang siang malam kerjanyer hanya nak mentedarah.. sampai anak kayu yang baru nak hidup pun digali dan dipunggah.. agaknyer diorang ingat hutan negara ni mak bapak diorang yang anugerah.. bila tengok hutan dah gondol tu sapa yang tak marah..

Sekarang ni bila dah banjir orang kampung jugak yang susah... sampai nak tidor pun tak boleh sebab lantai dan tilam semua habis basah.. hujan turun tak sampai sejam terus jadi bah.. dan tak pepasal plak diorang terpaksa berkemas selamatkan apa yang sempat kerana dapat arahan untuk berpindah.. bila balik rumah tengok bumbung.. lantai dan tiang berterabur dan bersepah..

Apa yang berlaku ni membuatkan jiwa gua semakin gundah… apa taknyer masalah balak membalak ni nampaknyer semacam takda tanda sudah.. sedangkan itu hari diorang yang beria-ia.. berkobar-kobar kata nak menggempur dan menggeledah.. segala cerok dan bukit yang diteroka sesuka hati oleh malaon si haramjadah.. tapi setakat ni takda pun tokey kebun haram yang didakwa baik di mahkamah tinggi mahu pun di mahkamah rendah..

Yang lawaknyer ada jugak Pak Menteri yang turut sama melatah.. bukan main lagi menunjukkan marah.. rasanyer kalau jumpa malaon tu mau dipatah-patah.. sedangkan negara ni diorang and the gang jugak yang perintah.. mustahil la kalau tak tau kat siapa hutan negara ni diwakaf untuk dilahap dan diratah..

Cuma yang gua nampak hanya pendatang haram tu jer yang diorang dok sebok hambat disegala cerok hutan dan lurah.. tak cukup dengan Rela.. imigresen dan polis.. angggota tentera pun turut dikerah.. sedangkan tokey kebun tu sedap-sedap mengaut untung dari keringat pendatang haram yang diorang perah..

Gua pun tak tau apa yang hebat sangat dengan tokey kebun haram tu sampai takda yang berani nak sentuh.. walaupun dah jelas angkara perangai hamlau malaon tu membuatkan banyak nyawa yang melayang akibat tanah runtuh.. atau mungkih kita bleh buat rumusan bahawa ada kuasa lain yang melindungi malaon tu hingga membuatkan kekuatannyer begitu tegap lagi utuh.. atau pun mungkin bukti yang ada tak berapo nak kukuh...

Jumaat, 16 Januari 2015

WOI!! CHARLIE HEBDO.. GUA BOIKOT LU..


PARIS - Presiden Prancis Francois Hollande bersikeras membela majalah satir Charlie Hebdo meski terbitan terbarunya kembali menyulut kontroversi dengan menampilkan kartun Nabi Muhammad SAW. Ia mengatakan majalah dan nilai-nilai Charlie Hebdo akan terus bertahan.

''Charlie Hebdo itu hidup dan akan terus hidup,'' kata Hollande, seperti dikutip BBC.


Majalah yang terbit mingguan tersebut baru saja mengeluarkan edisi terbaru yang langsung diserbu dalam beberapa jam saja.Hollande mengatakan majalah Parisnya itu telah lahir kembali setelah tragedi. ''Anda bisa membunuh pria dan wanita namun tak bisa membunuh ide-ide mereka,'' kata dia.
 

Charlie Hebdo edisi Rabu dicetak tiga juta eksemplar untuk seluruh dunia.Biasanya, mereka hanya mencetak 60 ribu eksemplar dan laku setengahnya. Kali ini, majalah terjual habis.. - republika.co.id

Senyap je memasing.. takda ke yang nak ke depan melaungkan kempen memboikot barangan Perancis.. aiii kalau dulu masa isu kartunis Kurt Westergaard dan suratkhabar Jyllands Posten buat hal.. bukan main lagi memasing bergegar berkempen memboikot barang Denmark.. sedangkan ni pun kisahnyer lebih kurang sama jer.. pasal kartun menghina Nabi gak..

Memandangkan korang semua senyap sepi.. maka terpaksa ler gua bertegas dalam hal ni.. mulai dari saat ni gua takan lagi membeli kereta Citroen.. Peugeot mahupun Renault.. dah la mahal kuat makan minyak plak tu.. tapi kalau bagi free bleh la gua pertimbangkan.. bukan setakat kereta atau lori jer.. roti perancis yang keras tu pun akan jadi mangsa boikot gua seterusnyer.. (perghh!! roti tu klau makan ngan mushroom soup sodap tu..)

Bukan tu jer.. awek-awek gua pun gua haramkan diorang gunakan jenama Dior.. Lancome.. L'oreal.. termasuk la Yves Saint Laurent.. minyak wangi pun pakai minyak atar jer.. tak payah nak ber Chanel bagai.. kalau teringin sangat pun pakai jer yang pirates.. beli jer kat pasar malam atau kat downtown.. dan bagi meneruskan ketegasan gua.. kapal solam Scorpene tu pun gua akan jual..

Kalau korang nak tau.. kat sebelah kampung gua ada sebuah ladang sawit.. biasa orang kampung panggil estate Perancis.. agaknye dulu tokeynyer nama Francis kut.. jadi sampai la sekarang orang kampung panggil tempat tu Perancis.. dan nampaknyer itu pun akan termasuk dalam kempen boikot gua.. gua peduli apa.. janji ada nama Perancis.. haa padan dengan muka lu Perancis...

Selasa, 13 Januari 2015

K-POP... KALAU LER AWEK TU ARTIS..


KUALA LUMPUR – Kontroversi aksi panas berpeluk dan bercium antara ahli kumpulan K-Pop, B1A4 dengan peminat wanita Islam bertudung pada konsert di Life Centre di sini Sabtu lalu makin memuncak apabila pihak berkuasa dijangka mengambil tindakan tegas walaupun penganjur menyatakan permohonan maaf semalam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan te­gasnya semalam mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tin­dakan sewajarnya ter­hadap penganjuran kon­sert kumpulan K-Pop, B1A4 Live in Kuala Lumpur, ekoran insiden tidak senonoh tersebut.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, insiden beberapa orang gadis Melayu bertudung dicium dan dipeluk artis dari Korea Selatan itu secara jelas bertentangan dengan syarak dan menjelekkan pandangan masyarakat umum. - Kosmo

Ikutkan gua malas nak melayan benda ni.. lagi pun gua bukannye minat tahap takjub pun dengan K-Pop K-Pop ni.. jangankan lagu.. nama dan kumpulan diorang pun gua tak tau.. kalau berselisih kat pasar malam pun gua tak tau yang tu adalah penyanyi K-Pop.. tapi bila dah ramai yang komen.. teringin plak gua nak tumpang sekaki menyibuk..

Sebenarnyer kisah ni jadi panas sebab yang memeluk mamat K-Pop tu sorang awek Melayu.. (tak tau ler gua cun ker tak).. dan menjadi lebih panas lagi sebab awek tu bertudung.. tapi kalau awek tu tak bertudung.. seksi lagi meksi.. tak tau la gua bagaimana plak nadanyer.. yang awek tu pun satu hal.. yang lu gatal ketiak pegi peluk mamat K-Pop tu buat apa.. pegi la peluk tiang letrik ler.. peluk pokok ketapang ker.. dah tentu takda sapa yang ambik pot... 

Memang betul.. kalau diikut dari sudut agama.. tindakan awek tu memang salah sebab pegi gatal ketiak memeluk si mamat K-Pop tu.. yang turut ditonton oleh orang awam... tapi kita kena jugak berlaku adil.. bagaimana plak reaksi dan tindak balas kita bila melihat artis-artis kita yang terang-terang bersentuhan.. bepelukan dan sebagainyer kat dalam TV.. majalah.. drama atau filem.. yang dah tentu jugak ditonton oleh orang awam termasuk keluarga kita kat rumah… mengapa kita tak bising atau menyatakan yang kelakuan artis-artis tu menjelekan rakyat Malaysia atau umat Islam...

adoiii.. kesian awek tu sebab bukan artis..