Selasa, 21 September 2010

HABIS DAH RAYA..


SETELAH hampir dua minggu beraya sakan 24 jam tanpa henti sampai lupa diri.. akhirnya gua pun kembali bertugas seperti biasa walaupun dalam keadaan poket yang hampir nazak.. dan yang tak bestnya blog Penanggah ni pun turut sama menerima tempias.. apa tidaknya.. cadangan gua untuk memberi duit raya sorang RM2 juta kepada semua pembaca blog ini terpaksa dibatalkan saat-saat  akhir akibat dari kenazakan poket gua tersebut.. 


Tapi korang jangan risau sampai tak lalu makan..  untuk tidak menghampakan perasaan korang.. pihak pengurusan blog Penanggah dengan berat hati telah bersetuju sebulat suara untuk mengadakan satu majlis rumah terbuka disebuah lokasi dan tarikh yang dirahsiakan di Senegal Utara.. oleh itu dengan perasaan yang bercampur marah.. geram dan sakit hati.. pihak Penanggah ingin menjemput korang semua untuk hadir dimajlis tersebut untuk meraikan diri korang semua yang telah banyak membuang masa bagi mengikuti perkembangan blog Penanggah ini.. 


Sambil korang melayan lempeng pisang dengan air suam yang disediakan.. korang akan turut dihiburkan oleh kumpulan Royal Langkap Sarkas yang didatangkan khas dari pasar malam Dangi .. iaitu kumpulan sarkas yang begitu digeruni disekitar kawasan tersebut.. pihak Penanggah turut dimaklumkan bahawa satu pertarungan kalah mati antara ular sawa batik dengan tapir belang akan turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut..


Pihak Penanggah turut berharap korang semua dapat membawa makanan sendiri dari rumah masing-masing bagi mengelakkan kesesakan dan kecederaaan semasa berebut-rebut makanan dengan anggota kumpulan Royal Langkap Sarkas yang terdiri dari ahli gusti WWE.. beruang kutub.. tapir belang  dan ular sawa batik.. lagi pun kalau korang bawak makanan sendiri.. jimat ler sikit duit pihak penganjur yang tinggal suam-suam kuku ni....


Okey laa.. gua pun malas nak cerita lebih-lebih.. yang penting korang kenalah datang pada tarikh dan tempat yang dirahsiakan tersebut.. bagi rasai sendiri kekecohan dan kengerian majlis tersebut.. nanti kalau gua cerita lebih-lebih korang anggap gua riak sangat plak.. sajer nak propa korang dengan cerita-cerita sensasi masakini..



* Pssttt!!... klau korang pun ada hati nak buat open house tu.. jangan ler malu-malu atau segan nak pelawa spy Penanggah untuk menghabiskan mee goreng dngan air sirap korang.... gua janji.. yang gua pasti akan melingkupkan hidangan korang dengan begitu rakus sekali.. korang pasti tidak akan kecewa....

Isnin, 6 September 2010

JOM KITA BERPANTUN RAYA..


SELAMAT HARI RAYA gua ucapkan kepada semua pengikut tegar blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. dan juga sempena hari yang mulia ni sesambil korang menghabiskan lemang dan air sirap kat atas meja tu.. disini dengan suka hati dan perasaan riang gembira tanpa berbelah bagi dan pilih kasih gua ingin mencabar korang plak untuk berbalas pantun dengan gua.. 


Bagi memudahkan lagi korang mejawab.. disini gua akan memberi klu-klu pada setiap pantun yang gua ajukan... mana ler tau kalau otak korang tetiba menjadi jem kerana terlalu memikirkan maksud yang begitu mendalam disebalik pantun gua ni.. nanti langsung tak dapat nak beraya.. gua jugak yang korang salahkan.. okey ler.. tanpa berlengah lagi jom kita mulakan dengan pantun yang pertama..


Anak kucing duduk bergaya

Mati seekor kena bunuh

Aii macam sebok jer menyambut raya

Macam ler korang berpuasa penuh


Haa!! kalau berani jawab ler pantun pertama dari gua ni.. pantun ni bercerita tentang kisah sedih sekor kucing parsi yang berlagak macho.. tapi selalu kena bunuh oleh Kicap sekor kucing kurap yang berlagak samseng..


Wak Kimbo kerja kilang

Balik kampung jauh di Maran

Baru padan jari dah hilang

Itu lerrr.. main mercun tak ikut aturan..


Pantun ni pun bleh tahan gak dianyer ngeri.. kisah seorang pekerja kilang yang begitu dedikasi dan berjiwa sentimental.. telah kehilangan cinta 3 dimensi akibat satu letupan mercun buatan sendiri yang turut memusnahkan reban ayam jiran sebelah rumah beliau..


Budak Miera naik scrambler

Naik dengan abang Bachok

Patut ler gua tengok bukan main gumbira

Ruper-rupernyer gaji dah machok..


Satu berita gumbira dipagi raya yang cuba disampaikan oleh pantun ini dengan begitu bergaya dan bersahaja.. bagaimana gaji telah masuk dalam akaun scrambler tanpa pengetahuan abang Bachok..


TNB memang baik hati

Bagi hadiah berjuta-juta

Memang ler gua ni baik hati

Duit pun banyak berjuta-juta


Haa!!.. ini namanyer pantun bodek di hari raya.. sesuai bagi pengampu tahap tertinggi.. kisah TNB yang begitu baik hati sehingga Assan Skodeng pun jatuh hati dengan kerani akaun TNB yang begitu cun sekali.. (mintak-mintak TNB tak la saman gua macam si blogger Hassan Skodeng.. kalau kena saman gak sebab pantun bodek ni habis ler gua kena kitai)..


Pegi kedai nak beli baju

Baju dari pulau Jawa

Nanti balik kampung tu bawak ler motor laju-laju

Kalau nak rasa hilang nyawa


Kalau korang nak tau harga kain batik jawa sebenarnya hanya lima hinggit sekilo tapi bila time nak raya harga dia akan meningkat begitu mendadak hampir sama dengan harga asam jawa iaitu 27 hinggit sekilo.. pantun ini cuba mendedahkan tentang kelicikan peniaga kain baju yang suka menipu pembeli terutama yang suka bawak motor laju-laju…


Pakcik Kordi kacak bergaya

Carik buluh dalam rimba

Kalau bebudak datang nak duit raya

Korang buat tak tau dengan muka selamba..


Pantun ni bercerita tentang budak-budak yang datang berjalan semata-mata nak dapat duit raya.. biaser ler bebudak.. amacam tahun ni korang ubah tradisi.. jangan bagi diorang duit raya.. tahun ni korang bagi bebudak yang datang tu buluh lemang sorang satu.. kalau diorang banyak tanya.. korang jawab la.. “Banyak cantik muka korang.. suka hati gua ler nak bagi aper.. nasib baik gua bagi buluh lemang.. kalau gua bagi taik ayam.. lagi korang haru.. tapi kalau korang nak gak duit raya.. korang pegi jumpa pakcik Kordi..”



* Bagi gua cukup ler stakat ni dulu pantun yang dapat gua ketengahkan untuk korang jawab.. mungkin inti pati pantun ni agak sukar untuk ditafsir dengan mata kasar sehingga membuatkan denyutan jantung korang menjadi tidak keruan dan jugak bagi meraikan kejayaan gua berpuasa penuh sebulan maka dengan itu gua akan bercuti panjang lebih kurang dua tiga tahun bagi menyambut Hari Raya tahun ni..  Okey ler.. SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR BATIN dan jumpa lagi..

Jumaat, 3 September 2010

DAH NAK RAYA RUPERNYER..


PEJAM celik.. pejam celik.. alamakkk!! dah tiga minggu rupernyer kita berpuasa.. lagi seminggu jer lagi nak menyambut raya.. begitu ler masa bergerak sekarang ni.. semuanya berjalan serba pantas.. sampai kita pun tak sedar dah berapo hari kita posa.. 

Kalau cerita bab raya ni.. memang ler syok dan gua tau ler korang semua dah tak sabar-sabar nak beraya dan bergaya sakan kehulu kehilir dengan baju baru.. terutama yang berpuasa penuh sebulan.. tapi yang puasa ala-ala pun tak nak ketinggalan gak.. ada hati nak beraya jugak tu.. kekadang tu dia plak yang lebih dari orang yang puasa penuh.. shopping sampai tak hengat dunia.. kalau boleh kedai dengan tuan kedai tu nak diborong sekali.. punya ler semangat..

Gua tengok mana yang ada motor awal-awal lagi motor dah kasi operate.. makeup kasi mantap.. bunyi kasi nyaring sikit.. baru ler gempak.. walaupun stakat motor kapcai jer.. yang penting gaya.. sekali berjalan sepuluh dua puluh bijik .. haa kau.. dah macam lebah.... kalau masuk beraya kampung sebelah.. bebulu jer mata mat motor kampung tu menengok perangai memasing.. kalau pegi beraya pun semua rumah awek.. itu yang sekali datang tuan rumah jadi kelam kabut nak melayan tu.. yang kenal anak tuan rumah sorang jer.. yang escort plak bukan main ramai.. dah macam rombongan cik Kiah ler plak.. habis air sirap 10 baldi.. 

Mana yang awek-awek plak.. awal-awal lagi dah tempah baju.. stakat sepasang dua tu tak main ler.. itu baru basic jer tu.. klau boleh 6 pasang.. haa kau.. hari-hari test kat depan cermin baju baru.. kejap baju kurung biru.. sekejap baju kurung hijau.. tak puas hati.. test plak kebaya kelabu.. tak puas hati lagi yang kasut ni tak sesuai plak dengan kebaya ketat.. tukar plak baju lain nak serasikan dengan kasut.. begitu ler hari-hari hingga ler pagi raya.. sampai cermin pun dah naik bosan melayan diorang..

Camno pun gua ni.. sampai la ni sehelai baju pun gua tak beli lagi.. bukan tak ada duit ataupun gua kedekut dalam bab-bab bershopping ni.. duit banyak.. satakat 6 juta tu gua simpan bawah katil jer.. tapi memandangkan dah berjuta umat kat dalam shopping komplek tu gua jadi malas.. malas nak berebut dan bersesak sampai berlaga pipi.. bergesel hidung kehidung kat dalam tu.. kena plak bulan puasa.. lagi ler liat nak keluar.. tapi kalau awek gua yang ketujuh.. si Fasha Sandel ajak terpaksa ler jugak gua gagahkan hati ni pegi.. nanti merajuk aduhh!! satu hal ler plak nak memujuk.. dah laa ari tu si Linda awek gua yang ke empat dah hangin satu badan sebab gua tak layan dia nak bershopping.. habis bebirat badan gua kena libas.. cehh!!

Rabu, 1 September 2010

PANTUN MERDEKA RAYA..


SEMALAM.. masa gua tengah syok duduk kat rumah menghabiskan cuti Merdeka.. tetiba jiran gua datang nak mencabar gua untuk berbalas berpantun.. apa lagi gua yang pantang dicabar ni pun terus membakar mercun dan meriam buluh kira tanda setuju dan kitorang pun tanpa berlengah terus berbalas pantun sampai ke pagi.. kalau korang nak tau.. kerana pantun gua yang begitu simbolik dan sukar untuk ditafsirkan ini juga telah membuatkan jiran gua yang berbadan sasa dan berperut gendut itu telah dikejarkan ke hospital akibat diserang sesak nafas dan sengal kepala lutut.. 



Duduk melepak makan roti

Punyo la sodap sampai terleka

Patut la hari ni cuti

Rupa-rupanyer hari ni hari Merdeka


Pergi ke hutan memburu rusa

Sampai tersesat masuk sempadan

Sambutan tahun ni pun kurang terasa

Sebab sekali dengan Ramadan


Naik beca pegi Melaka

Singgah Linggi berenti makan

Walupun hari ni hari Merdeka

Ahh!! yang penting raya didahulukan


Buah mangga buah pauh

Dijual orang dalam pekan

Walaupun raya masih jauh

Marilah kita bershopping sakan..


Terasa pedas tergigit lado

Lado disimpan didalam cawan

Walaupun duit tengah tak ado

Pandai-pandai la pinjam kawan


Mamat Indon pergi bertapa

Duduk bertapa di diatas tikar

Kalau rasa-rasa tak tau nak buat apa

Mari la kita kira.. 1..2..3.. MERDEKAAAA!!


Budak-budak menjual nangka..

Nangka di kebas si anak gajah

Jangan jerit jer lebih.. MERDEKAAAA!!

Sedangkan minda masih dijajah..


Mari kita masak dadih..

Dadih di letak atas meja

Okey ler.. gua pun maleh nak cakap lebih..

Baik gua tido besok pun nak keja.. 


Haaa.. cukup ler setakat ni… memandangkan pantun yang gua cipta ni begitu panjang berjela kira-kira hampir 23jutaratus rangkap.. maka dengan itu cukup la stakat ni ajer pantun-pantun yang dapat gua muatkan dalam blog Penanggah ni.. nanti kalau gua letak semua dalam blog ni.. tak pasal-pasal nanti korang plak yang kena sesak nafas..