Rabu, 18 September 2013

BERAKHIRNYER SEORANG CHIN PENG..


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun sudah meninggal dunia, mendiang tetap ketua pengganas komunis yang bertanggungjawab membunuh ribuan anggota keselamatan negara.


Katanya, kematian Chin Peng itu juga tidak mungkin dapat memadam rasa kebencian terhadap mendiang terutama dalam kalangan balu-balu anggota polis dan tentera yang dibunuh kejam pengganas komunis.


"Tidak mungkin veteran polis dan tentera akan menerima mayat atau abu mendiang sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan pihak-pihak tertentu. Mendiang tetap ketua pengganas komunis... - UtusaM'sia..


Walaupun si Chin Peng dah mati tapi kisah keganasan komunis akan tetap hidup dalam sejarah.. lebih-lebih lagi kepada insan-insan yang pernah melalui zaman perit sewaktu dilanyak oleh geng komunis masa zaman darurat dulu.. malah aura si Chin Peng ini juga akan turut segar dalam kepalo otak orang politik.. ini kerana kisah Chin Peng akan sentiasa menjadi satu nilai tambah atau modal politik sampingan bagi orang-orang politik kita disepanjang zaman..

Itu sebabnyer setiap tahun.. time nak sambut hari merdeka kita akan tengok bagaimana seboknyer orang-orang politik bercerita tentang kejahatan si Chin Peng serta bebrutalan si komunis.. baik dalam TV mahupun dalam suratkhabar.. tapi amat jarang kita dengar diorang bercerita tentang kejahatan si British melanyak.. menipu atau menindas orang Melayu.. sedangkan kita merdeka dari British bukan dari komunis..

Tapi kalau masuk bab Chin Peng gua tengok semua nak bercakap.. semua nak tunjuk handal.. bercerita macam diorang ler yang lebih tahu.. dan dia punya marah seolah-olah macam diorang yang paling teruk kena seksa.. kena bantai siang malam oleh si Chin Peng.... tapi itu semua poyo… stakat cakap jer yang bergegar.. sedangkan diorang sendiri pun tak pernah bertempur dengan Chin Peng.. hanya stakat tengok dalam drama TV..

Sedangkan masa si Chin Peng hidup dulu tak nak plak diorang ni beria-ia pegi tangkap dan dakwa si Chin Peng tu kat mahkamah diatas jenayah perang atau jenayah kemanusiaan.. dan kalau dah tau si Chin Peng tu pengganas mahazalim dalam sejarah.. apasal diorang gatal-gatal tangan pegi buat perjanjian damai 2 Dis 1989 dulu.. apsal tak tembak jer si Chin Peng tu.. bukan ker berdamai bermaksud berbaik-baik.. kira buang yang keruh ambik yang jernih.. dan berikut ni adalah antara beberapa isi kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai diorang yang gua sempat cilok dari jiran si Chin Peng..

    •    PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.


    •    PKM dibubarkan.


    •    Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.


    •    Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.


    •    Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.


    •    Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota PKM yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.


    •    Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota PKM yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.


    •    Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di Malaysia... kira dapat subsidi RM8 ribu serta elaun sara hidup sorang RM300.. dan yang kito dok memokak ni dapek apo..


Kalau kita anggap si Chin Peng tu manusia lahanat tahap brutal.. apa bezanyer plak dengan malaon-malaon yang bekerja atau yang menjadi talibarut si penjajah British ketika melawan komunis dulu.. bukan ker itu pun pengkhianat  negara tahap sengal.. apa taknyer dengan si Chin Peng bukan main garang lagi tapi dengan si penjajah yang menindas rakyat bukan main dibelai.. cehh!!

Dan memandangkan kisah si Chin Peng sedang hangat sekarang ni.. apakata tanpa membuang masa kita ikuti beberapa fakta yang dikira agak menarik mengenai siri keganasan si komunis lahabau yang mana tahap keganasannyer mengalahkan kebrutalan geng 306.. geng 104.. geng Abang Manja yang gua petik dari hasil pembentangan oleh sastrawan serta budayawan terkenal Indonesia.. Taufik Ismail yang bertajuk Meneropong Komunisme Dalam Angka-Angka sewaktu majlis Halaqoh Kebangsaan yang diadakan oleh Majlis Ulama Indonesi (MUI) pada 1/10/2012 tahun lepas..

    •    Komunisme membantai 120 juta manusia di 75 negara, sepanjang 1917-1991, rata-rata  1,621,621 orang setahun, 4.504 sehari, 3 orang per menit, 20 saat per orang, selama 74 tahun di 75 negara.

    •    Komunisme kudeta di 75 negara, negara bagian, pulau dan kota selama 69 tahun (1918-1987) sepanjang abad ke-20 dan berhasil mendirikan 28 negara komunis di dunia.


    •    Pembantai paling raksasa dalam sejarah dunia: rezim Uni Soviet yang menghabisi 61 juta orang. Dari jumlah itu Stalin bertanggungjawab terhadap 43 juta orang, (sekitar 39 juta mati di kem buruh paksa).


    •    Pembantai raksasa paling ganas dalam sejarah dunia adalah Kamboja di bawah partai Khmer Rouge pimpinan Pol Pot, April 1975 – Dis. 1978 membantai  2 juta (28.57 %) dari penduduk berjumlah 7 juta.


    •    Partai komunis Khmer Rouge membantai 2 juta orang dalam 44 bulan, berarti; 45.454 orang / bulan 1515 orang / hari, 63 orang / jam, 1 orang / menit selama 3   tahun, April 1975 - Dis. 1978.


    •    Pembantai raksasa ketiga: rezim komunis Cina, sejak 1949  sampai 1987 (revolusi kebudayaan), yang membunuh lebih dari 1 juta warganya sendiri.


    •    Korban total komunisme  (1917-1991) membantai 120 juta orang. Korban total seluruh perang dunia dan perang lokal abad ke-20.. 38.000.000 orang, sepertiga korban komunisme.


    •    Korban nyawa akibat keganasan komunisme tiga kali ganda lebih banyak dari korban seluruh perang di dunia sejak Nabi Adam sampai sekarang iaitu; korban perang dunia I, perang dunia II, Korea, Vietnam, Iraq, Afghanistan, Palestina, Libanon digabung menjadi satu.


    •    Penduduk 28 negara komunis melarikan diri dari negara mereka sebagai pengungsi sebanyak 35.juta orang, karena kemelaratan dan tak tahan ditindas, 1917 – 1971.


    •    Empat algojo raksasa komunis: Lenin (500.000 - 1917-1923), Stalin (43 juta, 1925-1953), *), Mao Tse-Tung (70 juta,-1947-1976) *) dan Pol Pot (2 juta orang, 1975-1979). *  sebagian karena mati kelaparan, kegagalan panen dan ekonomi.


    •    Tak banyak yang tahu bahwa Adolf Hitler pengagum Josef Stalin dan dia mengaku berguru dari Stalin. Hitler membantai 25.6 juta, Stalin 43 juta. Dua anak muda jerman, Karl marx (30 tahun) dan Friedrich Engels (28 tahun) menerbitkan buku manifesto komunis (1848).


    •    Mereka menulis terang-terangan bahwa tujuan ideologi mereka adalah “merebut kekuasaan dengan kekerasan”. Tapi partai komunis di seluruh dunia menutup-nutupi ini, berdusta dan menggantinya dengan istilah muluk-muluk.


    •    Akhirnya 24 negara sosialis-komunis itu di tahun 1991 bubar berantakan. RRC dan Vietnam berkhianat secara ideologis karena mengambil jalan kapitalisme dan kini menjadi makmur.


    •    Korea Utara dan Cuba bertahan secara ideologis dan rakyatnya tetap melarat sengsara sampai sekarang.. - voa-islam.com

Jumaat, 6 September 2013

HUTANG BANYAK RUPANYER...


PUTRAJAYA - Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

“Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang. Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi,” katanya dalam sidang media Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang melihat tindakan kerajaan meningkatkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter sebagai satu mungkir janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salah guna kewangan negara semasa PRU13. - SinarHarian


Inilah bahananyer bila pemimpin syok sendiri.. berlagak poyo kononnyer dia ler yang paling bijak memajukan negeri.. dan bukan main bangga lagi kerana dah buat banyak bangunan tinggi.. kalau negara lain tengok pasti terasa iri sampai terkancing gigi.. tapi rupanyer itu semua takda erti.. kerana hutang negara dah tertunggak tinggi menunjukkan bukti.. dan ada penasihat pun tak bleh pakai.. kerana bagi idea yang tahap cikai.. dicadangkan buat projek itu dan ini.. rupanyer untuk menyenangkan anak bini serta kroni..

Nasib baiklah rakyat negara kita ni ramai yang masih tak mengerti.. tetap tersenyum simpul dan bergembira walaupun memikul hutang berpeti.. masih bersyukur walau harga barang naik tak henti-henti.. kalau marah pun hanya setakat dalam hati.. dan kembali sejuk bila Pak Menteri taburkan janji nak bagi apa saja yang dihajati.. walaupun tau apa yang janjikan tu belum tentu ditepati.. kalau ada pun kita gak yang nanti akan memikul hutangnyer sampai ke mati..

“Ahh!! sudah ler spy Penanggah.. stakat cakap lu memang gah.... sebenarnyer lu ni manusia tak kenang budi.. lu tau tak yang Pak Menteri kita ni baik hati kerana dah bagi macam-macam subsidi.. dan jugak lu tau tak yang kami semua ni sayangkan pemimpin kami.. biarlah kami hidup terseksa yang penting pemimpin kami hidup selesa.. dan kami rela tak kaya asalkan pemimpin kami sekeluarga anak-beranak hidup bahagia.."

"Last sekali kitorang nak bagi lu amaran.. lu jangan sesekali melecehkan kitorang punyer ketaatan.. kalau tidak nanti kami mintak Pak Menteri kami tu lucutkan jer lu punya kerakyatan.."