Jumaat, 27 Disember 2013

BILA MAU TANGKAP MAT BOO..


BAGAN DATOH 15 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut. Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.

"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita.. UtusanM'sia


Wahai Pak Menteri yang bercakap bukan main bergegar lagi itu hari… hinggakan yang mendengar kat dewan tu bertepuk tangan sampai ada yang berdiri.. kerana begitu kagum melihat kehebatan pidato seorang bakal Perdana Menteri.. hinggakan pendedahan lu tu dijadikan berita sensasi di suratkhabat dan jugak TV.. malah turut di jadikan modal membelasah sebuah parti yang satu lagi.. kononyer parti tu tak bleh pakai kerana suka sangat membuat onar di sana sini..

Bukan apo Pak Menteri sajer jer gua nak tanya lu agak-agaknyer bila si Mat Boo tu akan ditangkap dan digari.. sebab lu gak yang kata si Mat Boo cuba membawa pengaruh syiah datang ke mari.. malah buktinya pun dah terlebih cukup hingga terpaksa di bahagi dua gred A dan gred B.. lu kena ingat Pak Menteri yang kes ni sebenarnyer lebih berat dari kes curik lori malah lebih bahaya lagi dari kes langgar lari.. ini kerana kes ini melibatkan akidah rakyat seluruh negeri.. nanti lu jugak yang akan disoal kemudian hari..

Tapi sekarang ni apa cerita.. nampak seakan dah senyap sepi tanpa khabar berita.. tak macam mula-mula dulu bukan main lagi riuh-rendah bagai di gegak gempita.. takan ler bukti gred A lu tu si Jakim simpan untuk dibuat harta.. atau siasatan masih dijalankan kerana buktinyer masih tak cukup nyata.. adoii.. nanti kalau tak jadi.. mau Mat Boo ketawa berguling-guling hingga tak terkata.. bila melihatkan perangai lu sebagai Pak Menteri yang dikatakan hebat tu rupanyer auta..

Rabu, 18 Disember 2013

LAA!! TOL PLAK NAIK.. YIPPIEE!!


SHAH ALAM - Kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh raya menggunakan laluan biasa sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol, dikritik Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Khairul Azwan dalam satu sidang media semalam menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar lebih berhati-hati dalam memberikan saranannya kepada pengguna lebuh raya.

“Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan. Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat,” ujar beliau.

Tambahnya, "terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka".

Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan biasa.

“Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka ada pilihan untuk tidak melaluinya..... - SinarHarian


Sedihnyer gua tengok menteri-menteri yang ada kat negara kita ni.. dah ler IQ tak bleh blah lepas tu berebut-bebut plak nak menunjukkan kebodohan diri.. yang kononnyer dia ler yang paling hebat tapi rupanya otak letak di kaki.. dan bercakap pun main sedap mulut jer macam tak bleh nak pikir sendiri.. tapi kalau menyakau harta rakyat bukan main lagi tanpa menoleh kanan dan kiri.. adoii tak tau la sapa yang bangang melantik orang macam ni jadi pak menteri...  kalau macam ni la gayanyer lagi cepat ler melingkup ini negeri..

Nampaknyer keadaan negara kita dah semakin tenat.. sebab pemimpinnyer ramai sangat yang berperangai lahanat.. namun begitu diorang tetap bermati-matian mengatakan yang keadaan kita masih selamat.. berbanding negara lain banyak yang dah lumat.. dan bagi menyelamatkan keadaan diorang supaya selamat serta dapat meneruskan hidup dengan lebih nikmat.. akhir rakyat jelata tak kira bangsa jugak terpaksa disunat.. dah tu mendabik dada kononnyer diorang ler paling hebat menjaga negara ni dengan usaha berjimat cermat..

Terus terang gua cakap.. gua memang betul-betul sakit hati.. apa taknyer setiap hari gua terpaksa singgah kat pondok tol untuk membayar ufti.. kalau tidak macamana nak pergi opis gua kat Bangi setiap hari.. takan la gua nak meredah belukar.. denai dan titi.. atau terpaksa meredah mana saja jalan yang boleh dilalui termasuk jalan mati.. nanti bila lambat masuk opis tak pasal-pasal gua dapat surat berenti...

Gua tak boleh nak bayangkan bagaimana keazaban yang terpaksa ditangung bila harga tol naik nanti.. sedangkan seksa sekarang ni pun dah setengah mati.. nampaknyer lepas ni time makan tengahari terpaksa ler gua mengikat perut dengan hanya menjamah roti.. atau mintak sikit nasi dari member-member yang mungkin terasa simpati.. tapi masalahnyer keadaan diorang pun macam gua jugak rasa tak puashati dengan nasib sendiri angkara pak menteri yang berotak tuli..

* Lepas ni cukai pintu plak akan dinaikkan.. haa!! mano yang tak puas hati dengan cukai pintu.. korang jangan gunakan pintu.. mungkin korang boleh gunokan tingkap.. saluran paip ataupun lubang angin.. ini kerana cukai tingkap dan cukai lubang angin akan dikekalkan seperti biasa..

Khamis, 5 Disember 2013

APA LETRIK NAK NAIKKK? CANTEKKKK...


KUALA LUMPUR, 3 Dis - Semakan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Jan, 2014, dijangka memberi kesan sementara kepada kadar inflasi negara, kemungkinan naik sedikit kepada 3.0 peratus tahun depan daripada 2.8 peratus sekarang, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata bank pusat itu tidak menilai bagi asas bulan ke bulan.

"Penilaian awal kami ialah ia mungkin menyebabkan kenaikan inflasi sebanyak 0.4 peratus. Justeru itu, memandangkan kadar semasa ialah 2.8 peratus, ia boleh mencecah 3.0 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga 2013... –Bernama


Ini la bahananyer bila dapat Pak Menteri yang tak pernah hidup susah.. kehidupan rakyat dibuatnyer tak kisah bila orang ramai mengadu masalah serta keluh kesah.. tentang bagaimana kos kehidupan yang semakin meningkat membuatkan jiwa diorang bertambah resah.. kena plak yang terbaru ni tarif letrik plak akan diselaraskan.. apa lagi rakyat dengar terus hilang selera makan... bila melihatkan kehidupan yang tak habis-habis ditekan...

Yang hampehnyer para pengampu plak yang gembira sakan.. bagi diorang inilah masa yang paling tepat harga letrik dinaikkan.. kerana renjatan letrik ni katanyer amat bahaya untuk kesihatan.. malah kerajaan pun dah habis berbillion menanggung kos perubatan.. mana yang tak setuju tu bleh la duduk diam-diam dalam hutan.. "Haa ini la masalahnyer orang kita suka sangat mengeluh.. kalau letrik naik apa nak gaduh guna ler lampu suluh.."

Dan yang Pak Menteri kita bleh buat pun hanya setakat bercerita dan bersyarah.. bercakap macam la rakyat ni semuanya bodoh tak pernah ke sekolah.. “Alaa korang anggap ler ini semua takdir Tuhan dan kita semua kena ler pasrah..” katanyer dengan tegas sambil kepalo otak liar memikirkan bagaimanalah caranyer harta rakyat yang berjuta ni nak ditarah..

Wahai Pak Menteri.. janganlah mementingkan diri lu jer.... gua tau ler lu hidup mewah mengalahkan anak raja.. lahir-lahir jer ke dunia semua dah terhidang kat atas meja.. hingga nak berjalan selangkah pun ada orang yang taja.. malah anak bini lu pun turut sama tumpang bangga dengan langkah mendada.. sambil menunjukkan badan yang sihat mengalahkan guni baja.. apa taknyer belum habis cakap lagi  jet peribadi dah tersedia depan tangga.. hanya menunggu perintah jer nak dibawa ke mana untuk berbelanja..

Yang sedihnyer rakyat hanya dapat tengok sampai juling mata.. melihat kerakusan kerabat Pak Menteri menghabiskan harta.. nak marah takut nanti di chop penderhaka.. kena plak bila Pak Menteri ungkit kembali segala tok nenek subsidi yang berjuta.. serta janji yang ditepati bukannya auta..

Cuma yang rakyat boleh buat pun hanya setakat maki-hamun dalam hati.. "Cheh!! tak guni punya menteri.. buat penat kitorang jer berbaris masukkan kertas undi dalam peti.. korang sedap-sedap berjoli setengah mati.. kitorang jugak yang sengsara makan hati.. tapi bila time nak pilihanraya bukan main lagi terhegeh-hegeh dengan muka tak malu mintak simpati.. lepas ni sorry.. korang semua boleh pegi mati.."