Jumaat, 23 Julai 2010

APA PUNYA SAMSENG DAA..!!


KUALA TERENGGANU: Ketua kumpulan penjenayah Geng Awang Misai Merah yang bersembunyi selepas meloloskan diri daripada beberapa serbuan polis sebelum ini, ditangkap selepas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu menyerbu sebuah rumah di Kemaman, pagi semalam. Lelaki berusia 48 tahun yang benar-benar mempunyai misai lebat perang kemerahan dan nampak garang itu bagaimanapun tidak gah seperti disangka kerana ketika serbuan jam 7 pagi itu, dia dikatakan beberapa kali terkencing dalam seluar. -  Berita Harian



Dongar cerito dio la yang paling gagah.. 

Setakat limo nam orang sekali punggah...

Baru gigit dek nyamuk terus domam seminggu tak kebah..

Nasib baik tak tumbang terus jadi arwah..


Kalau bercakap diolah yang paling handa.. 

Orang kampung semuo gerun.. sampai yang yang bosa jadi kocik..

Tapi itu semuo cerito si pengampu sajo buek propaganda..

Buek malu.. baru kono sergah badan terus jadi lombik..


Geng Awang Misai Merah namo di sebut..

Badan dio bosa porut buncit penuh lomak..

Alamak! rupo-ruponyer diorang samseng penakut.. 

Bolum kono lanyak dah lari mengadu kek omak...


Misai melintang tigo depa… 

Warna merah kuning hijau semuo ado..

Sekali tengok mulut tengango..

Ingatkan betul la terer.. rupo-ruponyer hadooo…


Namo kumpulan hebat.. misai merah..

Pantang tersentuh sikit.. memang ado yang nak kono patah..

Bilo polis hambat.. tau plak  menangis panggil abah.. 

Orang kampung pakat golak ramai-ramai sampai naik muntah..


Ajak kenduri tak payah di jemput

Bilo makan umang aii bukanlah main banyak...

Harap suaro jer bising mengalahkan motorbot..

Hahaha!! Ini lah yang dinamokan samseng taik minyak…

Rabu, 21 Julai 2010

BILA PENYAMUN NASIHAT PENYAMUN


SHAH ALAM 19 Julai - Pemuda UMNO Selangor menyerahkan bukti tambahan salah laku yang didakwa melibatkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., (KSSB) berhubung kegiatan melombong dan menjual pasir di negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini. - Utusan M'sia

Dan korang baca ni plak...

SHAH ALAM 17 Jan 2004 - Kira-kira 20 buah jentera pengorek pasir bernilai berjuta-juta ringgit yang dirampas dalam Ops Mesin bagi membendung kejadian curi pasir di Kuala Selangor dua hari lepas, didapati hilang. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, kehilangan jentera milik pengusaha pasir haram itu dipercayai dicuri pada waktu malam menggunakan `tenaga pakar'.

Pada Khamis lepas, kerajaan negeri merampas 56 jentera pengorek pasir bernilai kira-kira RM11 juta dalam Ops Mesin. Bagaimanapun, hanya empat daripadanya dapat dibawa ke balai polis dan pejabat tanah berhampiran manakala selebihnya ditinggalkan di tempat kejadian.

``Kira-kira 20 buah jentera pengorek pasir daripada 56 buah yang sebelum ini dirampas dalam Ops Mesin, didapati hilang kerana dicuri,'' katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina 2004 kepada 2,800 warga tua di sini hari ini. - Utusan M'sia


Kehilangan beberapo jentera pengorek pasir di kampung Simpang Tiga Gombak Selangor baru-baru ni begitu membimbangkan penduduk kampung.. jentera pengorek yang disusun kemas mengikut gred yang diletak diatas almari balairaya kampung tesebut tiba-tiba hilang setelah dikebas oleh sekumpulan malaon yang tidak dikenal pasti.. dan ketika berita ini ditulis.. polis trafik cawangan Paya Mat Insun masih berusaha menjejaki penjenayah  tersebut hingga kelubang cacing kerawit..


Menurut abang Khir Yoyo ketuo pembangkang tegar parti Lepat Pisang yang sempat ditemui oleh spy Penanggah ketika sedang syok bermain yoyo di tepi balairaya kampung Kerinci menyatakan kebimbangan beliau diatas kejadian yang membimbangkan ini.. malah beliau dengan bersahaja turut mengesyaki pakcik Kalid Abraham dari parti Pasir Berdengung turut terbabit secara langsung dalam kejadian tersebut.. ini adalah kerana menurut beliau pakcik Kalid Abraham mempunyai hobi pelik iaitu berlumba dengan jentera pengorek pasir keliling kampung pada hujung minggu.. malah sebelum ini mereka pernah belumba di litar Sepang beberapo hari sebelum kejadian tersebut berlaku..


Khir Yoyo yang masih tidak berpuashati diatas kekalahannya dalam perlumbaan tersebut terhadap Kalid Abraham yang juga telah menewaskan beliau secara stright set pada pilihan raya lepas.. berjanji akan memanjangkan isu kepada pihak PBB pada mesyuarat agong parti tersebut minggu depan.. agar Kalid Abraham akan dikenakan tindakan tatatertib dan lesen memandu jentera pengorek pasir beliau akan digantung seumur hidup..


Menurut Khir Yoyo lagi.. sewaktu beliau menjadi MB di Selangor beberapo tahun lepas… kejadian mencurik jentera pengorek tanah dan pasir tidak pernah berlaku sama sekali.. malah untuk itu beliau telah melantik exco pasir Moktar Dillon agar menjaga pasir di Selangor dan geng Lebar Daun untuk menjaga tanah di Bukit Cerakah selama 24 jam agar tidak dikebas oleh sebarang malaon.. 


Akhir sekali beliau berharap pihak kerajaan 1M’sia dapat membuat pelarasan harga baru pasir di pasaran Bursa Saham Pasir Sedunia agar kegiatan mencuri jentera pengorek pasir yang meningkat secara mendadak dan menjadi-jadi oleh parti Pasir Berdengung ini dapat dibenteras dengan lebih jitu...

Jumaat, 16 Julai 2010

MINYAK NAIK.. TERIMA KASIH LERR!!


SETIU - Penyelarasan subsidi ke atas beberapa bahan keperluan termasuk gula dan petrol yang diumumkan oleh kerajaan semalam akan disusuli dengan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan harga beberapa barangan seperti gula dan petrol ekoran pengurangan subsidi masih mampu diserap oleh peniaga. - Utusan M'sia


Tu yang susah gua nak cakap ni.. bila gua marah nanti korang cakap gua ni penyokong parti pembangkang laa.. agen CIA.. talibarut komunis la.. saja nak melaga-lagakan orang melayu laa dan macam2 lagi laa.. tapi kalau gua tak cakap hati gua plak paneh mendidih sampai berasap guanyer lubang hidung.. tapi camno pun tak kisah laa apo yang korang nak cakap.. nak cakap gua agen CIA ko.. agen FBI ko.. agen pinggan mangkok ko.. agen kapal solam pun tak kisah la.. stakat nak becakap bukan kono bayar..


Cuba la korang pikir.. harga minyak petrol naik RM28 hinggit semangkuk tapi harga karipap pusing naik mendadak sampai RM25 seketul.. kan tak masuk akal.. tak ker gilo namernyer tu.. sebelum ni harga karipap pusing baru berapo sen jer.. lapan ketul baru RM47.30sen.. kalau 200 ketul baru RM150.. mano yang inti sardin ngan inti kelapo parut tu mahal la sikit.. tak silap gua RM78 hinggit seketul.. rasa pun sodap kono plak karipap pusing inti tapai pulut buatan makcik Kiah.. perghh!! umang aiiii itu kalau tengah makan ado yang datang ajak gotong royang mau kono hambat ngan kayu api..


Tapi semenjak harga minyak naik ni (sebenarnyer kalau ikut bahaso suratkhabar tak dipanggil harga naik tapi dipangggil pelarasan harga baru, seperti contoh pelarasan harga gula.. bangangnyer idea.. sebenarnyer samo jer) tak usah cakap la harga barang.. kalau boleh harga gula naik RM50 hinggit.. teh tarik pun nak naik gak RM60 hinggit segelas.. kayo la sapo yang meniago teh tarik. silap-silap tak sampai seminggu berniaga dah bleh jadi jutawan.. 


Camno pun untuk menunjukkan yang gua ni sorang pengampu tegar pihak kerajaan 1M'sia.. terpaksa ler gua akur tanpa berbelah bagi dan berterima kasih dengan pak menteri kerana mendengar rintihan orang kampung supaya harga barang-barang ni di selaras semula.. bukan apo murah sangat.. kalau boleh selepas ni selaraskan plak harga ayam dan harga belacan.. minggu depan gua tengok kalau harga ayam ngan harga belacan tak naik jugak.. tau la nasib..  memang gua boikot la nak mengundi korang pilihanraya depan.. baru la korang tau.. padam muko!!!...

Rabu, 14 Julai 2010

ELOK LA LU BERSARA KURITA!!..


BERLIN: Selepas Piala Dunia berakhir, tiada lagi Paul si sotong peramal yang sebelum ini menjadi sensasi orang ramai selepas meramalkan dengan betul keputusan perlawanan Piala Dunia sebanyak jumlah sesungutnya apabila memutuskan akan bersara. Paul meramalkan dengan betul semua tujuh perlawanan membabitkan Jerman termasuk perlawanan akhir Sepanyol melawan Belanda, semalam. - Harian Metro.


"Cilakak lu Kuruta.. " jerit Udin Tumpat sewaktu terserempak dengan si Kurita yang sedang syok membeli belah di pasar besar Selayang lewat petang semalam..


"Lu tau tak?.. angkara lu dengan Mucibing.. gua dah rugi RM27belaspuluhjutaratus.. skarang lu terima la tendangan kilat seribu bayang dari gua.. dussyyuummm!!!.." jerit Udin lagi lalu melepaskan beberapa tendangan maut ke cuping telinga Kurita..


"Adoii!!. woi Udin.. main kasar nampak.. ini sudah lebih ni bro.. patah lapan guanyer kerongkong lu karate.. nama gua Kurita la bukan Kuruta.. kalau camtu lu terima plak guanyer libasan campur hentakan tumit tanpa bayang dari gua.. nahh!! pioww!! piiowww!!" balas si Kurita sambil melakukan satu gulingan kuak lentang lalu menggigit keting kanan Udin Tumpat...


"Aduhhh!! tak sakitnyer..." jerit Udin Tumpat separuh geli..

"Aahhh!! lu kurita ker.. kuruta ker.. gua pedulik apa.. yang gua tau lu dah bikin gua rugi bertaruh judi bola haram.. dah laa gua bertaruh team Belanda.. main plak macam hampeh.. tapi lu jangan risau.. sebagai hadiah istimewa lu terimalah jurus tangkai cangkul bermata satu peringkat ke-2 juta.. ikhlas dari gua yeahhhhh!!! seranggg!!.." tambah si Udin lagi dan dengan gaya bersahaja beliau terus melakukan satu pukulan curi ke buah pinggang Kurita..


Melihatkan si Udin Tumpat melakukan serangan bertubi-tubi.. maka Kurita pun melakukan satu serangan balas.. maka dengan itu berlakulah satu pertarungan yang paling ngeri dan sadis antara Udin Tumpat dan si Kurita.. pertarungan sengit yang penuh dengan aksi tendang menendang.. kilas mengilas.. kais mengais.. serta aksi kejar mengejar dan tembak menembak.. ala filem Rambo 3 tersebut berlaku begitu pantas sekali sehingga tidak dapat dikesan oleh kamera litar pintas.. ini membuatkan orang ramai di pasar Selayang yang menonton pertarungan tersebut terpinga-pinga memikirkan siapakah pemenang dalam pertarungan tersebut..


Setelah bertarungan hampir dua jam tidak termasuk waktu kecederaan dan masa tambahan selama 25 saat.. maka pengadil perlawanan iaitu Usup Kidin tanpa berlengah lagi terus memberikan kemenangan mutlak kepada Kurita.. apabila si Kurita berjaya mengilas tumit kanan Udin Tumpat tanpa belas kasihan.. walaupun keputusan pengadil tersebut cuba di bantah oleh seorang pemandu teksi yang kebetulan sedang melalui kawasan tersebut.. namun bantahan tersebut tidak dilayan oleh Usup Kidin yang turut membantu Kurita mengilas urat keting Udin Tumpat....


Ini membuatkan Udin Tumpat tidak berpuas hati diatas kekalahan tersebut lalu beliau pun membaling sebijik bom atom kedalam pasar tersebut.. "KABAABBOMM!!!!. maka berlakulah satu letupan yang begitu dahsyat sekali.. habis tercabut bumbung dan tiang seri pasar besar tersebut... melihat letupan yang maha dahsyat tersebut orang ramai pun bertempiaran melarikan diri termasuklah si Kurita.. Usup Kidin dan Udin Tumpat... 


Sambil berlari mereka sempat bersalaman dan bermaaf-maafan diantara satu sama lain.. malah mereka berjanji tidak akan bergaduh dan bermain berjudi bola haram lagi kecuali judi bola halal.. ketika mereka tengah syok berlari.. tiba-tiba..


"Woiiii jangan lari.. lu olang banyak busat punya cilakak.. apa pasat lu olang sampai hati kasi bom gua punya pasar..sikalang lu olang kena bayar gua ganti lugi 30jutaratus 16puluhratus ?"...


"Alamak!!! tokey pasarr... cabuttttt!!!"... jerit Udin Tumpat.. Kurita dan Usup Kidin secara serentak.. lalu mereka pun terjun kedalam sungai Gombak juga secara serentak bagi menyelamatkan diri dari di hambat oleh tokey pasar tersebut.... 



* Menurut laporan terbaru.. Mucibing akan menggantikan si Kurita untuk meramalkan pemenang Pertandingan Tarik Upih Peringkat Antarabangsa daerah Tapah bulan depan.. maka dengan itu sesapo yang nak bertaruh sila hubungi bookie judi halal tarik upih iaitu Udin Tumpat.. di kampung Jubakar Pantai..

Selasa, 6 Julai 2010

ANTARA KURITA.. JERMAN DAN SEPANYOL..


BERLIN - Sotong kurita yang meramalkan semua perlawanan melibatkan Jerman pada Piala Dunia 2010 dengan tepat, semalam memilih Sepanyol akan memenangi perlawanan separuh akhir menentang Jerman, Khamis ini. Sotong bernama Paul, yang berusia dua tahun dan berasal dari England, bertukar menjadi selebriti selepas membuat tekaan seratus peratus tepat dalam semua lima perlawanan melibatkan Jerman...  - Utusam M'sia


Alaa.. stakat temberang si sotong kurita pun korang nak percaya kerr.. kalau korang nak tau sotong kurita ni la yang pernah kono tangkap 20 tahun lepas pasal menjalankan judi haram teka kacang dalam botol di Zimbabwe.. dan skali lagi si sotong kurita ni cuba plak nak menipu korang pasal piala dunia kat Afrika tahun ni.. amboii!! bukan main sedap lagi sotong kurita ni temberang yang pasukan Sepanyol akan belasah pasukan Jerman.. wooiii sotong kurita ekau hilang akal ker apo.. ekau ingat pemain Jerman tu smua tiang kayu ko?? (dalam nada menjerit sambil mencekak pinggang)..


Tapi menurut satu laporan akhbar Chongkau Post limited edition pagi semalam menyatakan seekor binatang pelik bernama Mucibing.. iaitu musang pulut yang dikacuk dengan cipan dan kambing telah meramalkan pasukan Jerman akan menang mudah dengan mengalahkan pasukan Sepanyol dengan kiraan stright set 28 berbalas 5.. malah menurut Mucibing.. penyerang ekskutif pasukan German iaitu abang Podolski akan turut melakukan lapan hatrik pada perlawanan tersebut.. tidak termasuk 2 hatrik pada waktu rehat dan 3 hatrik lagi pada masa kecederaan..


Menurut Mucibing sewaktu terserempak dengan Spy Penanggah ketika sama-sama beratur membeli tiket  judi bola halal di pekan Golok menegaskan.. bahawa beliau begitu konfiden dengan ramalan beliau tersebut.. malah beliau sanggup bertaruh sebanyak RM15juta ratus 456puluh jika ramalan beliau meleset atau terasar.. malah Mucibing dengan berat hati turut meramalkan bahawa penyerang Sepanyol Febregas dan Puyol akan turut mendapat 5 kad merah dan 7 kad kuning pada perlawan tersebut..


Ramalan Mucibing tersebut juga telah membuatkan pasukan Sepanyol menjadi begitu gementar hingga hilang selera makan...  malah terdapat gossip-gossip liar yang mengatakan Fernando Torres telah terkena cirit-birit peringkat 2 sebaik saja terbaca ramalan si Mucibing tersebut.. malah terdapat beberapa pemain Sepanyol yang diberitakan telah melarikan diri pulang kekampung.. ini membuatkan jurulatih Sepanyol pening kepala dan terpaksa menggunakan pemain jemputan dan pengawal stadium bagi mengelirukan jentera penyerang pasukan Jerman.. 


Malah jurulatih Sepanyol diberitakan terpaksa mengunakan sistem 7-4-2-8 bagi mengekang kemaraan jentera serangan Jerman yang diketuai oleh Hitler yang mengunakan sistem 9-9-2-8.. malah Hitler yang menunggang jentera Ducati 1200cc tanpa diduga telah menggunakan bantuan bomoh voodoo dari Jamaica bagi mengabur pandangan para penonton..


* Camno pun spy Penanggah dengan bantuan Mucibing meramalkan yang pasukan Jerman akan bertarung dengan team Belanda (Orenjus) pada perlawanan akhir nanti.. kalau Jerman kalah gak.. tau la nasib.. sekali dengan Mucibing.. dengan sotong kurita gua libass...

Jumaat, 2 Julai 2010

JERMAN VS ARGENTINA.. DUA-DUA TERER!!..


NAMPAKNYA Piala Dunia 2010 kat Afrika ni dah masuk ke suku akhir dan yang tak bestnya pasukan Jerman akan bertemu Argentina malam minggu ni.. walaupun sebenarnyer gua tak kisah sangat saper yang menang dan masuk ke separuh akhir.. sebab kedua-dua pasukan tersebut adalah favorite team gua.. bukan apa.. nanti kalau gua sokong Jerman member gua si Maradona plak tak puas hati.. kalau gua sokong Argentina member lamo gua si Hitler plak merajuk.. jadi tu yang buat gua jadi serba salah.. lalu gua pun buat keputusan nak sokong dua-dua dan lantak ler korang.. nak bertekak ker.. nak bertumbuk ke.. nak bergusti pun lantak ler korang.. janji masa lawan nanti jangan sampai nak berbunuh-bunuh sudah laaa..


Mengikut laporan dari spy Penanggah yang berjaya menemubual pakcik Kimbo Muntari seorang bookie judi bola halal dari Uganda yang telah berjaya menyelinap kedalam kemah pasukan Jerman dan Argentina untuk melakukan satu analisis dan kajian mengenai kedua-dua pasukan menyatakan kedua-dua pasukan tersebut mempunyai peluang yang sama rata tanpa pilih kasih.. dari analisis tersebut juga beliau mendapati pasukan Argentina yang menggunakan sistem 8-8-4-2 dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengekang jentera Honda cup EX5 pasukan Jerman yang menggunakan sistem 6-9-4-8 dengan mudah..


Beliau turut menjangkakan perlawanan tersebut akan berkeputusan seri 20 sama.. serta membawa ke masa tambahan selama 2 jam sebelum pihak pengadil memaksa kedua pasukan melakukan sepakan penalti sebanyak lima kali seorang dan beliau turut merahsiakan siapakah pemenang pada perlawanan malam tersebut bagi menjaga hati kedua-dua pasukan.. beliau turut menyenaraikan beberapa nama yang perlu diberi perhatian oleh kedua-dua pihak.. dan berikut adalah nama-nama yang berjaya di seludup keluar oleh beliau dari dalam kemah kedua-dua pasukan tersebut.. antara nama-nama tersebut ialah..


Lionel Messi (Argentina)

Posisi: Penyerang ekskutif kanan

Kebolehan: Seorang pakar sepakan sudut dengan menggunakan tumit... gerakan solo zig-zag beliau yang bersahaja begitu digeruni oleh penjaga stadium.. malah beliau boleh bertukar menjadi kuda kepang jika tumit kiri beliau disentuh.. ditugaskan untuk mengawal pergerakan penolong jurulatih pasukan Jerman.. dan beliau yang hebat dalam bab mencuri tiang gol ini juga mempunyai hobi yang pelik iaitu suka mengurat awek pasar malam Keramat.. 


Gonzalo Higuain (Argentina)

Posisi: Penolong ketua penyerang

Kebolehan: Pakar sepakan lencong dari luar stadium.. beliau turut mempunyai ilmu ketutu kapunden yang membolehkan beliau bertukar menjadi siput babi jika terkejut dan mampu menjaringkan bola dari pelbagai arah termasuk dari belakang tiang gol.. sering menggunakan ilmu tersebut jika keadaan terdesak seperti yang beliau lakukan sewaktu Argentina menentang Mexico 39 tahun lalu.. dengan bantuan pengadil.. beliau dijangka mampu menjaringkan 6 gol termasuk 4 gol sendiri pada perlawanan malam besok tanpa sebarang masalah..


Carlos Teves (Argentina)

Posisi: Timbalan pegawai penyerang simpanan..

Kebolehan: Mampu berjalan itik sambil membawa bola.. selain bertugas sebagai pegawai penyerang.. beliau turut ditugaskan membantu Lionel Messi mencuri tiang gol pasukan lawan.. bagi mengelirukan pihak lawan beliau ditugaskan untuk berborak dan bersembang dengan pengadil perlawanan.. dengan bantuan jentera yamaha lagenda 135z diharap beliau mampu mengelecek pemain dan penyokong Jerman dengan tenang..


Miroslav Klose (Jerman)

Posisi: Pembantu kanan penyerang serta wing belakang 

Kebolehan: Beliau yang bergandingan dengan Ozil dilihat mampu mengucar-kacirkan pasukan sendiri tanpa had.. kekuatan beliau terletak pada suis di lutut kanan yang membolehkan beliau bertukar menjadi ayam katik jika suis tersebut disentuh.. juga pakar menjaringkan gol sendiri tanpa bantuan rakan-rakan... malah beliau berjanji akan mengawal ketat pintu gol sendiri dari dicurik oleh Messi..


Lukas Podolski (Jerman)

Posisi: Pembantu khas penyerang.. 

Kebolehan: Pemain yang dibawa khas dari Tanjung Karang ini mempunyai kepakaran yang begitu luar biasa dengan gerakan-gerakan pantas di luar gelanggang.. mampu menjaringkan lima gol serentak dengan bantuan pengadil.. senjata utama beliau ialah sepucuk meriam katak dua laras dan lapan peluru berpandu yang diletakkan dipinggang beliau bagi merobek benteng pertahanan lawan..


Mesut Ozil (Jerman)

Posisi: Ketua ekskutif penyerang merangkap bendahari pasukan Jerman

Kebolehan: Bekas pemain gasing pangkah ini telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang sepanjang pertandingan.. berjaya menjaringkan 20 gol sewaktu pasukan beliau menentang Timur Leste dalam perlawanan sepaktakraw 7 sebelah bulan lepas.. kepakarang beliau terletak pada hentakan kaki kiri yang mampu memecahkan tembok stadium.. dengan bantuan bomoh vodoo beliau dijangka mampu menjaringkan 25 gol dengan mudah pada perlawanan malam besok..