Rabu, 23 Februari 2011

MARI KITA KETAWA..


Ketawa la seberapa kerap yang boleh.. kerana itulah ubat yang paling murah.. – Lord Byron..


Gua mengaku.. memang gua tak kenal langsung dengan mamat Lord Byron ni.. tapi dari kata-kata beliau tu memang ada jugak benarnyer.. ketawa itu adalah ubat.. itu sebabnyer gua memang suka ketawa.. kira dah jadi hobi gua la sekarang ni.. pantang ada masa lapang skit..gua akan ketawa.. sampaikan tengok kambing melintas jalan pun gua akan ketawa.. dan apatah lagi kalau gua baca blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. tentu la gua tergelak sakan sambil berguling-guling seperti orang hilang akal..

Mula-mula tu gua kompius gak dengan dakwaan si George Gordon Byron atau Lord Byron ni.. tapi sebaik jer lepas gua ketawa berguling-guling bila tengok jiran gua kena hambat dengan lembu jantan petang semalam.. tetiba penyakit iskombolisme iaitu penyakit radang bulu hidung gua terus sembuh secara drastik.. malah kucing kesayangan gua si Cepot yang turut ketawa sakan bersama gua melihat kejadian ngeri tersebut turut memberitahu bahawa penyakit angin ahmar yang beliau hidapi sejak enam tahun lepas turut sembuh tanpa dipaksa-paksa..

Haa korang pun.. mana yang rasa diri tu ada penyakit kronik seperti penyakit sawan ker.. penyakit untut atau yang seangkatan dengannyer boleh la mulakan sesi ketawa untuk kesihatan ni.. tak kisah ler korang nak ketawa secara berseorangan atau berkumpulan.. kalau secara berseorangan tu boleh.. tapi kena ler kontrol sikit.. nanti orang ingat korang dah gila ler plak bila ketawa sesorang.. tapi gua cadangkan korang supaya ketawa secara berkumpulan.. bagi gua cara ni lebih mencongkam dan menjimatkan serta kira lebih meriah.. apa tidaknyer korang boleh ketawa dengan berbagai cara dan aksi.. nak ketawa sambil melompat katak pun boleh.. kalau nak ketawa sambil panjat pokok sawit pun boleh… ikut kreativiti korang ler.. .

Tapi bila gua baca kisah si Lord Byron ni.. gua jadi kesian plak dengan nasib si mamat ni.. apa tidaknyer dalam dia suruh orang ketawa untuk kesihatan.. tapi beliau pun mati setelah diserang demam sewaktu dalam perjalanan dengan gang beliau untuk menyerang Turki bagi membebaskan Greek dari empayar Uthmaniah.. gua rasa mungkin kerana terlalu sebok nak menyerang orang Islam.. itu sebabnyer mamat ni terlupa untuk ketawa semasa dalam perjalanan tu kut.... haa itu ler balasan.. ganas sangat.. kahhhkaahhkaahh!!!!

Jumaat, 18 Februari 2011

APA KELAS PAKAI BATIK.. CISSS..!!!.


SHAH ALAM - Tun Abdullah Ahmad Badawi menyelar sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperlekehkan tahap mutu batik keluaran negara ini sedangkan produk tempatan itu mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa. Bekas Perdana Menteri turut mempersoalkan kelayakan Anwar membuat penilaian terhadap batik Malaysia... - Utusan M'sia

Haa ni yang buat gua hangin ni… berani lu cakap batik M’sia tak der kelas… hanya sesuai bawak pegi menoreh dan memetik buah sawit.. apo lu ingat batik Maldive tu hebat sangat ker.. setakat warna merah menyala dengan bunga kuning yang penuh dengan labuci.. kena plak dengan seluar warna hijau pucuk pisang.. itu yang lu cakap hebat.. cantik menawan mengalahkan baju jojie armani.. .

Itu ler korang tak tau.. sebenarnyer dalam dunia ni.. batik M’sia ler yang paling hebat lagi terer.. kalis peluru lagi.. kalau direndam tentu tak basah.. dan kalau dibakar pun tentu tak hangus-hangus.. sia-sia jer.. kayu api ado habis dua lori.. dan gua pun adalah salah sorang peminat fanatik batik M’sia ni sejak dari zaman Jepun sampai la skarang ni.. kena plak baju batik yang ada gambar Ben 10.. fuhh memang sayang nak tanggal tu sampai mandi pun gua pakai sekali..

Menurut abang Suman Greng seorang pakar batik merangkap pemandu lori batik serta penternak ular sawa batik dari Teluk Batik turut menafikan dakwaan para penyokong setia batik Maldive tersebut yang menuduh bahawa batik M’sia tidak mesra pelanggan.. bagi menafikan dakwaan liar tersebut beliau telah mencipta sejenis baju batik Gembo yang mempunyai lengan sebelah panjang dan sebelah pendek serta bermotifkan daun pisang dan daun ketapang bagi mengaburi pandangan pihak musuh..

Suman Greng turut menyatakan... baju batik ciptaan beliau tersebut memang dicipta khas penuh dengan ciri-ciri keselamatan yang agak ketat.. selain mempunyai sistem halimunan serta power stering.. baju batik tersebut turut dilengkapi dengan airbag yang terletak pada bahagian poket serta tangki udara di bahagian belakang bagi memudahkan si pemakai untuk pergi menyelam scuba pada bila-bila masa.. dan tidak seperti batik Maldive yang hanya dilengkapi dengan lampu suluh pada bahagian bahu kanan serta menggunakan tayar sotong dengan rim 14.. yang mana dilihat baju batik tersebut hanya sesuai untuk mat-mat rempit..

Jumaat, 11 Februari 2011

BORING LERR.. NAK TERBANG JAP..


“Boring betul laa hari ni.. gua rasa nak pegi terbang kejap yer.. sajer nak ambik angin kat angkasa lepas jap…”

Haa tu laa.. mungkin kalau gua cerita kat korang yang gua ni bleh terbang tentu korang tak percayo.. tentu korang ingat kepalo otak gua ni dah tak stabil.. dah patut kono hantar bengkel buat balancing..

Dan bagi membuktikan kehandalan ilmu cipan berantai yang gua tuntut secara online tu.. korang tengok gambar la ni betul-betul....


Tapi gua mintak maap yer.. bagi mengelakkan rusuhan anti Mubarak di Mesir berjangkit sampai kat sini.. dan jugak setelah bermesyuarat selama lapan jam dengan ketuo kampung Jengkoi.. akhirnyer gua membuat keputusan untuk menggunakan sorang pelagak ngeri yang begitu cun merangkap awek ke lima gua yang import dari Uzbekistan bagi mengganti kan tempat gua... alaa.. kalau ikutkan kelebihan awek gua tu dengan gua lebih kurang sama jer.. cuma kelebihan gua bleh terbang sambil bejalan itik dan menungang kaldai...

Itu baru awek gua tunjukkan basic jer tu... tapi orang kat belakang yang menengok pun dah hampir kena histeria.. rasa-rasa kalau diorang tengok gua yang buat aksi ngeri tu mau ada yang pengsan enam kali...

Rabu, 9 Februari 2011

MERAPU MERABAN TAHAP DUA.. EDISI BANJIR...


“Mano ekau menghilang ni spy Penanggah.. sepi jer gua tengok blog lu seminggu duo ni..” tanya Karim Jimbo sewaktu terserempak dengan gua sewaktu sedang menunggu bas di Bangi petang semalam..

“Nak buek camno Karim.. dah nasib badan.. seminggu gua berendam dalam sungai kono hanyut dek banjir.. itu yang tak sempat nak update blog tu..” terang gua secara rambang..

“Umang aii!! ngeri gak cerito lu ni spy Penanggah.. seminggu kono hanyut dek banjir masih sihat walafiat.. liat betul nyawo lu ni.. gua yang dua hari kono hanyut dek banjir pun tak boleh tahan.. terus menjerit kat orang kampung mintak tolong..” balas Karim Jimbo separuh terperanjat sambil menyiku seekor kambing jantan yang sedang syok melepak ditepi pondok bus stop tersebut..

“Gua bukan nak cakap besar la Karim.. cuba la lu bayangkan.. seminggu gua kono hanyut dek banjir dari Gemas sampai ke Muar.. sehelai sepinggang.. dan sampai kat Segamat ada plak sekor buaya tu ajak gua fight.. terpaksa ler gua bertarung dulu one by one.. nasib baik buaya tu surender dan terus blah bila gua gigit dia punyer ekor..” terang gua dengan gaya bersahaja sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh Karim Jimbo..

“Cerito makin bertambah suspen ni Karim.. sampai plak kat Bukit Kepong lagi satu hal.. gua kena serang hendap plak dengan gang komunis.. gua rasa ada la dalam dua ratus orang.. apo lagi gua pun terus kluarkan guanyer senapang patah.. apa lagi maka berlakulah satu pertempuran yang begitu dahsyat antara gua dengan gang komunis tersebut.. “

“Dan disaat genting sewaktu gua hampir kalah akibat diserang dari segenap penjuru kiri dan kanan.. atas dan bawah.. nasib baik muncul John Rambo datang membantu gua menghambat gang komunis tersebut... bila tengok jer John Rambo keluarkan dionyer pisau yang ada gergaji tu.. apo lagi berterabur la gang komunis tu melarikan diri..” terang gua lagi.. kali ini dengan lebih sistem matik sehingga membuatkan mata Karim Jimbo terbeliak bila mendenar cerita gua itu..

“Perghh!! dasyatt.. hebat.. hebatt.. abis tu apo yang lu makan?.. takan telan air sungai jer 24 jam.." tanya Karim Jimbo..

“Aii mana boleh Karim.. makan tetap makan.. nasib baik ler sebelum gua nak hanyut tu awek gua ada bekalkan gua nasik goreng dengan air sirap buat bekalan.. lagipun sepanjang sungai tu gua jumpa dua tiga kedai kopi.. dapat la gua berenti rehat kejap pekena teh tarik dulu....

“Dah la tu spy Penanggah.. cukup-cukup ler tu.. tak larat plak gua nak dengar cerita lu ni.. makin lamo makin suspen plak… dan gua rasa lu dengan awek lu sekali dengan John Rambo tu.. fuhh! bleh tahan.. samo-samo sengal”..

“Cilakoi lu Karim.. penat-penat gua cerita kena hanyut dek banjir.. lu cakap gua sengal..” dan dengan pantas gua pun mengeluarkan senapang patah dan terus menyerang Karim Jimbo bertubi-tubi tanpa belas kasihan..