Thursday, October 28, 2010

HOBEN JANG.. JANGAN TAK HOBEN.!!


TAHNIAH!!.. tahniah!!.. tahniah!!.. bravo!!.. kebaaboorrr!!... buat team N9 yang berjaya mengekalkan kejayaan dua tahun berturut-turut masuk ke final Piala M'sia.. dan sebagai juara bertahan gua pun dah agak dah.. yang pasukan N9 akan berjaya gak masuk ke final tahun ni.. walaupun team Lebah Johor FC cuba nak bermanja-manja menyengat team Rusa pada perlawanan separuh akhir minggu lepas.. namun itu semuo tidak memberi kesan kat pasukan Hoben Jang Hoben untuk bangkit dan berentap dengan team anak Kijang pada final Piala M'sia minggu ni..

Buat team Rusa korang jangan takut lagi gentar dengan team Kijang tu.. diorang tu tak ado apo pun.. kecoh yo lobih.. dan jugak melalui satu sumber perisikan yang boleh la dipercayai.. tu pun kalau korang nak percaya.. bahawa team Kijang akan menggunakan taktik 'Calladen' sejenis tektik terbaru yang dicipta oleh abang Bachok merangkap ketua pasukan sorak pasukan Kijang untuk memerangkap segala asakan dan pergerakan pemain serta bas penyokong team N9 pada perlawanan akhir itu nanti..

Menurut pakar.. untuk menghayati tektik 'calladen' ini.. setiap pemain team Kijang akan diberikan sebuah handphone serta prepaid percuma bagi memudahkan para pemain berhubung antara satu sama lain serta berSMS dengan para penonton dan ahli keluarga masing-masing pada malam tersebut.. malah mereka berharap tektik ini akan dapat mengeliru dan membantutkan pergerakan team Rusa untuk bertindak balas kerana diganggu dengan panggilan misteri serta bunyi nada dering yang beraneka bunyi..

Disini spy Penanggah menasihatkan agar team Rusa tidak berasa panik diatas strategi yang atur oleh pasukan Kijang tersebut.. ini adalah kerana tektik 'calladen' tersebut hanya sesuai untuk padang yang berbukit bukau dan berpaya.. serta tidak sesuai untuk padang yang rata dan berumput seperti Stadium Bukit Jalil.. malah jurulatih pasukan Kijang iaitu abang Sathia dilaporkan akan menggunakan sistem 8-8-2.. iaitu hanya menggunakan dua orang penyerang termasuk seorang penyerang simpanan dan lapan pemain pertahanan tidak termasuk pasukan pertahanan awam bagi mengasak penjaga garisan team Rusa..

Disini gua nasihatkan agar jurulatih pasukan N9 lebih berhati-hati di atas strategi pasukan Kijang tersebut.. dan berharap beliau akan dapat menggunakan sistem 7-7-9 bagi mengelirukan pergerakan team KIjang pada malam tersebut.. lagi pun gua tengok sistem ni lebih sistematik.. dimana pemain pertahanan akan cuba mengajak pemain lawan untuk berbual mesra sebelum pemain penyerang membuat satu serangan hendap secara mengejut dari arah kanan tiang gol lawan ketika pihak lawan berada dalam keadaan leka dan terlena kerana asyik berSMS..

Dan camno pun pada team Rusa.. diharapkan korang akan berlawan bersungguh-sungguh dan gua cuma doakan korang akan berjaya dengan bergaya
pada malam final itu nanti.. pada penyokong pun sama gak.. jangan la sebok nak berembat.. banting sana.. banting sini.. jangan buek malu samo orang kampung... dan kalau korang kalah gak pada malam tu nanti.. samo-samo la jalan kaki balik Seremban.. hahahaa!!

Wednesday, October 27, 2010

ANTARA KURITA.. FAM DAN RUSA


KUALA LUMPUR - Kontroversi penggantungan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan, reda seketika apabila Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 'berlembut hati' menangguhkan hukuman enam bulan yang dikenakan terhadap beliau, semalam.
Keputusan itu bermakna Sathianathan, yang sebelum ini terpaksa memberi arahan dari tempat duduk penonton melalui walkie-talkie pada perlawanan separuh akhir berdepan Kedah, boleh berada di bangku simpanan pemain pada perlawanan akhir Piala Malaysia.... - Utusan M'sia

Berita kematian mengejut Paul si sotong kurita serta keputusan FAM untuk menangguhkan hukuman penggantungan enam bulan Sathianathan nampaknyer masih gagal untuk menggentarkan semangat para penyokong tegar serta pemain pasukan N9 yang sedang berkobar-kobar untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya tahun lepas.. malah semangat juang mereka semakin jitu.. seiring dengan kenaikan harga getah dan sawit dipasaran dunia..

"Tak da hal laa FAM.. kalau korang nak tarik sepenuhnyer hukuman penggantungan tu pun kitorang tak kisah.. tak memberi sebarang kesan langsung kat pasukan pebret gua N9.." luah seorang penyokong tegar team Rusa yang lebih dikenali sebagai Rocky Din yang sempat ditemuramah oleh spy Penanggah ketika sedang mengutip getah sekerap di kebun beliau pagi tadi..


"Lagi pun awal-awal lagi gua dah jangka tentang keputusan flip flop korang ni.. baru dua tiga kerat penyokong Kijang buat demo kat depan pintu stadium.. korang semua dah ketar kepala lutut.. keputusan pun turut berubah.. tak po la FAM gua paham.. korang pun sebok.. mano nak jago bola lagi.. mano nak menoreh getah dan petik buah sawit lagi.. kena plak harga getah dan sawit tengah naik skarang ni...." jelas Abang Rocky lagi sambil menggaru kepala beliau yang separuh botak dengan pisau getah yang baru dibeli dari pasar malam Tampin petang semalam....


"Abih tu.. bro tak pegi ker stadium malam minggu ni.. kata penyokong tegar N9.. takan tak pegi.." tanya spy Penanggah kepada Rocky Din yang dilihat begitu bersemangat..


"Cukup la sekali tahun lepas gua pegi stadium.. gua rasa serik.. tak larat nak melayan perangai hamlau penyokong diorang tu.. ekau tengok la rambut gua ni haa!!... seelok-elok lebat macam rambut Brad Pit sekarang dah tinggal secoit.. ini semuo angkara penyokong Kijang la ni.. ado ko bungo api dibalingnyer kat atas kepalo gua ni haa.. hampeh betul.. habis rambut afro gua terbakar.. nasib baik tak botak...." luah Rocky Din tak puashati.. sambil mengunyah sekeping getah sekerap yang masih segar dengan penuh kegeraman diatas peristiwa ngeri tersebut....


"Tapi tak apo.. korang jangan risau.. minggu lepas gua sempat jumpa Paul si sotong kurita.. dan beberapo minit sebelum mati... dia sempat sms gua yang dia meramalkan yang pasukan N9 akan monang dengan penuh bergayo.. dan pasukan Kijang akan pulang sambil melayan selekoh di Merapoh dengan penuh kehampaan.." jelas Rocky Din lagi sebelum meninggalkan spy Penanggah bersendirian dicelah-celah pokok getah tua milik beliau..

Thursday, October 21, 2010

PENTING SANGAT KER MENARA WARISAN TU..


KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjelaskan projek Warisan Merdeka yang merangkumi menara 100 tingkat yang akan dibangunkan di ibu negara, tidak menggunakan wang kerajaan atau dana pelaburan saham amanah yang diuruskannya. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan membangunkan projek itu menggunakan dananya sendiri atau mendapatkan pinjaman bank jika kadar faedah menarik, selain menjana dana di pasaran modal. - Berita Harian


Woii PNB.. kat sini gua nak bagi tau sama lu... lu jangan nak main-main sama gua.. duit RM50 juta yang gua simpan dalam unit saham PNB tu sebenarnyer untuk korang buat modal pelaburan tau tak.. bukan untuk buat bangunan atau menara tok nenek korang.. banyak cantik lu punya muko.. pantang ada duit sikit ada jer kerja jahat yang korang rancang.. (dalam nada yang sungguh bengis sambil melepaskan beberapo tumbukan dan tendangan yang begitu kencang dan padu ke kiri dan ke kanan.. membuatkan si Tompok kucing jantan gua terkejut dan bertempiaran melarikan diri..)

Gua pun tak tau apo yang dok korang pikir.. cubo korang bagi tau.. apo alasan korang sebenarnyer yang beria-ia sangat nak buat benda tu.. penting sangat ke menara Warisan Merdeka 100 tingkat tu sampai kalau tak ada menara tu.. bisnes korang boleh lingkup dan awek-awek korang akan cabut lari ikut balak lain... haaa!! cubo korang bagi tau gua skarang sebelum gua naik hangin dan cabut pokok ketapang kat sebelah gua ni... (tanpa segan silu terus melakukan tekan tubi 200 kali sambil mengunyah apam balik..)

Lagi satu gua tak paham.. korang bagi tau yang menara Warisan Merdeka yang korang sebok sangat nak bina tu langsung tak pakai duit kerajaan mahupun duit gua dan pelabur yang lain.. tapi apsal projek tu termasuk dalam Bajet 2011.. bukan ko Bajet 2011 tu adalah duit rakyat yang akan digunakan oleh kerajaan untuk rakyat tahun ni.. nampak sangat korang nak menipu gua.. pandai betul korang.. bilo orang dah bising-bising korang pun pusing cerito.. nasihat gua daripada korang sebok-sebok nak buat menara tu baik korang naikkan bonus dan dividen kat semua pelabur tahun ni.. ado gak faedah.. ini asyik 8% jer.. mano gua tak hangin... (sambil melepaskan satu pukulan karate ke leher si Tompok dan terus melompat keatas bumbung rumah jiran sebelah dan mencabut beberapo keping atap sebagai tanda protes..)

Monday, October 18, 2010

KAMI PENUMPANG BAS.. BUKAN PENUMPANG NAHAS..


KUALA LUMPUR - Nahas bas ekspres meragut 13 nyawa di Lebuh Raya Utara Selatan di Rembau, berdekatan susur keluar Simpang Ampat pada Ahad lalu langsung tidak memberi pengajaran kepada sebahagian pemandu bas ekspres lain. Pemandu bas-bas ekspres seolah-olah tidak mengambil peduli tentang kemalangan ngeri tersebut walaupun pihak polis mengaitkan nahas itu dengan faktor kenderaan dipandu laju... - Utusan M'sia

Sekalung tahniah gua ucapkan kepada pemandu bas Lintang Ekpres iaitu pakcik Leman Kasau yang berjaya mengekalkan kelajuan tahap tinggi iaitu 235kmj sewaktu memandu bas 3 tingkat beliau dari Teriang ke Tapah untuk bersarapan pagi dan pergi pula ke Pagoh untuk menghantar sahabat baik beliau pakcik Usin sekeluarga pulang ke kampung dan balik semula ke Tapah untuk makan tengah hari dan terus meluncur laju ketahap maksima sewaktu pulang ke Teriang untuk bermanja dengan ahli keluarga tanpa dapat dikesan oleh radar tentara Nato di Afghanistan..

Kehebatan beliau memandu bas terutama sewaktu melayan selekoh di Merapoh dan Bukit Putus amat dikagumi pihak JPJ.. dan dengan mengekalkan nombor pendaftaran palsu WXX 0x26xx.. beliau telah berjaya mengekalkan rekod pecutan tahap gigil untuk tujuh tahun berturut-turut tanpa dapat diganggu-gugat oleh pemandu bas lain pada pertandingan lumba bas sekolah 5 sebelah sewaktu Sukan Komenwel di New Delhi minggu lepas..

Malah beliau hampir saja menggondol pingat emas dalam acara 4X400 meter berganti-ganti lumba teksi pada temasya sukan tersebut namun dibatalkan saat akhir akibat gagal dalam ujian dadah.. dan pihak juri terpaksa menyerahkan kemenangan tersebut kepada Selvadurai a/l Maniam seorang pemandu kereta api dari India yang dilihat agak berdisplin dan bersopan santun dalam acara tersebut lebih-lebih lagi melihat kejayaan beliau memenangi ujian saringan lumba kereta api 7 sebelah sewaktu pesta menuai di Madras bulan lepas...

Kerana tidak puas hati diatas tindakan pihak juri tersebut.. Leman Kasau secara bersendirian telah membuat satu demontrasi besar-besaran dengan berguling di lereng Bukit Putus sebagai tanda protes .. melihat tindakan Leman Kasau yang begitu berani dan tegas.. membuatkan pihak juri berasa bersalah yang teramat sangat.. dan mereka terus berjumpa Leman Kasau untuk meminta maaf diatas kesilapan teknikal tersebut.. setelah mereka saling bermaaf-maafan.. pihak juri dan Leman Kasau dilihat turut bersama-sama menggulingkan diri sambil melayan selekoh di Bukit Putus sambil bergelak ketawa dalam suasana harmoni..

Tuesday, October 12, 2010

HURA HUREY DI PENGHUJUNG SYAWAL..


PADA penghujung bulan Syawal lepas.. gua tengok orang ramai masih sebok membuat open house dan spy Penanggah pun turut tak ketinggalan mendapat berjuta-juta undangan kemajlis open house dari peminat blog yang entah apo-apo ni.. malah spy Penanggah turut mendapat satu undangan khas dari peminat misteri.. memandangkan tempat tersebut terlalu jauh di khutub selatan dan jetski spy Penanggah pun masih di bengkel akibat kerosakan pada piston dan timing belt yang telah terputus.. maka terpaksa ler spy Penanggah abaikan sajer jemputan ajak-ajak ayam tersebut..

Namun pada 17hb Okt lepas spy Penanggah telah mendapat satu undangan open house dari sebuah syarikat penerbitan yang agak hebat yang terletak di Bangi.. tanpa berpikir panjang dan malu-malu kucing terpaksa ler spy Penanggah menghadirkan diri bagi memenuhi jemputan tersebut.. nanti kalau spy Penanggah tak datang ramai plak yang terguris hati atau menghempas diri terutama awek-awek cun yang ada kat situ..

Seperti yang dijangka.. rupa-rupernyer para peminat blog ni.. terutama awek-awek dan artis-artis pompuan yang cun telah berbaris panjang selama hampir tiga jam semata-mata menunggu kedatangan spy Penanggah.. dalam pada diorang berasak-asak untuk bersalam tersebut.. spy Penanggah telah berjaya mencapai beberapa cucuk satay sebagai pembuka acara dimajlis tersebut… malah nasik beriyani kari kambing turut tidak ketinggalan menjadi mangsa kerakusan spy Penanggah yang tengah lapar..

Akhir sekali spy Penanggah ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas undangan ajak-ajak ayam dari syarikat penerbitan tersebut.. malah spy Penanggah berjanji akan menghadirkan diri pada majlis open house tersebut pada masa akan datang walaupun tiada undangan dari diorang..


Awek-awek yang setia menunggu kedatangan spy Penanggah..

Keadaan semakin tidak terkawal sebaik sajer diorang melihat kedatangan spy Penanggah..


Aizat turut hadir untuk menghiburkan spy Penanggah..


Kehadiran Mawi pada majlis tersebut membuatkan populariti spy Penanggah jatuh seketika..


Lawak 1M'sia secara bersahaja oleh Nuek wartawan Mangga dengan Ambo dari Mastika..

Control cun!!.. Sebahagian dari awek-awek yang cuba menarik perhatian spy Penanggah..

Cik Li editor Mangga Online, Habib bos Jamu Mak Dara, Farol dari Majalah Hai serta Nizam Kring2 dari Mstar turut tak ketinggalan bergaya dimajlis tersebut..

Para peminat terpaksa berasak-asak untuk sesi bergambar dengan spy Penanggah (no.287 dari kanan..)

Thursday, October 7, 2010

RAJA TEKSI PUN ADA!!..


KUALA LUMPUR – ‘Kami raja di segi tiga emas, KL ini.’ Itu laungan angkuh sekelompok pemandu teksi yang menganggap segitiga emas seperti Bukit Bintang, KLCC, Kota Raya, Pudu dan Chow Kit adalah kawasan milik mereka untuk mencari rezeki ‘sumbang’. Dengan lagak ala gangster, kumpulan itu yang dianggarkan seramai 30 orang bertindak menguasai kawasan tersebut dengan menghalau pemandu-pemandu teksi lain yang ingin turut sama mengambil penumpang di tempat itu. - Kosmo


Ketua pemandu teksi yang ingin dikenali sebagai Dolah Greng itu diberitakan telah berpengalaman luas sebagai pemandu teksi sapu, jetski, lori, scrambler dan beca roda lima selama 67 tahun.. beliau juga dengan lantang dan angkuh turut mendakwa telah dilantik sebagai Raja Teksi Sapu yang gagah lagi perkasa diabad ini oleh Persatuan Penumpang Teksi Semenanjung… dimana beliau akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga semua jajahan takluk setiap laluan teksi sapu di lembah Kelang ini berkuat kuasa serta merta..

Diatas perlantikan itu juga.. beliau yang sebelum ini lebih dikenali sebagai John Dempong The Temenggung Kanan turut di anugerahkan pingat kebesaran PJX (Pingat Jasa X-tion) yang dibeli daripada kerabat diraja Sulu dengan harga RM794.25sen tidak termasuk duti kastam sebanyak 27 peratus yang membawa gelaran Datuk Sri Raja Pergh!!..  sebuah beca roda lapan turut dihadiahkan sebagai kenderaan rasmi bagi kegunaan beliau untuk merempit keliling kota..

Ditanya tentang pendapat beliau tentang perangai hamlau pemandu teksi yang suka mengganggu dan menipu penumpang.. Datuk Sri Raja Pergh! Dolah Greng tanpa segan silu terus memuji dan menyokong tindak tanduk pemandu teksi yang berperangai hamlau lagi kejam itu tanpa rasa gusar.. malah beliau serta pemandu teksi yang lain berjanji akan cuba betindak lebih kejam dengan menipu penumpang serta menaikkan harga tambang teksi pada kadar yang lebih tinggi dan tidak munasabah pada masa akan datang..  

Malah beberapa penumpang yang ditemui oleh spy Penanggah turut terharu dan gembira diatas keperihatinan Datuk Sri Raja Pergh! Dolah Greng tersebut dan mereka berharap agar pemandu teksi yang lain dapat berganding bahu untuk menipu penumpang seperti mereka dengan lebih berkesan lagi pada masa depan.. dan berharap agar tambang teksi dapat dinaikkan dengan seberapa segera yang mungkin pada kadar yang tidak masuk akal.. memandangkan harga tambang teksi di Lembah Kelang ini masih begitu murah berbanding dengan tambang kereta api di Tokyo..

Friday, October 1, 2010

JUDI YANG MEMBANGANGKAN JIWA...


KEPALA BATAS – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian. Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini. - Utusan M'sia


Gua ingatkan dah habis dah kisah judi menjudi ni…yer ler setelah kisah judi bola halal Benson Tan yang begitu hangat sewaktu piala dunia lepas sampai gua pun turut terjebak dalam aktiviti judi teka kacang halal nampaknyer kini dah sunyi sepi hilang tanpa berita.. tiba-tiba meletop plak kisah pakcik Gong Eng guna duit judi lumba kuda untuk bagi orang miskin tegar seperti gua ni haa..

Gua pun tak paham dengan perangai orang poltik.. apa punyer sengal daa.. bising-bising pasal duit judi.. mungkin yang bising-bising tu pun nak gak duit tu kut.. tapi segan nak mintak.. yang gua kelakar tengok pakcik-pakcik yang tak tau apa-apa tergamak pulangkan duit yang diorang dapat.. kesian plak gua tengok diorang kena main-mainkan dek orang politik separuh masak.. mungkin pakcik-pakcik tu tak tau apa pun.. hanya orang politik yang sebok bising-bising.. itu pun tak tau dah berapa banyak plak yang diorang dah rembat sebelum ni.. itu la orang politik bila bab judi tau plak bising duit haram tapi bila bab rasuah nak dapat projek tau plak seyap..

Apa la yang diorang dok susah-susah.. kalau tak nak duit tu korang bagi jer kat gua ni haa.. tau ler gua nak buat camno.. orang miskin papa kedana macam gua ni tak pedulik dan takda masa nak tanya duit tu duit judi ker.. duit lombong bijih timah ker.. duit goreng pisang ker.. yang penting bila gua dapat duit tu bleh ler gua berjoli sakan belanja awek-awek gua atau paling tidak dapat gak bayar ansuran kereta skyline GTR34 gua.. kurang sikit beban..

Tapi bagi gua.. daripada orang politik pendek akal ni mengarut tak tentu pasal.. bergaduh sampai terkehel urat belikat pasal duit judi.. apsal diorang tak suruh jer kerajaan 1M'sia ni tutup semua pusat perjudian.. habis cerita.. tak payah nak bertekak sampai keluar anak tekak.. gua pun tak payah susah-susah pening kepala nak pikir nombor apa yang keluar minggu ni.. tapi gua pasti diorang ni takan tutup tempat judi tu.. sebab nanti tak pasal-pasal plak diorang pun tak dapat nak berjudi lagi.. baru ler melopong..


* Untuk permasaalahan duit judi ini cuba korang carik jawapan dari drmaza.com.. kepala pun tak pening.. otak pun tak bercelaru melayan kerenah orang politik sengap (sengal+benggap)..