Thursday, February 25, 2010

KELDAI PUN KELDAI LER..


NEW DELHI - Sebuah badan pemantauan narkotik antarabangsa hari ini memberi amaran mengenai kumpulan penjenayah antarabangsa yang kini giat menggunakan laman web sosial untuk memperdaya wanita untuk menjadi 'keldai dadah' di Asia. Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB), sebuah badan bebas pemantauan kuasi undang-undang, dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan, lebih ramai wanita muda di Asia... Utusan M'sia

Aiii..!! camtu punyer ler banyak namo.. namo keldai jugak yang diorang pilih.. tak glamer dan komersial langsung... lain kali letak ler nama babon ker.. tapir ker.. cipan ngan tenuk pun dah kira hebat tu.. katakan kalau orang tanyo ekau keja apo sekarang ni.. aiii nak jawab pun segan.. takkan nak cakap "Lu jangan berlagak sama gua bro..  gua skarang ni dah kojo jadi keldai.." tak ker haru namonyer tu.. tapi keldai pun keldai laaa..  kira ok la tu.. muko pun cun.. suara pun bleh tahan bingittt...

Mungkin tu sebabnyer la.. ramai awek-awek dan makcik-makcik serta nenek-nenek skarang ni terjebak dengan rayuan mat macho dari Iran ni untuk menjadi keldai dadah yang berjaya.. kena plak muko Mat Iran tu macho macam muko gua ni.. ayat pun bleh tahan power macam gua gak.. mau tak cair awek-awek atau nenek-nenek tu.. lagi satu gaji pun bleh tahan gak diorang offer.. duo tiga juta yen dah tentu dalam tangan... mengalahkan gaji CEO kilang sirap kampung gua.. sapo yang tak nak..

Walau pun diberitakan ado gak yang cuba memohon untuk masuk menjadi geng tapir atau babon dadah... namun sambutannyer kurang hangat.. mungkin kerjanyer tidak begitu mencabar dan kurang glamer.. yang paling diorang tertipu sebab kat situ tak ado langsung awek-awek cun.. yang ada balak-balak haprak kategori otai.. memang membosankan kata mereka.. tak macam kumpulan keldai.. kiri-kanan depan belakang awek sesajer.. perghh!!!.. mendengarkan kata-kata perangsang tu.. membuatkan jiwa spy Penanggah bergelora nak join kumpulan keldai.. tak kisah laa.. keldai pun keldai ler..

Monday, February 22, 2010

LAYAN FILEM LER PLAK HAA..


KALI ni gua nak serius sikit.. sebab dah selalu sangat gua merapu sampai korang pun tak paham apo yang gua tulis dalam blog gua ni.. kali ni gua nak cerita pasal filem plak.. iyo lah dah penat sangat bekerja seharian.. sampai kepalo otak pun dah naik mereng..  apa kata korang pun bawak-bawak berehat pegi tengok wayang ko.. lagi pun sekarang ni ado sebuah filem yang tengah hangat ditayangkan hasil lakonan Abang Nobil iaitu bekas juara Raja Lauk 8.. memang rugi kalau korang tak layan filem ni.. nenek ngan atok gua pun dah 6 kali layan cerito ni.. sampai tokey panggung pun dah naik menyampah sebab tak do muko lain.. balik-balik muka atok ngan nenek gua berdua jer dalam panggung tu..


Tajuk: Lu Pikul Ler Sendiri

Pelakon: Abang Nobil, Putri Sarap, Makcik Mela.. Pak Dolah, Mat Kimbo dan Meet Uncle Labu serta turut dimeriahkan oleh pelakon pembantu yang dijemput khas iaitu adik Abang Nobil, nenek Putri Sarap, pak long Makcik Mela, sepupu Pak Dolah.. bapak angkat Mat Kimbo dan Meet Uncle Labu sekeluarga..

Arahan: Minah Rapers

Genre: Komedi seram-seram takut dan cinta separuh sengal

Durasi: 24 jam 62 minit


Sinopsis: Cerita yang wajib ditonton sekeluarga ini mengisahkan Abang Nobil yang berkerja dengan Makcik Mela dan Pak Dolah sebagai pengangkat barang di Pasar Borong Selayang.. ketika beliau sedang syok memikul tong dram dan lori balak di tepi highway jalan Duta beliau telah diserang hendap oleh sekumpulan rasaksa ganas yang diketuai oleh Kabacin (yang dilakonkan oleh kumpulan Meet Uncle Labu sekeluarga dengan begitu sadis dan macho sekali) .. namun ketika Abang Nobil hendak bertukar menjadi Ultraman Dyna beliau telah di ngurat oleh Putri Sarap yang turut bekerja sebagai kerani dipasar tersebut.. lalu berlakulah cinta empat segi yang sungguh dahsyat lagi berani antara Abang Nobil.. Putri Sarap.. Makcik Mela dan Pak Dolah..


Kemarahan Abang Nobil semakin meluap-luap apabila Kabacin dan kuncu-kuncu beliau telah memusnahkan pasar borong tempat beliau dan Putri Sarap bekerja.. lalu beliau pun pergi bertapa ke Gunung Ledang selama 3 hari 2 malam untuk berguru dengan Mat Kimbo (yang turut berlakon dalam filem My Name Is Kimbo bersama Shahrip Khan) bagi menuntut bela diatas kemusnahan pasar borong tersebut.. ketika bertapa disana beliau turut berkesempatan untuk bermandi-manda bersama Mat Kimbo di air terjun Sagil yang terletak di kaki gunung Ledang tersebut..


Setelah terer Abang Nobil pun pergilah bertemu dengan Kabacin dan kuncu-kuncu beliau.. lalu berlakulah pertarungan one by one yang sungguh sengit antara Abang Nobil dan Kabacin yang turut disiarkan secara langsung oleh Astoro melalui saluran Cehria 221 selama 24 jam.. pada satu saat ketika Abang Nobil hampir tewas apabila leher beliau telah dikilas oleh Kabacin namun tiba-tiba Putri Sarap yang sedang menyaksikan pertarungan tersebut dari atas bumbung rumah Pak Dolah datang masuk campur lalu menggigit telinga kiri Kabacin.. ini membuatkan Kabacin menjerit kesakitan lalu terus mengaku kalah.. 


Sebagai hukuman diatas kesalahan beliau memusnahkan pasar borong tersebut.. beliau dikehendaki mengangkat dua kontena kotak-kotak ikan yang baru sampai dari Terengganu.. sebaik sahaja Kabacin hendak mengangkat kotak ikan tersebut tiba-tiba beliau terus melompat lalu melarikan diri sambil menjerit.. ahhh!! pegiii dahhh kau Nobil.. lu pikul ler sendiri.. lalu Kabacin pun memecut laju lari meninggalkan Abang Nobil.. Putri Sarap,, Makcik Mela.. Pak Dolah dan Mat Kimbo terkebil-kebil… untuk mengetahui akan kesudahan cerita ni.. baik korang tonton sendiri di pawagam-pawagam yang berjauhan..

Friday, February 19, 2010

WOIIII.. BALIK LAAA..


DALAM seminggu ni kecoh balik dalam surat khabar tentang kisah pendatang asing yang semakin menjadi-jadi.. sampai begitu merimaskan hidup gua.. gua tengok ado yang dari Nepal.. ado yang dari Indon.. dari Filipina.. yang dari India pun bleh tahan gak.. tak kurang jugak dari Afrika… kalau ikutkan apo yang sempat gua audit semaso melepak kat hentian Pudu Raya minggu lepas ado lah lebih kurang 6 juta orang.. 


Dan yang datang berjuta-juta tu bukan semuonyer datang nak bekerja kat sini pun.. ado yang datang nak pecah rumah la.. nak merompak la.. yang kaki pukau pun ado.. yang datang jual dadah pun ramai.. jadi GRO pun tak kurang hebatnyer.. pendek kato semuo ado laa.. cakap jer bangsa apo yang tak ado kat M’sia ni.. kalau yang tak ado pun hanya orang eskimo dari khutub utara jer sebab diorang tak tahan paneh.. tapi kalau diorang tau kat sini ado tempat sejuk macam kat Genting tu.. silap-silap diorang pun samo nak menyebok datang sini carik makan..


Kalau ikutkan hati memang paneh jer tengok diorang ni.. bukan apo.. rasa-rasa macam kito plak yang pegi kat kampung diorang.. dan kita plak yang jadi takut nak berjalan kat tempat sendiri... sampai awek-awek cun kat KL ni selambo jer diorang ngurat.. aiiiii hangin jer tengok.. cuba kalau kito ngurat awek kat tempat diorang.. mau satu kampung datang perambat..


Korang perasan tak dalam ramai-ramai yang datang nak meramai dan merimaskan kito semuo kat sini.. tak ado langsung awek-awek yang boleh dikiro masuk kategori cun.. kalau ado pun stakat awek China Doll atau awek Uzbek yang datang carik makan kat Bukit Bintang… ado la sikit penawar.. kurang la sikit marah gua yang tengah membara ni.. nak arap awek Afrika lagi tak payah.. kalau dapek pun sogan nak bawak bejalan.. kono golak dek kawan-kawan lagi ado…


Gua rasa kalau nak harapkan orang politik kito selosaikan masalah ni.. tak payah laaa.. harap tu ado.. impi tu jangan la.. dah bebuih mulut sampai kono parkinson rakyat M’sia ni bercakap.. kat dalam surat khabar pun dah selalu sangat cerito ni kluar.. tapi camno pun gua paham.. diorang pun sebok gak nak memikirkan maso dopan politik diorang.. mano ado maso nak memikirkan bondo ni.. buang maso jer.. baik diorang lepak main golf.. tapi gua agak kalau awek diorang sendiri kono ngurat dek balak Afrika atau mat Bangla dan paling haru kono larikan oleh Wak Lombok.. haaa baru la diorang menggelupur nak ambik tindakan.. baru la gua cakap.. haaaa  PADAN MUKO...

Friday, February 12, 2010

DAH LA MISKIN.. HINA PLAK..


SHAH ALAM - Hampir 1,000 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Umno Selangor berarak dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor bagi membantah tindakan kerajaan negeri berhubung tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). - Utusan M'sia

Perarakan yang bermula dari padang Sekolah Rendah Tamil Rawang hingga merentasi Selat Melaka menuju sempadan Laos dan terus ke kampung Kerinci telah dihadiri oleh ribuan warga miskin tegar dan papa kedana lagi hina semata-mata untuk menyerahkan surat watikah bantahan separuh resmi kepada ketuo kampung Pantai Dalam mengenai rampasan tanah oleh pihak kerajaan baru-baru ini...

Perarakan kereta dan beca berhias yang diadakan tanpa pilih kasih itu turut diketuai oleh abang Brahim dari geng Perkasa Semenanjung dan Karim Tempe dari persatuan Basmi Papa Semalaysia (BPS).. dimana sebahagian besar pengikutnya terdiri dari penduduk kampung dan pemimpin miskin tegar yang tidak berpuashati diatas komisen rampasan tanah tersebut yang dianggarkan RM200juta billion.. malah terdapat desas desus yang menyatakan komisen tersebut boleh mencapai hingga RM39 trillion.. bersamaan 89 juta tan getah keping..

Namun usaha mereka tersebut telah ditepis oleh Ali Bimbo iaitu ketuo kampung Pantai Dalam yang enggan melayani dan menerima watikah bantahan tersebut yang dianggap tidak reliven dan bombastik.. beliau turut menuduh bahawa para peserta perarakan yang datang beramai-ramai itu telah diupah oleh ejen asing untuk menghabiskan teh tarik dan goreng pisang dirumah beliau sahaja.. 

Tuduhan melulu Ali Bimbo itu telah menaikkan kemarahan Karim Tempe dari persatuan Basmi Papa Semalaysia yang menganggap tuduhan Ali Bimbo itu adalah satu fitnah yang sengaja dilontar untuk memecah-belahkan perpaduan para peserta perarakan tersebut..

"Ekau jangan memain Ali.. tuduh kitorang ni sesuka hati kau jer.. gua kalau marah habis pokok pisang keliling rumah ekau ni gua cabut.." luah Karim Tempe yang begitu geram diatas tuduhan palsu tersebut..

 "Kitorang ni bersusah payah tubuhkan persatuan ni.. yang ekau sedap-sedap jer rampas tanah untuk orang miskin tegar macam gua ni.." tambah beliau lagi tak puas hati..

"Ahhh!!.. pegi dahh.. memang laaa persatuan ekau ni bagus untuk nak basmi orang papa dan miskin.. tapi masalahnyer persatuan ekau ni pun miskin tegar sampai cukai tanah RM65.70 pun ekau tak mampu nak bayar.. nak tolong orang miskin macam mano.." balas Ali Bimbo..

"Gua bukan tak mampu nak bayar cukai tanah tu.. tapi duit tu gua dah buat pegi enjoy kat Disneyland.. mungkin minggu ni gua ngan awek gua nak pegi Baaaaaaa.. 

"Apoooooo... enjoyyy... kurang ajau nyer Ali Tempe... patut laaa persatuan ni pun turut papa kedana.. ekau enjoy sakan kan duit persatuan ruponyer.." jerit para peserta perarakan serentak.. tanpa sempat Karim Tempe menghabiskan ayat beliau.. di lihat juga para peserta perarakan bersama Abang Brahim terus menghambat Karim Tempe mengelilingi kampung Pantai Dalam hingga ke Chow Kit sehinga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Sungai Besi....

Monday, February 8, 2010

CEHHH!!.. DOKTOR GIGI PALSU YANG PALSU..


30% Doktor Gigi ‘Palsu’? Aiii.. betul ko apo yang gua baco ni… ramai tu bukan sikit anak 30% tu.. kalau seribu orang.. 30% pun dah dekat 450 orang.. korang bayangkan la kalau ado 100 ribu doktor gigi kat Malaysia ni.. gua kira-kira campur ngan tolak 30% tu.. perghh!! mau dekat 3 juta doktor gigi palsu yang berkeliaran kat sekeliling kito sekarang ni,,


Itu baru doktor gigi.. belum masuk lagi doktor kaki atau pun doktor mato yang palsu.. kalau campur dengan doktor haiwan ngan doktor hidung yang palsu.. gua agak mau mencecah 18 juta orang tu.. kalau nak kira dengan bomoh palsu.. lagi la ramai mau 2 billion.. lagi ramai doktor dari pesakit..


Patut la gua tengok sekarang ni.. terlampau senang sangat nak dapat surat mc.. belum sempat lagi kito masuk dalam klinik tu.. baru jer turun kereta.. surat mc dah ready jer kat atas mejo.. tak payah doktor nak susah-susah chek sakit ke tidak.. yang penting korang bayar jer.. lagi pun doktor tu tengok jer muko korang pun dio pun dah tau.. ini mesti muko mc..


Begitulah sonangnyer jadi doktor skarang ni.. silap-silap korang pun bleh jadi doktor gigi.. tak payah menyusahkan diri buang maso belajar tinggi-tinggi sampai ke London.. habis duit duo tigo ratus ribu.. tu semuo kito bleh blajar sendiri.. apo nak susah.. kat rumah korangkan ado kucing.. apo lagi mulo-mulo ni untuk gerak asas bleh la korang belajar jadi doktor gigi kucing.. chek la gigi kucing tu pagi potang siang malam.. tambah apo yang kurang.. nanti bilo dah pandai sikit.. haa bleh la naik gred.. korang pegi la pegi chek la gigi kambing plak..


Duo tigo bulan lepas tu bilo raso-raso dah terer.. naik plak gred lagi satu.. alaa naik kan sendiri jer.. tak ado sapo nak marah pun.. bleh la lorang chek plak gigi lombu.. haa tahap ni kira dah masuk tahap master la tu.. bleh la kalau nak apply jadi doktor kat mano-mano klinik.. dan atas sikit pada tu dipanggil grand master.. tahap ni kira susah skit la.. untuk dio punyo ujian korang kono chek gigi tapir atau gigi cipan dan sampai ke tahap ni kira korang dah bleh la bukak klinik sendiri..


Tapi kalau dah rasa diri tu hebat sangat.. korang bleh la masuk plak tahap grand slam kira ged 18.. itu lagi susah.. kira mencabar minda.. korang kono chek gigi lipan atau gigi lalat.. kalau korang dah berjayo lulus smuo ujian sampai ke tahap ni korang dah bleh la bukak hospital swasta sendiri.. tapi maso nak bayar bil tu kono la bayar pakai duit palsu.. bukan apo sobab korang pun kan doktor palsu..

Thursday, February 4, 2010

AII YAA.. PASIR PUN LU KASI REMBAT KAA???..


IPOH - Dua lagi kakitangan agensi kerajaan yang disyaki terlibat dalam skandal kelulusan permit mengeluarkan pasir di Kuala Kangsar, ditahan reman di sini hari ini. Penahanan kali ini melibatkan seorang Juruteknik Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar (PTDKK) dan Pembantu Teknik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Kangsar. - Utusan M'sia


Kehilangan beberapo kampit pasir sungai secara mengejut di kampung Sungai Lukut duo hari lepas begitu menggemparkan seluruh warga kampung.. malah penduduk kampung di Bukit Pelanduk dan Bukit Tapir yang tidak terlibat langsung dalam kes ngeri tersebut turut sama merasai gegaran diatas kehilangan tersebut... malah mereka turut berkabung serta melakukan mogok lapar sebagai tanda protes diatas kehilangan pasir yang amat mereka sayangi tersebut...


Menurut pakcik Osman Bakar.. salah seorang penduduk kampung Sungai Lukut yang sempat spy Penanggah temui menyatakan.. beliau turut terkejut separuh koma dan berasa teramat sedih diatas kehilangan pasir tersebut kerana kejadian ngeri ini adalah kes yang pertama kali berlaku dikampung tersebut.. malah hubungan penduduk kampung dengan pasir-pasir sungai tersebut adalah begitu akrab sekali.. ibarat aur dengan tebing.. cubit peha kanan. peha kiri turut berasa sakitnyer....


Menurut cerita pakcik Osman Bakar lagi.. yang juga seorang pelari pecut di kampung tersebut dan pernah memenangi 18 pingat emas dan 28 pingat perak serta sekarung pingat gangsa.. serta pemegang rekod 12 tahun berturut-turut acara lari kejar mengejar 4x50,685 meter berhalangan dalam sukan rakyat yang diadakan di kampung tersebut tahun lepas menyatakan.. dari siasatan awal beliau bersama Sarjan Buncit mendapati.. segala angkara durjana ini berkemungkinan adalah kerja orang dalam atau mereka yang tinggal didalam sungai tersebut...


Ini adalah kerana mengikut kesan tapak kaki dan cap jari yang ditinggalkan.. mereka ini adalah seseorang pakar kaji pasir serta tahu selok-belok tentang kedudukan pasir yang terdapat di dalam sungai tersebut.. malah kebanyakan pasir yang berjaya dirembat oleh malaon ini adalah jenis pasir kimbus iaitu sejenis pasir yang agak cun.. gebu.. bulat dan berkilat ketika disinari mentari..  

Mengikut laporan dari bursa saham pasir di Tokyo menyatakan harga siling pasir kimbus yang termasuk dalam senarai harga kawalan ini dikira agak mahal.. kira-kira RM25 hinggit sekilo.. malah harga pasir kimbus ini boleh mencecah hingga RM55.20 sen sekilo jika mencapai tahap masak ranum dan pasir ini juga amat sesuai untuk di buat keropok lekor serta gulai masak lomak cili api campur ikan kembung.. umangggaiiii memang melotop.. sehingga mampu mengegarkan kepalo otak dan menyembuhkan penyakit sengal-sengal tulang keting...