Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT DATANG 2010..


AIIIKKK!!! dah nak masuk tahun 2010 pun kito… pejam celik pejam celik dah setahun maso berlalu.. begitulah pantasnyer maso berjalan.. tapi walaupun maso bergerak pantas mengalah jet F-5E yang gua rembat itu hari... hidup gua camni jer la.. tak ado pun cerito atau kisah yang menarik sepanjang tahun 2009 ni untuk nak dikongsi dengan korang semuo.. nak cerito pasal azam baik tak payah.. buang karan.. tu smuo terlalu skema bagi gua.. tapi kalau stakat cerito merapu diluar lingkungan banyak laa.. nak cerito takut nanti korang jer yang paneh hati baco blog gua ni..


Tahun ni gua tengok graf perjalanan hidup gua pun kiro banyak yang mendatar.. yang menjunam pun bleh tahan banyak gak la.. kalau ado kisah yang best pun stakat satu duo jer.. yang paling mencongkam pun stakat gua pegi meronda mengabihkan duit ke Bandung itu hari.. dan lagi satu yang paling gempak gua dapat merembat enjin 6 lejang 39 valve 10 piston bersamaan 257.25 bhp 56gghz.. dari kapal selam KD Tongkol di pangkalan nelayan laut dalam kat Tumpat (sebenarnyer kes ni belum terbongkar lagi.. masih menjadi rahsia kerajaan dan pihak SPRM.. korang jangan la bising-bising plak.. kalau tau dek sarjan Buncit mati la gua kono perambat..)


Tahun ni gua tak tau lagi nak sambut tahun baru kat mano.. biaso sebelum-sebelum ni banyak kali gua sambut kat opis jer.. jangan la korang rasa pelik lagi kagum..  ingat kat opis gua ni ado buat pertunjukan bungo api sempena sambutan tahun baru.. bertuah laa kalau boss nak buat camtu.. tapi semuo tu angkara kojo punya pasal la.. sampai gua terperangkap kat opis sampai ke pagi.. chehh!!.. mintak-mintak tahun depan tak berlaku lagi la bondo-bondo camni..


Kalau ikutkan pun.. gua ni bukanlah minat sangat pun nak berhimpit-himpit kat KLCC.. Bukit Bintang tau Dataran Merdeka semato-mato nak menyambut tahun baru ni.. seingat gua yang dah betahun duduk kat KL ni.. bleh dikira gua pegi menyambut tahun baru ni.. bagi gua stakat nak pegi tengok orang menyanyi.. lepas tu melopong mulut tengok bungo api.. tak ado la kat dalam kamus hidup gua.. kalau gua pegi pun stakat nak mengusya awek-awek jer.. tau jer ler malam tahun baru.. maso ni la kito bleh tengok awek-awek kluar dari persembunyian masing-masing.. lagi satu kalau malam merdeka.. umang aiii.. tak monang tangan nak melayan.. sakit leher sampai krem tengkok menengokkan awek-awek seksi kat KL malam tu..


Yang mabok sampai lupo dunia pun ramai gak.. kalau tak pecayo cubo korang pegi kat Bukit Bintang.. maso ni la kalau korang nak tengok anak-anak Melayu kito nak jadi orang putih.. itu la Bukit Bintang kawasan yang dianggap elit.. tempat orang belagak.. beraso diri tu hebat.. bebas.. kira tempat orang yang berjiwa international la.. tapi kalau raso diri tu berjiwa skema.. patriotik tak betempat.. haaa!! kat Dataran Merdeka ler tempat yang paling sesuai buat korang.. kalau tak pecayo korang bleh pegi sendiri.. atau tengok jer kat TV.. 


Tapi macam mano pun.. gua nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kat korang semuo.. semoga tahun depan memberi kita kehidupan yang lebih ceria dan awek yang ramai.. hahahaa!!

Khamis, 24 Disember 2009

MANO GUA NYER ENJIN..


MINGGU lepas kita telah digemparkan dengan satu berita palsu mengenai akan kedatangan seekor kingkong dan dua ekor babun bersama segerombolan tapir polka dot yang berbulu lebat berkumis tebal.. yang dikhabarkan akan menyerang negara kita melalui sungai Golok lewat minggu depan.. berita palsu yang siarkan oleh CNN dan CBS secara langsung dari stadium Batu Kawan tersebut juga telah berjaya menggangu sistem avionik server komputer di BSKL.. ini menyebabkan pasaran saham komodoti sawit dan pisang jatuh mendadak di bursa saham Han Seng dan Wall Street.. sehinggakan pihak berkuasa tempatan terpaksa memanggil beberapo orang mekanik dari kedai motor berhampiran bagi membaiki sistem avionik dalam server tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih panik.. 


Namun begitu belum lagi habis cerita kingkong and the geng tersebut.. kini sekali lagi kita rakyat M’sia dikejutkan pulak diatas kes kehilangan dua enjin sangkut honda kupcai empat lejang yang digunakan oleh pesawat F5-E angkatan tentera kita bagi kegunaan meronda keliling kampung dan desa semata-mata untuk mengawasi keselamatan rakyat dan awek-awek negara ini.. enjin yang bernilai RM50 juta tersebut disyaki hilang sewaktu dihantar ke sebuah bengkel motor di luar negara untuk di overhoul.. kerana sistem avionik yang terdapat pada enjin tersebut tidak begitu mencongkam.. malah gasketnyer turut didapati telah bocor disana sini..


Menurut pengawal yang menjaga pintu masuk kem tersebut menyatakan sewaktu kejadian tersebut berlaku keadaan di kem tersebut agak kacau bilau.. kerana hujan telah turun dengan begitu lebat di ikuti dengan ribut petir sebingga air telah naik sehingga keparas hidung.. dan mungkin sewaktu keadaa huru hara tersebutlah pihak musuh telah berjaya melarikan enjin tersebut tanpa dapat dikesan oleh GPS beliau.. menurut beliau lagi pintu pagar kem tersebut jugak berjaya di kebas oleh penyangak-penyangak tersebut tanpa disedari oleh sesiapa termasuk pemandu teksi yang sedang berenang dikawasan tersebut akibat banjir kilat....


Zahit Amit selaku jurucakap pihak berkuasa tempatan merangkap ketua rela Bagan Datuk menyatakan pihak berkuasa sedang bertungkus lumus menyiasat siapakahkah dalang yang melakukan kerja-kerja merembat enjin tersebut.. malah beliau berjanji akan melakukan intipan dari rumah kerumah bersama geng Gerak Khas dari tv2 yang diketuai oleh Usup Eslam bersama Sarjan Senin yang turut dibantu oleh pasukan Roda-Roda Kotaraya yang juga di bawa khas dari tv2.. dan akhir sekali beliau mengucapan selamat menonton tv2 kepada rakyat negara ini dan turut menasihatkan agar kita semua tidak panik diatas kejadian ngeri tersebut… dan anggaplah perkara tersebut hanya mainan tidur sahaja..

Isnin, 21 Disember 2009

RONDA-RONDA MALAM MINGGU..


SAJER nak menghilangkan kebosanan malam minggu setelah seharian meronda dengan geng opis bagi menghadiri jemputan kahwin sorang member di Kuala Lipis Pahang.. gua pun plan dengan beberapo orang member untuk meronda-ronda sekitar KL bagi menghabiskan malam minggu baru-baru ni.. lagi pun kalau ikutkan memang dah lamo gua tak meronda malam-malam sekitar KL ni.. terutama  malam minggu.. sebok la katakan..


Gua tengok jam baru masuk pukul 12.00.. perut pun dah kebulur.. apo lagi tempat pertama kitorang tuju ialah jalan Dooraisamy.. bukan apo tempat ni memang top lagi meriah.. tau jer banyak disko kat area ni.. sesambil pekena roti canai.. bleh gak kitorang melayan mata mengusya awek-awek kat situ… sampai kat situ satu lagi masalah nak carik parking… kalau masuk tempat parking siapkan la 10 hinggit.. nak parking kat tepi jalan ado plak malaon duo tigo orang yang nak jadi staff DBKL tak bertauliah mengutip duit parking.. tu pun bleh tahan gak lima enam hinggit... malas nak carik masalah.. kitorang pun parking la jauh skit.. tapi tak apo la dari bagi kat malaon tu duit..  baik duit tu kitorang beli roti canai atau nasik lemak .. kenyang gak perut..


Sambil melayan teh tarik.. tetiba mata gua terpandang dua orang awek tengah melepak sambil pekena mi goreng.. tak ler jauh selang dua meja dari tempat kami lepak.. muka bleh tahan laa.. gua agak pun mesti masih sekolah tau baru abis ambik SPM..  tak lama kemudian gua peratikan yang sorang tu kluarkan kasut dari sebuah beg.. umang aii kat situ gak dia tukar kasut tumit tinggi lagi tu.. yang sorang siap besolek sakan kat tepi meja.. tapi dia pun buat selamba jer bersolek.. walaupun dio perasan ramai mata-mata jantan kat situ yang memandang.. termasuk la gua.. gua agak dah sah-sah la awek ni nak pegi disko kat depan tu.. tapi tak tau la jantan mano la yang dapat angkut awek duo orang tu.. cehh...


Sambil memeratikan perangai duo orang awek tu.. gua tengok ado tigo orang mat Arab baru kluar disko.. yang sorang tu dah terhoyong hayang melayan kepala yang tengah mabok.. menuju ke Wilayah Komplek.. gua agak mesti Mat Arab tu menyewa kondo kat area situ.. gua ingat kalau kat tempat diorang la buat perangai camni.. mabok sampai tak ingat dunia dah tentu la bebirat badan tu kena sebat.. tapi nasib baik la kat M’sia semangat 1M’sia masih menebal.. tak do hal la klau nak mabok satu tempayan pun.. gua tengok orang melayu kita pun sama gak perangai..


Setelah penat menengok perangai orang-orang separuh masak kat area Dorai tu.. dan pun perut dak kenyang.. kitorang pun masuk plak kat area Dataran.. belum apo-apo lagi.. sampai jer kat persimpangan Jln Tunku Abd Rahman ke Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut.. gua tengok orang bukan main ramai lagi bekumpul.. apo hal plak ramai-ramai ni.. ado pesta makan free ko.. laaa rupa-rupanyer diorang berkumpul tengok polis buat roadblock operasi mat rempit.. gua tengok dah macam tengok konsert dah kat area tu.. biasa kita tengok kat tv jer polis buat operasi mat rempit ni.. lalu kitorang pun parking kereta kat belakang jalan Masjid India.. saja berenti nak menengok dan nak meramaikan lagi penonton pesta pagi tu.. itu la KL sampai polis buat operasi pun dah jadi macam satu hiburan buat diorang...


Kitorang pun blah setelah operasi tamat lebih kurang 2.30 pagi... semaso lalu kat depan bangunan DBKL gua tengok ada gak mak bapak yang bawak anak kecik diorang sama-samo menonton pesta pagi tu.. apo la diorang ni.. patutnyer time camni budak-budak tu dah masuk tidor.. ni dibawaknyer melepak.. nanti bila budak tu dah besar melepak tak tentu arah marah la plak.. aii tak tau la gua mak bapak zaman sekarang.. kat depan tu jugak gua peratikan area budak ‘moneyboy’ carik duit pun dah lengang.. mungkin diorang dah balik tau semuo dah habis kena booking oleh mat gay..  tak tau laa.. 

Rabu, 16 Disember 2009

SORRY LAA.. SEBOK SKIT..


MAK OIII.. kiro lamo gak gua tak merapu dalam blog yang entah apo-apo ni.. mengikut laporan terbaru dari jurnal perubatan hospital Langkap yang diedarkan oleh sorang juru ukur merangkap juru audit dari jabatan tanah dan galian daerah Manjong.. dekat  seminggu lebih gak gua tak menulis dalam blog ni dan dah sah-sah laa tentu korang tertanyo-tanyo kemano plak gua menghilang.. nak kato masuk sukan SEA tak ado bakat bersukan pun.. setakat main congkak dengan dam ular tu bleh laa.. nak kato pegi melancong ke Hawaii nampak sangat plak nak menipu..

Sebonarnyer bukan apo sejak kebelakangan ni gua sebok sikit.. kojo plak betimbum-timbun mengalahkan pasir lombong.. klau duit yang betimbun bleh gak digagahkan.. ni kojo.. terpakso laa utamokan.. kono plak gua dapek boss baru yang bleh tahan gak sasanyer.. takut gak gua nak mengulau layan internet tak tentu arah... skali dio bagi backhand mau gua kono parkinson seminggu..

Lagi satu bukan korang jer tertanyo-tanyo.. ramai lagi peminat Penanggah di seluruh dunio ni tertanyo-tanyo kemano gua menghilang.. salah sorangnyer Kamro Boteng sorang peminat Penanggah dari Sudan siap sound gua lagi kalau nak hilang tu bawak la dio sekali... sobab dio pun nak ikut hilang gak.. gua sound jer dio kalau nak hilang tu bukan susah.. duduk jer dalam golap.. dah tentu hilang.. sorang pun tak jumpo.. 

Awek-awek kat face book gua pun bleh tahan bising gak.. sebab gua tak dapat nak melayan diorang seminggu duo ni.. sebok la katokan.. susah betul laa awek ramai sangat ni.. tak menang tangan gua nak melayan.. kalau korang nak satu ambik laa.. nanti gua bagi yang baiknyer satu.. Munah Tombam.. body bleh tahan budak Kluang.. perghhh.. awek ni gua cakap lu stakat mi goreng duo pinggan ngan milo ais gelas besar sekali jalan jer..

Ok laa.. gua pun tak bleh lamo nak merapu nii.. guanyer boss pun dah jeling-jeling kat blakang gua ni.. silap-silap haribulan mau dikepitnyer tengkuk gua dari belakang.. tak pasal-pasal patah plak tulang keting gua kena lanyak.. 

Isnin, 7 Disember 2009

ALAA.. POYO BETUL LAAA..


LAWAK betul mengalahkan tengok cerito Mr. Bean vs Senario.. bilo gua tengok berito tentang pasukan bolasepak kito yang sedang menghadapi sukan SEA kat Laos skarang ni.. yang pasukan wanita mulo-mulo dah kono belasah 14-0 dengan Thailand.. gua tegelak sampai koma 3 hari 4 malam..  kemudian kena plak tibai lagi ngan Vietnam 8-0.. gua gelak lagi sampai hilang ingatan.. lopeh tu pasukan jantan plak kono 3-1 ngan Vietnam.. dah tu sibuk plak nak tunjuk handal sampai bertomoi tak puas hati ngan pengadil sengal cap ayam dari Korea.. tu pun gua gelak gak laa.. 

Lopeh ni tak tau la lagi.. berapo banyak plak diorang kono lanyak.. cukup-cukup laa tu.. gua pun nak hidup lamo gak.. tak larat rasanyer gua nak tergelak berguling-guling sampai terkehel guanyer usus besar.. tak apo la bukan tak biaso kalah.. kalau menang tu pun dah kira ajaib.. lagi pun kito orang kat M'sia ni dah boleh terimo kekalahan korang tu dengan hati terbuka.. usah laa korang takut..

Dalam gelak-gelak sampai lupa ingatan tu… kat sini gua cukup tak puashati dengan ulasan sorang menteri yang menyatakan kebengangan beliau diatas kekalahan tersebut.. beliau turut memberi peringatan kepada pasukan bola sepak wanita tersebut yang diketuai oleh makcik Kiah serta anggota pasukan beliau yang terdiri dari para penari poco-poco dan peniaga kain batik di Masjid India agar mengukur dulu kemampuan masing-masing sebelum acara sepak mula dilakukan..

Bagi gua menteri ni sebenarnyer tak tau apo-apo pun pasal bola.. stakat main gasing pangkah boleh laa cerito.. kalau tak percayo cubo suruh dio main bola lawan budak sekolah darjah tigo.. nak tengok.. gua raso tak sampai setongah jam datang la ambulan menjemput.. bagi gua sepatutnyer menteri ni bagi la semangat.. paling tidak bagi la bonus 5 bulan kat diorang.. haa baru la diorang ado semangat nak berlawan.. jangankan Vietnam silap-silap kalau Brazil datang pun cabut lari..

Kalau ikutkan guanyer pendapat.. kito ni sebenarnyer kekurangan strategi yang boleh menggugat emosi pihak lawan.. apo kato lain kali kito hantar jer makcik-makcik atau nenek-nenek kito kat kampung tu main bola.. bilo pasukan lawan tengok jer pasukan kito yang dibarisi dengan pemain otai dah tentu la diorang raso gerun semacam.. bayangkan la kalau pemain terdiri dari nenek yang dah berumor limo enam puluh tahun.. dah tentu diorang ingat pasukan kito ni terdiri dari pemain-pemain yang begitu berpengalaman..

Lagi satu.. maso lawan tu dah tentu la diorang beraso segan nak merebut atau merampas bola dari pemain kito dan tak berani nak bermain kasar.. takut pemain kito cedera parah plak sebab ramai sangat makcik-makcik dan nenek-nenek.. kalau kito kalah pun tak la kalah teruk.. sampai pengadil pun pening kepalo nak mengiro jumlah jaringan... sampai kono plak panggil sorang juruaudit..

Jumaat, 4 Disember 2009

MACAM-MACAM HAL (2)


Manyak Ganas Ini Nyonya..

KUALA LUMPUR - Suri rumah, Yim Pek Ha yang sebelum ini dihukum penjara 18 tahun setelah disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan mendera bekas pembantu rumahnya, Nirmala Bonat dengan seterika panas dan air panas, lima tahun lalu berjaya mengurangkan hukuman kepada 12 tahun penjara. - Kosmo

Haiiyaa nyonya Pek Haha.. gua tengok lu manyak ganas ooo.. serupa itu zionis.. gua ingat kalau Chin Peng tengok lu pun mesti ketar lutut separuh mati... itu pakcik Chin Peng kalau dera pun stakat geletek ketiak ngan jolok lubang pusat.. paling ganas pun dio suruh itu olang makan apam balik 6 keping.. tapi lu lagi ganas.. siap kasi sterika.. dah macam nak sterika baju.. dah tu lu kasi simbah air panas... woiiyoo.. memang brutal betul la lu nyonya Pek Haha.. mano lu belajar illmu Jurus Sengal Melantun ni pun gua tak tau laa.. 

Tapi yang tak best.. seganas-ganas lu.. lu bleh menangis sampai beguling-guling bilo lu kono hukuman penjara.. ala nyonya 12 tahun talak lama.. manyak sekijap maaa.. tapi lu manyak untung ini kali sebab maso tu bukan gua yang jadi hakim.. kalau tak mau gua kasi lu 40 tahun penjara kerja berat.. silap-silap gua hantar lu masuk kem BTN.. kasi lu bekawad 24 jam kat situ.. kasi padan dengan lu punya muko..


Lawan Jangan Tak Lawan

KUALA LUMPUR - Tindakan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membangkitkan isu ketuanan Melayu yang disifatkan penghalang perpaduan Melayu mencetuskan pertikaman lidah di kalangan ahli-ahli Parlimen hari ini. -Utusan M'sia

Perang mulut yang berlaku antara Kulasegerap dari parti Maruku Pedas dengan sekumpulan anggota parti Tapai Pulut yang di ketua oleh Kolonel Mat.. telah berlarutan hampir 2 hari.. berpunca dari pembinaan sebuah hotel kepunyaan inspektor Shahab yang dianggap telah menceroboh reban ayam Sarjan Dol.. pembinaan hotel tersebut juga dilihat telah cuba mengganggu gugat ketuanan Melayu.. malah turut mengganggu hak asasi ayam-ayam Sarjan Dol yang sedang syok mengeram di dalam reban tersebut... 

Melihat Kulasegerap yang begitu bengkeng.. Kolonel Mat pun mengugut Kulasegerap dari parti Maruku Pedas serta inspektor Shahab agar memberhentikan pembinaan hotel tersebut.. jika tidak beliau dan Sarjan Dol bersama ayam-ayam beliau akan berdoa agar perut Kulasegerap dan inspektor Shahab akan bertambah buncit seperti orang minum todi..

Mendengar ugutan Kolonel Mat tersebut.. Kulasegerap dan inspektor Shahab pun menjadi gerun dan takut separuh mati.. lalu mereka pun meraung-raung memohon maaf kepada Kolonel Mat agar menarik balik doa tersebut.. melihat rayuan mereka berdua itu.. Kolonel Mat pun menukar doa beliau agar perut Kulasegerap dan inspektor Shahab menjadi kempis semula.. lalu mereka pun berdamai dan berpeluk-pelukan sambil menyanyikan lagu Negaraku..

Selasa, 1 Disember 2009

BTN.. RUGI OOO KALAU TAK JOIN..


KUALA LUMPUR  - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Pusat tidak ralat sekiranya ada pihak yang tidak mahu menyertai kursus Biro Tata Negara (BTN). Katanya, keengganan mereka berbuat demikian langsung tidak mendatangkan masalah kepada kerajaan kerana banyak lagi pihak lain bersemangat untuk menyertainya.. - Utusan

Mengikut kaedah tafsiran kamus dewan Madagaskar.. sistem BTN ini sebenarnyer telah dicipta oleh Jimmy Page dan Robert Plant pada tahun 1969 sempena pelancaran album mereka yang pertama iaitu Led Zeppelin I.. bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kumpulan tersebut dengan sekumpulan penjual goreng pisang di London yang sedang berduka cita akibat dari kejatuhan mendadak harga pisang di bursa saham London..

Mengikut sistem asal.. serta pengalaman gua yang dah 17 tahun 8 bulan berkecimpung dalam arena BTN ni.. pada mulanyer para peserta BTN ini dikehendaki berjalan lenggang kangkung mengelilingi kampung Windwind di New Jersey sambil memikul setandan pisang bagi menguatkan otot-otot perut dan ketiak.. namun kini acara yang diangap tidak praktikal dan ganas tersebut telah ditukar kepada sistem yang lebih berhemah dan gemalai seperti menyuap nasik kemulut setiap setengah jam sekali sepanjang kursus itu berlangsung.. 

Pendek kato baru jer nak start melompat pagar kem dah berenti minum.. baru tiga langkah nak berjalan itik dah berenti plak makan nasik.. baru jer peserta berbaris nak berkawad dah kena arahkan supaya melepak kat dalam bilik.. korang pikir la.. gua baru jer nak menunjukkan kehebatan gua memikul kayu balak 4 tan.. diorang dah menjerit suruh berenti.. paksa plak gua pegi minum teh tarik dulu.. kalau dipikirkan memang la letih dan mencabar namun bila mengenangkan kesetiaan gua kepada nusa dan bangsa terpaksa la kuatkan semangat menghabiskan segelas teh tarik serta seketul karipap pusing tanpa sebarang bantahan..

Seorang penghulu mukim yang tidak ingin dikenali bagi tau gua.. memang rugi besar kalau korang tak join BTN ni.. mengikut Ali Mamat penghulu mukim Jempol Selatan itu lagi.. memang berbaloi-baloi join bondo ni.. awek pun bleh tahan ramai.. perghh!! mengalahkan macam dapat bonus 5 bulan katanyer.. lagi satu korang jangan terpengaruh sangat dengan dakyah pembangkang ni.. sebenarnyer diorang dengki sebab tak dapat nak join BTN ni sebab tak mampu nak bayar yuran ahli sebanyak RM85.70 sen tu.. ujar beliau lagi sambil mengangkat setandan pisang untuk menunjukkan kehebatan beliau yang telah menggunakan sistem BTN ini selama 2 tahun..