Rabu, 22 April 2015

BURU HINGGA KE LUBANG CACING!!.. YER KE NI?..


KUALA LUMPUR 19 April - kumpulan samseng di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang dikenal pasti menjadi lokasi panas kepada aktiviti gengsterisme akan dipe­rangi habis-habisan.

Arahan serta-merta itu dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berikutan insiden ganas melibatkan kumpulan samseng di Bandar Bukit Mewah, Klang, Selangor.

Pada masa yang sama, beliau turut mengarahkan polis memburu hingga ke lubang cacing kumpulan samseng bertanggungjawab membunuh dan mencederakan enam yang lain di Bandar Bukit Mewah itu.

Ibarat tiada lagi maaf kepada kumpulan yang dipercayai berpusat di Klang itu, beliau berkata, perbuatan samseng tersebut benar-benar mencabar kewibawaan polis.. - UtusanM'sia


Ini macam la pak menteri.. baru la gua respek sama lu.. sebab gua tengok lu dah tak macam dulu.. dah makin berani dah tegas dalam menjalankan tugas.. kalau dulu hanya setakat berkicau macam burung dan unggas.. lemaunyer mengalahkan bateri yang dah lama tak dicas.. penyamun dengar lu punya amaran pun diorang langsung tak takut dan ngeri.. sebab diorang tau garang dan gertak lu hanya beberapa hari..

Sekarang ni baru samseng-samseng tu tau langit tu tinggi atau rendah.. baru la diorang takut sebab port diorang lu nak serbu dan geledah.. lu ngan pak polisi pun dah nekad nak buru diorang hingga ke lubang cacing.. sampai tiada lagi tempat selamat diorang nak sembunyi sekalipun menyorok dalam rumah kucing.. pak polisi pun hanya menunggu masa jer diorang tersilap langkah termakan pancing.. kalau terangkap mau ada yang terkencing-kencing hingga gigi dan gusi semua terkancing..

Tapi jangan plak jadi macam kes yang dulu.. cakap berdegar-degar tapi hampeh umpama gertakan diangin lalu.. tak tau la mana silapnyer kes tu sampai sekarang jadi sepi dan layu.. rasanyer memang ramai yang tak puashati dan rasa bebulu.. gua yang beria-ia menyokong pun sama gak tumpamg malu.. apa taknyer sia-sia jer dipermainkan oleh malon si buta kayu.. rasa macam jatuh terguling dalam kubang kerbau kat sawah.. tak percaya cuba baca berita kat bawah..

KUALA LUMPUR 28 Sept.- "Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun." Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.


"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UtusanM'sia


Tu la yang gua cakap.. cakap bukan main lagi bergegar nak buru hingga ke lubang cacing.. tapi akhirnyer sendiri jugak yang kena kencing.. si Alvin Chipmunk celaka tu pun dah lesap tanpa berita.. katanyer tengah bergembira sakan di Amerika.. yang kita kat sini terkulat-kulat dan hanya mampu berkata.. haaa!!.. padan dengan dia punya muka.. takpa kalau dia balik nanti kita tangkap dan libas dengan seterika.. hahaaa... itu semua hanya nak menyedapkan hati memasing yang terluka..

Jumaat, 17 April 2015

HIDUP TOK DET.. GOODBYE ABANG JIB..


Tan Sri Muhammad Muhd Taib meyakinkan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak keseorangan dalam mempersoalkan kecelaruan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kerana katanya, majoriti senyap rakyat tetap bersama bekas perdana menteri itu.

Bekas naib presiden Umno itu, yang kini ahli PAS, berkata banyak persoalan yang masih gagal dijawab Najib walaupun kesemua sayap parti Melayu itu menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan.


“Dr Mahathir bukan sendirian. Majoriti besar mengikuti, dan apa yang ditanya Dr Mahathir belum dijawab, malah perdana menteri mencari penyokong untuk menunjukkan kekuatannya... - The Malaysian Insider.


Sorry laa Abang Jib.. untuk pengetahuan lu.. dengan ini gua dengan bangganyer mengistiharkan untuk bersama CT dan Cik Ta untuk sama-sama menyokong Tok Det dalam usaha untuk melingkupkan lu.. saja jer nak beri lu bersara awal.. selamat jalan gua ucapkan dengan lu punyer 1MDB.. talak untung… banyak boros.. saja mau kasi orang susah..

Boros tu satu hal.. tapi yang gua tak bleh blah bila lu tindas gua serta orang kampung dengan lu punya GST.. lu kata nanti harga barang jadi murah.. phuiii..  bleh lu bagi tau barang apa yang turun sekarang ni.. dah tu menipu plak kata tiada lagi cukai perkhidmatan.. tapi tengok benda tu masih jugak wujud.. bila bising baru la nak dikaji.. kaji menda.. lu ingat kitorang ni tikus makmal ker.. lu dengan Sofi Jikan dan Abu Bakar Omar sama jer kaki kencing..

Untuk pengetahuan lu jugak.. gua ni bukan la peminat tegar tahap taksub ngan Tok Det.. masa beliau jadi PM dulu pun ada jugak dasar kepimpinan beliau yang bertentangan dengan naluri kemanusian gua.. banyak gak kes-kes hampeh yang membuat darah gua mendidih tahap empat... dari kisah Memali.. Semangat 46.. Perwaja.. Bank Bumi.. Tajudin MAS.. Renong dan banyak lagi.. ramai gak kaki-kaki ampu yang berkeliaran sekeliling beliau..

Dan diantara kisah-kisah tu.. kisah udang Kerpan la yang paling menusuk hati gua.. walaupun masa tu gua kocik lagi tapi gua masih ingat bagaimana kat dalam TV memaparkan para petani meronta merintih dalam sawah melihat padi diorang yang sedang menguning dimusnahkan tanpa belas kasihan.. sapa yang tak hangin bila tanahnyer dirampas oleh pak menteri yang bersekongkol dengan tokey udang.. ingat doa orang teraniaya tu tiada hijab.. sekarang pun kita bleh tengok bagaimana keadaannyer parti yang buat kerja gila tu.. tunggang langgang.. ada jer masalah..

Dan jugak gua ni bukan la anti tahap gaban ngan Tok Det.. dalam bab memajukan negara gua memang respek dengan beliau.. tiada sapa boleh menafikan.. memang la ada penyelewengan.. boros dan kaki-kaki sakau duit masa tu.. tu pun tak bleh nak dinafikan.. mana-mana kerajaan pun sama.. tiada sapa yang bleh mendabik dada mengatakan diorang yang paling bersih sesuci sabun cap kapak.. itu sendiri la tanggung dan menjawab dengan Tuhan nanti..

Tapi masalahnyer walaupun kepimpinan Tok Det tu nampak teruk.. tapi bila dibandingkan dengan kepimpinan wasatiyyah lu sekarang.. memang bagai langit dengan bumi.. lagi berganda teruknyer.. tak tau apa yang lu buat sepanjang lima enam tahun ni.. yang gua nampak hutang negara makin bertimbun.. hutan makin pupus.. jenayah macam tiada surut.. harga barang dan kos hidup makin meningkat dan rakyat bawahan termasuk gua makin sengsara..

Ingat tak masa lu nak kurang dan hapuskan subsidi gula dan minyak dulu.. lu termasuk pengampu lu kata kerajaan boleh jimat berbillion ringgit.. alasan lu tetap sama… dengan duit tu kerajaan bleh buat sekolah dan hospital… tapi kat mana lu hantar duit berbilion tu pun gua tak tau laa.. masih gak tak cukup.. masih lagi nak tindas rakyat dengan GST.. untuk pengetahuan lu jugak sebenarnyer penyokong taksub lu pun sama gak menderita dengan GST ni.. cuma diorang segan jer nak mengaku.. takut kena kutuk.. hahahahaaa

Jumaat, 10 April 2015

JANGAN LUPA.. HUTANG PUN KORANG TANGGUNG GAK..


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kepada pihak yang menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan sokongan mereka kepada syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah terkumpul hutang RM42 bilion.

Menurutnya, selain 1MBD pihak yang menyokong Najib juga perlu menyokong perlaksanaan pembelian tanah Kerajaan di Kuala Lumpur  yang  jauh di bawah harga pasaran.

“Hasil daripada pendedahan mengenai kes Altantuya  dan 1MDB, Najib kini mendapat ikrar sokongan daripada ketua-ketua Bahagian Umno, BN, MIC, Ahli Dewan Negara dan semua 'jenis' kumpulan ini sepertimana yang disiarkan media.

“Saya tidak meminta sesiapa pun untuk menyokong saya. Tetapi saya akan meminta semua orang-orang yang menyokong Najib supaya mereka mengisytiharkan mereka semua menyokong Najib terhadap pinjaman 1MDB dan ketidakupayaan untuk menjawab di mana wang itu,” katanya yang dipetik dari entri blog rasminya chedet.com...- SinarHarian


Lagi satu jangan lupa Tok Det.. suruh gak diorang para pengampu terutama pak menteri dan syarikat media bodek yang bermati-matian menyokong Tok Jib tu supaya mengisytiharkan untuk sama-sama menanggung dan membayar segala hutang piutang 1MDB yang berbilion tu.. jangan sesekali nak melibat dan menyusahkan rakyat yang dah makin sengsara dengan kenaikan harga barang dan masalah GST sekarang ni..

Bayangkan kalau ada 5 juta penyokong taksub Tok Jib yang sangup berkorban sorang RM1,000... perghh!! banyak tu.. jangankan hutang 1MDB hutang jet pun bleh settle tu.. kalau ler berjaya gua rasa Tok Det dan orang ramai termasuk gua pun tak bising la.. tapi masalahnyer sanggup ker semua pengampu Tok Jib yang cakap berdegar-degar tu menyerahkan tengkuk untuk disembelih bagi menyelamatkan 1MDB.. kalau ada la.. memang gua salute 1M'sia la kat korang..

Jumaat, 3 April 2015

GST.. SAKIT JER HATI...


KUALA LUMPUR 1 April - Tinjauan Utusan Malaysia di seluruh negara mendapati kebanyakan barangan utama pengguna yang tertakluk cukai barang dan perkhidmatan (GST) mengalami kenaikan harga kira-kira enam peratus selaras dengan pelaksanaan cukai itu berkuat kuasa hari ini.

Langkah menaikkan harga enam peratus dilihat menjadi `sifir mudah' kepada peniaga sedangkan barangan di premis mereka merupakan stok barangan bercukai mengikut cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


Sebab itu, sebagai inisiatif agar GST tidak dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang, kerajaan membenarkan peniaga membuat tuntutan SST sebanyak lima peratus dan 10 peratus sehingga September ini bagi barangan yang telah dibayar cukai jualan.


Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di setiap ibu negeri semalam dan hari ini, banyak barangan pengguna seperti minuman, makanan proses dan barangan penjagaan diri dinaikkan enam peratus. - UtusanM'sia


Kat stesen minyak pun sama.. gua tengok diorang pun berlumba-lumba menaikkan harga barang.. tadi gua singgah ler nak beli air.. tapi bila ditengokkan harga air botol dan air tin banyak yang dah naik.. biasa air botol pebret gua tu dua hinggit lebih jer.. tapi tadi dah naik jadi tiga hinggit lebih.. terus hilang gua punya dahaga.. 

Lepas ni kalau korang rasa dahaga dan terasa nak singgah kat stesen minyak beli air.. korang abaikan jer ler niat murni korang tu.. korang bedal jer ler air paip kat tempat pam tayar tu.. dah tentu free dan takda GST..

Aiii geram jer gua.. tapi nasib baik la kat bawah ni ada berita gumbira.. berita yang sikit sebanyak dapat melegakan urat saraf rakyat miskin macam gua yang dah terbelit dengan GST ni..

KUALA LUMPUR 2 April - Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap syarikat telekomunikasi di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya masih berdegil mengenakan caj tambahan cukai barang dan per­khidmatan (GST) pada perkhidmatan prabayarnya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, berdasarkan rekod, sebanyak 815 aduan diterima sejak GST dilaksanakan semalam yang meliputi 40 peratus daripadanya melibatkan soal kad prabayar.. - UtusanM'sia


Dan baca yang ni plak..

PUTRAJAYA - Syarikat telekomunikasi akan tetap mengenakan caj enam peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun, pelanggan akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar nilai melebihi cukai enam peratus.

Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk  T.Subromaniam berkata, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi, Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.. - SinarHarian


Mula nampak macam tegas.. sikit tak goyang.. kira pantang mundur kecuali bini call.. tapi hado.. rupa-rupanyer tokey telko lagi power dari pak menteri.. cakap jer bergegar tapi habok pun tarak.. ini semua saja jer nak bagi gua sakit hati.. saja nak menyusahkan rakyat.. tak ker hampeh namanyer..

Gua pedulik apa kalau lu nak tambah lapan jam kredit masa berborak atau nak tambah seminggu masa SMS sekali pun.. itu semua tak penting.. itu semua sandiwara merangkap teater muzikal murahan dan saja jer nak mengaburi mata gua yang dah rabun dekat ni... phuii!!..

Ok la.. gua pun malas nak cakap banyak.. cakap pun tak guna.. buat sakit hati.. yang penting sekarang ni sama-sama ler kita berdoa agar diorang semua tu pegi melingkup dan padan dengan muka kita semua.. hambekkkk!!!..