Selasa, 25 Mac 2014

MH730.. BERAKHIRNYER SATU PERJALANAN..


KUALA LUMPUR 24 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia. Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat MH370 sejak 17 hari lalu.

Menurut Perdana Menteri, rumusan mengenai nasib pesawat MH370 dibuat berdasarkan kajian serta siasatan rapi oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Kata Najib, AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat.

"Berdasarkan analisis tersebut, Inmarsat dan AAIB merumuskan MH370 terbang di koridor selatan. Lokasi terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi yang terpencil dan tidak mungkin mendarat... - UtusanM'sia

MH370.. ku tahu kau sedang menanggung duka yang penuh nestapa.. namun ketahuilah olehmu bahawa sudah puas kami berusaha mencarimu namun masih juga belum berjumpa.. habis semua tempat kami geledah baik di darat.. laut dan udara tapi semuanyer hampa... hingga semua alatan tercanggih yang kami ada pun tidak dapat mengesan apa-apa.. bukan itu saja.. berdoa kepada Sang Pencipta tidak pernah sedetik pun kami lupa.. namun kau masih juga sepi tanpa berita..

MH370.. dengan berkat usaha dan doa kami satu dunia yang tak pernah ada surutnya.. akhirnyer dapat juga kami mengesan jejakmu di dunia maya.. setelah 17 hari engkau meredah benua rupa-rupanyer kau singah di lautan yang paling sepi di dunia.. di satu tempat yang tak terjangkau oleh akal manusia untuk apa engkau kesana.. sedangkan mimpimu ada di China..

MH370.. tidak ada apa lagi yang dapat kami khabarkan.. walaupun berjuta teori dan spekulasi saling bertebaran.. namun bagi melegakan hati.. keluargamu yang tersayang masih tetap jua menaruh harapan.. malah doanya juga tidak pernah terpadam.. dimana.. disaat keyakinan kami untuk melihatmu melambai pulang sudah semakin kelam.. dan diakhir perjalanamu itu hanya Salam Takziah yang mampu kami lafazkan.. al-Fatihah!!

* Terima kasih dunia kerana sanggup meluangkan sedetik masa membantu negara kami yang seakan kehilangan punca serta turut sama berkongsi duka...

Khamis, 13 Mac 2014

TOK BOMOH SUDAH BIKIN LAWAK LER..


PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu.

"Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370 pelbagai versi. Ada tikar terbang zam-zam ala kazam, labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang... - SinarHarian



Korang pernah hilang barang tak.. dan apa yang biasa korang lakukan bila mencarik barang hilang.. ikutkan biasanyer mula-mula tu kepalo otak akan berputar-putar memikirkan dimana agaknyer kali terakhir barang tu diletakkan.. kemudian kita akan bertanya jika ada sesaper yang ternampak dan seterusnyer mengarahkan seluruh keluarga melakukan operasi mencarik..

Yang bestnyer time operasi tu pasti kita akan mencarik disetiap pelusuk rumah hinggakan tempat-tempat tak logik pun kita akan geledah sekali.. walaupun tempat tu dah sepuluh kali kata selongkar... dan jika barang tu penting dan berharga ada yang sanggup berjumpa bomoh bagi mendapat bantuan.. haaa kalau korang nak tau.. itu ler yang kita lakukan sekarang..

Cuma sekarang ni nampakyer teori dan spekulasi kehilangan MH370 dah semakin menggiler.. dah tak tau mana satu berita yang betul.. mana yang fakta dan mana yang auta.. kena plak sepanjang masa ada jer persoalan baru yang muncul hinggakan fakta lama yang mengatakan kapal terbang tu terputus hubungan jam 1.30 dan lesap dari radar jam 2.45 pagi dah tidak terpakai lagi.. sekarang ni kisah jam 1.30 pagi jer yang berputar.. adoiii!! mana tak pening..

Memang gua doakan agar cepat ler kapal terbang tu kita jumpa.. klau tak lagi lama kita smua bleh jadi sasau.. tapi kalau dah jumpa nanti jangan plak ada yang bergaduh.. yang Amerika kata dia jumpa dulu.. yang China kata dia kesan dulu.. yang Vietnam kata dia yang bagitau dulu.. cuma gua takut nanti Tok Bomoh pun sama menyibuk dok kata kalau bukan kerana dia punya bubu dan teropong hikmat sampai kesudah kapal terbang tu korang semua tak akan jumpa.. haa baru ler betul-betul macam cerita Laksamana Do Re Mi..

Selasa, 11 Mac 2014

MH370.. DIMANAKAH ANDA SEKARANG?


SHAH ALAM - Keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak kelmarin mula melepaskan rasa marah dan kecewa pada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang enggan berkongsi maklumat dengan mereka.

Menurut satu kenyataan yang dipetik di portal web Inquirer.net, salah seorang ahli keluarga mangsa mendakwa pihak MAS masih tidak mendedahkan apa-apa maklumat terperinci kepada keluarga.
 

"Kebanyakan maklumat yang kami perolehi sama dengan maklumat yang ada di media dan laman sosial. Kami sudah menunggu selama berjam-jam, namun masih tidak ada jawapan dari pihak penerbangan," katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MAS kelmarin, 153 dari 239 orang penumpang pesawat itu adalah warganegara China. Pesawat MAS MH370 yang dijadualkan berlepas pukul 12.41 pagi 7 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.40 pagi semalam. Namun pesawat itu telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi dan hilang sehingga kini. - SinarHarian


Gua tau ler korang semua tengah pening kepala bercampur risau.. lebih-lebih lagi keluarga mangsa yang dah naik lengoh memikir dan menunggu akan perkembangan terkini mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 yang nampaknyer hingga ke hari ni masih menjadi misteri.. gua harap korang bersabau ler sikit.. kalau diikutkan pasukan pencarik yang bertungkus lumus 24 jam tu lagi pening kepala memikirkan masalah ni.. nak menjawab soalan wartawan lagi satu hal..

Dan memandangkan kita semua masih lagi terkejut diatas tragedi tersebut  maka gua pun tak nak ler komen lelebih pasal benda ni.. nanti tak pepasal plak gua kena tangkap dek pak polisi... lagi pun dah ramai sangat pakar-pakar tak bertauliah yang dah berteori dan berspekulasi tentang tragedi ni baik kat laman sosial mahupun kat kedai kopi.. cuma yang sedihnyer walaupun pendapat serta teori diorang tu ada yang tak bleh pakai serta tak masuk akal.. tapi ada gak yang percaya separuh mati... itu gua tak bleh nak kata apa la..

Apa taknyer.. ada khabar angin mengatakan budak pelantar carigali pernah ternampak kapalterbang tu ler.. ada yang kata dah meletop kat udara ler.. ada yang kata dah kena rampas ler.. ada yang kata dah tersesat ke bulan ler dan macam-macam lagi ler spekulasi merapu tahap hampeh yang tak terjangkau dek akal.. yang lawaknyer ada yang kata ini semua konspirasi dari satu negara kuasa besar.. adoiii!! agaknyer diorang tu takda keja nak dibuat kut..

Dari kita dok sebok memeningkan kepala otak sendiri dengan membuat bermacam-macam teori dan spekulasi.. baik kita berdoa agar pesawat tersebut dapat di temui.. walaupun mungkin nak jumpa dalam keadaan selamat tu agak tipis tapi sekurang-kurangnyer dapat jumpa bangkai kapalterbang tu pun dah kira okey.. paling tidak terjawab ler jugak sedikit sebanyak persoalan yang sedang berlegar sekarang ni..

Tapi apa yang gua perasan.. pada mulanyer kerajaan kita pun macam nak sorok-sorok jer.. cuba nak menapis setiap berita yang ada.. menurut alasan Pak Menteri kononnyer supaya kita semua dapat berita serta maklumat yang tepat... tepat dari segi apa pun gua tak tau.. kalau yang datang tu reporter kita jer bleh ler ditapis.. tapi kalau reporter luar tu susah ler sikit.. tau jer ler diorang ni kalau dalam melaporkan berita ni kira agak bebas.. tak macam kita kat sini.. dan kalau kita perasan kisah pasport palsu tu pun diorang yang keluarkan dulu.

Dan mampaknyer lepas ni kluar ler berbagai-bagai cerita atau isu baru.. mula ler yang dia ni salahkan orang ni.. yang ni salahkan orang tu.. dan seperti biasa lepas tu senyap.. bukan apa tanda-tandanyer dah pun mula kelihatan.. lebih-lebih lagi tentang isu sistem keselamatan negara kita yang agak lemau.. sebelum ni hanya mat-mat dadah jer yang dapat membolosi kawalan keselamatan airport kita.. tapi sekarang ni pasport palsu plak yang mengambil tempat.. itu pun kita dapat tau sebab tragedi ni berlaku.. kalau tak sampai kesudah diorang tu kluar masuk negara kita ni sesuka hati tok nenek diorang..

Jumaat, 7 Mac 2014

MASIH KISAH ANTI HADIS... LAYANNNN


Memandangkan khutbah Jumaat kat masjid tempat gua sembahyang hari ni bercerita pasal anti hadis serta si Kasim Ahmad.. maka dengan itu gua ingin meneruskan lagi diskusi antara Pakcik W Kasim si anti hadis dengan geng-geng Milis Surau yang lain....

Sorry ler.. diskusi yang gua copy paste ni agak panjang... bermula dari kisah sembahyang tahajud dan terus bersambung ke sembahyang Jumaat.. kalau korang rasa tak larat nak baca korang abaikan jer ler.. cuma diharapkan diskusi diorang yang tak seberapo tu sedikit sebanyak dapat membuka minda kita tentang apa itu anti hadis..


From: muhamad agus syafii (agussyafii@yahoo. Com)
Subject: [surau] Rahasia Sholat Tahajud
To: agussyafii@yahoo. com
Date: Monday, March 1, 2010, 3:47 PM


Rahasia sholat Tahajud sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam al-Qur'an Surat al-Muzzamil ayat 1-2 yang berbunyi,

'Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sholat) di malam hari.'

Ayat ini sebuah seruan kepada Nabi Muhammad agar melaksanakan qiyamul lail. Kata 'berselimut' dapat diartikan orang yang sedang bermasalah, dirundung duka, kegelisahan, kecemasan, kekhawatiran atau ketakutan dalam mengarungi bahtera kehidupan yang tidak menentu sebab ayat ini diturunkan setelah Nabi Muhammad menghadapi masalah berat, dicaci maki, ancaman dan percobaan pembunuhan.

Sebagaimana dalam kehidupan kita sehari-hari yang tidak lepas dari masalah satu ke masalah lainnya, seolah tidak pernah dari berbagai masalah, duka dan kekhawatiran. Untuk itu, sholat tahajud bagi kita merupakan kebutuhan demi menghadapi berbagai masalah yang tak kunjung usai. Hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kita memohon pertolongan, sumber dari segala pertolongan untuk menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi dalam hidup kita sekarang ini. Itulah rahasia sholat tahajud.

Yuk..Sholat Tahajud..!

Wassalam,
agussyafii
(agussyafii.blogspot.com)


Sangkala Ehsan
To surau@yahoogroups.com
Mar 2, 2010


Salam,

Entah kenapa saya hilang minat untuk menulis lagi. Bukan kerana saya ketandusan fikiran. Menulis bikin saya capek. Itulah sebabnya anda yang terhormat semua tidak mendapati tulisan saya di surau agak lama.  Saya mohon maaf kepada pak Boes dan seorang lagi teman kerana tulisannya sudah lama juga tidak saya jawap.

Namun apabila terbaca tulisan pak Muhamad Agus, berkenaan solat tahajud, saya paksakan diri saya untuk memberi pandangan.

Surah Muzamil ayat 73:1-2 tidak menyebutkan tentang solat. Ia hanya menyuruh orang bangun di malam hari.  Kalimat solat dalam ayat itu jelas satu tambahan yang boleh dilihat seperti MENYEMPURNAKAN ayat Allah (yang tidak sempurna?).

Surah Muzamil langsung tiada kaitan dengan solat. Ia sebenarnya menyuruh orang membaca Quran dan ini dijelaskan dalam ayat 73:4  "dan bacalah Quran dengan tartil". Maka penambahan kalimat solat dalam tafsir lama adalah satu penyelewegan yang telah menyesatkan umat dari dahulu hingga sekarang dari ajaran Allah yang sebenarnya.

Saya tidak mendapati ada ayat lain dalam Quran berkaitan solat tahajud. Berarti tidak ada solat tahajud!!

Membaca Quran bisa menolong orang yang sedang bermasalah, dirundung duka, kegelisahan, kecemasan, kekhawatiran atau ketakutan, bahkan lebih dari itu.

Sekadar untuk difikirkan bersama.

Maaf dan salam
W Kasism


From: UranG KaMpUanG (urang.kampuang@ yahoo.co. uk)
Subject: [surau] Tentang Shalat Jum'at
To: surau@yahoogroups. com
Date: Tuesday, March 2, 2010, 10:09 AM



Assalamualaikum,

Ambo ndak batanyo tentang shalat Jum'at di forumko, mohon maaf kalo iko pernah dibahas tapi mungkin bisa diulang baliak tentang shalat Jum'at ko, iko pertanyaan ambo :
1. Apokah batua sumbayang Jum'at tu buliah diganti jo sumbayang dzuhur?
2. Apokah batua ikuik dan mandangaan ceramah di awal shalat jum'at tu harus, kalau ndak shalat jum'at wak ndak cukuik raka'atnyo?

Terimakasih

Wassalam
HK


From: azhari qa (azhari_qa@yahoo. Com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
Date: Tuesday, March 2, 2010


1. Shalat Jum'at pengganti shalat zuhur, karena ada aliran tarekat (tasawuf) yg tetap menjalankan shalat zuhur setelah melakukan shalat jum'at.

Jika uzur spt: sakit, safar, dll, maka boleh shalat zuhur untuk menggantikan shalat jum'at. Tetapi jika tdk ada uzur maka wajib menjalankan shalat jum'at.

Kitab Fikih Shalat Empat Mazhab halaman 323:
“Bagi semua org yg mengalami 6 uzur diperbolehkan untuk tdk shalat jum’at dan menggantinya dg zuhur. Bagi mereka yg tetap mengerjakan shalat jumat maka tetap sah dan gugur pula kewajiban shalat zuhur baginya”

Kitab Fiqih Sunnah halaman 462:
“Melakukan shalat jumat sesudah shalat zuhur, menurut kesepakatan ulama tdk diperbolehkan sebab shalat jumat adalah pengganti shalat zuhur, sedangkan Allah swt tdk mewajibkan kepada kita 6 kali shalat dalam sehari semalam. Jika ada yg membolehkan shalat zuhur setelah jumat, hal itu sama sekali tdk ada alasannya, baik secara akal maupun secara naqal, yakni al-Quran, sunnah nabi dan tdk pula mengikuti pendapat salah seorang imam”

2. Khutbah jum'at merupakan bagian dari ritual shalat jum'at, jika datang telat dan tdk mendengarkan khutbah maka shalat jum'at tdk sempurna, termasuk tdk dibolehkan berbicara selama khutbah jum'at.

salam,
azh (mafahim-azhari.blogspot.com)


From: UranG KaMpUanG (urang.kampuang@ yahoo.co. uk)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
 Date: Tuesday, March 2, 2010


Terimakasih Pak Azh,

Tapi dari uraian tersebut, mohon penjelasan untuk hal yang dibawah ini :

2. Khutbah jum'at merupakan bagian dari ritual shalat jum'at, jika datang telat dan tdk mendengarkan khutbah maka shalat jum'at tdk sempurna, termasuk tdk dibolehkan berbicara selama khutbah jum'at.

Dari uraian diatas, saya mohon penjelasan mengenai ritual shalat Jum'at, apakah yang dimaksud dengan ritual dalam shalat jum'at atau jika bisa disamakan dengan ibadah seperti puasa, apakah ada ritual juga yang dilaksanakan selain khutbah Jum'at. Trus bedanya dengan dengan khutbah/ceramah pada saat bulan puasa atau shalat ied.

Tidak sempurna, mohon maaf Pak Azh mengenai kalimat ini? tidak sempurna itu berarti tidak sah, atau jika tidak sempurna, bisa disempurnakan dengan cara apa?

Satu pertanyaan yang saya lupa, untuk perempuan shalat jum'at itu hukumnya gimana?

Wassalam,
HK


From: azhari qa (azhari_qa@yahoo. Com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
Mar 2, 2010


Ritual shalat Jum'at maksudnya satu rangkaian shalat jum'at, mulai dari khatib naik mimbar hingga Imam mengucapkan salam selesai shalat. Shalat jum'at tdk hanya shalat 2 raka'at tetapi khutbah bagian dari ritual tsb.

Ketika kita datang saat khatib sudah di mimbar dan mengucapkan salam, maka shalat jum'at hari itu hanya sekedar pelengkap yg wajib saja (tdk sempurna), tanpa ada pahala karena malaikat telah menutup bukunya. Juga berbicara saat khatib ceramah membuat shalat tdk sempurna.

Apabila tiba hari Jum’at, malaikat-malaikat berada ditiap-tiap pintu mesjid. Mereka menuliskan satu demi satu, menurut urutan mana paling dahulu. Bila imam telah duduk (akan berkhutbah), mereka menutup bukunya dan mereka ikut mendengarkan khutbah (HR Bukhari).

Barangsiapa berkata-kata pada hari Jum’at padahal Imam sedang berkhutbah, maka adalah ia seperti keledai yang memikul kitab-kitab dan orang-orang yang berkata kepadanya: “Diam” tidak ada baginya Jum’at (HR Muslim)

Bila Wanita melaksanakan shalat Jum'at di mesjid maka shalatnya sah karena tdk ada larangan bagi wanita, tetapi tdk diwajibkan bagi wanita untuk shalat jum'at dan cukup shalat zuhur di rumah.

(Shalat) Jum’at adalah hak yang bernilai wajib atas setiap muslim (yang dilaksanakan) dengan berjamaah, kecuali kepada yang empat: hamba saya, perempuan, anak kecil dan orang sakit (HR Abu Dawud).

salam,
azh (mafahim-azhari.blogspot.com)


From: Sangkala Ehsan (wkassim45@yahoo. Com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
Date: Tuesday, March 2, 2010


Salam sahabat sekelian.

Mumpung saya baru menulis tentang solat tahajjud, biarlah saya sentuh pula tentang solat jumaat.

Persoalan paling dasar ialah adakah solat Jumaah seperti yang dilakukan sekarang pada Hari Jumaat tengahhari diajar dalam Quran?

Surah Jumuah mengatakan:

62:9  Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu semua diseru/dipanggil untuk solat dari sebahagian hari berkumpul/keramaian /gathering (jumuah) maka hendaklah kamu semua bersegera kepada mengingat Allah (bersolat) dan tinggalkanlah BERJUAL BELI...

Pada pandangan saya ayat itu bukan bermaksud 'Hari Jumaat' atau Friday dalam bahasa Inggeris, tetapi ia bermaksud hari orang beramai-ramai berkumpul seperti dalam pesta yang ada permainan dan jual-beli. Keadaan ini bisa berlaku KAPAN hari sepanjang minggu, bukan hanya Hari Jumaat.

Sebagai contoh, katakanlah hari ini (Hari Selasa) pada petangnya ada pesta atau keramaian (contohnya pasar malam di Malaysia), dan orang memberitahukan bahawa sudah masuk waktu solat 'Magrib', maka baiklah kita segera mendirikan solat itu untuk mengingat Allah, dan tinggalkan jual beli sebentar.

Ayat 62:11 Menerangkan bahawa orang tidak peduli untuk bersolat dan mereka meninggalkan Nabi bersolat sendirian. Mereka berlari melihat perniagaan dan permainan!!! !! Kejadian ini bukanlah di dalam masjid, tetapi di majlis keramaian/perkumpulan (jumuah)

Ulamak mengatakan solat Jumaat wajib ada 44 orang makmum, jika kurang dari itu, tidak bisa didirikan solat Jumaat. Tapi ayat itu mengatakan Nabi ditinggalkan bersolat bersendirian sahaja tanpa makmum. Memanglah solat 'Magrib' itu bisa didirikan bersendirian dan itulah yang dilakukan oleh Nabi mengikut yang diceritakan oleh ayat tersebut.

Ini juga berarti tiada solat Jumaat, sepertimana juga tiada solat Tahajjud.

Silalah fikirkan, tolak aja jika anda tidak dapat menerimanya.

Maaf dan salam,
W Kassim


From: azhari qa (azhari_qa@yahoo. com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
Date: Tuesday, March 2, 2010


Hanya merujuk kepada al-Quran ya.. nggak mau pakai hadits, ingkarussunnah?

azh


From: Sangkala Ehsan (wkassim45@yahoo. Com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
Date: Tuesday, March 2, 2010


Sahabatku Azahari,

Adakah anda tolak ayat-ayat Quran yang saya berikan?

Adakah ini berarti tuan berpegang kepada hadis sahaja dan menolak Quran?  Apakah orang seperti itu bisa disebut 'ingkaru Quran'????

Mana yang bahaya antara ingkaru sunnah dari ulamak (manusia) dengan ingkaru QURAN yang dari Allah??

Fikirkanlah. ...

Maaf, dan salam
W Kassim


Dicky Hernowo
To surau@yahoogroups.com
Mar 2, 2010


Cik Kassim.

Tidak tahu Al Quran apa yang anda gunakan karena erti daripada ayat yang anda tulis tak ngam lah dengan ayat yg sebenar..
Nape pulak awak hilangkan kata MIN YAUMIL JUMU'AH dalam ayat berkenaan?, hebatnya awak tu dah berani memotong dan menghilangkan bagian dari kalimah Allah, nauzdubillah!

Jom baca semula ayat berkenaan dan tengoklah erti terjemahan yang awak tulis tu

Dibawah ini adalah terjemahan dari ayat yg dimaksud dan saya telah compare kepada beberapa terjemahaan Al Quran yang saya punyai antara lain terjemahan:
1. M. Abdul Ghofar E.M,  AbdurrahmanMu' thi, Abiu Ihsan Al-Atsari,
2. Ali Audah
3. Moh. Rifai
4. Al Qur'an dan terjemaham (E book)
Cuba awak compare terjemahan yg awak tulis dengan terjemahan keempat Quran yg saya maksud diatas

62.9 Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Dibawah ini terjemahan yang awak buat. let's compare it cik Kassim, ternyata jauh sangat beza nye, tak tahulah seberapa hebatnya penguasaaan bahasa dan sastra Arab awak

62:9  Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu semua diseru/dipanggil untuk solat dari sebahagian hari berkumpul/keramaian /gathering (jumuah) maka hendaklah kamu semua bersegera kepada mengingat Allah (bersolat) dan tinggalkanlah BERJUAL BELI.

DH


From: azhari qa (azhari_qa@yahoo. Com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
To: surau@yahoogroups. com
Date: Tuesday, March 2, 2010, 6:22 AM


Yang bahaya adalah org yg hanya merujuk kepada al-Quran dan tdk mau mengakui sunnah (hadis). Sehingga dia meraba2 bagaimana cara beribadah, sampai2 ada pertanyaan dari sdr Dicky Hernowo yg tdk mampu dijawabnya:

Untuk mengingatkan kembali, saya rangkum saja dengan singkat pertanyaan2 tersebut sbb:

- Anjing tidak haram karena berdasarkan Al Qur,an 5:3  hanya babi yang diharamkan.
- Masih di Al Qur'an 5:3 mengadu nasib dengan kartu atau ramalan dukun dibolehkan karena yang dimasukkan katergori fasik hanya yang mengundi nasib dengan anak panah.
- Dalam pernikahan siapakah yang dimaksud wali dari pengantin wanita? (menurut Al Qur'an tentunya)
- Apakah syarat syah nya pernikahan menurut Islam! (berdasarkan Al Qur'an saja)

azh
(mafahim-azhari.blogspot.com)


From: Sangkala Ehsan (wkassim45@yahoo. com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at


kita sedang bincang tentang solat Jumaah.  Keep to the point brother.

W Kassim


From: azhari qa (azhari_qa@yahoo. Com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
 Date: Tuesday, March 2, 2010, 8:46 AM


Saya tahu, sebetulnya ini masih on track karena root cause-nya anda ingkar sunnah sehingga timbul ide anda yg aneh2 spt TIDAK ADANYA SHALAT JUM'AT dan SHALAT TAHAJUD.

Jadi anda bingung sendiri ketika ada yg bertanya (spt sdr Dicky) hal2 yg tdk dijelaskan dalam al-Quran tetapi ada dalam hadis.

azh


 
From: Sangkala Ehsan (wkassim45@yahoo. Com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'Iat
Date: Tuesday, March 2, 2010, 11:10 AM


Loh, Ide yang aneh2 itu bukan dari saya, tapi dari Quran.
Saya cuma sekadar menunjukkan ayat2nya aja.

Salam
W Kassim


From: UranG KaMpUanG (urang.kampuang@ yahoo.co. uk)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
Date: Tuesday, March 2, 2010, 9:24 AM

Terimakasih juga atas tanggapannya Pak W. Kassim, iya seharusnya kita kembali pada point shalat Jum'at, karena kita mendiskusikan tentang shalat Jum'at, mungkin hal lain tsb kita bisa bahas nantinya, dan saya harap juga mendapat jawaban dari Bapak karena sepertinya Bapak paham tentang isi Al-Quran.

Dari pernyataan Bapak bahwa tidak ada yang namanya shalat Jum'at, yang ingin saya tanyakan :
1. Jika tidak ada namanya shalat Jum'at, jadi shalat yang dilakukan pada hari Jum'at pada waktu dzuhur dan dilakukan dengan berjama'ah dengan diawali dengan khotbah lebih tepatnya dikatakan sebagai shalat apa?
2. Niat yang kita baca pada saat shalat tersebut apa?dan berapa raka'at?
3. Apakah shalat yang Bapak lakukan pada saat waktu dzuhur di hari Jum'at?

Saya mohon penjelasan dan jawabannya.. ....

Wassalam,
HK


From: Sangkala Ehsan (wkassim45@yahoo. com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
To: surau@yahoogroups. com


Salam,

Ketiga-tiga soalan tuan terjawab dengan satu jawapan: TIADA SOLAT JUMAAT.

Terima kasih
W Kassim


From: Dicky Hernowo (dickyhernowo@ yahoo.com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'Iat
Date: Tuesday, March 2, 2010, 12:31 PM


Pak Kassim,
Sebegitu banyak pertanyaan saya yg terdahulu tidak satu pun yg dapat bapak jawab (berdasarkan Al Quran saja tentunya). Saya tidak tahu apakah saat ini bapak sudah menemukan jawaban dari pertanyaan2 tsb atau mungkin selamanya tidak akan bapak temukan dengan kata lain Bapak tidak mampu memeberikan jawaban!

Namun begitu saya tambah satu lagi soalan mengenai shalat entah sahalat Jum'at atau Tahajud atau shalat apapun lah itu, pertanyaannya adalah:
Entah barapa rakaat pun shalat tertentu yang bapak kerjakan BAGAIMANAKAH BAPAK MENGERJAKAN TATA CARA SHALAT TERSEBUT (berdasar kan Al Quran saja tentunya tidak merujuk ke dalil yg lain).
Selanjutnya apakah yang dimaksudkan rakaat itu dan dimana batasan tiap2 rakaat? (kembali tolong jawab dengan dalil al Quran saja.

Semoga pertanyaan saya ini pun tidak hilang ditelan bumi tanpa ada respon dan jawaban dari Bapak.

DH

 
From: Sangkala Ehsan (wkassim45@yahoo. com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'Iat
Date: Tuesday, March 2, 2010, 1:26 PM


sengaja tidak dijawab.

Salam
W Kassim


From: UranG KaMpUanG (urang.kampuang@ yahoo.co. uk)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
Date: Thursday, March 4, 2010, 1:44 AM


Salam juga Pak Kassim,

Terimakasih atas jawabannya, tapi sepertinya anda tidak menjawab pertanyaan saya satu-pun. Mungkin Pak Kassim tidak membaca subject diatas dengan jelas, yang saya tanyakan tentang "SHALAT JUM'AT" bukan tentang "tidak ada yang namanya shalat Jum'at", saya sangat menghargai pendapat Bapak, tapi tolong jangan lari dari subject pertanyaan diatas.

Kalau Bapak mengatakan bahwa tidak ada yang namanya shalat jum'at, makanya saya bertanya apakah shalat yang Bapak kerjakan di waktu Jum'at tersebut. Jika jawaban Bapak tetap tidak ada yang namanya Shalat Jum'at, maaf Pak Kassim, mungkin Bapak tidak seaqidah dengan saya, karena saya adalah seorang muslim laki-laki yang melaksanakan Shalat Jum'at pada waktu Dzuhur di hari Jum'at, dan Bapak tidak akan pernah bisa menjawab pertanyaan saya jikalau Bapak tidak pernah melaksanakan Shalat Jum'at tersebut.

Dan sekali lagi maaf Pak, mungkin forum surau ini tidak cocok buat Bapak, karena dari puluhan email, tidak ada satupun yang seide dengan Bapak. Saya sarankan Bapak buat forum yang baru yang mungkin se-ide, sepaham dan bahkan se-akidah dengan Bapak.

Mohon maaf bila ada kata-kata saya yang kurang berkenan.

Wassalam,
HK


From: Sangkala Ehsan (wkassim45@yahoo. com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
Date: Friday, March 5, 2010, 4:52 PM


Sahabat saya Urang Kampung,

Satu jawapan saya "tiada solat Jumaat" menjawab 3 soalan tuan sebagai berikut::

1. Jika tidak ada namanya shalat Jum'at, jadi shalat yang dilakukan pada hari Jum'at pada waktu dzuhur dan dilakukan dengan berjama'ah dengan diawali dengan khotbah lebih tepatnya dikatakan sebagai shalat apa?

Jawab:  Bagi saya, tiada solat Jumaat.  Apa yang orang termasuk anda lakukan pada hari Jumaat waktu dzuhur, itu wajar ditanyakan pada diri anda sendiri.

2. Niat yang kita baca pada saat shalat tersebut apa?dan berapa raka'at?

Jawab: Tiada solat Jumaat.  Apa yang anda baca kenapa tanya kepada saya?

3. Apakah shalat yang Bapak lakukan pada saat waktu dzuhur di hari Jum'at?

Jawab: Tiada solat Jumaat atau solat lain pada waktu dzuhur. Waktu dzuhur Quran mengatakan orang buka pakain dikamar. Hingga hari inipun orang Arab dan orang disekitar laut Mediterranean tidur waktu zuhur.  Ayat 24:58 mengatakan ada solat waktu fajar dan isya, tapi waktu dzuhur Allah tiada mengatakan bersolat tapi buka pakain dalam kamar (tidur).  Atau mungkinkah Allah terlupa?  Namun kalau anda terjumpa kalimat dzuhur yang dikaitkan dengan solat di dalam Quran sila beritahu saya supaya saya akan mendirikan solat dzuhur.

Maka jelas jawapan "tiada solat Jumaat" itu telah menjawab ketiga-tiga soalan tuan.

Salaam
W Kassim


From: azhari qa (azhari_qa@yahoo. Com)
Subject: Re: [surau] Tentang Shalat Jum'at
Date: Friday, March 5, 2010, 2:22 PM


Parah tdk ada shalat jum'at, kemudian tdk ada lagi shalat zuhur. Lama2 nggak usah shalat 5 waktu cukup eling saja.

Urang sakik didanga, maabih-an umua.
Alah gaek sakarek kaki di kubua, indak juo batubaik.

azh


Sangkala Ehsan
To surau@yahoogroups.com
Mar 7, 2010


Yth Azhari,

Kalau sekadar bikin statement semua orang bisa. Yang penting buktikan apa yang dikata. Hatu burhanakum inkuntum sadiqin. Orang yang beriman burhannya adalah Quran.

Tunjukkan bukti ayat Quran yang menyuruh dirikan salat Jumaat waktu zuhur dan ayat yang mengatakan solat ada lima waktu. Kalau ada saya pasti akan ikut.

Azhari: Parah tdk ada shalat jum'at, kemudian tdk ada lagi shalat zuhur. Lama2 nggak usah shalat 5 waktu cukup eling saja.

W Kassim: Bukankah saya berikan buktinya dengan Quran? Mahu melawan Tuhan?

Terimakasih
W Kassim

Selasa, 4 Mac 2014

ANTI HADIS TOLONG LER JAWAB...


Masih lagi berkisar tentang Pakcik WKasim dengan anti hadisnyer yang masih tersimpan dalam emel gua.. kalau kita ikuti pemikiran Pakcik WKasim ni bleh dikatakan agak selari dengan pandangan Pakcik Kasim Ahmad…

Cuma yang sedihnyer kali ni Pakcik WKasim nampaknyer gagal menjawab kemusykilan yang di utarakan oleh saudara Dicky Hernowo kita ni.. lagi pun gua nak tau gak macamana agaknyer orang anti hadis ni melakukan nikah kahwin berpandukan al-Quran.. tapi tak tau ler gua kalau korang ada jawapannyer yang boleh kita kongsi bersama... dan sapa ler Pakcik WKassim ni agaknyer yer..


From: azhari qa (azhari_qa@yahoo. com)
To: Surau (surau@yahoogroups. com)


Saya sedang membaca buku karangan Hartono Ahmad Jaiz berjudul "Nabi2 palsu dan penyesat umat", setebal 450 halaman.

Saya temukan di hal 173 tentang JAM (jamaah al-quran malaysia) yg tdk mengakui hadis (ingkar sunnah) dan hanya merujuk kepada al-Quran. Pentolan utamanya Rashid Khalifa, cendekiawan Mesir yg mengaku nabi palsu, ingkar sunnah yg menetap di AS, Rashid mati di tusuk di mesjidnya di AS oleh pembunuh misterius.

Penasaran, saya coba search JAM ternyata ketemu deh Pak tua Kassim yg ingkar sunnah. Tulisan pak Tua, persis spt yg disampaikan argumennya di surau ini. Jika ingin lihat tampak Pak Tua yg sudah mulai peot karena berumur 77 th......

azh
(mafahim-azhari.blogspot.com)


From: Sangkala Ehsan (wkassim45@yahoo. com)
To surau@yahoogroups.com


Saya bukan Kassim Ahmad. Saya Wadan Kassim. Kassim Ahmad tinggal di Pulau Pinang, di utara Malaysia sedangkan saya di Kuala Lumpur.

Kassim Ahmad tidak menolak hadis secara total. Dia cuma mengajak orang mengkaji dan menilai semula hadis, mana yang bertentangan dengan Quran perlu dibuang. Yang bisa diterima tinggal sedikit sahaja.

Rasanya saya belum peot.

Salam
W Kassim


From: Dicky Hernowo (dickyhernowo@ yahoo.com)
Subject: [surau] Anjing tidak haram dan meramal nasib dibolehkan (mohon pencerahan Pak W Kasim)
To: surau@yahoogroups. com
Date: Sunday, December 20, 2009, 2:46 PM


Assalamualaikum.
sekian lama saya menyimak dan belajar dari tulisan2 yang dikirimkan di milis ini, dan terbetik juga hati untuk meminta pandangan dari Bapak Kasim yang memahami Islam hanya dari Al Quran saja (walau pertanyaan saya yang terdahulu tidak pernah atau lupa beliau jawab).

Pak Kasim, di dalam Al Qur'an surat 5:3
Diharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan yang disembelih untuk berhala.

Mengacu kepada ayat diatas dan mengikuti pemahaman Bapak maka anjing bukanlah binatang yang diharamkan karena tidak disebutkan dalam Al Qur'an, Betulkah begitu?

Kemudian lanjutan ayat tersebut diatas (masih pada ayat yg sama) :

Dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah kefasikan.

Ayat diatas hanya menyebutkan mengundi nasib anak panah adalah fasik, karena itu mengundi nasib dengan kartu atau pergi ke tukang ramal yang menggunakan bermacam cara dan media dibolehkan karena tidak disebutkan dalam Al Qur'an!!!!!! !!!!!!!

Satu lagi pertanyaan yang selama ini tersimpan dalam hati dan izinkan saya pada kesempatan ini mengemukakannya sbb:

Dalam hal pernikahan siapakah yang dimaksud dengan wali dari pengantin perempuan? saya sudah berusaha mencari di dalam Al Qur'an tapi belum bisa menemukannya, mohon bantuan bapak.

Kemudian bagaimakah syarat sahnya suatu perkawinan menurut Al Qur'an? mohon bapak sudi memberikan pencerahan.

Terimakasih
DH


From: azhari qa (azhari_qa@yahoo. com)
Subject: Re: [surau] Anjing tidak haram dan meramal nasib.._
Date: Sunday, December 20, 2009


Lecek deh al-Quran agar ketemu jawaban ini.. :)

azh
(mafahim-azhari.blogspot.com)


From: Sangkala Ehsan (wkassim45@yahoo. com)
Subject: Re: [surau] Anjing tidak haram dan meramal nasib..)
Date: Sunday, December 20, 2009, 4:12 PM


Hanya Allah yang bisa memberi petunjuk kepada yang dia kehendaki. Nabi sendiri pun hanya sekadar menyampai Quran. Ini kan saya.

W Kassim


Dicky Hernowo
To surau@yahoogroups.com
Dec 21, 2009


Yth Pak Kasim,
Saya tidak menyangka jawaban dan pencerahan yang bapak berikan jauh sangat melenceng dari topik yang saya kemukakan.

Hal yang sama telah saya tanyakan kepada beberapa orang yang saya kenal dan mempunyai bekal ilmu agama yang memadai tapi jawaban mereka senada yaitu berdasarkan kepada hadis dan ijtihad para ulama.

Karena bapak mempunyai pemahaman bahwa semua dalil yang diberikan dari hadis dan ijtihad ulama tidak sah makanya saya mohon jawaban dari bapak yang berdasarkan Al Qur'an ONLY, mohon sudi memberi jawabannya pak.

Untuk mengingatkan kembali, saya rangkum saja dengan singkat pertanyaan2 tersebut sbb:

- Anjing tidak haram karena berdasarkan Al Qur,an 5:3  hanya babi yang diharamkan.
- Masih di  Al Qur'an 5:3 mengadu nasib dengan kartu atau ramalan dukun dibolehkan karena yang dimasukkan katergori fasik hanya yang mengundi nasib dengan anak panah.
- Dalam pernikahan siapakah yang dimaksud wali dari pengantin wanita? (menurut Al Qur.an tentunya)
- Apakah syarat sahnya pernikahan menurut Islam! (berdasarkan Al Qur'an saja)

Terimakasih Pak Kasim
DH