Isnin, 30 November 2020

NAK BUAT DUSUN NI KENA TAHAN 3 PERKARA...

Selain dari meronda dan merayau ke sana ke sini.. gua ni jugak suka berkebun.. Bukan la berkebun sayur tapi gua ni suka tanam pokok buah-buahan.. Lebih-lebih lagi durian.. Dan ada la dusun tapi tak la seluas mana pun.. Kira janji ada jer.. Dan kalau tak ke mana-mana kat dusun ni la gua melepak merilekkan kepala otak.. 

Begitu jugak kalau berjalan kemana-mana.. gua ni suka memerhatikan dusun orang.. Kena plak kalau musim buah.. tengok diorang berkemah dalam dusun tunggu durian gugur.. Memang best.. Geram je tengok dusun diorang bersih.. cantik.. pokok plak subur.. Tapi bila tengok nokebun sendiri.. Makk aiii.. Penuh semak belukar.. Nak kamping pun ngeri.. Hahaa..  

Tapi betul ke best ada dusun buah ni.. Bagi gua best tu memang la best terutama kalaumusim buah.. Dah tak payah nak beli.. Tau je le harga buah terutama durian skarang ni dah makin kejam.. Cuma yg tak bestnya time menebas dan membaja.. Penat siutt.. Dan ada kalanya buah kita tak menjadi.. Bunga punya la lebat tapi yg lekat ada la dua tiga biji.. Mana tak kecewa.. 

Senang cerita laa.. Untuk buat dusun ni yang  paling penting sekali ialah minat dan juga kena Tahan 3 Perkara.. 1. Tahan Penat.. 2. Tahan Panas.. 3. Tahan Sabar sebab buat dusun durian ni memang letih dan banyak dugaannya.. 

Bab modal jangan cerita.. Gua yang buat dusun sekangkang kera ni pun terasa akan kelajuan modal yang mengalir keluar.. Tau jer le sekarang ni harga racun.. baja termasuk la anak pokok.. semacam je mahalnya.. Dah tu belum tentu semuanya hidup... Ada tu yg dah tiga empat kali gua tanam ganti.. tanam ganti.. Mana bleh tahan.. Tapi dah minat gua buat je ler..

Itu tak masuk lagi gangguan penyakit.. serangga perosak hinggalah kepada serangan ganas bertubi-tubi dari sang kera.. tupai dan babi tunggal... Itu semua kita kena hadap.. Hampeh betul punya babi..  Masa itulah Tahan Sabar amat diperlukan..  

Tapi kalau setakat pikul baja dan menebas tu gua tak kisah dah.. Gua anggap itu semua sebagai satu eksesais.. Selain dapat jimatkan kos buruh ia juga sebagai satu senaman untuk gua keluarkan peluh.. Letih memang letih tapi yang penting gua happpy dan buat gua mampu mengusai jurus Tahan Penat... Hahaa

Inilah video dusun gua.. Tak laa luas mana pun tapi boleh la.. Ini kira gua punya gym tempat gua keluarkan peluh.. Ok la korang layan la yer jangan segan-segan channel youtube gua ni..
JANK NS CHANNEL

Khamis, 19 November 2020

DAH SAMPAI PULAU PERHENTIAN TAPI TAK RONDA.. MEMANG RUGI LAA..

Memang satu kerugian la.. Silap-silap boleh membawa kepada kemurungan sepanjang hayat kalau korang dah penat-penat datang ke Pulau Perhentian tapi tak meronda atau pusing-pusing kat pulau ni.. 

Dan disebabkan itulah kitorang mengambil satu ketetapan jangka pendek dengan meronda sekitar pulau ni sebelum berangkat pulang bagi mengelakkan dihantui rasa kecewa seumur hidup..

Ikutkan Pulau Perhentian ni taklah sebesar mana pun.. Tiga empat jam habis la korang merayau kat Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil ni.. Tapi dengan bot la.. Kalau jalan kaki tak tau laa... Mau tiga hari lapan malam kut baru sekesai.. Hahaa

Walaupun pulau ni tak besar tapi banyak tempat menarik serta aktiviti yang boleh kita buat kat sini seperti berborak dengan penyu dan ikan yu dan mana yang kaki selfie tu boleh la berselfie dengan ikan dan coral-coral yang cantik jelita di Teluk Keke.. 

Time ni la buat pertama kalinya gua bertentang mata one by one dengan ikan yu.. 

Teluk Keke ni korang jangan lupa.. Ni salah satu port wajib yang korang patut singgah.. Bagi gua tempat ni memang marbeles untuk korang bergambar.. 

Lata Air Berani pun tak kurang bestnya.. Kat sini ada punca mata air yang dingin.. Air tawar.. Jadi boleh la korang singgah untuk bersih-bersihkan badan.. 

Dan bagi yang dah lapar sangat tu.. korang jangan la segan-segan untuk menghala ke Kampung Nelayan sebab kat sini ada foodcourt.. Dan yang penting harga dia kira ok la.. Harga mampu milik..


Ok la cakap banyak pun tak guna.. Korang layan sendiri la video dari channel youtube gua ni.. JANK NS CHANNEL.. Kalau okey korang tekan le butang subscribe kat tepi tu dan kalau rasa tak best.. tekan like pun cukup la.. Hahaa

Sabtu, 14 November 2020

JOM KE PULAU PERHENTIAN.. GUA BELANJO...

Semasa member ajak bercuti secara mengejut ke Pulau Perhentian baru-baru ni.. berbagai persoalan berputar ligat dikepala otak gua.. Best sangat ke pulaunya.. Cantik ker tempatnya.. Apa yang nak dibuat kat situ.. Takkan nak melepak kat pantai sehari suntuk tengok matahari terbenam.. Perghh!! Dah macam mat jiwang le plak.. Hahaa

Kalau bab makan jangan cerita ler.. Dah tentu la mahal macam kat Alaska.. Adoii mesti bosan gila pulau ni... Begitu la persoalan yang berlegar dalam kepala otak gua.. Tapi dah member beria-ia mengajak.... Dan gua pun tak pernah jejakkan kaki kat pulau tu.. Jadi gua pun ikutkan jer le..

Untuk kesini korang kena naik bot dari jeti Kuala Besut dalam jarak masa 30 minit.. Tapi mana yang rasa taknak naik bot takut mabuk laut ke korang boleh la berenang untuk ke sini.. Jarak masa tu tak tau la berapa lama sebab ia bergantung pada kepantasan kuasa kuda korang berenang jugak.. 

Memang 30 minit je dah sampai.. Tapi dalam 30 minit tu la korang akan melambung-lambung dalam bot angkara pemandu bot memecut botnya dengan laju tanpa batasan...

Woww!! Tak sangka cantik jugak Pulau Perhentian ni rupanya.. Itu la tanggapan gua sebaik saja menjejakkan kaki di Long Beach Pulau Perhentian Kecil ni..

Long Beach Pulau Perhentian Kecil.. Cantik dan bersih.. 

Untuk pengetahuan korang sebelum ke sini gua dah google dulu tempat-tempat menarik yang ada kat pulau ni.. Salah satunya kincir angin atau windmill.. Ada dua cara untuk ke situ.. Pertama dengan naik bot dan yang kedua jalan kaki iaitu hiking.. Dan dengan kegagahan semulajadi yang ada tentu la gua pilih hiking.. 

Bagi gua.. kincir angin ini antara salah satu port wajib kalau korang ke Pulau Perhentian.. Bagi yang tak biasa memang letih sampai nak tercabut buku lali tapi bila dah sampai kat atas tu semuanya jadi segar.. Segala tok nenek penat letih terus hilang.. 

Ini cerita benar.. View kat atas ni memang betul-betul marbeles.. Tapi kalau naik bot korang kena la mendaki tebing untuk sampai kat atas ni sebab tangga yang ada dah jahanam.. 

Ok la cakap banyak pun guna.. Takut nanti ada plak yang migrain bila baca tulisan gua yang panjang berjela kat blog merapu ni.. Bagi mengelakkan korang tension sampai menggigil satu badan apa kata Jom Kita Ke Pulau Perhentian.. Gua Belanjo.. Serius ni.. Gua belanjo gambar dan video ni je.. Hahaa

Semoga video ni sikit sebanyak dapat memberi manfaat pada korang yang teringin nak hiking ke kincir angin.. Sesambil korang layan video ni apakata korang tekan butang subscribe kat tepi tu sementara masih free ni.. Hahaa



Selasa, 10 November 2020

WOII COVID!! NYAH KAU DARI SINI..

Nampaknya dah setahun si covid19 menyerang dan bermaharajalela dimuka bumi kita ni.. Dan nampak macam takda tanda-tanda si covid durjana ni akan terhapus dari planet bumi dalam masa terdekat.. Makin mengganas ada laa.. 

Dan angkara si covid  durjana ni jugak membuatkan pergerakkan kita semua kembali terbatas apabila PKPB yang kita banggakan tu telah dikuatkuasakan semula hampir keseluruh negara termasuk la kampung gua.... 

Tapi sebelum PKPB ni dikuatkuasakan dan belum sempat diorang tutup pintu sempadan negeri dengan pantas gua awal-awal lagi dah cabut balik kampung.. Kalau tak mau gua keras kematu duduk kat KL.. Apa pun tak bleh..

Nasib baik jugak la sebelum PKPB ni gua dah selesai meronda ke Terengganu.. Sempat la beposing sakan kat Jambatan Angkat dan beli keropok kat Pasar Payang.. Klau tidak tak pepasal hangus duit booking hotel gua beratus ribu tu.. Hahaa

Dan apakata sesambil korang termenung kat rumah memikirkan si covid ni cuba korang layan video gua ni.. Mano la tau video gua yang entah apo2 ni sikit sebanyak dapat menambahkan kerunsingan korang hahaaa... 

https://youtu.be/uc32ME1_6N4