Friday, December 30, 2011

BEST KER KAWIN MUSIM HUJAN?...

Musim cuti sekolah hujung-hujung tahun ni gua tengok ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan… malah makin nak masuk tahun baru 2012 ni makin meriah plak gua tengok.. dan gua sendiri pun sampai tak menang tangan nak melayan undangan yang terlalu banyak.. kekadang tu satu hari sampai lima enam jemputan.. bukan stakat jemputan dari dalam negeri jer... dari luar negara pun ada.. yang ni tadi baru jer gua terima satu kad jemputan dari John Dempong.. seorang penari zapin yang terkenal dari Tanzania yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Maria Mabute.. seorang anak tokey lembu fidlot terkenal di sana pada minggu depan...

Sebenarnyer gua memang suka bab-bab kawin ni.. cuma yang buat gua tak puas hati ialah apsal la korang ni suka sangat buat majlis perkahwinan ketika musim-musim tengkujuh.. korang yang kawin syok la sejuk-sejuk tu.. bleh la tidor lama sikit.. kena plak musim banjir lagi la tak turun katil.. masalahnyer gua la yang terpaksa menanggung azabnyer.. terpaksa meredah hujan dan jalan berlecak semata-mata nak memenuhi para jemputan korang.. yang kesian tu bila gua tengok ada yang terpaksa menolak kereta angkara tayar kereta dah terbenam dalam lumpur.. habis badan berselut siot..

Korang jangan salah paham.. gua bukan merungut.. cuma kok iya pun korang pilih la tarikh yang okey sikit.. pilih la musim bunga ker.. musim menuai ker taupun musim luruh.. haa musim salji pun kira okey per.. lepas bersanding bleh la korang main ski ataupun baling-baling salji berdua.. baru ler romantik.. yang ini korang pegi pilih musim hujan.. adoii.. nanti kalau gua tak datang korang bising plak.. kata gua ni sombong la.. berlagak la.. tak campur masyarakat akar umbi la.. agen asing la.. dah macam-macam tuduhan liar lagi yang korang lemparkan kat gua....

Tapi korang perasan tak.. dalam bab-bab perkahwinan ni kalau kita peratikan banyak berlaku hal yang pelik-pelik.. bukan la pelik maksud gua seperti pasangan pengantin berjalan itik keliling rumah.. atau pun pengantin dibawak naik jet ski.. beca.. sampan ataupun dengan kereta sorong.. sambil diarak beramai-ramai keliling kampung... bagi gua kalau stakat cerita macam tu dah selalu sangat kluar kat TV ataupun kat surat khabar.. dah tak sensasi sangat..

Maksud gua kes-kes pelik ialah seperti majlis perkahwinan yang terpaksa dikensel last minit walaupun semuanyer telah siap sedia... atau pun kes pengantin lari rumah dan ada tu kes bercinta tujuh lapan tahun tapi kawin tak sampai pun seminggu.. dan ada tu plak pasangan yang dah kawin berpuluh tahun.. anak cucu pun dah besau-besau.. tetiba bila dah tua-tua sebok plak nak tambah bini.. ada tu lagi gila.. time bercinta dengan orang lain bertunang plak dengan orang lain.. kad kawin nama orang lain dan yang paling best time kawin plak dengan orang yang lain.. tapi yang paling haru bila time majlis berlangsung si katering plak tak muncul-muncul sampai kesudah.. habis tetamu tak makan termasuk dengan tuan-tuan rumah sekali kebulur..

Itu tak masuk lagi kes-kes pelik yang lain.. yang jantan kawin ngan jantan dan yang pompuan kawin ngan pompuan.. lagi pelik ada yang sanggup kawin ngan mayat.. yang kahwin dengan kereta dan binatang pun ada gak.. tak tahu la plak gua klau ada yang sanggup kawin dengan serangga seperti lalat... lipas ataupun lipan.. cuma yang kawin dengan cangkul atau getah sekerap jer yang gua belum dengar lagi.. klau la ada nak gak gua tengok muka si pengantin tu..

Malah gua sendiri pun pernah menghadiri satu majlis perkahwinan yang agak pelik.. ikutkan majlis tu tak ler pelik pun... cuma bila pengantin tu buat perangai pelik maka secara tak langsung majlis tu pun ikut sama la jadi pelik.. dan tetamu yang datang pun turut menumpang jadi pelik.. apa taknyer majlis perkahwinan yang dirancang akhirnyer bertukar menjadi majlis doa selamat.. bayangkan la kad jemputan dah diedar.. lembu ayam dah dibeli.. sedara-mara dan jiran-jiran semua dah dijemput tapi masalahnyer pengantin pompuan plak yang tak muncul-muncul.. lesap entah kemana.. dah satu hal plak jenuh sedara-mara merayau mencarik serata alam...

Nak tak nak terpaksa ler jugak majlis tersebut diteruskan walaupun stakat majlis doa selamat.. sebenarnyer gua pun tak tau apa masalahnyer pengantin perempuan tu... cuma masa tu gua tengok para tetamu terutama makcik-makcik (biaso la orang pompuan) dok sebok bergosip dan berspekulasi.. ada yang kata pengantin pompuan tu kena colek dek UFO la.. ada yang kata ikut jantan lain pegi melancong ke Lombok la... ada yang kata kena sorok dek bunian la.. dan macam-macam lagi andaian yang kluar.. hinggakan ada menggeleng-gelengkan kepala sampai terangkat-rangkat kening.. punya la bersemangat nak bergosip.. tapi gua tak la ambik port sangat pun.. yang penting tujuan gua datang nak makan... lepas tu gua pun terus blah..

Thursday, December 22, 2011

MANA NEGERI GUA PUNYA PERUNTUKAN HAH..!!..

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM2.71 bilion untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi manfaat rakyat di Selangor sepanjang tahun ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, peruntukan itu telah dilulus dan dibelanjakan di negeri ini meliputi projek di bawah Rancangan Malaysia kesepuloh (RMK10) dan projek-projek khas yang merupakan tambahan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Beliau berkata, peruntukan tersebut turut melibatkan pelaksanaan projek yang diluluskan secara terus daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hasil lawatan kerja ke negeri ini yang dimohon oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membabitkan jumlah keseluruhan RM16.95 juta.. - UtusanM'sia

Caya la Selangor.. beruntung betul korang.. walaupun negeri korang kaya-raya malah dah pun mencapai tahap negeri maju.. tapi masih lagi dibelai manja oleh abang Ajib bagaikan menatang minyak sawit yang penuh.. tengok.. senang-senang jer korang dapat peruntukan RM2.71 bilion.. memang tak sia-sia korang pangkah pembangkang masa pilihanraya dulu.. begitu jugak gua tengok kat Penang.. bertalu-talu peruntukan disalurkan oleh abang Ajib ke sana.. sampaikan diorang terpaksa menolak.. tak larat nak mengira duit katanyer...

Cuba korang tengok negeri lain yang beria-ia mengampu serta mengundi abang Ajib dulu.. tanya diorang apa yang diorang dapat dan berapa banyak peruntukan yang diorang terima.. kalau hanya setakat dapat dua tiga billion sama seperti Selangor negeri pembangkang... gua rasa memang tak tak berbaloi.. dan kalau kurang lagi daripada tu.. lagi la hina.. buat letih tangan jer mengipas abang Ajib siang malam...

Untuk negeri gua plak.. gua pun tak tau berapa banyak peruntukan yang abang Ajib bagi.. dan gua memang berharap sangat peruntukan yang lebih besar dari abang Ajib untuk negeri gua tu.. nak harapkan tokey lembu fidlot yang bagi lagi tak payah.. kena kelepet lagi ada... korang tau jer ler negeri gua tu.. nak kata kaya-raya tu memang tak da la.. dan nak kata sampai ketahap negeri maju pun gua tak nampak lagi dia punya kelibat.. tapi tahap pemimpin kaya-raya mengumpul harta gua tengok dianyer KPI dan NKRA memang dah lama tercapai..

Mungkin agaknyer penduduk di negeri gua tu perlu mengundi pambangkang dulu kut.. baru la abang Ajib nak bukak mato dan terhegeh-hegeh nak menyalurkan peruntukan berbillion ringgit... atau pun mungkin negeri gua ni kena diperintah oleh pembangkang dulu baru ler jalan-jalan yang menyesakkan nafas penduduk kampung terutama di musim cuti iaitu dari Serembam ke Pilah dan Bahau hingga ler ke sempadan Pahang dan jugak jalan Seremban ke Tampin hingga ke Gemas akan menjadi empat lorong..

Atau pun setelah negeri gua jatuh ketangan pembangkang baru ler pak menteri serta geng Aduan Rakyat dan Titik Sentuhan akan berlumba-lumba mencarik orang kampung untuk menyelesaikan masalah diorang.. atau pun setelah negeri gua diperintah dengan baik oleh pembangkang baru ler pak menteri dan media-media pengampu akan terpekik terlolong hendak bercerita tentang kemiskinan dan pembangunan.. kalau gitu ler caranyer.. memang hampehhh!! dan cuba korang baca berita kat bawah ni..

JEMPOL 21 Dis. – Ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba.! Itulah situasi dialami penduduk Felda Lui Selatan, dekat sini, yang masih tidak mendapat kemudahan lampu jalan walaupun sudah lama menunggu.

Lebih mengecewakan, mereka mendakwa permohonan untuk mendapatkan kemudahan tersebut seperti tidak diendahkan kerana tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun telah mengemukakan masalah itu sejak empat tahun lalu. - UtusanM'sia

Betul tak gua cakap.. negeri gua tu memang miskin.. tengok sampai nak beli lampu jalan pun tak berduit.. tapi kalau gua jadi abang Ajib senang jer.. gua suruh jer orang Felda Lui tu pasang pelita raya bebanyak kat tepi jalan tu.... settle masalah.. jimat pun jimat.. cantik pun cantik.. gua rasa tak sampai pun RM100 juta..

Monday, December 19, 2011

JUTAWAN LEMBU YANG BERJIWA LEMBU..

Minggu lepas gua meronda la secara solo keliling kampung untuk mengambil angin petang.. dan sesambil tu ikutkan hati nak la singgah kejap rumah Sarah.. awek nombor empat gua yang tinggal kat hujung kampung... biasa la dah lama tak jumpa.. rindu ler plak.. sambil berbual mesra tu bleh gak la gua suruh Sarah masak mee goreng ker.. buat cekodok pisang ker dan kena plak dengan kopi o sambil melihat matahari terbenam kat celah-celah pucuk sawit.. perghh romantik siut.. mintak-mintak Sarah ada la kat rumah.. dan ikutkan pun gua memang nak ajak Sarah kluar layan filem Ombak Sendu hujung minggu ni..

Dan ketika tengah syok berangankan kemesraan gua dengan si Sarah pekena mee goreng tetiba gua dikejutkan dengan segerombolan lembu yang tetiba meluru keluar dari celah-celah semak dan terus melintas didepan gua tanpa memberi salam.. apa lagi terkejut beruk ler gua.. dengan pantas gua pun terus menekan brek kecemasan sekuat hati… dan motor kapcai kesayangan yang gua beli secara ansuran itu hampir-hampir terbabas kedalam longkang.. fuhh!! nasib baik gua sempat brek.. klau tidak Sarah kemana.. mee goreng pun kemana.. silap-silap mau gua terpelanting kat atas badan lembu.. cilakak punya lembu.. potong stim betul..

Melihat perangai lembu yang takda disiplin itu telah membuatkan gua teringatkan kisah lembu fidlot kak Izat… dan cerita yang dah hampir sejuk itu tetiba kembali panas di ingatan gua.. sepanas hati gua bila melihat perangai lembu-lembu yang melintas jalan sesuka hati tok nenek diorang di depan gua tempohari.. yang mana kerenah liar lembu-lembu yang tak berdisplin tu telah mengganggu perjalanan solo gua ke rumah Sarah serta merencatkan jiwa romantik gua pada petang tu..

Sebenarnyer gua malas nak ambik pot pasal isu lembu fidlot ni.. dan kalau gua bising-bising sampai tercabut kerongkong pun bukan dapat untung apa pun.. lain la klau dapat lembu pawah duo tigo ekor.. okey la jugak.. bagi gua kalau stakat cerita lembu.. apa la sangat..
Tapi bila tengok si tokey lembu ni berpesta sakan dengan duit projek 250 juta yang turut melibatkan duit rakyat termasuk duit potongan cukai berjadual gua setiap bulan dengan membeli kondo selain membeli tanah kat Putrajaya serta membahagikan elaun kat anak-beranak berpuluh ribu.. dah tu berjoli katak plak dengan membeli kereta mewah.. tak masuk lagi pegi bersuka ria melancong kesana-sini.. dan itu yang buatkan guanyer hormon protesteron jatuh mendadak hingga ketahap kritikal.. maka untuk menstabilkan keadaan terpaksa la gua menonjolkan diri bersuara memprotes...

Dan jugak disebabkan atas kepentingan politik sebagai calon winnable candidate parti Tapai Pulut pada pilihanraya akan datang.. takan la gua nak bermati-matian memuji dan mempertahankan projek gilo ni macam ketua pemuda parti Pisau Bersilang.. yang mana gua tengok hari tu bukan main lagi berdegar-degar nak berdebat untuk mempertahankan lembu fidlot kak Izat.. tapi gua tengok dah senyap jer mamat ni... mungkin tengah sebok jaga lembu ataupun dok tengah membahagikan petak fidlot memasing kut..

Sebenarnyer gua bukan dengki dengan kak Izat.. malah gua cukup bangga bila melihat beliau yang tiada berpengalaman dalam dunia lembu melembu ni sanggup berpanas dan berhujan semata-mata untuk menjadi penternak lembu yang berjaya.. dan gua tau kerja sebagai pengembala lembu ni bukan kerja senang.. memang mencabar serta menguji mental dan fizikal... cuma yang gua tak puas hati bila melihat anak-beranak kak Izat berpesta sakan dengan duit pinjaman mudah 250 juta dari duit rakyat.. itu ajer.. dan 250 juta tu pun bukan sikit-sikit anak.. silap-silap jin Ahmad Albab pun takda duit sebanyak tu..

Kalau la anak-beranak kak Izat menggunakan duit pinjaman bank.. tak kira ler bank mana.. samada dari Bank Dunia atau IMF sekali pun untuk mengusahakan projek lembu fidlot ni.. gua rasa orang ramai tak la panas hati.. dan lantak la kak Izat nak gunakan duit tu untuk beli kondo atau kapal selam sekali pun.. dan kalau kak Izat anak-beranak nak melancung sebulan ke planet Marikh pun orang ramai tak heran....

Cuma kak Izat kira bernasib baik.. klau la kak Izat ni dari parti pembangkang.. gua rasa mau rancangan Titik Sentuhan dan Aduan Rakyat akan bersiaran selama 24 jam untuk menibai kak Izat anak-beranak.. tapi okey gak isu kak Izat ni meletop.. kerana secara tak langsung ia turut sama mempomosikan negeri dan tempat gua secara percuma.. walaupun orang kampung gua tak dapat apa-apa keuntungan pun diatas projek gilo ni.. ataupun paling tidak dapat daging murah setahun sekali.. tapi dapat jadi tukang tengok orang luar mengaut kekayaan di tempat diorang pun dah kira okey....

Thursday, December 8, 2011

JOM BERGOSIP UNTUK KESIHATAN....

Hasil penelitian menunjukkan perempuan lebih bahagia dan sehat karena kebiasaan ngobrol dan bergosip mengenai berbagai hal yang menyenangkan. Aktivitas kumpul bareng teman perempuan, dan terbawa dalam obrolan hangat dan santai, meningkatkan level hormon progesteron. Artinya, dengan meningkatnya hormon ini, level kecemasan dan stres perempuan berkurang.

Peneliti dari Universitas Michigan, menjelaskan hormon progestetron memainkan peranan penting bagi perempuan. Terutama dalam ikatan sosial dan mendorong perempuan lebih bersemangat membantu orang lain yang berada dalam masalah, meski menimbulkan risiko bagi.. - Kompas.com

Mungkin korang pernah terpikir mengapa la orang pompuan ni suka sangat bergosip... pantang berkumpul mula la nak bergosip.. kekadang tu bukan ada isu besar pun.. setakat cerita jiran sebelah beli perabot baru.. kisah si polan ada boyfriend baru... cerita pelakon drama putus cinta.. pasal orang itu.. pasal orang ini.. dan klau dah terdesak sangat kisah kucing melintas pun sangup dijadikan bahan gosip.. kekadang tu gua tengok sampai berkerut-kerut kening diorang ni bergosip.. entah apa yang digosipkan pun gua tak tau la...

Malah satu kaji selidik terhadap 3 ribu orang pompuan mendapati 1 dari 10 antara mereka ni mengaku tidak mampu untuk menyimpan rahsia.. dan klau mampu pun hanya mampu bertahan hanya setakat 35 minit jer dan 85% diantara mereka mengaku begitu seronok dan teruja ketika bergosip.. pendek kata bergosip itu kira dah menjadi aktiviti harian diorang.. kiranyer kalau sehari tu tak bergosip mau pengsan silap-silap bleh mati..

Berdasarkan kajian Prof. Leman Kasau dari Universiti of Chongkau dalam buku terbaru beliau yang berjudul Bergosip Dari Sudut Sains dan Sejarah Uganda.. menyatakan bahawa orang pompuan adalah penggosip terbesar iaitu mewakili 85%.. dan 99% perkara yang digosipkan adalah mengenai kisah kehidupan orang lain walaupun bercerita isu yang agak remeh... dan kalau yang ada kena mengena dengan diri sendiri pun hanya stakat 1% jer.. lagi pun tak best la gosip pasal hal sendiri.. tak mencabar minda langsung..

Menurut Prof. Leman lagi.. mereka yang berborak tentang gosip-gosip santai walaupun isu yang agak panas dikatakan akan meningkatkan level hormon progesteron seseorang pompuan hingga ketahap 180 darjah celcius.. maksudnya peningkatan hormon ini dilihat mampu mengurangkan tahap perasaan cemas dan stress seseorang.. itu sebabnyer ada orang pompuan yang sanggup bergayut berjam-jam berborak kat talipon.. malah ada yang sanggup mengetuk pintu rumah jiran semata-mata nak ajak bergosip.. tapi masalahnyer si suami plak yang stress bila tengok si bini tak habis-habis bergosip sampai lupa nak masak nasik..

Manakala bagi mereka yang bergosip tentang perkara yang agak serius seperti bergosip tentang kambing jiran.. kisah lembu fidlot.. perang di Somalia.. ataupun bergosip hal politik dan juga bisnes seperti harga saham tempe yang jatuh menjunam dipasaran Jepun dan sebagainyer.. mereka ni dilihat akan mengalami penurunan hormon progesteron yang agak drastik.. penurunan hormon ni akan membuatkan jantung menjadi tidak stabil.. dan perasan cemas serta stess akan turut meningkat.. itu sebabnyer ramai bisnessman dan ahli politik yang meninggal akibat diserang sakit jantung..

Tapi jangan anggap bergosip ni adalah hakcipta untuk orang pompuan jer.. ada gak orang lelaki yang suka bab-bab bergosip ni.. kekadang tu diorang ni plak yang lebih mengalahkan orang pompuan.. pot pet!! pot pet!!.. walaupun tak ramai dan kalau ada pun kebanyakannyer adalah jantan ala-ala.. kalau ada jantan tulin pun hanya stakat tukang sampuk ataupun menjadi pendengar.. paling tidak pun untuk memanaskan keadaan jer.. bagi diorang itu semua hanya membuang maso.. dari bergosip perkara remeh memeningkan kepalo otak baik cerita pasal awek atau pun paling tidak pasal bola.. lagi best.. jiwa tenang otak pun sehat.. kok iyo!!....

Monday, December 5, 2011

SUMPAH SETIA YANG MEMBOSANKAN..

Menghabiskan masa sepanjang hari Sabtu lalu begitu membosankan.. apatah lagi bila menonton siaran TV.. terutamanyer siaran berita.. baik berita di TV1 hingga ler ke TV9.. semuanya menyesakkan nafas gua.. bukan tu jer.. surat khabar pun lebih kurang sama.. dari mula sampai ke penghujung semuanyer cerita politik.. sampai guanyer kolestrol pun tak ketinggalan naik mendadak hingga ketahap maksima.. tapi nasib baiklah ada cerita kartun yang disiarkan disebelah pagi.. kurang ler sikit tension..

Tapi nak buek camno.. memandangkan di rumah gua tiada saluran TV berbayar.. maka nak tak nak terpaksa ler jugak gua menabahkan hati serta menguatkan mental dan fizikal untuk turut sama menonton siaran langsung perhimpunan agong sebuah parti politik yang terkenal dengan kepakaran menghasilkan lembu fidlot yang berkualiti… ikutkan gua nak tutup jer TV bila tengok ramai sangat makcik-makcik obes serta pakcik-pakcik otai kat situ.. tapi bila tengok ada dua tiga kerat awek-awek cun.. maka gua pun layan gak la..

Sebenarnyer gua pun tak tau apa agenda Melayu yang cuba dibawa oleh parti ni... yang gua nampak hanya stakat mengulang-ulang cerita dan isu lama.. seperti kisah IMF.. hudud.. perpaduan.. pengkhianat.. pembangkang itu.. pembangkang ini.. yang dia ni nak tunjuk tarian.. yang dia ni nak bersyair.. yang ni nak berpantun.. yang ni plak nak berlawak.. yang ni plak nak membebel.. yang ni pun tak ketinggalan nak membodek.. memang bosan.. bila dah semakin merapu.. tekak gua mula la jadi mual.. dan tetiba mata gua menjadi kuyu dan ucapan lawak pun terus sayup-sayup hilang dari pendengaran gua..

Sebenarnyer gua tak kisah pun kalau diorang ni nak bersidang dan berbahas sampai dua tiga bulan.. klau nak hemtam pembangkang sampai terkeluar anak tekak pun gua takda hal.. dah itu kerjaya dan punca pendapatan diorang untuk terus berkuasa.. tapi jangan la memaksa gua untuk turut sama ketawa dan bergembira meihat aksi slapstik diorang mendendangkan ucapan mengampu yang penuh dengan propaganda tu.. bukan apo.. serius gua cakap.. memang gua tak minat..

* Apa la lu.. dah tuo-tuo pun perangai macam bebudak sampai kena berbai’ah dan berikrar untuk terus taat setia dengan parti sendiri... yang kononnyer untuk mengelakkan perebutan kuasa sesama sendiri.. bukankah ini secara tak langsung menunjukkan kelemahan dan kenazakan parti itu sendiri.. tapi jangan sampai kena makan dek sumpah dah ler.. sebenarnyer kalau korang tak tau pembangkang tu bukan hebat sangat pun.. tapi perangai hamlau korang tu sendiri yang buat korang hilang kuasa.. fikir-fikirkan lah!!..