Tuesday, September 23, 2014

MANA PERGINYER TOKEY MAKMAL..


KUALA LUMPUR: Sebuah makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia bakal ditubuhkan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata makmal ini akan ditubuhkan untuk mengkaji kos sara hidup masyarakat dan memberi bantuan kepada golongan sasaran yang memerlukan.

Khairy berkata makmal itu akan ditubuhkan awal tahun hadapan.

“Makmal ini akan mengkaji kos sara hidup dan akan mengemukakan cadangan dan cara penyelesaian serta cadangan. Cadangan tersebut akan dibentangkan di Kabinet selepas dimuktamadkan,” katanya kepada Astro AWANI... blaa..blaa..blaaa


Ini berita tahun lepas.. dah hampir setahun pun.. dan kalau diikutkan kisahnyer.. makmal yang hendak diwujudkan tu akan dipandu oleh abang Deris.. sorang pemandu lori tangki yang terkenal.. sebenarnyer gua tak ambil port pun berapa puluh juta duit ditaburkan dalam projek tu dan berapa ribu staff dan pegawai yang dilantik oleh abang Deris untuk dibawa bersiar-siar dalam makmal tersebut.. bagi gua yang penting makmal tu dapat memberi manfaat kepada rakyat susah macam gua..

Untuk pengetahuan korang… gua melalut cerita pasal makmal ni bukan apo.. agak-agaknyer abang Deris dan Pak Menteri tu tau tak yang kehidupan orang kampung sekarang ni dah semakin sesak dengan kos kehidupan yang naik mencanak.... agak-agaknyer diorang tu tau tak harga getah sekarang ni dah jatuh menjunam hingga ketahap merbahaya.. tak silap gua minggu lepas jer harganya jatuh hingga RM1.60 sekilo.. bayangkan kalau diorang mengambil upah menoreh kebun orang.. kena bagi dua tu.. dapat la 80 sen sorang..

Gua pun tak tau apa dah jadi dengan makmal tu.. yang gua tau sampai sekarang satu bayang pun gua tak nampak akan hasilnyer makmal mengkaji kos sara hidup yang diluluskan oleh Pak Menteri dan dipandu oleh abang Deris ni.. entah ke mana dipandunyer pun gua tak tau laa.. entah-entah dah lingkup.. ataupun masih lagi tak habis-habis dok mengkaji siang malam.. apa ingat rakyat M'sia tikus putih ker... chehh!!

Thursday, September 11, 2014

GST.. JANGAN CUBA NAK HASUT GUA..


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah untuk masa depan rakyat serta negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan sistem percukaian baharu itu bukan sahaja lebih adil kepada pembayar cukai bahkan dapat memastikan ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan berdaya saing. - UtusanM'sia

Dan baca ni plak...

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kebimbangannya terhadap perbelanjaan dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Katanya, dana itu sebenarnya “berlagak sebagai dana kekayaan negara” sedangkan ia bukan daripada lebihan kewangan negara.

“Ia dihutang. Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara dengan amat tinggi. Hutang oleh negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah negara yang mengalami defisit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini,” katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia menghadapi belanjawan defisit apabila perbelanjaannya melebihi pendapatan, tidak seperti negara pengeluar minyak seperti.... - M'siaKini


Ooooo.. patut ler korang beria-ia sangat nak memperkenalkan GST kat gua.. kata GST ok ler.. GST terbaik la.. GST buat barang jadi murah ler.. GST boleh bikin hidup kita senang lenang ler.. mati-mati gua percaya dengan hasutan korang.. tapi rupa-rupanyer semua tu nak menyelamatkan korang yang dah nazak.. nak menyelamatkan kantong negara dah kempis dan hutang yang dah bertimbun-timbun.. haa.. baru padan dengan muka kita semua..

Tengok ler.. belum lagi GST dimulakan korang dah kemaruk berbelanja sakan sampai lupa diri.. tak tau la gua macamana ler agaknyer kalau GST dilaksanakan nanti tahun depan.. rasanyer mau ada yang kena parkinson tahap enam.. menggigil satu badan macam orang kena rasuk hantu raya bila tengok duit cukai yang melambak-lambak terhidang kat depan mato.. aii takan nak tengokkan jer yer tak.... cehh!! hampeh tul..

* Terima kasih ler Tok Det kerana mendedahkan kehampehan para pelingkup kat 1MDB.. dan gua pun tak bleh la nak cerita lelebih.. nanti tak pepasal plak gua kedalam sebab cuba nak menghasut para pembaca.. huhuhhuu