Isnin, 21 April 2014

PANJANG SANGAT.. TAK LARAT NAK BACO..


“Apo bondo ni Penanggah… gua tengok blog lu dah makin mengarut… dan la tak lawak entri plak bukan main panjang berjela.. mengalahkan novel… sampaikan naik letih urat leher gua nak membaco.. bukan tu jer.. urat belikat gua ni pun dah dua tiga kali krem lu tau tak.. agaknyer kalau lagi lama gua baco blog lu yang entah apo-apo ni.. rasanyer mau kena ghout..”

“Lu tau tak.. membaca entri lu yang panjang berjela tu telah membuatkan gua dijangkiiti simtom-simtom lemah daya ingatan tahap kronik.. sampaikan ada masanyer nama sendiri pun gua bleh tak ingat..  tak ker bahayo namonyer tu.. patut ler tak ramai yang nak baco blog lu ni.. kalau ikutkan hati mau jer gua saman lu sejuta duo..” begitu ler luahan rasa tak puashati Pak cik John Dempong.. sorang pembaca tegar dari Uganda melalui sepucuk telegram yang gua terima petang semalam..

Okey.. okeyy!!! nampaknyer lepas ni terpaksa le gua tulis entri yang pendek-pendek jer.. mungkin setakat dua tiga patah perkataan.. risau plak gua bila masuk bab saman-menyaman ni.. nanti tak pepasal plak gua kena saman dua tiga juta tak ker naya.. dengan apa gua nak bayarkan.. kalau stakat bayar pakai daun ketapang bleh la gua usahakan…

Jumaat, 11 April 2014

PELANCONGAN N9.. ADUHH!!! SEDIHNYER..


SEREMBAN, 8 April - Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau gembira kerana Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 2013 mengenai Negeri Sembilan pada keseluruhannya adalah memuaskan dengan hanya terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. ... blaa..blaaa..blaaa..

"Macam kelemahan Rembau Crystal Sdn Bhd (RCSB), anak syarikat Yayasan Negeri Sembilan adalah disebabkan tidak mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah (setiap tiga bulan sekali) dan ia bukan kelemahan dari segi perniagaan (operasi)," katanya.... blaa..blaaa..blaaa..




Mengenai empat projek pembangunan dan penyenggaraan kawasan pelancongan yang telah siap tetapi terbiar seperti dinyatakan dalam laporan itu, beliau berkata projek berkenaan bukannya di bawah LPNS.



Empat projek berkenaan iaitu bilik pameran ular dan sangkar ular di Hutan Lipur Ulu Bendul adalah di bawah Jabatan Perhutanan manakala kemudahan di Jeram Gading Resort di bawah Majlis Daerah Jelebu dan Pusat Informasi Pengkalan Nelayan Sungai Timun di bawah Jabatan Perikanan.. - Bernama


Kalau diperhatikan akan hasil usaha Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) yang wujud sekarang ni memang begitu menyedihkan.. atau bahasa mudahnyer masih ditahap cikai.. tak tau ler apa masalahnyer.. gua rasa diorang sendiri pun tak tau akan fungsinya LPNS itu diwujudkan ataupun mungkin diorang sendiri yang malas nak buat kerja ataupun terlalu sebok melancong kesana-sini.. ataupun mungkin di N9 ni tiada exco pelancongan..

Tak percaya cuba tanya orang N9 sendiri.. berapo ramai yang tau akan kewujudan Rembau Crystal yang terletak dekat stesen keretapi Rembau tu.. gua tau pun sebab gua lalu kat situ.. tapi tak pernah pun terniat nak singgah.. gua ingatkan dah tutup kedai sebab gua tengok cam lengang jer.. tapi mula-mula beroperasi dulu ada jugak gua nampak bas pelancong singgah kat situ..

Lepas tu cuba tanya plak orang luar.. tanya diorang tempat pelancongan bertaraf dunia atau bertaraf negeri yang ada kat N9 ni.. gua yakin 110 peratus yang terlintas kat kepalo diorang ialah PD.. PD dan PD.. dan kalau ditanya kat orang N9 sendiri pun pasti diorang akan memberi jawapan yang sama.. lepas tu mungkin ada yang menyatakan Nilai 3.. Ulu Bendul atau Istana Seri Menanti.. cuba kita pikirkan.. takkan ler macam tu besar punya negeri hanya itu jer tempat menarik yang berbaloi untuk di lawati..

Sebenarnyer kalau nak di ikutkan banyak tempat menarik di N9 ni cuma tak di ketengahkan jer.. seperti Kampung Esok di Kenaboi.. gua pernah sampai kat situ.. memang agak jauh kedalam tapi tempat tu memang menarik.. ada banyak jeram kat situ.. tapi masalahnyer kalau semua nak harapkan Jabatan Hutan dan Majis Daerah jer yang nak memajukan tempat pelancongan di N9 ni.. hinggakan bab promosi pun diorang gak yang nak kena pikir.. baik lantik jer diorang jadi LPNS..

Itu sebabnyer kalau nak dibandingkan antara industri pelancongan N9 dengan negeri Melaka memang kita jauh ketinggalan.. malah terlalu jauh.. di Melaka hutan sekangkang kera pun boleh dijadikan produk pelancongan sedangkan di N9.. pantang ada hutan semua habis nak di pelingkup.. mungkin ada yang tak perasan.. bahawa ada sebuah daerah di N9 yang boleh dikatakan dah kehabisan kawasan hutan.. setakat semak samun tu ada ler..

Cuba korang melancong kejap ke Kampung Bari di Inas Johol.. jalan tu bleh kluar ke kampung Batu Rembau.. di situ korang bleh tengok sendiri bagaimana kerakusan manusia merembat serta menarah hutan kat situ.. sedangkan kat situ ada dua kawasan jeram yang sesuai untuk dimajukan sebagai tempat pelancongan.. tak silap gua Jeram Papan dan Jeram Enggang.. ini kerana gua sendiri pernah sampai dan mandi kat jeram tu dulu..

Sedang negeri lain berebut-rebut nak memajukan hutan belantara diorang menjadi produk pelancongan eco-tourism.. di Johor ada Endau Rompin.. di Pahang ada Taman Negara.. Terengganu ada Tasik Kenyir.. Selangor ada Taman Pertanian.. Perak dengan Hutan Belumnyer.. Kedah dengan Gunung Jerai begitu jugak Sabah dan Sarawak semua ada Taman Negeri memasing.. tapi N9??? hadooo!!

Itu ler masalahnyer pemimpin yang ada kat N9 ni.. tak reti nak rebut peluang.. sedangkan industri eco-tourism itu sendiri mampu menjana pendapatan berbillion ringgit.. tapi apa yang diorang tau hanya tarah hutan tanam sawit.. tarah hutan tanam semak.. lain takda.. agaknyer kalau ditanya kat LPNS tentang perancangan diorang untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 ni serta promosi yang diorang lakukan.. gua pasti diorang sendiri akan tercungap-cungap nak menjawab.. kalau tak percaya cuba korang buka dan tengok sendiri laman web rasmi diorang www.nstourism.com.my. di situ korang akan dapat jawapannyer.. haaa!! diulang lagi sekali.. www.nstourism.com.my

 Ini ler Jeram Papan yang gua katakan tu.. jeramnyer cantik tapi ramai yang tak tau.. gua rasa LPNS pun tak pernah sampai sini.. tapi MB tau kut sebab balak kat sebelah tu dah habis kena tibai..

Gua rasa orang Johol pun ada yang tak tau jeram ni.. tempatnyer tak le jauh dari jalan besar tapi nak sampai sini bukan senang.. kena naik jeep 4x4..

Tak tau ler wujud ker tak jeram ni lagi.. sebab sebelah tu dah jadi kawasan pembalakan..

Kalau korang nak pegi.. haa!! jalan masuknyer ngam-ngam tempat lori balak keluar masuk sekarang ni..

Selasa, 8 April 2014

GST.. GUA PEDULIK APA...


Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini diluluskan di Dewan Rakyat selepas ia dibacakan kali ketiga dengan 118 ahli Parlimen menyatakan persetujuan pada kali pertama manakala hanya 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan.

Bacaan kali kedua pula menyaksikan 119 ahli Parlimen bersetuju dan 81 yang lain tidak bersetuju dan ia membawa kepada bacaan kali ketiga apabila Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta persetujuan ahli Parlimen.


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta pertimbangan Yang Dipertua agar undi kali kedua dibuat dan ia tidak ditolak beliau. Proses pengundian hari ini menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan sedikit kekecohan di dewan. - TheM'sianInsider


Ahh!! lantak lerr.. gua pedulik apa GST ker.. OST ker.. RST ker.. ZST ker.. gua pedulik apa kalau ada 160 buah negara pun sama buat benda ni.. gua pedulik apa dengan GST ni dikatakan kerajaan boleh mengaut pendapatan dua tiga puluh billion sekali pun.. dan gua pun tak pedulik kalau dikatakan lepas ni semua harga barang akan jatuh merudum...

Bagi gua itu semua auta..  itu semua nak menyedapkan hati.. mana ada dalam dunia ni harga barang kalau dah naik bleh turun disebabkan cukai... tapi tak tau ler kalau lepas ni tetiba plak harga rumah.. harga pakaian.. harga sparepart kereta motor.. harga tayar beskal.. harga tong gas tetiba plak bleh turun mendadak.. haa!! memang gua respek ler..

Ikutkan gua.. ada atau tidak ada GST sama jer.. gua akan tetap seperti biasa melayan kos sara hidup yang makin menghimpit kehidupan gua kat KL ni.. sampaikan gua nak kluar dating ngan awek gua si Khaty dan si Emma skrang ni pun kena berkira.. dan gua jugak akan tetap seperti biasa menyerahkan duit belanja kat tokey tol..

Sebenarnyer kalau korang nak tau.. dalam mana-mana dunia malah di planet Marikh sekalipun.. tujuan cukai hanya satu.. iaitu untuk memenuhkan poket pemerintah.. sebab bila duit dah banyak bertimbum-timbun sampai tak larat nak kira.. baru ler Pak Menteri bleh menguruskan negara dengan bermesyuarat serta melancong kesana-sini dengan lebih jitu dan lancar..

Dan korang jangan terperanjat kerana dimasa itu jugak akan munculnyer para malaon dari celah belukar.. mula ler kepalo otak diorang ni berputar-putar memikirkan bagaimana caranyer nak menyakau duit yang berguni-guni tu.. dan itu ler masalah yang kita hadapi saban tahun seperti yang di bentangkan oleh Pakcik Audit semalam..

SHAH ALAM - Pengurusan perolehan bagi 150,000 unit kasut (combat boot) adalah tidak teratur dan tidak menjaga kepentingan kerajaan serta tidak mendapat harga lebih rendah apabila perlu membelanjakan RM17.25 juta. Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 melaporkan, oleh itu tindakan tegas perlu diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab.. - SinarHarian

SHAH ALAM -  Kos operasi pembinaan kompleks Mahkamah Kuantan melebihi RM19.56 juta kerana projek itu siap 560 hari lewat dari tarikh yang dijadualkan. Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata kelewatan itu disebabkan perancangan yang lemah dari aspek reka bentuk dan skop tugasan.

“Bangunan ini sepatutnya disiapkan dalam tempoh 546 hari dengan peruntukan RM159.34 juta, tetapi kos pembinaan itu meningkat akibat kegagalan pihak (yang diberi) kontrak mematuhi tarikh.. -  SinarHarian

Sebanyak 482 peralatan bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar, dikategorikan sebagai 'asset not found' (V4L) atau peralatan tiada di lokasi. - M'siaKini

Jumaat, 4 April 2014

BALAI RAYA VS BALAI RAKYAT...


SINGAPURA - Malaysia mungkin boleh mencontohi konsep pusat komuniti yang ada di Singapura bagi terus memperkukuh integrasi kaum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, semalam.

"Kita akan buat kajian (berdasarkan beberapa pusat komuniti yang dilawati). Jika ini sesuatu yang boleh memperkukuh perpaduan nasional dan keharmonian kaum, saya akan majukan cadangan kepada kerajaan," katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini.

Kurup dalam rangka lawatan tiga hari ke republik ini sejak Ahad lepas. Katanya berdasarkan pemerhatiannya, pusat komuniti itu dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat baik rakyat tempatan mahupun warga asing untuk bergaul sesama mereka menerusi pelbagai aktiviti...  - SinarHarian



Berdasarkan pemerhatian dan serba sedikit pengalaman gua kat sana.. di Singapura pusat komuniti tu diorang panggil sebagai Balai Rakyat atau Community Centre.. biasanyer diorang panggi CC jer.. senang nak sebut.. dan fungsinyer seakan-akan Balai Raya bagi kita kat sini.. iaitu tempat masyarakat setempat berkumpul..

Cuma di Singapura Balai Rakyatnyer lebih sistematik.. boleh dikatakan semua aktiviti penduduk berpusat disitu.. ada dewan.. ada gelangang badminton.. squash.. takraw.. ping pong.. bola keranjang... perpustakaan.. termasuk kelas menjahit dan memasak untuk ibu-ibu.. malah sekolah tadika pun ada gak kat situ.. jadi sambil menungu anak habis sekolah boleh ler mak bapak melepak kat perpustakaan dulu... tapi ingat boleh dikatakan semua kemudahan tu berbayar.. dan duit tu ler diorang gunakan untuk bayar bil letrik dan air..

Tapi bagi kita kat sini biasanyer balai raya tu hanyalah tempat orang kampung seperti ahli JKKK bermesyuarat.. kalau ada aktiviti pun hanya untuk orang pompuan seperti kelas menjahit dan memasak... kalau tak dah tentu berkunci 24 jam.. kat kampung gua dulu ada diorang letakkan meja pingpong untuk bebudak bermain.. tapi tau jer ler bebudak.. lepas main habis semua bersepah.. kesudahannyer berkunci..

Bagi gua.. sudah sampai masanyer untuk kita menjenamakan semula semua balairaya yang ada kat negara kita ni.. kalau boleh tukar ler nama lain.. nama yang lebih urban serta mencongkam jiwa.. seperti Balai Masyarakat ker.... Balai Kariah ker.. Balai Penanggah pun boleh ler... ini kerana kalau kita pikirkan pun nama Balai Raya dan Balai Rakyat pun dah jelas membezakan makna dan fungsinyer.. apa yang raya pun gua tak tau ler..