Friday, October 28, 2011

TEAM N9.. SELAMAT BERJUANG LA YER..

SEREMBAN - Kelab E-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM) melancarkan kempen supaya penyokong pasukan itu hanya bersorak dari luar stadium pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini, sebagai bantahan kenaikan harga tinggi sehingga RM50. Kempen tersebut dinamakan 'Sokongan Padu Tidak Berbelah Bahagi Dari Luar Stadium Kepada Skuad Hobin Jang Hobin'. - UtusanM'sia

Sedang gua dok syok melepak kat depan rumah sambil mengusya beberapo orang awek cun lalu lalang.. tetiba.. Takdo duit jangan poie stadium.. Suruh Mat Asan sponsor.. Tulis skit dalam blog.. Apo nak demo-demo..

Itu ler antara sms ringkas yang gua terima dari sdara Kembara.. iaitu blogger manhassan.blogspot.. seorang penyokong tegar team Hijau Kuning yang telah gagal untuk mara ke final tahun ni.. beliau yang turut tidak ketinggalan untuk turut sama hangin satu badan melihat gelagat penyokong bolasepak di negara ini yang begitu berang diatas tindakan FAM menaikkan harga tiket final Piala M’sia pada malam esok yang dikira agak tinggi berbanding kenaikan harga saham belacan di bursa saham Tokyo.. turut menyatakan sokong padu kepada kepada jurulatih N9 iaitu Khor Sek Leng.. atau pun Mohd. Azraai Khor Abdullah yang juga berasal dari Kedah...

Gua pun malas la nak komen lebih.. takut ada plak nanti yang kecik hati... tapi korang kena paham... sebenarnya bukannya senang nak tengok team hebat seperti N9 beraksi pada final Piala M’sia.. ini semua memerlukan persiapan yang rapi dan bajet yang agak besar.. kena plak team N9 dah tiga tahun berturut-turut masuk final.. lagi la banyak nak pakai duit.. mana nak bayar jaga stadium.. driver bas lagi.. itu tak masuk lagi makan minum.. upah tok bomoh hujan.. sound sistem serta lighting stadium dan elaun pegawai FAM pun nak dikira gak.. tau jer ler sekarang ni kos sara hidup pun dah semakin meningkat...

Bagi gua kenaikan harga tiket sebanyak 75 paratus iaitu dari 30 hinggit tahun lepas kepada 50 hinggit pada tahun ni tak la tinggi sangat.. kira amat wajar dan tepat pada masanyer seiring dengan kenaikan harga getah dan sawit sekarang ni.. dan anggap ler kenaikan tersebut sebagai satu hadiah bonus dari pihak FAM untuk korang yang selama ini begitu setia menyokong diorang.. dan korang pun kira bernasib baik sebab yang jadi presiden FAM tu bukan gua.. klau tak mau gua naikkan harga tiket tu sampai 500 peratus.. kira-kira 4 juta hinggit sekeping.. haa baru padan dengan muka korang..

Dan sekarang ni korang kena ler terima hakikat.. bahawa tak mustahil satu hari nanti sukan bolasepak di negara ni hanya untuk tontonan golongan kaya sahaja.. macam sukan berkuda.. golf.. atau tenis.. seperti yang sedang berlaku di Amerika atau di Eropah sekarang ni.. sabar.. sabar.. jangan panik.. gua bukan la nak menakut-nakutkan korang.. tapi tanda-tandanyer dah semakin nyata dan ia sudah pun berlaku seperti yang kita tengok skarang ni..

Di Eropah.. untuk menonton perlawanan bolasepak di stadium.. korang hendak ler betul-betul sorang manusia yang berduit.. apatah lagi untuk menonton aksi pemain-pemain hebat dan kelab-kelab terkenal.. korang perlu menghabiskan beratus-ratus hinggit untuk membeli tiket bagi menonton satu perlawanan.. klau beli tiket bermusim lagi ler mahal.. silap-silap mau beribu hinggit.. bagi tokey kelab diorang senang jer.. siapa yang tak berduit sila duduk diam-diam.. korang tengok jer kat TV.. itu pun melalui siaran berbayar..

Oleh itu gua nak nasihatkan korang sebelum terlambat.. korang cepat-cepat ler beralih untuk menyokong sukan lain yang berbajet agak rendah.. serta tidak memerlukan wang yang banyak untuk membeli tiket ke stadium seperti sukan tarik tali.. tarik upih.. lari dalam guni.. dam ular ataupun sukan gasing pangkah.. gua dengar ada desas-desus yang menyatakan bahawa abang Leman Kasau iaitu Presiden Persatuan Tarik Upih SeM'sia sedang merancang untuk menaikkan harga tiket tahun depan..

* Gua walaupun diturunkan harga tiket sehingga RM2.50 sen.. gua tetap setia menonton kat TV jer di rumah.. sambil pekena biskut kering dicicah kopi o panas... perghh!!! layan siutt... dan untuk pemain team N9.. korang semua jangan risau.. gua akan tetap memberi sokongan yang paling padu dalam sejarah di muka bumi untuk korang dengan slogan 'Sokongan Padu Tidak Berbelah Bahagi Dari Pucuk Pelepah Sawit Kepada Skuad Hobin Jang Hobin'… okey selamat bergasak la yer..

Thursday, October 20, 2011

NAK BERDEBAT PUN ADA SYARAT KER!!..

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari mengingatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin supaya tidak meletakkan sebarang syarat dalam menyahut cabaran untuk berdebat dengannya.

Katanya, tindakan Zulkifli yang mendesaknya memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan komennya ke atas titah baginda berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara (DUMC) adalah tidak masuk akal.

"Siapa pukul dulu, siapa lanyak dulu. Dia yang kutuk saya di Parlimen jadi ini tiada kena-mengena dengan memohon maaf kepada sultan, jangan heret sultan dan jangan cemar kedudukan Tuanku... - UtusanM'sia

Ya tuan-tuan dan puan-puan semua.. gua ialah spy Penanggah merangkap pengerusi majlis debat pada hari ini akan membawa anda semua menyaksikan satu lagi pertandingan debat terbuka antara Prof. Amit Jambul dari Universiti Ontahkekmano yang akan bertindak sebagai pencadang.. manakala bagi menghangatkan suasana.. pihak kami terpaksa mengimport Datuk Usin Cendol yang juga seorang ahli politik bebas yang terkenal dengan kepakaran beliau melompat parti sebagai pihak pembangkang....

Dan untuk tidak melengahkan masa.. saya serahkan kepada Prof. Amit Jambul untuk mengemukakan hujah beliau yang pertama bagi memulakan acara debat pada hari ini.. tapi dengan syarat Prof. Amit kena berguling dua tiga round dulu kat atas dewan yang mulia ni.. okey dipersilakan Prof. bagi memulakan acara....

Prof. Amit: Testing.. testing.. one... two.. three.. ehemm.. ehemm... bukan aper penonton semua.. gua sajer jer nak test vokal.. kasi Datuk Usin Cendol ni gerun sikit.. alaaa stakat berguling dua tiga round apa la sangat.. tak mencabar langsung.. klau lu suruh gua berguling sampai kat pekan Senawang pun gua no hal nyer ler.. tapi dengan syarat pengerusi majlis ni pun kena ler buat skali.. klau bleh berguling sambil makan karipap.. haa baru ler gempak..

Spy Penanggah: Ciss Amit Jambul!! berani lu mencabar gua pengerusi majlis ni.. jangankan berguling sambil makan karipap.. berguling sambil naik beskal pun gua sanggup ler.. tapi dengan syarat Datuk Usin Cendol kena ler berguling sambil peluk tong gas..

Datuk Usin: Apa hal gua plak.. gua datang sini nak berdebat bukan nak berguling.. lagi pun gua ni bukan pakar bab guling-mengguling ni.. klau suruh gua melompat katak tu memang la bidang gua... tapi dengan syarat penonton kat dewan ni pun kena melompat sekali sambil pikul kambing boer..

Penonton: Horeyyyyy!! bestnyerrr... kitorang tak kisah pun.. jangankan suruh kitorang ni pikul kambing.. pikul lori pikup kat depan tu pun kitorang sanggup.. tapi dengan syarat.. naikkan pangkat kitorang dan bagi bonus 18 bulan....

Prof. Amit: Woiii.. apa yang korang semua merapu ni haa.. nak berguling laa.. melompat katak la.. pikul lori pikup la.. bonus la.. gua datang sini nak berdebat bukan nak buat lawak bodoh..

Datuk Usin: Sabar Prof. Amit sabar!!.. betul la apo yang dikatakan oleh si Prof. Amit tu tuan pengerusi.. kitorang ni datang nak berdebat bukan nak berlawak.. dan sampai skarang ni pun kitorang masih lagi tak tau apa ke tajuk dan tema debat ni.. nanti kalau kitorang berdua ni main hentam jer berdebat tanpa tajuk tau plak lu marah..

Spy Penanggah: Amboi!! banyak cantik muko nak berdebat tanpa tajuk.. apo korang ingat tugas gua jadi pengerusi majlis debat ni percuma ker.. gua dibayar gaji bulan tau tak.. tapi tak per.. gua boleh benarkan korang berdebat tanpa tajuk dan berdebat mengikut selera tekak korang.. tapi dengan syarat sewaktu berdebat Prof. Amit kena berdebat sambil berbaring kat atas almari kat hujung dewan sana.. manakala Datuk Usin plak kena berdebat sambil mencangkung kat bawah meja depan gua ni..

Prof. Amit: Woii!!! spy Penanggah macamana lu bleh jadi pengerusi majlis ni hah.. lu pakai orang dalam ker.. ini apa punya debat sampai banyak sangat syarat-menyarat.. dah macam nak mintak kerja.. gua tak kisah la nak berdebat sambil berbaring ker.. nak melompat ker.. tapi bagi la tau apo ker tajuk debat ni cepat.. gua dah tak sabar nak berdebat ni.. lu jangan bagi gua marah.. nanti tak pasal-pasal ado yang masuk wad enam krang ni..

Spy Penanggah: Wahh!! garang semacam nampaknyer le lu ni Amit Jambul.. siap nak hentak gua sampai masuk wad.. tapi klau lu anak jantan.. gua nak cabar lu.. jom la kita plak yang berdebat... kita tengok siapa handal..

Prof. Amit: Gua no hal spy Penanggah.. debat-mendebat ni memang makanan gua.. dan gua sanggup terima cabaran lu... tapi dengan syarat lu kena mintak maaf dengan Lobai Kidam sebab lu ngorat anak dara dia semalam..

Spy Penanggah: Okey.. gua bleh mintak maap dengan Lobai Kidam.. tapi dengan syarat Lobai Kidam kena berdebat sambil berenang dengan gua dulu..

Datuk Usin: Aii!!.. korang berdua jer ker nak berdebat.. abih tu yang gua duduk tercongok mencangkung dari tadi nak berdebat dengan saper plak... cepat la sikit mulakan acara berdebat ni.. krem siut lutut gua duduk lama sangat bawah meja ni...

Penonton: Woii!! bosan giler ler korang ni.. apa punyer jenis debat ni pun kitorang semua tak tau la.. korang ni betul ler buang maso kitorang.. dah la masuk kena beli tiket tapi ni jer hasilnyer... pening.. pening.. baik kitorang semua ni blah.. daripada tengok korang ni berdebat sampai tak masuk akal.. baik kitorang tengok ayam berlaga.. tenang sikit jiwa kitorang...

Spy Penanggah, Datuk Usin & Prof. Amit: Ciss!! berani korang semua nak meninggalkan dewan yang mulia ni sebelum kitorang habis berdebat.. okey kitorang bleh benarkan korang semua blah.. tapi dengan syarat korang semua kena berdebat dengan kitorang dulu.. one bye one..

Penonton: @%&8*$#@.. gilooo!!!

* Perhatian: Entri kali ni agak ganas dan slapstik.. pihak kami sedia bertanggungjawab dan akan membayar ganti rugi jika terdapat mana-mana pembaca yang mengalami sengal-sengal usus sewaktu membaca entri ini.. tapi dengan syarat pembaca tersebut hendaklah menyerahkan geran tanah diorang kepada pihak kami dan jugak sanggup berdebat dengan Prof. Amit Jambul selama 8 jam tanpa henti...

Friday, October 14, 2011

GANYANG PAK!.. JANGAN TAK GANYANG..

JAKARTA - Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di sini pada Rabu sehingga merosakkan cermin pos pengawal.

Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan.

Ini menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ. Para penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram.. - Bernama

Nampaknyer isu ganyang-mengganyang kembali panas.. dulu kecoh pasal pembantu rumah kena dera.. sebok nak ganyang.. pasal kuda kepang tercabut skru pun nak ganyang.. lagi lepas tu pasal tarian pendet.. pun panas nak ganyang.. lepas tu pasal kain batik plak.. pun nak ganyang.. pasal lagu Negaraku ciplak lagu Terang Bulan pun nak gak ganyang.. paling panas pasal kes ambalat nyaris-nyaris nak ganyang.. tak reda lepas tu nelayan diorang plak kena tangkap.. pun berapi-rapi nak ganyang.. sekarang ni plak pasal isu sempadan.. apo lagi diorang pun mula la kumpulkan geng ganyang..

Ingat tak masa perlawanan bola Piala Suzuki kat Indon dulu.. nyaris-nyaris pemain kita tak kena ganyang.. pelancong kita pun tak berani nak kesana sebab takut kena ganyang.. kalau ler diorang dapat tangkap mau lunyai rakyat kita kena ganyang.. lagi pun polis diorang pun tak dapat nak buat apa sebab diorang sendiri pun takut kena ganyang..

Tapi diorang semua tu kira bernasib baik sebab gua takda kat sana.. klau tak teruk diorang semua tu gua ganyang.. tak kira ler Mak Lampir atau si Jaka Sembung memang habis gua ganyang.. tapi mana yang cun macam Julia Perez dan Dewi Persik tu takan la gua nak ganyang.. dan klau betul awek berdua tu marah sangat pun tak per ler.. gua sanggup tunggu kat situ sambil merelakan diri gua sendiri diganyang.. atau pun paling tidak sama-sama ganyang-mengganyang..

Gua agak-agak ler sukan SEA kali ni mau teruk pasukan dan atlit kita kena ganyang.. sebab diorang kat sana sekarang ni tengah berapi-rapi nak mengganyang.. gua nasihatkan tahun ni tak payah ler kita hantar pasukan bola sepak yang bakal kena ganyang.. dan kalau kita pegi pun dah sah-sah ler kena ganyang.. tapi macamana pun kita dah ada alasan.. dengan keadaan yang tak selamat itu sebabnyer kita tak bleh nak main dengan baik sebab takut kena ganyang.. tapi kalau korang main bola macam bebudak sekolah tadika.. jangankan diorang.. gua tengok pun hati panas silap-silap gua plak yang pegi sana mengganyang..

* Entri kali ni agak memeningkan kerana terlalu banyak perkataan ganyang.. ini adalah disebabkan sewaktu gua menulis entri ni gua sedang mengganyang beberapa ketul ayam goreng dengan agak rakus dan bengis.. maka dengan itu segala kesulitan sewaktu korang membaca entri ni amat dikesali..

Thursday, October 13, 2011

ORANG JANTAN JANGAN BIKIN MALU..

KOTA BHARU - Hasrat kerajaan Kelantan membantu wanita bujang mencari pasangan melalui penubuhan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah', kurang mendapat sambutan di kalangan lelaki apabila tidak ramai yang berminat untuk mendaftar. Sambutan dingin daripada kaum Adam itu menyebabkan unit berkenaan menghadapi masalah untuk mencarikan pasangan sesuai bagi wanita yang berdaftar.

Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, unit ‘Mahligai Sakinah’ yang diwujudkan sejak 2007 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan… - UtusanM'sia

Apa ler korang ni tak bagi tau gua awal-awal yang adanya unit mencari jodoh bernama Mahligai Sakinah.. yang katanyer ditubuhkan semata-mata untuk menolong para jejaka mahupun si duda yang tengah pening kepala untuk mencari penyeri rumah.. alaa bukan aper.. gua pun nak gak mencelah.. mana ler tau dapat yang cun melecun macam si Milah.. anak tok penghulu dikampung sebelah.. dan sebenarnyer gua ni tak ler memilih sangat.. tapi harap-harap dapat ler yang masih hangat.. pasal wajah tu tak kisah ler cantik ataupun tidak.. yang pinggang ramping atau bebody bulat macam badak.. kalau dah jodoh tu gua terima ler jugak..

Rupanyer unit mencarik jodoh ni terbuka kepada semua.. tak kira yang muda mahu pun orang tua.. malah atok bercucu lima pun boleh jugak nak mencuba.. itu pun klau muka tak malu dan sanggup ketengah.. walaupun tau tenaga tu tak seberapa dan selalu mengah.. atau pun pada siapa jugak la yang berani nak mencuba menambah orang rumah.. tapi awas.. yang penting berbincang dulu secara berhemah.. bukan apa gua takut nanti tak pasal-pasal korang kena hambat keliling kampung sampai tak cukup tanah..

Yang gua heran tu apsal la unit cari jodoh Mahligai Sakinah ni tak mendapat sambutan.. gua tengok aweknyer bukan ler main ramai.. tapi masalahnyer susah sangat plak nak carik si jantan.. tak kira ler yang muda atau pun yang dah layak dijadikan santan.. takan semua malu nak kawin sampai sanggup menyorok dalam hutan..

Buat awek-awek tu gua harap korang semua bersabar yer.. sebenarnyer jodoh korang tu ada cuma cepat dan lambat jer.. klau korang nak tau jantan sekarang ni nilainyer dah macam emas.. walaupun stakat keja kilang papan kat pekan Gemas… mungkin bilangan diorang ni dah semakin kurang.. sebab ramai yang dah tergelincir ke jurang.. masa di kampung dulu tengok body tu elok-elok jer sekeras kayu perabot.. tetiba sekarang ni bila jumpa tengok-tengok dah bertukar plak menjadi ayu dan lembut....

Dan untuk si jantan plak.. cuba-cuba ler korang jadi lelaki sejati... dah elok-elok berjalan jangan la ditukarkan langkah tu macam lenggang itik serati.. mak kat kampung klau tau mau pengsan setengah mati bila tengoknyer anak jantan diorang dah bertukar jadi anak mami... takkan la korang nak harapkan gua sorang jer yang nak jaga awek-awek ni.. setakat sorang dua tu bleh ler gua beranikan diri.. tapi klau dah berpuluh tu.. silap-silap gua pun cabut lari..

Sebenarnyer gua bukan apa.. gua kesian tengok awek-awek tu.. menanti jodoh yang masih lagi tak tentu.. ikutkan memang la gua nak bantu stakat yang mampu.. agar diorang dapatkan jodoh sorang satu... dan mungkin ini salah satu cara yang mampu dibuat.. itu pun kalau ada yang sanggup nak penuhkan kuota gua yang empat.... hehehe.. siapa yang tak suka dikelilingi bidadari cantik berbody lentik.. tak kisah jer walaupun hari-hari kena jentik dan makan nasik berlaukkan betik.. yang penting gua happy jiwa dan raga.. tak kisah ler walaupun hidup sentiasa dikunci dan dimangga..

Tuesday, October 11, 2011

OOO!!.. ADA HATI NAK NAIK GAJI YER..!!

KUALA LUMPUR: Kerajaan menarik balik cadangan untuk menaikkan gaji dan elaun 222 Ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012, Jumaat lalu, selepas mendapat bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012.

Beliau berkata, empat pemimpin pembangkang membantah kenaikan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub...... - BHarian

Kekadang tu gua terpikir.. apa la yang susah sangatnyer jadi ahli parlimen ni.. kalau setakat sebok dengan isu PKFZ.. cerita Beng Hock.. Ahmad Sarbini.. SPRM.. kes liwat.. komisen kapal selam… Altantuya.. cincin Rosmah.. video Datuk T.. isu hina Raja... isu malaon lompat parti.. cerita Bersih 2.0… pasal si Ambiga.. isu gereja dan kristian.. hudud.. komunis.. cerita Mat Indera.. penjajah... isu kemerdekaan yang memeningkan.. sekejap kata dijajah.. sekejap kata tak pernah dijajah.. baik tak payah.. bosan siut..

Dan yang paling hebat diorang buat untuk rakyat pun hanya stakat menaikkan harga minyak,.. naikkan harga ayam.. harga gas masak.. naikkan bil elektrik.. tol.. gula.. minyak masak.. tayar beskal.. minyak 2T dan macam benda yang nak dinaikkan.. senangnyer kerja.. dan kalau itu jer ler kejanyer memang gua tak berapa setuju untuk menaikkan gaji diorang ni.. bukan ler gua dengki.. tapi klau stakat nak menaikkan harga barang dan merapu pasal isu remeh-temeh.. gua rasa ramai lagi yang bersepah kat tepi jalan yang bleh jadi ahli parlimen..

Kalau ada markah tentang kerja pun hanya takat 4/10 jer... yang lebih tu gua tengok diorang ni lebih suka merapu tak tentu arah.. sebok bertelagah.. bertekak dan memaki-hamun sesama sendiri.. bergaduh pasal benda yang tak memberi manfaat langsung kepada rakyat.. dah tu sebok ajak gang berkumpul beramai-ramai pegi buat laporan polis... kawasan dan pengundi sendiri tak terjaga.. ada ka patut..

Sebenarnyer gua tak kisah kalau korang nak naik gaji sampai dua tiga juta sekali pun.. korang nak tidur 3 hari 2 malam dalam parlimen tu pun gua tak marah.. dipersilakan.. tapi korang kena ler berusaha dan pikir macam mana nak mengurangkan kos kehidupan yang semakin menghimpit leher rakyat 1'M'sia macam gua ni.. baru ler betul.. ini keja tak seberapa dah tu ada hati nak naik gaji.. banyak cantik.. apa korang ingat semua rakyat 1M'sia ni hidup senang-lenang macam korang ker.. nasib baik ada yang sedar diri membantah.. klau tak lingkup!!..

Friday, October 7, 2011

SUDAH LA LU GADDAFI..

TRIPOLI: Bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi menyeru rakyat Libya mengadakan demonstrasi bagi menentang kerajaan baru negara itu. Beliau berkata demikian dalam satu temubual oleh stesen televisyen Arrai yang berpangkalan di Syria.

"Saya menyeru berjuta-juta rakyat Libya, lelaki dan wanita, untuk bangun (tunjuk perasaan) di dataran dan jalanan serta seluruh bandar menolak Majlis Peralihan Kebangsaan," katanya dalam satu rakaman suara berkualiti rendah yang disiarkan stesen televisyen berkenaan hari ini. - BHarian

Banyak cantik lu punya muka Gaddafi.. bila dah tersepit tau plak lu takut.. tau plak lu merayu mintak nyawa.. haa baru sekarang lu tau langit tu tinggi atau rendah.. dah tu suruh plak rakyat bangun buat demo.. lu ingat rakyat lu semua tu takda keja ker.. daripada diorang menjerit berdemo sampai keluar anak tekak baik diorang pegi menoreh atau pegi petik sawit.. dapat gak duit..

Alaa.. lagi pun ini semua salah lu.. cuba lu ingat balik masa lu dengan lu anak beranak tengah berkuasa dulu.. masa lu tengah lupa diri.. ada lu pikir tentang nasib rakyat lu.. tapi apa yang gua tengok bukan main lagi lu bengkeng dengan diorang.. pantang silap sikit nak menembak sajer.. kritik sikit tangkap.. jeling sikit penjara.. tak puas hati sikit masuk ISA.. dan sapa yang berani buat demo.. memang lunyai diorang lu lanyak.. silap-silap bleh jadi arwah..

Itu la Gaddafi.. sebenarnyer lu lupa satu hadis Nabi iaitu.. Dari Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah bersabda: “Artinya: Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)”. - Shahih Muslim.. dan gua ulang lagi sekali.. Artinya: Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)..

Dan untuk pengetahuan lu Gaddafi.. ini la yang dikatakan kehidupan.. putaran rodanya sentiasa berputar.. sekejap diatas sekejap dibawah.. dan bukan selamanyer lu boleh mendabik dada menongkat langit.. dan sekarang dah masa lu plak untuk berada kat bawah.. dan doa rakyat yang lu zalimi tu pun dah dimakbulkan Tuhan.. jadi lu rasakan la plak.. bagaimana pedihnyer hati bila seluruh rakyat lu memaki hamun serta merampas harta lu sekeluarga.. padan dengan muka lu..

Thursday, October 6, 2011

GENAPNYER TRAGEDI 7 OKTOBER..

Okey.. kita lupakan sementara kisah politik ataupun lawak gilo babi orang-orang politik separuh masak yang telah berjaya menyerabutkan kepalo kita sejak kebelakangan ni.. sehingga otak kita pun turut jadi beku dan berkarat... silap-silap klau budak tadika tanya sifir 2 pun kita jadi terkulat-kulat nak menjawab.. dan gua pun tak nak memeningkan kepalo korang dengan mengulas cerita cincin AS$24 juta yang terpaksa dipulangkan semula kepada pakcik Jacob setelah gagal dijual di pasar-pasar malam dan pasar ikan di sekitar Selayang....

Dan untuk entri kali ni gua nak menulis cerita yang agak lebih santai dan relaks sikit.. tapi ikutkan kira penting gak la.. iaitu gua nak mengajak korang mengimbas kembali tragedi 7 Oktober yang akan genap 10 tahun besok.... mungkin ada diantara korang yang terpinga-pinga memikirkan apo kebondonyer tragedi 7 Okt ni yer tak.. haa gitu la korang.. klau tragedi 9/11 bukan main lagi korang ingat.. siap bersedih sampai tak lalu makan.. (kalau ikutkan 11/9 sebab berlaku bulan Sept.)

Sebenarnyer apa yang gua nak ceritakan ni memang ada kena mengena pun dengan 9/11.. dan kalau tak kerana angkara 11 Sept tu.. tragedi 7 Okt ni pun tak mungkin akan berlaku.. dan disebabkan tragedi tersebut.. gua nak bawa korang merayau-rayau ke Afghanistan.. dan mungkin korang tertanya-tanya.. apsal plak Afghanistan?.. kenapa tak ke Hawaii ataupun paling tidak ke Bali sambil mengusya awek-awek cun kat sana.. haa itu yang gua nak cerita ni... ..

Kalau korang nak tau.. 7hb Okt adalah tarikh malang bagi umat Islam dimana hari tersebut ler berlakunyer serangan pertama Operatian Enduring Freedom dari tentera salib yang diketuai oleh Amerika dan sekutunyer keatas Afghanistan pada 7hb Okt 2001.. iaitu tak sampai sebulan selepas berlakunya tragedi 11 Sept di WTC New York.. dengan alasan memerangai pengganas maka dengan licik.. akhirnyer Afghanistan pun berjaya di kambing hitamkan oleh si Amerika.. dan disitu ler bermulanya titik kehancuran serta konflik berpanjangan umat Islam di seluruh dunia seperti yang kita lihat sekarang ni..

Dan di masa itu jugak kita dapat melihat bagaimana lagak dan poyonyer pemimpin-pemimpin Islam yang begitu mudah dibeli oleh si Amerika.. bahkan ada plak yang sanggup merelakan diri menjadi balaci si dajjal lahanat tersebut.. malah diorang plak yang lebih Amerika dari Amerika.. pantang silap sikit.. akan melebel pangganas kepada siapa saja yang menentang.. itu sebabnyer gua menganggap perkara malang ini sebagai satu tragedi…

Maka sempena genapnya 10 tahun perang di Afghanistan yang masih tiada tanda-tanda berkesudahan ni.. gua berharap ia dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua.. terutama orang-orang politik separuh masak yang sentiasa berceramok sepanjang masa di negara ni.. agar diorang dapat berpolitik dengan cara yang lebih bijak dan matang serta sentiasa berlapang dada dan otak.. gua berkata demikian kerana bleh dikatakan semua kehancuran negara Islam kat dunia ni adalah bermula dengan angkara orang-orang politik sengal yang tak habis bercakar berebut kuasa.. diorang dok sebok mengajak umat Islam supaya bersatu.. sedangkan diri sendiri tak habis-habis bergusti..