Selasa, 21 Julai 2009

Yeeaahh.. Yeeaahh..!! Besok Ado Gerhana..


KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok. Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi. - Metro.


Gerhana yang bermula dari garis lintang 65 darjah utara melintas ke tenggara laman rumah ketuo kampung Mat Insun menuju ke garis lurus pusat bumi bawah tanggo rumah Wakdol dan dapat dilihat dengan jelas dari anjung rumah penghulu Seman di kampung Langkap..


Menurut juru tol dari pusat sains angkasa Keratong Empat.. saudara Steven Darus.. gerhana yang berlaku setiap 100 tahun ini akan menyobabkan berlaku sengal-sengal tulang terhadap penduduk kampung di beberapo kawasan.. terutama di kampung Parit Khai dan kampung Ulu Bachok.. ini disobabkan keadaan suhu ditempat tersebut tidak berapo mencongkam akibat dari kenaikan paras air laut di Laut Merah..


Bagi yang ingin melihat kejadian gerhana tersebut.. wakil driver lori sampah dari majlis daerah Alor Gajah.. saudara Asri Jani menasihatkan semua peminat gerhana membawa teropong.. kamera dan makanan sendiri.. ini adalah untuk mengelakkan keadaan berasak-asak ketika ingin mengambil gambar dan menurut Asri lagi.. urat keting beliau hampir terkehel semaso berebut-rebut mengambil gambar ketika gerhana 100 tahun lepas..


Dianggarkan hampir 200 ribu peminat gerhana akan membanjiri laman rumah pakcik John Dempong ketuo rela kampung Air Leleh bagi menyaksikan kejadian gerhana yang dianggap paling berprestij bagi tahun ini.. acara yang akan dimulai oleh tarian kudo kepang oleh belio kampung Congkau dan tarian lenggang perut oleh makcik-makcik felda Rokan Barat diharap akan dapat memeriahkan lagi majlis gerhana tersebut..


Majlis juga akan turut dimeriahkan dengan pertandingan gusti WWE antara Bob KImbo dan John MInggo bagi merebut piala JKKKK Kampung Bukit Selambau.. pertanding 7 penjuru ini akan diadakan sebanyak 73 pusingan kalah mati.. dan hadiah akan disampaikan oleh Alex Ferguson wakil dari majlis daerah Alor Gajah..


Sebelum acara gerhana di tamatkan semuo pengunjung akan dijemput bersamo-samo berjalan itik mengeliling rumah John Dempong sebanyak 5 kali dan hingga ke garisan penamat di tempat letak kereta .. ini adalah untuk mengelakkan pengunjung diserang penyakit sengal tulang kering.. pihak penganjur turut mengucapkan Selamat Harijadi Gerhana buat semuo pengunjung yang bakal hadir..

7 ulasan:

  1. kat umah john dempong bole jual apam balik tak!

    BalasPadam
  2. bleh takda hal.. tapi kena byar cukai pintu 4 juta rupee.. sanggup bleh ler..

    BalasPadam
  3. xdak jamu air sirap ka..kan pns dok teropong gerhana tu..kalo jamu air leh ilangkan dahaga..

    BalasPadam
  4. nak jamu air sirap kebenda.. hari pun mendung jer pagi ni.. tak nampak pun gehananyer.. ntah2 diorang sajer jer nak buat cerita kut.. alamakkk John Dempong dah hangin satu badan ni... baik gua blah dulu..

    BalasPadam
  5. Gerhana?

    aisey sorile... lepas antar anak den ko sekolah agama, den balik sambung titon... dapek jugak le 3 jam lebeh... cheh!

    BalasPadam
  6. gerhana ni elok dok umah je..main internet..haha

    BalasPadam
  7. memang elok pun duduk rumah..nak kluar pun.. poket ler plak gerhana ujung2 bulan ni.. hehee..

    BalasPadam