Khamis, 2 Julai 2009

PARIS DALAM KENANGAN..


Mungkin korang pun dah boring dengan cerito merapu gua kat Jakarta dan Bandung seminggu dua ni.. tapi kali ni gua nak cerito plak pasal pengembaraan gua selama empat tahun dua bulan enam hari di Paris tahun lepas.. kisah ni pun kira menarik gak la.. kalau buat filem gua rasa kalah la cerito Kliwon vs Mak Lampir.. 


Gua sampai di Paris hujung tahun lepas untuk melawat member lamo gua yang samo-samo belajar di sekolah malam kat Cairo 50 tahun dulu.. gua sampai pun dah nak malam dan maso tu kat Paris tengah menyambut musim buah.. macam-macam la buah yang gua tak pernah tengok gua jumpa kat sana... macam buah manggo.. buah rambutan.. langsat pun ado gak.. kalau nak tau orang Paris panggil langsat ni buah 'lengshut..' tak tau ler gua apsal diorang panggil lengshut.. mungkin susah sangat nak menyebut.. sampai terkehel lidah diorang nak menyebut langsat.. kalau anggur tu jangan cerita ler.. pusing kiri anggur.. pusing kanan anggur.. siap pasang sport rim 17 lagi tu... pendek kato anggur sesajer..


Menurut crito member lamo gua John Dempong.. bandar Paris ni tak la besar sangat.. lebih kurang KL jer.. kalau besar pun.. besar sikit la dari Kangar.. dulu orang tak panggil Paris.. kalau ikutkan surat beranak namo asal dio Mountceh.. maso tu ketuo kampung diorang musuh lamo gua.. Pak Aris.. alaa.. Pak Aris yang jual apam balik kat Keramat.. korang kalau pegi pasar Keramat mesti jumpo la orang tuo ni.. nak kato hensem tak la hensem macam member gua Maro .. stunman Wakaf Mek Jenab tu..


Menurut crito dio lagi.. orang putih ni bilo lidah diorang dah hari-hari sebut Pak Aris.. Pak Aris.. lamo-lamo bertukar lah jadi Paris.. langsung sampai sekarang ni melekat orang panggil Paris.. Pak Aris yang tak berapo hensem tu pun dah losap balik kampung kat Parit.. Tak tau la gua betul ke tak cerito si John Dempong ni.. kalau dio tipu.. samo-samo la kito kono tipu.. 


Di Paris ni banyak tempat pra-sejarah yang boleh kito lawati pada musim sejuk.. seperti kedai runcit Latip.. kedai snuker Uncle Dee.. kedai motor Akrun dan kedai getah keping Apis Sakmi.. manakala di bahagiah tenggara arah timur laut Paris.. terdapat banyak istana-istana lamo seperti istana Sultan Micheal Tongga di jalan Vendoraisamy.. istana Raja Louis @ Chin Peng di simpang Tigo Gombak.. manakala istano Temenggong Napoleon Bonakab terletak di betul-betul di bahu jalan Bahau arah ke Batu Kikir..


Bagi yang berminat untuk menunjukkan skill bermain gasing diatas salji.. boleh ler korang pergi ke bukit Gucci yang terletak di banjaran Alps Selatan.. biaso tempat ni menjadi tumpuan dihujung minggu terutamo waktu musim menuai..  kerana diwaktu tu keadan salji tidak berapo keras dan sesuai untuk diorang bermain gasing pangkah..


Manakala bagi orang pompuan yang kaki shopping.. jangan lupo untuk singgah ke pasar malam Van Dior Vuitton di Montaigne Street.. tempat ni memang syurga untuk bershopping.. macam-macam fashion dari barangan plastik hinggalah ke barangan kulit yang boleh korang dapati disini.. bag tangan dari kulit pisang sampailah ke baju kebaya dari kulit rambutan.. legging yang dibuat dari kulit durian pun ado dijual kat sini.. 


Selama beberapo hari gua meronda di Paris ni banyak ler pengalaman baru yang gua dapat.. seperti bergurau senda di tepi kedai roti makcik Kiah.. berbalas pantun selamo enam jam dengan penduduk kampung Paris Saint Germain.. yang paling best bermain galah panjang dengan pakcik Bachok.. ketuo Felda Vinciones Park.. yang lain tu gua tak dapat nak crito sebab kesuntukan maso... lagi pun jetski yang gua nak tompang untuk balik ke Malaysia pun dah nak gerak.. okey la gua chow dulu.....

1 ulasan:

  1. legging dr kulit drian?den nak boli..bg mengelak dr di rogol..muahahahahaha..

    BalasPadam