Jumaat, 17 Julai 2009

MARO.. RELAKS LERR.. BRO..


HARAPAN peminat Moncehster United (MU) untuk melihat kelincahan penyerang Mek Jenab FC.. Maro Teves buat julung kalinya beraksi bersama kelab tersebut untuk menentang pilihan Malaysia di Stadium Bukit Jalij malam minggu ini nampaknyer hancur berkecai.. apabila perjanjian damai antara kedua kelab ternama tersebut gagal mencapai kata sepakat mengenai jumlah bayaran perpindahan beliau ke MU.. sehinga hampir mencetuskan pergaduhan diantara kedua penyokong kelab tersebut di ladang getah Jelai Satu..


Alex Ferguson yang ditemui oleh spy Penanggah semaso sedang bermain congkak bersama Bob Kimbo dibawah rumah Mael Keroncong.. ketuo kampung Ulu Yam-Yam menyatakan bahawa pergaduhan tersebut adalah sebahagian dari strategi beliau untuk memerangkap dan mengelirukan pertahanan Malaysia malam besok.. malah pasukan bimbingan beliau akan menggunakan sistem 6-6-4.. dimana semua pemain simpanan MU akan menyerang dari sebelah kanan stadium.. sewaktu pasukan Malaysia berhenti rehat..


Spy Penanggah yang terserempak dengan Maro Teves sewaktu beliau sedang menjual apam balik di pasar malam Keramat menyatakan kekecewaan beliau diatas kegagalan perjanjian tersebut.. beliau yang digembar-gemburkan akan digandingkan bersama penyerang terbaru MU.. Akrun Moses yang di beli dengan nilai RM257.45 dari kelab Lipis FC dan John Minggo dari Segambut United yang di beli secara ansuran bernilai RM180.25..


"Aper la MU.. nak beli gua pun tak mampu.. bukan mahal sangat pun.. 65 hinggit 70 sen jer.."  getus beliau sambil mengunyah tiga keping apam balik yang masih panas.. "Nampaknyer lepas ni terpaksa ler gua tukar profesion dari penjual apam balik kepado pelukis karikatur sepenuh maso plak" jelas beliau lagi sambil mengangkat tong gas ditepi meja lalu membaling ke sebuah teksi yang sedang lalu..


"Aiii.. boleh ko lu lukis karikatur ni.. jangan lu lukis muko gua ni jadi mak lampir sudah.. tapi takpo ler Maro.. kalau lu tak dapat jadi pemain bola.. lu jadi pelawak pun ok gak.. gua tengok muko lu pun gua dah nak gelak.. heeheeheeeh.." spy Penanggah cuba mengusik..


"Ahhhh.. pegiiii dahhh.. kang silap-silap dengan Ferguson.. dengan lu.. lu skali gua lipat..."


"Perghhh.. sabau.. sabauuu... Maro..."


* Sebagai nak mengambik hati si Maro ni.. gua nak bagi cadangan kat korang.. kalau korang berminat nak menempah lukisan karikatur untuk tatapan korang sendiri sebelum tido atau kenangan perkahwinan korang ataupun sebagai hadiah untuk tersayang ker.. nak bagi cikgu ker.. hari jadi nenek korang ker.. tak kisah ler kalau korang nak lukis karikatur untuk kucing korang pun takda hal...boleh ler korang contact si Maro ni - 013-3330306..

8 ulasan:

  1. Sdr Pening...eh Penanggah.

    Kartunis Maro tu kawan ekau yo?
    Bagusle kawan tolong kawan. Sapa lagi, takkan nak harap kesatuan ye tak.

    Aku memang mengikuti kartun Maro tu sejak dari keluaran pertama lagi sampai lani. Walaupun tidak kukenal secara dokek, tapi aku memang tabik spring dan tabik ameng kat dia.

    Pendek kato kalau tak baco kartun Maro dongan blog Ponanggah ekau satu hari makan tak berapo lalu... satu hari satu sudu satu sudu...tigo pinggan jugak abis.


    Den nak kobakan pada ekau yg sebenornya den pernah terserempak atau 'terjeromoh'(bahaso kg den) dengan kartunis Maro dokek lima belas kali didalam dan diluar negara.

    Tapi den cerito yg den jumpo dio kek oversea jolah, baru kick sikit bukan ka.

    Kali pertamo tu den jumpo dia kek atas kapal mewah 'PALONG 3 CRUISE' yg belayar merentasi Lautan Atlantik menuju ke Bermudo Trianglle sebelah felda Triang dan berpatah balik ke Terusan Suez, Terusan Panama dan berakhir di Terusan Wan Mat Saman...

    Den berpeluang bercuti atas kapal mewah tu sebab den monang hadiah saguhati peraduan mencipta lagu, logo dan lego anjuran Tadika Komeh, Taman Kantan Permai...

    Maro maso den napok tu dia tengah dok tarik brek kapai... taktaule dia buat part time ko, atau nak cari pengalaman ko... tapi den nampok lo pen point 0.4 ado torsolit kek tolinga dio...

    Kali ke2, masa den poie Taj Mahal diIndio. Kali ni dapek hadiah saguhati jugak peraduan menconteng dinding tandas anjuran pejabat den diShamelin perkasa dongan kerjasama NASA yg berpengkalan diCape Caneveral.

    Maro maso tu den napok do tengah cuci kubah Taj Mahal tu ha... humang ai..calang-calang kartunis tak berani panjek tu... Tengah den dok beraso banggo dongan koboranian dio tibo-tibo den terdongar.. "Daey Tambi sahab, yennedei apa bikin sana atas.. bawah
    turun" sambil mengacu M17 bersama 1 trak sojar.

    Maso den poi Mesir menang hadiah saguhati peraduan meneka kacang dalam balang sempena hari kantin sedunia sekolah anak den di Kajang den nampok jugak kelibat dio.

    Kalini kek dopan piramid Giza. Ha maso ni baru den nampak dio tongah buat carricature. Ramai jugak unta yg dok keliling dio. Tok-tok arab jangan ceritole... lobek masyuk poket dio aritu..

    Last sekali maso den menang saguhati lagi peraduan meneka berat kerbau pendek anjuran belia 3B sebuah kg di Mexico sewaktu den menjadi pemuzik jalanan dulu.

    Den mendapek tiket pree melancong ko Takbai.
    Maso den dok atas feri bertayar tong dram tu den terpandang dio tengah mengilik limo belas ayam sabung.

    Taktau lo den dio nak pi belago dongan ayam siam ato nak p jual ko. Konpius sungguh den dengan kartunis terbilang ni.

    Gitulo pongolaman den jumpo dio. Oleh kerano dio tak kenal den, maka komunikasi dua hala tidak le berlaku.

    Ekau kirim salam sama dio tau.
    Kalu berani bawak la dio sekali kek Bistro Bt 11 minggu ni... kalau tak pueh hati ajok dio g karaoke skali...

    Salam.

    BalasPadam
  2. panjang btul crito sejarah ekau ni.. kalah penanggah versi tamil.. hahahaa.. maro tu takdo ler hebat sngat.. gua lg terer kalau lukis gmbar muko orang tu.. silap2 bleh jadi gambar kapal solam...

    BalasPadam
  3. mak aii...gila pnjang ah..kalah ko pnya crita pnanggah..arini MU lawan Malaysia..ko skong sapa?aku skong kelantan ja..
    hahahahahahahha..

    BalasPadam
  4. Ko dok merapu apa ni siap apam balik pun ada... Memang ranting kayu tol la ko ni... Emmm gambar aku kat Jakarta, Bandung mana? Sah-sah aku je yang popular kat situ. Dah la naik kapalterbang kena kencing bayar lebih...
    Ni bola-bola aku tak main la...

    BalasPadam
  5. Oii mat kring kring kring... olps terlebih satu kring plak...

    aku dengar aritu ko nyaris nak kena campak kat dalam kawah gunung tangkuban perahu oleh penanggah pasal sudah mengorat awek indon yg dia dapat. Tul ke ato propa yo?

    BalasPadam
  6. tedung selar.. tu smuo fitnah dari manohara jer tu.. sebab gua tak balas emel dio tigo ari lepas.. biaser ler kring kring oii. namo pun blog paling merapu.. hello kring kring ni ado gosip panas.. sorang artis dikir barat abe maro kain batik tengah bercinta sakan dengan anak tokey pasir... aii panas jer gua tengok mamat nii... ello kring kringg.. ellooooo..

    BalasPadam
  7. penin... penin...

    BalasPadam
  8. haahaahaaaa.. slipar jepun tu baru merapu tahap 3.. baru skit2 ko dah pening.. klau lg lamo mau ko pitam kat tepi mejo tu.. camno pun samo-samo la kito memoningkan kepalo..

    BalasPadam