Rabu, 29 Julai 2009

Kongsi Gelap.. YB dan Abang Usin..


KUALA LUMPUR – Seorang penganalisis jenayah tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir wakil rakyat ditaja oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap tertentu untuk menghalalkan kegiatan haram di kawasan mereka. Hasil analisis dan pemerhatian pihaknya mendapati, banyak kegiatan haram antaranya pusat judi, hiburan, spa dan pelacuran tumbuh di kawasan terlibat selepas wakil rakyat berkenaan memenangi pilihan raya. - Utusan


Menurut pakar analisis tulang rangka merangkap pakar urut dari balai bomba Ulu Teriang.. iaitu Prof. Usin Kimbo ketiko membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk 'Kongsi Gelap 1Malaysia Menuju Puncak'.. didalam satu bengkel pengurusan rumah tanggo yang dianjurkan oleh persatuan bengkel-bengkel motor Bahau beberapo hari lepas.. menyatakan dari intipan beliau selamo beberapo tahun.. terdapat ramai YB telah menggunakan khidmat kongsi gelap sebagai wakil mereka ke mesyuarat JKKK di kawasan pemerentahan yang mereka wakili..


Dalam pembentangan tersebut... Prof. Usin Kimbo juga turut menggambarkan situasi genting yang sedang menyerang masyarakat dikala ini... akibat dari pergaulan bebas antara pemilik kongsi gelap yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan dengan para YB tersebut.. ketiadaan maso kerana terlalu sebok dengan bermain golf dan menguruskan projek bot pancung adalah alasan popular yang selalu diguno pakai oleh para YB ni untuk mengaburi pandangan masyarakat berbilang kaum di negara ini..


Seorang timbalan pengarah kongsi gelap yang tidak berapo digeruni.. SivaDee TheBoss dari kumpulan D24 cawangan Mat Insun yang sempat ditemui oleh spy Penanggah.. ketiko sedang sebok mencurik buah sawit diladang Apiz Sakmi beberapo minit lalu.. turut mengakui akan perkara tersebut.. malah beliau turut mengakui pernah dilantik oleh YB Nuek sebagai wakil penghulu mukim Lombok Selatan ke mesyuarat agung PBB untuk beberapo kali.. dan beliau juga pernah dilantik untuk wakili kampung Boting Kuala Pilah ke sukan Asia di Jerman duo tahun lepas.. 


Menurut beliau lagi.. walau pun beliau hanya mendapat tempat tercorot dalam semuo acara termasuk acara gymrama dan renang berirama namun beliau telah dianggap sebagai wira kampung Boting.. diatas kegagalan tersebut beliau juga telah dianugerahkan pingat tertinggi AMNPJK.. yang bergelar Tan Tun Sri.. malah beliau hampir-hampir dianugerahkan gelaran Sir.. setelah berjayo memecah masuk ke stor getah keping Gan KIm Kiat di Bukit Bintang pada malam minggu lepas..


Di akhir pembentangan tersebut.. Prof. Usin Kimbo sambil mato beliau mengusya beberapo orang awek yang lalu-lalang.. turut mengakui akan kepentingan hubungan yang erat antara YB dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap tersebut.. ini adalah kerana mereka amat memerlukan antara satu sama lain.. ibarat aur dengan tebing.. seperti enau dalam belukar ataupun air yang tenang jangan disangka tiada buayo..   sebagai mata dan telinga kerajaan.. ibarat sebagai jambatan yang menghubungkan antara pemimpin dengan rakyat.. malah menurut beliau lagi pemimpin beginilah yang amat-amat diperlukan oleh negara kita sekarang ini.. ujar beliau sambil mencapai sepinggan mi goreng...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan