Isnin, 13 Julai 2009

ROYALTI DAN MANIK URAI


Maka semuo penduduk kampung Manik Urai tak kira tua muda.. lelaki pompuan.. pemuda pemudi.. macho tak macho.. cun dan kurang cun.. masing-masing secara bergerombolan telah berarak menuju kerumah Pak Darus.. ketua kampung mereka yang separuh macho yang terletak disebelah balairaya di hujung kampung.. berarak dari pekan Tapah dengan berjalan kaki hinggalah ke Tanjung Malim dan terus berbasikal menuju ke Manik Urai.. masing-masing dengan tujuan yang sama iaitu bagi menghantar memorendum bagi menuntut royalti getah keping daripada Pak Darus.. ketua kampung yang mereka cintai..


Masalah yang telah berlarutan hampir 73 tahun ini.. tiba-tiba panas kembali bilamana sekumpulan pencuri kambing yang di ketuai oleh SivaDee TheBoss telah berjaya mencuri getah keping yang mereka simpan sekian lama didalam almari baju dan dibawah katil di rumah Pak ManAsan.. kejadian yang berlaku lewat malam tadi juga telah mencetuskan beberapo rusuhan kecil.. namun berjaya dipadamkan oleh Wolverine dari pasukan X-Men yang dipanggil khas oleh Pak Darus bagi menteramkan keadaan..


Spy Penanggah yang mendapat tahu berita tersebut.. tanpo berlengah lagi terus berlari-lari anak ketempat kejadian walaupun keadaan disana dilaporkan begitu merbahaya kepada perahu-perahu kecil dan berisiko tinggi akan diserang hendap atau dicolek oleh sekumpulan lanun Pirate Of Karikambing dipertengahan jalan.. terutama kat selekoh zig-zag di Merapoh.. tetapi kerana tugas dan perjuangan bangsa 1Malaysia.. spy Penanggah tanpa segan silu terus menuju ke Manik Urai untuk menyiasat kejadian yang sebenar..


Pak Darus yang di temui ketika sedang menari kongga bersama Wolverine di tepi balairaya mengakui akan kejadian ganas yang telah berlaku di kampung tersebut dan beliau juga mengakui tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana kecurian getah keping di rumah Pak ManAsan terletak di luar bidang kuasa beliau.. kerana kejadian tersebut berlaku diluar garisan kampung Manik Urai.. beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara ni ado bersangkut paut dengan hari mengundi yang akan menjelang sehari duo ni kat Manik Urai.. jelas beliau sambil berpusing ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu.. 


Pak Darus turut menyatakan.. royalti tersebut hanya boleh dituntut dari pakcik Apiz Sakmi ketuo kampung Ipoh Timur.. kerana kejadian tersebut berlaku betul-betul di atas garisan kawasan jajahan beliau.. Wolverine yang sedang memanjat tembok balai raya turut bersetuju dengan perjelasan Pak Darus tersebut. 


"Gua setuju betul dongan Pak Darus ni.. mengikut kajian metrokulasi yang gua lakukan sejak tahun lopeh.. tak syak lagi ini semuo berpunco dari angkaro SivaDee TheBoss yang turut bertanding dalam pilihanraya tersebut.. gua ingat basikal chopper gua yang hilang dulu pun malaon ni yang rembat.. kurang ajau nyer SivaDee.." jelas Wolverine dengan nada marah sambil melibas sabit rumput ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu kongga yang kedegaran sayup-sayup dari radio di rumah Usin Sempoi..


Manakala untuk mengetahui perkembangan terbaru mengenai perarakan segerombolan orang kampung bagi menghantar memorendum tuntutan royalti getah keping.. Spy Penanggah telah berkesempatan menalipon pakcik Rosihan selaku ketua kumpulan G8 yang tak bertauliah.. diberitakan juga kumpulan beliau telah sampai di Simpang 3 Gombak.. 


"Hello pakcik Rosi.. hello.. helloo.. ekau pokak ko.. haaa.. boleh ceritakan tak mengenai perkembangan terkini tentang kumpulan G8 yang sedang berarak bagi menghantar memorendum royalti ni tak...?


"Apo laa orang kampung tak bleh pakai langsung.. korang bayangkan laa.. dari 20 ribu yang join tak sampai limo orang jer yang tinggal skarang ni.. itu pun budak-budak kocik.. mulo-mulo jer diorang smangat  berapi-rapi nak tuntut royalti.. tapi bila dah jalan.. sorang-sorang hilang.. ado yang singgah kat Nilai 3 laa.. ado yang hilang kat jalan Masjid India beli tudung manohara la.... yang lelaki pun samo gak.. ramai yang losap kat Bukit Bintang.. last-last gua jer yang tinggal empat limo orang.. hampehhh btulll... silap.. silap.. gua pun nak lesap kejap lagi ni.." kedengaran suara pakcik Rosihan sayup-sayup dan terputus-putus..


"Hello pakcik Rosi boleh bagi tau.. sapo-sapo lagi yang tinggal tuu.. helloo pakcikk.. aiii soyap jerr.. helloo.. hello Rosi... helllooooooooooo.."

6 ulasan:

  1. Antar jo Transformers BumbleBee.. sure setel..

    BalasPadam
  2. tak bleh lerr.. BumbleBee dah cedera jatuh longkang.. kena hambat dengan Geng Mangkoi..

    BalasPadam
  3. pak darus tu ada anak dara cun tak...!

    BalasPadam
  4. anak dio kureng skit la.. tapi nenek dio.. umang aiii kalah penyanyi lady gagap.. ngan lu sesuai la

    BalasPadam
  5. nape pak darus tak pnggil je geng silat lagenda?knapa harus geng X-men tu?
    Ceq tak paham..

    BalasPadam
  6. gua dah panggil geng silat lagenda.. tapi diorang tengah sebok gali perigi...

    BalasPadam