Rabu, 8 Julai 2009

TRAGEDI SEEKOR BEROK


MELAKA – Belum pun sempat membantu mempromosikan negeri ini, Mek Wok yang merupakan beruk pertama diterima untuk membantu usaha kerajaan negeri menjadikan aktiviti memetik buah kelapa sebagai tarikan terbaru pelancongan di Melaka, didapati mati pagi Ahad lalu - Kosmo


Tiba-tiba pagi tadi kampung Kelabu Asap menjadi gempar segempar- gemparnyer.. ado yang meraung macam tarzan.. ado yang melompat-lompat sambil bersilat macam power renger.. ado yang berguling-guling kat tepi tanggo.. ado yang meracau-racau di tepi jalan arah ke rumah ketuo kampung.. yang terkena ghout pun ader empat limo orang.. semuo terkejut tahap zikubel.. masing-masing macam tak percayo jer bilo diorang mendengar berita tentang kecederan MIke.. beruk Pak Deeboss ketika cubo melakukan aksi stunt sewaktu memanjat pokok kelapo Usup Karim.. 


Bagi mereka beruk kesayangan Pak Deeboss ni bukan sembarangan beruk.. 4 tahun berturut-turut juara karate dunia.. 8 kali juara laga ayam di kampung Kelabu Asap.. kalau bab panjat memanjat ni jangan nak cabar la.. setakat lima nam pokok tu.. sekali jalan jer.. kira beruk Pak Deeboss ni la ikon kampung Kelabu Asap selain dari Apis Beckham juara gasing pangkah juga dari kampung tersebut.. Bagi mereka takkan lah aksi yang begitu mudah pun MIke boleh jatuh terjelepuk ke pangkal pokok.. biaso Mike boleh buat aksi yang jauh lebih ganas lagi seperti terjun tiruk diantara pelepah ke pelepah kelapa dengan begitu mudah sekali..


Menurut gossip terbaru dari majalah Rapu edisi khas.. kejadian tersebut berpunca bila kaki Mike tiba-tiba tergelincir ketika sedang melakukan aksi breakdance di hujung pelepah kelapa pandan untuk mengurat Mek Wok.. beruk cun kepunyaan Wak Kab yang kebetulan lalu di kebun kelapa tersebut... menurut laporan gossip tersebut lagi.. Mek Wok adolah beruk tercun di kampung tersebut.. maka dengan itu banyaklah beruk-beruk jantan dikampung tersebut yang tergila-gilakan Mek Wok termasuk jugak pemuda dan belia-belia kampung.. serta tidak ketinggalan Pak Keteng ketua kampung Kelabu Asap turut meminati Mek Wok.. ini membuatkan Mike terasa tercabar dan tidak ingin melepaskan peluang untuk turut sama mengurat Mek Wok.. 


Spy Penanggah yang sempat melawat Mike sewaktu menerima rawatan di klinik desa dikampung Kelabu Asap menafikan gossip liar tersebut.. "Ini semuo fitnah yang sajo nak menjatuhkan reputasi gua sebagai beruk paling hensem dan terer di kampung ini khasnyer dan daerah ni amnyer.. kalaulah gua tau sapo yang menabur fitnah ni mau jer gua karate tumit kaki diorang.. biar diorang rasa " jelas Mike sambil melepaskan beberapa tumbukan padu ke tiang klinik sebagai tanda protes diatas laporan gossip tersebut..


"Kalau korang nak tau semaso kejadian tu gua sedang bertarung dengan Kimbo ahli gusti WWE dari Togo dalam acara free style kuak kupu-kupu.. sebaik jer gua nak melepaskan tendangan tanpa bayang peringkat ke tiga.. mako tetibo jer gua diserang oleh Under Taker dari belakang.. dengan tu berlakulah satu pertempuran yang amat dahsyat.. sampai orang kampung turut campurtangan.. tapi gua sempat cabut lari kalau tak mau gua jadi mendiang" jelas Mike lagi lalu mencekit leher spy Penaggah..

"Ooiiii... apasal lu cekik gua ni.. dah buang tebiat ko.."

"Alamakkk.. sorry laaa.. gua kalau tengah geram mesti nak bunuh orangnyer.."

"Apo la lu Mike.. ganas betul lu ni.. baik gua blah dulu.. kalau lagi lamo gua tunggu.. tak pasal-pasal plak nanti gua pun masuk wad 6.. memang elok la ekau cedera ni.. ganas sangat mengalahkan Chin Peng.."

"Apo ekau cakap.. kurang ajau lu.."

"Makkk.. cabutttttttt..."

2 ulasan:

  1. hahahaha..beruk bleh ckp ke?
    or ko yg pndai bhs beruk?
    muahahahahahahaha..

    BalasPadam
  2. ni bukan sbarang beruk tau.. ni beruk PPSMI.. siap ado lesen kapal terbang lagi tu..

    BalasPadam