Rabu, 22 Julai 2009

GERHANA.. RAMAI KECEWA..


TIDAK seperti yang diharapkan.. ramai peminat gerhana melahirkan kekesalan mereka terhadap kegagalan pihak penganjur mengadakan gerhana matahari mengikut jadual yang telah ditetapkan.. mereka yang datang dari pelbagai pelusuk kampung dan negara telah berkumpul sejak minggu lepas lagi di laman rumah John Dempong.. ketuo rela kampung Air Leleh.. semato-mato untuk melihat keajaiban gerhana yang dikatakan akan mengeluarkan cahaya lampu kalimantang ketika berado tepat di atas garisan bujur 45 darjah utara.. melintang keselatan hingga ke tepi sawah belakang rumah Asri Jani.. driver lori sampah majlis daerah Alor Gajah..


Kekecewaan mereka tidak dapat dibendung lagi.. bilamana terdapat beberapo peserta yang tanpo malu-malu terus merembat beberapo ketul karipap pusing dan lempeng pisang yang disimpan oleh pihak penganjur dalam stor di dalam rumah John Dempong.. pengunjung juga turut kecewa bilamana acara tarian kudo kepang budak kampung Congkau dan tarian lengang perut oleh makcik-makcik felda Rokan Barat terpaksa dibatalkan disaat akhir.. kerana penaja didapati telah cabut lari bersamo-samo awek penjual tiket..


Spy Penanggah yang turut hadir dimajlis gilang-gemilang tersebut.. melihat John Dempong turut tidak ketinggalan bersamo para pengunjung merembat karipap pusing dan lempeng pisang yang telah beliau simpan sejak dua minggu lepas.. dengan itu spy Penanggah tanpo membuang maso pun turut bersamo-samo beliau merembat karipap pusing tersebut.. walaupun gagal mencilok beberapo keping lempeng pisang akibat terlalu leka melayan karipap yang begitu sodap sampai menjilat tumit kaki.. 


Beberapo orang pengunjung yang tidak berpuas hati diatas perjalanan majlis tersebut turut menunjukkan beberapo salinan jadual aturcara yang dijanjikan oleh penganjur kepada spy Penanggah..


3.00 pagi - 12.00 tnghari : Kehadiran tetamu jemputan.. VVIP termasuk presiden Obama dan perdana menteri Togo.. Mbeki Tamborin.. 


5.23 - 7.48 pagi : Berhenti rehat..


8.00 pagi - 7.12 malam : Acara pertandingan laga ayam 12 penjuru..


9.56 - 10.36 pagi : Acara melihat gerhana dimulai dengan tarian kudo kepang..


10. 41 - 11.00 : Berhenti rehat bersamo makcik felda Rokan Barat..


11.11 - 11.12 pagi : Pertandingan berguling tebing bukit 8 penjuru.. kalah mati..


11.32 - 12.00 : Majlis bersurai sambil berpantun..


12.01 -12.10 tnghari : Sarapan pagi..


12.28 -12.29 tnghari : Kehadiran semula tetamu jemputan.. VVIP termasuk presiden Obama dan perdana menteri Togo.. Mbeki Tamborin..


12.33 tenghari - 10.54 malam : Acara bebas.. majlis suaikenal dan beramah mesra dengan gerhana..


8.41 - 8.45 malam : Makan tengah hari.


9.00 - 9.00 malam : Acara melihat gerhana dan bersurai...


9.12 malam - 5.00 pagi : Berhenti rehat dan berdebat dengan presiden Obama..


Spy Penanggah yang turut pening melihat jadual aturcara tersebut cuba meminta penjelasan dari John Dempong.. namum beliau tidak dapat memberi kerjasama kerana sebok melayan karipap pusing..

7 ulasan:

  1. apa ekau mrapu ni spy oiii..wktu tunggang langgang.

    BalasPadam
  2. tu smuo angkara gerhana.. tu yg jd tunggang langgang tu.. sampai ic no. pun bleh bertukar laa...

    BalasPadam
  3. OY PENANGGAH! KALO KAO TERER GILA H1N1... SAPO MANUSIA PERTAMO YG BERJAYO MENJEJAKI KO MATOHARI?

    =A= Ketuo Kg Sg Rokan Timur
    =B= Rosli Usin, ketuo relo wakaf mek jenab
    =C= Jemon, pencipto lagu ubi stelor
    =D= Romario @ Maro..jurulatih kelab boxing seng hup foundation cawangan khas kg sg atap off jalan kg sireh keutara gunung semanggol yg dijaringkan oleh amri yahya striker merbahaya kepada perahu kecil-kecil cili api semasa kecil menjadi kawan yg makan dipinggan minum dicawan dan berak dijamban angkut.

    BalasPadam
  4. aku tau.. aku tau... aku tao jawapan dia..
    incik karipap sadin ada tak!

    BalasPadam
  5. apo la slipar jopun.. soalan sonang pun tak tau.. sbonarnyer jwapan dio E.. kunta kinte.. tu sobab kulit dio golap semacam.. kono bakar dek matohari..

    BalasPadam
  6. hah ada sorg... ada sorg wartawan kat majalah mangga yg kulit mcm tu kan... ngeri betol.. kalo mlm mesti... isk ngeri

    BalasPadam
  7. aiiiii slipar jopun.. jgan laa ckap camtu.. dio tu tak laa gelap sangt.. kalau cermin tinted tu kiro lulus JPJ tu..

    BalasPadam