Selasa, 27 November 2012

KITA TUKAR JE DENGAN NAMA LAIN..

HANOI - Pihak berkuasa Vietnam dilaporkan enggan mengiktiraf pasport baharu China yang memaparkan peta pulau-pulau di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh beberapa buah negara, termasuk Malaysia. Vietnam sebaliknya mengeluarkan visa menggunakan sekeping kertas secara berasingan daripada pasport itu.

Ketua pemerintah pasukan pengawal sempadan Vietnam di wilayah utara Quang Ninh yang bersempadan dengan China berkata, pengawal sempadan telah diarah mengeluarkan visa khas kepada rakyat China yang mempunyai dokumen baharu tersebut.


Pihak berkuasa Vietnam bimbang tindakan memberikan cop kepada pasport baharu China itu secara tidak langsung memberi pengiktirafan kerajaan terhadap tuntutan Beijing ke atas wilayah yang menjadi pertikaian dalam kalangan beberapa buah negara. Filipina turut membantah... - UtusanM'sia


Amboi senangnyer keja.. mentang-mentang laut tu ada nama China jadi lu ingat semua khazanah termasuk air dan tanah yang ada kat area Laut China Selatan tu bapak lu yang punya...  apa lu ingat geran laut tu datuk lu yang pegang ke... banyak cantik lu punya muka..

Gua rasa.. sebelum si China tu klaim mengatakan yang Pulau Tioman.. Pulau Redang dan kawasan sekitarnyer datuk nenek diorang yang punya.. apa kata pak menteri kita tukar jer nama Laut China Selatan kat area negara kita ni dengan lain.. dengan nama yang lebih syahdu.. mencongkam serta menggegarkan.. mungkin nanti bila dah tukar nama lain.. takda ler peluang si China tu nak klaim  mengatakan yang semua benda termasuk batu karang dan ikan buntal yang ada kat dalam laut tu diorang yang punya..

Kalau ikutkan mau jer gua tukar nama Laut Cina Selatan tu dengan nama Laut Ultraman Selatan.. sempena nama member gua si Ultraman Taro dengan si Ultraman Ace.. haaa.. baru padan dengan muka si China tu.. baru ler buku bertemu ruas.. dan bleh ler kita tengok plak lepas ni bagaimana si China tu bergasak dengan dengan si Ultraman semata-mata berebutkan laut dan pulau..

Khamis, 22 November 2012

M75.. MEMANG POWER..

GAZA – Brigade Izuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas, menegaskan bahwa hijaratus sijjil (operasi serangan roket batu – batu sijjil) menang atas ‘amudus sahaab (operasi militer zionis Israel pilar awan). Brigade Izuddin menambahkan dalam pernyataan bahwasanya ia mampu mengguncang situs-situs musuh semenjak awal serangan dengan 1573 lontaran roket dan mortar dan menghantam pesawat tempur, kapal perang, dan kendaran – kendaraannya yang ia gunukan, pada awal dengan roket jarak jauh.

Sebagian memakai roket buatan lokal, yang dapat menjangkau hingga 80 km di Herzilya,  dan dapat mengguncang, untuk pertama kalinya dalam sejarah, Tel Aviv (spring hill) dan Yerusalem serta memaksa komandan penjajah untuk mengangkat bendera putih. Brigade Izuddin Al-Qassam mencatat telah menembakkan, selama pertempuran hijaratus sijjil, 6 roket M75 dan 6 roket Fajr 5... - voa-islam.com


Dalam kita mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang diasak dengan penuh kezaliman oleh tentera zionis sekarang ni.. gua tau ramai diantara kita yang begitu kagum dengan kehebatan roket M75 milik brigade Izuddin Al-Qassam.. iaitu sayap tentera puak Hamas ni yang dilaporkan telah berjaya menghuru-harakan bandar-bandar di Israel.. hinggakan sistem penangkis Iron Dome Israel pun tak menang tangan nak menangkis kehebatan roket ni..

Malah siren amaran di Tel Aviv dan Jerusalem yang dah 20 tahun tak berfungsi tu juga dikhabarkan terpaksa bekerja keras bagi melaungkan amaran akan bahayanyer roket ni.. bukan tu jer.. Perdana menteri Israel si Benyamin Netanyahu serta beberapa pemimpin zionis Israel lahabau itu juga dikatakan turut sama tanpa segan silu melarikan diri ke dalam bungker serta menyorok celah pintu bagi menyelamatkan diri dari terkena roket ni.. kalau tak mau bersepai diorang tu kena bom..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa ler agaknyer roket tu dinamakan M75... apa hubung kaitnyer huruf dan angka tu pada nama roket tersebut... mengapa tak diletakkan nama yang lebih ganas seperti Kayu Api ker.. Batu Petir ker.. Tapir Berantai ker.. sekurang-kurangnyer nama tersebut dapat jugak menggerunkan urat keting si yahudi zionis.. dan bagi mengelakkan korang bertambah kompius maka terpaksa ler brigade Izuddin mendedahkan akan rahsia nama pada roket M75 tu..

Menurut brigade Izuddin.. sebenarnyer huruf M yang berada pada nama itu adalah diambil dari nama Muqaddimah… ataupun Ibrahim Ahmad Al-Muqaddimah.. yang telah syahid pada Sabtu pagi 8 Mac tahun 2003.. apabila kereta beliau dibedil oleh helikopter Apache Israel.. beliau juga adalah salah seorang yang terlibat dalam menubuhkan gerakan brigade Izuddin Al-Qassam ni selain dari Ahmed Said Khalil al--Ja’bari… iaitu komander tertinggi pasukan ni yang juga telah syahid pada 14 November lepas.. sehari sebelum kita menyambut Maal Hijrah akibat dari serangan jet zionis haram jadah..

Dengan kematian al-Ja'bari ini jugak ler yang membuatkan brigade Izuddin tanpa berlengah terus melancarkan serangan roket kearah wilayah Israel tanpa batas dan membuatkan penduduk yahudi zionis menjadi panik dan kelam kabut.. dengan kekuatan serta semangat baru brigade Izuddin Al-Qassam ini jugak membuatkan tentera zionis terpaksa berpikir sepuluh kali untuk melakukan serangan darat..

Dan apa kena-mengenanyer plak dengan nombor 75 tu.. apasal tak letak nombor yang cantik sikit macam nombor 1 ker.. no 88.. nombor 123 atau paling tidak nombor 2020 ker.. haaa baru ler gempak… tapi camno pun untuk pengetahuan korang.. yang nombor 75 tu pula merupakan simbol dari kekuatan roket tersebut yang mampu menjangkau sasaran sejauh 75 hingga 80 km.. kalau letak nombor 1 korang pikir ler sendiri berapa jauh roket tu bleh pegi.. silap-silap jatuh kat atas kepala sendiri....

 Canggih tu.. roket ni la yang buatkan puak-puak zionis di Israel tak lena tidor.. apa taknyer.. kalau ler kena pintu pagar rumah si Netanyahu mau bersepai siutt..

 Ni baru sikit yang diorang tunjukkan.. sebenarnyer banyak lagi yang diorang simpan dalam stor..

Amender ler.. katanyer Iron Dome korang ni canggih tahap cipan.. tapi setakat mercun roket M75 pun lu tak bleh lawan..

Jumaat, 9 November 2012

KITA PATUT MALU KAT OBAMA..

WASHINGTON 7 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, kompromi diperlukan untuk memastikan negara ini terus bergerak ke hadapan. Beliau membuat kenyataan itu selepas menewaskan calon Parti Republikan Mitt Romney dan mengekalkan jawatannya untuk penggal yang kedua.

Dalam ucapan kepada penyokongnya di Chicago, Obama berikrar untuk bekerjasama dengan pemimpin Parti Demokrat dan Parti Republikan dalam usaha mengurangkan defisit persekutuan negara, mengekalkan kod cukai, membuat pembaharuan dalam imigresen dan mengurangkan kebergantungan negara kepada minyak asing.


Obama berkata, beliau juga akan berbincang dengan Romney 'bagi mencari ruang untuk bekerjasama membangunkan negara'.


''Kita sebagai satu keluarga, dan kita bangkit atau jatuh bersama sebagai satu bangsa dan negara,'' katanya. - UtusanM'sia


Inilah yang membezakan antara garis kasar sorang pemimpin berjiwa besar dengan garis kurus sorang pemimpin berjiwa halus dan bernafsu rakus.. walaupun dah menang bergaya dan dipuji berjela-jela.. namun tetap tak lupa yang dirinyer masih berpijak dibumi nyata.. malah seterunya masih lagi diajak bicara bagaikan sudah lama bersaudara..

Walaupun ada yang menggelarkan mereka ini kapir harbi.. yang menunyer setiap hari bercampur arak dan babi.. tapi mereka ni masih lagi mampu sama-sama berdiri dan berjanji untuk membina ibu pertiwi walaupun berlainan parti.. malah semasa berkempen pun rakyat tidak ditakut-takutkan.. jika parti tu menang teruk ler korang kena tekan dan diganyang.. silap-silap body korang yang montel tu jadi kurus kerana negara ni akan digadai oleh pemimpin boros kepada si yahudi bernama Soros..

Alangkah malunya pemimpin kita yang masing-masing menepuk dada mengaku merekalah yang paling mulia dan banyak berjasa.. tapi kenapa masih jugak tidak sekata walaupun duduk semeja dan mengaku saudara seagama.. bagi gua itu semua hanyalah lawak jenaka dari pemimpin kita bagi menghiburkan rakyat jelata yang semakin sengsara dan tersepit dengan kehidupan yang begitu menghimpit.. kononnyer mereka jer ler pemimpin bistari yang mampu mentadbir negeri dan negara ni.. haaa kalau tak kerana kami dah lama rakyat negara ni kurus melidi.. dan mungkin ada yang mengemis di negara sendiri..

Gua pun tak tau bila ler agaknyer konflik politik di negara kita ni akan tamat.. cuma yang gua nampak keadaan semakin tenat.. kecoh dan bertambah gamat.. masing-masing nak tunjuk handal walaupun kekadang nampak bebal kerana ilmu pun hanya stakat sejengkal.. sebenarnyer pemimpin-pemimpin politik kita ni yang tak sedar diri.. masih jugak lagi bergaduh siang dan malam tak henti-henti.. bertelagah semata-mata berebut nak membangunkan bumi pertiwi..

Agaknyer setelah Tuhan tu turunkan azab nanti.. baru ler semuanyer akan berhenti.. ataupun masih jugak lagi tuding-menuding jari.. Tuhan... ini bukannyer salah kami.. sebenarnyer mereka tu yang tak muhasabah diri..

Rabu, 7 November 2012

HARIMAU CEDERA.. PATUT LER KALAH..

Kuala Lumpur: Krisis benteng pertahanan melanda skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal apabila dua pemain tonggak, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Fadhli Shas cedera menjelang perlawanan persahabatan dengan Thailand di Bangkok malam ini.

Kecederaan dua pemain itu termasuk pemain tengah, Amar Rohidan dilihat menjejaskan persiapan skuad negara yang mempunyai misi besar mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang bermula 25 November ini. 


“Memang ramai yang mengkritik tindakan kami melakukan eksperimen dan menguji pemain sebelum ini, tetapi apabila berlaku kecederaan seperti ini, kita memang perlu mempunyai pemain yang cukup untuk menjadi... - BHarian

Adoii apa la korang ni.. time nak lawan masa tu ler ada yang sakit lutut.. time nak lawan masa tu ler ada yang kena sengal tulang..  time nak lawan masa tu ler ada yang krem bontot.. . time nak lawan masa tu ler ada yang kena pegi gotong royong.. ada jer alasan korang.. dah tu pandai plak bagi alasan awal.. kiranyer kalau kalah tak ler semua orang terkejut beruk sebab diorang dah tau ramai pemain kita cedera.. dan kalau kena kritik nanti bleh la kata.. kami ni tak risaukan sangat pun pasal ranking-ranking ni..

Tapi cuba kalau menang.. mau seminggu tak habis cerita.. haa hebat tak kitorang ni.. walaupun ramai pemain kita cedera sampai ada yang berpapah dan berkerusi roda tapi dengan semangat juang yang tinggi akhirnyer kami menang jugak dengan jayanyer...

Ingat.. sekarang ini bukan masanyer nak buat pendedahan.. menguji serta memilih pemain.. sebab dah tinggal berapa hari jer lagi Piala Suzuki tu nak start.. memandangkan korang pun dah kena tibai 2-0... dan gua tengok game tu pun turut sama sakit jiwa... sampai gua pun tak tau apa yang korang buat kat tengah padang tu.. berlari sana.. berlari sini.. apa kata kalau kita tukar jer jurulatih yang lain plak.. mungkin yang lebih power.. tapi kalau dah takda sangat.. jurulatih kompang pun bleh laa..

Khamis, 1 November 2012

UNTUNG LER LU... MONOPOLI...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menempelak tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mendakwa tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.
 

Zahrain memberitahu, sebagai seorang ahli UMNO yang berjuang untuk orang Melayu, Bung Mokhtar seharusnya bangga serta menyokong kejayaan yang telah dikecapi oleh anak Melayu seperti Syed Mokhtar dan bukan mengkritiknya. Sambil melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan itu, Zahrain berharap Bung Mokhtar akan segera menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap tokoh perniagaan negara berkenaan.. - UtusanM'sia

Sebelum kita bertekak lebih jauh lagi.. mari kita fahami dulu apa dia monopoli tu.. kalau ikutkan kamus dewan bahasa Uganda Selatan.. monopoli ni berasal daripada bahasa Greek.. iaitu MONOS bermakna sendiri atau tunggal dan POLEIN pula menjual.. maksudnyer satu penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan perdagangan atau perkhidmatan dalam pasaran tertentu oleh seseorang atau sesebuah syarikat... kira macam ejen tunggal ler lebih kurang..

Dan gua pun tak tau la apo yang best sangat dengan monopoli ni.. sampai ada yang sanggup bertegang leher mempertahankan sistem ni.. agaknyer diorang ni terpengaruh dengan permainan monopoly tu kut.. tapi terus terang gua cakap.. gua memang hangin dengan si monopoli ni.. bukan tu jer.. orang yang bagi lesen monopoli tu pun sama bikin gua paneh.. kalau stakat nak monopoli bisnes nangka madu atau jambu batu tepi jalan gua takda halnyer.. lantak korang ler..

Kita tengok Astro pun dah cukup.. dah berapo ramai orang yang hangin dengan si Astro ni.. sampai dalam parlimen pun dibincangkan masalah ni.. tapi ada tindakan yang dikenakan kat si Astro tu.. satu hapah pun tarak.. yang pak menteri paling handal bleh buat pun hanya stakat suruh orang ramai boikot jer.. tapi si tokey Astro langsung tak heran.. lu suka lu tengok.. tak suka lu sana duduk diam-diam sebab ini Astro gua yang punya..

Abang Bung.. cuba tanya pakcik Zahrain tu.. berapa ramai dah jutawan Melayu yang berjaya beliau lahirkan melalui sistem monopoli ni.. kalau ramai hingga beratus atau beribu orang.. haa itu memang gua sokong ler.. tapi kalau setakat Pak Syed sorang tu jer yang dia nak bangga-banggakan.. baik tak payah.. takan la berjuta-juta orang Melayu yang ada kat Malaysia ni.. hanya Pak Syed sorang tu jer yang pandai berniaga.. yang mampu serta layak memonopoli bisnes kat negara ni.. orang Melayu lain semua hampeh tak bleh pakai..

Apakata kalau ler sistem monopoli tu kita dipecahkan dan dibahagi kepada beberapa orang Melayu yang lain.. sebagai contoh bisnes tepung.. si Amit Jambul.. Dollah Sempoi dan Minah Karen kita berikan permit import tepung gandum.. si Luncai.. si Karim Kargo dan si Kudin Bulat import tepung ubi.. si Usin Ranggi dan Kathy Montel kita bagi dia lesen import tepung kanji.. si Dolmat Gebang dan si Ambo plak tukang import tepung beras.. manakala tepung keledek atau tepung keladi kita bagi kat Munah Murai.. Darus Koboi dan Kadir Sepet yang import..

Haa tengok.. berapa ramai bakal jutawan Melayu yang kita dapat lahirkan hanya dengan bisnes tepung jer.. itu tak masuk lagi bisnes minyak.. gula.. beras.. tayar beskal... sampan.. apam balik.. cendol atau karipap pusing..  bayangkan kalau sistem monopoli tu dipecahkan dan dibahagikan kepada 2 atau 3 ribu orang Melayu yang berkelayakan.. gua rasa sampai jer tahun 2020.. mau separuh orang Melayu kita jadi jutawan..

Selasa, 23 Oktober 2012

BAGI LER KITORANG BERDESUP...

Terbaca satu pandangan atau pendapat dari Sin Chew Daily mengenai sistem AES ni dalam ruangan Isu-isu Akhbar Cina di Utusan beberapa hari lalu membuatkan gua tersenyum sendirian.. artikel yang gua kira agak lawak bertajuk Jangan Pertikai AES itu diantaranyer berbunyi..

Dalam pada itu, ada Ahli Parlimen yang berkata, sepatutnya hak untuk memandu kenderaan mengikut kelajuan berbeza-beza itu diberikan berdasarkan prestasi enjin kenderaan.

Mungkin pada dasarnya, pandangan itu betul. Tetapi jika BMW dibenarkan memecut sehingga 130 km sejam manakala Kancil pula dihadkan hanya 90 km sejam kerana prestasi enjinnya yang kecil, ia sudah tentu akan menghina pemandu model kenderaan berkenaan. Ini akan menyebabkan berlaku budaya kasta dalam pemilikan kenderaan.


Pemandu kereta dengan kapasiti enjin rendah yang merasa terhina dengan peraturan itu sudah pasti akan mengadakan tunjuk perasaan di jalanan. Setiap hari, akan ada rakyat yang berkunjung ke Parlimen bagi mengemukakan memorandum bantahan. - UtusanM'sia


Haaa sekarang suratkhabar dari Chongkau Post plak nak jawab.. cubo korang pikir sendiri.. adakah kalau kerajaan dah tetapkan had kelajuan di lebuhraya sekarang ni 110kmj.. maka kita semua yang lalu kat situ pun kena bawak 110kmj jugak termasuk motor kapcai dan basikal.. dah tentu tidak bukan.. ada jugak yang bawak slow.. ada yang bawak sederhana slow.. mana yang nak cepat tu paham-paham jer ler dia punyer berdesup.. kekadang bila nak cepat gua pun sama gak berdesup.. entah-entah mamat yang tulis artikal ni pun sama gak satu lapan kat highway...

Sebenarnyer gua amat bersetuju kalau had kelajuan kat highway tu dinaikkan sikit.. tapi hanya kat highway jer ler.. kalau jalan kampung tu gua rasa tak payah ler kut sebab kalau tak dinaikkan pun diorang tetap gak berdesup.. lagipun stakat 110kmj tu apa la sangat.. purata kelajuan yang boleh dibuat pun hanya stakat 100 hingga 105kmj jer..  tapi tak tau ler gua kalau korang oleh kontrol pedal minyak tu.. maintain jer 110kmj tak lebih dan tak kurang sampai ke kampung..

Dan gua pun tak nampak dimana kastanyer.. sebab gua tengok ada gak Mercedes.. BMW dan Honda kapcai lampu bulat yang bawak slow jer kat highway.. tapi si Kancil plak yang berdesup-desup macam orang sakit perut.. jadi apa masalahnyer kalau had kelajuan tu ditambah sampai 260kmj sekali pun.. cuba kita pikir larat ker si Kancil tu nak berdesup sampai 260kmj.. silap-silap mau tercabut skru siutt.. lain la kalau sesiapa yang tak ikut tahap kelauan 260kmj tu.. maka diorang tu akan disaman.. haa memang masak ler saper yang bawak motor kapcai ataupun yang bawak basikal.. lengoh siut nak mengayuh..

Dan gua pernah tengok sendiri.. dia punyer kereta bukan main power lagi.. eksos besau.. sport rim 17.. skirting kiri kanan tapi punyer ler slow siut.. macam nak pegi makan angin.. dah tu ikut lorong tengah plak tu.. sedangkan had kelajuan yang diwajibkan adalah 110kmj.. gua pun potong ler nak tengok apa yang dibuatnyer si mamat kat dalam tu... laaaa tengah layan talipon rupernyer.. aiii!!.. rasanyer mau jer gua berdemo dan hantar memorandum bantahan kat parlimen mengadu pasal mamat tu.. chehh!!..

Jumaat, 19 Oktober 2012

MEMFRANCAISKAN AES!!.. OKEY GAK..

PUTRAJAYA, 17 Okt  -- Para pengguna jalan raya diminta supaya jangan memberi peluang kepada syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) membuat untung menerusi kesalahan-kesalahan di jalan raya. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata ia hanya dapat dilakukan sekiranya semua pengguna lebuh raya mematuhi had laju yang ditetapkan di atas jalan raya, dan tidak melanggar arahan lampu isyarat.

Katanya setakat ini, 14 kamera dipasang di seluruh negara di laluan yang dikenali oleh polis sebagai 'black spot' atau kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya sehingga membawa kematian. Beliau berkata hanya polis sahaja yang boleh mengenal pasti lokasi itu dan sistem ini sama sekali bukan ditampilkan untuk memberi keuntungan kepada syarikat konsesi AES.. - Bernama


Baru ler gua paham sekarang betapa pentingnyer sistem AES ni kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negara ni.. kalau ler gua tau.. awal-awal lagi gua dah berdemo.. desak pak Menteri supaya pasang benda ni kat seluruh pelusuk kampung.. termasuk kat kampung gua.. dan kalau boleh kat rumah pun gua nak pasang satu.. kira macam kempen Satu Kampung Satu AES ler..

Tapi camno pun pak Menterl.. lu jangan risau la.. gua dan rakyat M'sia yang lain akan cuba sedaya upaya untuk melingkup dan memufliskan tokey konsesi AES tu tanpa sikit pun membantutkan tahap kelajuan kenderaan kitorang.. termasuk la Skyline GTR dua tayar gua tu.... haa padan dengan muka tokey tu.. biar melingkup.. ada ker kereta power disuruhnyer bawak slow macam pegi makan angin.. chehh!!.. tapi gua tak la sampai hati nak suruh orang ramai supaya memboikot semua jalanraya kat negara ni.. kalau diboikot camno plak gua nak pegi kojo.. tak larat la plak hari-hari nak naik jet peribadi..

Sebenarnyer bukan susah pun nak melingkupkan diorang tu pak Menteri.. caranyer cukup mudah.. semudah memakan lempeng.. alaa bila nak sampai kat area kamera tu kitorang slowkan ler kereta.. motor ataupun beca kitorang tu.. kitorang ikut ler aturan tu macam pijak semut pun tak mati.. tapi bila lepas jer melintas kat kamera tu.. kitorang pun berdesup ler balik.. pecut macam orang hilang akal... haa amcam bijak tak kepalo otak gua ni.. tapi pak Menteri jangan plak bagi tau idea gua ni kat tokey konsesi AES tu yer.. bukan apo gua takut kocik hati plak tokey tu nanti..

Tapi kalau nak lagi cantik.. apakata pak Menteri suruh jer tokey konsesi AES tu supaya memfrancais sistem tu kat gua atau kepada sesiapa jer yang berminat.. nanti bleh ler gua pasang benda tu kat kampung gua.. tak dapat banyak dapat dua tiga bijik pun kira okey ler... bukan apo.. semenjak jalan kat kampung gua tu dah cantik.. gua tengok orang kampung bawak kereta pun bleh tahan gak desup-desup.. kalau dipasang mau rasanyer kamera tu tak menang tangan nak menangkap gambar.. apa susah.. nanti untung tu kita bagi la 50-50... samo kito kayo.. samo-samo la kito bergumbira..

Jumaat, 12 Oktober 2012

JANA PENDAPATAN DENGAN AES..

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta pembangkang hari ini bersetuju untuk meminta kerajaan menangguh dan mengkaji semula penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi tujuan mengurangkan kemalangan jalan raya. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) ketika mencelah dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 berkata, penangguhan AES adalah penting supaya peraturan berkenaan tidak membebankan rakyat.

"Kita berharap perkara ini ditangguhkan, jangan menganiaya rakyat kalau boleh kita harap kerajaan dapat turut mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya ketika mencelah perbahasan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).


Fasa pertama pelaksanaan AES mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini sama ada kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Terdahulu, Tong Him memberitahu, AES wajar dikaji semula kerana sistem penguatkuasaan itu masih dalam tempoh percubaan.


"Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya kerana kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap atau untuk mengaut keuntungan..-  Utusan M'sia


Memang sengal ler kalau ada yang mengatakan sistem AES ni mampu mengawal atau menurunkan kadar kemalangan.. entah malaon bangang mana la yang bagi idea merapu kat pak menteri kita buat benda ni pun gua tak tau la.. cuba ler bagi idea macamana nak kurangkan tol ker.. nak kasi turunkan harga petrol ker.. ini balik-balik bagi idea nak kasi melingkup.. nasib baik ada dua tiga kerat ahli parlimen yang berotak waras... kalau tak lagi jahanam.. daripada tu baik korang letakkan bumper atau bonggol jer sepanjang jalan kat negara ni.. dah tentu orang tak boleh nak bawak kereta laju..

Tapi kalau kata sistem AES tu mampu menjana pendapatan sampingan negara.. haa itu gua setuju.. cuba korang kira.. saman yang berjaya dikesan setakat ni lebih daripada 60 ribu.. dan satu saman dia punya denda lebih kurang RM350.. cuba korang kira berapa juta untung yang kerajaan dapat.. haa itu baru beberapa minggu dan berapo bijik mesin jer yang dipasang.. cuba bayangkan kalau mesin tu dipasang sampai berjuta-juta bijik.. kena setahun.... perghh!! mau tak kayo.. tapi yang tersenyum lebar sampai krem rahang dah tentu ler si mamat yang dapat tender pasang benda ni... 24 jam duit masyuk tu..  apa taknyer.. dikatakan mamat tu akan dapat komisen dari setiap saman.. lagi banyak dipasang lagi banyak masyuk.. kayo.. kayo. kayo..

Dan patut ler bila orang ramai suruh naikkan kadar kelajuan kat highway dari 110kmj kepada 120kmj bukan main liat lagi nak diluluskan.. bagi gua dalam keadaan sekarang ni had kelajuan 110kmj kat highway tu dah tak sesuai lagi dah.. ada ker kereta skyline GTR yang gua beli setengah juta bawak stakat 90-hingga 110kmj jer kat highway.. gilo ker tak gilo.. mamat kancil tengok pun tergelak pecah perut..

Sebenarnyer bukan gua  gua jer yang tak puashati.. malah ramai pak-pak menteri dan para VVIP tu pun sama tak sanggup nak bawak kereta slow motion macam makan angin kat hinghway tu.. dan gua pernah tengok sendiri macamana diorang tu berdesup laju kat highway macam pelesit.. malah siap ada pak polisi lagi tu kat depan..

Sebenarnyer semua ni bergantung pada sikap atau disiplin sipemandu bukannya sistem.. korang diletakkan la apa pun sistem.. AES ker.. AIS ker.. suruh ler pasang sepuluh seat belt pun dalam kereta tu dan gantungkan la kamera kat tengkok diorang.. lepas tu korang buat la segala macam tok nenek undang-undang.. tapi kalau dah bangsa bawak kereta macam setan cakap pun tak guna..

Bagi gua kalau jalan tu lengang.. lantak la kalau nak bawak kereta laju berdesup macam bawak jet peribadi.. gua takda halnyer.. tapi jangan bawak kereta macam orang hilang akal atau macam orang sakit perut masa jalan tengah sebok.. pancung kiri.. pancung kanan macam orang kena sawan.. siap bagi lampu lagi tu.. haa orang macam tu memang gua doakan terbalik masuk longkang jer....