KUALA LUMPUR 10 Okt. - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta pembangkang hari ini bersetuju untuk meminta kerajaan menangguh dan mengkaji semula penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi tujuan mengurangkan kemalangan jalan raya. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) ketika mencelah dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 berkata, penangguhan AES adalah penting supaya peraturan berkenaan tidak membebankan rakyat.
"Kita berharap perkara ini ditangguhkan, jangan menganiaya rakyat kalau boleh kita harap kerajaan dapat turut mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya ketika mencelah perbahasan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).
Fasa pertama pelaksanaan AES mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini sama ada kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Terdahulu, Tong Him memberitahu, AES wajar dikaji semula kerana sistem penguatkuasaan itu masih dalam tempoh percubaan.
"Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya kerana kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap atau untuk mengaut keuntungan..- Utusan M'sia
Memang sengal ler kalau ada yang mengatakan sistem AES ni mampu mengawal atau menurunkan kadar kemalangan.. entah malaon bangang mana la yang bagi idea merapu kat pak menteri kita buat benda ni pun gua tak tau la.. cuba ler bagi idea macamana nak kurangkan tol ker.. nak kasi turunkan harga petrol ker.. ini balik-balik bagi idea nak kasi melingkup.. nasib baik ada dua tiga kerat ahli parlimen yang berotak waras... kalau tak lagi jahanam.. daripada tu baik korang letakkan bumper atau bonggol jer sepanjang jalan kat negara ni.. dah tentu orang tak boleh nak bawak kereta laju..
Tapi kalau kata sistem AES tu mampu menjana pendapatan sampingan negara.. haa itu gua setuju.. cuba korang kira.. saman yang berjaya dikesan setakat ni lebih daripada 60 ribu.. dan satu saman dia punya denda lebih kurang RM350.. cuba korang kira berapa juta untung yang kerajaan dapat.. haa itu baru beberapa minggu dan berapo bijik mesin jer yang dipasang.. cuba bayangkan kalau mesin tu dipasang sampai berjuta-juta bijik.. kena setahun.... perghh!! mau tak kayo.. tapi yang tersenyum lebar sampai krem rahang dah tentu ler si mamat yang dapat tender pasang benda ni... 24 jam duit masyuk tu.. apa taknyer.. dikatakan mamat tu akan dapat komisen dari setiap saman.. lagi banyak dipasang lagi banyak masyuk.. kayo.. kayo. kayo..
Dan patut ler bila orang ramai suruh naikkan kadar kelajuan kat highway dari 110kmj kepada 120kmj bukan main liat lagi nak diluluskan.. bagi gua dalam keadaan sekarang ni had kelajuan 110kmj kat highway tu dah tak sesuai lagi dah.. ada ker kereta skyline GTR yang gua beli setengah juta bawak stakat 90-hingga 110kmj jer kat highway.. gilo ker tak gilo.. mamat kancil tengok pun tergelak pecah perut..
Sebenarnyer bukan gua gua jer yang tak puashati.. malah ramai pak-pak menteri dan para VVIP tu pun sama tak sanggup nak bawak kereta slow motion macam makan angin kat hinghway tu.. dan gua pernah tengok sendiri macamana diorang tu berdesup laju kat highway macam pelesit.. malah siap ada pak polisi lagi tu kat depan..
Sebenarnyer semua ni bergantung pada sikap atau disiplin sipemandu bukannya sistem.. korang diletakkan la apa pun sistem.. AES ker.. AIS ker.. suruh ler pasang sepuluh seat belt pun dalam kereta tu dan gantungkan la kamera kat tengkok diorang.. lepas tu korang buat la segala macam tok nenek undang-undang.. tapi kalau dah bangsa bawak kereta macam setan cakap pun tak guna..
Bagi gua kalau jalan tu lengang.. lantak la kalau nak bawak kereta laju berdesup macam bawak jet peribadi.. gua takda halnyer.. tapi jangan bawak kereta macam orang hilang akal atau macam orang sakit perut masa jalan tengah sebok.. pancung kiri.. pancung kanan macam orang kena sawan.. siap bagi lampu lagi tu.. haa orang macam tu memang gua doakan terbalik masuk longkang jer....
Jumaat, 12 Oktober 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan