HANOI - Pihak berkuasa Vietnam dilaporkan enggan mengiktiraf pasport baharu China yang memaparkan peta pulau-pulau di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh beberapa buah negara, termasuk Malaysia. Vietnam sebaliknya mengeluarkan visa menggunakan sekeping kertas secara berasingan daripada pasport itu.
Ketua pemerintah pasukan pengawal sempadan Vietnam di wilayah utara Quang Ninh yang bersempadan dengan China berkata, pengawal sempadan telah diarah mengeluarkan visa khas kepada rakyat China yang mempunyai dokumen baharu tersebut.
Pihak berkuasa Vietnam bimbang tindakan memberikan cop kepada pasport baharu China itu secara tidak langsung memberi pengiktirafan kerajaan terhadap tuntutan Beijing ke atas wilayah yang menjadi pertikaian dalam kalangan beberapa buah negara. Filipina turut membantah... - UtusanM'sia
Amboi senangnyer keja.. mentang-mentang laut tu ada nama China jadi lu ingat semua khazanah termasuk air dan tanah yang ada kat area Laut China Selatan tu bapak lu yang punya... apa lu ingat geran laut tu datuk lu yang pegang ke... banyak cantik lu punya muka..
Gua rasa.. sebelum si China tu klaim mengatakan yang Pulau Tioman.. Pulau Redang dan kawasan sekitarnyer datuk nenek diorang yang punya.. apa kata pak menteri kita tukar jer nama Laut China Selatan kat area negara kita ni dengan lain.. dengan nama yang lebih syahdu.. mencongkam serta menggegarkan.. mungkin nanti bila dah tukar nama lain.. takda ler peluang si China tu nak klaim mengatakan yang semua benda termasuk batu karang dan ikan buntal yang ada kat dalam laut tu diorang yang punya..
Kalau ikutkan mau jer gua tukar nama Laut Cina Selatan tu dengan nama Laut Ultraman Selatan.. sempena nama member gua si Ultraman Taro dengan si Ultraman Ace.. haaa.. baru padan dengan muka si China tu.. baru ler buku bertemu ruas.. dan bleh ler kita tengok plak lepas ni bagaimana si China tu bergasak dengan dengan si Ultraman semata-mata berebutkan laut dan pulau..
Selasa, 27 November 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan